present akta sewa beli
TRANSCRIPT
PENGGUNA DAN KEPENGGUNAAN
IPEM 2304
AKTA SEWA BELI MENJAGA HAK-HAK PENGGUNA ISLAM
• AHMAD AQIEL BIN ABD RAHIM – IEM120003• MUHAMMAD SOFI BIN HASHIM – IEM120010
• MUHAMMAD KHAIR BIN ALIMAR SHIDI – IEM120013
AKTA SEWA
BELI•Undang-undang sewa beli akta 1967 yang dikuatkuasakan pada 11
April 1968.
•Kontrak sewa beli adalah satu perjanjian di mana pemilik bersetuju
untuk menyewa barang-barang kepada penyewa dengan pilihan
kepada penyewa untuk membeli barang-barang.
•Akta sewa beli untuk menentukan hak-hak undang-
undang,kewajipan dan liabiliti penyewa,pemilik dan pihak-pihak lain
untuk perjanjian sewa beli.
Perlindungan pengguna akta 1999 yang dikuatkuasakan pada
November 1999.
Perjanjian sewa beli mestilah dibuat secara bertulis Seksyen 45
memerlukan perjanjian sewa beli yang akan dicetak dalam hitam
dan mesti ditandatangani oleh semua pihak.
Untuk melindungi pengguna kerana ia merupakan sebahagian
daripada undang-undang pengguna dan amalan perdagangan
yang adil
Dalam perjanjian sewa beli,peyewa tidak boleh menjual barang-
barang di bawah perjanjian sewa.Ini adalah kerana peyewa bukan
pemilik barang.Jika dia menjual barang itu,dia perlu
bertanggungjawab kepada pemilik untuk penukaran.
CONTOH BARANG SEWA
BELI
Barangan pengguna
Kenderaan bermotor
Kenderaan orang sakit/cacat
Motosikal
Motokar( teksi /
kereta sewa)
Bas
Hak seorang penyewaAnda mempunyai hak-hak seperti berikut: Menerima sesalinan perjanjian SB Memperolehi sebarang maklumat
mengenai akaun anda Meminta penyata baki belum jelas (sekali
setiap 3 bulan) Menyelesaikan kemudahan SB lebih awal Menamatkan perjanjian SB pada bila-bila
masa Dll (13 keseluruhannya)
TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI PENYEWA
Anda mempunyai tanggungjawab berikut: Tidak memindahkan atau menjual
kenderaan bermotor tanpa persetujuan syarikat kewangan
Membayar ansuran mengikut jadual Memberitahu syarikat kewangan jika berlaku
sebarang pertukaran alamat Tidak gagal menginsuranskan kenderaan
bermotor selepas tahun pertama dan memberitahu syarikat kewangan mengenai pembaharuan polisi insurans tidak lewat 14 hari sebelum polisi sekarang luput
mematuhi perintah mahkamah bagi proses pengambilan semula milikan sekiranya bayaran ansuran melebihi 75% daripada harga tunai barangan tersebut.
Langkah-langkah keselamatan Penyewa :
Pastikan bahawa semua perjanjian dibuat secara bertulis dan baca setiap cetakan halus pada perjanjian bertulis
Pastikan bahawa harga belian dan terma SB dalam perjanjian adalah sebagaimana yang telah dipersetujui
Pastikan bahawa anda mampu membayar ansuran bulanan sepanjang tempoh pembiayaan
mengetahui hak-hak anda di bawah Akta SB mengetahui tanggungjawab anda di bawah kontrak SB
untuk memastikan bahawa anda tidak melakukan apa-apa tindakan yang melanggar kontrak
Segala dokumen yang berkaitan perjanjian SB seperti surat perjanjian, resit dan sebagainya hendaklah disimpan di tempat selamat
Semua pembayaran mestilah dibuat kepada orang yang diberi kuasa oleh syarikat kewangan
Hak Syarikat kewangan atau Pemunya :
Menarik balik kenderaan bermotor bila anda ingkar dalam membuat pembayaran
- dua kali berturut-turut atau ansuran terakhir- meninggal dunia- 4 kali engkar berterusan
Menggesa anda menginsuranskan kenderaan bermotor
Mengenakan fi ke atas anda bagi tujuan menguatkuasakan perjanjian SB
Tanggungjawab syarikat kewangan atau pemuanya
:
Menguruskan pendokumentasian sewa beli
Menyerahkan resit bayaran ansuran kepada penyewa dengan kadar segera
Menyediakan Perjanjian Sewa Beli yang berasingan bagi setiap barang
PERILAKU PENARIK DAN SIAPA ?
Penarik haruslah menunjukkan sikap profesional semasa menjalankan tugas menarik kenderaan bermotor daripada anda. Persatuan Syarikat-Syarikat Kewangan Malaysia telah mengeluarkan
"Garis Panduan Mengenai Perlantikan dan Perilaku Penarik" untuk dipatuhi oleh penarik dan untuk melindungi kepentingan penyewa. Di antara peraturan tersebut adalah seperti berikut: • Penarik hendaklah menunjukkan kepada penyewa Perintah Penarikan dan kad kuasa yang diberi oleh syarikat kewangan sebelum menarik kenderaan bermotor
Mereka yang ditugaskan untuk menarik kenderaan bermotor hendaklah seminimum mungkin, melainkan dalam keadaan yang memerlukan kumpulan yang lebih ramai
Penarik hanya boleh memasuki premis dengan izin penghuninya atau penyewa kenderaan bermotor itu sendiri
Penarik hendaklah kelihatan profesional Bertindak secara kekerasan dan paksaan adalah dilarang
sama sekali Selepas kenderaan bermotor ditarik, penarik hendaklah membuat laporan polis dengan
serta-merta dan membawa kenderaan bermotor tersebut ke tempat yang diarahkan oleh syarikat kewangan terbabit
Agensi yang menjaga hak
pengguna
Khidmat Biro Bantuan Guaman
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia
Khidmat Biro Bantuan Guaman
Alternatif terbaik kepada masyarakat yang mempunyai permasalahan berhubung perundangan terutamanya khidmat nasihat dan bantuan guaman
Khidmat ini disediakan bagi mereka yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan khidmat peguam swasta
Khidmat nasihat dalam semua perkara undang-undang,sivil dan syariah
Biro ini adalah sebuah jabatan di bawah bahagan hal ehwal undang-undang jabatan perdana menteri.
Syarat bagi mendapatkan khidmat dari biro bantuan guaman ini terbahagi kepada dua kategori.
– pemohon harus mempunyai pendapatan tidak melebihi rm25,000 setahun
– pemohon mempunyai pendapatan melebihi rm25,000 tetapi tidak melebihi rm30,000 setahun.
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (
ttpm) Ditubuhkan dibawah Seksyen 85,Akta Perlindungan
Pengguna 1999 berkuat kuasa 15 November 1999 Sebuah badan bebas untuk mendengar dan mengadili
tuntutan-tuntutan pengguna yang dibuat di bawah Akta dan tertaktluk kepada peruntukan Akta Perlindungan Pengguna 1999.
Ditubuhkan bagi menyediakan satu saluran alternatif selain mahkamah sivil untuk pengguna menuntut ganti rugi berkenaan pembeli barang atau perkhidmatan yang dibekalkan daripada peniaga atau pembekal perkhidmatan dengan cara cepat,mudah dan murah.
Aduan yang diterima oleh tribunal juga diambil tindakan sepantas kilat ( Hanya 40 hari dari tarikh pemfailan kes )
Amaun yang dituntut tidak melebihi RM25,000.
SEKIAN TERIMA KASIH