ppik 2 apungan

8
PPIK 2 APUNGAN, TERAPUNG DAN TENGGELAM TEORI Objek tenggelam di dalam air kerana ia lebih berat dari air? Sebenarnya tidak semua objek tenggelam dalam air. Antara eksperimen yang telah dijalankan untuk membuktikan teori itu salah ialah dengan menggunakan dua plastisin yang sama berat dan dua bikar air yang sama isipadunya. Satu dibentuk bulat dan satu dibentuk leper seperti sampan, kemudian kedua-dua plastisin dimasukkan ke dalam bikar berasingan. Pemerhatian yang didapati, hanya plastiin yang bulat tenggelam dan plastisin yang berbentuk sampan terapung di atas air walhal mempunyai berat yang sama mengapa? Mengikut konsep ketumpatan, jisim berkadar sonsang dengan isipadu iaitu jika isipadu objek itu besar maka ketumpatan akan menjadi kecil atau rendah dan membolehkan objek itu terapung. Oleh yang demikian, objek besar seperti bot, kapal kontena tidak tenggelam kerana mempunyai ketumpatan yang rendah apabila isipadu objek yang digunakan untuk menampung bot tersebut adalah besar. Konsep keapungan ditemui oleh ahli matematik Greek iaitu Archimedes yang menemui teori ini semasa dalam kolah mandi. Prinsip Archimedes menyatakan bahawa daya tujah ke atas yang bertindak pada suatu jasad yang tenggelam atau separa tenggelam adalah sama dengan berat cecair yang disesarkan oleh jasad tersebut. Aplikasi daya tersebut dalam kehidupan harian adalah kapal laut, kapal selam dan belon udara. Sebuah kapal selam akan terapung pada permukaan laut jika tangki keapungannya diisi dengan udara. Ini adalah kerana daya tujah ke atas bertindak pada kapal selam melebihi beratnya. Apabila keapungannya diisi dengan air, kapal tersebut akan tenggelam dalam laut kerana adanya daya tujah yang bertindak ke atasnya kurang daripada beratnya. Tajuk : Apungan, Terapung dan Tenggelam

Upload: la-suerte-aiman

Post on 30-Sep-2015

75 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

asdsadasd

TRANSCRIPT

PPIK 2 APUNGAN, TERAPUNG DAN TENGGELAMTEORIObjek tenggelam di dalam air kerana ia lebih berat dari air?Sebenarnya tidak semua objek tenggelam dalam air. Antara eksperimen yang telah dijalankan untuk membuktikan teori itu salah ialah dengan menggunakan dua plastisin yang sama berat dan dua bikar air yang sama isipadunya. Satu dibentuk bulat dan satu dibentuk leper seperti sampan, kemudian kedua-dua plastisin dimasukkan ke dalam bikar berasingan. Pemerhatian yang didapati, hanya plastiin yang bulat tenggelam dan plastisin yang berbentuk sampan terapung di atas air walhal mempunyai berat yang sama mengapa?Mengikut konsep ketumpatan, jisim berkadar sonsang dengan isipadu iaitu jika isipadu objek itu besar maka ketumpatan akan menjadi kecil atau rendah dan membolehkan objek itu terapung. Oleh yang demikian, objek besar seperti bot, kapal kontena tidak tenggelam kerana mempunyai ketumpatan yang rendah apabila isipadu objek yang digunakan untuk menampung bot tersebut adalah besar.Konsep keapungan ditemui oleh ahli matematik Greek iaitu Archimedes yang menemui teori ini semasa dalam kolah mandi. Prinsip Archimedes menyatakan bahawa daya tujah ke atas yang bertindak pada suatu jasad yang tenggelam atau separa tenggelam adalah sama dengan berat cecair yang disesarkan oleh jasad tersebut. Aplikasi daya tersebut dalam kehidupan harian adalah kapal laut, kapal selam dan belon udara. Sebuah kapal selam akan terapung pada permukaan laut jika tangki keapungannya diisi dengan udara. Ini adalah kerana daya tujah ke atas bertindak pada kapal selam melebihi beratnya. Apabila keapungannya diisi dengan air, kapal tersebut akan tenggelam dalam laut kerana adanya daya tujah yang bertindak ke atasnya kurang daripada beratnya.

Tajuk: Apungan, Terapung dan TenggelamTujuan: Menyiasat keadaan yang diperlukan untuk apungan, terapung dan tenggelamBahan-bahan : Dua silinder penyukat, larutan garam, 2 biji telur, besen air dan lima ketul plastisin, neraca tuas.Aktiviti 1Tajuk: Terapung dan tenggelamPernyataan Masalah : Apakah keadaan yang diperlukan oleh objek untuk terapung dan tenggelam di dalam air?.Hipotesis : Semakin tinggi kepekatan larutan, semakin tinggi daya untuk mengapungkan objek.

Aktiviti 2Tajuk : Terapung dan tenggelamPernyataan Masalah : Apakah keadaan yang diperlukan oleh objek untuk terapung dan tenggelam di dalam air?.Hipotesis: Ketumpatan, bentuk dan ketinggian objek mempengaruhi keapungan objek.

Prosedur : 1. Satu silinder penyukat diisi penuh dengan air paip dan satu lagi dengan larutan garam. Telur dimasukkan ke dalam setiap silinder penyukat dan pemerhatian dilakukan.2. Tiga plastisin berbentuk bola setiap satunya berjisim 50 g diambil. Dua bebola plastisin dibentuk menjadi bot, satu dengan sisinya rendah dan satu lagi dengan sisinya tinggi.3. Satu bebola plastisin dan 2 bot tadi dimasukkan ke dalam besen yang berisi 3/4 air. Pemerhatian direkodkan.4. Dua lagi bebola plastisin 50 g dimasukkan perlahan-lahan ke tengah-tengah setiap satu bot. Pemerhatian direkodkan.5. Inferens setiap pemerhatian dinyatakan.

Pemerhatian :

Bahan-bahan dan radas untuk eksperimen Pemerhatian setelah kedua-dua biji telur dimasukkan kedalam air dan larutan garam A BA. Pemerhatian setelah plastisin bersisi rendah dan bulat dimasukkan ke dalam airB. Pemerhatian setelah plastisin bersisi rendah diletakkan satu bebola plastisin.

A BA. Pemerhatian setelah plastisin bersisi tinggi dan bulat dimasukkan ke dalam airB. Pemerhatian setelah plastisin bersisi tinggi diletakkan satu bebola plastisin.

Keputusan :Pemerhatian terhadap telur :Jenis airKeadaan telurInferens

Air paipTelur tenggelamTelur lebih tumpat berbanding air pili

Larutan garamTelur terapungLarutan garam lebih tumpat berbanding telur

Pemerhatian terhadap plastisin yang diletakkan dalam air :Bentuk plastisin/ InferensKeadaan bot sisi rendahKeadaan bot sisi tinggiKeadaan bola plastisin

Plastisin diletakkan dalam airterapungterapungtenggelam

Apabila bola 50 g ditambahkan di tengah bottenggelamterapungtenggelam

InferensSisi bot tidak dapat menghalang air dari masuk ke dalam bot.Sisi bot dapat menghalang air masuk ke dalam bot dan isipadu bot besar.Isipadu bola plastisin kecil dibandingkan jisimnya, maka ia tenggelam.

Perbincangan :1. Mengapakah objek terapung atau tenggelam di dalam cecair?Mengikut konsep ketumpatan, jisim berkadar songsang dengan isipadu. Ini bermakna jika isipadu objek tersebut besar maka ketumpatan akan menjadi kecil atau rendah dan membolehkan objek itu terapung. Jika objek itu besar seperti bot, kapal kontena tidak tenggelam kerana mempunyai ketumpatan yang rendah apabila isipadu objek yang digunakan untuk menampung bot tersebut adalah besar. Formula ketumpatan diberikan di bawah : Ketumpatan = Jisim Isipadu

2. Bolehkah suatu objek yang lebih tumpat daripada air terapung di atas air?. Terangkan.Tidak boleh. Ini kerana sekiranya objek itu lebih tumpat daripada cecair yang menampungnya, ia akan tenggelam walaupun daya tujahan tetap wujud. Ini kerana magnitud daya tujahan atas yang bertindak tidak mampu untuk menyokong berat objek.

3. Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi apungan suatu objek.a) Pecutan gravitib) Ketumpatan cecairc) Isipadu objek yang terendam di dalam cecair tersebut. Kesimpulan :Bentuk dan ketinggian sisi objek mempengaruhi keapungan sesuatu objek. Hipotesis diterima

SOALAN PENGUASAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN.1.Di hujung aktiviti, jawab soalan-soalan berikut : a) Apa yang anda pelajari daripada aktiviti-aktiviti ini?Mengikut Prinsip Archimedes menyatakan apabila satu jasad direndamkan separuhnya atau sepenuhnya ke dalam satu bendalir, jasad itu akan mengalami satu daya julangan (daya tujah) ke atas yang nilainya sama dengan dengan berat bendalir yang disesarkan. Formula berikut diikuti : Berat jasad > daya julangan, jasad akan tenggelam. Berat jasad = daya julangan, jasad akan tetap pada kedudukan Berat jasad < daya julangan, jasad akan separuh tenggelam.

b) Bahagian yang manakah di dalam kurikulum sains rendah mengajar topik ini?Tema Sains Bahan Timbul dan Tenggelam Tahun 1.

c) Bincang bagaimana anda menggunakan aktiviti-aktiviti ini di dalam pengajaran dan pembelajaran.Aktiviti ini boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengadakan aktiviti seperti eksperimen, demonstrasi, projek dan pameran sains. Murid boleh didedahkan dengan eksperimen menentukan keapungan dan tenggelamnya pelbagai objek di dalam air. Murid juga boleh dicabar pemikirannya dengan mengadakan pertandingan mencipta objek yang boleh terapung di dalam air seterusnya mengadakan pameran sains. Ini menjadikan murid lebih faham dan seronok mempelajari sains. Tayangan power point dan animasi juga boleh merangsang minat murid mempelajari sains.

d) Guru boleh menjadi pembimbing dan pemudah cara apabila murid mengadakan eksperimen dan projek. Semasa aktiviti dijalankan ,guru harus memantau setiap perkembangan dan mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan. Ini penting untuk merangsang minda murid supaya mereka tidak tersilap konsep mengenai tajuk keapungan dan ketumpatan.RUJUKANMd Arris A.Y , Sopia M.Y, Mohd Yatim D, Naziyah , Toh Kim Kau. Science Practical Year 6. (2008). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.Anthony S.H. Tan. Fizik SPM KBSM.(1994). Metro Press Sdn. Bhd. Ampang.Yeap Tok Kheng (2005) . Fizik SPM . Pearson Longman. Physic Volume 2. James S. Walker