pro siding

Upload: dzul-jefri

Post on 10-Jan-2016

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ar

TRANSCRIPT

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2015

seminar penyelidikan tindakan 2015

PENYELIDIKAN TINDAKAN MENJANA PENDIDIKAN ABAD 21PENGGUNAAN TEKNIK PIN MENINGKATKAN KEFAHAMAN DAN KEYAKINAN MURID TERHADAP ALLAH BERSIFAT WUJUD

MOHD DZULKARNAIN BIN MOHD JEFRI

ABSTRAK

Aqidah merupakan salah satu bidang dalam subjek Pendidikan Islam dan tajuk Allah Bersifat Wujud merupakan antara tajuk yang terpenting dalam membangun individu muslim sejati. Walau bagaimanapun, tahap penguasaan, pemahaman dan penghayatan murid-murid sekolah rendah terhadap tajuk Allah Bersifat Wujud masih berada pada tahap sederhana dan rendah. Jadi, penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan 7 orang murid Tahun 2 Pintar terhadap konsep dan pengamalan Allah Bersifat Wujud menggunakan teknik Penyoalan Interaktif (PIN). Semua data dikumpulkan melalui ujian diagnostik dan ujian pencapaian, pemerhatian, temu bual dan soal selidik sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Hasil analisis data yang telah dijalankan mendapati, terdapat peningkatan yang ketara dalam ujian kefahaman dan keyakinan terhadap yang dijalankan. Hal ini dapat dilihat daripada peningkatan sebanyak 50% hingga 80% dalam kefahaman dan 100% dalam aspek keyakinan murid terhadap Allah bersifat wujud. Hasil keputusan juga telah membuktikan teknik PIN yang diperkenalkan sangat berkesan dalam membantu murid dalam meningkatkan pemahaman murid terhadap konsep Allah Bersifat Wujud.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Di sekolah terakhir saya menjalani praktikum, saya telah berpeluang untuk mengajar subjek Pendidikan Islam bagi dua buah kelas iaitu Tahun 1 dan Tahun 2. Melalui pemerhatian saya semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam bagi Pelajaran Akidah Tahun 2, saya mendapati terdapat tujuh orang murid yang masih sukar untuk memahami konsep Allah bersifat Wujud seterusnya meyakini dan mengamalkannya dalam kehidupan murid-murid. Dalam pada itu, melalui pemerhatian dan temu bual yang dijalankan kepada guru-guru Pendidikan Islam di sekolah ini, saya mendapati terdapat kurangnya penggunaan bahan bantu mengajar interaktif dalam kalangan guru dan penggunaan kaedah pengajaran yang statik sahaja. Hal ini tidak boleh dipandang remeh kerana hasil daripada pengajaran Akidah ialah murid dapat mengenali Allah seterusnya dapat berusaha untuk menghidupkan amalan bagi meraih cinta Allah. Oleh itu, saya telah membuat keputusan untuk menjalankan kajian tindakan tentang satu gabungan kaedah yang baharu, lebih mudah dan menarik untuk membantu murid dalam pelajaran Akidah. Menurut Ab. Halim Tamuri(1989), kemahiran

mengajar dalam proses P&P mempunyai tiga komponen penting iaitu pendekatan, kaedah dan teknik. Oleh itu, seseorang guru yang ingin menguasai kemahiran mengajar perlulah menguasai ketiga-tiga elemen tersebut. Dalam pada itu, saya juga akan menggunakan bahan bantu mengajar yang interaktif bagi memudahkan murid memahami tajuk Allah bersifat Wujud dengan lebih baik dan menambahbaik penghayatan murid terhadap Allah bersifat Wujud.

2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian tindakan yang saya laksanakan ini adalah tertumpu kepada tujuh orang murid Islam Tahun 2 yang merangkumi seramai tiga orang murid lelaki dan empat orang murid perempuan. Hal ini dikesan melalui sesi temu bual yang telah dibuat sebelum ini terutamanya dan juga semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kelemahan murid dilihat amat ketara terutamanya ketika murid melakukan latihan yang diberi dan juga dalam meyakini Allah bersifat Wujud. Perkara ini telah membuktikan bahawa kaedah pengajaran yang dilaksanakan bagi memantapkan kefahaman dan keyakinan murid sebelum ini adalah kurang berkesan.Kaedah pengajaran Allah bersifat Wujud yang telah dilaksanakan sebelum ini hanya menggunakan kaedah penerangan yang biasa-biasa sahaja tanpa ada unsur-unsur seni penyoalan dalam pengajaran dengan bantuan Bahan Bantu Belajar (BBB) yang sesuai. Saya juga dapat melihat respon dan penglibatan murid terhadap pembelajaran Akidah ini adalah kurang aktif kerana kaedah yang digunakan kurang sesuai dan tiada penggunaan bahan bantu belajar yang menarik. Hal ini telah menyebabkan murid-murid menjawab soalan yang diberikan dengan sambil lewa dan tidak serius dalam mengukur keyakinan kepada Allah bersifat Wujud.Oleh sebab itu, untuk menangani masalah ini daripada menjadi lebih parah, saya memperkenalkan teknik PIN kepada murid-murid untuk menarik perhatian mereka kerana adanya unsur seni yang diterapkan dengan baik. Menurut Ee Ah Meng(1997), sekiranya murid berasa seronok ketika menjalankan sesuatu, perkara yang dialami akan diingati dengan lebih lama lagi.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN3.1 Objektif UmumKajian ini mempunyai objektif umum untuk:3.1.1 Meningkatkan kefahaman dan keyakinan murid terhadap Allah bersifat Wujud dengan menggunakan kaedah penyoalan.

3.2 Objektif KhususKajian ini mempunyai objektif khusus seperti yang berikut:3.2.1 Meningkatkan kefahaman murid tahun 2 terhadap Allah bersifat Wujud melalui teknik Penyoalan Interaktif (PIN).3.2.2 Meningkatkan keyakinan murid tahun 2 terhadap Allah bersifat Wujud melalui teknik Penyoalan Interaktif (PIN).

3.3 Persoalan KajianPersoalan kajian ini adalah untuk menjawab objektif kajian yang telah dikemukakan:3.3.1 Bagaimanakah teknik PIN dapat membantu meningkatkan kefahaman murid tahun 2 terhadap Allah bersifat Wujud?3.3.2 Bagaimanakah teknik PIN dapat membantu meningkatkan kefahaman murid tahun 2 terhadap Allah bersifat Wujud?4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan yang akan dilaksanakan ini adalah terdiri daripada murid Tahun 2 yang menghadapi masalah semasa pembelajaran dan pengajaran Akidah tajuk Allah bersifat Wujud. Saya telah memokuskan kajian saya kepada teknik penyoalan yang berkesan untuk membantu murid memahami tajuk Allah bersifat Wujud yang diajar. Peserta kajian ini telah dipilih tanpa mengira jantina murid. Mereka dikenal pasti melalui ujian pra yang telah dijalankan sebelumnya. Peserta kajian terdiri daripada tujuh orang responden iaitu masing-masing tiga orang responden lelaki dan empat orang responden perempuan yang berbangsa Melayu kesemuanya. Semua responden berasal daripada keluarga yang berpendapatan sederhana dengan tahap pencapaian semasa responden pula adalah berbeza. Terdapat lima orang responden yang masih lemah dalam tahap pencapaian pelajaran Pendidikan Islam, manakala selebihnya mempunyai tahap pencapaian yang sederhana. Setelah menganalisis ujian diagnostik yang dilaksanakan, dapat dilihat bahawa keseluruhan murid mempunyai pencapaian yang berbeza. Hal ini menunjukkan bahawa murid-murid memerlukan kaedah baharu dalam memahami pembelajaran Akidah masa kini.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

6.1 Analisis PemerhatianDaripada pemerhatian yang dijalankan sewaktu proses pengajaran intervensi dilaksanakan. Kesemua tujuh orang subjek kajian dilihat dapat menjawab soalan dengan tepat dengan bantuan guru. Mereka juga dilihat gembira sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan menggunakan teknik PIN. Jelas disini memperlihatkan teknik PIN telah membantu murid memahami tajuk Allah bersifat Wujud dengan baik.6.2 Analisis Temu Bual

Hasil temu bual yang dilakukan sebelum dan selepas intervensi teknik PIN ini dilakukan, saya mendapati murid semakin teruja untuk meneruskan pembelajaran dan memupuk pengetahuan berkenaan Allah bersifat Wujud dengan sangat baik. Berikut adalah keputusan temu bual kedua yang dijalankan setelah pengajaran intervensi.

NoItemTahap PencapaianBilangan Subjek Kajian ( /7 )Peratusan( % )

1Apakah maksud wujud? Cemerlang7100.0

Baik--

Lemah--

2Apakah maksud Allah bersifat Wujud? Cemerlang571.4

Baik228.6

Lemah--

3Apakah dalil Allah bersifat Wujud? Cemerlang685.7

Baik114.3

Lemah--

4Apakah bukti-bukti Kewujudan Allah? Cemerlang571.4

Baik228.6

Lemah--

5Adakah Allah bersifat Wujud? Mengapa? Cemerlang7100

Baik--

Lemah--

6.3 Analisis Ujian Diagnostik dan Ujian Pencapaian

Saya mendapati bahawa terdapat peningkatan markah yang mendadak dalam kalangan murid setelah saya memperkenalkan teknik PIN dalam pengajaran. Berikut adalah hasil ujian yang telah dijalankan setelah pengajaran biasa dan pengajaran intervensi dijalankan.Peserta KajianUD (%)UP (%)PM (%)UD - UP

SB 14010060.0

SB 23010070.0

SB 3209070.0

SB 4207050.0

SB 53010070.0

SB 6109080.0

SB 7409050.0

Purata Markah27.191.464.3

6.4 Analisis Soal SelidikDalam pada itu, saya turut menjalankan soal selidik terhadap semua subjek kajian. Soal selidik ini dijalankan adalah bagi memastikan kaedah yang dijalankan dapat membantu meningkatkan keyakinan da kefahaman murid terhadap Allah bersifat Wujud diakui keberkesanannya. Berikut adalah hasil soal selidik.

Peratusan ( % ) Jawapan YaKategoriItem

100.01Minat Saya suka belajar tajuk Akidah di dalam kelas.

100.02Membantu Aspek PemahamanSaya menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru di dalam kelas.

100.03PendedahanSaya dapat menjawab soalan yang diajukan kepada saya dengan betul.

85.74MinatSaya mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjah.

71.45KefahamanSaya tahu maksud Allah bersifat Wujud.

100.06Keyakinan DiriSaya boleh menerangkan mengenai kewujudan Allah.

100.07PemahamanSaya tahu dalil kewujudan Allah.

100.08Keyakinan DiriSaya dapat memberikan contoh mengenai bukti kewujudan Allah.

100.09Keyakinan DiriSaya meyakini Allah itu sentiasa bersifat Wujud.

100.010Minat Saya suka menggunakan bahan bantu belajar yang disediakan oleh guru.

100.011MinatSaya berpuas hati dengan markah ujian yang saya perolehi.

100.012PemahamanSaya boleh mengaitkan sifat Allah Wujud dengan bukti kewujudan Allah.

7.0 DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan kepada kajian penyelidikan tindakan saya ini, dapatlah saya konklusikan bahawa intervensi Teknik Penyoalan PIN berjaya membantu membaiki amalan pengajaran saya dan juga membantu meningkatkan kefahaman dan keyakinan murid terhadap Allah bersifat Wujud dalam diri ketujuh-tujuh subjek kajian saya.Antara perubahan ketara yang dapat dilihat ialah daripada aspek perbezaan emosi, kefahaman dan sikap murid dalam pengajaran dan pembelajaran selepas intervensi dijalankan. Sebelum intervensi dilaksanakan, subjek kajian dilihat sentiasa bersikap rendah diri, tidak menjawab soalan dengan tepat dan tidak gembira sewaktu proses pengajaran dan pembelajarn. Namun setelah, intervensi teknik PIN ini dilakukan, subjek kajian dilihat begitu yakin menjawab soalan yang diutarakan dengan betul. Mereka juga aktif dan gembira sepanjang pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan menggunakan teknik PIN. Selain itu juga, saya mendapati subjek kajian saya mula menunjukkan perubahan daripada segi minat untuk belajar akan Allah bersifat Wujud.8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Cadangan kajian seterusnya ialah seperti meneruskan pengaplikasian teknik PIN semua bidang di dalam silibus Pendidikan Islam sekolah rendah. Kedua, membina bahan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan teknik PIN.

9.0 RUJUKAN

Abdul Halim Tamuri(1989). Pendidikan Berkesan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Abdul Salam Yussof(2003). Pendidikan Berkesan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. BhdAhmad Mohd Salleh (2011). Siri pendidikan guru: Kurikulum, metodologi dan pedagogi pengajian islam edisi kedua KPLI pengajian islam & j-QAF. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.Ee Ah Meng. (1997).Psikologi Pendidikan 1: Psokologi Perkembangan Semester 1.Shah Alam, Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.Mok Soon Sang. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan Perancangan dan Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Nor Risah Jamilah Mat Lazim et.al(2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.Norasiah Abdullah et al(2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.Noresah Baharom et al. (Ed.) (2007). Kamus dewan (edisi ke-4). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP).Noriati A. Rasyid et al.(2012). Murid dan alam belajar - edisi kemas kini. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.Rosnah Ahmad Zain et al(2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.Shuhadak Mahmud(2011). 40 Teknik Rasulullah Mengajar. Seremban : Al-Azhar Media.Wan Hassan Wan Embong et al. (2002). Perisian BBM Subjek Akidah Pendidikan Islam SPM.

1