present

19
Sejauhmana sistem feudal di China menyerupai sistem faudal di Jepun dan di Eropah. Wajarkah sistem feudal di China ini dikatakan sama dengan sistem feudal yang berada di Jepun dan di Eropah. 1.0 Pengenalan Hampir disetiap negara bertamadun, kewujudan sistem feudal telah dibukukan dan dijilidkan yang menerangkan tentang pengertian feudalism, bagaimana ia terjadi dan kebanyakkannya menunjukkan kegelapan pada zaman sistem faudal tersebut. Hal yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah tentang sistem feudal yang menampakkan struktur feudalism di China, Jepun dan Eropah dengan memperincikan lagi perbandingan sistem feudal yang wujud di China, Jepun dan Eropah. Dalam perbincangan ini, perkataan “feudal” yang dipinjam daripada perkataan barat digunakan untuk merujuk keadaan pemerintahan di di China, Jepun dan Eropah bagi memudahkan perbincangan. Secara terperinci, sistem feudal yang diamalkan di China dan Jepun mempunyai istilah tersendiri yang nyata berlainan dengan di Eropah. Di China misalnya sistem feudal dikenali sebagai feng jian che tu , di Jepun pula sistem feudal dikenali sebagi sistem pemeritahan shogun takugawa atau 1

Upload: wilma-no-bias

Post on 16-May-2017

233 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Present

Sejauhmana sistem feudal di China menyerupai sistem faudal di Jepun dan di Eropah.

Wajarkah sistem feudal di China ini dikatakan sama dengan sistem feudal yang berada di

Jepun dan di Eropah.

1.0 Pengenalan

Hampir disetiap negara bertamadun, kewujudan sistem feudal telah dibukukan dan

dijilidkan yang menerangkan tentang pengertian feudalism, bagaimana ia terjadi dan

kebanyakkannya menunjukkan kegelapan pada zaman sistem faudal tersebut. Hal yang

dibincangkan dalam penulisan ini adalah tentang sistem feudal yang menampakkan struktur

feudalism di China, Jepun dan Eropah dengan memperincikan lagi perbandingan sistem

feudal yang wujud di China, Jepun dan Eropah.

Dalam perbincangan ini, perkataan “feudal” yang dipinjam daripada perkataan barat

digunakan untuk merujuk keadaan pemerintahan di di China, Jepun dan Eropah bagi

memudahkan perbincangan. Secara terperinci, sistem feudal yang diamalkan di China dan

Jepun mempunyai istilah tersendiri yang nyata berlainan dengan di Eropah. Di China

misalnya sistem feudal dikenali sebagai feng jian che tu , di Jepun pula sistem feudal dikenali

sebagi sistem pemeritahan shogun takugawa atau keshogunan, dan demikian di Eropah

menggunakan istilah sistem feudal.

Seterusnya, sedikit sebanyak akan dijelaskan tentang pengertiaan feudalism dan

menganalisi sejauhmana persamaan yang terdapat dalam sistem feudal yang terdapat di

China, Jepun dan Eropah. Melalui perbincangan juga akan dapat menjawab persoalan

tentang sistem feudal di China ini yang dikatakan sama dengan sistem feudal yang berada di

Jepun dan di Eropah.

1

Page 2: Present

2.0 Pengertian Feudalisme

Secara umumnya, feudalisme merupakan satu bentuk kerajaan tempatan yang

diperintah oleh individu-individu tertentu yang tidak terikat dengan kerajaan pusat. Dalam

buku Feudal Society karya Marc Bloch pula, beliau mentakrifkan istilah feudal digunakan

bagi menerangkan seluruh kelakuan dan adab yang sekian lama telah diterima dan wujud

pada ketika itu serta organisasi kelas atasan masyarakat itu yang meliputi perjanjian secara

bertulis yang didominasi golongan atasan.1

Feudalisme juga diberi pengertian sebagai satu bentuk masyarakat yang bersusun

lapis mengikut hierarki dan berbentuk piramid. Ianya menunjukkan pembentukan sosial,

perkembangan sejarah cara hidup masyarakat yang meliputi aspek politik, ekonomi dan sosial

dalam susun lapis masyarakat tersebut.2 Sistem feudal juga memperlihatkan hubungan

timbal-balik antara penaung yang terdiri daripada golongan pemerintah diperingkat atasan

seperti raja dan tuan-tuan tanah diperingkat bawahan. Golongan penaung ini memberi

perlindungan kepada golongan yang dinaungi, sebagai balasan golongan dinaungi akan

memberikan taat setia. Golongan dinaungi ini terdiri daripada pembesar dan tuan-tuan tanah

di peringkat atasan dan para petani, pedagang, tukang-tukang dan hamba di peringkat

bawahan. Hierki ini secara keseluruhannya diketuai oleh seorang raja yang merupakan

penaung kepada semua rakyat dibawah pemerintahannya.

Tujuan sistem feudal ini diamalkan adalah untuk menentukan kedudukan dan status

golongan tertentu dalam masyarakat bagi menjamin keharmonian. Raja berada dikedudukan

paling atas diikuti oleh golongan bangsawan, pembesar dan sarjana manakala dibawa mereka

adalah petani, pedagang, dan hamba. Sepanjang era 1122-255 SM, masyarakat China telah

1Mohammad Kamal Kamaruddin, Sejarah Eropah, m/s 49

2 Frank Cass, Feudalism And Non-European Societies, m/s 199

2

Page 3: Present

disusun dibawa feng jian che tu apabila kuasa raja Dinasti Chou semakin meluas dan hal ini

menyebabkan kesukaran untuk mengawal seluruh tanah jajahan maka, untuk memudahkan

pemerintahan, tanah-tanah telah dibahagi-bahagikan mengikut kawasan pemerintahan

golongan bangsawan.3 Hal ini untuk memudahkan pengawalan kerajaan pusat ke atas seluruh

tanah jajahan dengan menggunakan pengantaraan yang telah diiktiraf sebagai wakil raja

dikawasan berkenaan. Keadaan inilah yang membolehkan dinasti Chou bertahan memerintah

hampir selama 800 tahun. Namun kesan daripada kenaikan kuasa tuan tanah, sistem ini mulai

runtuh apabila raja semakin banyak memberi tanah-tanahnya dan menyebabkan tuan tanah

menjadi lebih berkuasa dan lebih kaya. Kuasa tuan-tuan tanah yang mulanya adalah wakil

raja kemudiannya mula bersaing antara antara satu sama lain dan mengiktiraf diri mereka

sebagai raja.4 Hasilnya, persaingan perluasan kuasa ini membawa kepada peperangan yang

mana menyebabkan masyarakat menganggap sistem feudal sebagai satu sistem yang tidak

lagi sesuai digunapakai. Hal ini akhirnya mewujudkan pelbagai aliran pemikiran yang

difikirkan mampu membawa keamanan dan kestabilan semula kerajaan di China.5

Sistem feudal di Jepun pula bermula pada era pemerintahan Kamahura pada 1185 SM

dan tamat pada pemerintahan Meiji pada abad ke-19. Sistem feudal ini bertahan selama 700

tahun di Jepun yang mana ianya telah berjaya mengekalkan kuasa kerabat yang berkuasa atau

panglima tentera yang berkuasa, golongan yang menguasai tanah-tanah iaitu para shogun dan

daimyo manakala raja yang berada dikedudukan tertinggi hanyalah sebagai lambang

perpaduan yang tidak mempunyai kuasa mutlak ke atas kerajaannya. Sistem feudal di Jepun

ini memperlihatkan empat lapisan susuanan masyarakat dengan panglima ketenteraan berada

dikelas tertinggi dan dibawah kelas penglima tentera adalah para petani, tukang-tukang dan

pedagang berada dikelas paling bawah. Hierki ini berdasarkan ajaran Kung Fu Tze yang

3 Suffian Mansor, Tamadun China, m/s 304 Michael Loewe and Edward Shaughnessy, The Cambridge History of Ancient China, m/s 276

5 Suffian Mansor, Tamadun China, m/s 29

3

Page 4: Present

mana kedudukan setiap kelas itu berdasarkan peranan dan kepentingan kelas tersebut kepada

masyarakat. Oleh itu, dari segi susunan masyarakat Jepun ini maka jelaslah feudalisme di

Jepun jauh berbeza dengan feudalisme di China dan juga di Eropah. Sepanjang tempoh abad

ke-12 hingga abad ke-19 ini, shogun takugawa merupakan golongan yang memainkan

peranan penting dalam membentuk feudalism di Jepun.

Berbeza dengan di China dan Jepun yang memfokuskan kepada satu-satu kerajaan

pada satu tempoh masa secara khusus, di Eropah pula feudalisme berlaku di banyak negara

pada tempoh masa tertentu dan berlaku secara serentak di beberapa negara di Eropah.

Feudalisme di Eropah bermula dengan mudah iaitu di Perancis dan Jerman pada abad ke-9

dan abad ke-10 sehingga abad ke-19 yang mana dalam hierki berbentuk pyramid ini diketuai

oleh raja yang berada di kedudukan paling atas dan diikuti oleh golongan bangsawan.6

Seterusnya, keinginan negara-negara besar di Eropah untuk meluaskan kuasa dan kawasan

baru inilah yang membawa kepada hierki feudalisme. Ianya berlaku apabila raja

menganugerahkan tanah kepada golongan bangsawan dalam upacara yang digelar sebagai

Homage atau Oath of Fidelity.7 Sebagai balasan golongan bangsawan ini memberikan taat

setia yang tidak berbelah bahagi dan perlindungan ketenteraan kepada raja. Demikian juga

dengan tuan-tuan tanah yang memberikan perlindungan dan menyewakan tanah mereka

kepada para petani. Sebagai balasan petani akan menjadi penyokong setia atau orang suruhan

yang akan bersumpah setia dan memberi penghormatan kepada tuan atau rajanya.

3.0 Persamaan sistem Feudal di China, Jepun dan Eropah

sistem feudal, kedudukan sosial sesebuah masyarakat ditentukan oleh penguasaan

tanah.8 Seluruh tanah dalam kerajaan adalah milik raja dan apabila tanah yang dipegang

6 Francois Louis Ganshof, Feudalism, m/s 177E-Tu Zen Sun and John De Francis, Chinese Social History, m/s 378 Frank Cass, Feudalism And Non-European Societies, m/s 201

4

Page 5: Present

semakin luas, ianya menunujukkan pengaruh kuasa seseorang itu juga semakin kuat dan luas.

Sama seperti di China, Jepun dan Eropah, kawasan pemerintahan dibahagi-bahagikan

mengikut pengaruh golongan bangsawan iaitu, mereka yang mempunyai pengaruh kuat disisi

raja akan mendapat tanah yang luas. Pemberian tanah dilakukan dalam suatu upacara

mengikut adat istiadat kerajaan tersebut sebagai tanda pengiktiraf kuasa mereka sebagai ketua

dan wakil raja mentadbir dikawasan tersebut. Seterusnya, para bangsawan dan pembesar ini

memberikan taat setia dan bersedia menyediakan tenaga kerah untuk menjadi tentera kepada

raja apabila diperlukan.

Pembahagian penguasaan tanah dalam sistem feudal di China, Jepun dan Eropah

memperlihatkan tujuan dan konsep timbal balik yang sama iaitu golongan atasan memberikan

pengiktirafan dan perlindungan sebagai balasan golongan bawahan memberikan taat setia dan

membekalkan ketenteraan apabila diperlukan oleh raja pada bila-bila masa. Contoh yang

lebih jelas adalah apabila raja memberikan tanah sebagai simbol mengiktiraf kedudukan

pembesar menjadi ketua di sesuatu kawasan, sebagai balasan pembesar akan menyediakan

tentera yang diperolehi pula daripada para petani yang diberi perlindungan oleh mereka dan

para petani ini sebagai balasan mendapat perlindungan daripada pembesar, mereka akan

mengerjakan tanah-tanah pelindung atau tuan mereka. Melalui hubungan tersebut, maka

pembesar juga pada masa yang sama menjadi orang tengah dalam hubungan timbal balik

antara raja dan rakyat dari golongan bawahan. Walaupun di China jelas menampakkan

peranan raja memberikan tanah kepada pembesar dan Jepun memperlihatkan peranan shogun

menganugerahkan tanah kepada daimyo dan di Eropah pula memperlihatkan peranan raja

dengan tuan tanah dan penyewa namun tujuan dalam penguasaan tanah ini adalah sama iaitu

untuk mendapatkan taat setia dan perlindungan antara golongan atasan dan golongan

bawahan.

5

Page 6: Present

Perubahan kelas antara kelas atasan dan bawahan tidak berlaku dalam sistem feudal di

China, Jepun dan Eropah. Kelas seseorang individu itu ditentukan berdasarkan darah

keturunannya iaitu jika bapanya berketurunan bangsawan, maka anak cucunya juga adalah

bangsawan. Demikian jugalah jika bapanya adalah seorang petani maka anak cucunya juga

adalah petani.

Mobiliti sosial ini juga tersekat bukan sahaja disebabkan darah keturunan tetapi juga

disebabkan ikatan yang ketat antara penaung dan yang dinaungi. Peperangan yang sering

berlaku dalam usaha meluaskan kuasa menyebabkan para tentera terikat dengan janji taat

setia mereka kepada golongan atasan. Pada era dinasti Chou misalnya ,golongan bawahan

dikerah menjadi tentera tiap kali tiba musim berperang dan ini juga menjadi salah satu janji

dan taat setia mereka untuk berkhidmat menjadi tentera kepada raja. Tentera di China yang

terdiri daripada golongan bawahan ini walaupun terdiri daripada petani dan hamba-hamba

yang dikerah menjadi tentera namun tetap tidak berlaku mobiliti sosial daripada kelas

bawahan ke kelas atasan atau sebaliknya.

Di Jepun dan Eropah juga sama, peperangan yang sering meletus menyebabkan

tentera yang dikenali sebagai knight di Eropah dan samurai di Jepun terikat dengan undang-

undang feudal yang mana knigt terikat dengan konsep chivary dan samurai pula terikat

dengan konsep bushido.9 Para petani juga terikat dengan tuan-tuan tanah pada zaman

feudalism di China, Jepun dan Eropah sehinggakan hal-hal yang melibatkan keputusan dalam

kehidupan seharian mereka ditentukan oleh tuan mereka. Sebagai contoh, dalam hal

perkahwinan anak-anak mereka, kebenaran daripada tuan tanah adalah perlu disamping untuk

mendapatkan bantuan daripada tuan mereka. Ikatan yang ketat antara golongan bawahan dan

pembesar selaku tuan mereka menyebabkan tidak berlaku mobiliti sosial dalam kalangan

masyarakat feudal sama ada di China, Jepun mahupun di Eropah.

4.0 Perbezaan Feudalism di China, Jepun dan Eropah9 Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, m/s 37

6

Page 7: Present

Walaupun terdapat persamaan menunjukkan feudalisme yang diamalkan di China

hamper sama dengan feudalisme yang diamalkan di Jepun dan Eropah namun tetap terdapat

perbezaan yang besar di antara feudalism yang diamalkan di China, Jepun dan Eropah. Oleh

itu, untuk mengukuhkan hujah bahawa feudalism di China, Jepun dan Eropah adalah berbeza

antara satu lain dan tidak wajar sekiranya dikatakan sama maka beberapa aspek yang

menyumbang kepada perbezaan feudalism di China, Jepun dan Eropah akan dibincangkan

melibatkan politik, sosial, ekonomi dan pertahanan.

Feng jiang che tu menempatkan raja sebagai anak Tien iaitu satu konsep untuk

mengesahkan pemerintahan raja dan diiringi dengan unsur-unsur kesaktian yang dimiliki oleh

dinasti Chou. Unsur-unsur kesaktian ini bertujuam untuk menarik sokongan rakyat jelata di

China bagi mengiktiraf pemerintahan raja. Kedudukan raja juga dikukuhkan lagi dengan

adanya konsep mandat dari syurga. Raja Chou menggunakan konsep ming ini untuk

menjatuhkan pemerintahan sebelum ini iaitu Dinasti Shang dengan menyatakan bahawa

mandat raja Shang telah ditarik sebab itulah banyak bencana yang berlaku dalam

pemerintahan Dinasti Shang. Keadaan ini membuka ruang kepada Dinasti Chou untuk

muncul sebagai Tien-tzu iaitu seseorang yang mempunyai kebolehan, berwibawa memimpin

dan dihormati rakyat.10

Konsep tien-tzu dan ming ini menjadi asas kepada kedudukan raja di China sekali gus

mengukuhkan kedudukan raja China itu sebagai raja bagi sekalian alam bukan sahaja di

China. Keadaan inilah yang menyebabkan pemerintahan China menganggap kerajaan lain di

dunia berada dibawah mereka dan seluruh rakyat di seluruh dunia perlu tunduk kepada raja

China iaitu anak syurga.11 Oleh itu, raja di China berkuasa mutlak sepenuhnya keatas tanah-

tanah dan rakyatnya dan kata-kata raja China adalah undang-undang. Kuasa raja China

10 Abdul Rahman Haji Ismail, China Pensejarahan Dan Pembinaan Tamadun, m/s 4411 Suffian Mansor, Tamadun China, m/s 32

7

Page 8: Present

adalah mutlak ke atas kegala-galanya demikianlah kedudukannya begitu tinggi sehinggakan

hanya lelaki sahaja yang boleh menjadi raja.

Berbeza dengan di China yang mana raja berkuasa mutlak, di Jepun walaupun raja

berada di keduduka tertinggi dalam hierki sosial namun peranan raja terbatas hanya sebagai

lambang perpaduan. Pada hakikatnya golongan shogun yang memegang kuasa sebagai raja,

kuasa mereka melebih kuasa raja dan sangat berpengaruh di Jepun. Kewujudan

keshokuganan ini yang membezakan feudalism Jepun berbeza dengan China mahupun

Eropah. Shogun-shogun ini mempunyai kuasa ketenteraan yang besar dan hal ini membawa

kepada hubungan yang semakin penting antara penaung dan yang dinaungi.12 Lewat abad ke-

9, gabenor di Jepun mengambil alih apabila golongan bangsawan gagal memberi perhatian

kepada birokrasi pusat dan tempatan yang akhirnya telah diswastakan kepada bushi.13

Seterusnya, walaupun raja Jepun dianggap berketurunan Amateratsu iaitu dewi

matahari namun tetap sahaja raja ini dijadikan boneka dan memiliki kuasa pemerintahan yang

sedikit. Raja Jepun hanya sebagai simbol pemerintahan dan yang sebenarnya memerintah

Jepun adalah para shogun dan gabenor-gabenor Jepun yang mendapat tempat dalam kalangan

masyarakat Jepun. Para shogun inilah yang berkuasa memberikan tanah-tanah kepada daimyo

dan sebalasan mereka memperolehi taat setia daimyo dan juga bekalan ketenteraan yang

mana bertujuan untuk menjaga kedudukan mereka daripada pemberontakkan. Pengaruh

shogun sangat besar sehingga mengatasi raja dan bentuk feudalism ini berbeza dengan di

China dan Eropah.

Di Eropah juga berbeza walaupun raja berada di kedudukan tertinggi dalam hierki

sosial masyarakat feudal di Eropah. Raja di Eropah berkuasa mutlak ke atas tanah dalam

negara dan menentukan kepada siapa tanah-tanah diberikan. Oleh itu, hanya golongan yang

dipercayainya tidak akan mengugat kedudukannya akan memperolehi tanah-tanah tersebut.

12 Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, m/s 3613 John Whitney Hall, Government and Local Power In Japan 500 to 1700, m/s 101

8

Page 9: Present

Pemberian tanah-tanah tersebut diiringi dengan upacara angkat sumpah taat setia kepada raja.

Tuan-tuan tanah inilah yang dikenali sebagai Baron iaitu golongan bangsawan. Mereka ini

golongan yang kaya-raya, berpengaruh dan menerima pengiktirafan berkuasa mutlak ke atas

yang telah diberikan kepada mereka.

Seterusnya, institusi gereja sangat penting dalam pentadbiran raja di Eropah.

Golongan agama sangat berkuasa dan pada zaman pertengahan ini yang mana gereja

mengawal seluruh aspek kehidupan penduduk Eropah.14 Oleh itu, gereja diperggunakan oleh

raja sebagai alat memanipulasikan rakyat untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai raja

berkuasa mutlak. Dalam ajaran kristian katolik ini, sesiapa yang hilang ketaatan atau

mempersoalkan ajaran kristian dianggap pengkhianat dan boleh dihukum mati. Keadaan

inilah yang dimanipulasikan oleh raja, menggunakan agama untuk mendapatkan kesetianan

tidak berbelah bahagi daripada rakyat. Oleh itu, gereja sangat kaya kerana mendapat banyak

bantuan daripada kerajaan disamping dibenarkan memiliki tanah yang luas.15 Golongan

agama ini juga menjadi penasihat kepada raja dalam banyak hal dan hal ini menunjukkan

hubungan yang tidak berpisah antara pentadbiran dan hal keagamaan. Hal inilah yang

menyebabkan golongan gereja boleh campur tangan dalam pentadbiran dan menjadi orang

paling berpengaruh ke atas raja.

Secara ringkasnya, di Eropah, walaupun raja berkuasa mutlak tetapi ianya tetap

dipengaruhi oleh golongan agama dan kedudukannya sebagai raja hanya meliputi

kerajaannya sahaja. Feudalisme yang wujud lebih awal di China pula juga meletakkan raja

sebagai raja yang berkuasa mutlak namun kedudukan raja di China bukan sahaja meliputi

kerajaannya tetapi juga menjadi raja diseluruh alam. Dua keadaan yang berbeza di Eropah

dan China juga berbeza di Jepun yang mana raja hanyalah sebagai boneka para shogun yang

pada hakikatnya berkuasa mutlak ke atas tanah dan negara.

14 Mohammad Kamal Kamaruddin, Sejarah Eropah, m/s 6815 Francois Louis Ganshof, Feudalism, m/s 17

9

Page 10: Present

Seterusnya, dari aspek ekonomi khususnya melibatkan kelas petani dan pedagang di

China, Jepun dan Eropah masing-masing menmpatkan golongan ini dikelas-kelas yang

berbeza. Golongan Petani misalnya di China dan Jepun dianggap sebagai orang yang mulia

dan berjasa besar kepada negara. Hal ini dmeikian kerana aktiviti pertanian merupakan

aktiviti ekonomi yang utama dan golongan petani inilah yang bertanggungjawab

menghasilkan bekalan makanan kepada seluruh rakyat dalam negara. Oleh itu, para petani

dibenarkan memiliki tanah dan dipandang mulia berbanding para pedagang yang dipandang

hina. Aktiviti perdagangan dianggap sebagai aktiviti yang hina kerana ianya hanya

menyumbang kepada kekayaan individu dan ianya menjual barang keluaran orang lain untuk

mendapatkan kekayaan.

Keadaan ini berbeza dengan apa yang berlaku di Eropah iaitu golongan pedagang

mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Para pedagang ini juga terdiri daripada

golongan pembesar dan kerabat yang berada. Mereka ini mendapat tempat dalam masyarakat

di Eropah kerana banyak member sumbangan kepada gereja dan pentadbiran negara. Lain

pula kisahnya dengan para petani di Eropah yaag ditempatkan dikedudukan paling bawah

disamping tidak dibenarkan memiliki tanah. Para petani di Eropah lebih terseksa daripada

golongan hamba kerana mereka bukan sahaja mengerjakan tanah yang mereka sewa daripada

golongan boron malah perlu mengerjakan tanah tuan-tuan tanah disamping turut dikerah

menjadi tentera.

Seterusnya dalam aspek pertahanan pula, tentera di China terdiri golongan bawahan

yang dikerah menjadi tentera seperti para petani dan hamba-hamba. Golongan hamba

merupakan sumber utama ketenteraan Dinasti Chou.16 Hal ini berbeza dengan di Jepun yang

mana tentera atau lebih dikenali sebagai samurai mempunyai kelas mereka yang tersendiri

dan menduduki tempat tertinggi dalam susunan sosial golongan yang diperintah. Golongan

samurai istimewa kerana disamping dibenarkan memiliki tanah, mereka juga merupakan 16 E-Tu Zen Sun and John De Francis, Chinese Social History, m/s 22

10

Page 11: Present

satu-satunya golongan yang dibenarkan memiliki dua pedang yang menjadi symbol

kedudukan dan pengaruh mereka, pedang mereka ini juga dibuat dengan penuh warna warni

yang melibatkan upacara Shinto.17 Walaubagaimanapun, samurai tidak dibenarkan menceburi

bidang pekerjaan yang lain dan hanya tertumpu kepada bidang tugas mereka sebagai samurai.

Di Eropah juga meletakkan golongan tentera dalam kelas yang tersendiri dan kedudukannya

lebih tinggi dari petani jika disbanding dengan tentera China yang juga merupakan petani dan

hamba-hamba. Walaubagaimanapun, tentera pada zaman feudalisme di Eropah tidak

memiliki keistimewaan tersendiri seperti di Jepun. Tentera faudalisme di Eropah tetap

merupakan golongan bawahan.

5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, walaupun feudalisme di China mempunyai persamaan dalam

beberapa sudut dengan feudalisme di Jepun dan Eropah namun adalah tidak wajar

mengatakan feudalism di China sama seperti feudalisme yang diamalkan di jepun dan

Eropah. Jepun dan Eropah yang muncul kemudian hanya sama dengan feudalisme China

apabila menyentuh tentang mobiliti sosial yang terbatas dan aspek penguasaan tanah yang

mana menunjukkan hubungan timbal balik antara pemerintah dan yang diperintah.

Seterusnya, feudalisme di China, Jepun dan Eropah berlaku di tempat dan tempoh

masa yang berbeza antara satu sama lain. Budaya dan pemikiran yang berbeza juga wujud di

China, Jepun dan Eropah dan hal ini juga merupakan perbezaan ketara yang akhirnya

mempengaruhi bentuk feudalism yang diamalkan. Selain itu, istilah feudalism yang

digunapakai di China, Jepun dan Eropah adalah berbeza sekali gus membawa makna yang

berbeza-beza walaupun secara luarannya seakan-akan sama. Oleh itu, adalah tidak wajar

menempatkan feudalism di China, jepun dan Eropah sebagai satu sistem yang sama.

17 Tamadun Jepun, m/s 37

11

Page 12: Present

Rujukan

Abu Talib Ahmad . Tamadun Jepun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2005.

Abdul Rahman Haji Ismail. China Pensejarahan Dan Pembinaan Tamadun. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka. 2001.

E-Tu Zen Sun and John De Francis. Chinese Social History. New York: Octagon Books. 1972.

Frank Cass. Feudalism and Non-European Sociaties. Great Britain: The Stonebridge Press,

Bristol. 1985.

John Whitney Hall. Government and Local Power InJapan 500 to 1700. New Jersey:

Princeton University Press. 1966.

Mohammad Kamal Kamaruddin. Sejarah Eropah. Selangor: Prentice Hall. 2009

Michael Loewe and Edward Shaughnessy, The Cambridge History of Ancient China, m/s 276

Suffian Mansor. Tamadun China. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2003.

12