prihatin cover jilid 5 17 final.pdf 1 09/10/2017 3:31 pm · amanah kami bukan hanya pada kerja yang...

24

Upload: ngobao

Post on 06-Mar-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

C

M

Y

CM

MY

CY

CMY

K

Prihatin_Cover_Jilid 5_17_Final.pdf 1 09/10/2017 3:31 PM

JILID 5 | SEPT - OKT 2017

17 Kunjung Hormat Ketua Polis Negara IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun

Kunjung Hormat – Johor

Kunjung Hormat – Kelantan

Kunjung Hormat – Terengganu

Libur Destinasi18 Jom Santai Hujung Minggu di Kuala

Selangor

Sekilas Minda03 Menzahirkan Tanggungjawab untuk

Masyarakat

Yang Perlu Anda Tahu04 Katakan ‘Tidak’ Pada 7 Kecuaian

yang Merugikan

06 Skop Perkhidmatan SPANCO, Nilai Tambah kepada Pelanggan

07 Langkah-Langkah Menghadapi Banjir Kilat

Menjejak Inspirasi08 Peningkatan Kualiti Menjulang

Prestasi SPANCO

Servis itu Penting10 Tempahan Temu Janji Servis

Diperluaskan ke Pusat Servis Diiktiraf

Kini Lebih Mudah dengan Tablet!

Persada Inovasi12 Sejarah Ringkas Ciri-Ciri

Keselamatan yang Terdapat Pada Kenderaan

Merakam Catatan14 SPANCO Iktiraf Rumah Penyayang

Ulin Nuha Sebagai Anak Angkat 16 Sumbangan Mesin Hemodialisis:

YBhg. Datuk Dr. Jeyaindran Memuji Usaha Murni SPANCO

17 Majlis Meraikan Atlet PDRM yang Mewakili Malaysia di Sukan SEA KL dan World Police and Fire Games 2017

Sila hantar komen, pandangan dan sumbangan karya anda kepada Sidang Pengarang seperti di alamat penerbit yang tertera di sebelah. Bahan penulisan hendaklah disertakan sekali dengan nama, alamat dan nombor telefon anda. Sidang Pengarang berhak melakukan penyuntingan sebelum karya diterbitkan.

PenaungDato’ Hamzah Mohd Salleh

SiDang PengarangPeter LimShaheeran Jalalludinalwyn ahmad nazriaimi Diyana azuddinrusman Bassri

PencetakSky Press Sdn Bhdno. 15, Jalan PBS 14/3taman Perindustrian Bukit Serdang

43300 Seri kembangan.

Tel 03-8941 4013

Faks 03-8941 4014

PerunDing PenerBitanexecutive Mode Sdn Bhd (317453-P)

PenerBitSPancO Sdn Bhd (172957-u)no. 2, Jalan Perusahaan 2kawasan Perusahaan Batu caves68100 Batu caves.

Tel 03-6192 8888

Faks 03-6192 8999

emel [email protected]

web www.spanco.com.my

Talian bebas tol 1-800-88-6999

14

10 16

Bicara Sihat20 Mengabaikan Kesihatan Mengundang

Bahaya di Jalan Raya

Pilihan Servis Anda22 Sarawak

JILID 5 | SEPT - OKT 2017 3

Menzahirkan Tanggungjawab unTuk MasyarakaT

2017 semakin hampir melabuhkan tirai dan perjalanan SPANCO telah jauh ke hadapan menggenggam komitmen, memikul peranan serta merealisasikan sasaran yang diberi. Jelas, langkah positif terus dicipta, pelbagai naik taraf telah dilaksanakan demi menjaga kualiti dan amanah yang dipertanggungjawabkan Kerajaan.

Amanah kami bukan hanya pada kerja yang digalas, tetapi amanah menyumbang terhadap masyarakat yang selama ini menjadi pendorong buat kejayaan SPANCO. Hampir 25 tahun menjalankan perniagaan menguruskan fleet Kerajaan Malaysia, mendampingi masyarakat tidak pernah kami pinggirkan.

Baru-baru ini SPANCO sepakat membantu membela nasib anak-anak yatim dan asnaf di Rumah Penyayang Ulin Nuha di Jalan Kebun, Klang dengan menyalurkan dana bantuan kepada anak-anak ini. SPANCO juga menyokong dalam melancarkan Tabung Pembinaan Bangunan Kekal Ulin Nuha bagi membiayai pembinaan dua bangunan asrama pelajar lelaki dan perempuan di tapak tanah yang telah diwakafkan.

Tidak terhenti di situ, sPanCO turut tampil menyumbangkan 15 unit mesin hemodialisis kepada kementerian kesihatan Malaysia melalui Projek Pengagihan Mesin hemodialisis Di hospital-hospital kerajaan Terpilih. Ng WAI ThoNg

Pengawal Kewangan

SEKILaS mInDa

Tidak terhenti di situ, SPANCO turut tampil menyumbangkan 15 unit mesin hemodialisis kepada Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Projek Pengagihan Mesin Hemodialisis Di Hospital-Hospital Kerajaan Terpilih. Mesin-mesin hemodialisis itu kini telah pun beroperasi sepenuhnya di hospital-hospital terpilih di seluruh negara.

Bagi mempertingkatkan kualiti kerja dan khidmat terbaik kepada pelanggan, perkhidmatan tempahan temu janji servis melalui

laman web rasmi dan Aplikasi Mobil SPANCO turut diperluaskan. Kini pelanggan-pelanggan tidak sahaja boleh menempah temu janji servis secara dalam talian untuk servis mahupun pembaikan di Pusat Servis Wilayah (PSW) Batu Caves dan Bangi, malahan juga di cawangan Proton Edar terpilih di bawah Pusat Servis Diiktiraf SPANCO.

Penasihat Servis SPANCO juga bakal menggunakan peranti ‘tablet’ bagi mempercepatkan servis dan pembaikan

kenderaan-kenderaan konsesi dalam tugas harian mereka. Kedua-dua

inisiatif ini akan dilancarkan tidak lama lagi.

Itulah kepuasan kami apabila rezeki yang diperolehi dapat dikongsi bersama masyarakat dan sebahagian lagi dilaburkan semula ke arah penambahbaikan

perkhidmatan. Semoga segala usaha yang dibina memberi seribu nikmat dan

manfaat buat kita semua.

JILID 5 | SEPT - OKT 20174

yang PErLu anDa Tahu

Periksalah kenderaan sekiranya berlaku kemalangan sebelum anda terpaksa menanggung kos yang lebih tinggi untuk membaikinya di kemudian hari.

02

TIDAk MeMerIkSA keNDerAAN TeruTAMANYA SeLePAS BerLAku keMALANgAN

03

Hal ini boleh membawa kepada pelbagai masalah

sekiranya kunci ini jatuh ke tangan individu yang tidak

bertanggungjawab. Jika ia berlaku, laporkan terus

kepada SPANCO.

kehILANgAN kuNCI

Anda perlu peka terhadap kepentingan servis serta patuh pada jadual servis yang telah ditetapkan. Kegagalan mematuhi jadual boleh memberi kesan terhadap prestasi kenderaan dan mungkin akan membawa kepada kerosakan.

01

TIDAk MeMATuhI ServIS BerjADuAL

Walaubagaimanapun, ianya akan tetap merugikan sekiranya anda terus melakukan 7 kecuaian berikut

Tahukah anda bahawa SPANCO merupakan pembekal perkhidmatan pengurusan kenderaan utama negara yang telah menguruskan lebih 35 ribu kenderaan dengan baik sejak tahun 1994. Kerajaan Malaysia telah mengalami banyak penjimatan melalui perkhidmatan pengurusan kenderaan bersama SPANCO.

Kecuaian Yang Merugikan

KataKan ‘tidaK’ Pada

JILID 5 | SEPT - OKT 2017 5

Pastikan anda mempunyai lesen memandu yang sah. Dengan ketiadaan lesen memandu yang sah, sebarang kemungkinan akan dihadapi dengan kesulitan.

04

TIADA LeSeN MeMANDu YANg SAh

Hindari daripada melalui kawasan banjir kerana ia akan merosakkan enjin kenderaan. Matikan enjin sekiranya kenderaan anda mula ditenggelami air.

05

MereDAh kAWASAN BANjIr DeNgAN SeNgAjA

Terutamanya selepas berlaku kemalangan. Pengguna dinasihatkan untuk terus lapor kepada SPANCO apabila berlaku kemalangan dan bukannya bertindak secara sendiri.

06

MeMBAIkI SeNDIrI keNDerAAN

Mengubah suai sebarang alat ganti kenderaan adalah tidak dibenarkan sama sekali. SPANCO tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan yang diakibatkan oleh alat ganti tersebut.

07

MeNguBAh SuAI ATAu MeNukAr ALAT gANTI keNDerAAN

Inilah 7 kecuaian yang perlu anda elakkan. Untuk sebarang aduan mahupun masalah, hubungi pusat panggilan 24 jam kami di talian bebas tol 1-800-88-6999. Terdapat pelbagai cara untuk anda menghubungi kami.

Terima kasih kerana bertanggungjawab ke atas kenderaan yang anda pandu. Imbas kod Qr untuk menonton

video di telefon pintar anda.

Muat turun Aplikasi Mobil

SPANCo

JILID 5 | SEPT - OKT 20176

yang PErLu anDa Tahu

skop Perkhidmatan sPanCO, nilai Tambah kepada Pelanggan

Skop perkhidmatan adalah butiran yang membantu menentukan perkhidmatan yang diharapkan pelanggan dari pembekal. Bagi memantapkan lagi perkhidmatan, SPANCO telah membelanjakan pelaburan yang tinggi untuk menyediakan perkhidmatan dan Sistem Maklumat Pengurusan Fleet yang bersepadu bagi membolehkan kami menyediakan perkhidmatan pengurusan fleet yang menyeluruh, meliputi skop perkhidmatan seperti berikut:

Pelanggan boleh mendapatkan maklumat berkaitan skop perkhidmatan SPANCO dengan melayari laman sesawang kami di www.spanco.com.my. Untuk semua pelanggan baru SPANCO dan setiap penggantian kenderaan baru, anda juga akan

menerima SMS mengenai senarai skop perkhidmatan kami.

Pembekalan• Perolehan

kenderaan pada kitaran penggantian yang ditetapkan

• Pelesenan kenderaan dan cukai jalan

• Pentadbiran pemeriksaan PUSPAKOM

Pentadbiran Fleet• Pengurusankadbahanapifleet• Laporandananalisisfleetyang

tersuai• Pangkalan data sejarah

kenderaan• Pengurusankesalahantrafik

dan saman• Taklimat pemanduan• Strategi dan perundingan

pengurusanfleet• Penentuan kos dan laporan

kewanganfleet• Pengurusan pelupusan

kenderaan

Servis• Servis

penyenggaraan dan cegahan berjadual

• Penyediaan kereta ganti dan tunggu sedia

• Pengurusan stok alat ganti• Perkhidmatan pemasangan

aksesori, pengubahsuaian dan mengikut tempahan

Insurans• Perlindungan insurans• Pengurusan tuntutan

kemalangan• Litigasi pihak ketiga

kawalan Penyenggaraan• Perkhidmatan bantuan kemalangan dan

kerosakan 24 jam• Perkhidmatan menunda kenderaan 24 jam• Penilaian pengiktirafan dan prestasi pusat

servis• Penilaian dan audit kenderaan

JILID 5 | SEPT - OKT 2017 7

Pemanasan global yang melanda dunia mengakibatkan cuaca ekstrem yang tidak menentu kini menjadi fenomena biasa termasuklah kejadian banjir di merata tempat. Banjir kilat bukan sahaja mampu mengakibatkan sistem jalan raya menjadi lumpuh malah banyak kenderaan terkandas dan mengalami kerosakan yang teruk. Dalam keadaan ini pengetahuan keselamatan amat berguna dan dapat menyelamatkan nyawa serta mengawal kerugiaan yang tinggi.

+ Berikut disenaraikan beberapa langkah penting untuk panduan bersama.

• Sentiasapekaterhadaptempat-tempat yang sering dinaiki air terutama di kawasan-kawasan

Langkah-Langkah Menghadapi banjir kilat

• Sebanyak 103 kes kerosakan akibat banjir dilaporkan dari 2012 hingga September 2017 yang membabitkan fleet kenderaan Kerajaan Persekutuan.

• Kerosakan terbanyak dilaporkan pada 2013 dengan 28 kes.

• Proton Waja adalah model kereta terbanyak dilaporkan rosak akibat ditenggelami air iaitu sebanyak 44 buah manakala Prevé kedua terbanyak dengan jumlah 27 buah.

2012 2013 2014 2015 2016 2017

5

0

10

15

20

25

30

Jumlah Kes Kerosakan Akibat Banjir Tahun 2012 - 2017

Saga

Waja

Persona

Prevé

Inspira

Perdana V6

pembinaan dan yang berhampiran sungai.

• Awaslopak-lopakairdisepanjangperjalanan yang boleh menyebabkan ‘aquaplaning’ iaitu apabila tayar tidak lagi mencengkam permukaan jalan akibat biasan air yang tidak sempurna.

• Jikahujanlebatberterusan,alihkankereta ke tempat yang lebih tinggi dan selamat.

• Jangansekali-kalimeredahjalanyang dinaiki air. Meredah kawasan banjir dengan sengaja merupakan satu kecuaian dan pelanggan perlu menanggung kos kerosakan jika ini berlaku.

• Jikakeretaditenggelamiair,jangansekali-kali cuba menghidupkan enjin kerana ini boleh menyebabkan kerosakan yang teruk.

• Janganpandangremehkedalamanair yang sedang naik kerana paras serendah setengah kaki sudah cukup untuk menghanyutkan sebuah kereta kecil.

• Jikaterperangkap,mintabantuanorang ramai untuk menolak kereta keluar dari dalam banjir.

• SegerahubungiSPANCOditalianbebas tol 24 jam 1-800-88-6999, untuk bantuan.

http://publicinfobanjir.water.gov.my/

untuk mendapatkan maklumat banjir

terkini.

Layari Laman web

JILID 5 | SEPT - OKT 2017 7

Peningkatan kualiti Menjulang Prestasi sPanCOHampir 25 tahun beroperasi, SPANCO telah mencatatkan pelbagai pencapaian yang memberangsangkan. Pertumbuhan saiz fleet dari setahun ke setahun antaranya adalah hasil dari peningkatan keyakinan Kerajaan terhadap prestasi dan kualiti mutu kerja, servis serta khidmat pelanggan yang dipamerkan sejajar komitmen memberikan hanya yang terbaik buat semua pelanggan SPANCO.

Bagi memastikan perkhidmatan yang

cekap dan profesional, SPANCO telah menambahbaik operasinya secara berterusan dengan pelaburan yang banyak untuk sistem teknologi dan pengurusan fleet terkini bertujuan meningkatkan keyakinan pengguna.

Usaha ini dibuktikan apabila pada Disember 1999, SPANCO telah dianugerahkan sijil piawaian ISO 9002:1994 bagi satu sistem pengurusan kualiti terbaik yang diguna pakai di

peringkat antarabangsa. Penganugerahan itu sekali gus mengangkat SPANCO sebagai organisasi pertama di Malaysia yang meraih pengiktirafan itu dalam bidang ‘Penyenggaraan dan Servis Fleet Kenderaan’.

Bagi mengemaskinikan kawalan kualiti di

Januari 1994SPanCO mengambil

alih pentadbiran fleet Kerajaan Persekutuan.

JuLai 2000dilantik sebagai Pusat Latihan

Bertauliah MLVK.OgOs 2005

Menjadi ahli afMa.

mac 2010PSW Batu Caves

dinobatkan sebagai pemenang anugerah Prestasi Wakil Servis

terbaik 2009/2010 Bagi Wilayah tengah anjuran

Proton Edar.

Disember 1999Pusat Servis

Wilayah Segambut dianugerahkan iSO

9002:1994.

nOvember 2008tahap persijilan iSO

dipertingkatkan kepada iSO 9001:2008.

Disember 2002tahap persijilan iSO

dipertingkatkan kepada iSO 9001:2000.

gArIS MASA SPANCo DALAM PeNINgkATAN kuALITI YANg BerTeruSAN

JILID 5 | SEPT - OKT 20178

mEnJEJaK InSPIraSI

pusat servis utamanya, tahap persijilan itu berjaya dipertingkatkan kepada ISO 9001:2000 pada 2002 dan ISO 9001:2008 pada 2008. Usaha kini sedang dilakukan bagi mempertingkatkan mutu kepada ISO 9001:2015. Sebagai pusat servis utama SPANCO, Pusat Servis Wilayah (PSW) menjadi penanda aras kepada Pusat-Pusat Servis Diiktiraf (PSD) dalam

menyediakan perkhidmatan servis dan pembaikan yang bermutu lagi diyakini.

Pencapaian terus dikecap bila mana SPANCO berjaya menjadi ahli Persatuan Pengurusan Fleet Australasia (AfMA) pada Ogos 2005 yang membolehkannya mendapat akses kepada piagam pengurusan fleet antarabangsa bagi menyemak, meneliti dan memperbaiki sistem, prosedur mahupun teknologi yang diaplikasikan. Ia sekali gus memanfaatkan pelanggan melalui langkah-langkah

Januari 2013‘Red Carpet training’

dianjurkan untuk Penasihat Servis, salah satu daripada

pelbagai inisiatif dalam mempertingkatkan kemahiran.

Disember 2014Pemeriksaan dan

penilaian PSd menggunakan sistem audit 4M dilaksanakan

di seluruh negara.

Januari 2017aplikasi Mobil SPanCO

dilancarkan, membolehkan pengguna menikmati

pelbagai faedah perkhidmatan melalui

telefon pintar.

Januari 2011Menerima

penganugerahan BrandLaureate dalam kategori Penjenamaan Korporat terbaik untuk

Logistik bagi Penyelesaian Pengurusan Fleet.

OgOs 2014Sembilan fomen dan seorang juruteknik telah lulus dengan

cemerlang di dalam Program Kecekapan dan analisis Jurang

teknikal anjuran PROtOn.

nOvember 2015Sistem Perkhidmatan

Kiosk dilancarkan bertujuan

mempercepatkan proses pendaftaran

pelanggan di kaunter servis.

Januari 2017Fast Lane Service

dan MPV Fast Lane dilancarkan

bertujuan memastikan kenderaan pelanggan kembali di jalan raya secepat mungkin.

penambahbaikan yang berterusan serta perkhidmatan pengurusan fleet profesional yang bermutu tinggi yang sentiasa dipertingkatkan.

Selain ISO, pada tahun 2000 PSW turut dilantik sebagai Pusat Latihan Bertauliah oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) bagi mengendalikan Kursus Pensijilan Kemahiran Mekanik Kenderaan. Pelantikan ini membuktikan kepercayaan dan pengiktirafan yang diberi terhadap tahap kualiti pengurusan dan hasil kerja SPANCO.

PSW SPANCO juga merupakan Wakil Servis Bertauliah Proton Edar di mana kakitangan teknikal diwajibkan menghadiri latihan oleh Bahagian Latihan Proton Edar yang dianjurkan secara berkala. Bagi mempertingkatkan lagi tahap persijilan dan kemahiran, SPANCO turut menjalinkan kerjasama erat dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia dan Institut Latihan Industri Kuala Lumpur.

JILID 5 | SEPT - OKT 2017 9

PIL

IhAN

Neg

erI

PIL

IhAN

Pu

SAT

Serv

IS

PIL

IhAN

TAr

Ikh

SErvIS ITu PEnTIng

Tempahan Temu Janji ServisDiperluaskan ke Pusat servis Diiktiraf

CArA MeLAkukAN TeMPAhAN ServIS DI PuSAT ServIS DIIkTIrAF MeLALuI LAMAN WeB DAN APLIkASI MoBIL SPANCo

Dari laman utama, pilih ‘SERVICE APPOINTMENT’ (laman web) atau ‘TEMUJANJI SERVIS’ (aplikasi mobil)

Untuk pusat servis, anda hanya perlu memilih PSD pilihan anda daripada senarai yang dipaparkan.

Isikan maklumat yang dikehendaki seperti nama, alamat, emel, nombor untuk dihubungi dan nombor pendaftaran kereta.

Setelah mengisi kesemua maklumat, tekan butang ‘HANTAR’. Anda akan dimaklumkan jika permohonan anda berjaya.

Seterusnya dari ‘drop-down menu’ yang disediakan, pilih jenis temu janji servis, negeri, pusat servis, tarikh dan masa temu janji yang anda inginkan.

Jika tidak berjaya, anda boleh kembali semula ke menu sebelumnya dan tukar tarikh serta masa yang berlainan.

1 2 3 4 5 6

negeri, pusat servis, tarikh dan masa untuk pelanggan menghantar kereta mereka, boleh dipilih dan disesuaikan secara dalam talian.

Jika slot tarikh dan masa yang dipilih sudah penuh, pelanggan boleh mengubah kepada slot yang lain. Kesemua maklumat akan terus dikemaskini ke dalam sistem dalam masa sebenar.

Sarat dengan jadual kerja harian? Anda kini boleh terus menempah temu janji servis melalui laman web rasmi atau menggunakan Aplikasi Mobil SPANCO. Ianya boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan menjimatkan masa menunggu, bermula dari proses kereta dihantar ke pusat servis hinggalah ia diserahkan semula kepada anda.

Terbaru, perkhidmatan di hujung jari ini telah diperluaskan lagi, kini bukan sahaja menerima tempahan di Pusat Servis Wilayah (PSW) malahan juga di cawangan Proton Edar terpilih di bawah Pusat Servis Diiktiraf SPANCO.

Tempahan temu janji servis melalui laman web dan aplikasi mobil ini adalah mudah di mana perincian maklumat seperti jenis servis yang dikehendaki,

JILID 5 | SEPT - OKT 201710

Terus mempertingkatkan mutu khidmatnya, SPANCO memperkenalkan peranti ‘tablet’ yang akan digunakan oleh semua Penasihat Servis untuk memudahkan mereka berhubung dengan pelanggan secara terus, di mana-mana sahaja tanpa perlu menggunakan ‘desktop’.

Peranti mudah alih ‘Microsoft Surface Pro 4’ ini melancarkan lagi tugasan di pusat servis melalui modul perantaraan yang dihubungkan terus kepada Sistem Pengurusan Fleet (FMS) secara dalam talian dan dalam masa sebenar.

Ia membolehkan Penasihat Servis membuka dan membuat pesanan kerja, mengambil gambar kereta yang dibawa masuk ke pusat servis dan terus menandakan bahagian-bahagian kerosakan pada diagram kereta yang dipaparkan di dalam sistem induk FMS.

Bagi kes-kes kemalangan, pelanggan boleh menunjukkan kerosakan yang dialami ke atas kereta dan gambar boleh diambil oleh Penasihat Servis menggunakan tablet untuk dimuat naik ke dalam sistem. Untuk pengesahan, pelanggan boleh menurunkan tandatangan mereka pada tablet tanpa perlu menggunakan borang.

Buat masa sekarang, 12 unit telah dikeluarkan dan digunakan oleh Penasihat Servis di Pusat Servis Wilayah Batu Caves dan Bangi. Latihan menggunakan tablet juga dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran penggunaan ‘Microsoft Surface Pro 4’.

Tempahan temu janji servis melalui lawan web boleh dibuat dengan melayari www.spanco.com.my dan seterusnya memilih menu ‘SERVICE CENTRES’ dan submenu ‘SERVICE APPOINTMENT’.

Atau melalui telefon pintar dengan memuat turun Aplikasi Mobil SPANCO di Goggle Play dan AppStore.

> Temu janji servis di PSD boleh ditempah selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum tarikh temu janji servis bagi membolehkan pusat servis melakukan perancangan dan persediaan awal.

Kini Lebih Mudah Dengan Tablet!

Pihak PSD akan menghubungi pelanggan bagi mengesahkan tarikh temu janji yang dipilih.

Anda akan dimaklumkan melalui emel dan SMS untuk hadir pada masa dan tarikh yang telah dipohon.

SMS pertama akan dihantar sehari sebelum tarikh dan masa temu janji dan SMS kedua pula, satu jam sebelumnya.

7 8 9

koD Qr uNTuk DIIMBAS

JILID 5 | SEPT - OKT 2017 11

JILID 5 | SEPT - OKT 201712

PErSaDa InOvaSI

Ciri-Ciri keselamatanyang Terdapat Pada kenderaan

SejArAh rINgkAS

Dengan teknologi serba maju dewasa ini, membolehkan kenderaan dicipta dengan pelbagai ciri kelengkapan dan peralatan canggih yang menjadikan pemanduan jauh lebih selamat berbanding kenderaan dahulu. Ikuti secara ringkas sejarah

perkembangan ciri-ciri keselamatan pada kenderaan.

TALI PINggANg keLeDAr

Tali pinggang keledar menahan pemakainya daripada terhumban

akibat tolakan dan mengurangkan risiko hentakan pada stereng, papan pemuka dan cermin hadapan.

Bermula dengan reka bentuk mudah 2-punca yang dicipta pada awal

kurun yang lalu, Syarikat Volvo telah mematenkan tali pinggang keledar

3-punca pada 1959 yang kemudian telah digunakan secara meluas sejak 1970.

Semasa berlaku kemalangan, beg udara mengembang untuk bertindak sebagai kusyen bagi mengurangkan daya hentakan ke atas penumpang-penumpang di dalam kenderaan. Bagaimanapun perlindungan hanya berkesan apabila digunakan secara serentak dengan penggunaan tali pinggang keledar.

Dicipta seawal tahun 1950-an, beg udara mula digunakan di dalam kenderaan pada 1970-an. Namun ia tidak mendapat sambutan kerana tidak sesuai dengan penggunaan

Beg uDArA tali pinggang keledar pada ketika itu sehinggalah diperkenalkan semula oleh Mercedes-Benz pada 1981. Beg udara untuk pemandu telah dipasang secara meluas bermula pada awal 1990-an dan kemudian, beg udara penumpang, sisi dan kepala pula menyusul pada tahun-tahun berikutnya.

CerMIN ANTI-PeCAh DAN BerDerAI

Cermin hadapan kereta diperbuat daripada dua lapisan kaca kalis berderai yang dilaminasikan supaya tidak mudah pecah menjadi serpihan-serpihan kaca tajam yang berselerakan semasa kemalangan. Ini dapat mengurangkan kecederaan kepada pemandu dan penumpang.

Lapisan kaca kalis berderai ini telah dicipta oleh ahli kimia Perancis pada 1903, bagaimanapun hanya diperkenalkan untuk kenderaan di United Kingdom apabila Akta Pengangkutan Jalan 1930 yang diluluskan parlimen negara itu mewajibkan penggunaannya.

JILID 5 | SEPT - OKT 2017 13

kAMerA uNDur

Kamera undur mengatasi kekurangan pada cermin pandang belakang dengan menyediakan pandangan yang penuh dan jelas kepada pemandu. Setiap kali pemandu memasukkan gear undur, skrin pada papan pemuka akan memaparkan imej daripada kamera yang dipasang pada bampar belakang yang dihubungkan kepada sistem infotainment kereta.

Kamera undur digunakan buat pertama kali pada kereta konsep buatan Buick pada 1956. Ia kini satu kemudahan standard terutama sekali pada SUV dan kenderaan pacuan empat roda yang tinggi.

kAWALAN keSTABILAN eLekTroNIk (eSC)

ESC direka untuk membantu pemandu mengekalkan kawalan stereng ke atas kenderaan di selekoh tajam. Ia menstabilkan pergerakan membuang (oversteer) dan terbabas (understeer) dengan menyesuaikan cengkaman brek pada mana-mana tayar secara berasingan.

Teknologi ESC telah dibangunkan serentak oleh kebanyakan pengeluar kenderaan semenjak 1980-an. Ia telah menjadi standard sejak awal 1990-an.

SISTeM Brek ANTI-kuNCI (ABS)

ABS menghalang roda dari terkunci dan tergeluncur semasa brek ditekan dengan kuat dalam situasi cemas. Ia membolehkan pemberhentian yang stabil tanpa memerlukan kaki mengepam brek berulang kali sekali gus membantu pemandu mengekalkan kawalan stereng dan menghindar risiko pelanggaran.

Teknologi ABS sebenarnya dibangunkan untuk industri penerbangan bagi mengelak

roda kapal terbang dari terkunci semasa pendaratan. Ia diperkenalkan kepada industri automotif sekitar tahun 1970-an dan menjadi peralatan standard pada kebanyakan kenderaan bermula pada akhir 1980-an.

ZoN reMuk

Dibina dengan menjadikan ruang penumpang lebih kukuh berbanding struktur luaran yang akan menyerap hentakan dari pelanggaran dan mengalihkannya dari penumpang yang berada di dalam, seterusnya mengurangkan risiko kecederaan.

Zon remuk dicipta oleh jurutera Mercedes-Benz pada 1952 berlandaskan konsep lebih awal sebelumnya dan mula digunakan pada tahun 1959. Pada 1990-an, Volvo melancarkan sistem perlindungan sisi yang menyerap hentakan dari perlanggaran sisi.

JILID 5 | SEPT - OKT 201714

mEraKam caTaTan

Atas rasa prihatin dan tanggungjawab, SPANCO telah menyumbang dana bantuan kepada Rumah Penyayang Ulin Nuha untuk perbelanjaan kos operasi melalui Program Anak Angkat SPANCO.

Program ini memberikan bantuan sebanyak RM10,000 setiap bulan dan dana ini akan diteliti semula setelah cukup tempoh yang dipersetujui. Ianya adalah untuk menyediakan keperluan asas serta menampung perbelanjaan harian buat anak-anak Rumah

Penyayang Ulin Nuha yang terletak di Jalan Kebun, Klang, Selangor.

Malah SPANCO turut menyokong dalam melancarkan Tabung Pembinaan Bangunan Kekal Ulin Nuha bertujuan membiayai pembinaan dua bangunan asrama pelajar lelaki dan perempuan di sebuah tapak tanah yang telah diwakafkan pihak tertentu di Jalan Kebun.

Rumah Penyayang Ulin Nuha menempatkan 35 orang anak-anak yatim dan asnaf yang

Ketua Pegawai Eksekutif SPANCO Sdn Bhd,

Dato’ Hamzah Mohd Salleh (kanan) ditemani Ketua

Pegawai Operasi, Dato’ Azman Haji Idris melancarkan Tabung Pembinaan Bangunan Rumah Penyayang Ulin Nuha di Jalan

Kebun, Klang.

sPanCO iktiraf rumah Penyayang ulin nuha sebagai anak angkat

Dato’ Hamzah (duduk tengah) ditemani Pengerusi Rumah Penyayang Ulin Nuha, Nazilah Haji Idris (duduk bertudung belang) merakamkan kenangan bersama penghuni-penghuni rumah.

JILID 5 | SEPT - OKT 2017 15

berusia antara 6 hingga 17 tahun untuk 15 lelaki dan 20 kanak-kanak dan remaja perempuan.

Buat masa ini, Rumah Penyayang Ulin Nuha masih belum berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana perlu memiliki bangunan kekal sebagai syarat kelayakan utama dan proses mendaftar rumah ini dengan JKM dijangka selesai selepas siap pembinaan bangunan kekal yang dirancang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SPANCO, Dato’ Hamzah Mohd Salleh, program anak angkat itu melibatkan penyediaan tempat tinggal lebih selesa, keperluan asas dan persekitaran lebih kondusif bagi penghuni. Ia merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat SPANCO yang juga

merupakan salah satu objektif teras syarikat dalam mendekati masyarakat dan komuniti.

Berikutan dengan itu juga pada 24 Ogos lalu, seramai 22 kakitangan SPANCO telah bergotong royong membaik pulih dan menceriakan Rumah Penyayang Ulin Nuha. Manakala pada 26 Ogos, Tabung Pembinaan Bangunan Kekal Ulin Nuha dilancarkan dihadiri Dato’ Hamzah dan Ketua Pegawai Operasi, Dato’ Azman Haji Idris serta Pengerusi Rumah Penyayang Ulin Nuha, Nazilah Haji Idris. Nazilah mengetuai sebuah jawatankuasa bagi menguruskan Rumah Penyayang Ulin Nuha berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Pengerusi Rumah Penyayang Ulin Nuha, Nazilah Haji Idris.

JILID 5 | SEPT - OKT 201716

mEraKam caTaTan

ybhg. Datuk Dr. jeyaindran Memuji usaha Murni sPanCO

Sumbangan Mesin Hemodialisis

Baru-baru ini, SPANCO telah menyumbang 15 unit mesin hemodialisis kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Projek Pengagihan Mesin Hemodialisis Di Hospital-Hospital Kerajaan Terpilih.

Kesemua 15 unit mesin hemodialisis ini telah selesai diagihkan pada 22 Jun lalu dan kini beroperasi sepenuhnya di hospital-hospital terpilih di seluruh negara iaitu Hospital Selayang, Selangor (3 unit), Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang (2 unit), Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru (2 unit), Hospital Dungun, Terengganu (2 unit), Hospital Pasir Putih, Kelantan (2 unit), Hospital Pekan, Pahang (2 unit), Hospital Pulau Pinang (1 unit) dan Hospital Alor Gajah, Melaka (1 unit).

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), YBhg. Datuk Dr. Jeyaindran Tan Sri Sinnadurai, pihak KKM amat berbesar hati atas usaha murni SPANCO ini dan berharap program seperti ini dapat diteruskan sekali gus menyuburkan lagi jalinan

dua hingga tiga ribu pesakit,” ujar beliau.

“Pesakit buah pinggang perlu menjalani rawatan selang sehari sebanyak tiga kali seminggu yang mana setiap sesi mengambil masa antara empat hingga lima jam bergantung kepada kes. Berdasarkan kekerapan rawatan dan tempoh tersebut, sebuah mesin hemodialisis mampu menampung sehingga enam pesakit buah pinggang. Kerajaan kini memerlukan 193 mesin tambahan bagi menggantikan unit lama dan 87 unit lagi bagi menambah kapasiti,” jelas Datuk Dr. Jeyaindran.

Pengagihan mesin-mesin sumbangan SPANCO dilaksanakan berpandukan kepada keperluan untuk menggantikan mesin sedia ada yang mungkin sudah usang atau rosak serta menambah kapasiti sedia ada di hospital-hospital tertentu bagi memberi manfaat kepada lebih ramai pesakit buah pinggang.

kerjasama antara pihak Kerajaan dan swasta.

“Hari ini, terdapat sejumlah 32,667 pesakit buah pinggang yang menjalani

rawatan hemodialisis di seluruh negara di mana 10,473 didaftarkan di bawah KKM dan selebihnya di hospital-hospital swasta dan badan-badan bukan kerajaan (NGO). Jumlah mesin yang disediakan oleh hospital swasta, NGO mahupun KKM sendiri adalah 8,167 unit. Setiap tahun, jumlah rakyat Malaysia yang mengalami kegagalan buah pinggang telah meningkat antara

hari ini, terdapat sejumlah 32,667 pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan hemodialisis di seluruh negara di mana 10,473 didaftarkan di bawah kkM dan selebihnya di hospital-hospital swasta dan badan-badan bukan kerajaan (ngO).

JILID 5 | SEPT - OKT 2017 17

kunjung hormat – Terengganu

Majlis Meraikan Atlet PDrM Yang Mewakili Malaysia di Sukan SeA kL dan World Police and Fire games 2017

bukit aman18 september 2017

Dato’ Aidi Ismailketua Polis Terengganu

kunjung hormat ketua Polis Negara Ig Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi harun

bukit aman19 september 2017

kunjung hormat – kelantan

DCP Dato’ hasanuddin hassanketua Polis kelantan

iPk kelantan 1 Ogos 2017

Tuan haji jaafar Ismail Pengarah jabatan Pelajaran Negeri (jPN) kelantan

jPn kelantan 2 Ogos 2017

kunjung hormat – johor

DCP Dato’ Mohd kamarudin Md Din Timbalan ketua Polis johor

iPk johor

12 september 2017

Tuan Nor Azri Zulfakar Pengarah unit Penyelarasan Pelaksanaan (uPP) johor

uPP johor

13 september 2017

iPk kuala Terengganu22 Ogos 2017

LIbur DESTInaSI

Kuala SelangorJom Santai Hujung Minggu di

Selangor sememangnya kaya dengan tempat-tempat menarik yang harus dilawati. apa kata kali ini kita habiskan cuti hujung minggu bersama keluarga di tempat-tempat percutian menarik dan jarang dikunjungi di Kuala Selangor. Satu destinasi pelancongan yang menawarkan beberapa tarikan unik lagi eksotik.

Terletak di Sungai Sembilang, Jeram, di sini anda boleh membeli hasil tangkapan laut seperti kerang segar, ikan kering dan remis atau nikmati sahaja makanan laut segar seperti ikan bakar dan kerang rebus di restoran dan gerai berhampiran. Walaupun kurang sesuai untuk mandi namun keindahan

matahari terbenam serta pantulan cahaya di permukaan laut memberikan pemandangan yang cukup mengagumkan. Aktiviti riadah seperti bermain layang-layang, memancing ikan dan mencari kerang, mentarang dan remis juga boleh dilakukan.

Rasai makanan eksotik daging rusa, pelanduk, kancil dan landakAgak pelik bukan? Tetapi di Kuala Selangor anda boleh merasai makanan eksotik seperti rusa, pelanduk, landak, udang galah dan lain-lain. Boleh memilih untuk ke Restoran Lembah Bernam atau Restoran Selera Rimba di Pasir Panjang yang sesuai sebagai persinggahan makan tengah hari keluarga anda.

Memberi makan helang di Pasir PenambangBukan hanya Langkawi, di Kuala Selangor juga anda boleh bertemu dan memberi makan kepada sang helang. Sampai ke Pasir Penambang, pergi saja ke jeti dan beli tiket sekitar RM25 dewasa dan RM15 kanak-kanak untuk menaiki bot ke kawasan burung helang berterbangan di tengah sungai. Masa yang sesuai adalah pada pukul 4-6.30 petang.

Timba ilmu di Taman Ikan Air TawarHanya lima minit dari Bukit Melawati, anda boleh mendalami ilmu ikan air tawar dan melihat lebih 1,500 ekor ikan yang terdiri daripada lebih 60 spesies antaranya ikan kelisa, toman, ikan buaya, kelah, lampam, belida dan keli.

TempaT-TempaT menarik Yang Harus anda LawaTi

Pantai Remis

JILID 5 | SEPT - OKT 201718

Banyak penginapan selesa di sini, terpulang sama ada anda ingin duduk di hotel bertaraf 3 bintang, hotel bajet atau menginap sahaja di ‘homestay’ sambil menikmati pemandangan sawah padi yang mendamaikan. Segalanya terpulang mengikut kemampuan dan keselesaan anda sekeluarga.

penginapan

Terokai sejarah di Bukit MelawatiAnak-anak pasti teruja untuk mengetahui sejarah di Bukit Melawati, yang pernah menjadi kawasan jajahan Belanda dahulu. Terdapat rumah rehat, rumah api dan kesan-kesan peninggalan sejarah seperti Makam

Diraja, Perigi Beracun, Tangga Seratus, Telaga Tujuh,

Batu Hampar, Busut Melawati, Meriam

Penggawa, Muzium Sejarah Kuala Selangor dan Kota Melawati. Boleh juga menaiki trem

untuk bersiar-siar di sekitar Bukit

Melawati.

Melihat pembiakan tiram di Pulau AngsaAlang-alang ke ‘Sky Mirror’, terus saja ke Pulau Angsa. Pulau yang penuh dengan sejarah sewaktu ketibaan Bugis dahulu dan merupakan tempat rekreasi serta lokasi pembiakan tiram juga terdapat rumah api yang membantu nelayan dan bot-bot sekitar mengemudi perairan persekitaran.

Tidak sah ke Kuala Selangor jika tidak mengunjungi tarikan unik dan tidak asing lagi iaitu serangga kelip-kelip di Kampung Kuantan. Rasai pengalaman keindahan kelip-kelip di sepanjang sungai pada waktu malam dengan menaiki bot pada tambang RM50 untuk empat orang termasuk jaket keselamatan.

Menikmati Keindahan kelip-kelip di Kampung Kuantan

Satu lokasi terbaharu terletak di Sasaran, Pasir Penambang, Kuala Selangor. Sky Mirror diberi nama hasil daripada kesan pantulan langit di atas permukaan dataran pasir di tengah-tengah laut Selat Melaka. Pemandangan yang sangat cantik sesuai untuk bersantai dan bergambar. Anda perlu ke Jeti Penambang untuk sampai ke sini.

Menikmati keindahan alam semula jadi di

‘Sky Mirror’

JILID 5 | SEPT - OKT 2017 19

bIcara SIhaT

Mengabaikan KesihatanMengundang Bahaya di Jalan Raya

Tidak mendapat tidur yang cukup akan mengakibatkan rasa letih yang keterlaluan pada waktu siang dan berisiko tertidur secara tidak sengaja semasa memandu. Golongan yang sukar tidur malam dan mengalami gangguan tidur teruk termasuk ‘sleep apnea’ atau nafas terhenti ketika tidur, sangat berisiko terlibat dalam

kemalangan. ‘Sleep apnea’ berpunca daripada salur pernafasan terhalang (OSA) dan boleh dihadapi oleh sesiapa sahaja termasuk golongan pemandu.

OSA adalah masalah biasa tetapi serius kerana proses pernafasan penghidapnya berhenti kira-kira 10 saat atau lebih berulang kali. Penghidap OSA juga lebih mudah terlena ketika memandu tanpa disedari kerana kualiti tidurnya yang terjejas. Banyak kajian mendapati OSA antara punca kemalangan membabitkan kenderaan bermotor.

Gangguan tidur

Kemalangan jalan raya berhubung kait dengan pelbagai punca termasuklah yang melibatkan kecerdasan dan tahap kesihatan seseorang pemandu. Beberapa faktor dan keadaan kesihatan boleh mempengaruhi tahap pemanduan dan secara tidak langsung meningkatkan risiko kemalangan.

Antaranya gangguan tidur, masalah penglihatan dan pendengaran, sakit sendi, kecederaan atau kecacatan yang menghadkan pergerakan, obesiti, sawan, lelah serta penyakit-penyakit yang sering dihidapi apabila meningkat usia seperti lemah jantung, angin ahmar, kencing manis, Alzheimer, demensia dan Parkinson. Selain itu keletihan dan

kelesuan juga boleh mengakibatkan hilang daya tumpuan ketika memandu.

Kurang pergerakan dan duduk terlalu lama di dalam kereta juga boleh menjejaskan kesihatan dan mengundang risiko pelbagai penyakit seperti obesiti, diabetes, darah tinggi, sakit belakang dan leher serta melemahkan otot.

Antara tabiat tidak sihat yang boleh mengganggu atau menjejaskan tahap kecekapan memandu

+ Tidak cukup tidur

+ Memandu lewat malam

+ Memandu dalam keadaan emosi yang tertekan

+ Memandu jarak jauh tanpa rehat yang cukup

+ Tidak menggunakan cermin mata yang sesuai atau kuasa yang mencukupi

+ Kurang bersenam dan kurang minum air

+ Menyalahgunakan dadah atau ubatan

JILID 5 | SEPT - OKT 201720

Ubatan

Terdapat sesetengah jenis ubat yang boleh menjejaskan keupayaan memandu. Ubat batuk dan selsema sebagai contoh, mengandungi bahan yang boleh menyebabkan mengantuk. Pemandu yang prihatin perlu mengetahui kesan ubatan yang diambil sebelum memulakan pemanduan.

Tahap Penglihatan

Pemandu terutamanya yang menjangkau usia pertengahan perlu melakukan pemeriksaan mata setiap tahun bagi mengesan masalah mata seperti katarak dan glaukoma.

Sahutlah cabaran untuk menjadi individu yang lebih sihat dengan mengambil langkah-langkah berikut:

Amalan kesihatan elakkan kemalangan

Pemandu seharusnya menyeimbangkan kesibukan kerja dengan melibatkan diri dalam aktiviti sihat dan tidak hanya fokus kepada kerja semata-mata hingga mengabaikan kesihatan masing-masing. Usaha mengujudkan budaya pemanduan selamat haruslah berterusan agar dapat mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya sekali gus menjadikan jalan raya lebih selamat untuk semua.

Amalkan pemakanan seimbang seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui kempen Suku Suku Separuh.

Utamakan makanan bijirin, sayuran dan buahan.

Pilih makanan rendah lemak dan kolesterol.

Kurangkan pengambilan gula dan garam.

Imbangi kalori yang diambil dengan kegiatan fizikalsepertimengemasrumah,berkebundan mencuci kereta.

Jadi lebih aktif dengan melakukan aktiviti

riadah dan senaman bersama keluarga dan

rakan.

Buat pemeriksaan kesihatan termasuk mengesan gangguan tidur dan mata setiap tahun.

Bersikap positif dan proaktif dalam menjaga kesihatan diri sendiri.

Berhenti merokok.

JILID 5 | SEPT - OKT 2017 21

JILID 5 | SEPT - OKT 201722

TayarBateri Hawa Dingin

Pembaikan Kemalangan

Khidmat Tunda

Tayar & Bateri

MekanikalCawangan Proton Edar atau Wakil Servis Sah Proton Edar

PILIhan SErvIS anDa

Sarawak - SuPernau MOtOrS traDing SDn BHD - BintuLu

WAkIL ServIS SAh ProToN eDArSuPerNAu MoTorS TrADINg SDN BhDLot 4401, Jalan Tun Razak 97000 Bintulu, Sarawak.Tel 086 339 669Faks 086 338 399juruteknik | 5 Orang hoist | 4 Unit

Sarawak - PuSat ServiS Dan aLat ganti PrOtOn eDar - SiBu

PuSAT ServIS DAN ALAT gANTI ProToN eDAr – SIBuLot 25 B & CLanang Road96000 Sibu, Sarawak.Tel 084 331 336Faks 084 327 293juruteknik | 12 Orang hoist | 15 Unit

JILID 5 | SEPT - OKT 2017 23

Sarawak - tan kHOOn Sia autO SDn BHD - Sri aMan

WAkIL ServIS SAh ProToN eDArTAN khooN SIA AuTo SDN BhD No 32 Sabu Road95000 Sri Aman, Sarawak.Tel 083 623 149 / 322 149Faks 083 323 555juruteknik | 6 Orang hoist | 4 Unit

TayarBateri Hawa Dingin

Pembaikan Kemalangan

Khidmat Tunda

Tayar & Bateri

MekanikalCawangan Proton Edar atau Wakil Servis Sah Proton Edar

Sarawak - Jin San engineering SDn BHD - kucHing

WAkIL ServIS SAh ProToN eDArjIN SAN eNgINeerINg SDN BhDLot 723 Block 5MatangLandDistrict,JalanMatang 93050 Kuching, Sarawak.Tel 082 641 233 Faks 082 644 233juruteknik | 3 Orang hoist | 3 Unit

PeLANTIkAN BAru

oreN AuTo SDN BhDLot 501, Block 26 Kemena Land DistrictKidurong Industrial AreaP.O Box 195897010 Bintulu, Sarawak.Tel 086 254 166Faks 086 253 177juruteknik | 3 Orang hoist | 2 Unit

Wakil Servis Sah Proton EdarPerMAISABA SDN BhDNo 1 Jalan Pantai SembulanSembulan88300 Kota Kinabalu, Sabah.Tel 088 211 200Faks 088 218 751juruteknik | 10 Orang hoist | 7 Unit

Inginkah andamengingati saat akhir

anak anda begini?

Anda berada disampingnya, mengisi kehidupannya dengan keceriaan, melihat senyuman pertamanya, membimbing langkah pertamanya. Tetapi kini dia semakin membesar, adakah anda masih disampingnya apabila dia memerlukan anda? Kanak-kanak berumur 10 tahun dan ke bawah mempunyai kemampuan yang terhad, mereka tidak boleh melintas jalan bersendirian. Anda telah menolongnya selama ini.

Mengapa biarkan dia bersendirian sekarang?Layari www.jkjr.gov.my untuk mengetahui lebih lanjut.

Pimpin Anak-Anak Anda Semasa Melintas.Anda Mampu Mengubahnya.

C

M

Y

CM

MY

CY

CMY

K

little_time_final.pdf 1 9/11/15 9:33 AM