ppik-2

6
Tajuk PPIK : Keapungan, timbul dan tenggelam. Tajuk aktiviti 1 : Mengkaji mengapa jasad timbul atau tenggelam dalam cecair. Hasil pembelajaran : Mengkaji keadaan yang utama untuk keapungan, timbul dan tenggelam. Bahan : Dua silinder penyukat, larutan saline (air masin), dua telur dan air paip. Mengenal pasti masalah : mengkaji mengapa telur terapung atau tenggelam dalam air dan larutan saline? Hipotesis : Apabila ketumpatan larutan tinggi, jasad akan terapung. Prosedur aktiviti : 1. Dua silinder penyukat diisikan penuh dengan air, satu dengan air paip dan satu lagi dengan larutan saline. 2. Satu telur diletakkan dalam setiap satu silinder penyukat dan apa yang berlaku diperhatikan. 3. Pemerhatian direkodkan dengan inferensnya. Telu r Air paip Silinder penyukat Telu r Larutan saline Silinder penyukat

Upload: tharmanthiran

Post on 25-Dec-2015

25 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ppik 2 sem 3

TRANSCRIPT

Page 1: PPIK-2

Tajuk PPIK :

Keapungan, timbul dan tenggelam.

Tajuk aktiviti 1 :

Mengkaji mengapa jasad timbul atau tenggelam dalam cecair.

Hasil pembelajaran :

Mengkaji keadaan yang utama untuk keapungan, timbul dan tenggelam.

Bahan :

Dua silinder penyukat, larutan saline (air masin), dua telur dan air paip.

Mengenal pasti masalah :

mengkaji mengapa telur terapung atau tenggelam dalam air dan larutan saline?

Hipotesis :

Apabila ketumpatan larutan tinggi, jasad akan terapung.

Prosedur aktiviti :

1. Dua silinder penyukat diisikan penuh dengan air, satu dengan air paip dan

satu lagi dengan larutan saline.

2. Satu telur diletakkan dalam setiap satu silinder penyukat dan apa yang

berlaku diperhatikan.

3. Pemerhatian direkodkan dengan inferensnya.

Telur

Air paip

Silinder penyukat

Telur

Larutan saline

Silinder penyukat

Rajah 1 : Silinder penyukat A Rajah 2 : Silinder penyukat B

Page 2: PPIK-2

Langkah berjaga-jaga :

1. Semasa meletakkan telur dalam larutannya, dengan berhati-hati.

2. Larutan diisikan ¾ dalam silinder penyukat supaya larutan tidak terpercik.

Pemerhatian / keputusan :

Silinder penyukat Pemerhatian Inferens

A

(Air paip + telur)Telur tenggelam dalam air.

Ketumpatan air paip

rendah daripada telur.

Jadi, telur tenggelam

dalam air paip.

B

(Larutan saline + telur)

Telur terapung pada

permukaan larutan saline.

Ketumpatan larutan saline

lebih tinggi daripada telur.

Oleh itu, telur terapung di

atas larutan saline.

Perbincangan :

Dalam aktiviti ini, saya menguji tentang keadaan telur dalam air paip dan

larutan saline. Melalui pemerhatian, saya mendapati bahawa telur tenggelam dalam

air manakala dalam larutan saline, telur terapung pada permukaannya. Ini kerana,

telur lebih tumpat daripada air paip. Jadi, telur tenggelam dalam air paip. Tetapi,

telur berada pada permukaan larutan saline, ini menunjukkan bahawa ketumpatan

larutan mempengaruhi daya keapungan telur. Hal ini kerana, jika makin tumpat

sesuatu cecair tersebut atau larutan maka ketumpatan cecair menghasilkan daya

tujah air yang lebih kuat yang boleh mengatasi berat sesebuah objek. Dalam aktiviti

ini, larutan saline membuktikan bahawa ia mempunyai daya tujah yang kuat hingga

telur tersebut terapung pada permukaannya. Berbanding dengan air paip, ia

mempunyai ketumpatan yang kurang menyebabkan daya tujah air paip tidak mampu

untuk menguasai berat objek. Jadi, objek tenggelam dalam air paipnya.

Kesimpulan :

Ketumpatan cecair akan mempengaruhi kadar keapungan objek dalam cecairnya.

Page 3: PPIK-2

Tajuk aktiviti 2 :

Mengkaji mengapa jasad timbul atau tenggelam dalam cecair.

Hasil pembelajaran :

Mengkaji keadaan yang utama untuk keapungan, timbul dan tenggelam.

Bahan :

Bekas berbentuk panjang dan tiga bola plastisin (setiap 50g).

Mengenal pasti masalah :

Mengkaji mengapa plastisin bentuk bola dan bot sisi yang rendah serta bot sisi yang

tinggi, terapung atau tenggelam dalam air?

Hipotesis :

Prosedur aktiviti :

1. Tiga bola plastisin diambil, setiap satu 50g. Dua bola plastisin dibentukkan

menjadi bentuk bot, satu dengan sisi yang rendah dan satu lagi dengan sisi

yang tinggi.

2. Bola 50g dan dua bot diletakkan di bekas yang diisi air ¾ penuh.

3. Pemerhatian direkodkan dengan inferensnya.

Bentuk bot bersisi rendah

Bentuk bot bersisi tinggi

Bentuk bola

Page 4: PPIK-2

Langkah berjaga-jaga :

1. Pastikan bot membentuk sisi rendah dan sisi tinggi dengan tidak berlubang

supaya air tidak masuk ke dalam bot semasa meletakkan di bekas yang diisi

dengan air.

2. Pastikan ketiga-tiga bola plastisin mempunyai berat 50g.

Pemerhatian / kesimpulan :

Bentuk plastisin Pemerhatian Inferens

Bentuk bola Tenggelam dalam air

Bentuk bot bersisi rendahTerapung pada

permukaannya

Bentuk bot bersisi tinggiTerapung pada

permukaannya.

Perbincangan :

Kesimpulan :

Page 5: PPIK-2

Tajuk aktiviti 3 :

Mengkaji mengapa jasad timbul atau tenggelam dalam cecair.

Hasil pembelajaran :

Mengkaji keadaan yang utama untuk keapungan, timbul dan tenggelam.

Bahan :

Bekas berbentuk panjang dan lima bola plastisin (setiap 50g).

Mengenal pasti masalah :

Mengkaji mengapa plastisin bentuk bola, bot sisi yang rendah bersama dengan

plastisin bentuk bola serta bot sisi yang tinggi bersama dengan plastisin bentuk bola,

terapung atau tenggelam dalam air?

Hipotesis :

Prosedur aktiviti :

1. Tiga bola plastisin diambil, setiap satu 50g. Dua bola plastisin dibentukkan

menjadi bentuk bot, satu dengan sisi yang rendah dan satu lagi dengan sisi

yang tinggi.

2. Bola 50g dan dua bot diletakkan di bekas yang diisi air ¾ penuh.

3. Sekarang, satu lagi bola 50g diambil dan di bahagian tengah setiap bot

diletakkan setiap satu secara perlahan-lahan.

4. Pemerhatian direkodkan dengan inferensnya.

Bentuk bot bersisi tinggi + bentuk bola

Bentuk bot bersisi rendah + bentuk bola

Bentuk bola

Page 6: PPIK-2

Langkah berjaga-jaga :

1. Pastikan bot membentuk sisi rendah dan sisi tinggi dengan tidak berlubang

supaya air tidak masuk ke dalam bot semasa meletakkan di bekas yang diisi

dengan air.

2. Pastikan kelima-lima bola plastisin mempunyai berat 50g.

3. Di bahagian tengah bot, meletakkan setiap satu bola secara perlahan-lahan

untuk mendapatkan keputusan yang tepat.

Pemerhatian / kesimpulan :

Bentuk plastisin Pemerhatian Inferens

Bentuk bola Tenggelam dalam air

Bentuk bot bersisi rendah +

plastisin bentuk bolaTenggelam dalam air

Bentuk bot bersisi tinggi +

plastisin bentuk bola

Terapung pada

permukaannya.

Perbincangan :

Kesimpulan :