lawatan teknikal rtb sungai gemas -...

5
BULETIN Bil.1/2017 Seremban 09 Jan 2017 - "`Bersyukurlah Dengan Apa Yang Telah Kita Perolehi “. Antara petikan ucapan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Dato' Seri Utama Hj.Mohamad bin Hj. Hasan ketika berucap padaMajlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Bil 1/2017 di pekarangan Dewan Undangan Negeri, wisma negeri. Katanya lagi, kakitangan kerajaan seharusnya menjadi orang tengah bagi merakyatkan maklumat selaras dasar Negeri Sembilan, "Memakmurkan Negeri, Mensejahterakan Rakyat", kerana rakyat kita semua dapat berkhidmat dan melaksanakan dasar-dasar yang telah dirangka. Antara yang hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Exco-Exco Kerajaan Negeri, ketua-ketua jabatan dan kakitangan awam Negeri Sembilan Darul Khusus. Perhimpunan dimulakan dengan menyanyikan lagu Negaraku bersama – sama dengan kumpulan koir dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, seterusnya bacaan doa dan perhimpunan diakhiri dengan bacaan ikrar perkhidmatan awam. Disamping itu, penyerahan replika cek penghargaan kepada jabatan-jabatan yang mendapat Anugerah Pengurusan Kewangan yang baik untuk tahun 2015. Jayakan Perkhidmatan Sempurna JPS Negeri Sembilan jpsns.ns.gov.my LAWATAN TEKNIKAL RTB SUNGAI GEMAS PERHIMPUNAN BULANAN 05 April 2017, Gemas - Pengurusan bagi projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Gemas telah menerima satu rombongan lawatan dari peserta kursus yang dianjurkan oleh IPMI di JPS Ampang. Peserta adalah terdiri daripada Jurutera Bahagian dan Negeri Peserta kursus diberi penerangan tentang projek tersebut oleh Jurutera Daerah Tampin En. Abd Razak bin Abd Aziz. Objektif awatan adalah bagi melihat kerja fizikal disamping operasi kolam takungan yang menggunakan komponen mekanikal. SIDANG REDAKSI 2017 PENASIHAT PENOLONG EDITOR JURUFOTO Ir. Rozman B. Mohamad Puan Suryati bt Rosli Encik Muhamad Nurafizan bin Wagi EDITOR Pn. Nurul Wahida Bt Mohd Nabin DITERBITKAN OLEH Bahagian Operasi Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Sembilan

Upload: vokhanh

Post on 13-Mar-2019

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAWATAN TEKNIKAL RTB SUNGAI GEMAS - jpsns.ns.gov.myjpsns.ns.gov.my/images/Buletin/2017/Buletin-1JAN---APRIL-2017... · bacaan doa dan perhimpunan diakhiri dengan bacaan ikrar perkhidmatan

BULETIN

Bil.1/2017

Seremban 09 Jan 2017 - "`Bersyukurlah Dengan Apa Yang Telah Kita Perolehi “. Antara petikan

ucapan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Dato' Seri Utama Hj.Mohamad bin Hj.

Hasan ketika berucap padaMajlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan

Bil 1/2017 di pekarangan Dewan Undangan Negeri, wisma negeri. Katanya lagi, kakitangan

kerajaan seharusnya menjadi orang tengah bagi merakyatkan maklumat selaras dasar Negeri

Sembilan, "Memakmurkan Negeri, Mensejahterakan Rakyat", kerana rakyat kita semua dapat

berkhidmat dan melaksanakan dasar-dasar yang telah dirangka. Antara yang hadir Setiausaha

Kerajaan Negeri, Exco-Exco Kerajaan Negeri, ketua-ketua jabatan dan kakitangan awam

Negeri Sembilan Darul Khusus. Perhimpunan dimulakan dengan menyanyikan lagu Negaraku

bersama – sama dengan kumpulan koir dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, seterusnya

bacaan doa dan perhimpunan diakhiri dengan bacaan ikrar perkhidmatan awam. Disamping

itu, penyerahan replika cek penghargaan kepada jabatan-jabatan yang mendapat Anugerah

Pengurusan Kewangan yang baik untuk tahun 2015.

Jayakan Perkhidmatan Sempurna

JPS Negeri Sembilan

jpsns.ns.gov.my

LAWATAN TEKNIKAL RTB SUNGAI GEMAS

PERHIMPUNAN BULANAN

05 April 2017, Gemas - Pengurusan bagi projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Gemas

telah menerima satu rombongan lawatan dari peserta kursus yang dianjurkan oleh IPMI di

JPS Ampang. Peserta adalah terdiri daripada Jurutera Bahagian dan Negeri Peserta kursus

diberi penerangan tentang projek tersebut oleh Jurutera Daerah Tampin En. Abd Razak bin

Abd Aziz. Objektif awatan adalah bagi melihat kerja fizikal disamping operasi kolam

takungan yang menggunakan komponen mekanikal.

SIDANG REDAKSI 2017 PENASIHAT PENOLONG EDITOR JURUFOTO Ir. Rozman B. Mohamad Puan Suryati bt Rosli Encik Muhamad Nurafizan bin Wagi EDITOR Pn. Nurul Wahida Bt Mohd Nabin DITERBITKAN OLEH Bahagian Operasi Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Sembilan

Page 2: LAWATAN TEKNIKAL RTB SUNGAI GEMAS - jpsns.ns.gov.myjpsns.ns.gov.my/images/Buletin/2017/Buletin-1JAN---APRIL-2017... · bacaan doa dan perhimpunan diakhiri dengan bacaan ikrar perkhidmatan

Kuala Pilah, 22 Jan 2017 – Karnival Pancing Seri Menanti Kembali Lagi . Seperti tahun-tahun

sebelumnya, Karnival Pancing Seri Menanti telah diadakan di Tasek Naga, Seri Menanti,

Kuala Pilah. Karnival Pancing Seri Menanti merupakan program yang telah disenaraikan

didalam jadual Sempena Hari Keputeraan D.Y.M.M Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir yang ke-69. Karnival tersebut dianjurkan

bersama oleh Jabatan Pengairan & Saliran Kuala Pilah dan Pejabat Daerah Kuala Pilah.

Antara yang hadir yang ialah, Pegawai Daerah Kuala Pilah, Tuan Syahrul Nizam bin Saleh

dan Pengarah JPS Negeri Sembilan Tuan Ir. Che Mohd Dahan bin Che Jusof serta urusetia

dari pelbagai agensi. Acara yang bermula seawal 7.30 pagi dengan dimulai sesi

pendaftaran peserta dan taklimat urusetia. Karnival tersebut telah dirasmikan oleh

Pegawai Daerah Kuala Pilah. Pada jam 12.00 tengahari siren telah dibunyi oleh D.Y.M.M

Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bagi

memandakan tamatnya Karnival Pancing tersebut. Karnival tersebut diakhiri dengan

majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dan turut dihadiri oleh Adun Seri

Menanti Y.B. Dato' Abd Samad bin Ibrahim.

15 Februari 2017, Port Dickson - Bertempat di Institut Latihan FAMA, Batu 12, Jalan Pantai,

Port Dickson telah diadakan Bengkel Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Fail Meja (FM)

Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Sembilan Darul Khusus 2017. Bengkel tersebut telah

diadakan ada 15 hingga 17hb Februari 2017. Seramai 40 peserta telah menyertai bengkel

tersebut yang melibatkan Ketua-Ketua Daerah, Bahagian dan Unit serta beberapa orang

kakitangan sokongan yang berkaitan. Bengkel ini diadakan bagi membincangkan skop

bidang kerja mengikut bahagian, unit dan daerah. Bengkel ini dimulakan dengan ucapan

alu - aluan dan perasmian oleh Timbalan Pengarah JPS Negeri Sembilan Pn. Kalsom binti

Mean. Bengkel diteruskan dengan taklimat dari Pegawai Perbadanan Perpustakaan Negeri

Sembilan, En. Mohd Ridzwan bin Mohd Yusuf bagi menerangkan lebih terperinci berkenaan

MPK dan FM dengan cara yang betul. Bengkel dibahagikan kepada tiga kumpulan

mengikut fungsi utama, fungsi biasa dan daerah. Pada hari terakhir bengkel, setiap

kumpulan membentangkan MPK mengikut bahagian masing-masing bersama rumusan

bengkel yang diulas oleh Timbalan Pengarah.

KARNIVAL MEMANCING SERI MENANTI 2017

BENGKEL MPK DAN FAIL MEJA

Page 3: LAWATAN TEKNIKAL RTB SUNGAI GEMAS - jpsns.ns.gov.myjpsns.ns.gov.my/images/Buletin/2017/Buletin-1JAN---APRIL-2017... · bacaan doa dan perhimpunan diakhiri dengan bacaan ikrar perkhidmatan

21 Februari 2017, Seremban - Bertempat di Bilik Mesyuarat JPS Negeri Sembilan telah

diadakan Program Bersama Ketua Pengarah JPS Malaysia YBhg. Dato' Sri Ir. Hj. Zulkefli bin

Hassan. Antara yang hadir dalam program tersebut ialah Timbalan Pengarah Pn. Kalsom

binti Mean, Ketua-ketua Bahagian dan Daerah. Objektif program adalah

memperkenalkan Pengarah Pengairan & Saliran Negeri yang baru iaitu Tn. Ir. Rozman bin

Mohamad di samping majlis ramah mesra bersama kakitangan Ibu Pejabat Negeri

Sembilan.

LAWATAN KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA

29 Mac 2017, Kuala Lumpur - JPS Daerah Seremban dengan kerjasama JPS Wilayah

Pesekutuan telah mengadakan Satu Program lawatan Teknikal Ke Projek River Of Live

(R.O.L) dan Pusat Kawalan SMART. Seramai 34 peserta terlibat yang terdiri daripada

Ketua-ketua Daerah dan kakitangan jabatan yang diketuai oleh Jurutera Daerah Cik

Hayati binti Zainal. Program tersebut dimulakan dengan mendengar taklimat tentang

projek tersebut yang disampaikan oleh Cik. Khairul Fadzilah Binti Mohd. Omar. Turut

hadir ialah En. Ooi Soon Lee mewakili Pengarah Tn. Hj. Nishad Mohamed bin Hj. C.J.

Mohd. Shaffy yang tidak dapat serta. Program diteruskan dengan melawat di `Point

Interceptor System P7' dimana, kawasan tersebut adalah, berhampiran dengan

Masjid Jamek. Kawasan tersebut juga pernah dilawati oleh Perdana Menteri Malaysia,

Y.A.B Datuk Seri Najib Tun Razak bagi program lawatan kerja beliau disamping

merasmikan pada tahun 2011. Projek River Of Life itu bertujuan untuk mengubah

kualiti air sungai utama di Lembah Klang daripada tahap tidak selamat kepada tahap

selamat ( Water Quality Indeks-2B ). Program diteruskan dengan melawat Loji Rawatan

Air Sungai Belongkong dan berakhir di pusat kawalan Stormwater Management And

Road Tunnel (SMART).

LAWATAN TEKNIKAL KE PROJEK RIVER OF LIFE ( R.O.L )

DAN PUSAT KAWALAN SMART

Page 4: LAWATAN TEKNIKAL RTB SUNGAI GEMAS - jpsns.ns.gov.myjpsns.ns.gov.my/images/Buletin/2017/Buletin-1JAN---APRIL-2017... · bacaan doa dan perhimpunan diakhiri dengan bacaan ikrar perkhidmatan

SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA

30 Mac 2017, Seremban - Bertempat di dataran Bahagian Mekanikal & Stor JPS

Negeri Sembilan telah diadakan majlis meraikan kenaikan pangkat, persaraan,

sambutan hari jadi dan penyerahan jersi pasukan bola sepak JPSNS. Disamping

itu juga, majlis tersebut bertujuan untuk memperkenalkan pemain pasukan bola

sepak bagi pasukan JPS Negeri Sembilan. Majlis dirasmikan oleh Pengarah

Pengairan Negeri, Tn. Ir. Rozman bin Mohamad.

MAJLIS MERAIKAN KENAIKAN PANGKAT SERTA MAJLIS

MEMPERKENALKAN PASUKAN BOLA SEPAK JPSNS

25 Mac 2017, Seremban - "Kajian menunjukkan terdapat kira-kira 3 trilion sumber

air bawah tanah dan hanya 1.5 peratus daripadanya digunakan. Jumlah yang

besar itu perlu dimanfaatkan dan dijadikan sebagai alternatif agar bekalan air

negara terjamin", Ini adalah petikan ucapan perasmian Y.A.B Dato' Seri Ahmad

Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia sempena Sambutan Hari

Air Sedunia Peringkat Kebangsaan. Antara yang hadir Menteri Sumber Asli dan

Alam Sekitar YB Dato' Sri Dr.Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan Menteri

Tenaga, Teknologi Hijau dan Air YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity

Ongkili. Majlis dimulakan dengan Nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa,

seterusnya ucapan aluan dari Pengerusi UNESCO-IHP Malaysia YBhg. Dato' Sri Hj.

Ir. Zulkifli bin Hassan merangkap Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran

Malaysia. Dalam majlis tersebut, beberapa anugerah dan hadiah telah

disampaikan oleh Y.A.B Dato' Seri Ahmad Zahid Bin Hamidi kepada pemenang

dari pelbagai pertandingan yang diadakan. Disamping itu, beliau sempat

melawat gerai-gerai pameran yang diadakan oleh pelbagai agensi kerajaan.

Page 5: LAWATAN TEKNIKAL RTB SUNGAI GEMAS - jpsns.ns.gov.myjpsns.ns.gov.my/images/Buletin/2017/Buletin-1JAN---APRIL-2017... · bacaan doa dan perhimpunan diakhiri dengan bacaan ikrar perkhidmatan