kertas kerja program generasi s.m.a.r.t

29
KERTAS KERJA KONSEP TAJUK PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART) DISEDIAKAN OLEH IQ CLASS MANAGEMENT No 17-B, Lorong Elmina 2, Sungai Buloh Country Resort Saujana Utama, 47000, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan No. Tel: 03-6038 8101 No. Faks: 03-6038 8102

Upload: kamarul-azami-bin-mohd-zaini

Post on 23-Jun-2015

718 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Program Generasi S.M.A.R.T. atau G-SMART dibina dengan kekuatan untuk mengembalikan generasi belia ke landasan yang sepatutnya menjadi pilihan mereka. Membina matlamat dan halatuju, membersihkan pemikiran, memperbetulkan sikap, menghidupkan kembali rasa tanggungjawab serta memanfaatkan masa muda mereka dengan berkesan. Namun, ini hanyalah usaha kami yang sedikit dan memerlukan sokongan dan dokongan dari pihak-pihak lain untuk bersama-sama menggemblengkan tenaga dalam usaha membina generasi belia di Malaysia. Semoga segala usaha ini mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Program Generasi S.M.a.R.T

KERTAS KERJA KONSEP

TAJUK

PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T.(G-SMART)

DISEDIAKAN OLEH

IQ CLASS MANAGEMENTNo 17-B, Lorong Elmina 2, Sungai Buloh Country Resort

Saujana Utama, 47000, Sungai Buloh, Selangor Darul EhsanNo. Tel: 03-6038 8101 No. Faks: 03-6038 8102

Emel: [email protected] sesawang: http://iqclassmanagement.blogspot.com

Page 2: Kertas Kerja Program Generasi S.M.a.R.T

PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)

MUKADDIMAHProgram Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)IQ Class Management

Semua kita pada hari ini sedar dan tahu tentang pelbagai isu yang sedang marak melanda generasi muda negara Malaysia. Pelbagai tohmahan serta kritikan yang diberikan berhubung isu pembangunan belia yang secara umumnya menyatakan kesedihan dan kecewa kerana kegagalan melahirkan generasi pelapis negara yang berwibawa dan komited terhadap agama, bangsa dan negara. Pelbagai agensi, badan kerajaan dan bukan kerajaan diberikan kritikan oleh masyarakat tentang ketidakberkesanannya pembangunan belia hari ini.

Bermula dari sistem pendidikannya, program berbentuk latihan dan peningkatan kendiri belia serta pembangunan peribadi belia itu sendiri jelas sekali tidak menunjukkan kesan yang tidak begitu positif. Mungkin ia berpunca dari usaha yang tidak menyeluruh atau kurang bersungguh-sungguh. Ini jelas menunjukkan, bahawa, segenap masyarakat merasakan bahawa pembinaan generasi merupakan ramuan utama dalam memastikan kelangsungan generasi, agama dan bangsa serta pembinaan sesebuah negara. Generasi terdahulu terdidik dengan segala macam kesukaran dari zaman peperangan sehinggalah darurat yang akhirnya melahirkan generasi yang memperjuangkan kemerdekaan dan pembinaan bangsa dan negara.

Hari ini, generasi ini, tugas mereka bahkan lebih berat dan lebih besar. Ramai orang menuding jari, tetapi dalam keadaan sebenar, ramai orang yang hanya pandai bercakap, tetapi perlaksanaan hampir tiada. Tugas membina generasi bukan hanya terhad kepada kerajaan yang memerintah, sekolah atau mana-mana agensi kerajaan mahupun bukan kerajaan, tetapi ia adalah tugas semua orang yang bernama rakyat Malaysia, ayah, ibu, guru mahupun pemimpin politik dan usahawan-usahawan besar. Ini kerana, ia bukan berkaitan dengan kita pada hari ini, tetapi ia amat berkaitan dengan mereka dan anak, cucu, cicit kita pada masa akan datang. Mengisi kemerdekaan dan mengekalkannya adalah tugas yang lebih besar serta memerlukan peranan dan tanggungjawab yang lebih berat.

Kegagalan kita semua untuk bersama membina generasi adalah faktor penyumbang besar untuk kita melihat anak, cucu, cicit kita pada masa hadapan untuk hidup merempat, sempit dan kembali ke zaman sebelum kemerdekaan kita atau mungkin lebih teruk dari itu. Kami di IQ Class Management berasa amat terpanggil untuk bersama dengan mana-mana pihak yang ingin terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam merangka dan merencana program-program latihan, motivasi, bimbingan dan tunjuk ajar kepada generasi belia hari ini. Semoga dengan sumbangan kepakaran dan kemahiran kami dalam bidang latihan dan motivasi akan memberikan natijah yang besar buat generasi anak, cucu, cicit kami secara khususnya dan seluruh warga rakyat Malaysia secara amnya. Semoga usaha ini diberkati Allah s.w.t.

IQ Class Management21 September 2010

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [1]

Page 3: Kertas Kerja Program Generasi S.M.a.R.T

PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)

PENGENALAN PROGRAMProgram Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)IQ Class Management

Hampir 10 tahun IQ Class Management berkecimpung di dalam dunia latihan dan motivasi. Ia bermula dari pengalaman asas sebagai fasilitator sehinggalah sekarang, IQ Class Management telah melahirkan pelbagai modul untuk pelbagai peringkat masyarakat sehingga ke tahap pegawai-pegawai kerajaan dan swasta. Melalui pelbagai maklumat melalui media dan pengalaman terlibat dalam dunia latihan, kami di IQ Class Management berasa amat terpanggil untuk kembali bersama generasi belia di Malaysia. Dalam pengamatan dan hasil kajian tidak rasmi kami, generasi belia yang seperti diumumkan Kerajaan Malaysia mereka yang berumur 15 hingga 40 tahun, terlalu banyak yang menghadapi permasalahan yang berpunca dari dalam diri mereka sendiri, juga kerana perubahan persekitaran yang kebanyakannya tidak membantu dalam proses kematangan mereka.

Bermula dari langkah ketika berusia 14 tahun, akhir remaja mereka ini rosak dengan racun-racun kehidupan serta pergaulan yang tidak sihat. Hasilnya, apabila mereka sudah bertanggungjawab untuk membuat pilihan (khususnya dalam bidang pelajaran) ketika berusia 15 tahun, mereka telah hilang fokus dan tidak punya sebarang cita-cita dalam hidup. Pemikiran mereka dirosakkan dan tidak lagi bersih untuk berfikir secara positif dan rasional. Sikap mereka berubah terhadap kehidupan dan orang-orang yang mereka sepatutnya kasihi. Bermula dari situlah, kehidupan mereka mula menjadi tidak bertanggungjawab serta gagal dalam mengurus usia dan masa hadapan mereka.

Program Generasi S.M.A.R.T. atau G-SMART dibina dengan kekuatan untuk mengembalikan generasi belia ke landasan yang sepatutnya menjadi pilihan mereka. Membina matlamat dan halatuju, membersihkan pemikiran, memperbetulkan sikap, menghidupkan kembali rasa tanggungjawab serta memanfaatkan masa muda mereka dengan berkesan. Namun, ini hanyalah usaha kami yang sedikit dan memerlukan sokongan dan dokongan dari pihak-pihak lain untuk bersama-sama menggemblengkan tenaga dalam usaha membina generasi belia di Malaysia. Semoga segala usaha ini mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

MATLAMAT PROGRAMProgram Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)IQ Class Management

Melahirkan generasi belia yang berfikiran strategik, punya minda yang bersih, sikap yang terpuji, bertanggungjawab dan sentiasa memanfaatkan setiap masa dan ruang yang mereka ada untuk melakukan sesuatu yang memberikan manfaat kepada diri mereka, keluarga dan seterusnya masyarakat sekitar mereka.

OBJEKTIF PROGRAMProgram Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)IQ Class Management

Selepas mengikuti program ini peserta akan dapat;1. Membentuk pemikiran yang strategik dalam menentukan halatuju hidup;2. Membersihkan minda dari pemikiran yang menyekat perkembangan;3. Memperbaiki sikap terhadap diri sendiri serta persekitaran;4. Membina rasa tanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan seterusnya negara serta;5. Mengetahui kepentingan masa muda dalam mencorak kehidupan mereka akan datang.

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [2]

Page 4: Kertas Kerja Program Generasi S.M.a.R.T

PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)

SASARAN PROGRAMProgram Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)IQ Class Management

Program Generasi S.M.A.R.T. atau G-SMART mensasarkan kelompok peserta dari generasi pertengahan belia (bermula umur 18 hingga 25 tahun). Terhad kepada 40 orang untuk satu sesi latihan bagi memastikan keberkesanan perlaksanaan latihan.

MODUS OPERANDI PROGRAMProgram Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)IQ Class Management

Penerapan objektif Program Generasi S.M.A.R.T. atau G-SMART akan dilaksanakan melalui beberapa kursus iaitu;

1. Seminar Generasi Belia ‘SMART’ – lampiran A2. Kem Motivasi Kembara Bina Diri Belia (KeMBara) – lampiran B3. Kursus Bina Insan Minda Strategik (BIMS) – lampiran C4. Kursus Belia Sukarelawan Prihatin (Belia Prihatin) – lampiran D

Keterangan lanjut berkenaan kursus-kursus di atas ada disediakan dilampiran dalam bentuk pembentangan kertas kerja cadangan di hujung kertas kerja konsep ini.

HARAPANProgram Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)IQ Class Management

Perlaksanaan Program Generasi S.M.A.R.T. atau G-SMART ini dipelbagai peringkat agensi atau badan kerajaan, juga badan bukan kerajaan akan dapat membantu dalam merealisasikan belia yang komited, berdisiplin dan berketrampilan dari pelbagai aspek khususnya jasmani, emosi, rohani juga intelektual. Maka, melalui pembangunan aspek-aspek tadi akan lahir dalam diri setiap belia ini kemahiran-kemahiran seperti kemahiran sosial, komunikasi serta berorganisasi yang baik serta boleh menjadi teladan kepada sesiapa sahaja yang mengenali mereka. Oleh yang demikian, kami di IQ Class Management amat berharap agar, program ini akan diberikan ruang perlaksanaannya dan menjadikan ia sebagai satu yang dapat direalisasikan. Sekian.

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [3]

Page 5: Kertas Kerja Program Generasi S.M.a.R.T

PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)

LAMPIRAN A: KERTAS KERJA CADANGAN

TAJUK

SEMINAR GENERASI BELIA ‘SMART’

UNTUKPROGRAM GENERASI S.M.A.R.T.

(G-SMART)

DISEDIAKAN OLEH

IQ CLASS MANAGEMENTNo 17-B, Lorong Elmina 2, Sungai Buloh Country Resort

Saujana Utama, 47000, Sungai Buloh, Selangor Darul EhsanNo. Tel: 03-6038 8101 No. Faks: 03-6038 8102

Emel: [email protected] sesawang: http://iqclassmanagement.blogspot.com

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [4]

Page 6: Kertas Kerja Program Generasi S.M.a.R.T

PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)

PENDAHULUANSeminar Generasi Belia ‘SMART’Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)IQ Class Management

Seminar Generasi Belia ‘SMART’ merupakan idea keluaran dari Program Generasi S.M.A.R.T. atau G-SMART yang menggabungkan beberapa elemen dalam proses melahirkan generasi belia yang terbaik. Ia merupakan satu produk pengenalan kepada keseluruhannya Program Generasi S.M.A.R.T. atau G-SMART yang mana, elemen yang diketengahkan di dalam seminar ini adalah pembentangan, perbincangan dan penjelasan matlamat. Mereka yang telah menyertai seminar ini akan dipelawa untuk bersama dalam beberapa siri kursus lagi yang disusun agar menjadi suatu kesinambungan dalam perlaksanaan merealisasikan objektif Program Generasi S.M.A.R.T. atau G-SMART seterusnya dapat mengisi sebahagian dari keperluan pembinaan generasi belia di Malaysia.

OBJEKTIF SEMINARSeminar Generasi Belia ‘SMART’Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)IQ Class Management

Selepas mengikuti seminar ini, peserta akan dapat;1. Mengetahui keperluan untuk menyertai Program Generasi S.M.A.R.T;2. Memahami apakah objektif sebenar Program Generasi S.M.A.R.T;3. Melalui pengalaman sebahagian daripada modul untuk Program Generasi S.M.A.R.T serta;4. Memahami apakah konsep S.M.A.R.T yang bakal diperbincangkan.

MAKLUMAT PERLAKSANAAN SEMINARSeminar Generasi Belia ‘SMART’Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)IQ Class Management

Jangkamasa Perlaksanaan SeminarSeminar ini akan berlangsung selama 9 jam bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang.

Tarikh Perlaksanaan SeminarTertakluk kepada perbincangan bersama pihak penganjur.

Tempat Perlaksanaan SeminarTertakluk kepada perbincangan bersama pihak penganjur.

Keperluan Perlaksanaan Seminar1. Dewan seminar atau kelas yang dapat memuatkan bilangan peserta seramai 80 orang bersama

meja dan kerusi.2. Dewan solat berjemaah untuk 80 orang.

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [5]

Page 7: Kertas Kerja Program Generasi S.M.a.R.T

PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)

MODUS OPERANDI SEMINARSeminar Generasi Belia ‘SMART’Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)IQ Class Management

Jadual Seminar

JADUAL SEMINAR GENERASI BELIA ‘SMART’Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)

MASA TAJUK AKTIVITI BENTUK AKTIVITI7.30 pagi Peserta tiba dan mendaftar8.00 pagi Sesi Pembukaan dan Penyerahan Peserta Majlis8.30 pagi Sesi Pengenalan dan Taklimat Seminar Taklimat

9.30 pagi Suaikenal dan Pembahagian Kumpulan Perbincangan Dalam Kumpulan

10.30 pagi Rehat, minum pagi dan solat sunat Dhuha

11.15 pagi Pengenalan: Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART) Ceramah dan persembahan slaid

12.30 tengahari Rehat, makan tengahari dan solat Zohor berjemaah

2.15 petang Aktiviti G-SMART Latihan Dalam Kumpulan

4.00 petang Kesimpulan dan Majlis Penutupan Majlis5.00 petang Solat Asar berjemaah, minum petang dan bersurai

KOS PERLAKSANAAN SEMINARSeminar Generasi Belia ‘SMART’Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)IQ Class Management

BIL PERKARA HARGA SEUNIT

KUANTITI JUMLAH (RM)

JUMLAH BESAR (RM)

1. Sewaan kemudahan dewan dan surau

RM500.00 1 hari 500.00

2. Pengangkutan RM1,000.00 2 buah 2,000.003. Makanan

a. Minum pagi (40 peserta + 2 pegawai + 4 jurulatih)

RM3.00 86 orang 258.00

b. Makan tengahari (40 peserta + 2 pegawai + 4 jurulatih)

RM5.00 86 orang 430.00

c. Minum petang (40 peserta + 2 pegawai + 4 jurulatih)

RM3.00 86 orang 258.00 3,446.00

4. Bayaran Konsultasi dan Penyediaan Tenaga Pengajar

RM3,500.00 1 hari 3,500.00

5. Bayaran Tempahan T-Shirt untuk peserta, pegawai dan jurulatih

RM25.00 86 orang 2,150.00

6. Bayaran Persiapan Kit untuk peserta

RM7.00 86 orang 602.00 6,252.00

JUMLAH KESELURUHAN 9,698.00

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [6]

Page 8: Kertas Kerja Program Generasi S.M.a.R.T

PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)

LAMPIRAN B: KERTAS KERJA CADANGAN

TAJUK

KEM MOTIVASI KEMBARA BINA DIRI BELIA(KeMBara)

UNTUKPROGRAM GENERASI S.M.A.R.T.

(G-SMART)

DISEDIAKAN OLEH

IQ CLASS MANAGEMENTNo 17-B, Lorong Elmina 2, Sungai Buloh Country Resort

Saujana Utama, 47000, Sungai Buloh, Selangor Darul EhsanNo. Tel: 03-6038 8101 No. Faks: 03-6038 8102

Emel: [email protected] sesawang: http://iqclassmanagement.blogspot.com

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [7]

Page 9: Kertas Kerja Program Generasi S.M.a.R.T

PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)

PENDAHULUANKem Motivasi Kembara Bina Diri Belia (KeMBara)Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)IQ Class Management

Remaja merupakan satu peringkat umur dimana ia melalui proses kematangan bermula dari akhir kanak-kanak sehinggalah sebelum belia atau dewasa. Zakiah Darajad mendefinisikan remaja adalah masa peralihan, yang ditempuh oleh seseorang dari anak-anak menuju dewasa, meliputi semua perkembangan yang dialami sebagai persiapan memasuki masa dewasa (Zakiah Darajad, Remaja Harapan dan Tantangan, (Jakarta:Ruhana, 1995)). Kebiasaannya, mereka ini digolongkan dalam kelompok berumur diantara 13 sehingga ke 19 tahun. Mereka merupakan generasi muda yang merupakan aset penting bagi sesebuah negara. Melalui remaja, ibu bapa mula mencorakkan mereka sesuai dengan nilai-nilai yang dipegang di dalam sesebuah kekeluargaan. Bagi sekolah mahupun institusi pendidikan, remaja adalah kelompok yang perlu dicorak sesuai dengan kehendak dan aspirasi yang ditiupkan oleh dasar-dasar kerajaan melalui pembabitan golongan pendidik seperti guru dan sebagainya.

Namun, dalam kebanjiran dan lambakan gejala sosial yang wujud pada hari ini, remaja menjadi sebuah agenda utama dalam masyarakat dek kerana kerosakan yang mula wujud di dalamnya. Ini menjadikan, remaja-remaja mula dibentuk dengan nilai dan aspirasi yang bertentangan atau tidak sesuai dengan kehendak dan aspirasi yang dibangunkan oleh ibu bapa, guru-guru serta negara itu sendiri. Sesuai dengan pendapat seorang ahli psikologi bahawa remaja adalah sebagai masa penuh kegoncangan, taraf mencari identiti diri dan merupakan jangkamasa yang paling berat (E. B. Hurlock, Psikologi Perkembangan Edisi ke-5, (Jakarta:Erlangga, 1993)). Inilah yang menjadi kerisauan atau punca kepada timbulnya pelbagai idea untuk menjalankan serta mewujudkan pelbagai cara bagi mendepani isu ini yang saban hari semakin sukar untuk difikirkan.

Sehubungan dengan itu, atas dasar keprihatinan dan rasa bertanggungjawab, kami di IQ Class Management ingin menawarkan sebuah program yang bertujuan untuk mendasari dan memberikan kefahaman semula kepada diri belia itu sendiri yang telah melepasi tahap kritikal mereka (remaja) mengenai peranan, tanggungjawab serta fokus yang perlu diberikan oleh mereka di dalam kehidupan. Kem Motivasi Kembara Diri Belia atau lebih dikenali sebagai KeMBara merupakan sebuah produk yang dibangunkan untuk membantu memperbaiki diri belia melalui beberapa konsep latihan sebagai pendekatan yang digunakan. Semoga, usaha yang sedikit ini mendapat bantuan daripada Allah s.w.t. dan diberikan kemudahan dan keberkatan dalam perlaksanaannya pada masa akan datang.

OBJEKTIF KEMKem Motivasi Kembara Bina Diri Belia (KeMBara)Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)IQ Class Management

Selepas menghadiri kem ini peserta akan dapat;1. Mengenali lebih mendalam mengenai potensi diri secara individu;2. Memahami cabaran sebagai kehidupan sebagai seorang belia;3. Menanamkan motivasi diri serta keutamaan untuk memperbaiki sikap pada diri serta;4. Menimbulkan rasa kasih sayang dan tanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat.

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [8]

Page 10: Kertas Kerja Program Generasi S.M.a.R.T

PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)

MAKLUMAT PERLAKSANAAN KEMKem Motivasi Kembara Bina Diri Belia (KeMBara)Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)IQ Class Management

Sasaran Penyertaan KemPeserta adalah seramai 40 orang sahaja. Mereka mestilah telah mengikut Seminar Generasi Belia ‘SMART’.

Jangkamasa Perlaksanaan KemKem ini akan berjalan selama 3 hari 2 malam bermula jam 5.00 petang hari pertama dan tamat pada jam 3.00 petang hari ketiga.

Tarikh Perlaksanaan KemTertakluk kepada perbincangan bersama pihak penganjur.

Tempat Perlaksanaan KemTertakluk kepada perbincangan bersama pihak penganjur.

Keperluan Perlaksanaan Kem1. Dewan yang dapat memuatkan seramai 40 orang peserta dengan meja dan kerusi.2. Surau yang dapat memuatkan 40 orang untuk solat berjemaah.3. Kemudahan aktiviti lasak seperti tasik, kolam, menara, hutan dan sebagainya yangberkaitan.

MODUS OPERANDI SEMINARKem Motivasi Kembara Bina Diri Belia (KeMBara)Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)IQ Class Management

Jadual Kem : Sila rujuk lampiran mukasurat [10]Pelan Pembelajaran Kem : Sila rujuk lampiran [11]

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [9]

Page 11: Kertas Kerja Program Generasi S.M.a.R.T

PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)

Jadual Kem

Jadual Kem Motivasi Kembara Bina Diri Belia (KeMBara)Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)

MASA / HARI PERTAMA KEDUA KETIGA4.30 pagi Bangun dan bersiap diri5.00 pagi Qiyamullail Bangun dan bersiap diri6.00 pagi Solat Subuh berjemaah Solat Subuh berjemaah

6.45 pagi Senaman pagi Tazkirah Subuh dan gotong-royong

8.00 pagi Sarapan pagi dan bersiap diri

Sarapan pagi dan bersiap diri

9.00 pagi KeMBara2 KeMBara 6

10.30 pagi Minum pagi dan solat sunat Dhuha

Minum pagi dan solat sunat Dhuha

11.15 pagi KeMBara 3 Resolusi KeMBara

12.45 tengahari Makan tengahari, solat Zohor berjemaah

Makan tengahari, solat Zohor berjemaah

2.30 petangPeserta mula tiba,

mendaftar dan taklimat penginapan

KeMBara 4Majlis Penutup dan

bersurai

4.30 petang Minum petang, solat Asar berjemaah

Minum petang, solat Asar berjemaah

5.15 petang Sesi Pengenalan dan Taklimat KeMBara

Rehat

6.30 petang Rehat dan bersiap diri Makan malam dan bersiap diri

7.30 malamSolat Maghrib

berjemaah dan makan malam

Solat Maghrib berjemaah dan rehat

8.40 malam Solat Isyak berjemaah Solat Isyak berjemaah9.15 malam KeMBara 1 KeMBara 5

10.45 malam Minum malam dan bersiap diri

Minum malam dan bersiap diri

11.45 malam Tidur Tidur

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [10]

Page 12: Kertas Kerja Program Generasi S.M.a.R.T

PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)

Pelan Pembelajaran Kem

PELAN PEMBELAJARAN KEM MOTIVASI KEMBARA BINA DIRI BELIA (KeMBara)PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)

BIL TAJUK AKTIVITI OBJEKTIF INGIN DI CAPAI PENDEKATAN

1.Sesi Pengenalan dan Taklimat KeMBara

- Mengetahui peraturan dalam KeMBara- Mengenali fasilitator- Memulakan perkenalan awal dengan peserta

lain- ‘expectation check’

Taklimat dan mengisi borang

2.KeMBara 1 (Bina dan

Bentuk Kumpulan)

- Mengenali rakan dalam kumpulan- Membina kejelikitan dalam kumpulan- Memahami diri sebagai belia

Latihan Dalam Kumpulan dan pembentangan

3. Senaman Pagi - Senaman regangan- Persiapan untuk aktiviti lasak

Regangan dan permainan

4. KeMBara 2 (Mencari Yang Tersembunyi)

- Komunikasi dalam kumpulan- Mewujudkan perbincangan- Mengenali dengan lebih dalam rakan

sekumpulan

Permainan dan aktiviti lasak

5. KeMBara 3 (Survivor)- Bekerjasama menyediakan makanan- Mengenali diri lebih lebi mendalam- Mewujudkan interaksi dan ambil berat

Aktiviti lasak

6. KeMBara 4 (I Will Succeed)

- Aktiviti lasak menggunakan tali (bina keyakinan diri)

- Aktiviti lari berhalangan (bina kekuatan jasmani, emosi dan mental) hadapi tekanan

Aktiviti lasak

7. KeMBara 5 (What I Know?)

- Perbincangan mengenai pengalaman kehidupan hari ini

- Pengajaran yang diperolehi- Kehidupan tidak semudah yang dijangka

Permainan dan perbincangan

dalam kumpulan

8. Tazkirah Subuh

- Memahami kepentingan peranan diri sebagai belia

- Membina matlamat dalam kehidupan sebagai belia

- Berkongsi sejarah belia pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

Ceramah pendek

9.KeMBara 6 (Where I

want to go?)

- Mengenali lebih mendalam mengenai potensi diri secara individu

- Memahami cabaran sebagai kehidupan sebagai seorang belia

- Menanamkan motivasi diri serta keutamaan untuk memperbaiki sikap pada diri

- Menimbulkan rasa kasih sayang dan tanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat

Perbincangan dan

pembentangan kisah teladan

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [11]

Page 13: Kertas Kerja Program Generasi S.M.a.R.T

PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)

KOS PERLAKSANAAN SEMINARKem Motivasi Kembara Bina Diri Belia (KeMBara)Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)IQ Class Management

BIL PERKARA HARGA SEUNIT

KUANTITI JUMLAH (RM)

JUMLAH BESAR (RM)

1. Keperluan Logistika. Sewaan dewan dan surau RM500.00 3 hari 1,500.00b. Penginapan (40 peserta + 2

pegawai + 5 jurulatih)RM120.00 47 orang 5,640.00

2. Pengangkutan RM1,000.00 1 buah 1,000.003. Makanan

a. Minum petang (40 peserta + 2 pegawai + 5 jurulatih) x 2

RM3.00 94 pek 282.00

b. Makan malam (40 peserta + 2 pegawai + 5 jurulatih) x 2

RM5.00 94 pek 470.00

c. Sarapan pagi (40 peserta + 2 pegawai + 5 jurulatih) x 2

RM4.00 94 pek 376.00

d. Minum pagi (40 peserta + 2 pegawai + 5 jurulatih) x 2

RM3.00 94 pek 282.00

e. Makan tengahari (40 peserta + 2 pegawai + 5 jurulatih) x 2

RM5.00 94 pek 470.00 10,020.00

4. Bayaran Konsultasi dan Penyediaan Tenaga Pengajar

RM4,000.00 3 hari 12,000.00

5. Bayaran Tempahan T-Shirt untuk peserta, pegawai dan jurulatih

RM25.00 47 orang 1,175.00

6. Bayaran Persiapan Kit untuk peserta

RM5.00 47 orang 235.00 13,410.00

JUMLAH KESELURUHAN 23,430.00

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [12]

Page 14: Kertas Kerja Program Generasi S.M.a.R.T

PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)

LAMPIRAN C: KERTAS KERJA CADANGAN

TAJUK

KURSUS BINA INSAN MINDA STRATEGIK(BIMS)

UNTUKPROGRAM GENERASI S.M.A.R.T.

(G-SMART)

DISEDIAKAN OLEH

IQ CLASS MANAGEMENTNo 17-B, Lorong Elmina 2, Sungai Buloh Country Resort

Saujana Utama, 47000, Sungai Buloh, Selangor Darul EhsanNo. Tel: 03-6038 8101 No. Faks: 03-6038 8102

Emel: [email protected] sesawang: http://iqclassmanagement.blogspot.com

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [13]

Page 15: Kertas Kerja Program Generasi S.M.a.R.T

PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)

PENGENALANKursus Bina Insan Minda Strategik (BIMS)Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)IQ Class Management

Penciptaan manusia merupakan sejarah terbesar yang wajib dan perlu diketahui oleh setiap mereka yang bernama insan. Ia merupakan sebahagian daripada keperluan dalam usaha mengenali yang Maha Pencipta. Melahirkan seorang insan yang terbaik harus bermula dengan tunjangan utama iaitu Iman mereka. Menanamkan kepercayaan tauhid yang akhirnya melahirkan insan yang mengamalkan Islam dan bersifat Ihsan.

Pembinaan insan merupakan perkara yang perlu diberikan keutamaan dalam memastikan terbinanya keluarga, masyarakat dan negara. Seseorang insan perlu membangunkan pelbagai aspek diri termasuk, fizikal, intelektual, sosial dan emosi dan ia haruslah dipagari dan kukuhkan dengan kerohanian yang berpaksikan keesaan Allah s.w.t.

Justeru, Kursus Bina Insan Minda Strategik atau BIMS merupakan sebuah modul yang dibangunkan bagi membantu proses pembinaan diri insan secara holistik. Ia bukanlah satu cara menyelesaikan masalah khususnya dalam suasana perkembangan gejala dalam masyarakat hari ini, namun kami berharap ia adalah sebagai sebahagian dri usaha memberikan kesedaran dan peringatan mengenai kepentingan hidup bertuhankan Allah Yang Esa.

Perlaksanaan Kursus Bina Insan Minda Strategik atau BIMS ini diharapkan dapat membentuk sikap yang positif pada diri peserta bahkan mampu menjadi pencetus kepada pembinaan generasi melalui keluarga yang sihat serta masyarakat yang cemerlang.

OBJEKTIF KURSUSKursus Bina Insan Minda Strategik (BIMS)Program Generasi S.M.A.R.T (G-SMART)IQ Class Management

Selepas mengikuti kursus ini peserta akan dapat;1. Memahami makna insan;2. Mengetahui peranan insan;3. Mempelajari proses pembinaan insan;4. Mengetahui kepentingan ilmu dalam pembinaan insan serta;5. Menerapkan nilai insan dalam setiap sudut kehidupan.

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [14]

Page 16: Kertas Kerja Program Generasi S.M.a.R.T

PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)

MAKLUMAT KURSUSKursus Bina Insan Minda Strategik (BIMS)Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)IQ Class Management

Sasaran Penyertaan KursusPeserta adalah seramai 40 orang sahaja. Mereka mestilah telah mengikut Seminar Generasi Belia ‘SMART’.

Jangkamasa Perlaksanaan KursusKem ini akan berjalan selama 3 hari 2 malam bermula jam 5.00 petang hari pertama dan tamat pada jam 3.00 petang hari ketiga.

Tarikh Perlaksanaan KursusTertakluk kepada perbincangan bersama pihak penganjur.

Tempat Perlaksanaan KursusTertakluk kepada perbincangan bersama pihak penganjur.

Keperluan Perlaksanaan Kursus1. Dewan yang dapat memuatkan seramai 40 orang peserta dengan meja dan kerusi.2. Surau yang dapat memuatkan 40 orang untuk solat berjemaah.

MODUS OPERANDI KURSUSKursus Bina Insan Minda Strategik (BIMS)Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)IQ Class Management

Jadual Kursus : Lihat lampiran di muka surat 16Pelan Pembelajaran Kursus : Lihat lampiran di muka surat 17

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [15]

Page 17: Kertas Kerja Program Generasi S.M.a.R.T

PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)

Jadual Kursus

JADUAL KURSUS BINA INSAN MINDA STRATEGIK (BIMS)PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)

MASA / HARI PERTAMA KEDUA KETIGA4.30 pagi Bangun dan bersiap diri5.00 pagi Qiyamullail Bangun dan bersiap diri6.00 pagi Solat Subuh berjemaah Solat Subuh berjemaah

6.45 pagi Senaman pagi, rehat dan bersiap diri

Tazkirah Subuh dan bersiap diri

8.00 pagi Sarapan pagi Sarapan pagi9.00 pagi BIMS 2 BIMS 6

10.30 pagi Minum pagi dan rehat Minum pagi dan solat sunat Dhuha

11.15 pagi BIMS 3 Resolusi dan Kesimpulan BIMS

12.45 tengahariMakan tengahari, solat Zohor berjemaah dan

rehat

Makan tengahari dan solat Zohor berjemaah

2.30 petang Peserta mendaftar dan diberikan penginapan

BIMS 4 Majlis Penutup dan bersurai

4.30 petang Minum petang dan solat Asar berjemaah

Minum petang dan solat Asar berjemaah

5.00 petang Sesi Pengenalan dan Taklimat BIMS

Riadah petang

6.30 malam Bersiap diri Makan malam dan bersiap diri

7.30 malamSolat Maghrib

berjemaah dan makan malam

Solat Maghrib berjemaah dan Tazkirah

Maghrib8.40 malam Solat Isyak berjemaah Solat Isyak berjemaah9.15 malam BIMS 1 BIMS 5

11.00 malam Minum malam Minum malam11.45 malam Tidur Tidur

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [16]

Page 18: Kertas Kerja Program Generasi S.M.a.R.T

PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)

Pelan Pembelajaran Kursus

PELAN PEMBELAJARAN KURSUS BINA INSAN MINDA STRATEGIK (BIMS)PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)

BIL TAJUK AKTIVITI OBJEKTIF YANG AKAN DICAPAI AKTIVITI YANG DIJALANKAN

1. Suaikenal dan Taklimat BIMS

- Menjelaskan objektif kursus- Pemeriksaan ekspektasi- Kontrak kursus - Suaikenal bersama jurulatih

Persembahan ‘powerpoint’ dan

Taklimat

2.BIMS 1: Tak Kenal

Maka Tak Cinta

- Pemecah bendungan- Pembentukan kumpulan- Pembinaan kumpulan

Aktiviti bermodul, Perbincangan kumpulan

dan Pembentangan

3.BIMS 2: Hamba dan

Khalifah

- Memahami apa erti hamba- Menginsafi peranan khalifah- Keperluan keduanya dalam pembinaan insan

Aktiviti bermodul, Perbincangan kumpulan

dan Pembentangan

4.BIMS 3: Ilmu dan

Insani

- Mengetahui keperluan ilmu dalam menjadi hamba dan khalifah

- Kesan ilmu dalam kehidupan insan

Aktiviti bermodul, Perbincangan kumpulan

dan Pembentangan

5. BIMS 4: Akhlak dan Keperibadian

- Memahami apa itu akhlak- Menghayati kepentingan akhlak dalam

kehidupan manusia- Keterikatan antara akhlak dan insan

Aktiviti bermodul, Perbincangan kumpulan

dan Pembentangan

6. Tazkirah Maghrib - Matlamat Hidup Muslim- Persiapan sesudah hidup

Ceramah pendek

7. BIMS 5: Permainan Liga Bola Sepak

- Menilai keberkesanan perbincangan kursus- Memberikan penegasan objektif kursus

Permainan bermodul

8. Tazkirah Subuh - Hari ini untuk persiapan hari esok- Nikmat dan pilihan Allah

Ceramah pendek

9.BIMS 6: Bina Diri,

Keluarga dan Masyarakat

- Mengetahui perkaitan antara diri, keluarga dan masyarakat

- Kesan secara menyeluruh pembinaan insan kepada negara

Aktiviti bermodul, Perbincangan kumpulan

dan Pembentangan

10. Resolusi BIMS

- Membincangkan peranan yang akan di ambil selepas tamat kursus ini

- Membuat kesimpulan keseluruhannya bagi kursus ini.

Aktiviti bermodul, Perbincangan kumpulan

dan Pembentangan

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [17]

Page 19: Kertas Kerja Program Generasi S.M.a.R.T

PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)

KOS PERLAKSANAAN KURSUSKursus Bina Insan Minda Strategik (BIMS)Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)IQ Class Management

BIL PERKARA HARGA SEUNIT

KUANTITI JUMLAH (RM)

JUMLAH BESAR (RM)

1. Keperluan Logistika. Sewaan dewan dan surau RM500.00 3 hari 1,500.00b. Penginapan (40 peserta + 2

pegawai + 4 jurulatih)RM120.00 46 orang 5,520.00

2. Pengangkutan RM1,000.00 1 buah 1,000.003. Makanan

a. Minum petang (40 peserta + 2 pegawai + 4 jurulatih) x 2

RM3.00 92 pek 276.00

b. Makan malam (40 peserta + 2 pegawai + 4 jurulatih) x 2

RM5.00 92 pek 460.00

c. Sarapan pagi (40 peserta + 2 pegawai + 4 jurulatih) x 2

RM4.00 92 pek 368.00

d. Minum pagi (40 peserta + 2 pegawai + 4 jurulatih) x 2

RM3.00 92 pek 276.00

e. Makan tengahari (40 peserta + 2 pegawai + 4 jurulatih) x 2

RM5.00 92 pek 460.00 9,860.00

4. Bayaran Konsultasi dan Penyediaan Tenaga Pengajar

RM3,500.00 3 hari 10,500.00

5. Bayaran Tempahan T-Shirt untuk peserta, pegawai dan jurulatih

RM25.00 46 orang 1,150.00

6. Bayaran Persiapan Kit untuk peserta

RM5.00 46 orang 230.00 11,880.00

JUMLAH KESELURUHAN 21,740.00

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [18]

Page 20: Kertas Kerja Program Generasi S.M.a.R.T

PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)

LAMPIRAN D: KERTAS KERJA CADANGAN

TAJUK

KURSUS BELIA SUKARELAWAN PRIHATIN(BELIA PRIHATIN)

UNTUKPROGRAM GENERASI S.M.A.R.T.

(G-SMART)

DISEDIAKAN OLEH

IQ CLASS MANAGEMENTNo 17-B, Lorong Elmina 2, Sungai Buloh Country Resort

Saujana Utama, 47000, Sungai Buloh, Selangor Darul EhsanNo. Tel: 03-6038 8101 No. Faks: 03-6038 8102

Emel: [email protected] sesawang: http://iqclassmanagement.blogspot.com

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [19]

Page 21: Kertas Kerja Program Generasi S.M.a.R.T

PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)

PENGENALANKursus Belia Sukarelawan Prihatin (Belia Prihatin)Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)IQ Class Management

Kursus Belia Sukarelawan Prihatin atau Belia Prihatin merupakan sebuah kursus yang dibangunkan oleh pihak IQ Class Management bagi memenuhi keperluan masyarakat hari ini. Kursus ini dirangka dan dibentuk sesuai dengan sasaran kelompok belia yang berhasrat untuk menyumbang kepada masyarakat. Keperluan hari ini juga mendesak kami di IQ Class Management untuk menghasilkan satu produk atau program yang mana di dalamnya bukan sahaja memberikan kemahiran sebagai seorang sukarelawan bahkan memberikan semangat dan galakan kepada mereka yang baru ingin melibatkan diri. Kursus ini merupakan satu program pencetus pergerakan sukarelawan setempat yang mana dijalankan selama 2 hari 1 malam.

OBJEKTIF KURSUSKursus Belia Sukarelawan Prihatin (Belia Prihatin)Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)IQ Class Management

Selepas mengikuti kursus ini peserta akan dapat;1. Memahami konsep kerja sukarela dan kesukarelawanan;2. Mengetahui tentang prinsip dan etika kesukarelaan;3. Mempelajari beberapa kemahiran dalam kerja-kerja sukarela; serta4. Membuat perancangan untuk menarik minat lebih ramai golongan muda untuk terlibat dalam

aktiviti sukarela.

MAKLUMAT KURSUSKursus Belia Sukarelawan Prihatin (Belia Prihatin)Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)IQ Class Management

Sasaran Penyertaan KursusPeserta adalah seramai 40 orang sahaja. Mereka mestilah telah mengikut Seminar Generasi Belia ‘SMART’ dan Kem Motivasi Kembara Bina Diri Belia (KeMBara) atau Kursus Bina Insan Minda Strategik (BIMS)

Jangkamasa Perlaksanaan KursusKem ini akan berjalan selama 2 hari 1 malam bermula jam 5.00 petang hari pertama dan tamat pada jam 5.00 petang hari kedua.

Tarikh Perlaksanaan KursusTertakluk kepada perbincangan bersama pihak penganjur.

Tempat Perlaksanaan KursusTertakluk kepada perbincangan bersama pihak penganjur.

Keperluan Perlaksanaan Kursus1. Dewan yang dapat memuatkan seramai 40 orang peserta dengan meja dan kerusi.2. Surau yang dapat memuatkan 40 orang untuk solat berjemaah.3. Kawasan lapang untuk aktiviti luar.

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [20]

Page 22: Kertas Kerja Program Generasi S.M.a.R.T

PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)

MODUS OPERANDI KURSUSKursus Belia Sukarelawan Prihatin (Belia Prihatin)Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)IQ Class Management

Jadual Kursus

JADUAL KURSUS BELIA SUKARELAWAN PRIHATIN (BELIA PRIHATIN)PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)

MASA / HARI PERTAMA KEDUA4.30 pagi Bangun dan bersiap diri5.00 pagi Qiyamullail6.00 pagi Solat Subuh berjemaah6.45 pagi Senaman pagi dan bersiap diri8.00 pagi Sarapan pagi9.00 pagi BP 2

10.30 pagi Minum pagi dan solat Sunat Dhuha

11.15 pagi BP 312.45 tengahari Rehat, makan tengahari dan solat

Zohor berjemaah2.15 petang Peserta tiba, mendaftar dan

diberikan penginapanResolusi dan Majlis Penutup Belia

Prihatin (BP)4.30 petang Minum petang dan solat Asar

berjemaahMinum petang dan solat Asar

berjemaah dan bersurai5.00 petang Sesi Pengenalan dan Taklimat

Belia Prihatin (BP)6.30 petang Makan malam dan bersiap diri7.30 malam Solat Maghrib berjemaah dan

tazkirah Maghrib8.40 malam Solat Isyak berjemaah9.15 malam BP 1

11.00 malam Minum malam dan bersiap diri11.45 malam Tidur

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [21]

Page 23: Kertas Kerja Program Generasi S.M.a.R.T

PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)

Pelan Pembelajaran Kursus

PELAN PEMBELAJARAN KURSUS BELIA SUKARELAWAN PRIHATIN (BELIA PRIHATIN)PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)

BIL TAJUK OBJEKTIF YANG INGIN DICAPAI PENDEKATAN

1.Sesi Pengenalan

dan Taklimat Belia Prihatin (BP)

- Pengenalan latihan- Fokus minda dalam latihan- Ekspektasi peserta latihan

Taklimat dan mengisi borang

2.Tazkirah Maghrib

(Khalifah & Hamba)

- Menerangkan tentang peranan manusia- Tanggungjawab yang perlu dilaksana Ceramah pendek

3.BP 1: Pemecah

Bendungan

- Pemecah bendungan- Suaikenal- Kejelikitan kumpulan

Permainan dan pembentangan

4.BP 2: Pengenalan

Kepada Kesukarelawanan

- Definisi kesukarelawanan- Skop sukarela- Mengenali badan-badan sukarela yang lain- Perkongsian pengalaman

Perbincangan dalam kumpulan dan Pembentangan

5.BP 3: Konsep RELA dalam IQCM (Asas

Kesukarelaan)

- Menerangkan konsep RELA- Matlamat sukarela- Prinsip dan etika sukarela- Kemahiran Asas Sukarela

Permainan dan pembentangan

6. Resolusi- Mencari alternatif penyelesaian- Menyusun perancangan selepas tamat latihan

Perbincangan dalam kumpulan dan Pembentangan

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [22]

Page 24: Kertas Kerja Program Generasi S.M.a.R.T

PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)

KOS PERLAKSANAAN KURSUSKursus Belia Sukarelawan Prihatin (Belia Prihatin)Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)IQ Class Management

BIL PERKARA HARGA SEUNIT

KUANTITI JUMLAH (RM)

JUMLAH BESAR (RM)

1. Keperluan Logistika. Sewaan dewan dan surau RM500.00 2 hari 1,000.00b. Penginapan (40 peserta + 2

pegawai + 4 jurulatih)RM70.00 46 orang 3,220.00

2. Pengangkutan RM1,000.00 1 buah 1,000.003. Makanan

a. Minum petang (40 peserta + 2 pegawai + 4 jurulatih)

RM3.00 46 orang 138.00

b. Makan malam (40 peserta + 2 pegawai + 4 jurulatih)

RM5.00 46 orang 230.00

c. Sarapan pagi (40 peserta + 2 pegawai + 4 jurulatih)

RM4.00 46 orang 184.00

d. Minum pagi (40 peserta + 2 pegawai + 4 jurulatih)

RM3.00 46 orang 138.00

e. Makan tengahari (40 peserta + 2 pegawai + 4 jurulatih)

RM5.00 46 orang 230.00 6,140.00

4. Bayaran Konsultasi dan Penyediaan Tenaga Pengajar

RM3,500.00 2 hari 7,000.00

5. Bayaran Tempahan T-Shirt untuk peserta, pegawai dan jurulatih

RM25.00 46 orang 1,150.00

6. Bayaran Persiapan Kit untuk peserta

RM3.00 46 orang 138.00 8,288.00

JUMLAH KESELURUHAN 14,428.00

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [23]