profession keguruan

5
Perbincangan 1 : Guru sebagai suatu profesion yang mulia Fatin Shakila Bt Mohad Zainuddin P77144 Nur Adilah Bt Adam P83141 Asiah Che Hassin P 1. Pada pendapat anda, sejauh mana benarkah jawatan guru itu di anggap sebagai satu jawatan mulia dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Buktikan. 2. Pihak ibu bapa dan masyarakat hari ini sering beranggapan bahawa tugas sebagai guru itu adalah mudah. Bincangkan. Jawapan : 1. Pada pendapat saya, jawatan guru itu sudah tidak lagi di anggap jawatan yang mulia dan dipandang tinggi oleh masyarakat kini. Hal ini berpunca dari diri guru itu. Yusri Abdul Malik (2007) menegaskan bahawa pada zaman dahulu guru dihormati serta rotan merupakan alat utama untuk mendisiplinkan pelajar, tetapi kini tidak lagi. Malah ibu bapa bertindak datang ke sekolah dan menyalahkan guru yang merotan anaknya yang telah melakukan kesalahan disiplin. Selain dari itu, kita sering mendengar berita bahawa guru telah disaman oleh ibu bapa hanya kerana guru bertindak mendenda pelajar kerana tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan.

Upload: fatin-shakila-mzdd

Post on 23-Jan-2016

231 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

profession keguruan

TRANSCRIPT

Page 1: profession keguruan

Perbincangan 1 : Guru sebagai suatu profesion yang mulia

Fatin Shakila Bt Mohad Zainuddin P77144

Nur Adilah Bt Adam P83141

Asiah Che Hassin P

1. Pada pendapat anda, sejauh mana benarkah jawatan guru itu di anggap

sebagai satu jawatan mulia dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Buktikan.

2. Pihak ibu bapa dan masyarakat hari ini sering beranggapan bahawa tugas

sebagai guru itu adalah mudah. Bincangkan.

Jawapan :

1. Pada pendapat saya, jawatan guru itu sudah tidak lagi di anggap jawatan

yang mulia dan dipandang tinggi oleh masyarakat kini. Hal ini berpunca dari

diri guru itu. Yusri Abdul Malik (2007) menegaskan bahawa pada zaman

dahulu guru dihormati serta rotan merupakan alat utama untuk mendisiplinkan

pelajar, tetapi kini tidak lagi. Malah ibu bapa bertindak datang ke sekolah dan

menyalahkan guru yang merotan anaknya yang telah melakukan kesalahan

disiplin. Selain dari itu, kita sering mendengar berita bahawa guru telah

disaman oleh ibu bapa hanya kerana guru bertindak mendenda pelajar

kerana tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan.

Antara lain, bukti guru sudah tidak dipandang mulia ialah terdapat

beberapa kes yang melibatkan ibu bapa saman guru seperti yang dilaporkan

dalam akhbar kosmo pada 21 Januari 2010 yang bertajuk ‘Ibu Pelajar Tampar

Guru’ membabitkan seorang guru lelaki dan seorang ibu kepada pelajar

tingkatan satu yang berlaku kerana ketidakpuasan hati ibu tersebut terhadap

guru yang telah menampar anaknya. Hal ini telah menyebabkan profession

keguruan tercalar akibat sikap guru itu sendiri serta ibu bapa yang tidak

Page 2: profession keguruan

memahami. Isu yang sama juga terjadi yang telah mencalarkan profession

keguruan dalam Mstar Online pada 5 April 2008 melaporkan satu insiden di

sekolah yang terletak di Pulau Pinang di mana seorang guru lelaki diserang

dan ditampar selepas guru terbabit dikatakan menampar beberapa orang

pelajar yang bergaduh dan berbuat bising di dalam perpustakaan sekolah.

Berdasarkan kesemua kes yang dilaporkan jelas membuktikan bahawa

profession keguruan kini telah dicalar akibat sikap-sikap guru itu sendiri,

justeru itu jawatan guru sudah tidak lagi dipandang mulia dan tinggi oleh

masyarakat sekarang.

2. Pihak ibu bapa dan masyarakat hari ini sering beranggapan bahawa tugas

sebagai guru itu adalah mudah kerana menganggap tugas guru sekadar

mengajar matapelajaran yang telah ditetapkan sahaja. Sangkaan ini adalah

meleset sama sekali.

Hakikat sebenar ialah mereka tidak memahami dan mengetahui tugas

sebenar seorang guru. Realitinya, tugas seorang guru pada masa kini

amatlah mencabar dan merupakan tugas yang berat dan penting. Seorang

guru itu bukan sahaja mendidik pelajar, tapi secara tidak langsung

sebenarnya mendidik anak bangsa kerana maju mundurnya sesuatu Negara

terletak pada bagaimana sesuatu anak bangsa tersebut. Justeru amatlah

penting dan merupakan suatu tugas yang amat berat bagi seorang guru serta

memerlukan pengorbanan yang tinggi serta tidak berbelah bahagi.

Page 3: profession keguruan

Perbincangan 3 : Falsafah Pendidikan Kebangsaan – Intelek

Fatin Shakila Bt Mohad Zainuddin P77144

Nur Adilah Bt Adam P83141

Asiah Che Hassin P

Falsafah Pendidikan Kebangsaam antara lain bertujuan untuk menghasilkan pelajar

yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

1. Mengapakah faktor ‘intelek’ penting dalam menghasilkan bakal guru yang

berkualiti?

2.

3.

Jawapan :

1. Faktor ‘intelek’ penting dalam menghasilkan bakal guru yang berkualiti kerana

seorang guru perlu mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang

mendalam serta menyampaikannya kepada pelajar dengan kaedah yang

sesuai serta inovatif dan kreatif, hal ini termasuklah pengetahuan kemahiran

pedagogi.

Seorang guru perlu mempunyai kebolehan intelek yang tinggi lebih-

lebih lagi dalam menghadapi dunia modenisasi masa kini yang kian mencabar

dan penuh dengan persaingan. Dengan meningkatkan kebolehan intelek, dan

meningkatkan ilmu pengetahuan, secara tidak langsung akan meningkatkan

kemahiran pedagogi seseorang guru tersebut dan hal ini juga secara tidak

langsung dapat menarik dan merangsang minat pelajar untuk lebih

mendalami ilmu pengetahuan secara efektif dan berkesan serta berdaya

saing dalam menghadapi era modenisasi masa kini.