profil usahawan
TRANSCRIPT
PROFIL USAHAWAN
“MOHD HEERMAN HAMINUDDIN’’
Disediakan Oleh :
JEMINDAR BIN AB KADIR
GROUP 119
MOHD HEERMAN
HAMINUDDIN
Mohd Heerman Haminuddin mempunyai karisma tersendiri. Pada usia 29 tahun,
beliau menggalas tugasan besar dalam syarikat yang dibangunkan ayahnya sendiri.
Beliau yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Kimia merupakan graduan Universiti
Teknologi Malaysia lebih cenderung memilih bidang perniagaan sebagai salah satu
langkah untuk mengaplikasikan ilmu dan memajukan ekonomi negara. Sepanjang proses
menemubual beliau,saya akui kesukaran untuk mengatur temu janji dengan beliau
sehingga terpaksa berhubung melalui telefon. Maklumlah, faktor kesibukan di pejabat
beberapa kali menghalang niat bersemuka.
Apabila bertemu, ternyata karisma Mohd Heerman terserlah. Beliau menduduki
kerusi Pengurus Jualan & Pemasaran Ideal Healthcare Sdn Bhd, personaliti beliau tampak
serius dalam melaksanakan tugas. Baginya, usia 20-an bukan penghalang menggalas
cabaran besar dalam dunia perniagaan. "Kepercayaan keluarga mendorong saya bekerja
lebih kuat demi membuktikan kemampuan dan minat saya dalam perniagaan. Bukan
mudah meyakinkan pelanggan, apatah lagi pada usia saya yang masih muda," akui Mohd
Heerman jujur. Sebagai pihak yang bertanggungjawab mencari pasaran baru dan
membekalkan peralatan perubatan ke hospital dan farmasi di seluruh negara, Mohd
Heerman mengakui ada cabaran yang perlu diredahnya.
Mengulas detik awal menceburi bidang itu, Mohd Heerman berkata, beliau bertuah
kerana diberi kepercayaan keluarga sejak 2002. Ideal Healthcare Sdn Bhd yang ditubuhkan pada
1999 bertanggungjawab membangunkan peralatan perubatan komersial selain membawa masuk
produk sama untuk diagihkan ke hospital dan farmasi di dalam dan luar negara. Kata Mohd
Heerman lagi, bermula daripada perusahaan kecil, syarikat milik keluarganya kini mampu
berdaya saing dengan syarikat lain. Malah Ideal Healthcare juga diberi kepercayaan menembusi
pasaran Indonesia dan rantau Asean kerana mutu perkhidmatan yang ditawarkan.Ketika
kegawatan ekonomi pada lewat 1990-an, prospek dalam bidang perubatan nyata memberi
lonjakan pasaran kerana bidang ini sendiri mempunyai skop permintaan besar di
pasaran.Alhamdulillah, selepas melalui perit getir dalam dunia perniagaan, Ideal Healthcare
muncul sebagai syarikat Bumiputera yang berdaya saing di Malaysia," katanya.
Bersama anak muda kelahiran Sungai Petani, Kedah saya berpeluang berkongsi rahsia
diri, cita-cita serta misinya yang layak dijadikan contoh anak Melayu baru. Beliau mula
melibatkan diri dalam bidang perniagaan pada tahun 2002. Perkara Ini merupakan kerjaya
pertama selepas menamatkan tamat pengajian. Beliau tidak terus menduduki jawatan pengurus,
sebaliknya hanya sebagai eksekutif jualan tanpa layanan eksklusif. Hal ini menjadi cabaran
beliau untuk membuktikan kepada keluarga dan pelanggan terhadap kemampuan diri beliau
dalam bidang perniagaan. Beliau mula terlibat melalui bapanya. Bapa beliau yang sebelum ini
memang terbabit dalam dunia perubatan dan beliau melihat prospek baik dalam sektor ini. Nyata
percaturannya berbaloi dengan penerimaan produk Ideal Healthcare Sdn Bhd. Selain itu, pasaran
peralatan perubatan di Malaysia mempunyai potensi yang besar kerana syarikat beliau bukan
saja menghasilkan alat untuk perubatan, malah turut mengimport mesin dan peralatan perubatan
untuk dipasarkan di Malaysia dan luar negara. Pada mulanya, hanya di pasaran tempatan tetapi
sekarang 10 peratus daripada perolehan syarikat disumbangkan sektor pasaran eksport Indonesia.
Syarikat beliau juga mempunyai cawangan di Indonesia. Seterusnya,cabaran yang
dihadapi beliau sepanjang melibatkan diri dalam bidang ini teramat banyak dan sering dijadikan
motivasi. Kesukaran untuk meyakinkan pelanggan merupakan salah satu cabaran yang terpaksa
ditempuhinya kerana beliau masih muda. Ketika pertama kali bekerja dulu,terdapat segelintir
yang memandang rendah terhadap kemampuan dan kredibiliti diri beliau tetapi itu semua
cabaran yang harus beliau lalui. Selain itu,ramai pihak yang cuba untuk melemahkan semangat
beliau dan menjatuhkan perniagaannya. Sekarang, semuanya sudah terbukti. Sektor ini begitu
asing dalam kalangan usahawan bumiputera. Seperti Ideal Healthcare Sdn Bhd ketika mula
bertapak dulu. Tetapi kini penerimaan pelanggan dan masyarakat terhadap produk mereka amat
menggalakkan. Apatah lagi, pihak syarikat mereka melakukan penyelidikan dan pembangunan
(R&D) sendiri termasuk meningkatkan kualiti pembungkusan untuk kepuasan pelanggan.
Beliau sangat mementingkan tahap kesihatan baik. Apatah lagi, tugas berat yang
dilakukan dan bekerja lebih masa, memaksa beliau peka dengan soal kesihatan. Sehubungan itu,
beliau memilih mengambil vitamin C setiap hari. Selain itu,beliau terpaksa menjaga
kesihatannya untuk menyakinkan pelanggan tentang kesihatan. Beliau lebih meminati sukan
golf. Beliau sendiri tidak sangka bagaimana boleh meminati aktiviti golf tetapi selepas berjinak-
jinak dan mengenali mereka dalam kelompok ini, akhirnya beliau temui kepuasan. Walaupun
belanja besar tetapi keseronokan sukar digambarkan. Selain itu, beliau juga gemar melayari
internet dan bertemu rakan-rakan untuk melepak bersama. Beliau berharap agar syarikat akan
terus maju dan beliau juga cuba untuk memajukan kemampuan diri sendiri melebihi tahun ini.
SURAT PENYERAHAN
Jemindar bin Ab Kadir
5-12A,M01,
Desasiswa Restu,
Universiti Sains Malaysia,
Pulau Pinang.
Mohd Shafie
Pensyarah Rancangan Perniagaan WUS 101,
Universiti Sains Malaysia,
Pulau Pinang. 19 April 2012
Perkara : Penyerahan Rancangan Perniagaan (WUS 101).
Saya seperti nama di atas menyerahkan tugasan yang diberikan untuk penilaian tuan. Sila hubungi saya di 0142291838 jika tuan mempunyai masalah atau keraguan.
Terima Kasih,
………………………
( Jemindar Bin Ab Kadir )