bahan ceramah halus 2014

Upload: virgo-christopher-wong

Post on 14-Jan-2016

244 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

(sasaran akademik skor A+)BAHASA MELAYUKERTAS 2SPM 2014

PendahuluanMurid HALUS (Harapan Lulus) bermaksud murid yang pencapaiannya di bawah paras murid sederhana tetapi dapat dibantu untuk lulus. Murid kategori ini memperoleh markah 15 hingga 30 markah.

Ciri-ciri jawapan Bahasa Melayu Kertas 2 murid HALUS1. Hanya mampu menyalin ayat yang disangka isi jawapan.2. Tidak mampu memahami kehendak soalan sepenuhnya.3. Tidak memahami cara menjawab soalan yang memerlukan penelitian. 4. Tidak dapat / sukar menjawab soalan KBAT.5. Bahasa yang digunakan dalam jawapan adalah lemah.

Sasaran Markah MinimumSoalan 1 : Rumusan Pendahuluan = 2 markah- Murid hanya perlu menukar tugasan soalan dengan perkataan yang sama erti dan rujuk kaedah 2 dan 3.

Isi Tersurat = 12 markah Murid hanya perlu menyalin ayat-ayat/ perenggan yang dijangka sebagai jawapan. Menyalin secara berfokus.

Kesimpulan = 1 markah Murid hanya perlu memberi cadangan dalam kesimpulan sahaja.

* Isi Tersirat tidak perlu diberi penekanan kepada murid Halus. Sasaran keseluruhan markah rumusan yang dijangka diperoleh oleh murid kategori ini ialah antara 18 hingga 20 markah.

Isi - 15Bahasa - 7 22Soalan 2 : Pemahaman. Terbahagi kepada :i. Pemahaman isi petikanii. KBKKiii. Komsas

2a(i) = 1 markah ( pemahaman isi petikan) 2a(ii) = 2 markah (pemahaman isi petikan,isi cukup ayat tidak gramatis) 2a(iii) dijangka tidak dapat dijawab(KBAT) 2b(i) = 1 markah ( Pemahaman isi petikan ) 2b(ii) = 1 markah (KBAT) dijangka murid HALUS mampu menjawabnya. 2 b (iii) = ME NJAWAB berdasarkan elemen komsas yang dihafal Bertanggungjawab /kasih sayang / kegigihan / kesetiaan / keberanian dijangka mendapat = 1 markah 2c (i) = 1 markah (Pemahaman isi petikan) 2c(ii) = 2 markah (pemahaman isi petikan,isi cukup ayat tidakgramatis2c (iii) = 1 markah (KBAT) dijangka murid HALUS mampu menjawabnya.2(d)i= 1 markah (jawapan berdasarkan teks rangkap puisi)2(d)ii = 1 markah (KBAT)2(d)iii = ME NJAWAB berdasarkan elemen komsas yang dihafalPERSOALANPENGAJARAN

Persoalan keberanian menghadapi cabaranKita hendaklah berani menghadapi cabaran

Persoalan kebijaksanaan melakukan sesuatu perkaraKita hendaklah bijaksana melakukan sesuatu

Persoalan kegigihan melakukan sesuatu perkaraKita hendaklah gigih berusaha

Dijangka mendapat 1 markah.Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran BahasaSasaran soalan dan markah yang dijangka diperoleh.3a. Membina ayat 2 atau 3 markah3c. Membetulkan kesalahan ejaan / sukar mengesan kesalahan imbuhan 1 atau 2 markah ( membetulkan kesalahan ejaan )*Dijangkakan murid Halus tidak berupaya menjawab soalan 3b dan 3d3e. Soalan Peribahasa menghafal peribahasa yang diberi Usaha tangga kejayaan Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya Bukit sama didaki, lurah sama dituruni Kacang lupakan kulit Hidup kayu biar berbuah, hidup manusia biar berjasa.Oleh sebab itu, dalam bahagian kemahiran tatabahasa, dijangka murid Halus akan memperoleh 4 markah.4. Novel4a. Jika soalan kemahiran komsas Isi 2 x 2 = 4 markah Bahasa = 1 markah Jumlah= 5 markah

4b. Kemahiran Komsas Isi 2 X 2m = 4 markahBahasa = 1 markah Jumlah 5 markahOleh sebab itu, dalam bahagian pemahaman novel, murid Halus dijangka akan memperoleh 6 @ 10 markah melalui kaedah yang dicadangkan.Sasaran keseluruhan jumlah markah yang dijangka akan diperoleh oleh murid Halus dalam Kertas 2: Rumusan 22 markahPemahaman 13 markahTatabahasa 4 markah Novel 6 markah @ 10 markahJumlah45 markah @ 49 markah

SOALAN (1) Rumusan:KAEDAH MENJAWAB SOALAN RUMUSAN Murid HALUS Tumpuan jawapan murid ialah bahagian.1. Menulis Pendahuluan2. Mencari isi tersurat 3. Menulis Kesimpulan

tugasan SOALAN RUMUSAN

PUNCA - FAKTOR-FAKTOR, SEBABMASALAH - KEKANGAN, HALANGAN, KESULITAN, KERUMITANKESAN - AKIBAT, IMPLIKASI, NATIJAH.IMPAKLANGKAH - CARA-CARA, USAHA-USAHA, PENDEKATAN, TINDAKAN,STRATEGI, MEKANISMEKEPENTINGAN - FAEDAH, MANFAAT KEBAIKAN , KELEBIHANPERANAN - TUGAS, TANGGUNGJAWAB, FUNGSI

1. Latihan Membina Pendahuluan:Bina pendahuluan berdasarkan arahan soalan berikut:Murid dikehendaki menukar kata tugas arahan pertama sahaja.1Tulis satu rumusan tentang tanggungjawab ibu bapa mendidik anak-anak dan masalah yang dihadapi oleh ibu bapa.

kaedah 1

Petikan membincangkan peranan ibu bapa mendidik anak-anak pada masa ini.(ayat keterangan)

kaedah 2

Petikan membincangkan peranan ibu bapa mendidik anak-anak dan SALIN SOALAN 2(a)ii.

kaedah 3

Rumusan ini membincangkan peranan ibu bapa mendidik anak-anak dan masalah-masalah yang dihadapi oleh ibu bapa. (mengambil arahan ayat isi tersirat)

Penekanan kaedah 3 untuk murid HALUS

2. Mengesan isi TERSURATLazimnya petikan rumusan - tiga atau empat perenganPERENGGAN PERTAMA PENDAHULUANPERENGGAN KEDUA/KETIGA ISI TERSURATPERENGGAN AKHIR - KESIMPULAN

KEBIASAANNYA ISI TERSURAT BERADA- pada akhir perenggan pertama- pada perenggan dua atau tiga- pada permulaan perenggan akhir

Kaedah menyalin perenggan. Berikan FOKUS (tumpuan) kepada perenggan kedua & ketiga Cara: Tulis permulaan ayat isi tersurat: Kepentingannya ialah Caranya ialah Masalahnya ialah Kesannya ialah Puncanya ialah Peranannya ialah Ciri-cirinya ialah

Kemudian, salin perenggan petikan kedua & ketiga @ keempat

Membuang perkataan / ayat-ayat dalam petikan. (untuk mengurangkan jumlah perkataan)Panduan: Buang ayat yang bermula dengan perkataan contohnya, misalnya, seperti sehingga akhir ayat. Buang ayat huraian yang bermula dengan perkataan yang, supaya, agar, bagi sehingga akhir ayat. dan perkataan-perkataan lain yang difikirkan perlu dibuang.Nota:Membuang perkataan / ayat; murid-murid hendaklah memotong ayat-ayat atau perkataan tersebut dengan pen untuk menunjukkan bahawa calon bukan menyalin bulat-bulat perenggan yang dipilih.AYAT / PERKATAAN YANG PERLU DIKEKALKANAYAT YANG PERLU DIPOTONG

di samping itu seperti, misalnya, contohnya dll

selain itu hal ini demikian kerana, hal tersebut, perkara tersebut dll

dapat , boleh, untuk (kepentingan) ayat huraian menggunakan perkataan kerana,untuk, bagi, demi

hendaklah, perlulah (langkah-langkah)(a) ___1__ __2___ yang___3___

ayat yang menggunakan kata yang (b) __1___ ___2___ ___3___ ____4__ __5___ ___6___ yang.

Peribahasa, simpulan bahasa

Ayat yang menggunakan kata tugasan lain.Contoh: Tugasan / kata kunci lain kepentinganoleh itu ayat yang bermaksud:-langkah-langkah:-punca-punca:-masalah-masalah:-kesan-kesan:(Ayat tersebut hendaklah dipotong)

KESIMPULAN

Contoh jawapanSoalan 1 : RUMUSAN

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan terumbu karang di Malaysia dan kaedah pemuliharaannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Batu karang merupakan haiwan kecil yang ada kaitan dengan anemone laut. Setiap haiwan batu karang dinamai polip. Badannya berisi bendalir dan kelihatan seperti plastik. Hujung mulutnya dikelilingi sesungut bersengat yang digunakan untuk menangkap haiwan air yang lalu dihadapannnya. Polip menghasilkan satu rangka batu kapur keras yang mengelilinginya dalam bentuk cawan. Apabila polip itu mati, rangka yang keras itu akan terus kekal.

Kejadian batu karang yang membentuk terumbu karang seperti yang dapat dilihat sekarang bukan tercipta dalam masa sehari dua tetapi mengambil masa beratus-ratus tahun. Terumbu karang tercipta dalam pelbagai bentuk saiz dan warna. Hidupan laut ini dianggap perhiasan lantai laut atau pelangi laut. Kira-kira 30 peratus ikan yang ditangkap di Malaysia bergantung hidup pada terumbu karang. Jika terumbu karang itu musnah, ikan-ikan akan kehilangan habitat dan jumlahnya akan berkurangan. Akibatnya, pendapatan nelayan terjejas dan manusia kekurangan satu sumber protein yang terbesar.

Pemeliharaan terumbu karang sangat penting kerana fungsinya adalah untuk melemahkan kekuatan ombak selain penting bagi sektor pelancongan. Terumbu karang boleh memecahkan air dan menyerap atau memesongkan 90 peratus tenaga ombak. Secara tidak langsung, kewujudan terumbu karang dapat mengelakkan hakisan yang serius. Dari sudut pelancongan pula terumbu karang sentiasa menjadi tarikan pelancong. Terumbu karang yang cantik menjadi tumpuan penyelam seperti di beberapa kawasan perairan Terengganu, Kedah, Pahang, Sabah dan Sarawak. Kehadiran ramai pelancong mendorong pelbagai pihak menyediakan kemudahan yang selesa kepada para pelancong dan usaha ini membantu pembangunan di kawasan tersebut.

Selain itu, suatu hal yang menarik tentang batu karang ialah penemuan terkini oleh para saintis. Mereka mendapati batu karang boleh menjadi pengganti tulang manusia kerana strukturnya yang seakan-akan tulang manusia. Tulang tiruan yang diperbuat daripada batu karang yang telah mati itu dinamakan coragraph. Penemuan ini memberikan harapan baru kepada para doktor dalam usaha menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pengganti tulang manusia.

Walau bagaimanapun, terumbu karang juga tidak terlepas daripada ancaman kepupusan.Antara ancaman yang dihadapi ialah pencemaran air dan aktiviti seperti pengambilan batu karang dari dasar laut dan kaedah penangkapan ikan yang merosakkannya. Oleh itu, kita perlu melindungi terumbu karang untuk mengelakkannya daripada musnah dan pupus. Jika kita membiarkan terumbu karang yang menjadi sebahagian daripada ekosistem maritim itu musnah, kita bukan sahaja kehilangan khazanah berharga malah turut terdedah kepada ancaman bencana alam dalam hidup kita.

PENDAHULUAN(Perenggan Pertama)

Rumusan ini membincangkan manfaat terumbu karang di Malaysia dan kaedah pemuliharaannya.

Markah Pendahuluan = 2m

ISI TERSURAT(Perenggan Kedua)

Proses 1 (menyalin perenggan petikan)

Kepentingannya ialah (Salin perenggan 2 dan 3) Kejadian batu karang yang membentuk terumbu karang seperti yang dapat dilihat sekarang bukan tercipta dalam masa sehari dua tetapi mengambil masa beratus-ratus tahun. Terumbu karang tercipta dalam pelbagai bentuk saiz dan warna. Hidupan laut ini dianggap perhiasan lantai laut atau pelangi laut. Kira-kira 30 peratus ikan yang ditangkap di Malaysia bergantung hidup pada terumbu karang. Jika terumbu karang itu musnah, ikan-ikan akan kehilangan habitat dan jumlahnya akan berkurangan. Akibatnya, pendapatan nelayan terjejas dan manusia kekurangan satu sumber protein yang terbesar.

Pemeliharaan terumbu karang sangat penting kerana fungsinya adalah untuk melemahkan kekuatan ombak selain penting bagi sektor pelancongan. Terumbu karang boleh memecahkan air dan menyerap atau memesongkan 90 peratus tenaga ombak. Secara tidak langsung, kewujudan terumbu karang dapat mengelakkan hakisan yang serius. Dari sudut pelancongan pula terumbu karang sentiasa menjadi tarikan pelancong. Terumbu karang yang cantik menjadi tumpuan penyelam seperti di beberapa kawasan perairan Terengganu, Kedah, Pahang, Sabah dan Sarawak. Kehadiran ramai pelancong mendorong pelbagai pihak menyediakan kemudahan yang selesa kepada para pelancong dan usaha ini membantu pembangunan di kawasan tersebut.

Ayat bold biru Isi tersurat dalam perenggan.

Proses 2 ( membuang perkataan / ayat )

Kepentingannya ialah (Salin perenggan 2 dan 3) Kejadian batu karang yang membentuk terumbu karang seperti yang dapat dilihat sekarang bukan tercipta dalam masa sehari dua tetapi mengambil masa beratus-ratus tahun. Terumbu karang tercipta dalam pelbagai bentuk saiz dan warna. Hidupan laut ini dianggap perhiasan lantai laut atau pelangi laut. Kira-kira 30 peratus ikan yang ditangkap di Malaysia bergantung hidup pada terumbu karang. Jika terumbu karang itu musnah, ikan-ikan akan kehilangan habitat dan jumlahnya akan berkurangan. Akibatnya, pendapatan nelayan terjejas dan manusia kekurangan satu sumber protein yang terbesar.

Pemeliharaan terumbu karang sangat penting kerana fungsinya adalah untuk melemahkan kekuatan ombak selain penting bagi sektor pelancongan. Terumbu karang boleh memecahkan air dan menyerap atau memesongkan 90 peratus tenaga ombak. Secara tidak langsung, kewujudan terumbu karang dapat mengelakkan hakisan yang serius. Dari sudut pelancongan pula terumbu karang sentiasa menjadi tarikan pelancong. Terumbu karang yang cantik menjadi tumpuan penyelam seperti di beberapa kawasan perairan Terengganu, Kedah, Pahang, Sabah dan Sarawak. Kehadiran ramai pelancong mendorong pelbagai pihak menyediakan kemudahan yang selesa kepada para pelancong dan usaha ini membantu pembangunan di kawasan tersebut.

Ayat Warna merah ayat-ayat yang akan dibuangSetelah ayat-ayat yang tidak diperlukan sudah dipotong(dibuang) murid-murid bolehlah menyalin isi-isi ke dalam kertas jawapan sebagai perenggan yang kedua.

Salinan lengkap isi tersurat:Kepentingannya ialah terumbu karang tercipta dalam pelbagai bentuk saiz dan warna. Hidupan laut ini dianggap perhiasan lantai laut atau pelangi laut. Kira-kira 30 peratus ikan yang ditangkap di Malaysia bergantung hidup pada terumbu karang. Jika terumbu karang itu musnah, ikan-ikan akan kehilangan habitat dan jumlahnya akan berkurangan. Pemeliharaan terumbu karang sangat penting kerana fungsinya adalah untuk melemahkan kekuatan ombak selain penting bagi sektor pelancongan. Terumbu karang boleh memecahkan air dan menyerap atau memesongkan 90 peratus tenaga ombak. Secara tidak langsung, kewujudan terumbu karang dapat mengelakkan hakisan yang serius. Dari sudut pelancongan pula terumbu karang sentiasa menjadi tarikan pelancong. Terumbu karang yang cantik menjadi tumpuan penyelam Kehadiran ramai pelancong mendorong pelbagai pihak menyediakan kemudahan yang selesa kepada para pelancong dan usaha ini membantu pembangunan di kawasan tersebut.

Markah Isi Tersurat = 6 X 2 = 12

Kesimpulannya KERAJAAN hendaklah memelihara terumbu karang di Malaysia supaya(murid dikehendaki menyalin semula soalan arahan pertama)Nota:Terpulang kepada murid sama ada ingin melengkapkan ayat kesimpulan atau hanya terhenti setakat di Malaysiakerana kebanyakan murid halus agak sukar untuk melengkapkan kesimpulan.

Markah kesimpulan = 1m

Markah keseluruhan:Rumusan murid HalusPendahuluan:2Isi Tersurat:12Isi Tersirat:0Kesimpulan:1Jumlah: 15Isi:15Bahasa: 7 Jumlah : 22

SOALAN 2(a)=Pemahaman Petikan Rumusan

(i) Nyatakan maksud rangkai kata kehilangan habitat. [2 markah]

Maksud rangkai kata kehilangan habitat ialah musnah / lenyapnya tempat tinggal / pembiakan semula jadi.

Murid Halus berkemungkinan boleh menjawab soalan ini dengan membimbing mereka memberi makna kamus

contoh : Kehilangan kemusnahan / tiada lagi Habitat - tempat tinggal

Jawapan : tiada lagi tempat tinggal (1 atau 2 markah)Nota:Murid halus berkemungkinan gagal memberikan sebarang jawapan = 0m

(ii) Berikan tiga sifat polip yang membentuk batu karang [3 markah]

berisi bendalir badannya seperti plastik hujung mulutnya dikelilingi sesungut bersengat boleh menghasilkan satu rangka batu kapur yang keras apabila polip itu mati, rangka yang keras akan terus kekal menjadi batu karang

Kaedah menjawab Soalan Pemahaman Petikan 2 a(ii) murid Halus

bahagian WAJIB JAWAB

Kaedah Menyalin Murid mengesan mana-mana perenggan atau bahagian perenggan yang dijangka mengandung jawapan Murid mengesan perkataan-perkataan dalam soalan yang ada kaitan dalam petikan @ ISU PETIKAN Contohnya : SIFAT POLIP Memulakan jawapan dengan menyalin soalan semula SELEPAS KATA TANYA @ KATA TUGAS soalan; seterusnya diikuti menyalin perenggan yang dipilih sebagai jawapan soalan 2 a(ii) Proses berikutnya membuang perkataan-perkataan atau ayat-ayat tertentu dengan pen untuk menunjukkan murid tidak menyalin bulat-bulat.

Tiga sifat polip yang membentuk batu karang ialah Batu karang merupakan haiwan kecil yang ada kaitan dengan anemone laut. Setiap haiwan batu karang dinamai polip. Badannya berisi bendalir dan kelihatan seperti plastik. Hujung mulutnya dikelilingi sesungut bersengat yang digunakan untuk menangkap haiwan air yang lalu dihadapannnya. Polip menghasilkan satu rangka batu kapur keras yang mengelilinginya dalam bentuk cawan. Apabila polip itu mati, rangka yang keras itu akan terus kekal.

Jawapan lengkap murid polus

Tiga sifat polip yang membentuk batu karang ialah. Setiap haiwan batu karang dinamai polip. Badannya berisi bendalir dan kelihatan seperti plastik. Hujung mulutnya dikelilingi sesungut bersengat. Polip menghasilkan satu rangka batu kapur keras yang mengelilinginya dalam bentuk cawan. Apabila polip itu mati, rangka yang keras itu akan terus kekal.

Murid Halus mendapat 2 markah iaitu isi cukup ayat tidak gramatis.

SOALAN 2(b) = Pemahaman Petikan Cerpen / DramaBaca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Waktu kami akan berangkat meninggalkan pangkalan, Pak Husain dalam perjalanan kerana memeriksa barang-barang rumahnya. Dengan tiba-tiba dia dicegat oleh dua orang tentera Jepun. Rupa-rupanya Jepun itu boleh berbahasa Melayu. Dia kenal orang Melayu. Dengan senapangnya, dia memaksa Pak Husain menguburkan mayat-mayat tentera dan orang mati. Ketika beberapa orang Jepun itu mahu mencari orang-orang kampung, Pak Husain menyatakan semuanya sudah lari. Sekaliannya sudah pindah. Akibat daripada sikapnya yang berani itu, Jepun tidak turun ke pangkalan. Pak Husain dipaksa menggali kubur besar. Mayat-mayat yang berpuluh-puluh (di pantai Pak Amat sahaja) dikuburkan beramai-ramai. Dia bekerja sehari suntuk. Darah menyimbah ke seluruh badannya. Dia seorang diri. Hingga menjelang senja (dia pun diberi makan biskut dan air oleh tentera Jepun), dia meminta kepada tentera yang pandai berbahasa Melayu itu, mahu membuang air besar. Ketika itulah dia mengambil peluang untuk melarikan diri. Pak Husain menyeberangi sungai ke Tuk Lukup. Dari Tuk Lukup dia berjalan kaki ke Sungai Gali.(Dipetik daripadaCerpen Pahlawan BuntungOleh S. Othman KelantanDalam antologi Dirgahayu BahasakuDewan Bahasa dan Pustaka) (i) Bagaimanakah Pak Husain dapat melarikan diri daripada tawanan tentera Jepun? [2 markah] (ii) Berikan maksud rangkai kata mengambil peluang [2 markah](iii) Pada pendapat anda, mengapakah tentera Jepun mengarahkan Pak Husain menanam semua mayat mangsa peperangan beramai-ramai? [3 markah](iv) Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai murni yang lain daripada keseluruhan cerpen. [ 4 markah]

2(b)i Berikan maksud mengambil peluang. mengambil = menggunakan / merebut peluang = kesempatan

Kaedah menjawab Soalan Pemahaman Petikan 2 b(i) murid HALUS

soalan WAJIB JAWAB

Kaedah Menyalin Murid mengesan mana-mana perenggan atau bahagian perenggan yang dijangka mengandung jawapan. Sama ada menyalin awal perenggan atau pertengahan perenggan. Murid mengesan perkataan-perkataan dalam soalan yang ada kaitan dalam petikan Contohnya: MELARIKAN DIRI Memulakan jawapan dengan menyalin soalan semula SELEPAS KATA TANYA @ KATA TUGAS soalan; seterusnya diikuti menyalin perenggan yang dipilih sebagai jawapan soalan 2 b(i) Proses berikutnya membuang perkataan-perkataan atau ayat-ayat tertentu dengan pen untuk menunjukkan murid tidak menyalin bulat-bulat.

2 (b)i Bagaimanakah Pak Husain dapat melepaskan diri daripada tawanan tentera Jepun? [2 markah]

Jawapan lengkap murid polus

Pak Husain dapat melepaskan diri daripada tawanan tentera Jepun ialah (menyalin perenggan pertengahan) Mayat-mayat yang berpuluh-puluh (di pantai Pak Amat sahaja) dikuburkan beramai-ramai. Dia bekerja sehari suntuk. Darah menyimbah ke seluruh badannya. Dia seorang diri. Hingga menjelang senja (dia pun diberi makan biskut dan air oleh tentera Jepun), dia meminta kepada tentera yang pandai berbahasa Melayu itu, mahu membuang air besar. Ketika itulah dia mengambil peluang untuk melarikan diri. Pak Husain menyeberangi sungai ke Tuk Lukup. Dari Tuk Lukup dia berjalan kaki ke Sungai Gali.

Murid Halus mendapat 2 markah iaitu isi cukup ayat tidak gramatis.

SOALAN 2(c) = Pemahaman PetikanProsa Tradisional

HIKAYAT LANG-LANG BUANABaca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Alkisah maka tersebutlah perkataan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi itu. Pada malam itu tuan puteri duduk dihadap oleh segala dayang-dayang inang pengasuhnya sekalian. Maka sembah inangnya, Ya tuanku tuan puteri, patik bermimpi semalam ini tuanku, langit berpayung, bulan dipagar bintang rasanya. Maka segala dayang-dayang pun tertawa. Maka sahut Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi, Kami pun bermimpi juga tidur semalam. Rasanya berselimut bunga dikarang rasanya. Maka baunya pun belum hilang sekarang ini kami cium lekat pada tubuh kami. Inginlah kami hendakkan bunga itu, baunya ada, rupanya tiada. Maka sembah seorang dayang-dayang, katanya, Kalau-kalau tuanku hendak bersuami. Maka tuan puteri pun berpaling mukanya seraya tersenyum. Maka ramailah dayang-dayang dan biti-biti perwara bergurau dan bersenda dengan tuan puteri sekalian. Setelah sudah maka kata tuan puteri, Hai inangda, esok harilah kita pergi ke taman, mandi berbedak dan berlangir. Maka segala dayang-dayang perwara pun berbuat bedak dan langir.(Dipetik daripadaHikayat Langlang BuanaDalam antologi Dirgahayu Bahasaku,Dewan Bahasa dan Pustaka)(i) Berikan maksud hendak bersuami . [ 2 markah]

(ii) Berdasarkan petikan di atas nyatakan mimpi yang dialami oleh Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi? [ 3 markah](iii) Pada pendapat anda, adakah kita boleh mempercayai sesuatu mimpi? Berikan alasan anda. [3 markah]

2(c)i Berikan maksud hendak bersuami . hendak = ingin bersuami = berlaki / berkahwin

Kaedah menjawab Soalan Pemahaman Petikan 2 c(ii) murid Polus

Soalan WAJIB JAWAB

Kaedah Menyalin Murid mengesan mana-mana perenggan atau bahagian perenggan yang dijangka mengandung jawapan. Sama ada menyalin awal perenggan atau pertengahan perenggan. Murid mengesan perkataan-perkataan dalam soalan yang ada kaitan dalam petikan Contohnya: MIMPI Memulakan jawapan dengan menyalin soalan semula SELEPAS KATA TANYA @ KATA TUGAS soalan; seterusnya diikuti menyalin perenggan yang dipilih sebagai jawapan soalan 2 c(ii) Proses berikutnya membuang perkataan-perkataan atau ayat-ayat tertentu dengan pen untuk menunjukkan murid tidak menyalin bulat-bulat.

2(c)ii Berdasarkan petikan di atas nyatakan mimpi yang dialami oleh Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi? [3 markah]

Jawapan lengkap murid HALUS

Mimpi yang dialami oleh Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi (menyalin awal perenggan) Alkisah maka tersebutlah perkataan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi itu. Pada malam itu tuan puteri duduk dihadap oleh segala dayang-dayang inang pengasuhnya sekalian. Maka sembah inangnya, Ya tuanku tuan puteri, patik bermimpi semalam ini tuanku, langit berpayung, bulan dipagar bintang rasanya. Maka segala dayang-dayang pun tertawa. Maka sahut Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi, Kami pun bermimpi juga tidur semalam. Rasanya berselimut bunga dikarang rasanya. Maka baunya pun belum hilang sekarang ini kami cium lekat pada tubuh kami. Inginlah kami hendakkan bunga itu, baunya ada, rupanya tiada.

Murid Halus mendapat 2 markah ayat tidak gramatis

SOALAN 2(d) murid-murid HALUS digalakkan menjawab soalan 2(d)i berdasarkan petikan dan soalan 2(d)iii hafalan komsas.

Soalan Pengetahuan dan Kemahiran BahasaKAEDAH MEMBINA AYAT1. Ayat berdasarkan kata kerja tanpa imbuhan

Contoh : panjat, kejar, tebang, campak

Dicadangkan murid membina ayat pasif diri pertama / keduaa. Pokok yang saya panjat itu sangat tinggi.

Dicadangkan murid membina ayat cakap cakap ajuk.b. Jangan panjat pokok itu, kata ibu kepada adik.c. Tolong panjat pokok itu! kata ibu kepada adik.

2. Ayat berdasarkan kata berimbuhan Pen...an dan Ke...an. Contoh : Pembersihan, kebersihan. Dicadangkan murid meletakkan perkatan tersebut di hadapan ayat.- Pembersihan kelas mesti dilakukan setiap hari. - Kebersihan diri patut diutamakan oleh setiap murid.

3. Ayat berdasarkan kata berimbuhan me-N..., ber..., ter..., di...

Contoh 1 : Guru menyediakan rangka ayatSubjekPredikat

Kata BantuPerkataan BerimbuhanobjekKeterangan

Sayaakan mencucipinggandi dapur.

Saya akanbermainboladi padang.

Pemuda itutelahterminumracun.

Merekatelahdimarahiibu.

Contoh 2 : Guru menyediakan rangka ayatSUBJEKPREDIKAT

KATABANTUPERKATAANDIUJIketerangan

SAYADIAKITAKAMIKERAJAANIBU BAPAPIHAK SEKOLAHMURID-MURIDakantelah sedangmasihhendaklahsewajarnyaperlulahmeningkatkantaraf hidup rakyat

mengundangsemua orang kampung

melaksanakanperaturan memakai topi keldar

mengawalpergerakan anak-anak

berbincangdengan ibu bapa.

berkejarke hospital

berangkatke Makkah esok.

Contoh 3 : Guru menyediakan rangka ayatSUBJEKPREDIKAT

KATA BANTUKATA KERJA /+ OBJEKPERKATAANDIUJIKETERANGAN

SAYADIAKITAKAMIKERAJAANAYAHPIHAK SEKOLAHMURID-MURIDakantelah sedangmasihhendaklahsewajarnyaperlulahmemperlahankanHALAJUkenderaandi lebuh raya.

membeli bajuJENAMA

terkenal.

membelikadPRABAYARdi kedai telekomunikasi itu

dikenakantindakanTATATERTIBoleh pengetua.

meningkatkan tarafSOSIOEKONOMIpenduduk luar bandar

Keterangan perlu diberi agar maksud perkataan jelas. Keterangan boleh diberi seperti berikut:keterangan masa-pada masa ini-pada zaman ini-pada malam itu/tadi-pada masa depandll

keterangan tempat-di sekolah-di negara kita-di pasar / di kedai itudll

perihal siapa, perkara, hal, benda-dalam kalangan pelajar-dalam kehidupan manusia-dengan Ali-dilanggar kereta-ditelan ular sawa-tercekik tulangdll.

Contohnya: Bunga itu rosak kerana ditimpa dahan.

4.Ayat berdasarkan kata namaContoh: pasar raya , jejambatDicadangkan murid memulakan ayat dengan kata nama atau menjadikan kata nama tersebut sebagai subjeka. Pasar raya itu baru dibuka.b. Jejambat itu sesak dengan kenderaan.

5.Ayat yang berdasarkan kata adjektifContoh: mahal, termahalDicadangkan murid meletakkan kata adjektif tersebut di hujung ayat atau sebagai keterangan-Cincin yang saya beli itu sangat mahal.-Harga kasut saya termahal di pasaran. 3(b). Penekanan diberi pada aspek. Menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif Menukarkan ayat aktif kepada ayat songsang Mengenal pasti subjek dan predikat

3(c). Membetulkan Kesalahan Ejaan dan Imbuhan1. Murid mesti menyalin soalan dan membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan.

3(e) Menjawab soalan berdasarkan hafalan peribahasa dan maksud peribahasa

Pemahaman NovelKaedah murid-murid HALUS mendapatkan 6 markah daripada soalan Pemahaman NovelMelalui Hafalan/Pemahaman Peristiwa 1. Jelaskan kepada murid perkaitan peristiwa (contoh, peristiwa) dengan aspek perwatakan, persoalan,latar masyarakat, nilai dan pengajaran.2. Sesuaikan peristiwa dengan aspek komsas yang betul.3. Kaedah Hafalan

CONTOH 1Aspek KomsasElemen /PernyataanPeristiwa

PERWATAKANPenyayang Azfa Hanani sentiasa mengingati sepupunya Zuraini yang lumpuh.@Amira menghadiahi Jacinta seketul emas yang dijumpainya di dasar sungai bersama Itai.

PERSOALANPersoalan kasih sayang antara satu sama lain

NilaiKasih Sayang

Latar masyarakatlatar Masyarakat yang penyayang

PengajaranKita hendaklah menyayangi antara satu sama lain

CONTOH 2Aspek KomsasElemen /PernyataanPeristiwa

PERWATAKANSetia kawanAzfa Hanani membantu menyelesaikan masalah Tengku Elina dengan menerima tawaran untuk menjadi Pengacara Forum Remaja kerana Tengku Elina ada tugas lain..@Amira mengajak Jacinta bercuti bersama-sama dengannya di Bukit Mat raya kerana tidak mahu Jacinta bersedih.

PERSOALANPersoalan semangat setia kawan

NilaiSetia kawan

Latar masyarakatlatar masyarakat yang setia kawan

PengajaranKita hendaklah mempunyai semangat setia kawan

Contoh 3Aspek KomsasElemen /PernyataanPeristiwa

PERWATAKANberaniAzfa Hanani berani menyamar sebagai Tengku Murni walaupun dia tahu akan risikonya jika rahsia dirinya terbongkar.@Amira berani pergi ke Air Terjun Angin seorang diri untuk menemui Malique.

PERSOALANPersoalan keberanian melakukan sesuatu perkara

NilaiKeberanian

Latar masyarakatLatar masyarakat yang berani

PengajaranKita hendaklah berani melakukan sesuatu perkara.

Kaedah murid-murid HALUS mendapatkan 6 markah daripada soalan Pemahaman Novel.1. Hafal soalan dan jawapan yang diramalkan oleh guru.2. Latih tubi soalan dan jawapan yang diramalkan oleh guru.

Nota:Sekiranya murid tidak berupaya mengikuti kaedah di atas maka tulislah apa-apa sahaja yang difikirkan sebagai jawapan. Mereka layak mendapat markah bahasa: 4(a) = 1 markah4(b) = 1 markah

Kertas 1103/2KESIMPULAN KESIMPULANNYA- KERAJAAN- SEMUA PIHAK- IBU BAPA- MASYARAKAT- SEMUA MURIDHENDAKLAH.(SALIN SOALAN)- SUPAYA- AGAR- UNTUK- DEMI...................Kertas 1103/2KESIMPULAN - mengatasi- menangani- membanteras- menghindarkan

- memajukan- membangunkan- meningkatkan- memartabatkan- memperkasakan- menghidupkan - mengamalkan

Isu negatifIsu positifKesimpulannya, kerajaan hendaklah