praktikum 3

Upload: mona-sundari

Post on 10-Jan-2016

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bbb

TRANSCRIPT

LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM

NAMA BADAN BERUNIFORM : TKRSHARI : RABU TARIKH : 24.06.2015TEMPAT : DEwan Sekolah KEHADIRAN : 12/15

Pada 24 Jun 2015 unit beruniform TKRS Malaysia di SJKT Ladang Renjok telah mengadakan perjumpaan. Perjumpaan tersebut telah diadakan di dalam dewan sekolah pada pukul 12.30 petang. Seramai 12 ahli TKRS telah menghadiri semasa perjumpaan ini. Guru penyelaras telah melafazkan persetiaan TKRS. Setelah selesai melafazkan persetiaan TKRS, guru penyelaras telah memberi penerangan tentang maksud persetiaan itu. Setiap ahli TKRS diarahkan untuk menyalin persetiaan TKRS dalam buku. Disamping itu, kesemua ahli telah dibahagikan kepada tujuh kumpulan. Setiap kumpulan telah dilantik seorang ketua yang akan memimpin setiap ahli dalam kumpulan supaya membuat folio kebudayaan di Malaysia. Setiap ketua TKRS diberi gambar dan kertas A4 yang kosong dan ahli TKRS perlu melekatkan gambar dan menulis kebudayaan mereka mengikut kaum yang diberikan oleh guru.

Disediakan oleh,

Pn.Mohana Sundari Sethupathi a/p Perianan

LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM

NAMA Persatuan : Persatuan Bahasa MelayuHARI : RABU TARIKH : 01.07.2015TEMPAT : DEwan Sekolah KEHADIRAN : 14/15

Pada 01 Julai 2015 Persatuan Bahasa Melayu di SJKT Ladang Renjok telah mengadakan perjumpaan. Perjumpaan tersebut telah diadakan di dalam dewan sekolah pada pukul 12.30 petang. Seramai 14 ahli Persatuan Bahasa Melayu telah menghadiri semasa perjumpaan ini. Minggu ini saya telah membuat program mencari harta karun iaitu simpulan bahasa. Disamping itu, kesemua ahli telah dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan telah dilantik seorang ketua yang akan memimpin setiap ahli dalam kumpulan supaya menerima arahan guru. Selepas menerima arahan murid diberi masa untuk mencari harta karun simpulan bahasa mengikut warna yang ditentukan oleh guru. Selepas mencari harta karun murid perlu menyenaraikan maksud simpulan bahasa dan membentang didepan murid persatuan bahasa melayu. Murid akan menilai samada betul atau tidak.

Disediakan oleh,

Pn.Mohana Sundari Sethupathi a/p Perianan