presentation ctu

Upload: abdul-hakim

Post on 04-Mar-2016

240 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Penyelewengan akidah

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

Bentuk-Bentuk Penyelewengan Akidah Pada Masa Kini dan Cara MenanganinyaMuqaddimahCara MenanganinyaBentuk Penyelewengan AkidahKesimpulanMUQADDIMAHBeragama dan beraqidah adalah satu naluri semulajadi manusia sama ada secara betul atau salah. Sebenarnya tiada manusia yang tidak beraqidah walaupun pada zahirnya dia mengingkari Tuhan.

Agama atau aqidah adalah sesuatu yang aneh di dalam dunia ini dan sukar untuk di fahami. Kerana manusia sanggup bermusuhan, berperang dan mati. Walaupun sesuatu aqidah itu buruk dan hina pada pandangan sesuatu golongan tertentu tetapi bagi orang-orang yang menganutinya, itulah yang paling indah dan mulia di dalam hidupnya. Hanya agama yang betul dapat mengimbangkan kehidupan manusia kerana ia merupakan himpunan peraturan daripada Tuhan di setiap peringkat kehidupan manusia dan di semua bidang yang dilalui mereka semasa berada di dunia.

Menurut Al-Quran, sebab-sebab kepada penyelewengan aqidah itu dan terbabasnya manusia dari landasan agama yang sebenar ada tiga :(i) Kelemahan diri atau tiadanya aqidah yang sebenar pada manusia itu(ii) Godaan syaitan(iii) Tipu daya manusia dan dunia

Penyelewengan aqidah bukan hanya telah berlaku dikalangan Ahli Kitab tetapi juga telah berlaku dikalangan umat Muhammad s.a.w dan akan terus berlaku selagi adanya ketiga-tiga faktor yang disebutkan tadi. Apa yang berbeza ialah ajaran-ajaran nabi-nabi yang lain selain Nabi Muhammad s.a.w telah berubah sebegitu rupa kerana pemyelewengan-penyelewengan itu sehingga tidak dapat diketahui lagi manakah ajaran asal yang pernah diajar oleh nabi-nabi mereka dan mana pula yang palsu.

Untuk mengetahui sebahagian daripada penyelewengan aqidah dan ajaran sesat yang didakwa sebagai ajaran Islam yang sebenar, sama ada secara sengaja diadakan atau tidak sengaja, di sini akan kita kemukakan kelahirannya, sebab-sebab kemunculan dan cara-cara mengatasinya supaya agama Islam yang suci ini tetap dengan kesucian dan ketulenannya dan dengan itu terbuktilah apa yang difirmankan oleh Allah s.w.t berkenaan dengan agamaNya yang bermaksud :

"Mereka mahu memadamkan cahaya Allah (agama Allah) sedangkan Allah mahu menyempurnakan cahayaNya walaupun tidak disenangi oleh orang-orang kafir."(Surah Saf : ayat 8)BENTUK PENYELEWENGAN AQIDAHAJARAN SESATAjaran SyiahAjaran BahaiAjaran Al-ArqamPENGERTIAN AJARAN SESAT-Ajaran sesat ialah ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.Golongan yang mendokong cita-cita untuk menjadikan Saidina Ali sebagai khalifah Rasulullah s.a.w.Mengagung imam mereka.Keyakinan bahwa imam mereka maksumAli bin Ab Thlib yang diklaim sebagai imam Syiah yang pertama.Para imam Syiah merupakan wajah Allah, mata Allah, dan tangan-tangan Allah yang membawa rahmat bagi para hamba Allah.Keinginan para imam Syiah adalah keinginan Allah juga.Al-Quran yang ada sekarang telah berubah, dikurangi, dan ditambah.Menghalalkan nikah mutah.Ajaran SyiahAjaran Al Arqam adalah di antara ajaran sesat yang malangnya berasal daripada tanahair kita.Mempercayai Syeikh Suhaimi sebagai Imam MahdiMempercayai pemimpinnya sebagai pembawa bendera Imam Mahdi.Memutarbelitkan pengertian hadis sesuai dengan kepentingan dan selera mereka.Mendakwa berdialog dengan Nabi s.a.w semasa jaga dan Nabi s.a.w memanggil pemimpinnya dengan 'Tuan

Ajaran Al-Arqam1. Bahai diasaskan oleh Husain Ali Al-Mazandani yang meninggal dunia pada tahun 1892 Masihi.2. Bahai adalah nama sempena pengasasnya yang digelar sebagai Baha'ullah.3. Ajaran Bahai adalah lanjutan kepada ajaran Al-Babiah yang diasaskan oleh Ali Muhammad Al-Syirazi yang meninggal dunia pada tahun 1850 Masihi.4. Ajaran Bahai muncul di Iran pada tahun 1847 Masihi.5. Ajaran Bahai mula tersebar di Malaysia pada tahun 1953 melalui Yan Kee Leong.6. Ciri-ciri kesesatan ajaran Bahai ialah:(a) beriktikad bahawa pengasasnya ialah jelmaan Allah S.W.T.;(b) beriktikad bahawa semua agama adalah sama dan digabungkan dalam ajaran Bahai;(c) beriktikad bahawa alam ini bersifat baqa'(kekal);(d) beriktikad bahawa kitab suci mereka iaitu Al-Bayan memansukhkan semua kitab samawi;(e) beriktikad bahawa Nabi Isa mati disalib;(f) mengagungkan kod 19 hingga kononnya Al-Quran dipengaruhi oleh kod tersebut;(g) menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga, dan neraka;(h) memansukhkan agama Islam;(i) menganggap Acre di Palestin sebagai kiblat baru;(j) mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti puasa 19 hari, solat sebanyak 9 rakaat dan dikerjakan 3 kali sehari, dan berwuduk dengan air mawar atau diganti dengan bacaaan Bismillahil Athar sebanyak lima kali; menghapuskan jihad.

Ajaran BahaiCARA CARA MENANGANINYADi antara cara penyelesaian yang boleh diketengahkan adalah seperti berikut:

(i) Kembali kepada Al Quran dan As Sunnah

(ii) Mengadakan peruntukan undang-undang yang mencukupi untuk membendung dan menghalang ajaran-ajaran yang sesat ini sesuai dengan ajaran Islam itu sendiri.

(iii) Melahirkan para pendakwah dan guru-guru agama yang benar-benar peka di dalam persoalan penyelewengan aqidah khasnya dan penyelewengan daripada ajaran Islam serta melatih mereka dengan cara-cara mengatasi masalah-masalah ini.

(iv) Memperkenalkan Islam yang syumul merangkumi segala aspek kehidupan manusia di samping mempraktikkannya.

(v) Memberikan ajaran Islam yang mencukupi dan tahan lasak di dalam menghadapi segala bentuk ancaman yang mungkin menggugat aqidah mereka.

(vi) Menghapuskan segala bentuk maksiat dan kemungkaran atau sekurang-kurangnya cuba dan berusaha mengurangkannya secepat mungkin, bukan dengan memperbanyakkan pula tempat-tempat maksiat dan membiarkan kemungkaran terus bermaharajalela.

(vii) Mempergunakan media massa seluas-luasnya dalam usaha pengajaran Islam yang benar-benar bersih dan tulin kepada masyarakat.

(viii) Sentiasa berusaha mengenalpasti penyelewengan aqidah yang berlaku di dalam masyarakat kemudian bertindak dengan secepat mungkin sebelum ia berakar umbi.

(ix) Sentiasa meminta pertolongan dan menaruh pengharapan kepada Allah s.w.t sebagai penolong dan pembela dalam usaha membasmi penyelewengan aqidah dan ajaran-ajaran sesat.

KESIMPULANSebagai kesimpulannya dapat kita tegaskan bahawa orang yang mempunyai aqidah yang betul sama sekali tidak akan terpesong dan dapat diperdayakan oleh syaitan. Hakikat ini adalah berdasarkan janji Allah s.w.t di dalam Al Quran yang bermaksud :" Sesungguhnya hamba-hambaku tidak ada bagimu (Syaitan) sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri)"Surah Al Hij ; ayat 42)

Allah juga telah berjanji bahawa orang yang mengikut petunjukNya semasa berada di dunia, tidak akan sesat dan juga tidak akan sengsara di dalam firmanNya yang bermaksud :" Turunlah kamu berdua dari syurga ini bersama-sama dalam keadaan setengah dari kamu menjadi musuh bagi yang lain kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang menurut petunjukKu itu, nescaya ia tidak akan sesat dan tidak akan sengsara "Surah Thaha ; ayat 123)