ppik 2

10
PISMP SEM 5 SCE 3109 Ahli Kumpulan: Noor Fatinah Mohd Rusli, Rosalina Zafirah Rozali, Tan Hui Er Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan 2 Memerhati kesan Haba terhadap Penebat haba dan Konduktor Haba Anda dibekalkan dengan 1 kg – blok aluminium dan 1 kg air dalam bikar. 1. Reka bentuk satu penyiasatan untuk membuktikan bahawa aluminium adalah konduktor haba yang baik manakala air adalah penebat haba yang baik. EKSPERIMEN : TEORI: Penebat ialah bahan yang sukar untuk mengalirkan tenaga seperti haba, elektrik, cahaya dan bunyi untuk melalui bahan tersebut. Antara contoh penebat yang baik seperti kayu, pasir, air, getah, kapas, kertas, plastik, kaca dan udara. Oleh itu, pemegang senduk atau sudip diperbuat daripada plastik kerana plastik tidak mudah mengalirkan haba. Jadi ia digunakan untuk mengacau makanan yang panas tanpa merasa panas dan melecur. Konduktor ialah bahan yang mudah mengalirkan tenaga. Jadi tenaga boleh mengalir dengan mudah melalui konduktor. Antara contoh konduktor yang baik seperti logam, tembaga, aluminium,

Upload: fatinah-r

Post on 31-Dec-2015

43 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

pengetahuan pedagogi isi kandungan 2

TRANSCRIPT

Page 1: PPIK 2

PISMP SEM 5 SCE 3109

Ahli Kumpulan: Noor Fatinah Mohd Rusli, Rosalina Zafirah Rozali, Tan Hui Er

Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan 2

Memerhati kesan Haba terhadap Penebat haba dan Konduktor Haba

Anda dibekalkan dengan 1 kg – blok aluminium dan 1 kg air dalam bikar.

1. Reka bentuk satu penyiasatan untuk membuktikan bahawa aluminium adalah

konduktor haba yang baik manakala air adalah penebat haba yang baik.

EKSPERIMEN:

TEORI:

Penebat ialah bahan yang sukar untuk mengalirkan tenaga seperti haba, elektrik,

cahaya dan bunyi untuk melalui bahan tersebut. Antara contoh penebat yang baik

seperti kayu, pasir, air, getah, kapas, kertas, plastik, kaca dan udara. Oleh itu,

pemegang senduk atau sudip diperbuat daripada plastik kerana plastik tidak mudah

mengalirkan haba. Jadi ia digunakan untuk mengacau makanan yang panas tanpa

merasa panas dan melecur.

Konduktor ialah bahan yang mudah mengalirkan tenaga. Jadi tenaga boleh

mengalir dengan mudah melalui konduktor. Antara contoh konduktor yang baik seperti

logam, tembaga, aluminium, perak dan besi. Oleh itu, aluminium digunakan untuk

membuat periuk kerana boleh mengalirkan haba dengan baik.

MASALAH:

Untuk mengenalpasti konduktor dan penebat yang baik?

TUJUAN:

Menyiasat kebolehan aluminium sebagai konduktor haba yang baik manakala air

sebagai penebat haba yang baik.

Page 2: PPIK 2

PISMP SEM 5 SCE 3109

HIPOTESIS:

Aluminium adalah konduktor yang baik manakala air adalah penebat yang baik.

BAHAN:

a) 1 kg bongkah aluminium

b) 1 kg air dalam bikar

RADAS:

a) Pemanas air 60 Watt

b) Kaki retort

c) Termometer

d) Jam randik

PROSEDUR:

1. Air

a) 1kg air yang diisi ke dalam bikar dan suhunya diukur menggunakan

termometer.

b) Pemanas air disokong oleh kaki retort dan suis dihidupkan.

c) Selepas pemanas air mulai panas, ia dimasukkan ke dalam bikar berisi air

dan masa dicatatkan menggunakan jam randik.

d) Selepas 10 minit suis ditutup, air dikacau dan suhu diukur menggunakan

termometer.

e) Pemanas air dibiarkan sejuk.

Page 3: PPIK 2

Materials

PISMP SEM 5 SCE 3109

2. Aluminium

a) Termometer dimasukkan di dalam lubang kecil pada bongkah aluminium

b) Pemanas air disokong oleh kaki retort dan suis dihidupkan.

c) Selepas pemanas air mulai panas, termometer dimasukkan ke dalam lubang

kecil pada blok aluminium dan masa dicatatkan menggunakan jam randik.

d) Selepas 10 minit suis ditutup dan suhu diukur.

KEPUTUSAN :

Suhu awal (°C) Suhu akhir

( selepas10 minit)

(°C)

Perbezaan Suhu

(°C)

1kg blok

aluminium

1 kg air

KESIMPULAN:

Hasil daripada keputusan eksperimen di atas, dapat dibuktikan bahawa aluminium

adalah konduktor haba manakala air bertindak sebagai penebat haba yang baik.

Catatan

Bahan

Page 4: PPIK 2

PISMP SEM 5 SCE 3109

Apakah bahan yang mempunyai muatan haba yang lebih tinggi? Bincangkan .

Air mempunyai kapasiti yang lebih tinggi. Hal ini kerana air boleh menyimpan

lebih banyak haba berbanding aluminium. Ini dapat dibuktikan melalui kadar masa

pemanasan air dan aluminium iaitu peningkatan suhu air lebih lambat dibandingkan

dengan aluminium. Air mempunyai muatan haba tentu yang lebih tinggi berbanding

aluminium kerana air mempunyai ikatan hidrogen antara molekul yang kuat.

Bongkah aluminium mestilah dibalut dengan kapas untuk mengurangkan haba

ke sekeliling. Selain itu, sedikit minyak dimasukkan ke dalam lubang supaya berlaku

sentuhan terma antara bongkah dengan termometer. Terdapat lubang kecil pada

bongkah aluminium untuk membenarkan aluminium mengembang apabila dipanaskan.

Bikar dimasukkan ke dalam bekas polisterin untuk mengurangkan kehilangan

haba ke sekeliling. Air dikacau setiap masa supaya suhu sentiasa seragam pada

semua bahagian.

Jadi air mempunyai muatan haba yang lebih tinggi berbanding aluminium.

Aluminium mempunyai muatan haba tentu yang kecil yang membolehkannya mudah

menyerap dan membebaskan haba dengan mudah. Air pula boleh menyerap tenaga

haba dalam kuantiti yang besar tanpa mengalami peningkatan.

Page 5: PPIK 2

PISMP SEM 5 SCE 3109

Di akhir aktiviti ini, jawab soalan berikut:

1) Apakah yang telah anda pelajari daripada dua aktiviti ini?

Melalui aktiviti ini, saya telah mempelajari dan mengenal pasti bahan konduktor

dan penebat dari segi pengaliran haba. Kedua-dua bahan ini mempunyai perbezaan

dari segi muatan haba. Air yang menunjukkan peningkatan haba yang rendah

merupakan penebat haba yang baik. Manakala aluminium yang menunjukkan

peningkatan haba yang cepat merupakan konduktor haba yang baik.

Selain itu, saya mendapati dan mempelajari bahawa tiada kaitan antara

pengaliran haba dan muatan haba tentu. Ini kerana pengetahuan dan skema saya

sebelum ini menganggap bahan yang mempunyai muatan haba tentu yang tinggi boleh

mengalirkan haba dengan baik namun konsep tersebut adalah salah. Ini menimbulkan

perasaan ingin tahu jadi saya menambahkan bahan bacaan dan mengesahkan bahawa

tiada perkaitan antara pengaliran haba dengan muatan haba tentu.

2) Bahagian manakah dalam kurikulum sains sekolah rendah yang melibatkan

tajuk ini?

Tahun: 4

Tema: Menyiasat Bahan

Topik: Ciri-ciri Bahan

Objektif Pembelajaran:

- Memahami ciri-ciri bahan.

Hasil Pembelajaran:

- Murid dapat mengenal pasti bahan yang boleh mengalirkan haba.

- Murid dapat menyatakan apa itu konduktor.

- Murid dapat menyatakan apa itu penebat.

- Murid dapat membuat generalisasi konduktor haba yang baik juga merupakan

konduktor elektrik yang baik.

Page 6: PPIK 2

PISMP SEM 5 SCE 3109

3) Bincangkan bagaimana anda menggunakan aktiviti ini semasa proses

pengajaran dan pembelajaran.

Guru boleh mencadangkan murid menjalankan eksperimen untuk mengetahui

konduktor dan penebat haba untuk menjalankan aktiviti ini dalam proses pengajaran

dan pembelajaran, guru boleh menyediakan bahan.

Guru juga dapat menjalankan aktiviti perbincangan di dalam kumpulan di mana

murid-murid akan berbincang mengenai konduktor dan penebat dan seterusnya guru

akan membetulkan pengetahuan sedia ada murid yang silap jika sekiranya ada. Guru

juga dapat membuat aktiviti mengumpulkan maklumat daripada sumber buku atau

internet tentang konduktor dan penebat haba ini.

Aktiviti ini membolehkan pelajar untuk memahami konsep konduktor dan penebat

haba. Aktiviti ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam kerja

berkumpulan semasa menjalankan eksperimen dan perbincangan. Aktiviti

menghasilkan pelbagai idea dan pendapat turut memotivasikan pelajar supaya berfikir

secara kreatif.

4) Apakah peranan anda sebagai guru bagi aktiviti ini?

Guru akan bertindak sebagai fasilitator aktiviti ini di mana guru akan merangsang

pemikiran murid untuk mengenal pasti konduktor dan penebat haba yang baik. Guru

juga akan bertindak sebagai pemerhati bagi memastikan semua murid melibatkan diri

sepenuhnya dalam aktiviti yang dijalankan. Guru juga menjadi seorang yang memberi

penerangan kepada murid-murid apabila idea yang diberikan oleh murid adalah salah

daripada teori yang sepatutnya.

Semasa menjalankan aktiviti ini, guru berperanan sebagai penasihat atau

penyampai ilmu dan pembimbing, iaitu mengajar pelajar tentang sesuatu proses dan

membimbing mereka sepanjang menjalankan sesuatu aktiviti.

Page 7: PPIK 2

PISMP SEM 5 SCE 3109

Guru juga berperanan sebagai pemantau yang memberi bantuan dan tunjuk ajar

kepada murid semasa mereka mengalami sesuatu masalah dalam pelajaran.

Selain itu, guru juga berperanan sebagai pendorong. Guru harus selalu

memotivasikan murid dan menggalakkan mereka supaya mereka selalu bersemangat

dan berasa yakin dalam mempelajari sesuatu dan menimba ilmu pengetahuan baharu.

Semasa menjalankan aktiviti, guru juga memainkan peranan sebagai penyedia

bahan dengan menyediakan bahan-bahan dan menjelaskan langkah-langkah tugasan

kepada murid supaya mereka faham dan dapat menyiapkan sesuatu tugasan dengan

sempurna.

Rujukan:

Tanpa pengarang (2014). Pengembangan Pepejal.

http://physics.stackexchange.com/questions/12599/will-a-hole-cut-into-a-metal-disk-expand-or-shrink-when-the-disc-is-heated Dilayari pada 7 Januari 2014.

Tanpa pengarang (2014). Konduktor dan Penebat.

http://jomcariilmu.blogspot.com/2011_06_01_archive.html Dilayari pada 7 Januari 2014.

Tanpa pengarang (2014). Konduktor dan Penebat.

http://lets-explore-science.blogspot.com/2012/11/bahan-konduktor-dan-bahan-penebat.html. Dilayari pada 7 Januari 2014.

Tanpa pengarang (2014). Konduktor dan Penebat.

http://sainstahunempat.blogspot.com/2013/05/konduktor-atau-penebat.html. Dilayari pada 7 Januari

Tanpa pengarang (2014). Konduktor dan Penebat.

http://prezi.com/pgsqid56vvxk/konduktor-haba-dan-penebat-haba/. Dilayari pada 7 Januari 2014.