BULETIN
Bil.2/2017
Jumaat 05 Mei 2017, Seremban - Mesyuarat Agung Kelab Sukan & Sosial Jabatan Pengairan
dan Saliran Negeri Sembilan kali ke-32 telah diadakan di Dewan Theattrete, Wisma Negeri.
Mesyuarat yang diadakan serentak dengan Majlis Perjumpaan bersama Pengarah telah
berlangsung pada pukul 8.30 pagi. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah JPS
Negeri Sembilan Tn. Ir. Rozman bin Mohamad selaku Presiden Kelab yang baru bagi
menggantikan Tn. Ir Che Mohd Dahan bin Jusof yang bertukar ke JPS Negeri Johor. Dalam
ucapan beliau yang menyatakan serba sedikit tentang dirinya dan perjalanan hidup serta
pengalaman kerja sebelum menjadi Pengarah JPS Negeri Sembilan di samping
mencadangkan nama kelab ditukar kepada lebih ringkas.
Seperti tahun sebelumnya, objektif majlis Perjumpaan bersama Pengarah dan Kakitangan
diadakan bagi merapatkan hubungan silaturrahim disamping meraikan kakitangan yang
sudah bersara serta akan bersara. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan
diteruskan lagi dengan bacaan doa yang diketuai oleh En. Muhamad Norafizan bin Wagi,
dari Bahagian Pengurusan Banjir. Acara seterusnya adalah penyampaian sumbangan
kepada anak-anak ahli yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR,
PMR, SPM dan STPM serta cabutan bertuah. Mesyuarat yang bermula pada pukul 10.00
yang dipengerusikan oleh Presiden kelab sendiri dimana mesyuarat kali ini dibuat pemilihan
dua jawatan penting iaitu Setiausaha Kehormat dan Bendahari disebabkan kenaikan
pangkat dan pertukaran baru-baru ini. Dalam mesyuarat tersebut dua usul telah
dibincangkan bagi penambahbaikan pengurusan kelab disamping isu-isu yang berbangkit.
Tidak ketinggalan juga cadangan program untuk tahun ini dan mesyuarat yang diakhiri
dengan cabutan bertuah peringkat akhir serta cabutan `Grand prize' berupa basikal
dimenangi oleh En. Mohamad Azahari bin Salleh dari daerah Jempol.Pengurusan
Kewangan yang baik untuk tahun 2015.
Jayakan Perkhidmatan Sempurna
JPS Negeri Sembilan
jpsns.ns.gov.my
MESYUARAT AGONG KELAB SUKAN JPS NEGERI SEMBILAN
SIDANG REDAKSI 2017
PENASIHAT PENOLONG EDITOR JURUFOTO
Ir. Rozman B. Mohamad Puan Suryati bt Rosli Encik Muhamad Nurafizan bin Wagi
EDITOR
Pn. Syamsafariza Izawane Bt Wan Mohd Fikri DITERBITKAN OLEH
Bahagian Operasi
Jabatan Pengairan & Saliran Negeri
Negeri Sembilan Darul Khusus
PROGRAM GOTONG ROYONG & PELEPASAN BENIH IKAN AIR TAWAR DI PERAIRAN UMUM.
17 November 2017 – REMBAU . Ini merupakan program kerjasama (NBOS) di antara
Jab. Perikanan Negeri Sembilan/Daerah Rembau dan JPS Daerah Rembau di mana
pembahagian tugas tertentu memudahkan ia dilaksana dengan lebih cekap dan
kos efektif. Program ini telah disempurnakan oleh YB Dato Zaifulbahri bin Idris selaku
ADUN Kawasan Chembong merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Modal
Insan, Belia Dan Sukan. Sebanyak 10,000 benih ikan telah dilepaskan bagi setiap
spesis iaitu dari sepsis ikan baung, lampam jawa dan lampam sungai. Program ini
turut dihadiri oleh Pengarah Perikanan N.Sembilan iaitu Tn Helimi bin Abu Hanip.
15 Mei 2017, Port Dickson - Satu lawatan kerja bersama JPS Negeri Sembilan dan Pejabat
Pembangunan Persekutuan Negeri (ICU) telah diadakan di sekitar kawasan Rancangan
Tebatan Banjir (RTB) Sungai Jimah dan Sungai Linggi. Antara yang hadir ialah Pengarah
ICU, Tuan Hj. Ali bin Hj. Luman, Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri, Tn. Ir, Rozman bin
Mohamad, Jurutera Daerah Port Dickson En. Muhammad Fariz bin Ismail dan pegawai-
pegawai berkaitan kedua-dua dua jabatan. Objektif lawatan tersebut adalah salah satu
siri lawatan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri melihat projek yang telah siap
sekitar di dalam Negeri Sembilan.
LAWATAN KERJA BERSAMA PEJABAT PEMBANGUNAN
PERSEKUTUAN NEGERI ( ICU ) KE PROJEK RTB
SUNGAI LINGGI
PROGRAM NBOS BAGI PEMULIHARAAN PANTAI BATU 5 DIANTARA JPS DAERAH PORT DICKSON BERSAMA
NAHRIM DAN UTM
12 Jun 2017, Port Dickson - Satu lawatan kerja bersama JPS Negeri Sembilan dan
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (ICU) telah diadakan di sekitar
kawasan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Jimah dan Sungai Linggi. Antara
yang hadir ialah Pengarah ICU, Tuan Hj. Ali bin Hj. Luman, Pengarah Pengairan dan
Saliran Negeri, Tn. Ir, Rozman bin Mohamad, Jurutera Daerah Port Dickson En.
Muhammad Fariz bin Ismail dan pegawai-pegawai berkaitan kedua-dua dua
jabatan. Objektif lawatan tersebut adalah salah satu siri lawatan Pejabat
Pembangunan Persekutuan Negeri melihat projek yang telah siap sekitar di dalam
Negeri Sembilan.
WISMA NEGERI 24 Julai – Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Wisma Negeri menghimpunkan
kira-kira 800 penjawat awam daripada agensi-agensi dan jabatan-jabatan kerajaan
yang terdapat di Wisma Negeri di perkarangan Wisma Negeri, hari ini.T urut sama,
Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan serta ketua-ketua agensi dan
jabatan-jabatan kerajaan.
Antara agensi yang terlibat dalam gabungan majlis Aidilfitri ini ialah Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Kewangan Negeri, Jabatan Kerja Raya,
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Jabatan Perhutanan Negeri, Pejabat
Pembangunan Persekutuan Negeri, Jabatan Pengaliran dan Saliran Negeri, Jabatan
Pertanian Negeri, Jabatan Perancang Bandar dan Desa serta Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Sembilan.
JPS Negeri Sembilan telah mendapat tempat ketiga didalam pertandingan Gerai
Tercantik.
MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI
Pada 30 Julai 2017 - Seramai 8 orang kakitangan temasuk Jurutera Daerah JPS Port
Dickson telaj menyertai larian Smart Tunnel Run. Program tersebuttelah dianjurkan oleh
Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia dan telah di adakan di Kuala Lumpur.
PROGRAM SMART TUNNEL RUN
LAWATAN TEKNIKAL BERSAMA BAHAGIAN PENGURUSAN BANJIR UNTUK PROJEK RTB SUNGAI JIMAH
Isnin 14 Ogos 2017, Seremban & Port Dickson - Satu lawatan teknikal ke tapak projek
Rancangan Tebatan Banjir Sg.jimah telah diadakan selepas Mesyuarat Pemantauan
Projek-projek Rancangan Tebatan Banjir, Negeri Sembilan. Mesyuarat tersebut telah
diadakan pada pukul 10.00 pagi, antara yang hadir Timbalan Pengarah Seksyen
Teknikal Tuan Ir. Arshad bin Sardi, Bahagian Pengurusan Banjir, JPS Malaysia serta
pegawai-pegawai dari JPS Negeri Sembilan.
PROGRAM IBADAH QURBAN JPS REMBAU
1 September 2017 - JPS Rembau telah menerima seekor(1) lembu yang
disumbangkan oleh Ahli Parlimen Rembau iaitu Brig.Jen. Tuan Khairy Jamaluddin
bin Abu Bakar ( Menteri Belia Dan Sukan ) sempena Hari Raya Aidul Adha 1438H
untuk dilaksanakan Ibadah Qurban. Sembelihan telah disempurnakan oleh Imam
Majid Kariah Kg Mampong dengan dibantu oleh warga JPS Rembau sendiri.
SAMBUTAN HARI INOVASI JPS NEGER I SEMBILAN 2017
11 Oktober, Kuala Lumpur – JPS Daerah Port Dickson telah mewakili JPS Malaysia
bagi menyertai satu pertandingan Inovasi peringkat Kemeterian Alam Sekitar di
Putrajaya. JPS Daerah Port Dickson diwakili oleh Kumpulan OMBAK telah
membawa produk “Easy Slot Stick Gauge” yang mana ianya telah digunakan
oleh JPS Neneri Sembilan.
PERTANDINGAN INOVASI PERINGKAT KEMETERIAN ALAM SEKITAR
26 September 2017, Seremban - Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima
anugerah bersempena Sambutan Hari Inovasi Peringkat Jabatan Pengairan dan Saliran
Negeri Sembilan yang diadakan di Pusat Dakwah Islamiah Paroi. Majlis tersebut yang
dirasmikan oleh Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Tn. Ir. Hj. Rozman bin Mohamad
dari Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan (JAHEINS) disamping yang hadir ialah
ketua-ketua bahagian dan daerah. Majlis yang disekalikan dengan Program Lafas Ikrar
Bebas Rasuah (IBR) dan Pelancaran Logo Kelab Sukan & Sosial JPS Negeri Sembilan.
Lafas Ikrar Bebas Rasuah yang diketuai oleh Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri
sendiri sambil disaksikan oleh Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Negeri Sembilan,
Tuan Ramli bin Ismail. Majlis yang dimulakan dengan Ceramah Inovasi yang
disampaikan oleh Tn. Hj. Norazman bin Amat kemudian disusuli dengan taklimat
kesihatan yang disampaikan oleh Pegawai Kesihatan dari Hospital SALAM Senawang.
SAMBUTAN HARI INOVASI
JPS MALAYSIA
25 Oktober 2017 KEDAH - Telah berlansung sambutan Hari Inovasi Jabatan Pengairan
Dan Saliran di Institut Latihan Perguruan Darulaman. Program tersebut telah dirasmikan
oleh YB Datuk IR. DR. Haji Hamim Bin Samuri , Timbalan Menteri Asli dan Alam Sekitar.
Turut hadir , Ir. Hj. Abdullah bin Isnin iaitu, Timbalan Ketua Pengarah ( Sektor Pakar ) .
MAJLIS TAKLIMAT RANG UNDANG – UNDANG SUMBER AIR NEGARA
31 Oktober 2017 - Majlis Taklimat Rang Undang-Undang Sumber Air Negara bertempat di
Nilai Springs golf resort, Nilai yang di rasmikan oleh YBhg Dato Sri Azizan Bin Ahmad,
Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan majlis penutup di
sempurnakan oleh YBhg Dato IR. DR. Haji Hamim Bin Samuri,Timbalan Menteri NRE.
Turut hadir YBhg Dato Ir Dr Hj Md Nasir Bin Md Nor,Timbalan Ketua Pengarah JPS (Sektor
Business) . Seramai 130 orang peserta yang terlibat di dlm program ini.
LAWATAN KE HOT SPORT BANJIR DI KG SERTING HULU
8 November 2017- Jempol - Satu lawatan ke hotspot banjir telah diadakan ke kawasan
Serting Ulu. Lawatan ini telah dihadiri oleh Tuan Haji Zazali Bin Salehudin selaku Pegawai
Daerah Jempol , En Azmir Syam Penguasa Daerah JPS Jempol , serta wakil dari
Jabatan Kerja Raya Daerah Jempol , Majlis Daerah Jempol , Pejabat Daerah Jempol ,
Jabatan Kebajikan Daerah Jempol , Jabatan Kesihatan Daerah Jempol dan Ketua
Kampung .
Berikutan lawatan ini , Tuan Pegawai Daerah menyarankan agar JKR menaiktaraf
culvert sediada ke saiz yang lebih sesuai kerana saiz sedia ada tidak dapat
menampung kapasiti air ketika hujan lebat . Semoga kita akan terus dapat bersama
berganding bahu menawarkan dan memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat.
MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN JPS NEGERI SEMBILAN
9 November 2017 – PENANG - Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan JPS Negeri
Sembilan telah diadakan pada 9 Oktober 2017 di KOMTAR, Pulau Pinang. Turut
diadakan juga taklimat khas berkenaan Penubuhan Jawatankuasa 'Ops
Lumpur' dan penyerahan Wang Sumbangan Kelab Sukan dan Rekreasi JPSNS
(KESSAN) kepada JPS Pulau Pinang kepada staff JPS yang terlibat dalam banjir
baru-baru ini.Lawatan ke Projek Pemuliharaan Pantai dan Pembaikan Kualiti Air
Laut Di Batu Feringghi, Pulau Pinang turut diadakan.
PROGRAM MESRA RAKYAT
DI PORT DICKSON
13 November 2017 - Program Mesra Rakyat Di Port Dickson. Program ini telah
dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan ,Menteri
Besar Negeri Sembilan.
KURSUS “ TRAINING OF TRAINERS ”
RIVER RANGER 2017
15-16 November 2017 - Seremban, Bertempat di Hotel Royal Chulan telah
diadakan Kursus "Training of Trainers River Ranger 2017". Peserta kursus tersebut
terdiri daripada guru-guru dari 10 buah sekolah di sekitar Seremban, Agensi
Kerajaan & Swasta yang terlibat dengan pengurusan air seperti JPS, JAS, JMG,
BKSA, PTG, PBT, SAINS dan IWK. Majlis penutup yang dirasmikan oleh Y.B. Dato' Hj.
Ubaidah bin Dato' Hj. Redza, Adun Ampangan Selaku Pengerusi Jawatankuasa
Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan dan
Naib Pengerusi MyWP Dato' Ir. Hanapi bin Mohamad Noor.