program gapai kpi - kertas kerja

4

Click here to load reader

Upload: mohd-syuhaimi-abu

Post on 04-Dec-2015

241 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Contoh kertas kerja membugarkan Frog VLE di sekolah

TRANSCRIPT

Page 1: Program Gapai KPI - Kertas Kerja

Program Gapai kpi vle frog

Menempa nama terunggul dunia pembelajaran Alaf 21

TARIKH : SEPTEMBER – OKTOBER TEMPAT : SK (1) SELAYANG BARU, SELANGOR

UNIT ICT

KERTAS KONSEP

Page 2: Program Gapai KPI - Kertas Kerja

PROJEK LAUTAN BIRU (PROLAB) 2015

1. PENDAHULUAN

Pembelajaran Alaf 21 kini menjadi fokus utama dalam bidang pendidikan seiring dengan kemajuan bidang pendidikan yang disokong dengan pembangunan teknologi. Sehubungan itu, platform VLE Frog adalah diharapkan dapat memacu pembangunan bidang pendidikan ke arah trajektori yang telah dirancangkan. Bagi memberi garis panduan yang jelas, JPN Selangor selaku pemantau kini telah mengeluarkan KPI bulanan sebagai panduan pencapaian yang perlu menjadi target setiap sekolah di Selangor.

2. OBJEKTIF

2.1 Merancakkan penggunaan VLE Frog bagi meningkatkan pencapaian KPI sekolah

2.2 Menginspirasi guru dengan pembaharuan di dalam VLE Frog.

2.3 Membimbing guru-guru yang masih belum mahir dengan VLE Frog.

2.4 Menarik minat murid untuk meneroka kelebihan pembelajaran menggunakan VLE Frog dan Chromebook.

3. KONSEP PROGRAM

3.1 LADAP akan diadakan selama 2 hari seiring dengan murid yang direhatkan sepanjang 2 hari sempena Peperiksaan UPSR.

3.2 Pengisian LADAP adalah bagi memastikan guru memberi tugasan menggunakan aplikasi “Assignment” kepada murid supaya Frog VLE masih aktif dengan penggunaan murid dari rumah.

3.3 LADAP juga akan menerangkan mengenai KPI baru sekolah yang akan menjadi kayu ukur penggunaan VLE Frog sekolah. KPI berkenaan adalah seperti berikut:

1

UNIT ICT SK (1) SELAYANG BARU

Page 3: Program Gapai KPI - Kertas Kerja

PROJEK LAUTAN BIRU (PROLAB) 2015

3.3.1 Pembinaan Site : 8 buah site sebulan dengan purata 2 site seminggu.

3.3.2 Penggunaan dalam Pdp : 4 kali sebulan bagi GM1M, 2 kali sebulan (semua guru).

3.3.3 Penggunaan Sites : 40 lawatan selepas tempoh seminggu.

3.4 Guru akan membuat pelaporan mengenai pencapaian KPI ini di dalam Google Form yang disediakan oleh Pentadbir VLE Frog.

4. PELAKSANAAN

4.1 TARIKH : Sesi 1 pada 7 September dan Sesi 2 pada 8 September 2015.

4.2 TEMPAT PROGRAM : Bilik Komputer, SK (1) Selayang Baru.

5. SASARAN

Semua guru SK (1) Selayang Baru

6. HADIAH

6.1 Login tertinggi setiap bulan. 10 orang murid akan dipilih.

7. PERBELANJAAN dan PENDAPATAN

7.1 PENDAPATAN

DIBIAYAI SEKOLAH RM 60.00

7.2 PERBELANJAAN

Button Badge untuk guru paling aktif (10 orang x 2 bulan)

RM 1.50 x 20 RM 30.00

Button Badge untuk Frog RM 1.50 x 20 RM 30.00Champions (10 orang x 2 bulan)

JUMLAH BESAR PERBELANJAAN RM 0

2

UNIT ICT SK (1) SELAYANG BARU

Page 4: Program Gapai KPI - Kertas Kerja

PROJEK LAUTAN BIRU (PROLAB) 2015

8. PENUTUP

Adalah amat diharapkan agar program ini dapat memeriahkan kerancakan aktiviti VLE Frog di SK (1) Selayang Baru. Semoga hasrat meletakkan SK (1) Selayang Baru sebagai sekolah paling aktif di Selangor tercapai dengan segala perancangan aktiviti Unit ICT SK (1) Selayang Baru dan dengan sokongan pentadbiran, semua guru dan para ibu bapa.

Disediakan oleh

(MOHD SYUHAIMI BIN ABU)

Guru ICT

SK (1) SELAYANG BARU

Disemak Oleh

(NORLAILY BT ABDUL RAHMAN)

PK Pentadbiran

SK (1) SELAYANG BARU

Disahkan oleh

(HJ ABU HASSAN B AB MAJID)

Guru Besar

SK (1) SELAYANG BARU

3

UNIT ICT SK (1) SELAYANG BARU