profil yay asan pembangunan pendidikan …yppbm.org/wp-content/uploads/2013/07/profil-yppbm.pdf1....

17
2013/14 No. Pendaftaran : PPM-026-14-14062013 Laman WEB : www.yppbm.org Emel : admin@yppbm@org PROFIL YAYASAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN BERTERUSAN MALAYSIA (YPPBM)

Upload: tranxuyen

Post on 02-Apr-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROFIL YAY ASAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN …yppbm.org/wp-content/uploads/2013/07/Profil-YPPBM.pdf1. Memupuk semangat untuk belajar sepanjang hayat dan menambah pengetahuan di kalangan

2013/14

No. Pendaftaran : PPM-026-14-14062013

Laman WEB : www.yppbm.org

Emel : admin@yppbm@org

PROFIL YAYASAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

BERTERUSAN MALAYSIA (YPPBM)

Page 2: PROFIL YAY ASAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN …yppbm.org/wp-content/uploads/2013/07/Profil-YPPBM.pdf1. Memupuk semangat untuk belajar sepanjang hayat dan menambah pengetahuan di kalangan

Perutusan Presiden

Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia

Pertama saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para Ahli Jawatan Kuasa

kerana memberi mandat kepada saya untuk merajui kepimpinan Yayasan Pembanguan

Pendidikan Berterusan Malaysia. YPPBM mengorak langkah dan telah berjaya mewujudkan

program yang sangat bermanfaat dan efisyen untuk ahli-ahlinya. Saya dan sahabat-sahabat

lain dalam YPPBM sememang faham dan mengetahui peranan yang perlu dimainkan oleh

YPPBM iaitu bukan sahaja membantu para ahli untuk meneruskan pendidikan ke tahap yang

lebih tinggi lagi malah membangunkan kesedaran mengenai kepentingan pendidikan

berterusan di kalangan rakyat jelata.

YPPBM akan sentiasa berusaha untuk mendorong para ahli – ahli supaya tidak ketinggalan

dalam dunia informasi yang moden kini. YPPBM juga sentiasa akan menganjurkan pelbagai

aktiviti – aktiviti yang bermakna untuk mencapai tujuan matlamat YPPBM, iaitu :

Page 3: PROFIL YAY ASAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN …yppbm.org/wp-content/uploads/2013/07/Profil-YPPBM.pdf1. Memupuk semangat untuk belajar sepanjang hayat dan menambah pengetahuan di kalangan

1. Memupuk semangat untuk belajar sepanjang hayat dan menambah pengetahuan di

kalangan rakyat.

2. Menjaga dan memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang ingin terus belajar

tanpa kira usia, jantina, kaum, atau pekerjaan. langkah-langkah perlu diambil dalam proses

membantu rakyat umum yang mundur atau tidak mampu melanjutkan pelajaran.

3. Bekerjasama atau bergabung dengan mana-mana pertubuhan sama ada pertubuhan itu

merupakan pertubuhan pendidikan, sosial atau kebajikan. Pertubuhan - pertubuhan yang

berdaftar dibawah akta pertubuhan didalam negara atau luar negara yang boleh membawa

manfaat kepada matlamat dan tujuan yayasan. (YPPBM)

4. Mewujudkan hubungan kerjasama dan jalinan perkongsian maklumat (infomation sharing

network) di kalangan rakyat yang ingin belajar sepanjang hayat, bagi mempertingkatkan

penglibatan dan sumbangan mereka dalam mencapai kecemerlangan pendidikan berterusan

dan matlamat wawasan negara.

5. Mengadakan aktiviti-aktiviti pelajaran sepanjang hayat dan pendidikan berterusan

termasuk diskusi, ceramah, seminar, latihan, kebudayaan, kesukanan, keagamaan,

penerangan, kaunseling dan motivasi dalam menyediakan pelajar dan masyarakat yang

mampu, berilmu, berwibawa dan bertekad sebagai persediaan membentuk generasi yang

unggul di negara.

6. Mengembang menggalak dan menimbulkan kesedaran pendidikan berterusan kepada

para pelajar di sekolah bagi melahirkan generasi pemimpin di peringat muda dalam bentuk

kegiatan luar darjah dengan mendapat kebenaran kementerian pendidikan terlebih dahulu.

Di YPPBM, kami bertekad untuk melahirkan generasi yang berilmu dan sentiasa

mendahagakan pengetahuan. Oleh itu kami berharap lebih ramai lagi ahli – ahli akan

menyertai YPPBM dan membantu pembangunan pendidikan berterusan di tanah air yang

tercinta.

Dr.Partheban Sinnappan Presiden Kebangsaan

Page 4: PROFIL YAY ASAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN …yppbm.org/wp-content/uploads/2013/07/Profil-YPPBM.pdf1. Memupuk semangat untuk belajar sepanjang hayat dan menambah pengetahuan di kalangan

Profil Yayasan Pembangunan Pendidikan Berterusan

Malaysia (YPPBM)

Latar Belakang Yayasan Pembangunan Pendidikan Berterusan Malaysia

(YPPBM)

YPPBM dengan rasminya ditubuhkan pada 14.6.2013 dibawah Akta Pertubuhan

1966. Pengasasnya ialah Saudara Dr. S. Partheban, seorang ahli akademik yang

mempunyai pengalaman luas dalam bidang pendidikan berterusan.

Nama Yayasan : Yayasan Pembangunan Pendidikan Berterusan Malaysia

No. Pendaftaran : PPM-026-14-14062013

Tarikh Pendaftaran : 14 Jun 2013

Alamat Berdaftar : 164-5C RUMAH PANGSA SRI KELANTAN, SENTUL PASAR. 51100

SENTUL, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Alamat Sekretariat : No. 23 S2 D39, 1st FLOOR , MAGISTRATE COURT BUSINESS

CENTRE, CITY PARK, SEREMBAN 2, 70300,SEREMBAN, NEGERI

SEMBILAN

Alamat Surat Menyurat : 36, JALAN BP 5, BUKIT PERMATA, SELAYANG, 68100, BATU

CAVES, SELANGOR

No.Telefon : 03 - 2718 0901

Page 5: PROFIL YAY ASAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN …yppbm.org/wp-content/uploads/2013/07/Profil-YPPBM.pdf1. Memupuk semangat untuk belajar sepanjang hayat dan menambah pengetahuan di kalangan

No. Faks : 03 - 2178 4469

No. Telefon Bimbit : 012-2030965 (Presiden)

Website : www.yppbm.org

Facebook : https://www.facebook.com/yppbm

Emel : [email protected]

Bank : Maybank, Cawangan Sri Gombak

Page 6: PROFIL YAY ASAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN …yppbm.org/wp-content/uploads/2013/07/Profil-YPPBM.pdf1. Memupuk semangat untuk belajar sepanjang hayat dan menambah pengetahuan di kalangan
Page 7: PROFIL YAY ASAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN …yppbm.org/wp-content/uploads/2013/07/Profil-YPPBM.pdf1. Memupuk semangat untuk belajar sepanjang hayat dan menambah pengetahuan di kalangan
Page 8: PROFIL YAY ASAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN …yppbm.org/wp-content/uploads/2013/07/Profil-YPPBM.pdf1. Memupuk semangat untuk belajar sepanjang hayat dan menambah pengetahuan di kalangan

Carta Organisasi

PRESIDEN : DR. S PARTHEBAN

TIMBALAN PRESIDEN : EN. MOHAMED SHAPIR BIN ABDUL KADER

SETIAUSAHA : EN. P.DHARMALINGAM

PENOLONG SETIAUSAHA : HEMA SUNDRAM

BENDAHARI : EN. S. NANTHAKUMAR

PENOLONG BENDAHARI : PN. JAYANTHY MUNIANDY

AHLI JAWATAN KUASA :

DR. TERENCE CHRISTOPHER ROBSON

EN. HARUN RAJ BIN ABDULAH

EN. RAVI PRABHAKARAN

EN. ADAM ANTONY

AJK PERINGKAT NEGERI :

(STATE ACTION COMMITTEE )

SELANGOR

EN. NAVINTHARAN

PULAU PINANG

EN. LOGA SARAVANAN

Page 9: PROFIL YAY ASAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN …yppbm.org/wp-content/uploads/2013/07/Profil-YPPBM.pdf1. Memupuk semangat untuk belajar sepanjang hayat dan menambah pengetahuan di kalangan

Keahlian

1. Kriteria keahlian YPPBM adalah seperti berikut

A. Ahli Biasa

i.Kewarganegaraan : Malaysia

ii.Umur Minima : 18 tahun

iii.Kawasan/Negeri

Tempat Tinggal Ahli : Malaysia

iv.Keturunan/Bangsa : Semua

v.Jantina : Semua

vi.Agama : Semua

vii.Kriteria Keahlian Yang Lain : Mesti Menikut Peraturan Yayasan

B. Ahli Bersekutu : Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria

ahli biasa.

C. Ahli Kehormat : Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada

masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada

pertubuhan. Mereka ditentukan oleh Jawatankuasa dan

terkecuali dari pembayaran yuran.

D. Ahli Seumur Hidup : Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran

sekaligus.

Page 10: PROFIL YAY ASAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN …yppbm.org/wp-content/uploads/2013/07/Profil-YPPBM.pdf1. Memupuk semangat untuk belajar sepanjang hayat dan menambah pengetahuan di kalangan

E. Ahli Remaja : Terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke

bawah. Mereka perlu mendapatkan surat kebenaran

bertulis daripada ibu bapa atau penjaga yang

sah.Mereka tidak boleh mengundi atau memegang

jawatan dalam Pertubuhan.

2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan

dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan

secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh

mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.

3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas,

hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan

hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia sebagai ahli.

PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi

kenyataan bertulis 2 minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala

hutangnya.

2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi perlembagaan Pertubuhan atau bertindak dengan

cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung

keahliannya bagi suatu tempoh masa yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa.

Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu

hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara

bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan

membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan

mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

YURAN

1. Bayaran masuk : RM 30.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Sahaja)

2. Yuran : RM 50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja)

a. Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 7

hari dari awal tiap-tiap tahunan

b. Yuran seumur hidup ( perlu dijelaskan semasa permohonan ahli ) RM 600.00 (Ringgit

Malaysia Enam Ratus Sahaja)

c. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua ( 2 ) tahun akan menerima

surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak

keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.

Page 11: PROFIL YAY ASAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN …yppbm.org/wp-content/uploads/2013/07/Profil-YPPBM.pdf1. Memupuk semangat untuk belajar sepanjang hayat dan menambah pengetahuan di kalangan

d. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga (3) tahun

dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh

memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka

berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

e. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah

membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

f. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh

dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir

membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan

dianggap sama seperti hutang yuran tahun.

3. Sumbangan

Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang dan barangan.

Sumbangan berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan jelas dan tepat dalam Penyata

Tahunan pertubuhan.

4. Kegiatan Ekonomi

Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur,

menyewa, memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi.

Page 12: PROFIL YAY ASAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN …yppbm.org/wp-content/uploads/2013/07/Profil-YPPBM.pdf1. Memupuk semangat untuk belajar sepanjang hayat dan menambah pengetahuan di kalangan

Projek berterusan YPPBM

Di YPPBM, kami mempuyai 4 projek yang berterusan

yang kami tumpukan perhatian. Segala kegiatan

YPPBM adalah berdasarkan projek - projek berkaitan.

Disini kami meluahkan mengenai projek - projek

seperti tertera di atas.

Page 13: PROFIL YAY ASAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN …yppbm.org/wp-content/uploads/2013/07/Profil-YPPBM.pdf1. Memupuk semangat untuk belajar sepanjang hayat dan menambah pengetahuan di kalangan

Project G20K2020 - Help To Produce 20 Thousand Graduates From Adult Learner

Community By The Year 2020.

Melalui Project G20K2020 ini kami berhasrat membantu melahirkan seramai 20 ribu graduan

dari kalangan masyarakat pelajar dewasa. Untuk mencapai tujuan tersebut kami sedia

bergabung tangan dengan institusi - institusi pengajian tinggi badan - badan sukarelawan

dan agensi - agensi kerajaan yang berkenaan. Kami sentiasa akan meganjurkan program -

program motivasi , seminar peluang pendidikan tinggi, dan pelbagai aktiviti lagi untuk

menjayakan Project G20K2020

Page 14: PROFIL YAY ASAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN …yppbm.org/wp-content/uploads/2013/07/Profil-YPPBM.pdf1. Memupuk semangat untuk belajar sepanjang hayat dan menambah pengetahuan di kalangan

Project EWEN - Educate Woman, Educate Nation

Project EWEN adalah khas untuk golongan wanita yang ingin menambah pengetahuan dan

mininggikan lagi tahap pendidikan mereka. Selaras dengan pencapaian negara dalam

pelbagai bidang, para wanita tidak patut ketinggalan dalam arus kemajuan nasional. Project

EWEN berhasrat untuk memupuk keinginan belajar tanpa batasan dalam naluri kaum

wanita. Untuk mencapai tujuan mulia ini YPPBM akan bekerjasama dengan pihak kerajaan

dan swasta untuk mambantu para wanita memperolehi pendidikan berterusan tanpa apa -

apa halangan. Bagi mencapai matlamat Project EWEN, YPPBM akan sentiasa bekerja keras

melalui aktiviti - aktiviti yang progresif dan dinamik.

Project ETLF - Educate The Less Fortunate

Project ETLF berhasrat untuk memberikan peluang yang munasabah dan adil kepada

golongan yang kurang bernasib baik dari segi kewangan dan geografi. Ramai penduduk di

negara ini, khasnya dari kawasan pendalaman dan luar bandar tidak mempunyai peluang

untuk meyambung pendidikan kerana soal jarak dan wang. Project ETLF diwujudkan khas

untuk membantu golongan berkenaan untuk mendapat bantuan dan pertolongan yang

diperlukan bagi mereka menimba ilmu tanpa batasan. YPPBM dengan sedaya upaya akan

terus berusaha supaya golongan yang kurang berada tidak ketinggalan dalam proses

menerima pendidikan berterusan. Semua jenis kegiatan dan aktiviti akan dilaksanakan dari

masa ke masa untuk mencapai tujuan yang murni ini.

Page 15: PROFIL YAY ASAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN …yppbm.org/wp-content/uploads/2013/07/Profil-YPPBM.pdf1. Memupuk semangat untuk belajar sepanjang hayat dan menambah pengetahuan di kalangan

Project EFA - Education For All

Project EFA merupakan sebuah projek yang berhasrat mulia, ini kerana melalui projek ini

YPPBM bercita - cita untuk membantu semua golongan rakyat, khususnya golongan yang

kurang berupaya dari segi fizikal, warga emas, pekerja syif, ibu tunggal, suri rumah, pesara

tentera, penghuni penjara dan seumpamanya untuk menerima pendidikan berterusan

dengan sempurna tanpa apa - apa batasan. Project EFA adalah diasaskan dengan tujuan

pendidikan berterusan untuk semua tak kira usia, jantina, bangsa, keupayaan fizikal,

pekerjaan, kewarganegaraan, dan seumpamanya. Di YPPBM kami percaya bahawa

pendidikan berterusan adalah hak umum dan bukan eksklusif bagi segelintir sahaja. YPPBM

memerlukan banyak sokongan dan bantuan dari semua pihak untuk mencapai kejayaan

dalam proses perlaksanaan projek ini. YPPBM memutuskan bahawa segala kaedah bijaksana

dan rancangan progresif akan digunakan untuk menjayakan projek yang unik ini.

Page 16: PROFIL YAY ASAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN …yppbm.org/wp-content/uploads/2013/07/Profil-YPPBM.pdf1. Memupuk semangat untuk belajar sepanjang hayat dan menambah pengetahuan di kalangan

Aktiviti

1. Mesyuarat Penubuhan

Tarikh : 30 April 2013, Masa : 9.00pm, Tempat : Ibu pejabat MAMSA, Seremban, Negeri

Sembilan

2. Mesyuarat AJK Pertama

Tarikh : 30 Jun 2013, Masa : 8pm, Tempat : Restoran Coffee Box, Sri Gombak, Selangor

3. Upacara Tandatangan Perjanjian Persefahaman (MOU) antara YPPBM dan Malaysian

Management Science Academy (Official Learning Provider of Asia E University). Malaysian

Management Science Academy atau MAMSA bersetuju untuk membantu YPPBM dalam

segala aktiviti – aktiviti pembangunan pendidikan berterusan di Malaysia.

Tarikh : 5 Julai 2013, Masa : 2pm, Tempat : Admiral Cove, Port Dickson, Negeri Sembilan

4. Seminar Peluang Pendidikan Berterusan bagi golongan bekerja

Tarikh : 20 Julai 2013, Masa : 6pm – 9pm, Tempat : Hotel Seri Malaysia, Sungai Petani, Kedah

5. Majlis Pelancaran YPPBM (soft launching) & Seminar Peluang Pendidikan Berterusan

Tarikh : 21 Julai 2013, Masa : 2pm – 5pm, Tempat : Hotel Palm Inn, Butterworth, Penang

Page 17: PROFIL YAY ASAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN …yppbm.org/wp-content/uploads/2013/07/Profil-YPPBM.pdf1. Memupuk semangat untuk belajar sepanjang hayat dan menambah pengetahuan di kalangan