buletin jpph · 1 buletin jpph edisi 3/2017 sept- dis 2017 perasmian taklimat pasaran awalan harta...

28
1 BULETIN JPPH Edisi 3/2017 Sept- Dis 2017 PERASMIAN TAKLIMAT PASARAN AWALAN HARTA TANAH 2017 MAJLIS PELANCARAN PROGRAM TASK FORCE PENILAIAN HUTAN SAMBUTAN HARI ICT DAN INOVASI JPPH 2017 MAJLIS UCAP TAMA KETUA PENGARAH PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA MENARIK DI DALAM BUAL BICARA BERSAMA KETUA PENGARAH PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA DALAM RANCANGAN SELAMAT PAGI MALAYSIA DI TV1, RTM DAN NASIONAL FM

Upload: hoangdien

Post on 08-Aug-2019

280 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BULETIN JPPH · 1 buletin jpph edisi 3/2017 sept- dis 2017 perasmian taklimat pasaran awalan harta tanah 2017 majlis pelancaran program task force penilaian hutan

1

BULETIN JPPHEdisi 3/2017

Sept- Dis 2017

PERASMIAN TAKLIMAT PASARAN AWALAN HARTA TANAH 2017

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM TASK FORCE PENILAIAN HUTAN

SAMBUTAN HARI ICT DAN INOVASI JPPH 2017

MAJLIS UCAP TAMA KETUA PENGARAH PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA

MENARIK DI DALAM

BUAL BICARA BERSAMA KETUA PENGARAH PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA DALAM RANCANGAN SELAMAT PAGI MALAYSIA DI TV1, RTM DAN NASIONAL FM

Page 2: BULETIN JPPH · 1 buletin jpph edisi 3/2017 sept- dis 2017 perasmian taklimat pasaran awalan harta tanah 2017 majlis pelancaran program task force penilaian hutan

2

PENAUNGSr Hj. Nordin bin Daharom

PENASIHATSr Hj. Ahmad Zailan bin Azizuddin

KETUA EDITORSr Azlina binti Mohamad Nor

EDITORAyub bin Ngah

URUSETIA DAN REKA GRAFIKNur Shazwani binti Baharudin

SIDANG PENGARANGKartini binti Haron

Fatihah @ Fatimah binti OmarNoor Farah Mariana binti Othman

Zuraida binti Abu ZaidNur Shazwani binti BaharudinInna Mazlin binti Eng @ Ismail

JURUFOTOAbdul Halim bin RadziAbdul Rashid bin Ismail

Hirman bin Jamil

DITERBITKANUnit Komunikasi Korporat

Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta

Kementerian Kewangan Malaysia

PERCETAKANUnit Penerbitan dan Media

INSPEN

Unit Komunikasi KorporatJabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta

Kementerian Kewangan MalaysiaAras 6, Perbendaharaan 2No. 7 Persiaran PerdanaPresint 2, 62592 Putrajaya

Tel : (603) 8886 9000Fax : (603) 8886 9001

Portal : www.jpph.gov.my

Buletin JPPH diterbitkan 3 kali setahun. Hak cipta terpelihara. Sidang Reduksi

berhak melakukan penyuntingan terhadap tulisan yang diterima untuk penyiaran selagi tidak mengubah isinya. Karya yang disiarkan

tidak boleh diterbitkan semula tanpa kebenaran Ketua Editor.

Segala informasi berkaitan JPPH boleh dihantar

melalui e-mail [email protected]

[email protected]@jpph.gov.my

Tinta Ketua Editor

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Bertemu kembali dalam penerbitan Buletin JPPH siri ke 3 Tahun 2017. Tahniah dan ribuan terima kasih kepada semua ahli Sidang Redaksi Buletin JPPH yang tidak mengenal jemu dalam usaha memastikan buletin ini disiapkan.

Buletin kali ini memuatkan aktiviti dan program sepanjang bulan September hingga Disember 2017. Buat julung kalinya JPPH telah melancarkan beberapa program baru yang meningkatkan lagi perkhidmatan JPPH kepada masyaraakat awam khususnya penggiat industri harta tanah. Antaranya ialah Majlis Perasmian Taklimat Pasaran Awalan Harta Tanah 2017, Program Task Force Penilaian Hutan dan Sambutan Hari ICT dan Inovasi JPPH. Program yang diatur ini merupakan peristiwa penting dan fokus Jabatan dalam menghadapi perubahan dan cabaran semasa negara agar Jabatan sentiasa relevan dalam industri harta tanaH khususnya.

Di kesempatan ini, Sidang Redaksi Buletin JPPH mewakili semua warga JPPH mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sr Haji Nordin bin Daharom di atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta ke 13 dan semoga dengan kepimpinan dan pengalaman Sr Hj Nordin bin Daharom, JPPH akan terus cemerlang dan mencipta lebih banyak kejayaan dalam meningkatkan perkhidmatan untuk kesejahteraan Rakyat.

Akhir kata, diucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama dalam membekalkan bahan dan maklumat bagi penerbitan buletin ini. Kesinambungan Buletin JPPH adalah merupakan kejayaan kita bersama.

Sekian, terima kasih.

Sr Azlina bt Mohamad NorKetua Editor Buletin JPPH Edisi 3/2017

Page 3: BULETIN JPPH · 1 buletin jpph edisi 3/2017 sept- dis 2017 perasmian taklimat pasaran awalan harta tanah 2017 majlis pelancaran program task force penilaian hutan

3

PERUTUSANKETUA PENGARAH PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Selamat bertemu lagi dalam perkongsian maklumat kepada semua pembaca Buletin JPPH Edisi 3 2017. Salam penutup tahun 2017, semoga tahun baru yang akan datang memberi sesuatu yang lebih baik daripada tahun yang lepas.

JPPH semakin hampir menuju ke tahun 2020 dengan mendokong bersama Pelan Strategik Jabatan 2017 hingga 2020 yang digariskan untuk dilaksanakan mengikut projek yang telah disusun atur dengan pendekatan baru yang ingin dicapai.

Dalam usaha meletakkan jabatan menjadi lebih berdaya saing dan kental, usaha lebih jitu dan berani dalam mengembangkan idea inovasi dan kreatif perlu dilakukan dengan segera. Lantaran keperluan untuk berubah memerlukan kesediaan yang pantas oleh semua warga jabatan untuk bergerak seiringan dengan kehendak pelanggan yang mempunyai pelbagai urusan.

JPPH dalam hasrat ini telah melipatgandakan program penilaian ke arah menuju era globalisasi dan kepelbagaian membuat nilaian kepada pemilikan jenis harta yang bersifat universal dan keperluan semasa yang diberi nilai tambah. Bukan lagi terhad kepada kerja normal nilaian biasa, namun ianya telah bergerak di luar kebiasaan dengan melakukan kerja penilaian merangkumi alam sekitar, sumber alam, harta bawah tanah, harta intelek, penilaian perniagaan dan sebagainya lagi. Bagi memberi keyakinan dan panduan khusus kepada konsep penilaian baru yang telah diterokai, Jabatan menerbitkan beberapa buah buku manual penilaian yang berkaitan dengan perkhidmatan teras serta panduan tugas penilaian baru di JPPH.

Bagi merapatkan hubungan dengan agensi luar dan perkongsian maklumat, Jabatan mempergiatkan sesi lawatan serta kunjungan hormat ke agensi di peringkat persekutuan dan negeri. Antaranya usaha sama dengan Pejabat Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Melaka, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan dan Pahang. Di samping itu Jabatan juga menerima kunjungan hormat daripada wakil kementerian dan jabatan kerajaan di Putrajaya. Juga mengadakan hubungan dua hala dengan agensi Amanah Raya Berhad (ARB) dalam meningkatkan penilaian terhadap Harta Pusaka Kecil ke arah yang lebih berkesan dan lancar.

Tugas penyediaan maklumat harta tanah kepada pengguna data dan tanggungjawab umum dimantapkan lagi, apabila Laporan Pasaran Awalan Harta Tanah telah dilancarkan lebih awal sebagai panduan memudahkan para pengiat industri harta tanah membuat perancangan projek komersial dan membangunkan harta tanah di kawasan tertentu.

Semua maklumat dan paparan ini dimasukkan dalam penerbitan Bultin Edisi 3 yang mencatatkan maklumat daripada bulan September hingga Disember 2017.

Sekian.

Sr Haji Nordin bin DaharomKetua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta

Page 4: BULETIN JPPH · 1 buletin jpph edisi 3/2017 sept- dis 2017 perasmian taklimat pasaran awalan harta tanah 2017 majlis pelancaran program task force penilaian hutan

4

MAJLIS UCAP TAMA BERSAMAKETUA PENGARAH PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA 26 September 2017 - YBrs. Sr Haji Nordin bin Daharom, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta telah memberi ucapan pertama kalinya setelah menjadi Ketua Pengarah yang baru kepada semua warga JPPH melalui majlis perhimpunan pagi bulan September 2017.

Dalam ucapannya, beliau amat mengharapkan kerjasama sepenuhnya daripada staf JPPH dengan mengajak semua bekerja dengan kuat sebagai satu pasukan yang mantap untuk membawa Jabatan ke mercu yang lebih membanggakan. Falsafah beliau jelas berpegang kepada “Mengenang Budi dan Menghargai Jasa” iaitu bergerak sehaluan dan antara organisasi dan pekerja tidak seharusnya berkonflik. Bekerja sebagai sebuah keluarga dengan selalu tegur menegur, nasihat menasihati dan selalu berbincang. Beliau menegaskan perlu diwujudkan hubungan erat untuk melahirkan sinergi dan semangat kekitaan yang kuat. Untuk itu Jabatan perlu mempunyai KPI yang jelas, staf yang berpengalaman, sumber yang mencukupi dan good working environment.

Beliau menambah, cabaran Jabatan yang dihadapi pada masa ini begitu mencabar dengan kekurangan modal insan, sumber yang terhad dan persaingan dengan pihak swasta yang lain memungkinkan peranan JPPH akan terhakis. Justeru itu beliau mahu memastikan Jabatan bergerak harus sederap, tindakan mestilah sekata dan perkhidmatan hendaklah berkualiti dan dipercayai. Segala perancangan pelan strategik Jabatan yang telah disusun dan berjalan akan diteruskan sebaik mungkin serta akan diberi penambahbaikan dengan mengenalpasti aktiviti baru yang boleh diterokai oleh JPPH. Sebagai aspirasi Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta telah menyenaraikan 4 perkara perlu dicapai pertama ialah Projek Penilaian Cepat dikembangkan kepada Penilaian Harta Pusaka Kecil. Kedua pembelian data transaksi secara online dilaksanakan dengan kerjasama BTM. Ketiga Unit Penyelidikan dan Inovasi INSPEN perlu menyiapkan Manual Penilaian Sumber Alam sebelum berakhir 2018. Keempat penganjuran Seminar Harta Tanah peringkat Kebangsaan perlu dirancang dari sekarang.

Page 5: BULETIN JPPH · 1 buletin jpph edisi 3/2017 sept- dis 2017 perasmian taklimat pasaran awalan harta tanah 2017 majlis pelancaran program task force penilaian hutan

5

20 Oktober 2017 - JPPH melancarkan program Task Force Penilaian Hutan di Ipoh, Perak yang telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Gazali bin Jalal, Pegawai Kewangan Negeri Perak bertempat di Pejabat JPPH Negeri Perak. Melalui program yang julung kalinya ini, JPPH telah menerokai program baru iaitu Penilaian Hutan dan sumber alam yang penting kepada negara. Sebagai persediaan dan melengkapkan diri dengan pengetahuan bidang baru ini , JPPH telah menganjurkan dua sesi latihan di INSPEN dengan kerjasama daripada UPM. Juga usaha mendalami penilaian hutan dan sumber alam diperluaskan dengan bimbangan pembelajaran dan latihan telah diadakan di Indonesia. Proses pembelajaran dan praktikal ini telah disediakan oleh Directorate General of State Asset Management (DGSAM), kepada 4 orang pegawai JPPH yang bermula pada 14 hingga 19 Mei 2017. Kursus yang dikenali Penilaian Hutan Produksi 2017, bertempat di Agrowisata Kebun Teh Wonosari Lawang Kota Malang, Indonesia. Berbekalkan pengetahuan yang diperolehi daripada Indonesia dan sesi latihan bersama UPM sebelum ini, JPPH mendapat permohonan daripada Pejabat Ketua Setiausaha Negeri Perak untuk membuat penilaian hutan di negeri Perak bagi maksud perakaunan akruan. Bagi merealisasikan tugas tersebut, JPPH melancarkan Program Task Force Penilaian Hutan di Negeri Perak, bermula daripada 20 hingga 22 Oktober 2017. Program ini melibatkan 27 peserta terdiri daripada Pengurus Projek, Penolong Pengurus Projek dan ahli pasukan daripada seluruh negara yang akan membuat kajian dan kutipan data penilaian kepada 15 buah Hutan Lipur di Negeri Perak.

PROGRAM TASK FORCE PENILAIAN HUTAN DI PERAK

JPPH melihat perkara ini sebagai cabaran baharu dan akan mendepaninya secara tersusun dengan membuat persediaan awal seperti kerjasama dengan pihak DGSAM Indonesia dengan menghantar pegawai untuk mendapat pendedahan dan latihan bagi aspek penilaian sumber alam. Di samping itu buku manual penilaian hutan sedang dalam proses untuk diterbitkan.

Page 6: BULETIN JPPH · 1 buletin jpph edisi 3/2017 sept- dis 2017 perasmian taklimat pasaran awalan harta tanah 2017 majlis pelancaran program task force penilaian hutan

6

23 Oktober 2017 - JPPH telah mengadakan sambutan Hari ICT dan Inovasi JPPH bertempat di Dewan Nusantara, INSPEN yang bertemakan Smart Netizen. Majlis in telah dirasmikan oleh Sr Haji Nordin bin Daharom, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Sambutan Hari ICT Dan Inovasi ini bertujuan untuk mempersiapkan warga JPPH ke arah penggunaan ICT secara bijak dan bertanggungjawab serta menjadi warga yang lebih inovatif dalam melaksanakan tugas seharian. Idea kreatif dan inovatif adalah penting kepada semua Warga JPPH dalam penghasilan mutu kerja yang lebih berkesan dan dinamik. Sekali gus menjadikan inovasi sebagai budaya kerja yang digalakkan. Dalam ucapan perasmian, Sr Haji Nordin Daharom, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta menyatakan usaha-usaha mencari idea baru atau penambah baikan proses kerja harus dilakukan secara berterusan dan Jabatan memandang serius dengan sentiasa memberi galakan dan mengiktiraf Warga JPPH yang mempunyai sikap pro aktif dalam melaksanakan tugas.

Dalam sambutan ini juga diadakan penyerahan Buku Pelan Strategik ICT JPPH 2016-2020 oleh Puan Rosmah binti Rusli, Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat kepada Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Buku ini merupakan tunggak kepada hala tuju ICT di JPPH. Ianya merupakan blueprint perancangan dan pelaksanaan projek ICT di JPPH bagi tempoh 5 tahun iaitu dari tahun 2016 hingga 2020 yang selari dengan pelan strategik JPPH yang telah dirancang sebelum ini.

Bagi memeriahkan sambutan hari ICT dan Inovasi, pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya ialah pertandingan Explorace dan ceramah kesedaran ICT bertajuk ‘Security First’, Hackers Live’ dan ‘Be A Smart Netizen’. Di samping menayangkan ‘Snippet VIS Baru’ sebagai info kepada warga JPPH berkenaan sistem baru yang akan dibangunkan untuk menggantikan sistem VIS sedia ada. Turut diadakan gerai pameran daripada agensi takaful, klinik IT dan jualan peralatan ICT.

HARI ICT DAN INOVASI JPPH 2017

Page 7: BULETIN JPPH · 1 buletin jpph edisi 3/2017 sept- dis 2017 perasmian taklimat pasaran awalan harta tanah 2017 majlis pelancaran program task force penilaian hutan

7

PRESTASI PENCAPAIAN JPPH BAGI TEMPOH September - Disember 2017

MAKSUD NILAIAN(UNIT)

TEMPOH (%) (%)

Page 8: BULETIN JPPH · 1 buletin jpph edisi 3/2017 sept- dis 2017 perasmian taklimat pasaran awalan harta tanah 2017 majlis pelancaran program task force penilaian hutan

8

30 Oktober 2017 - Persidangan Pengarah Penilaian dan Penilai Daerah ke 74 telah diadakan di Bangunan Seri Negeri, Ayor Keroh , Melaka. Mesyuarat yang berlangsung selama 4 hari ini telah melibatkan 30 kertas kerja daripada pelbagai bahagian berupa kertas pemakluman dan tindakan. Semua ahli mesyuarat telah mengikuti dengan tekun dan penuh perhatian sepanjang mesyuarat tertinggi dalam jabatan yang diadakan dua kali setahun ini. Persidangan ini juga disekalikan dengan lima mesyuarat utama jabatan yang lain. Ianya merangkumi Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan bilangan 2/2017, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan bilangan 4/2017, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun bilangan 4/2017, Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan e-Perolehan bilangan 2/2017 dan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal bilangan 2/2017. Satu sesi perkongsian pengetahuan tentang e-Perolehan turut diadakan. Bersempena dengan ini juga diadakan majlis penyampaian Anugerah Inovasi Jabatan Tahun 2017 dan Majlis Sekalung Budi yang diadakan pada sebelah malam pada 30 Oktober 2017 di Hotel MITC, Ayer Keroh Melaka. Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi JPPH ini menyaksikan 6 kategori anugerah tersebut diumumkan. Berikut adalah senarai nama pemenang anugerah Inovasi JPPH 2017 :

Di Majlis Sekalung Budi turut meraikan 3 orang ahli mesyuarat yang akan bersara wajib dan pilihan bermula awal tahun 2018. Mereka ialah Puan Rasidah binti Isnin, Pengarah INSPEN, Encik Mohd Rodzhan bin Khairudin, Pengarah Bahagian Pampasan dan Perujukan Mahkamah dan Puan Ong Chee Hoon, Penilai Daerah Klang. Mereka telah diberi peluang untuk berucap dan berkongsi pengalaman dengan semua hadirin sebelum mereka bersara daripada perkhidmatan awam. Pada hari terakhir persidangan, telah diatur aktiviti khas untuk semua ahli mesyuarat iaitu lawatan teknikal ke Loji Penapisan Minyak (PPM) Sungai Udang, Melaka. Pengalaman penting ini tidak dilepaskan oleh para ahli persidangan dan mereka mendapat info yang berguna tentang selok belok proses penyulingan dan industri minyak petrolium di negara ini.

PERSIDANGAN PENGARAH DAN PENILAI DAERAH KE 74 DI MELAKA

Jenis Anugerah Perkara Pejabat HadiahAnugerah Inovasi JPPH Projek bertajuk “Financial

Monitoring System” (FMS).INSPEN RM 2,000 dan Piala

Anugerah Khas KPPPH Kumpulan Pembangunan Sistem Penjualan Data Sewaan

Bahagian Penilaian dan Perkhidmatan Harta danBTM

RM 2,000, Piala dan sijil

Anugerah KPPPH Peringkat Pengarah Penilaian Negeri

Pertama PPN Pahang RM 2,000, Piala dan sijilKedua PPN Sarawak RM 1,250 dan SijilKetiga PPN Negeri Sembilan RM 750 dan Sijil

Anugerah KPPPH Peringkat Penilai Daerah

Pertama JPPH Kuantan RM 2,000, Piala dan sijilKedua JPPH Temerloh RM 1,250 dan SijilKetiga JPPH Muar RM 750 dan Sijil

Anugerah Pengarah INSPEN

Tiada Anugerah untuk penyerta-an diberikan kepada JPPH Bandar Baru Bangi

Sijil Penyertaan

Anugerah Visual Multimedia

Johan JPPH Johor RM 2,000, Piala dan sijilNaib Johan JPPH Negeri Sembilan RM 1,250 dan SijilKetiga JPPH Sungai Petani RM 750 dan Sijil

Page 9: BULETIN JPPH · 1 buletin jpph edisi 3/2017 sept- dis 2017 perasmian taklimat pasaran awalan harta tanah 2017 majlis pelancaran program task force penilaian hutan

9

Page 10: BULETIN JPPH · 1 buletin jpph edisi 3/2017 sept- dis 2017 perasmian taklimat pasaran awalan harta tanah 2017 majlis pelancaran program task force penilaian hutan

10

PERASMIAN TAKLIMAT PASARAN AWALAN HARTA TANAH 2017

13 November 2017 – JPPH julung kalinya mengadakan, Majlis Perasmian Taklimat Pasaran Awalan Harta Tanah 2017 di Dewan Utama Perbendaharaan Malaysia. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Kewangan II. Ia merupakan pra pelancaran Laporan Pasaran Harta 2017 yang diterbitkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC).

Maklumat yang dikeluarkan dalam awalan ini merangkumi data harta tanah suku tahun pertama hingga ke suku tahun ketiga 2017 yang telah diproses dengan memberi gambaran sebenar perkembangan harta tanah dalam negara secara terperinci. Maklumat yang disediakan ini merangkumi pelbagai jenis harta tanah yang dikaji melalui trend transaksi dan penawaran harta tanah daripada pembekal atau pemaju perumahan. Sesi maklumat merangkumi sesi soal jawab dengan penggiat industri harta tanah di samping itu, taklimat diberikan mengenai stok harta tanah, perkembangan transaksi harta tanah, inventori harta tanah, indeks harta tanah dan status pasaran harta tanah di seluruh negara.

Page 11: BULETIN JPPH · 1 buletin jpph edisi 3/2017 sept- dis 2017 perasmian taklimat pasaran awalan harta tanah 2017 majlis pelancaran program task force penilaian hutan

11

8 Disember 2017 - Pihak Amanah Raya Berhad (ARB) telah membuat kunjungan hormat ke Ibu Pejabat JPPH. Lawatan ini disertai oleh ketua pegawai eksekutif ARB cawangan Kuala Lumpur iaitu Encik Amran bin Ahmad, Ketua Bahagian Operasi 2, ARB. Tiga orang pegawai ARB lain yang hadir ialah Puan Siti Rafizah Mahadzir, Ketua Bahagian Undang-Undang Kumpulan, En. Muhamad Azizul Hakim Musa, Ketua Bahgian Teknologi Maklumat Kumpulan dan Encik Mohamad Junaidi bin Abdul Rahman, Penolong Pengurus Bahagian Operasi 2.

Lawatan ini bertujuan mendekatkan peranan ARB dengan JPPH dalam mengurus dan menilai harta pusaka kecil yang berkaitan. Di samping mencari kaedah yang berkesan dalam menyeragamkan kaedah penilaian terhadap harta pusaka.

KUNJUNGAN HORMAT OLEH AMANAH RAYA BERHAD (ARB) KE IBU PEJABAT

Page 12: BULETIN JPPH · 1 buletin jpph edisi 3/2017 sept- dis 2017 perasmian taklimat pasaran awalan harta tanah 2017 majlis pelancaran program task force penilaian hutan

12

21 Disember 2017 – Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Sr Haji Nordin bin Daharom telah bersiaran di Radio Nasional FM selama setengah jam dalam segmen Nadi Nasionalfm. Rancangan ini membicarakan tentang tanggungjawab Jabatan dalam “Merakyatkan Perkhidmatan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dan Peranan JPPH Dalam Pembangunan Negara”. Siaran yang bermula jam 9.20 hingga 9.55 pagi ini telah dihoskan oleh dua orang DJ Nasionalfm iaitu DJ Lynn dan Ima. Perkongsian maklumat berkaitan tajuk yang dibincangkan dapat diikuti diseluruh negara melalui saluran frekuensi di tempat masing-masing. Kesempatan ini diambil oleh Jabatan dengan menerangkan aktiviti dan tugas JPPH yang ramai orang tidak tahu di atas alasan bergerak di belakang tabir. Namun setelah diperjelaskan menampakkan kepentingan dan hala tuju Jabatan yang penting bergerak serentak dengan perancangan pembangunan negara. Di akhir rancangan ini, diabadikan sesi bergambar bersama Pengurus Radio Nasionalfm, Puan Bibi binti Haji Moyeddin dan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta serta semua pegawai yang terlibat. JPPH mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak RTM kerana memberi ruang untuk bersiaran di Radio Nasionalfm.

BUAL BICARA RADIO NASIONAL FM

13 Disember 2017 – Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta telah bersiaran dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia, di RTM. Program bual bicara yang berlangsung selama 30 minit ini telah dikendalikan oleh pengacara Encik Shahril Sarapudin. Melalui slot temubual ini JPPH dapat menyampaikan maklumat berkaitan JPPH kepada umum berkaitan dengan ulasan perkembangan pasaran semasa harta tanah serta maklumat berkaitan fungsi dan peranan JPPH dalam memacu industri harta tanah di Malaysia. Dalam slot ini mengupas peranan JPPH sebagai pakar runding kepada kerajaan dan juga agensi kerajaan tempatan untuk memberi perkhidmatan perundingan dalam aspek penilaian, pentaksiran harta, kajian kemungkinan, pengurusan harta, perejenan harta dan membantu Kementerian Kewangan dalam melaksanakan polisi berkaitan harta tanah. Juga berkongsi dengan penyaluran informasi harta tanah melalui pendokumen buku Laporan Pasaran Harta yang dikeluarkan setiap tahun. Turut dikongsi peranan dan aktiviti Institut Penilaian Negara (INSPEN). Di mana penubuhannya bertujuan untuk memberikan latihan dalam bidang berkaitan dengan penilaian dan perkhidmatan harta serta menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang berkaitan harta tanah. Di samping menjalankan program akademik dan kursus sijil penilaian harta kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. Pihak jabatan merasakan orang ramai masih kurang mengenali JPPH dan atas sebab ini, perlu diberikan pendedahan dan penerangan yang tepat mengenai peranan JPPH dalam negara mahu pun di luar negara. Jadi ini merupakan program turun padang Ketua Jabatan dalam mendekatkan masyarakat dengan paparan info yang jelas berkaitan JPPH.

BUAL BICARA RANCANGAN SELAMAT PAGI MALAYSIA DI TV1, RTM

Page 13: BULETIN JPPH · 1 buletin jpph edisi 3/2017 sept- dis 2017 perasmian taklimat pasaran awalan harta tanah 2017 majlis pelancaran program task force penilaian hutan

13

ZON UTARA : JPPH PERLIS

ZON UTARA : JPPH SG.PETANI

4 Oktober 2017 - Kunjungan Muhibah Antara Penilai Daerah Dan Pegawai-Pegawai JPPH Sungai Petani Dengan Dipertua Majlis Daerah Baling , Tuan Setiausaha Majlis Dan Jabatan-Jabatan Berkaitan.

27 Oktober 2017 - Sambutan Hari Keluarga JPPH Perlis yang diadakan di Rumah Tetamu UNIMAP Kurong Tengar, Perlis.

28 Disember 2017 - Majlis Perpisahan Sr Johari Bin Ismail dan Puan Norhayati Binti Jamaluddin berlangsung di Putra Ragency Kangar.

22 Oktober 2017 - PEKIP bersama KESUPEN JPPH Sg. Petani telah menjayakan program membuat bubur Asyura sempena kedatangan bulan Muharram tahun Islam 1439 H.

Page 14: BULETIN JPPH · 1 buletin jpph edisi 3/2017 sept- dis 2017 perasmian taklimat pasaran awalan harta tanah 2017 majlis pelancaran program task force penilaian hutan

14

6 Disember 2017 - Lawatan Kerja Rasmi Timbalan Ketua Pengarah Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (Operasi) Ybrs. Sr Dr. Zailan Binti Mohd Isa telah diadakan bertempat Di Bilik Mesyuarat JPPH Sungai Petani.

4 November 2017 - Kejohanan Pesta Sukan edisi kali ke -3 bertempat di Amanjaya Sport Arena, Bandar Amanjaya (Zon Cempaka). Kejohanan ini merupakan anjuran KESUPEN Cawangan Negeri Kedah. Kejohanan ini telah melibatkan gabungan JPPH Alor Setar dan JPPH Langkawi menentang gabungan JPPH Sg Petani dan JPPH Kulim.

ZON SELATAN : JPPH MELAKA

28 November 2017 - Lawatan kerja oleh Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Operasi), YBrs. Dr. Zailan bt Mohd Isa ke JPPH Melaka untuk perbincangan Best Practices dalam mengendalikan Penilaian Bagi Maksud Duti Setem.

Page 15: BULETIN JPPH · 1 buletin jpph edisi 3/2017 sept- dis 2017 perasmian taklimat pasaran awalan harta tanah 2017 majlis pelancaran program task force penilaian hutan

15

22 Disember 2017 - KESUPEN JPPH Melaka telah menganjurkan makan malam dengan tema Glamorous Night di Hotel Avilion Legacy, Melaka. Makan malam ini juga telah dianjurkan bagi meraikan persaraan Encik Lok Heng Meng dan juga perpisahan PPN, Pn Rosliza binti Ramli yang bertukar ke Ibu pejabat JPPH.

30 November 2017 - Ceramah agama sempena Maulidur Rasul Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Najib Bin Kassim. (Penceramah Bebas).

ZON SELATAN : JPPH MELAKA

28 November 2017 - Lawatan kerja oleh Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Operasi), YBrs. Dr. Zailan bt Mohd Isa ke JPPH Melaka untuk perbincangan Best Practices dalam mengendalikan Penilaian Bagi Maksud Duti Setem.

Page 16: BULETIN JPPH · 1 buletin jpph edisi 3/2017 sept- dis 2017 perasmian taklimat pasaran awalan harta tanah 2017 majlis pelancaran program task force penilaian hutan

16

ZON SELATAN : JPPH NEGERI SEMBILAN

13 Oktober 2017 - Lawatan kerja Timbalan Ketua Pengarah Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (Operasi) ke JPPH Negeri Sembilan.

11 Oktober 2017 - Program kerohanian/ceramah agama bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 9, JPPH Negeri Sembilan disampaikan oleh Encik Adam bin Sanusi daripada Zurich Takaful Malaysia Berhad yang bertajuk “Badal Haji Dan Wasiat Hibah”

17 Oktober 2017 - Lawatan Kebajikan Ke Rumah Anak Yatim, Pusat Baitul Muhabbah, Rasah Kemayan.

Page 17: BULETIN JPPH · 1 buletin jpph edisi 3/2017 sept- dis 2017 perasmian taklimat pasaran awalan harta tanah 2017 majlis pelancaran program task force penilaian hutan

17

4 November 2017 - Program Santai Sihat dianjurkan oleh KESUPEN dan PEKIP JPPH Seremban. Antara aktiviti yang dijalankan adalah sukaneka, cabutan bertuah dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak berusia antara 7 hingga 11 tahun.

8 Disember 2017 - Perlawanan persahabatan Badminton antara JPPH Negeri Sembilan/Seremban dan JPPH Negeri Melaka.

Page 18: BULETIN JPPH · 1 buletin jpph edisi 3/2017 sept- dis 2017 perasmian taklimat pasaran awalan harta tanah 2017 majlis pelancaran program task force penilaian hutan

18

ZON SELATAN : JPPH BATU PAHAT

5 Oktober 2017 - Sambutan Hari Jadi Kakitangan JPPH Batu Pahat bagi September hingga Disem-ber 2017.

27 November 2017 - Sukan Dalam anjuran KESUPEN JPPH Batu Pahat. Pertandingan dibahagikan kepada 3 pasukan dan pelbagai jenis sukan telah dipertandingkan.

12 Disember 2017 - Perlawanan Persahabatan antara JPPH Batu Pahat bersama Kelab Badminton Sri King, Parit Raja. Perlawanan berpihak kepada pasukan JPPH Batu Pahat dengan mata 4-3.

1 Disember 2017 - JPPH Batu Pahat menyertai Majis Perarakan dan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Batu Pahat.

Page 19: BULETIN JPPH · 1 buletin jpph edisi 3/2017 sept- dis 2017 perasmian taklimat pasaran awalan harta tanah 2017 majlis pelancaran program task force penilaian hutan

19

14 Disember 2017 - Malam Annual Dinner KESUPEN JPPH Batu Pahat bertemakan “Glitz & Glam”. Majlis diadakan di Pine Tree Hotel, Batu Pahat. Pelbagai aktiviti sampingan dijalankan seperti pertandingan pakaian beragam dan sukaneka bagi kanak-kanak, pertandingan karaoke, cabu-tan bertuah dan pelbagai aktiviti lain.

ZON SELATAN : JPPH JOHOR BAHRU

10 Disember 2017 - Lawatan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta ke JPPH Johor Bahru.

ZON SELATAN : JPPH JEMPOL

3 November 2017 - Mengadakan Lawatan Teknikal dan Pentadbiran di Ladang Alam Warisan, Seri Menanti Kuala Pilah & Muzium Tentera Darat Port Dickson.

19 Disember 2017 - Majlis Perpisahan Encik Samdatorakmar Bin Abd Talib diadakan di Bilik Mesyuarat JPPH Cawangan Jempol.

Page 20: BULETIN JPPH · 1 buletin jpph edisi 3/2017 sept- dis 2017 perasmian taklimat pasaran awalan harta tanah 2017 majlis pelancaran program task force penilaian hutan

20

ZON TENGAH : JPPH SHAH ALAM

25 Februari 2017 - Kesupen Shah Alam telah menyertai Kejohanan Karom Beregu Terbuka Perangsang Selangor di bawah anjuran Kumpulan Perangsang Selangor Berhad bertempat di Ruang Legar Plaza Perangsang.

8 Oktober 2017 - Kejohanan Futsal JPPH Lembah Klang telah diadakan pada jam 8.00 pagi – 1.00 petang bertempat di Dewan Tertutup INSPEN.

Aktiviti ZUMBA dan Latihan Badminton diadakan secara berkala bertujuan memberi peluang kepada ahli KESUPEN Shah Alam menjaga kesihatan diri dan kecergasan minda dalam melakukan tugas seharian.

28 April 2017 – KESUPEN JPPH Shah Alam telah menganjurkan aktiviti Mendaki Gunung Rinjani, Indonesia yang melibatkan 5 orang ahli KESUPEN Shah Alam dan beberapa orang jemputan dari JPPH cawangan lain.

Page 21: BULETIN JPPH · 1 buletin jpph edisi 3/2017 sept- dis 2017 perasmian taklimat pasaran awalan harta tanah 2017 majlis pelancaran program task force penilaian hutan

21

23 Oktober 2017 - KESUPEN Shah Alam telah menghantar satu pasukan yang digelar Shah Alam Ctect untuk menyertai Explorace Sempena Hari Inovasi bertempat di INSPEN, Bangi.

TREASURE HUNT KEWANGAN 2017

14 Oktober 2017 - JPPH SHAH ALAM telah mengadakan Hari Keluarga di D’FINI COTTAGE SG BULOH.

Perarakan Maulidur Rasul 2017

Page 22: BULETIN JPPH · 1 buletin jpph edisi 3/2017 sept- dis 2017 perasmian taklimat pasaran awalan harta tanah 2017 majlis pelancaran program task force penilaian hutan

22

ZON TENGAH : JPPH GOMBAK

Hi-Tea PUSPANITA Selangor 2017

Page 23: BULETIN JPPH · 1 buletin jpph edisi 3/2017 sept- dis 2017 perasmian taklimat pasaran awalan harta tanah 2017 majlis pelancaran program task force penilaian hutan

23

ZON TIMUR : JPPH PAHANG

12 Sept 2017 – Perjumpaan PPN Bersama Kakitangan JPPH Pahang & JPPH Kuantan

19 Oktober 2017 – Mesyuarat Teknikal JPPH Negeri Pahang

15 September 2017 – Majlis bacaan Yassin dan Doa Selamat

22 Disember 2017 - Ceramah Motivasi diadakan di Bilik Mesyuarat JPPH Negeri Pahang.Ceramah Motivasi bertajuk ‘Kerja dan Ibadah’ dari Ustaz Badrul Huzaini bin Mohd Yusof.

ZON TIMUR : JPPH KELANTAN

10 Disember 2017 - Pengarah Penilaian Negeri Kelantan telah menerima lawatan rasmi daripada Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Operasi) iaitu Dr Zailan binti Mohd Isa menyampaikan amanat kepada kakitangan JPPH Kelantan/Kota Bharu dan lawatan ke rumah mangsa banjir.

Page 24: BULETIN JPPH · 1 buletin jpph edisi 3/2017 sept- dis 2017 perasmian taklimat pasaran awalan harta tanah 2017 majlis pelancaran program task force penilaian hutan

24

ZON TIMUR : JPPH JERTEH

21 SEPTEMBER 2017 - JPPH Jerteh telah mengadakan Program Hari Keluarga di Cameron Highlands yang melibatkan semua ahli KESUPEN dan ahli keluarga. Program ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari semua ahli. Semua ahli menginap di Rumah Persekutuan Cameron Highlands. Pelbagai aktiviti telah dijalankan

Page 25: BULETIN JPPH · 1 buletin jpph edisi 3/2017 sept- dis 2017 perasmian taklimat pasaran awalan harta tanah 2017 majlis pelancaran program task force penilaian hutan

25

ZON TIMUR : JPPH SIBU

7 November 2017 - Jabatan Penilaian dan Perkihdmatan Harta Sibu, Sarawak telah menganjurkan sukan dalaman pejabat cawangan Sibu. Sukan dalaman ini telah dianjurkan oleh KESUPEN cawangan Sibu. Acara ini berlangsung selama 4 hari bermula 07/11/2017 sehingga 10/11/2017 pada waktu rehat.

25 November 2017 - Hari keluarga adalah acara kemuncak tahunan di JPPH Sibu. Hari keluarga telah diadakan di Kingwood Resort, Mukah. Hari keluarga ini telah disertai oleh semua staff dan keluarga bagi meraikan setiap staff dan keluarga JPPH Sibu. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang untuk hari keluarga JPPH Sibu pada tahun ini. Antara acara adalah sukaneka dan majlis makan malam.

Page 26: BULETIN JPPH · 1 buletin jpph edisi 3/2017 sept- dis 2017 perasmian taklimat pasaran awalan harta tanah 2017 majlis pelancaran program task force penilaian hutan

26

ZON TIMUR : JPPH SANDAKAN

26 November 2017 - Acara Larian Sukan Sabah (SAGA) telah berlangsung di Dataran Majlis Sandakan, Sabah.Larian sejauh 10 kilometer ini sebagai pengisian sempena Sukan Sabah (SAGA) ke-lapan yang memilih Sandakan sebagai tuan rumah pada tahun 2017. Program larian itu selaras dengan dasar kerajaan ke arah melahirkan rakyat yang sihat dan cergas. Anjuran program larian sukan ini turut disertai oleh kakitangan JPPH Sandakan. Penglibatan kakitangan JPPH Sandakan dalam program ini secara berkumpulan telah mendatangkan keseronokan bersenam bersama dan meningkatkan amalan gaya hidup sihat dan cergas.

21 September 2017 - PEKIP Sandakan telah mengadakan sesi ceramah sempena Maal Hijrah di JPPH Sandakan, Sabah. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Encik Mohamad Sufan Bin Bahrin, Guru Besar daripada Sekolah Agama Negeri Tanjung Papat, Sandakan. Turut dijemput sama ialah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Suruhanjaya Tenaga (ST).

30 November 2017 - PEKIP Sandakan telah mengadakan satu majlis bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW Sempena Maulidur Rasul di JPPH Sandakan, Sabah. Bacaan ini diketuai oleh Setiausaha PEKIP, Cawangan JPPH Sandakan.

Page 27: BULETIN JPPH · 1 buletin jpph edisi 3/2017 sept- dis 2017 perasmian taklimat pasaran awalan harta tanah 2017 majlis pelancaran program task force penilaian hutan

27

Direktori Ibu Pejabat•IBUPEJABAT •KetuaPengarahPenilaiandanPerkhidmatanHarta Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan Malaysia Aras 9, Perbendaharaan 2, No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2 62592 PUTRAJAYA Tel: 603 - 8886 9000 Faks: 603 - 8886 9001 Laman Web: http://www.jpph.gov.my

•PUSATMAKLUMATHARTATANAHNEGARA(NAPIC) •Pengarah Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan Malaysia Aras 7, Perbendaharaan 2, No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2 62592 PUTRAJAYA Tel: 603 - 8886 9000 Faks: 603 - 8886 9007/ 9049

•INSTITUTPENILAIANNEGARA(INSPEN) •Pengarah Institut Penilaian Negara (INSPEN) Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan Malaysia Persiaran INSPEN, 43000 KAJANG, SELANGOR Tel: 603 - 8911 8800/ 8888 Faks: 603 - 8925 8100 Laman Web: http://www.inspen.gov.my

PERLIS •PengarahPenilaianNegeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Perlis Tingkat Mezanin, Bangunan Persekutuan Persiaran Jubli Emas, 01000 KANGAR, PERLIS Tel: 604 - 9762 978/ 977 Faks: 604 - 9761 010 Tel: 604 - 977 3008/ 3012

KEDAH •PengarahPenilaianNegeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Kedah Aras 2, Zon C, Wisma Persekutuan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Bandar Muadzam Shah, Anak Bukit, 06550 ALOR SETAR, KEDAH Tel: 604 - 700 1900/ 1901/ 1902 Faks: 604 00- 700 1904

• JPPHAlorSetar Tel: 604 - 700 1900/ 1901/ 1902 Faks: 604 - 700 1905 • JPPHSungaiPetani Tel: 604 - 4213 024/ 4210 490 Faks: 604 - 4220 264 • JPPHLangkawi Tel: 604 - 9660 478 Faks: 604 - 9668 832 • JPPHKulim Tel: 604 - 4917 429/ 430 Faks: 604 - 4907 362

PULAUPINANG •PengarahPenilaianNegeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Pulau Pinang Tingkat 41, Bangunan KOMTAR, 10593 PULAU PINANG Tel: 604 - 2612 607/ 2612 576 Faks: 604 - 2615 990

• JPPHGeorgeTown Tel: 604 - 2612 607/ 576 Faks: 604 - 2615 990 • JPPHSeberangPerai Tel: 604 - 398 1828/ 8544 Faks: 604 - 3988 533

PERAK •PengarahPenilaianNegeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Perak Tingkat 8, Bangunan Sri Kinta, Jalan Sultan Idris Shah, 30593 IPOH, PERAK Tel: 605 - 2414 577/ 658 Faks: 605 - 2544 310

• JPPHIpoh Tel: 605 - 2414 577/ 658 Faks: 605 - 2557 451 • JPPHTaiping Tel: 605 - 8072 344/ 464 Faks: 605 - 8064 206 • JPPHTelukIntan Tel: 605 - 6223 711/ 712 Faks: 605 - 6227 122 SELANGOR •PengarahPenilaianNegeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Selangor Tingkat 8, Plaza Perangsang Persiaran Perbandaran, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR Tel: 603 - 5518 4603/ 5519 7825 Faks: 603 - 5510 7397

• JPPHShahAlam Tel: 603 - 5519 4823/ 4824 Faks: 603 - 5510 8622 • JPPHBandarBaruBangi Tel: 603 - 8925 5467/ 5469 Faks: 603 - 8925 1041 • JPPHKlang Tel: 603 - 3344 1270/ 1272/ 1264/ 1263

Faks: 603 - 3344 1275 • JPPHGombak Tel: 603 - 6186 1719/ 1751 Faks: 603 - 6186 1832• JPPHSepang Tel: 603 - 8920 1736/ 1755

WILAYAHPERSEKUTUAN •PengarahPenilaianNegeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Wilayah Persekutuan Kementerian Kewangan Malaysia Tingkat 2, 1 Sentral, Jalan Travers, Kuala Lumpur Sentral, 50470 KUALA LUMPUR Tel: 603 - 2272 1797 Faks: 603 - 2272 1795

• JPPHKualaLumpur Tel: 603 - 2272 1797 Faks: 603 - 2272 1795 • JPPHLabuan Tel: 6087 - 416 446/ 445 Faks: 6087 - 410 337

NEGERISEMBILAN • PengarahPenilaianNegeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Sembilan Kementerian Kewangan Malaysia Tingkat 8 & 9, Bangunan Yayasan Negeri Jalan Yam Tuan, 70000 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN Tel: 606 - 7638 600/ 602 Faks: 606 - 7639 306

• JPPHSeremban Tel: 606 - 7638 600/ 602 Faks: 606 - 7639 306 • JPPHJempol Tel: 606 - 458 4400 Faks: 606 - 458 5402

MELAKA •PengarahPenilaianNegeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Melaka Kementerian Kewangan Malaysia Aras 7, Wisma Persekutuan, Jalan MITC, Ayer Keroh, 75450 MELAKA Tel: 606 - 2328 102/104 Faks: 606 - 2328 202

• JPPHMelaka Tel: 606 - 2328 102/104 Faks: 606 - 2328 103 JOHOR •PengarahPenilaianNegeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Johor Kementerian Kewangan Malaysia Bangunan JARO, No. 18, Jalan Sungai Chat 80100 JOHOR BAHRU Tel: 607 - 2239 933/ 934 Faks: 607 - 2234 266

• JPPHJohorBahru Tel: 607 - 2239 933/ 934 Faks: 607 - 2234 266 • JPPHBatuPahat Tel: 607 - 4343 311/ 645 Faks: 607 - 4317 026 • JPPHKluang Tel: 607 - 7723 566/ 7769 602 Faks: 607 - 7743 810 • JPPHSegamat Tel: 607 - 9323 300/ 9321 201 Faks: 607 - 9324 322 • JPPHMuar Tel: 607 - 9542 244/ 9543 344 Faks: 607 - 9544 499

PAHANG •PengarahPenilaianNegeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Pahang Kementerian Kewangan Malaysia Tingkat 2, Bangunan KWSP, Bandar Indera Mahkota 25200 KUANTAN, PAHANG Tel: 609 - 5715 111 Faks: 609 - 5715 112 • JPPHKuantan Tel: 609 - 5715 000 Faks: 609 - 5715 001 • JPPHTemerloh Tel: 609 - 2961 844/ 850 Faks: 609 - 2963 790 • JPPHRaub Tel: 609 - 3551 744/ 800/ 3556 700 Faks: 609 - 355 7743

TERENGGANU • PengarahPenilaianNegeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Terengganu Kementerian Kewangan Malaysia Tingkat 10, Wisma Persekutuan, Jalan Sultan Ismail, 20200 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU Tel: 609 - 6221 266/ 305 Faks: 609 - 6220 721

• JPPHKualaTerengganu Tel: 609 - 6264 266/ 6265 266 Faks: 609 - 6221 240 • JPPHChukai Tel: 609 - 8592 166 Faks: 609 - 8598 296 • JPPHJerteh Tel: 609 - 6903 436/ 350 Faks: 609 - 6903 920 KELANTAN •PengarahPenilaianNegeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Kelantan Kementerian Kewangan Malaysia Aras 4, Wisma Persekutuan, Jalan Bayam 15592 KOTA BHARU, KELANTAN Tel: 609 - 7481 600/ 670 Faks: 609 - 7441 500

• JPPHKotaBharu Tel: 609 - 7481 600/ 670 Faks: 609 - 7441 500 • JPPHKualaKrai Tel: 609 - 9666 757 Faks: 609 - 9664 728 SABAH •PengarahPenilaianNegeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Sabah Kementerian Kewangan Malaysia Tingkat 4, Blok B, Kompleks KUWASA Jalan Karamunsing, Beg Berkunci 2043 88999 KOTA KINABALU, SABAH Tel: 6088 - 248 325/ 326/ 328 Faks: 6088 - 242 328

• JPPHKotaKinabalu Tel: 6088 - 243 433/ 434 Faks: 6088 - 233 435 • JPPHTawau Tel: 6089 - 779 823/ 776 185 Faks: 6089 - 770 166 • JPPHSandakan Tel: 6089 - 675 302/ 35 Faks: 6089 - 675 312

SARAWAK •PengarahPenilaianNegeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Sarawak Kementerian Kewangan Malaysia Tingkat 3, Wisma Hong, No. 202, Batu 23/4, Jalan Rock 93200 KUCHING, SARAWAK Tel: 6082 - 255 116/ 859 Faks: 6082 - 426 226

• JPPHKuching Tel: 6082 - 255 116/ 859 Faks: 6082 - 256 117 • JPPHMiri Tel: 6085 - 417 226/ 427 226/ 437 226 Faks: 6085 - 415 226 • JPPHSibu Tel: 6084 - 327 407/ 063 Faks: 6084 - 327 064

Page 28: BULETIN JPPH · 1 buletin jpph edisi 3/2017 sept- dis 2017 perasmian taklimat pasaran awalan harta tanah 2017 majlis pelancaran program task force penilaian hutan

28

Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta

Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan HartaKementerian Kewangan Malaysia

Aras 8, Perbendaharaan 2No.7 Persiaran Perdana

Presint 2, 62592 PutrajayaTel : (603) 8886 9000Fax : (603) 8886 9001

Portal : www.jpph.gov.my