program bahasa melayu bestari - edubest.edu.my€¦ · -kata 说 23 sebak -sedih dan hampir...

24
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest Tahap SR2A Modul 5 Nama : ____________________________

Upload: others

Post on 08-Aug-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Program Bahasa Melayu Bestari - edubest.edu.my€¦ · -kata 说 23 sebak -sedih dan hampir menitiskan air mata 泪水盈眶 24 mengenangkan -ingat semula tentang sesuatu 回想/想起

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest

Tahap SR2A

Modul 5

Nama : ____________________________

Page 2: Program Bahasa Melayu Bestari - edubest.edu.my€¦ · -kata 说 23 sebak -sedih dan hampir menitiskan air mata 泪水盈眶 24 mengenangkan -ingat semula tentang sesuatu 回想/想起

Markah Kuiz Komputer

Minggu Tarikh Tatabahasa

(%)

Perbendaharaan Kata (%)

Peribahasa

(%)

Lain-lain

1

2

3

4

5

Page 3: Program Bahasa Melayu Bestari - edubest.edu.my€¦ · -kata 说 23 sebak -sedih dan hampir menitiskan air mata 泪水盈眶 24 mengenangkan -ingat semula tentang sesuatu 回想/想起

Program Bahasa Melayu Edubest Modul 5

A. Perbendaharaan Kata & Bacaan

a. Perbendaharaan Kata

Bil. Perkataan/Frasa Kata Akar 意思

1 lesu

-letih

2 ruang

-tempat kosong/lapang

空间

3 setia

-taat

忠心

4 sisi

-tepi

旁边

5

menguap

-membuka mulut lebar-lebar dan mengeluarkan

nafas (mengantuk)

打呵欠

6 berganjak

-beralih tempat

移位

7 tersengguk-sengguk

-terangguk-angguk kerana mengantuk

打瞌睡时

头向前或

两旁点

8 mengantuk

-berasa hendak tidur

打瞌睡

9 usah

-jangan

别/不要

10 risau

-bimbang

担心

Program Bahasa Melayu Edubest SR2A05 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Program Bahasa Melayu Bestari - edubest.edu.my€¦ · -kata 说 23 sebak -sedih dan hampir menitiskan air mata 泪水盈眶 24 mengenangkan -ingat semula tentang sesuatu 回想/想起

11 akur

-setuju

同意

12 perintah

-arahan

命令

13 memeluk

-mendakap

14 gelisah

-bimbang. risau

担忧

15 menumpukan perhatian

-memberikan tumpuan / perhatian

集中注意

16 mendapat pelepasan

-mendapat kebenaran (untuk balik)

获得允许

离开/回家

17 melangkah masuk

-berjalan masuk

走进

18 sayu

-sedih

忧伤

19 menghampiri

-mendekati

走近/靠近

20 alangkah

-betapa, amat

多麽

21 pilu

-sedih

忧伤

22 ujar

-kata

23 sebak

-sedih dan hampir menitiskan air mata

泪水盈眶

24 mengenangkan

-ingat semula tentang sesuatu

回想/想起

25 muram

-sedih

忧愁

26 selagi hayat dikandung badan

-selagi hidup

只要还活

Program Bahasa Melayu Edubest SR2A05 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Program Bahasa Melayu Bestari - edubest.edu.my€¦ · -kata 说 23 sebak -sedih dan hampir menitiskan air mata 泪水盈眶 24 mengenangkan -ingat semula tentang sesuatu 回想/想起

27

membalas jasa

-memberi / membuat sesuatu terhadap

seseorang sebagai tanda terima kasih

报答

28 hati yang terbuka

-hati yang senang / tenang dan lega

平静的心

29 meninggalkan kesan

-memberi kesan

留下后果

30 mebgubat kesunyian

-menghilangkan rasa sunyi

除去寂寞

Program Bahasa Melayu Edubest SR2A05 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Program Bahasa Melayu Bestari - edubest.edu.my€¦ · -kata 说 23 sebak -sedih dan hampir menitiskan air mata 泪水盈眶 24 mengenangkan -ingat semula tentang sesuatu 回想/想起

b. Latihan Perbendaharaan Kata – Silang kata

Menurun

1. Azizah selalu ______ arwah

ibunya yang amat

menyayanginya.

2. Sejak perkara itu, Zila

_______tidak akan

mengulangi perbuatan

mencuri lagi.

3. Polis _______pemuda yang

disyaki merompak itu.

4. Pihak lawan _____serangan

pasukan bola sepak

kebangsaan setelah

diserang bertubi-tubi.

Melintang

1. Kita hendaklah ______

perhatian di dalam kelas.

5. Adik mulai ______ setelah

setengah jam mengulang

kaji pelajaran.

6. Para peminat penyanyi

pujaan itu masih tidak mahu

_____ dari stadium

walaupun konsert itu sudah

berakhir.

7. Para pelancong mengambil

gambar di tapak ekspo

untuk menjadikan bahan

________.

( %)

Program Bahasa Melayu Edubest SR2A05 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Program Bahasa Melayu Bestari - edubest.edu.my€¦ · -kata 说 23 sebak -sedih dan hampir menitiskan air mata 泪水盈眶 24 mengenangkan -ingat semula tentang sesuatu 回想/想起

Demi Kasih Nenek

Nenek terbaring lesu di ruang tengah rumah. Pak Tam dan Mak

Limah pula masih setia di sisi nenek. Yati sudah beberapa kali

menguap, namun dia tidak berganjak dari katil nenek. Dia sentiasa

berada di sisi nenek semenjak nenek sakit. Akibatnya, Yati

tersengguk-sengguk kerana tidak dapat menahan matanya yang

mengantuk.

“Yati, pergilah tidur. Esok Yati nak ke sekolah, nanti mengantuk

pula. Yati usah risau tentang nenek. Pak Tam dan Mak Limah akan

menjaganya,” ujar Mak Limah kepada Yati. Yati akur akan perintah

mak ciknya.

Lin mencium pipi nenek sebaik-baik sahaja dia bangun daripada

tidur.

“Maafkan Yati, nek kerana tidak jaga nenek pada malam tadi.

Yati sangat mengantuk. Sekarang Yati nak ke sekolah, balik nanti Yati

akan jaga nenek,” ujar Yati sambil memeluk nenek.

Yati pun pergi ke sekolah seperti biasa. Malangnya dia berasa

gelisah dan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran.

Yati asyik memikirkan keadaan nenek. Dia tidak sabar untuk pulang ke

rumah dan duduk disamping nenek. Kegelisahannya bertambah apabila

melihat ayahnya datang ke kelas semasa waktu persekolahan.

Setelah mendapat pelepasan daripada pihak sekolah , mereka segera

pulang ke rumah.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2A05 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Program Bahasa Melayu Bestari - edubest.edu.my€¦ · -kata 说 23 sebak -sedih dan hampir menitiskan air mata 泪水盈眶 24 mengenangkan -ingat semula tentang sesuatu 回想/想起

“Nenek mana mama?” tanya Yati sebaik-baik sahaja dia

melangkah masuk ke rumah. Mama Yati memandangnya dengan sayu.

Dia tidak tergamak untuk menyatakan hal yang sebenar kepada Yati.

Yati menghampiri katil nenek. Alangkah pilunya hati Yati apabila

melihat tubuh nenek telah ditutupi sehelai kain batik. Yati memeluk

tubuh nenek sambil menangis.

“Kenapa nenek tinggalkan Yati?” tanya Yati kepada mama.

“Jangan cakap begitu sayang,” ujar mama Yati lalu memeluknya.

Hati Yati sebak dan pilu apabila mengenangkan nenek yang telah

pergi buat selama-lamanya. Dia benar-benar terasa kehilangan nenek.

Selama ini nenek begitu mengambil berat akan dirinya. Atuk juga

kelihatan muram. Yati tahu atuk turut berasa kehilangan. Walaupun

nenek telah tiada, kasih nenek tetap di hati. Kenangan manis bersama

nenek akan dikenang „selagi hayat dikandung badan‟.

Yati ingin terus tinggal bersama atuk. Dia membuat keputusan

itu demi kasihnya yang mendalam terhadap nenek. Yati harap, dengan

menjaga atuk, dia dapat membalas jasa nenek.

“Mama, biarlah Yati tinggal bersama atuk,” kata Yati kepada

mama dan ayahnya. Mama dan ayah Lin menerima keputusan itu

dengan hati terbuka. Mereka sedar, kehilangan nenek sudah cukup

meninggalkan kesan Yati.

Atuk terharu apabila kepada mendengar keputusan Yati. Yati

pasti akan mengubat kesunyiannya. Atuk berjanji akan menjaga Yati

seperti mana nenek menjaga Yati.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2A05 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Program Bahasa Melayu Bestari - edubest.edu.my€¦ · -kata 说 23 sebak -sedih dan hampir menitiskan air mata 泪水盈眶 24 mengenangkan -ingat semula tentang sesuatu 回想/想起

B. Pemahaman

b. Latihan Pemahaman

1. Apakah yang mengganggu fikiran Yati sehingga dia tidak dapat

menumpukan perhatian terhadap pelajaran ?

A. keputusan peperiksaannya kurang memuaskan

B. terkenangkan ayahnya yang bekerja di tempat yang jauh

C. terkenangkan neneknya yang sakit tenat di rumah

D. kawan sedarjahnya sering mengganggunya di dalam kelas

2. Mengapakah pemergian nenek memberi kesan yang mendalam

kepada Yati ?

A. kerana dia sudah tidak ada nenek lagi

B. kerana tidak ada orang yang menjaganya lagi

C. kerana hubungan Yati dan nenek sangat rapat

D. kerana tidak ada orang yang boleh bermain dengannya lagi

2.Apakah faktor yang mendorong Yati mengambil keputusan untuk

terus tinggal bersama datuk ?

3.Bagaimanakah kamu hendak membalas jasa ibu bapa yang telah

bersusah payah membesarkan kamu? (KBAT)

Program Bahasa Melayu Edubest SR2A05 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Program Bahasa Melayu Bestari - edubest.edu.my€¦ · -kata 说 23 sebak -sedih dan hampir menitiskan air mata 泪水盈眶 24 mengenangkan -ingat semula tentang sesuatu 回想/想起

4. Senaraikan kata mengikut jenis daripada petikan :

Kata Hubung Kata Sendi Kata Kerja Kata Ganti

Nama

1.

2.

3.

1.

2.

3.

1.

2.

3.

1.

2.

3.

( %)

i-Think

Program Bahasa Melayu Edubest SR2A05 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 11: Program Bahasa Melayu Bestari - edubest.edu.my€¦ · -kata 说 23 sebak -sedih dan hampir menitiskan air mata 泪水盈眶 24 mengenangkan -ingat semula tentang sesuatu 回想/想起

C. Tatabahasa

a. Nota Ringkas

1. Kata Perintah

Kata perintah ialah perkataan yang digunakan untuk memberi suatu

perintah, larangan, arahan, silaan dan permintaan.

Jenis Kata Perintah Contoh

1. Larangan

2. Silaan

3. Arahan

Jangan

Sila

Tolong

Jangan pergi ke tampat itu.

Sila hantar surat ini ke

pejabat.

Tolong belikan saya

sebatang pen.

Latihan 1.1

Isikan tempat kosong dengan kata perintah yang sesuai.

1. ________________kemaskan buku sebelum keluar dari

perpustakaan.(Sila / Jangan)

2. “Hamzah, ________________tengokkan adik sekejap,” kata

ibu.(sila / tolong)

3. Sesiapa yang tidak dapat datang, ______________ angkat

tangan.(sila / jangan)

4. ________________sia – siakan harapan kedua – dua orang ibu

bapa kamu. (sila / jangan)

5. “________________lah duduk,” pelawa ketua kampung kepada

tetamunya. (Jangan / Sila)

6. ________________padamkan lampu dan kipas. (Tolong / Sila)

Program Bahasa Melayu Edubest SR2A05 9

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 12: Program Bahasa Melayu Bestari - edubest.edu.my€¦ · -kata 说 23 sebak -sedih dan hampir menitiskan air mata 泪水盈眶 24 mengenangkan -ingat semula tentang sesuatu 回想/想起

7. ________________merokok di kawasan ini. (Sila / Jangan)

8. ________________dicabut pokok bunga itu. (Jangan / Sila)

( %)

Latihan 1.2

Isikan tempat kosong dengan kata perintah yang sesuai.

sila jangan sila

tolong tolong jangan

1. __________________ cuci tangan sebelum makan.

2. __________________ angkat pinggan ini dengan cermat.

3. “_________________ bermain dengan pisau, nanti luka,” marah

ibu kepada Ani.

4. “ _______________lah masuk , mak cik,” kata Marlina kepada

Mak Cik Timah.

5. _________________ amalkan sikap suka membazir.

6. “_________________ tutupkan kipas,” kata Mei Lin kepada Wei

Chuan.

( %)

Latihan 1.3

Pilih perkataan yang sesuai.

1. (Sila / Jangan) beratur semasa membeli makanan di kantin.

2. (Jangan / Sila) kamu hampiri kawasan lombong itu.

3. Rajesh, (sila / tolong) kumpulkan kayu api di belakang rumah.

4. (Jangan Tolong ) beritahu Cikgu Khalil bahawa saya tidak dapat

hadir ke sekolah.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2A05 10

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 13: Program Bahasa Melayu Bestari - edubest.edu.my€¦ · -kata 说 23 sebak -sedih dan hampir menitiskan air mata 泪水盈眶 24 mengenangkan -ingat semula tentang sesuatu 回想/想起

5. (Tolong / Jangan) meniru semasa berada di dalam dewan

peperiksaan.

6. (Sila / Tolong)lah makan kuih keria yang saya buat ini.

7. Zarina, (tolong / sila) buatkan susu untuk adik.

8. (Sila / Jangan) makan di dalam bilik komputer.

9. (Tolong / Sila) angkatkan pakain di ampaian.

10. (Sila / Jangan) biarkan adik kamu bermain di tepi longkang.

( %)

2. Kata Sendi

Kata Sendi Fungsi Contoh

di

ke

dari

pada

kepada

untuk menunjukkan tempat

yang tetap

untuk menunjukkan tempat

tuju / arah

2. untuk menunjukkan asal

tepat / arah

3. untuk menunjukkan asal

masa

1. untuk menunjukkan masa

yang tetap

2. untuk menunjukkan orang

3. untuk menunjukkan

benda /tempat yang

kecil

1. untuk menunjukkan orang

Roni berehat di bilik

tidur.

Leela pergi ke pasar pagi

tadi.

Roni berasal dari London.

Ayah bekerja dari pagi

hingga petang.

Saya bangun pada pukul

7.00 pagi.

Duit saya ada pada ibu.

Kakak menyapu gincu

pada bibir.

Dia mengirim surat

Program Bahasa Melayu Edubest SR2A05 11

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 14: Program Bahasa Melayu Bestari - edubest.edu.my€¦ · -kata 说 23 sebak -sedih dan hampir menitiskan air mata 泪水盈眶 24 mengenangkan -ingat semula tentang sesuatu 回想/想起

dengan

daripada

tentang

yang ditujukan

2. untuk menunjukkan

perasaan terhadap

sesuatu

1. bermaksud menggunakan

2. bermaksud bersama

seseorang

3. bermaksud cara

melakukan sesuatu

1. menunjukkan asal orang

2. menunjukkan

perbandingan

3. menunjukkan asal bahan

sesuatu benda

menunjukkan maksud

berkenaan dengan sesuatu

kepada abangnya.

Siti hormat kepada

gurunya.

Dia menulis dengan pen

merah.

Rita pergi ke sekolah

bersama adik.

Pemuda itu memandu

kereta dengan laju.

Jamli mendapat hadiah

daripada cikgu.

Kereta lebih mahal

daripada basikal.

Meja ini diperbuat

daripada kayu jati.

Mereka sedang

berbincang tentang

peraturan pusat sumber.

Latihan 2.1

Isikan tempat kosong dengan kata sendi nama yang sesuai.

pada ke ke daripada dari

tentang kepada di dengan di

1. Ayah menyimpan duitnya ________________ bank.

2. Jiran baru kami berasal ________________ Johor.

3. Ayah akan berangkat ________________ Jepun pada minggu

depan.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2A05 12

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 15: Program Bahasa Melayu Bestari - edubest.edu.my€¦ · -kata 说 23 sebak -sedih dan hampir menitiskan air mata 泪水盈眶 24 mengenangkan -ingat semula tentang sesuatu 回想/想起

4. Azman dan Zaidi membaca buku _______ perpustakaan.

5. Buku cerita itu diberi ________________ Suraya.

6. ________________ masa yang lampau, manusia hidup di dalam

gua.

7. Kerusi itu diperbuat ________________ kayu cengal.

8. Mereka bercerita _______________ kejadian semalam.

9. Hamdan memukul ular itu _______________ sebatang buluh.

10. Pada setiap pagi, ibu akan pergi _____________ pasar.

( %)

Latihan 2.2

Gariskan dan betulkan kata sendidalam ayat-ayat berikut . (KBAT)

1. Angin kencang bertiup daripada timur ke barat laut.

2. Tudung saji itu diperbuat dari rotan.

3. Pelbagai bentuk bantuan dihantar ke mangsa perang di Kosovo.

4. Orang ramai sedang berkumpul dengan balai raya.

5. Kayu api itu dibelah tentang sebilah kapak.

6. Idham dan Kamal sedang berbincang ke rancangan mereka untuk

berkelah.

7. Ravi sekeluarga ditimpa kemalangan di minggu yang lepas.

8. Semua harta pusaka Haji Muin telah diwakafkan ke anak – anak

yatim.

9. Layang – layang Aidil tersangkut ke rabung rumah.

10. Murni melancong ke Pulau Redang tentang keluarganya.

( %)

Program Bahasa Melayu Edubest SR2A05 13

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 16: Program Bahasa Melayu Bestari - edubest.edu.my€¦ · -kata 说 23 sebak -sedih dan hampir menitiskan air mata 泪水盈眶 24 mengenangkan -ingat semula tentang sesuatu 回想/想起

D. Pertuturan

1. Situasi

Anda sakit. Anda ingin mendapatkan rawatan di sebuah

klinik swasta. Lakonkan situasi itu.

a. Di kaunter pendaftaran

b. Semasa diperiksa oleh doktor

Jururawat Pesakit Doktor

Selamat pagi

Bolehkah saya

membantu anda /

encik / tuan / cik

/ puan ?

Sila tuliskan

butir-butir diri

encik di sini.

Sila berikan kad

pengenalan encik

untuk tujuan

pendaftaran

Terima kasih

Sila duduk

sebentar dan

tunggu panggilan

jururawat

Sama-sama

Selamat pagi

Saya hendak

berjumpa dengan

doktor

Ini kad

pengenalan saya

Terima kasih

Sama-sama

Selamat pagi,

doktor.

Saya demam /

sakit perut /

Selamat pagi,

encik.

Apakah masalah

encik ?

Program Bahasa Melayu Edubest SR2A05 14

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 17: Program Bahasa Melayu Bestari - edubest.edu.my€¦ · -kata 说 23 sebak -sedih dan hampir menitiskan air mata 泪水盈眶 24 mengenangkan -ingat semula tentang sesuatu 回想/想起

sakit kerongkong

/ cirit-birit

Sudah ___ hari

Baiklah, doktor.

Terima kasih,

doktor.

Sudah berapa

lama anda

mengalami

keadaan

sebegini ?

Biar saya periksa

suhu badan dan

denyutan jantung

anda

Anda

memerlukan

rehat selama

sehari dan makan

ubat yang saya

beri mengikut

dosej.

Sama-sama

Program Bahasa Melayu Edubest SR2A05 15

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 18: Program Bahasa Melayu Bestari - edubest.edu.my€¦ · -kata 说 23 sebak -sedih dan hampir menitiskan air mata 泪水盈眶 24 mengenangkan -ingat semula tentang sesuatu 回想/想起

E. Penulisan

Panduan Mengarang

1. Karangan jenis ini menyentuh fakta yang benar dan logik.

2. Isi-isi (4 isi) karangan hendaklah disusun mengikut kepentingan

berdasarkan pendapat anda.

3. Jangan tulis keempat-kempat isi anda dalam bahagian pengenalan.

Hal ini adalah untuk mengelakkan diri anda daripada mengulang,

4. Anda perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap

sesuatu fakta yang hendak ditulis.

5. Setiap isi hendaklah disertai dengan huraian dan contoh yang

bersesuaian.

6. Gunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami. Penanda

wacana biasanya digunakan dalam karangan ini.

Karangan Contoh:

Penyu

Penyu sejenis reptilia yang dapat hidup di laut dan darat. Rupa

penyu seakan-akan tuntung tetapi penyu lebih besar daripada

tuntung. Berat penyu kira-kira 300 kilogram dan panjang badan penyu

kira-kira dua meter.

Pada musim bertelur, iaitu antara bulan April dan bulan

September, penyu betina akan naik ke darat. Penyu betina ini akan

bertelur sebanyak 50 hingga 180 biji. Penyu mengambil masa antara

satu hingga tiga jam untuk bertelur.

Biasanya, penyu betina akan memilih tempat yang sesuai untuk

bertelur. Apabila tiba musim untuk bertelur, penyu-penyu akan

bertelur di tepi-tepi pantai. Penyu akan mengorek lubang dengan

menggunakan sirip dan menimbus lubang itu kembali setelah

Program Bahasa Melayu Edubest SR2A05 16

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 19: Program Bahasa Melayu Bestari - edubest.edu.my€¦ · -kata 说 23 sebak -sedih dan hampir menitiskan air mata 泪水盈眶 24 mengenangkan -ingat semula tentang sesuatu 回想/想起

bertelur. Telur-telur penyu itu akan mengambil masa selama dua

bulan untuk menetas.

Kini, penyu semakin pupus. Hal ini adalah kerana telur-telur

penyu dimakan, anak-anak penyu dimakan oleh ikan-ikan besar, ada

yang tertelan plastik dan ada pula yang terperangkap pada jaring

nelayan. Usaha-usaha untuk menternak penyu dengan giat harus

dijalankan oleh pihak-pihak tertentu agar masalah ini dapat diatasi.

Kehadiran penyu-penyu di pantai timur Semenanjung Malaysia

telah menjadi tarikan bukan sahaja kepada pelancong luar negeri

malah pelancong tempatan juga. Pelancong-pelancong gemar melihat

penyu bertelur secara dekat.

Latihan 1 : Kegunaan Lembu (Sila rujuk peta minda yang disediakan)

Latihan 2 : Kegunaan Pokok Kelapa (Sila rujuk peta minda yang

disediakan)

Program Bahasa Melayu Edubest SR2A05 17

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 20: Program Bahasa Melayu Bestari - edubest.edu.my€¦ · -kata 说 23 sebak -sedih dan hampir menitiskan air mata 泪水盈眶 24 mengenangkan -ingat semula tentang sesuatu 回想/想起

Input Bahasa

Simpulan Bahasa

1. dalam tangan : pasti akan dapat

2. darah daging : kaum keluarga sendiri

3. darah muda : semangat atau perasaan orang muda

4. diam besi : semakin hari semakin bodoh

5. diam-diam ubi : orang yang pandai atau berusaha tetepi tidak

banyak bercakap

6. dua sejoli : pasangan lelaki dan perempuan (kekasih atau

suami isteri)

7. durian runtuh : mendapat keuntungan dengan tiba-tiba

Frasa Kerja

1. mendukung adik : Siti mendukung adiknya sementara ibu

sedang memilih baju di pasar raya.

2. mengejek : Rina yang suka mengejek kawannya yang

gemuk sudah dipulau oleh rakan sedarjahnya.

3. mengeksport getah : Malaysia merupakan salah sebuah negara

yang mengeksport getah ke luar negeri.

4. mengeram telur : Adik dimarahi ibu kerana mengacau ibu ayam

yang sedang mengeram telur.

5. menggalakkan kami : Cikgu Sasi kerap meggalakkan kami agar

banyak membaca pada masa lapang.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2A05 18

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 21: Program Bahasa Melayu Bestari - edubest.edu.my€¦ · -kata 说 23 sebak -sedih dan hampir menitiskan air mata 泪水盈眶 24 mengenangkan -ingat semula tentang sesuatu 回想/想起
Page 22: Program Bahasa Melayu Bestari - edubest.edu.my€¦ · -kata 说 23 sebak -sedih dan hampir menitiskan air mata 泪水盈眶 24 mengenangkan -ingat semula tentang sesuatu 回想/想起
Page 23: Program Bahasa Melayu Bestari - edubest.edu.my€¦ · -kata 说 23 sebak -sedih dan hampir menitiskan air mata 泪水盈眶 24 mengenangkan -ingat semula tentang sesuatu 回想/想起
Page 24: Program Bahasa Melayu Bestari - edubest.edu.my€¦ · -kata 说 23 sebak -sedih dan hampir menitiskan air mata 泪水盈眶 24 mengenangkan -ingat semula tentang sesuatu 回想/想起

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my