ppterbaru 2 presentation

26
1.0 PENGENALAN Pasar Raya Giant di cawangan Likas ,Kosan telah dipilih sebagai fokus kajian ini. P GiantSendirian Berhad merupakan perniagaan peruncitan ,konsep perniagaan peruncitan adalah menjual semua barang iaitu merangkumi barang pengguna seharian,alat elektroni sehingga keperluan harian iaitu makanan dan minuman seperti, ikan ,tumis ,telur ,oren lain-lain. Kunci dan prinsip kejayaan Giant Supermarket Sendirian Berhad adalah semua bahan yang dijual adalah harga yang serendah di pasaran. Selain daripada itu Giant ju jenama sendiri yang mempunyai harga yang lebih rendah berbanding dengan produk lain y di Giant Supermarket sendiri. 2.0 OBJEKTIF KAJIAN Dalam sebuah penyelidikan objektif kajian adalah elemen terpenting sebagai pandu tujuan yang khusus dalam proses penyelidikan. Objektif kajian adalah seperti yang di a) Mengenalpasti reka bentuk organisasi Pasar raya Giant cawangan Likas, di Ko b) Mengaji proser pengorganisasian di Pasar Raya Giant cawangan Liksa,di Kosan c) Menganalisi konsep pengorganisasian yang digunakan di Giant Supermark Likas,di Kosan. d)Mengetahui jenis gaya kepimpinan Pasar Raya Giant cawangan Likas, Kosan. 3.0 LATAR BELAKANG 3.1 LATAR BELAKANG ORGANISASI Sebelum Giant dijadikan jenama persaingan untuk pasaraya besardi Malaysia, Giant, ditubuhkan oleh Keluarga Teng pada tahun 1944, di pinggir bandar Kuala Lumpur. Menjan misinya ialah untuk menawarkan pelbagai produk pada harga yang serendah mam menjadi kunci kejayaan Giant sekia lama merupakan kebolehannya untuk terus menawarkan produk yang nilainnya setimpal dengan harga, setelah di beli dan ambilahli oleh D Holdings pada tahun 1999. Giant Supermarket cawangan Likas bermula berniaga bulan September .Bilangan perkerja terdapat di cawangan ini adalah 21 orang dan telah dibahagikan kepada 4 sektor penjualan dan 1 sokongan penjualan di cawangan ini. Pasar Raya G

Upload: angel-yong-jia-xin

Post on 08-Oct-2015

196 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Bantuan untuk pelajar stpm untuk menyiapkan Folio Pengajian Perniagaan.

TRANSCRIPT

PP TERBARU.docx

1.0 PENGENALANPasar Raya Giant di cawangan Likas ,Kosan telah dipilih sebagai fokus kajian ini. Pasar raya Giant Sendirian Berhad merupakan perniagaan peruncitan ,konsep perniagaan peruncitan adalah menjual semua barang iaitu merangkumi barang pengguna seharian,alat elektronik ,bahan alat tulis sehingga keperluan harian iaitu makanan dan minuman seperti, ikan ,tumis ,telur ,oren jus berkotak dan lain-lain. Kunci dan prinsip kejayaan Giant Supermarket Sendirian Berhad adalah semua barang dan bahan yang dijual adalah harga yang serendah di pasaran. Selain daripada itu Giant juga mengeluarkan jenama sendiri yang mempunyai harga yang lebih rendah berbanding dengan produk lain yang di jual di Giant Supermarket sendiri.2.0 OBJEKTIF KAJIANDalam sebuah penyelidikan objektif kajian adalah elemen terpenting sebagai panduan kepada tujuan yang khusus dalam proses penyelidikan. Objektif kajian adalah seperti yang di berikut:a) Mengenalpasti reka bentuk organisasi Pasar raya Giant cawangan Likas, di Kosan.b) Mengaji proser pengorganisasian di Pasar Raya Giant cawangan Liksa,di Kosan.c) Menganalisi konsep pengorganisasian yang digunakan di Giant Supermarket cawangan Likas,di Kosan.d) Mengetahui jenis gaya kepimpinan Pasar Raya Giant cawangan Likas, Kosan.

3.0 LATAR BELAKANG

3.1 LATAR BELAKANG ORGANISASISebelum Giant dijadikan jenama persaingan untuk pasaraya besar di Malaysia, Giant, ditubuhkan oleh Keluarga Teng pada tahun 1944, di pinggir bandar Kuala Lumpur. Menjana dengan misinya ialah untuk menawarkan pelbagai produk pada harga yang serendah mampu, dan ini juga menjadi kunci kejayaan Giant sekia lama merupakan kebolehannya untuk terus menawarkan produk yang nilainnya setimpal dengan harga, setelah di beli dan ambilahli oleh Dairy Farm International Holdings pada tahun 1999. Giant Supermarket cawangan Likas bermula berniaga pada tahun 2007 bulan September .Bilangan perkerja terdapat di cawangan ini adalah 21 orang dan telah dibahagikan kepada 4 sektor penjualan dan 1 sokongan penjualan di cawangan ini. Pasar Raya Giant telah menyewa kawasan bangunan dengan harga sebulan sebanyak RM 17984.00. Keluasan Pasar Raya Giant adalah 10,920 kaki merangkumi 2 kaunter , dan 4 sektor barang penjualan. Selain daripad itu terdapat 60 buah tempat letak kereta . Keluasan dan kemudahan ini segala-galanyad adalah keselesan dan memudahkan pelanggan semasa mengunjungi Pasar Raya Giant untuk membeli-belah.

3.2 LOKASI KAJIAN Pasar Raya Giant ,cawangan Likas, Kosan terletak di kawasan yang boleh dianggap sangat strategik hal ini kerana premis perniaga adalah berada di kawasan perumahan dan persekolah .Selain itu juga merupakan kawasan pembandaran dan ini telah menjadi tumpuan ramai terutamanya residen dan pelajar sekolah di sekeliling kawasan tersebut.Antara juga adalah tidak ada persiangan yang banyak selain daripada Servay yang dalam lingkungan 1 km daripada Pasar Raya Giant yang juga berniaga dengan menggunakan konsep perniagaan peruncitan.

Gambar 1: Lokasi Giant Supermarket cawangan Likas.

Gambar 2:Giant Supermarket di Likas, Kosan, Kota Kinabalu Sabah

3.3SKOP KAJIAN

Kajian ini dilakukan untuk mengetahi jenis perniagaan yang dijalankan dalam syarikat Pasar Raya Giant Sdn.Bhd dan juga untuk mengenalpasti reka bentuk organisasi Giant Supermarket , mengaji proser pengorganisasian di Giant Supermarket cawangan Liksa,di Kosan serta menganalisi konsep pengorganisasian yang digunakan di Giant Supermarket.

4.0 KAEDAH KAJIAN

4.1 KAEDAH PEMERHATIANKaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternative untuk mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temuduga yang digunakan secara bersama di Pasar Raya Giant. Melalui pemerhatian penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. Semasa menjalankan kaedah ini penyelidik perlu memerhati tingkah-laku, mendengar serta member perhatian kawasan sekeliling di Pasar Raya Giant di Wisma Kosan, Likas.

4.2 KAEDAH TEMU BUALKaedah ini telah dijalankan bersama dengan Encik Fauzi Sabdali, pengurus kedia untuk cawangan Pasar Raya Giant Likas,Kosan dan dijalankan secara formal .Penyelidik telah memohon dan memaklumkan terlebih dahulu kepada responden dan telah mendapat persetujuan untuk ditemubual. Melalui penjalanan kaedah ini,penyelidik dapat maklumat secara primer dan pendapatan tentang kajian yang dijalankan.

4.3 KAEDAH SOAL SELIDIKKaedah ini telah digunakan untuk mendapatkan responden secara menyeluruh daripada pekerja-pekerja di Pasar Raya Giant tentang kajian yang dijalankan oleh penyelidik. Melalui kaedah ini penyelidik dapat membuat bandingan tentang objekfif yang ditetapkan di kajian ini.

4.4 KAEDAH RUJUKANKaedah rujukan dijalanakn melalui tinjaun maklumat seperti bahan bacaan ataupun laman sesawang untuk mendapatkan informasi tentang kajian yang dijalankan oleh penyelidik. Selain itu dapat menjimatkan masa untuk medapatkan informasi luas dengan lebih cepat untuk mendapakan tentang kajian tentang Pasar Raya Giant

5.0)DAPATAN KAJIAN AND PERBINCANGAN

5.1)REKA BENTUK ORGANISASICarta organisasi menunjukkan hubungan autoriti mengikut fungsi , jabatan dan kedudukan petugas dalam organisasi.Selain itu melalui carta organisasi ,carta tersebut dapat menunjukkan heiraki pengurusan di sebuah syarikat.menunjukkan autoriti lini iaitu hak untuk mengarah disebabkan kedudukannya menuru hieraki pengurusan. Antara juga,kotak di dalam carta organisasi menggambarkan kerja yang dilakukan oleh pekerja yang menyandang jawatan tersebut. Selain itu, tahap pengurusan merupakan peringkat pengurusan yang terdapat dalam pengurusan ,iaitu pengurusan atasan. Pengurusan pertengahan dan pengurusan bawahan.Pengurusan atasan bertanggungjawab pada keseluruhan organisasi, pengurusan pertengahan bertanggungjawab pada bahagian masing-masing dan pengurusan bawahan bertanggungjawab pada unit masing-masing. Di bawah adalah jenis penjabatan organisasi.

PENJABATAN ORGANISASI MENGIKUT FUNGSI:

Penjabatan organisasi mengikut fungsi melibatkan pengelompakan aktiviti atau tugas mengikut fungsi asas organisasi perniagaan ,iaitu pemasaran, pengeluaran ,sumber manusia dan kewangan. Penjabatan mengikut fungsi lazimnya diamalkan oleh organisasi kecil yang mempunyai sumber terhad.

PENJABATAN ORGANISASI MENGIKUT DIVISYENPenjabatan ini adalan penjabatan organisasi mengikut divisyen menlibatkan pembahagian organisasi kepada 3 divisyen ,iaitu divisyen produk, divisyen pasaran dan divisyen geografi.

PENJABATAN ORGANISASI MENGIKUT DIVISYEN PRODUK:

Penjabatan organisasi mengikut divisyen produk ialah pembentukan jabatan mengikut jenis keluaran yang dihasilkan oleh perniagaan. Penjabatan mengikut produk juga boleh diamalkan oleh perniagaan yang dihasilkan satu barisan keluaran yang berbeza. Penjabatan mengikut produk lazimnya diamalkan oleh organisasi besar dan setiap kelauran yang dihasilkan mempunyai fungsi untuk perniagaan masing-masing. Sebagai contoh pengeluaran dan pemasaran.PENJABATAN ORGANISASI MENGIKUT DIVISYEN PASARAN.

Pejabatan organisai ini amat sesuai kepada organisasi yang kompleks dan syarikat multinasional yang mengeluarkan pelbagai jenis produk .Selain itu melalui penjabtan organasasi ini adalah untuk organisasi yang menghadapi perubahan yang cepat pada produk.Oleh itu pekerja-pekerja dapat menyesuai dan mementingkan permintaan pelanggan. Antara juga mempunyai tangungjawab yang jelas bagi setiap jabatan supaya dapat menjalankan dengan lancer.Akhit juga pembangunan dan perkembangan pengurus didapati disepanjang fungsi lini.

PENJABATAN ORGANISASI MENGIKUT DIVISYEN GEOGRAFI

Penjabatan ini amat sesuai diamalkan oleh perniagaan yang dimiliki pasaran yang luas dan berselerak seperti perniagaan antarabangsa. Selain itu, ia diketuai oleh pengarah untuk mengetuai pejabat pengawasan yang strategic. Di samping itu ia diketuai oleh pengarah untuk mngetuai pejabatan pengawasan yang strategik.Hal ini kerana ia dibahagikan kepada 4 kawasan pasaran utama iaitu, selatan utara, tengah ,timur.PENJABATAN ORGANISASI MENGIKUT MATRIKS

Pengjabatan organisasit ini juga dikenalis sebagai struktur jaringan ataupun system sebagai arahan. Setiap jabatan perlu seorang individu untuk menyokong jabatan pengeluraran berkenaan. Antara juga setiap pekerja perlu melapor kepada 2 orang ketua iaitu ketua jabatan di mana pekerja tersebut bekerja dengan ketua jabatan pengeluara. Kebanyakan carta ini dibentuk berdasarlan projek pengeluaran yang berbeza.

BENTUK BENTUK LAIN STRUKTUR ORGANISASISTRUKTUR BERDASARKAN PASUKANStruktur pasukan dibentuk oleh sesebuah organisasi untuk mencapai misi dan matlamat tertentu. Pembentukan pasukan khusus untuk menyiapkan sesuatu perkhidmatan yang berbexa mengikut pasaran sesuai untuk sesuatu kerja khusus atau projek.Struktur pasukan sesuai untuk sesuati perkhidmatan yang berbeza mengikut pasaran atau memerlukan format perniagaan yang berbeza.STRUKTUR BERDASARKAN PROJEKStruktur berdasarkan projek dibentuk bertujuan untuk menyiapkan sesuatu projek. Aktiviti-aktiviti yang berlaku adalah berbeza kerana bergantung pada jenis projek yang terlibat.Struktur berdasarkan projek melibatkan pembentukan kerja berpasukan. Struktur ini sesuai menjadi luar atau kecil bergantung pada jenis yang dilaksanakan.UNIT PERNIAGAAN STRATEGIK (SBU)Sesebuah organisasi yang besar akan melakukan proses pembahagian organisasi kepada unit atau bahagian kecil supaya menjadi lebih fleksibel dalam pengurusan organsiasi. Unit yang kecil diberi autonomi dari segi pengurusan dan kuasa dlam membuat keputusan untuk mencapai sesuatu matlamat tersendieri bagi tempoh masa panjang.

ORGANISASI TANPA SEMPADANOrganisasi tanpa sempadan merujuk kepada system pengurusan organisasi melangkaui gari sempadan yang terdapt dalam carta organisasi. Konsep ini menyebabkan berlakunya pemutusan rantaian antara rangkaian struktur organisasi dengan hubungan komunikasi terarah tidak formal.Antara juga kewujudan organisasi tanpa sempadan menyebabkan berlakunya penghapusan birokrasi dan peringkat pengurusan yang terdapat di dalam carta organisasi.Selain itu organisasi tanpa sempadan mengalakkan hubungan yang rapat antara pihak pengurusan dengan pekerja dan pihak luar organisasi terutama pelanggan dan pembeka. Oleh itu pada keadaan ini, ia memberi galakan kepada para pekerja untuk meluarkan idea-idea yang bernas

5.1.1 RASIONAL PEMILIHAN STRUKTUR MATRIKS

Carta Organisasi Pasar Raya Giant Sdn. BhdBerdasarkan carta organiasi Pasar Raya Giant adalah mengikut matrik iaitu pengabunggan antara penjabatan organisasi fungsi dan produk. Pasar Raya Giant Likas Kosan merupakan salah satu cawangan yang kecil. Struktur organisasi mengikut matriks memerlukan staf untuk memberikan laporan kepada dua orang ketua. Oleh sebab struktur organisasi ini melibatkan struktur campuran , maka untuk beroperasi dengan cekap dan berkesan, komunikasi, keanjalan, serta kerjasama yang baik antara pekerja adalah penting .

Berdasarkan carta organisasi ini , sebab Pasar Raya Giant mengunakan pengjabatan fungsi kerana melibatkan pengelompokan aktiviti atau tugas mengikut fungsi asas organisasi perniagaan, iaitu pemasaran,pengeluaran, sumber manusia dan kewangan. Oleh itu jenis penjabatan organisasi mengikut fungsi sesuai untuk Giant Supermarket secara bersama.Selain itu, pekerja -pekerja di Giant Supermarket dapat berkongsi pengetahuan dan pengelamaan kerja dan memudahakan penyeliaan dijalakan dengan lebih berkesan.Antara juga cawangan Giant Supermarket di Likas dapat menggalakkan pengemblengan kepakaran khusus.Sebagai contoh, para pekerja yang bekerja di bawah bahagian Penyokong Jualan seperti Sektor IT di Pasar Raya Giant

Antara juga kecekapan pekerja membolehkan kos aktiviti diminimumka disamping dapat mengekalkan tahap kualiti produk. Sebagai contoh, Pasar Raya Giant mempunyai pekerja yang cekap dalam pekerjaan mereka dan dapat memjalankan tugas mereka dengan baik,

Akhir sekali,berdasarkan carta organisasi sebab Pasar Raya Giant mengunakan pengjabatan produk kerana mendapat pembentukan jabatan mengikut jenis keluaran yang dihasilkan oleh perniagaan seperti, jenis produk produk yang boleh diklasifikasi seperti, Segar, Bukan-makanan dan lain-lain.Dengan pengagihan jabatan berdasarkan produk , organisasi Pasar Raya Giant .Melalui bentuk penjabatan produk, pekerja-pekerja di Giant dapat mempercepatkan proses membuat keputusan, terutama dari segi pemasaran untuk kerana dengan setiap bahagian boleh membuat keputusan berdasarkan produk masing-masing.

5.2 PROSES PENGORGANISASIANProses pengorganisasian merujuk pada proses pengumpulan dan pengelompokan sumber manusia dan aktiviti yang sepadan dan logik dalam unit kerja untuk mencapai objektif organisasi. Proses pengorganisasi ini penting kerana dapat membantu pihak pengurusan atasan mengawal dan berkomunikasi secara berkesan dengan staf bawahan.

Penentuan Objektif

Pengenalpastian Aktiviti

Pengelasan aktiviti

Pengelompokan Aktiviti

Pengagihan Tugas, Autoriti, dan Tanggungjawb

Rajah 9 : Contoh Proses Pengorganisasian

5.2.1 PROSES PENETUAN OBJEKTIFObjektif penubuhan Giant Supermarket digariskan untuk dijadikan panduan untuk menentukan aktiviti yang perlu dilaksanakan.Sebagai contoh objektif penubuhan syarikat keselamaan adalah CF3 yang bermaksud bersih, penuh , segar dan kedia yang mulia. Objektif penubuhan Giant Supermarket digariskan untuk dijadikan sebagai garis panduan kepada ahli-ahli di dalam syarikat untuk menentuka aktiviti yang perlu dilaksanakan.Seterusnya ,aktiviti-aktiviti khusus yang perlu dijalankan oleh syarikat akan dikenal pasti dan diperincikan

5.2.2 MENGENAL PASTI AKTIVITIBerdasarkan objektif di atas ,pengurursan Giant Supermarket melakukan aktiviti seperti penyelarasan mkananan sentiasa segar untuk sektor segar, bahagian keselamatan memastikan kawasan Supermarket sentiasa selamat untuk keselamatan pelanggan dan pelbagai tugas dijalanakan oleh para pekerja untuk memastikan kelancaran operasi Giant Supermarket dan servis yang diberi kepada pelanggan dari pekerja mereka sendiri

5.2.3 PENGELASAN AKTIVITISetelah mengenal pasti aktiviti yang terlibat, tugas-tugas ini perlu dikelaskan mengikut fungsinya dan dikumpulkan dalam kelompokan yang sama.Sebagi contoh, aktiviti merekrut staf pekerja separa masa dan penuh masa boleh dikelompokkan di bawah jabatan penyokong jualan. Selain itu aktiviti sebagai promosi jualan adalah di bawah jabatan pemasaran dan penjualan yang dibahagi kepada 4 sektor.Sebagai contoh promosi jualan mingguan ,bulana atau musin perayaan yang dijalankan di Pasar Raya Giant.

5.2.4 PENGAGIHAN TUGAS. Kelompokan-kelompokan aktiviti ini akan diagihkan kepada kakitangan tertentu mengikut kepakaran masing-masing. Kakitangan diletakkaan di bawah jabatan-jabatan seperti Jabatan sumber kemanusian, Jabatan kewangan dan Jabatan pemasaran dan sebagainya .Setiap jabatan diketuai oleh seseorang pengurus yang mengagihkan tugas kepada kakitangan bawahansumber juga diagihkan kepada setiap jabatan.Di bawah adalah contoh pengagihan tugas mengikut jabatan dan kepakaran kakitangan di Pasar Raya Giant.

Ketua Jabatan.Memastikan tugas yang diberi untuk sektor mereka dijalankan secara lancar ,terutamanya dengan kakitangan mereka..Mencatat bahan-bahan yang dijual di bawah sektor mereka.

SA StafMeyusun fail

Penolong Jualan.Menolong ketua jabatan menjalankan tugas yang diagihkan kepada sektor mereka..Menawarkan nasihat kepada pelanggan;. Mengatur tarikh penghantaran barang-barang yang lebih besar;.Berurusan dengan aduan pelanggan

Jabatan Pengkomputeran.Memastikan bahawa teknologi seperti komputer dan rangkaian digunakan sesuai dengan perniagaan dan maklumat adalah terjamin.

Jabatan Keselamatan.Memastikan keselamatan pelanggan semasa membeli-belah di Pasar Raya Giant..Memastikan suasana di Pasar Raya Giant adalah selamat dan sesuai untuk semua orang.

5.2.5 AUTORITI DAN TANGGUNGJAWABAutoriti dan tanggungjawab akan diturunkan kepada setiap kakitangan memlalui pengurusrantaian arahan ditegakkan dengan sistem pelaporan yand ditetapkan setelah semua jabatan ditubuhkan penyelarasan kesemua aktiviti jabatan perlu diadakan penyelarasan bertujuan untuk memastikan semua aktiviti jabatan dapat berjalan dengan sempurna supaya objektif syarikat dicapai. Sebagai contoh setiap ketua jabatan di Pasar Raya Giant memastikan sektor mereka dijalankan dengan lancar supaya objektif di organisasi mereka dapat dicapai.

5.3 KONSEP PENGORGANISASIANTerdapat banyak konsep berkaitan dengan pengorganisasian dalam bidang pengurusan Antara konsep yang penting adalah autoriti, tanggungjawab, akauntabiliti,pemusatan dan pemencaran autoriti ,penugasan, empowermen, autoriti lini dan staf, jangkaun kawalan dan rantain arahan.

5.3.1 AUTORITIAutoriti menrujukkan hak seseorang individu dalam membuat sesuatu keputusan dan mengarahkan individu lain dalam organisai. Autoriti ini juga perlu diberi kuasa yang berpadanan dan bersesuian bagi membolehkan setiap arahan yang diberikan dilaksanakan dengan berkesan .Terdapat dua jenis autoriti iaitu autoriti lini dan autoriti staf.

AKAUNTABILITIAkauntabiliti merujuk kepada sikap bertanggungjawab seseorang kepada pihak yang terlibat tentang sebarang tindakan yang diambil dalam proses pelaksanaan tugasnya dan sedia untuk memberikan jawapan terhadap tindakannya kepada pihak yang berhak untuk mendapat penjelasan tersebut.

PEMUSATAN DAN PEMENCARAAN AUTORITI Pemusatan dan pemencaran autoriti merujuk pada peringkat dimana keputusan dibuat dalam organisasi. Pemusatan autoriti ialah tumpuan autoriti di peringkat atasan organisasi. Amalan ini juga dikenali sebagai pendekatan dari atas ke bawah. Pemencaran autoriti merujuk kepada proses membuat keputusan yang diagihkan ke semua peringkat organisasi. Pengurus di setiap peringkat organisasi diberi kuasa untuk membuat keputusan. Sebagai contoh; pemusatan dan pemencaraan autoriti dapat dilihat melalui carta aliran organisasi untuk sektor kewanagan.

EMPOWERMENEmpowermen merupakan sesuatu proses engan pengurus membolehkan atau memberikan kuasa kepada pekerja memikirkan, bergelagat, bertindak, dan membuat keputusan secara bebas. Empowermen juga merupakan satu stail pengurusan dan organisasi yang wajar bagi membolehkan pekerja menggunakan kebebasan, mengawal kerja mereka serta menggunakan kemahiran dan kebolehan demi kebaikan organisasi. Sebagai contoh;

LINI DAN STAFLini merupakan tugas dan aktiviti penting yang perlu dilaksanakan secara langsung untuk mencapai matlamat organisasi yang telah ditetapkan. Oleh itu, pengurus lini bertanggungjawab secara langsung untuk melaksanakan tugas yang diberikan bagi mencapai matlamat organsasi

TANGGUNJAWABTanggungjawab ialah kewajipan dan amanah yang diberikan kepada seseorang pekerja disebabkan oleh kedudukan, fungsi, atau kerjanya. Tanggungjawab ini wujud apabila pekerja menerima tugas daripada ketuanya.

JANGKAUAN KAWALANJangkauan kawalan merujuk kepada bilangan staf bawahan yang melaporkan terus kepada seseorang pengurus atau penyelia. Bilangan staf bawahan yang diselia oleh seseorang penyelia atau pengurus berbeza-beza antara satu dengan yang lain.

RANTAIAN ARAHANRantaian arahan ialah hubungan langsung antara ketua dengan pekerja dari segi sistem pelaporan di sesebuah organisasi. Rantaian arahan ini menunjukkan garisan autoriti yang tidak terputus-putus yang menyambungkan setiap individu dengan pihak pengurusan atasan melalui jawatan di setiap tahap pengurusan.

5.5 GAYA KEPIMPINAN TERTINGGIKepimpinan merupakan fungsi pengurusan yang ketiga serta merupakan langkah ketiga dalam proses pengurusan yang perlu dibuat oleh seseorang pengurus. Fungsi kepimpinan dilakukan setelah langkah perancangan dan pengorgansisasian telah diambil. Fungsi kepimpinan perlu dijalankan bertujuan memastikan semua aspek perancangan dan penyusuanan diserahkan kepada semua pekerha supaya aktiviti organisasi dapat dilaksanakan dengan berkesan.

JENIS KUASAKuasa SahKuasa sah merujuk kepada kuasa yang ada pada seseorang pemimpin disebabkan oleh jawatan yang sah disandangnya dalam organisasi.Seseorang itu dilantik ke suatu jawatan melalui syarat dan prosedur tertentu uang telah ditetapkan oleh organisasi. Kuasa seseorang pemimpin tersebut tertakluk pada hieraki struktur perjawatan di dalam organisasi.

Kuasa GanjaranKuasa ganjaran ialah kuasa yang kerap digunakan apabila membuat perjanjian secara implisit atau pun eksplisit untuk diberikan kepada individu di bawah seorang ketua yang meminta permintaan itu. Kuasa ganjaran boleh dianggap sebagai kepimpinan yang boleh memberi keselesaan kepada pekerja baik dalam bentuk ganjaran kewangan mahu pun bukan kewangan seperti kenaikan gaji, kenaikan pangkat, pujian, tugasan yang lebih baik, hak istimewa, lebih waktu rehat dan tawaran jawatan penting. Dengan cara ini, pekerja akan terasa dihargai.

Kuasa Desakan Kuasa desakan juga melibatkan manipulasi oleh ketua dalam memenuhi kepentingan dan kehendaknya di mana ketua menghukum pekerja apabila pekerja gagal menurut kehendak dan kemahuan ketua. Hukuman itu mampu melibatkan tugasan diluar bidang kerja, pemerhatian yang ketat, melaksanakan undang-undang organisasi yang ketat, digantung kerja tanpa gaji, atau pun mungkin juga dibuang kerja (French dan Raven, 1959). Kuasa RujukanKuasa rujukan dapat ditunjukkan melalui model peranan seperti kecantikan, personaliti, kedudukan, kemasyhuran, dan kegagahan. Seseorang pemimpin yang memiliki ciri kuasa tarikan ini, lazimnya disukai dan disanjungi oleh pengikut atau surbodinatnya. Oleh kerana pekerja bawahan cenderung meniru atau mencontohi ketua mereka, ini membuatkan mereka dengan rela hati mengikut perintah dan terasa senang berurusan dengan seseorang pemimpin. Justeru itu individu ini perlu menyediakan set tingkah laku dan memainkan peranan yang sesuai. Mereka perlu melaksanakan tugasan dengan tanggung jawab dan berdedikasi serta mengelakkan tingkah laku yang tidak wajarKuasa Kepakaran Kuasa pakar terjadi disebabkan oleh seseorang itu memiliki kemahiran, kepandaian, dan penguasaan sesuatu bidang yang telah diceburinya secara mendalam, yang sukar ditandingi oleh orang lain, atau memungkinkan orang lain mendapat kepakaran ini daripada beliau. Hal ini boleh terjadi disebabkan oleh jangka masa seseorang itu bekerja yang membolehkan ia menimba ilmu dan pengalaman, dan menjadi pakar dalam melakukan kerja atau pun pendedahan di bidang teknikal melalui pengajian yang formal. Semua ini menjadikan seseorang itu sebagai pakar rujuk dalam sesebuah organisasi.

Kuasa Formal dan Informal Kuasa formal merujuk kepada pemimpin yang memiliki kuasa yang berpunca daripada jawatan yang dimiliki di dalam sesuatu organisasi. Melalui kedududkan pemimpin tersebut di dalam organisasi ,hal ini membolehkan pemimpin tersebtu menawarkan pelbagai insentif dan mengenakan hukuman bagi mendapatkan serta mengekalkan sesuatu pengaruh. Peminpin mendapat pengaruh apabila pekerja lain tidak mempunyai kemampuan unutk menguasai kemahiran tersebut. Kuasa formal dapat member pemimpin suatu keupayaan untuk mengawal pekerja dari segi tindak-tanduk pekerja di dalam sesebuah organisasi.Kuasa informal merupakan kuasa yang dimiliki oleh peminpin disebabkan factor peribadi yang berkarisma yang menjadi ikutan oleh pekerja lain. Kelazimannya pemimpin ini boleh menunjukkan dirinya sebagai seorang yang jujur dan memiliki ciri-ciri peribadi yang baik. Jika pemimpin itu mempunyai sesuatu kemahiran ,pemimpin tersebut berupaya menggunakan kemahiran tersebut dlama menyelesaikan sesuatu kerja. Tindak-tanduk pemimpin diperhatikan oleh pekerja dan mengiktiraf tentang kebolehan diri pemimpin tersebut.

JENIS KEPIMPINANGAYA KEPIMPINAN TRANSACTIONALKepimpinan transactional menekankan peranan penyeliaan, pengorganisasi, dan prestasi kerja pasukan. Dengan kata lain, pemimpin yang menggunakan jenis kepmpinan ini banyak bergantung pada hukuman dan ganjaran bagi memastikan pekerja melaksanakan tugas mereka pekerja jika mereka berjaya akan menerima ganjaran, tetapi akan menerima hukuman jika mereka gagal.

GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMATIONALPemimpin yang mengamalkan jenis kepimpinan ini merupakan pemimpin yang menyampaikan visi yang jelas tentang matlamat kumpulan, menunjukkan keghairahan untuk bekerja, serta mempunyai kebolehan untuk menjadikan pekerja bersemangat dan bertenaga untuk bekerja. Dengan kata lain, pemimpin transformational bukan sahaja memberikan tumpuan kepada proses kerja tetapi juga menekankan kejayaan setiap pekerja.

GAYA KEPIMPINAN KARISMATIKPemimpin yang karismatik ialah pemimpin yang menyediakan perekitaran yang bertenaga dan pengukuhan yang positif kepada pekerja. Pemimpin ini merupakan sumber inspirasi pekerja dan menggalakan mereka menunjukkan prestasi terbaik.

GAYA KEPIMPINAN BERWAWASAN (VISIONARY)Pemimpin yang berwawasan ialah pemimpin yang mempunyai visi dan bayangan masa hadapan tentang organisasi yang bakal dikecapi. Pemimpin ini mempunyai daya kreativiti, disiplin, kemahuan, dan cita-cita serta keghairahan yang tinggi tentang bentuk masa hadapan yang diinginkan.

GAYA KEPIMPINAN

AUTOKRATIKSeseorang pemimpin yang autokratik adalah mementingkan pelaksanaan tugas. Dia memimpin dengan menggunakan sumber kuasa formal. Pemimpin yang mengamalkan stail ini akan membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas, mengeluarkan arahan dan memastikan arahan itu dipatuh.

DEMOKRATIKStail kepimpinan demokratik dikenali juga sebagai pemimpin yang mengalakkan kesemua kakitangannya melibatkan diri dalam organisasinya. Peluang diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil.

LAISSEZ-FAIREPemimpin yang mengamalkan stail kepimpinan laissez-faire, tidak begitu berminat dengan urusan yang diamanahkan kepadanya. Beliau biasanya tidak peduli mengenai kerja mahupun hasilnya. Kuasa yang ada padanya tidak Pengurusan Persatuan dan Kelab digunakan. Pemimpin jenis ini akan membiarkan semua keputusan dibuat oleh orang bawahannya.

KONTINGENSIGaya kepimpinan kontengensi merupakan satu cara kepimpinan mengambil kira factor ciri-ciri pemimpin dengan factor situasi.Gaya kepimpinan ini membuat penyesuaian dengan factor situasi , Gaya kepimpinan ini membuak penyesuaian gaya kepimpinan berdasarkan ciri-ciri pemimpin dengan factor situasi dalam mewujudkan satu gaya kepimpinan dengan factor situasi dalam sesebuah organisasi.

5.6 GAYA KEPIMPINAN TERTINGGI ORGANISASI PASAR RAYA GIANT

5.6.1.ANALISIS GAYA KEPIMPINAN

Rajah 10 : Graf gaya kepimpinan Pasar Raya Giant di Likas Kosan

Berdasarkan analisis yang dijalankan berdasarkan soal selidik yang diambil oleh para pekerja di Pasar Raya Giant di Likas,Kosan. Pengaji mendapati bahawa terdapat sebanyak 53 % pekerja mengatakan bahawa gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengurus mereka adalah demokratik. Manakala terdapat juga seramai 33% pekerja mengatakan pengurus mereka mengamalkan gaya kepimpinan yang autokratik dan akhir sekali terdapat 14 % pekerja sahaja menyatakan pemimpin mereka mengamalkan gaya kepimpinan laissez-faire. Melalui analisis ini pengaji dapat melihat bahawa pengurus mempunyai 3 gaya kepimpinan yang dinyatakan oleh para pekerja di Pasar Raya Giant .Oleh itu pengaji boleh membuat konklusinya bahawa Pengurus Kedia Pasar Raya Giant cawanagan Likas iaitu Encik Fauzi bin Sabdali adalah mempunyai 3 gaya kepimpinan iaitu autokratik,laissez-faire dan demokratik.Tetapi mengikuti analisis Encik Fauzi bin Sabdali lebih mengunakan gaya kepimpinan demokratik.

5.6.2 ANALISIS JENIS KEPIMPINAN

Rajah 11: Jenis Kepimpinan Pasar Raya Giant di cawangan Likas Kosan.Berdasarkan rajah ini jenis kepimpinan Giant ini didapatkan melalui soal selidik berstruktur. Jenis kepimpinan transactional terdapat sebanyak 7 orang pekerja iaitu sebanyak 33%. Gaya kepimpinan transformational dan gaya kepimpinan karismatik pula terdapat sebanyak 4 orang iaitu 19% bersependapatan pemimpin mereka mengamalkan jenis kepimpinan transformational. Bagi gaya kepimpinan berwawaswan pula terdapat seramai 6 orang pekerja iaitu 29% sahaja. Pengaji boleh melihat bahawa jenis kepimpinan yang diamalakan oleh Encik Fauzi bin Sabdali adalah Transactional dan berwawasan (visionary) .

5.6.3. ANALISIS KUASA KEPIMPINAN

Rajah 12 : Graf jenis kuasa Giant Supermarket Likas Kosan

Jenis kuasa bagi kuasa sah di Giant ialah sebanyak 4 orang pekerja iaitu 19% pekerja sependapat bahawa pemimpin mengamalkan kuasa sah. Kuasa ganjaran pula terdapat 6 orang iaitu 28%. Bagi kuasa desakan pula terdapat sebanyak 9 orang pekerja iaitu 43% yang setuju bahawa pemimpin mengamalkan kuasa desakan. Manakala, kuasa rujukan dan kuasa kepakaran pula hanya terdapat sebanyak 1 orang pekerja iaitu 5% sahaja. Dengan berdasarkan analisis dan temu bual dengan Encik Fauzu bin Sabdali kuasa ganjaran dan kuasa desakan antara kuasa yang diambil oleh beliau. Kuasa ganjaran adalah seperti menaikan pangkat antara pekerja yang berprestasi cemerlangan. Manakala kuasa desakan adalah seperti amaran yang diberi untuk pekerja yang bermasalah dan tindakan seperti pecat juga dijalankan jika melanggar peraturan yang ditetapkan oleh organisasi Pasar Raya Giant.

6.0 PENUTUPKajian yang dipilih untuk mengkaji ialah Pasar Raya Giant di cawangan Likas ,Kosan. Pasar raya Giant Sendirian Berhad merupakan perniagaan peruncitan ,konsep perniagaan peruncitan adalah menjual semua barang iaitu merangkumi barang pengguna seharian,alat elektronik ,bahan alat tulis sehingga keperluan harian. Perkhidmatannya mencapai pelaksanaan piawaian runcit dan mengekalkan prinsip teras ini sungguhpun ketika mengubah wajah Giant menjadi jenama kebangsaan dan antarabangsa dan sebagai peneraju yang tidak tercabar dalam sektor peruncitan Malaysia.

Melalui kajian ini dapat mengenal pasti bentuk organisasi, dan mengenal pasti proses pengorganisasian yang diamalkan oleh Giant Supermarket Likas Kosan dan juga untuk mengetahui dan memahami konsep pengorganisasi yang diamalkan oleh Giant serta mengenal pasti gaya kepimpinan yang dijalankan oleh Giant Supermarket Likas Kosan. Untuk kajian ini terdapat beberapa kaedah digunkan seperti kaedah pemerhatian, kaedah temu bual yang dijalankan dengan pengurus kedai Pasar Raya Giant Sdn Bhd. Cawangan Likas, Kosan untuk mendapatkan maklumat yang lebih teliti.Antara juga sumber internet ,dengan menlayari laman sesawang seperti Google Earth untuk mendapatkan peta dan lokasi Pasar Raya Giant Sdn Bhd. Cawangan Likas.

Dalam dapatan kajian, reka bentuk organisasi Giant Supermarket Likas Kosan ialah struktur organisasi mengikut matriks iaitu gabungan 2 struktur organisasi iaitu fungsi dan produk.Seterusnya proses organisasi terdapat 5 bahagian .Pertama adalah penentuan objektif Giant Supermarket Likas Kosan untuk cawangan ini adalah CF3 iaitu CLEAN(bersih), FULL(penuh),FRESH(segar), FRIENDLY(mesra) STORES (kedia). Kedua ialah pengenalpastian aktiviti memastikan matlamat CF3 tercapai menjalankan pelbagai aktiviti seperti promosi jualan murah, cabutan bertuah. Seterusnya ialah pengelasan aktiviti setiap jabatan mempunyai tugas sendiri, dan tugas bagi setiap orang adalah jelas dan tersusun. Selain itu pengelompokan aktiviti setiap jabatan jelas kepada pekerja terhadap tugas mereka, serta bertanggungjawab apabila jabatan mereka menghadapi masalah perlu menyelesaikannya serta merta. Terakhirnya ialah pengagihan tugas, autoriti, dan tanggungjawab organisasi, Giant mempunyai tugas masing-masing yang jelas dan setiap ketua bagi jabatan yang berlainan mempunyai kuasa masing-masing.

Dalam dapatan kajian ini pengaji telah memperbahagikan tiga kepimpinan dengan soal-selidik terhadap pekerja Giant iaitu pertama gaya kepimpinan, kebanyakan pekerja Giant bersetuju bahawa pemimpin mereka mengamalkan gaya kepimpinan yang demokratik. Pemimpin mereka melibatkan staf bawahan dalam proses membuat keputusan. Kepimpinan kedua ialah jenis kepimpinan transactional, pemimpin mereka akan memberikan ganjaran apabila berjaya menjalankan tugas sebaliknya jika gagal akan diberkan hukuman. kepimpinan ketiga ialah jenis kuasa, pekerja Giant bersetuju bahawa pemimpin mereka mengamalkan jenis kuasa desakan, pemimpin akan memaksa mereka menjalankan tugas tak kira pekerja dapat melakukannya atau tidak.

7.0 RUJUKAN

Aini Hayati Mohamed dan guru pengajian perniagaan, 2013, Teks Pra-U STPM Pengajian Perniagaan Penggal 2

luffybersahabat, Struktur organisasihttp://luffybersahabat.blog.com/2011/01/19/struktur-organisasi/ Posted onJanuary 19, 2011

Mokhtar Pet Rafidah Manap, October 2012, Ace Ahead Teks STPM Pengajian Perniagaan: Pengurusan Penggal 2

https://maps.google.com/maps?hl=en Peta lokasi Giant Wisma Kosan

psychologymania-http://www.psychologymania.com/2012/11/jenis-jenis-struktur-organisasi.html

8.0 LAMPIRAN

Hasil temu bual

1.Bolehkah anda menerangkan tentang carta organisasi dan juga beberapa seksyen yang ada dalam organisasi anda?Manager: Department 4 division fresh, grocey, food, gms

2. Bolehkah terangkan apa fungsi seksyen tersebut?Manager: jualan yang besar, beli barang harian, gms, fresh market untung besar

3. Apakah objektif jabatan bagi pengurusan giant?Manager: CF3 clean, full fresh, frieendly, stores

4. Dengan carta organisasi yang ditentukan, adalah pengagihan tugas, autoriti dan tanggungjawab dilaksanakan dengan lancar?Manager: ya, sesetngah orang ada tanggungjawb terhadap kerja mereka.

5. Adaakah para pekerja mengetahui tugasnya dengan jelasnya dalam jabatan tertentu bagi mencapai matlamat organisasi? Apakah tindakan yang diambil untuk pekerja yang bermasalah?Manager: ya, sesetengah staf mencapai matlamat, sesetengah tidak mendengar cakap, kaunseling, surat amaran 3 kali, pecat.

6. Untuk menjadi pekerja yang cemerlang, berapakah prestasi yang hendak dicapai oleh pekerja mengikut tahap yang ditentukan.Manager: disiplin, naik pangkat, sikap

7. Selama pengurusan giant dijalankan, adakah semua jabatan memberi kerjasama semasa sesuatu aktiviti diserah kepada peringkat atasan.Manager: introduction follow

8. Jika pekerja menghadapi kekangan, apakah tindakan yang akan tuan ambil.Manager: memberi nasihatm

9. Apakah gaya kepimpinan?Manager: demokratik