profil - kbs.gov.my
TRANSCRIPT
PROFIL
ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA
MOHD IZZAT AFIFI
HJ ABDUL HAMID Belia Bertindak untuk Kebenaran dan Keadilan
Peguam. Pengakap. Pengabdi Masyarakat.
2020
BORANG PENCALONAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA 2020
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
KATEGORI INDIVIDU
LELAKI/WANITA
A. BUTIR-BUTIR DIRI
Nama: No. KP:
No.Tel: HP:No.
Faks :
E-Mail: Tarikh /
Tempat
Lahir :
Agama: Bangsa:
Jantina: Kewarganegaraan:
Taraf Perkahwinan: Bil. Anak:
Nama Isteri/suami: Kewarganegaraan
Isteri/Suami:
Alamat: ( Negeri/
Kampung/
Bandar )
(Letakkan gambar
berukuran
passport)
Mohd Izzat Afifi Bin Hj Abdul Hamid 999999-99-9999
09-5398080 Faks : 019-9395139
[email protected]@gmail.com
09 September 1999Kuantan, Pahang Darul Makmur
Islam Melayu
Lelaki Malaysia
Bujang Tiada
Tiada Tiada
XXXXXXXXPekan/Jerantut
B. AKADEMIK (Sertakan salinan sijil / ijazah)
TAHAP UNIVERSITI/KOLEJ BIDANG TAHUN
Sila gunakan helaian tambahan jika ruang tidak mencukupi
C. PENGALAMAN KERJA (Maklumat kerja terdahulu. Sertakan lampiran jika ruang tidakmencukupi)
TARIKH MAJIKAN JAWATAN
DISANDANG
Dari Bulan/Tahun
Hingga Bulan/Tahun
Nama Organisasi Bidang Tugas
D. SUMBANGAN (Dalam tempoh 5 tahun)
(Tahap 1 – Organisasi, Tahap 2 – Negeri, Tahap 3 – Kebangsaan, Tahap 4 - Antarabangsa)
TAHUN AKTIVITI TAHAP JAWATAN
Sila gunakan helaian tambahan jika ruang tidak mencukupi
Universiti Islam Antarabangsa MalaysiaSarjana Muda 2012
SarjanaUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia
2020
Undang-UndangLL.B
2018 kini Tetuan Izzat Afifi & Co. Rakan Pengurusan(Managing Partner)
2012 2018 Tetuan Nik Saghir & Ismail Peguam
2017- kini
2017-2019
2018 4 Ketua Perwakilan Negara
Undang-Undang AntarabangsaLL.M
Majlis Belia Malaysiadan Pengerusi JK Pendidikan MBM
Naib Presiden3
4
Commonwealth Youth Forum & Commonwealth Youth Council AGM
Committee for ASEAN Youth Cooperation (CAYC) Wakil Tetap Malaysia
E. PENCAPAIAN DAN PENGIKTIRAFAN (Dalam tempoh 5 tahun)
(Tahap 1 – Organisasi, Tahap 2 – Negeri, Tahap 3 – Kebangsaan, Tahap 4 - Antarabangsa)
TAHUN AKTIVITI TAHAP JAWATAN
Sila gunakan helaian tambahan jika ruang tidak mencukupi
F. PENGLIBATAN DALAM PERSATUAN BELIA/AKTIVITI KEMASYARAKATAN
(Dalam tempoh 5 tahun)
(Tahap 1 – Organisasi, Tahap 2 – Negeri, Tahap 3 – Kebangsaan, Tahap 4 - Antarabangsa)
(Jika Berkaitan)
TAHUN AKTIVITI TAHAP JAWATAN
Sila gunakan helaian tambahan jika ruang tidak mencukupi
G. VISI DAN MISI (usaha-usaha/projek termasuk hala tuju dalam pembangunan belia)
(Tahap 1 – Organisasi, Tahap 2 – Negeri, Tahap 3 – Kebangsaan, Tahap 4 - Antarabangsa)
SASARAN TAHUN AKTIVITI TAHAP
Sila gunakan helaian tambahan jika ruang tidak mencukupi
Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara
Pingat Jasa Pengakap 3
3
2015
2015
2017Pingat Peringatan 100 Tahun Pengakap Pahang
2
2008Pingat Peringatan 100 TahunPengakap Malaysia 3
Pesuruhjaya Ibu PejabatKebangsaan
Pesuruhjaya Ibu PejabatKebangsaan
2015 Messengers of Peace AwardWorld Scouts Movement
4
2017-kini
2018-2020
4
4
Wakil Tetap
Wakil Tetap
2018-kiniFeloInitiatives for Human RIghts in Asia 4 Felo
Wakil Tetap Malaysia keCommonwealth Youth Council (CYC)
Wakil Tetap Malaysia diCommittee for ASEAN Youth Cooperation (CAYC)
Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Pahang
Pengerusi, Majlis Pengakap Kelana Negara
Pesuruhjaya Ibu PejabatKebangsaan
2018- 2023Pelaksanaan bagi pemantapanpendidikan politik dan demokrasi untuk belia
Menyediakan satu konsep "Hak Asasi Belia"atau Rights of Youth untuk belia Malaysia
3
32020 - 2022
H. SYARAT TAMBAHAN BAGI KRITERIA PENCALONAN
1. Pencalonan Anugerah bagi kategori ini dicadangkan kepada individu yang banyak
menyumbang di dalam pembangunan belia di pelbagai peringkat.
2. Anugerah bagi kategori ini perlu dicalonkan oleh Persatuan/ Pejabat Belia dan Sukan
Daerah/ Jabatan Belia dan Sukan Negeri.
Saya mengesahkan semua maklumat yang diberikan di atas adalah benar. Panel Penilai Anugerah Perdana Belia Negara boleh menarik balik atau membatalkan pencalonan sekiranya didapati mana-mana maklumat di atas tidak benar.
Tandatangan Calon : Tarikh :
Nama :
Tandatangan Pencadang Cop Persatuan
Nama :
Tarikh :
ULASAN:
DI SOKONG / TIDAK DI SOKONG
Catatan :
Tanda Tangan & Cop Jabatan
Nama :
Jawatan :
Tarikh :
Sila sertakan resume lengkap dan dokumen sokongan bersama-sama dengan borang
permohonan ini.
*Rujuk lampiran kriteria penilaian A ( i) untuk maklumat lanjut.
LAMPIRAN A (i)
KRITERIA PENILAIAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA KATEGORI LELAKI & WANITA
BIL KRITERIA PEMILIHAN
1. SAHSIAH
Kriteria ini adalah bertujuan untuk menilai latarbelakang, sikap dan perwatakan calon yang boleh menjadi contoh kepada masyarakat dari segi :
1.1 Latarbelakang calon:
i.pendidikan.
ii.pengalaman dalam kerja-kerja sukarelawan.
iii.kemahiran berkomunikasi.
iv.penampilan calon.
2. SUMBANGAN
Kriteria ini adalah bertujuan untuk menilai sumbangan calon kepada pembangunan belia dan masyarakat dalam pelbagai bidang.
A) BIDANG
i. Kepimpinan (kebolehan memimpin dalam organisasi/negeri/kebangsaan/antarabangsa).
Pernah memegang jawatan tertinggi dalam mana-mana pertubuhan belia atau organisasi masyarakat.
Pernah memimpin atau mengetuai program dan aktiviti kemasyarakatan.
ii. Keusahawanan (sejauh mana aktiviti keusahawanan dapat memberi impakdan faedah kepada kegiatan ekonomi pada diri, keluarga, masyarakat setempat,dalam dan luar negara).
iii. Kesukarelaan (sumbangan dalam melakukan kerja- kerja sukarela terhadapkemajuan belia dan pembangunan masyarakat).
Telah menyumbang secara langsung dalam kerja-kerja belia sekurang-kurangnya selama 3 tahun dalam mana 1 tahun terlibat bagi sesuatu projek/ program. Projek/ program yang dibuat masih berkekalan dan berterusan.
iv. Lain -lain (contohnya kesukanan dan lain-lain).
B) IMPAK SUMBANGAN
i. Bentuk dan kesan penglibatan :-
Projek/ program yang dilaksanakan telah memberi kesan kepada kumpulan sasar danmasyarakat samada di peringkat organisasi/ negeri/ kebangsaan/ antarabangsa.
3.
PENCAPAIAN DAN PENGIKTIRAFAN
Kriteria ini adalah bertujuan untuk menilai tahap pencapaian dan pengiktirafan luar biasa calon kepada pembangunan diri, pembangunan belia khususnya dan masyarakat amnya dalam konteks persatuan dan masyarakat di peringkat lokal dan global.
i. Organisasi (kumpulan/ negeri/ kebangsaan/ antarabangsa). ii. Pencapaian dan pengiktirafan yang diperolehi atas usaha sendiri.
iii. Kejayaan mencipta sesuatu yang baru/ rekod sedia ada. iv. Diperingkat akademik. v. Profession.
4.
VISI/ MISI/ KREATIVITI/ INOVASI Kriteria ini bertujuan untuk menilai usaha-usaha/ projek peningkatan yang kreatif dan inovatif yang dilaksanakan oleh calon termasuk hala tuju dalam pembangunan belia. i. Kreativiti/ inovasi yang dihasilkan.
ii.Visi/ Misi - Pandangan/ sumbangan yang hendak dilakukan ke arah pembangunan belia negara.
iii. Usaha/ penambahbaikan.
1
ISI KANDUNGAN
M/S
1. BORANG APBN 2020
2. RINGKASAN PROFIL CALON 2
3. PENGLIBATAN CALON
Antarabangsa 5
Kebangsaan/ Negeri 17
4. KERATAN AKHBAR & KENYATAAN MEDIA 29
5. SUMBANGAN 34
6. LAMPIRAN -LAMPIRAN LAIN. 38
2
MOHD IZZAT AFIFI BIN HJ ABDUL HAMID
Kad Pengenalan
Alamat Kediaman
Tempat Lahir
No Telefon
Emel
: 99999-99-9999
: Darul Hanaa, PT 68170, Jalan Hj Abdul Rashid,
Sri Damai, 26070 Kuantan, Pahang Darul Makmur
: Kuantan,
:Bujang
: 09-5398080
: 019-9395139
: Izzat Afifi Abdul Hamid
: @izzat.hmd
: @izzat_hmd
: M. Izzat Afifi Abdul Hamid
BIODATA
Status
3
2020
(Ogos 2020) : Sarjana Undang-Undang Antarabangsa (LL.M)
Undang-Undang Hak Asasi Manusia Antarabangsa
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
2012 : Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B) (Kepujian)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
SIJIL PENDIDIKAN LANJUTAN & SIJIL AMALAN
2017 : Course on International Covenant on Civil and Political Rights,
The Geneva Academy of International Humanitarian Law &
Human Rights, Switzerland
2014 : Sijil Amalan Guaman, Mahkamah Tinggi Malaya.
PENDIDIKAN
4
2018- 2020 : Peguam
Tetuan Izzat Afifi & Co.
Peguambela & Peguamcara
B350, Tingkat Mezanin
Jalan Beserah, 25300 Kuantan
Pahang
No Tel : 09-509 4156
Email : [email protected]
Tetuan Izzat Afifi & Co, ialah sebuah firma guaman berkonsepkan boutique firm, iaitu
firma guaman berskala kecil namun memfokuskan hubungan lebih personal antara
peguam dan anak guam. Diasaskan sejak 2018, Tetuan Izzat Afifi & Co. memfokuskan
kepada litigatisi mahkamah dan kes Mahkamah Perusahaan. Kes yang diterima
termasuklah dari Mahkamah Majistret hinggalah Mahkamah Persekutuan.
2012- 2018 : Peguam
Tetuan Nik Saghir & Ismail
Kuala Lumpur
Memulakan perkhidmatan di Tetuan Nik Saghir & Ismail sebagai pelatih dalam kamar
(chambering student) dibawah salah seorang Peguam Kanan di Malaysia, Tan Sri
Dato Indera (Dr) Abdul Aziz bin Abdul Rahman. Setelah didaftarai sebagai peguam
pada Februari 2014, calon telah meneruskan perkhidmatan dibawah bimbingan Tan
Sri Dato Indera (Dr) Abdul Aziz Abdul Rahman dan telah berkhidmat dibawah Jabatan
Litigasi Tetuan Nik Saghir & Ismail serta menguruskan kes-kes perlembagaan,
jenayah, arbitrasi, kecuaian perubatan, tuntutan saman sivil dan kes melibatkan
korporat sekiranya diminta anak guam.
PEKERJAAN
5
PERINGKAT ANTARABANGSA
1. Mewakili Committee for ASEAN Youth Cooperation didalam ASEAN Senior
Officials Meeting on Youth (SOMY) tahun 2016 hingga sekarang.
ASEAN Senior Officials Meeting on Youth (SOMY) adalah mesyuarat tahunan tertinggi
yang diadakan di peringkat negara-negara ASEAN dikalangan pegawai kanan di
setiap Kementerian yang bertanggungjawab menjaga belia dan anak muda. SOMY
juga merupakan mesyuarat pegawai-pegawai kanan sebelum Mesyuarat Menteri
berkenaan Belia (ASEAN Ministerial Meeting on Youth) dijalankan, yang mana
mesyuarat dikalangan para Menteri Belia membincangkan dan menetapkan polisi
berkenaan belia di seluruh negara-negara ASEAN.
Committee for ASEAN Youth Cooperation (CAYC) merupakan salah satu badan yang
diiktiraf didalam Piagam ASEAN dan menjadi pemegang taruh mewakili seluruh Majlis
Belia di negara-negara ASEAN. Calon yang mana merupakan Wakil Tetap Malaysia
ke CAYC telah diberi amanah untuk mewakili CAYC untuk menghadiri setiap kali
mesyuarat SOMY dan AMMY pada tiap-tiap tahun. Setiap kali mesyuarat, CAYC
diminta untuk membentangkan hasil pergerakan sepanjang tahun sebelumnya dan
juga membawa apa juga kertas kerja CAYC untuk permohonan geran mahupun
kewangan daripada SOMY dan Yayasan ASEAN.
Calon telah diberi amanah untuk mewakili CAYC ke SOMY dan AMMY sejak tahun
2016 hingga sekarang.
(Mesyuarat SOMY di Jakarta, 2017) (Mesyuarat SOMY di Laos, 2019)
PENGLIBATAN
6
2. Mewakili CAYC didalam Jawatankuasa Penggubalan Indeks Pembangunan
Belia ASEAN (ASEAN Youth Development Index) sejak tahun 2017-2019.
Indeks Pembangunan Belia ASEAN ialah satu indeks untuk menentukan dan
membuat indikasi pembangunan belia di seluruh negara ASEAN. ASEAN YDI juga
adalah satu mekanisme penting untuk menentukan tahap kemajuan segala program
yang dirancang dan telah dilaksanakan oleh ASEAN dan juga seluruh negara-negara
ahli didalam pembangunan belia. Malaysia antara negara terawal didalam
menyediakan Indeks Pembangunan Belia Negara yang hingga pada hari ini menjadi
model pembangunan indeks belia di negara serantau.
Calon mewakili CAYC telah terlibat secara langsung didalam pembangunan ASEAN
YDI ini sejak 2017 hingga 2019, khususnya di Fasa ke-2 dan Fasa-3 Indeks
berkenaan. Indeks ASEAN ini telah dilancarkan untuk kegunaan pada 2017 di Jakarta.
Hingga 2019, Fasa-3 Indeks sedang dibangunkan, khususnya melihat segmen ‘Identiti
ASEAN’ untuk dimasukkan didalam ASEAN YDI yang akan dikemaskini pada 2020.
Ilustrasi: Gambar Mesyuarat Jawatankuasa Penggubalan Indeks Pembangunan Belia
ASEAN yang terakhir sekali diadakan di Ibu Pejabat Sekretariat ASEAN yang terbaru
di Jakarta, pada 13-16 November 2019.
Rujukan 1st ASEAN YDI: https://asean.org/storage/2017/10/ASEAN-
UNFPA_report_web-final-05sep.pdf
7
3. Mewakili Majlis Belia Malaysia ke KL Summit 2020.
Persidangan Kuala Lumpur 2020 merupakan persidangan anjuran Kerajaan Malaysia
didalam membincangkan hala tuju dan untung nasib orang Islam di seluruh Dunia.
Persidangan yang dipengerusikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada
ketika itu, YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad dan dipengerusikan secara bersama
oleh Presiden Turki, Reccep Tayyib Erdogan dan juga Perdana Menteri Pakistan,
Imran Khan. Lebih 40 buah negara telah menghantar wakil kerajaan, mahupun ahli
akademik dan ulama untuk sama-sama membincangkan topik-topik yang dekat
kepada isu dan permasalahan umat, iaitu pendidikan, ekonomi, pertahanan, politik dan
social.
Selain Sidang Kemuncak utama yang dihadiri oleh Pemimpin utama negara ahli, turut
diadakan ialah Sidang Forum Belia yang dihadiri hampir perwakili dari 40 buah negara.
Calon telah menghadiri kedua-dua sidang yang mana telah menyertai kluster politik
dan telah turut sama menyumbang fikiran untuk satu Resolusi yang dikeluarkan oleh
Forum Belia dan Sidang Kemuncak.
8
4. Mewakili Majlis Belia Malaysia didalam Forum Belia Komanwel 2018 dan
Mesyuarat Majlis Belia Komanwel
Tarikh : 14-18 April, 2018
Tempat :Westminster Palace, London
Forum Belia Komanwel dan Mesyuarat Agung Majlis Belia Komanwel ialah program 2
tahun sekali yang diadakan sebahagian daripada Sidang Kemuncak Ketua-Ketua
Negara Komanwel. Forum Belia diadakan adalah bertujuan untuk mendapat
pandangan pemimpin muda dari negara anggota Komanwel. Tema yang
diketengahkan pada 2018 ialah ’Powering Our Common Future’ dan telah dihadiri
semua 47 buah negara anggota Komanwel.
Turut diadakan ialah Mesyuarat Agung Majlis Belia Komanwel (Commonwealth Youth
Council) yang mana calon telah dipilih untuk menjadi pakar rujuk untuk perlembagaan
dan hal ehwal perundangan (External Advisor for Constitutional and Legal Matters)
bagi CYC untuk tahun 2018 hingga 2020.
Calon juga adalah Wakil Tetap Malaysia dan Majlis Belia Malaysia ke CYC bagi tahun
2018-2020 hinggalah pelantikan Perwakilan baru yang akan menghadiri Forum dan
Mesyuarat Agung di Rwanda, pada Jun 2020.
(gambar bersama Perwakilan Malaysia dihadapan Westminster Palace)
9
5. Mewakili Majlis Belia Malaysia dan Majlis Belia Negeri Pahang ke International
Volunteers Forum
Tarikh: 4 – 10 Disember, 2018
Tempat: Moscow, Russia.
Forum Sukarelawan Antarabangsa ialah acara tahunan yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Rusia dan Majlis Belia Rusia, yang diadakan pada minggu pertama bulan Disember tiap-tiap tahun. Forum ini bertujuan untuk membincangkan dan berkongsi pandangan berkenaan tambah baik program-program kesukarelawanan di seluruh dunia.
Pertemuan Bersama Presiden Majlis Belia Russia, Mr. Grigory Petushkov membincangkan kerjasama antara NYCR dan MBM serta MBNP
10
6. Mewakili Majlis Belia Malaysia ke World Forum for Democracy anjuran Council
of Europe
Tarikh : 7- 12 November 2017 Tempat : Strasbourg, Perancis
World Forum for Democracy adalah acara tahunan anjuran Council of Europe dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi membincangkan isu-isu sekitar demokrasi di seluruh negara. Pada tahun 2017, topik yang dibincangkan ialah ‘Is Populism a Problem?’, iaitu satu topik penting ketika mana parti-parti diseluruh dunia pada ketika itu mengambil pendekatan populisme untuk memenangi undi para pengundi. Ini terbukti dengan menangnya beberapa tokoh populis pada ketika itu, seperti Mr. Donald Trump di Amerika Syarikat serta Sebastian Kurz di Austria. Forum juga membincangkan bagaimana untuk mengatasi populisme, yang jika dibiarkan, mampu mengganggugat perjalanan system demokrasi di satu-satu negara. Hasil daripada Forum ini, calon telah mengusulkan penubuhan Sekolah Politik MBM serta Program Cakna Negaraku yang telah berjalan dengan rasminya sejak 2018 hingga hari ini.
(Parlimen Council of Europe, tempat program berlangsung)
11
7. Forum on Evidence Based Policies on Youth Development in Asia. Tarikh: 29 Mei – 1 Jun 2017
Forum yang dianjurkan PBB Pejabat Asia Pasifik ini adalah bertujuan untuk melihat bagaimana pembangunan belia di negara Asia Pasifik di nilai dan bagaimana ia boleh dipertingkatkan. Malaysia menjadi antara negara contoh kerana antara negara terawal yang mewujudkan Indeks Pembangunan Belia dan juga program-program yang berkesan didalam melibatkan anak muda didalam proses pembangunan negara seperti Majlis Perundingan Belia Negara dan Parlimen Belia. Calon telah menjadi pembentang kertas kerja untuk menyatakan bagaimana pembangunan belia di Malaysia dilaksanakan dan bagaiman ia mampu menjadi contoh best practices untuk diguna pakai oleh negara-negara Asia Pasifik yang lain.
(Pembentangan kertas kerja Bersama wakil daripada Commonwealth Secretariat dan Wakil daripada UNESCO)
(Bersama Ahli Parlimen Muda daripada Brunei, Cambodia dan Thailand.)
12
8. Training on Convention Against Torture & Other Cruel, Inhumane or Degrading Punishment .
Tarikh : 2017 Tempat : Geneva, Switzerland. Bengkel latihan ini ini adalah didalam usaha untuk memahami berkenaan Konvensyen
Menentang Penyeksaan (Convention Against Torture) yang mana Malaysia dijadualkan akan menandatangani Konvensyen tersebut pada 2018 namun telah ditunda sehingga hari ini.
Turut dibincangkan ialah berkenaan Semakan Berkala Sejagat (Universal Periodical Review), iaitu proses semakan yang dijalankan oleh Majlis Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kepada semua negara ahli berkaitan status dan kedudukan hak asasi manusia negara masing-masing. Latihan yang diberikan termasuklah bagaimana NGO boleh terlibat didalam penyediaan cadangan dan rekomendasi untuk dibawa ke UPR. Peserta Bengkel Latihan adalah pimpinan NGO-NGO dibawah koalisi Malaysian Alliance of Civil Society in the UPR Process (MACSA) dan dikreditasikan oleh The Geneva Academy of International Humanitarian Law & Human Rights.
13
9. United Nations Forum on Human Rights, Democracy and the Rule of Law Tarikh : 20-25 November 2016 Tempat : UN Human Rights Council, Geneva, Switzerland.
Forum anjuran Majlis Hak Asasi Manusia PBB yang diadakan ini adalah yang pertama kali diadakan sesuai dengan Resolusi 28/14 yang diterima oleh Majlis pada 24 Mac 2015 untuk mewujudkan satu Forum bagi membincangkan isu berkaitan Hak Asasi Manusia, Demokrasi dan Kedaulatan Undang-Undang. Forum yang pertama kalinya diadakan ini mengambil tajuk ‘Widening the Democratic Space: the role of Youth in Public Decision Making.’ Tajuk diambil bagi mengukuhkan peranan belia didalam pembuatan dasar didalam satu-satu kerajaan. Selain Forum, diadakan juga pertemuan dengan Bulan Sabit dan Palang Merah Antarabangsa (International Red Cross and Red Crescent) yang beribu pejabat di Geneva bagi membincangkan kerjasama yang boleh dilaksanakan antara dua badan. Antara hasilnya ialah tawaran biasiswa kepada warganegara Malaysia untuk menghadiri Kursus Undang-Undang Antarabangsa berkenaan Kemanusiaan yang ditawarkan pada kursus untuk tahun 2017.
14
10. Asia Pacific Regional Scout Conference
Tarikh: 3-8 November 2015Tempat: Gwangju, Korea Selatan
Persidangan Pengakap Rantau Asia Pasifik ialah persidangan dwi-tahunan dimanasegala polisi dan perancangan untuk Pengakap di Rantau Asia Pasifik didebatkan dandiluluskan.
Calon telah menjadi perwakilan Persekutuan Pengakap Malaysia.
15
11. Mewakili Malaysia ke World Scout Youth Forum dan World Scout Conference Tarikh : 2-20 Ogos 2015 Tempat : Ljubljana, Slovenia.
World Scout Youth Forum dan World Scout Conference ialah majlis tertinggi bagi Pergerakan Pengakap Sedunia. Persidangan dan Forum ialah pemutus segala polisi dan dasar bagi Pergerakan Pengakap Sedunia, atau World Organisation of Scouts Movement (WOSM). Calon telah hadir sebagai ketua perwakilan bagi menghadiri World Scout Youth Forum yang diadakan di Rogla, Slovenia, manakala World Scout Conference yang diadakan di Ljubljana, iaitu ibu negara Slovenia.
16
12. Mewakili Malaysia ke Youth Assembly at the United Nations Tarikh: 2014 Tempat: UN Headquarters, New York.
Youth Assembly at the UN adalah acara tahunan dimana para belia diberi ruang untuk menyampaikan pandangan dan hasrat kepada ketua ketua negara anggota PBB. Selain daripada Perhimpunan, antara program yang dijalankan ialah Young Leader’s Forum yang mana menghimpunkan pemimpin pemimpin muda untuk membincangkan kejayaan Millenium Development Goals (MDGs), iaitu polisi asal sebelum dipinda dan diperbaharui menjadi apa yang dikenali sebagai Sustainable Development Goals (SDGs). Program ini jugalah permulaan kepada penyertaan secara aktif calon didalam Majlis Belia Malaysia, serta dilantik menjadi Ahli Dewan Tertinggi bagi MBM sejak 2015.
17
SUMBANGAN
PERINGKAT KEBANGSAAN / NEGERI
1. SEKOLAH POLITIK MAJLIS BELIA MALAYSIA
Tarikh: 2018- sekarang
Sekolah Politik MBM ini adalah hasil daripada program World Forum for Democracy 2018 bertempat di Strasbourg (Rujuk mukasurat 10.)
Sejak perubahan kerajaan pada 9 Mei 2018, anak muda sudah mula menjauhi politik kerana pelbagai sangkaan yang negatif berkenaan politik. Ini juga selari dengan dapatan didalam Indeks Pembangunan Belia yang mana pada setiap tahun, dapatan berkenaan sosialisasi politik semakin menurun. Ini menunjukkan bahawa anak muda Malaysia makin hari makin menjauhi politik. Oleh hal yang demikian, maka MBM telahpun menubuhkan Sekolah Politik yang mana bertujuan untuk mendidik belia berkenaan politik, tanpa menyokong mana-mana fahaman dan parti politik. Sebaliknya, anak muda diberi kefahaman tentang apa itu politik dan bagaimana sistem politik di Malaysia dijalankan, dan seterusnya melahirkan anak muda yang celik politik dan tidak termakan dengan cara politik populis seperti yang digusarkan. Sekolah politik juga bertujuan untuk mendidik anak muda politik baru, politik yang lebih bermoral dan lebih terbuka.
Sekolah Politik berjalan tiap tahun dengan 6 kelas untuk setiap sesi. Topik yang diajar ialah:
1. Negara dan Negara Bangsa2. Kuasa dan Ideologi Politik3. Sistem Pemerintahan dan Perlembagaan Persekutuan4. Kerajaan dan Sistem Pengasingan Kuasa5. Demokrasi dan Pilihanraya6. Geopolitik Dunia.
18
Sejak dilancarkan pada 2018, 3 kumpulan sudah berjaya menamatkan program dengan jayanya. Sekolah Politik ini dicadangkan untuk dijadikan sebagai Diploma Eksekutif dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada masa akan datang.
Calon adalah Pengarah Program sejak tahun 2018 juga salah seorang tenaga pengajar bagi program ini, khususnya dibawah Tajuk 3, iaitu Perlembagaan Persekutuan. Program untuk tahun 2020 akan berjalan pada Jun 2020 hingga Disember 2020.
(Kelas di Parlimen Malaysia) (Bersama Pensyarah Jemputan dari UiTM)
(Kelas yang diadakan di Parlimen Malaysia)
19
2. Klinik Bantuan Guaman MBM
Tarikh: Bermula 2018 hingga sekarang
Klinik Bantuan Guaman MBM ialah inisiatif khidmat sukarela yang menghimpunkanpeguam-peguam muda yang menggunakan kepakaran yang dimiliki untuk merekayang memerlukan.
Perbezaan KBGM yang dilaksanakan ini dengan bantuan khidmat guaman yang lainseperti dibawah Majlis Peguam, ataupun Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan(YBGK), ialah Klinik yang dianjurkan ini akan pergi ke kawasan atau komuniti yangdisasarkan, yang mana kurang berkemampuan untuk mengambil peguam, ataukomuniti yang kurang kesedaran berkenaan hak mereka.
Klinik ini dijalankan sebulan sekali, yang mana disertai oleh peguam peguam mudayang berminat untuk menyumbang kepada komuniti.
Bantuan yang diberikan ialah berbentuk khidmat nasihat dalam kes seperti jenayah,hartanah, kes mahkamah syariah dan faraid serta segala khidmat nasihat yangdiberikan adalah diberikan secara percuma.
Calon adalah Pengarah Program dan juga salah seorang Peguam sukarela didalamprogram ini.
20
3. Program Kemahiran Insaniah (PROKENS) Majlis Belia Malaysia. Tarikh: 2018
Program Prokens adalah salah satu inisiatif MBM didalam memberi kemahiran insaniah (soft skills) kepada para belia. Kelemahan didalam soft skills antara dapatan yang diperoleh yang menyebabkan ramai daripada belia khususnya graduan sukar mendapatkan pekerjaan. Didalam Prokens, mereka telah ditempatkan di tempat latihan dan diberikan latihan soft skills yang diperlukan untuk menempatkan mereka di alam pekerjaan. Prokens telah digerak bersama dengan pusat kemahiran yang berminat dan menyokong program ini yang bernaung dibawah program Smartech, iaitu inisiatif dibawah Federasi Kebangsaan Pekerja Belia. 2 kumpulan yang keluar daripada latihan prokens terbukti mendapat pekerjaan setelah tamat latihan. Prokens akan digerakkan semula pada tahun 2020 dengan mendapat tajaan dan sokongan penuh daripada HSBC Bank. Calon bertindak sebagai ahli penasihat kepada Prokens sejak dilancarkan.
21
4. WACANA CAKNA NEGARAKU
Cakna Negaraku ialah siri wacana-wacana kenegaraan yang dijalankan bagi memberi kefahaman dan juga kesedaran kepada anak muda dan belia Malaysia berkenaan isu-isu membabitkan negara. Isu-Isu didalam Wacana Cakna Negaraku biasanya isu yang melibatkan isu – isu semasa yang hangat dibicarakan didalam masyarakat ketika itu. Selain itu, ia juga membincangkan isu-isu berkaitan politik, ha kasasi manusia, sejarah da isu setempat yang diyakini memberi kesan kepada belia baik secara langsung mahupun tidak langsung.
(Cakna Negaraku: Semakan Berkala Sejagat Hak Asasi Manusia)
(Cakna Negaraku di UiTM Raub berkenaan ICERD)
22
(Cakna Negaraku di UiTM: Populisme dan Kehendak Belia, diadakan sebelum PRU-14)
(Cakna Negaraku bersama Suruhanjaya Hak Asasi Manusia)
23
5. Wacana dan Sumbangsaran
Selaku Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penyelidikan, penganjuran wacana selain daripada Cakna Negaraku juga antara program yang menjadi satu kemestian. Selain itu, calon juga sering dijemput mewakili bagi memberi sumbangsaran kepada institusi-institusi yang tertentu.
Sidang Meja Bulat: Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Relevensi di Tahun 2020.
Sidang ini dilaksanakan bagi menyingkapi masalah perpaduan yang semakin memarah, khususnya berkaitan pengajaran Tulisan Jawi di Sekolah Jenis Kebangsaan.
24
Sumbangsaran kepada Jawatankuasa Khas UEC
MBM telah dijemput untuk menyampaikan pandangan berkenaan kedudukan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
25
Sumbangsaran kepada Jawatankuasa Reformasi Pilihanraya
Calon telah mewakili MBM untuk membentangkan cadangan daripada MBM untuk memperkasakan lagi sistem pilihanraya didalam negara ini. Ini termasuklah menambah baik pendidikan berkaitan demokrasi seawal mungkin untuk belia dan anak muda Malaysia. Antara cadangan MBM ialah mewujudkan pilihanraya bagi pemilihan Ketua Pelajar di setiap sekolah di Malaysia.
26
6. Menjadi sebahagian daripada Pasukan Pendakwa bagi kes di
The People’s Tribunal on Myanmar, 2017
The People’s Tribunal ialah sebuah organisasi berpejabat di Rome, Itali dan
merupakan organisasi yang ditubuhkan oleh kumpulan sivil dan hak asasi manusia
dari seluruh dunia. Tribul ditubuhkan kerana kecewa akibat kegagalan untuk berfungsi
Mahkamah Jenayah Dunia yang masih lagi diselubungi dengan politik. Maka Tribunal
ini diwujudkan oleh masyarakat sivil bagi mendakwa penjenayah perang tanpa melalui
proses politik.
Tribunal kemudiannya mewujudkan satu Tribunal bagi membicarakan kes genosid
bangsa Rohingya di Myanmar dan telah dibicarakan di Universiti Malaya, Kuala
Lumpur.
Calon telah menyertai pasukan Pendakwaraya yang diketuai oleh Doreen
Chen,seorang peguam hak asasi manusia berasal dari Australia.
(Bersama Prof Stanton, Pengasas Teori Genosid dan Saksi Pakar dalam kes)
27
7. Aktiviti Kemasyarakatan Program Penanaman Semula Pokok di Sungai Ichat dan Sungai Terla, 2019
Program penanaman semula pokok di sekitar Sungai Ichat dan Sungai Terla yang mana merupakan sungai tadahan air hujan yang menjadi sumber air untuk penduduk setempat di Tanah Tinggi Cameron. Program ini adalah kerjasama antara Majlis Belia Negeri Pahang dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang serta Sultan Ahmad Shah Environment Trust (SASET). Seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada ahli badan gabungan telah hadir menyumbang tenaga bg penanaman pokok ini. Program ini akan diadakan secara berperingkat dengan keluasan sekitar 15 hektar. Program Pembersihan Pantai Balok, Kuantan bersama 500 ahli Pengakap, 2018
28
Gerakan Sukarelawan Banjir MBNP bagi 2018 Program Doktor Turun Kampung di Kg Orang Asli Pos Sinderut, 2019
29
KENYATAAN-KENYATAAN MEDIA.
30
31
32
33
34
PERINGKAT ANTARABANGSA
1. Wakil Tetap Malaysia ke
Committee for ASEAN Youth Cooperation (CAYC).
2017- kini
2. Wakil Tetap Malaysia ke
Commonwealth Youth Council (CYC)
2018- kini
3. Felo
Initiatives for Human Rights in Asia (IHRA)
(2018-kini)
4. Ahli
Jawatankuasa Perundangan dan Perlembagaan
World Organization of Scouts Movement (WOSM)
(2017- kini)
PERINGKAT KEBANGSAAN
1. Naib Presiden
Majlis Belia Malaysia
(2018-kini)
2. Pengerusi
JK Pendidikan & Penyelidikan
Majlis Belia Malaysia
(2018-kini)
3. Exco
Majlis Belia Malaysia
(2017-2018)
4. Naib Pengerusi
JK Pendidikan & Penyelidikan
Majlis Belia Malaysia
(2016-2018)
SUMBANGAN
35
5. Ahli
Dewan Tertinggi
Majlis Belia Malaysia
(2015-2017)
7. Ahli
Majlis Perundingan Belia Negara
(2016-kini)
8. Pesuruhjaya Ibu Pejabat
Persekutuan Pengakap Malaysia
2018-kini
9. Felo
Concerned Lawyers for Justice (CLJ)
2018- kini
10. Felo
Malaysian Alliance of Civil Society Organisations in the UPR Process (MACSA)
2017-2019
11. Ahli Eksekutif
Centre for Human Rights Research & Advocacy (CENTHRA)
2018-2019
PERINGKAT NEGERI/DAERAH
1. Penolong Setiausaha Agung
Majlis Belia Negeri Pahang
2018-kini
2. Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pahang
2015-kini
3. Pengasas & Penolong Pemimpin
Pasukan Pengakap Kelana D Daerah Kuantan
2010- kini
36
VISI Pada 2025, berhasrat untuk menjadi pakar rujuk didalam isu-isu melibatkan belia dan hak asasi manusia di Malaysia, dengan memfokuskan kepada isu-isu pendidikan demokrasi dan politik, hak asasi belia, serta didalam Agenda Pembangunan Mampas (SDGs) untuk belia di Malaysia.
MISI 2020 Memperkemaskan lagi program-program dibawah kelolan:- 1) Program Peguam Muda MBM
a) Program yang dilaksanakan diiktiraf oleh Majlis Peguam Malaysia dan menjadikan Peguam Muda MBM sebahagian daripada Continuing Professional Development (CPD) untuk peguam muda yang beramal 5 tahun dan kebawah.
b) Meningkatkan keahlian Peguam Muda kepada sekurang-kurangnya 50
peguam muda pada 2023 dan membuka Klinik Bantuan Guaman MBM di sekurang-kurang 3 buah Negeri.
c) Melayani anak guam dan membuat khidmat nasihat kepada sekurang-
kurannya 300 kes dalam 1 tahun. 2. Program Sekolah Politik
a) Menjadikan program Sekolah Politik sebagai satu institusi melatih ahli politik muda di Malaysia yang memegang teguh nilai politik khidmat dan politik budi.
b) Menjadikan Sekolah Politik MBM diiktiraf sebagai Diploma Eksekutif
yang diiktiraf oleh MQA. c) Melahirkan sekurang-kurangnya 50 orang peserta yang tamat kesemua
siri pada tahun 2020 dan layak mendapatkan sijil tamat kursus. 3. Model Parlimen Malaysia
Mewujudkan program Model Parlimen Malaysia yang menumpukan pendidikan demokrasi kepada pelajar sekolah yang berumur antara 16 tahun hingga 19 tahun (Tingkatan 4 hingga Tingkatan 6 Sekolah Menengah).
MISI & VISI
37
4. Memperkenalkan Hak Asasi Belia (Rights of Youth) untuk diperluaskan diMalaysia dan diiiktiraf sebagai salah satu hak asasi di Malaysia
MISI PERIBADI
1. Memperoleh Sarjana Undang-Undang Antarabangsa (Hak Asasi Manusia) danmemfokuskan kajian untuk Doktor Falsafah didalam isu Hak Asasi Manusia
2. Memenuhi 100 jam perkhidmatan sepertimana yang dikehendaki olehPergerakan Pengakap Sedunia selaras dengan Anugerah Messengers ofPeace yang telah diperoleh sebelum ini.