edisi jan-mac 2017 e-buletin eksa - moh.gov.my eksa kkm 2017(1).pdf · senarai pemenang...
TRANSCRIPT
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAe-Buletin EKSA
Edisi Jan-Mac 2017
Penyayang Profesionalisme Kerja Berpasukan
Majlis Penyampaian Hadiah PemenangPertandingan Pantun & Video KreatifEKSA IPKKM
Senarai PemenangPertandingan Video KreatifEKSA IPKKM
e-Buletin EKSA IPKKM 01
Tempat Pertama:Puan Hajah Che Ruhani binti Che Jaafar,Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu (BSKB), Zon BSKB
Tempat Kedua:YM Tengku Azamiah binti Tengku Ab Majid,Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan,Zon Pengurusan
Tempat Ketiga:YBhg. Dato’ Dr. Hj. Azman bin Hj. Abu Bakar,Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan,Zon Perkembangan Perubatan
Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Video dan Pantun Kreatif Amalan EKSA telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri
Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan dalam Majlis Perjumpaan Bulanan pada 8 Mac 2017. Pertandingan Video Kreatif Amalan EKSA terbuka secara kumpulan di mana setiap Zon EKSA IPKKM telah menghantar sebuah video kreatif EKSA yang
menerangkan tentang amalan EKSA di zon masing-masing. Video dirakam di dalam zon masing-masing dan dipersembahkan secara serius atau jenaka yang disampaikan melalui sketsa pendek, iklan mahupun dokumentari. Sebanyak lapan (8) zon telah menghantar penyertaan. Tiga (3) zon sebagai pemenang ditentukan oleh juri yang dilantik berdasarkan kriteria Tema, Idea dan Kreativiti serta jumlah “LIKE” video masing-masing di FB Rasmi.
Pertandingan Mengarang Pantun EKSA terbuka kepada semua warga IPKKM secara individu. Dalam pertandingan ini, peserta secara kreatif menghasilkan tiga (3)
rangkap pantun yang mengandungi mesej EKSA.
Sebanyak 68 penyertaan telah diterima daripada warga IPKKM. Lima (5) orang pemenang ditentukan oleh juri yang dilantik berdasarkan tiga (3) penilaian iaitu Bahasa, Mesej dan Kreativiti.
Senarai PemenangPertandingan Pantun Kreatif EKSA IPKKM
e-Buletin EKSA IPKKM 02
Tempat Pertama:Dr. Affendi Isa (Zon Promosi)
Tempat Kedua:Siti Zaileha bt A. Salam (Zon ICT)
Tempat Ketiga:Dr. Yussni binti Aris @Haris (Zon Perancangan)
Tempat Keempat:Nor Rafidah bt Salehuddin (Zon Pengurusan)
Tempat Kelima:Norazlinda bt Zainal Abidin(Zon Keselamatan dan Kualiti Makanan)(Gambar: Wakil Pemenang)
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAUNIT KOMUNIKASI KORPORATKementerian Kesihatan Malaysia
Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62590 PUTRAJAYA
2017