ppik 1

Upload: sivanesan-velavan

Post on 09-Mar-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ppik 1

TRANSCRIPT

PPIK 1 MENYIASAT PERUBAHAN TENAGA

PPIK 1MENYIASAT PERUBAHAN TENAGAJalankan aktiviti-aktiviti di bawah dan nyatakan perubahan tenaga yang berlaku:Nyalakan lampu mejaNyalakan lilinHidupkan kalkulator solarMasukkan dua bateri ke dalam kereta permainan dan hidupkanMeregangkan getahPerhatikan telefon berdering

Lampu meja dinyalakan

Tenaga elektrik tenaga cahaya

Lilin dinyalakan

Tenaga kimia tenaga cahaya+ tenaga haba

Kalkulator solar dihidupkan

Tenaga solar tenaga elektrik tenaga cahaya

Dua bateri dimasukkan ke dalam kereta permainan dan dihidupkan

Tenaga elektrik tenaga kinetik

Getah diregangkan

Tenaga kinetik tenaga keupayaan

Telefon berdering

Tenaga elektrik tenaga bunyi + tenaga kinetik

Pada akhir aktiviti ini,Apakah yang telah anda pelajari daripada aktiviti ini?Melalui aktiviti yang telah dijalankan, saya telah mengetahui bahawa tenaga adalah satu keupayaan bagi melaksanakan kerja. Tenaga tidak boleh dicipta atau dihapuskan. Tenaga tidak hilang tetapi bertukar bentuk dari satu bentuk ke bentuk lain. Dalam aktiviti harian, pertukaran tenaga berlaku dari satu bentuk ke bentuk yang lain akan melibatkan kehilangan tenaga. Sebahagian daripada tenaga akan hilang menjadi tenaga haba. Perubahan tenaga ini dipanggil sebagai Hukum Termodinamik.Tenaga bertukar kepada pelbagai bentuk seperti tenaga kinetik, tenaga keupayaan, tenaga haba, tenaga cahaya, tenaga bunyi, tenaga kimia, tenaga elektrik, tenaga nuklear dan tenaga mekanikal. Tenaga bermula dengan satu bentuk dan bertukar kepada bentuk yang lain. Terdapat juga tenaga bertukar kepada lebih daripada satu bentuk sebelum terhasil bentuk tenaga paling akhir.

Bahagian yang manakah dalam kurikulum sains sekolah rendah yang berkaitan dengan topic berkenaan?Bagi Kurikulum Sains Sekolah Rendah, bahagian yang sesuai untuk mengajar topik seperti ini ialah mengikut sukatan Tahun 5 iaitu bahagian menyiasat alam fizikal. Dalam bidang pembelajaran Tenaga, antara hasil pembelajarannya ialah:

Memahami tenagaAras 1Menyatakan pelbagai sumber tenagaAras 2Mengenal pasti pelbagai bentuk tenagaAras 3Menerangkan konsep tenaga

Memahami tenaga elektrikAras 1Memberi contoh pelbagai alat yang menghasilkan tenaga elektrikAras 2Memerihalkan tenaga elektrik boleh diubah kepada bentuk tenaga lainAras 3Menerangkan penjimatan penggunaan tenaga elektrik

Menghargai sumbangan sains dan teknologi dalam penciptaan alat yang boleh mengubah bentuk tenaga.Mewajarkan kepentingan penciptaan alat elektrik yang boleh mengubah tenaga elektrik kepada bentuk tenaga yang diperlukan untuk keselesaan hidup.

Bincangkan bagaimana anda boleh menggunakan aktiviti-aktiviti ini dalam pengajaran dan pembelajaran?Fasa yang pertama dalam model Needham adalah fasa orientasi iaitu bertujuan untuk menimbulkan minat murid-murid pada awal waktu kelas diadakan. Aktiviti yang boleh digunakan adalah membawa alatan dan bahan seperti lampu suluh/meja, kereta mainan, lilin, getah, kalkulator solar dan telefon bimbit ke kelas dan menjalankan demonstrasi di hadapan murid-murid. Kemudian menjalankan aktiviti seperti di atas dan bertanyakan soalan apakah yang berlaku pada bahan-bahan tersebut. Guru juga boleh mengeluarkan bateri daripada kereta dan bertanyakan pada murid jika kereta tersebut boleh bergerak atau tidak.

Fasa yang kedua pula ialah pencetusan idea. Fasa ini adalah bertujuan supaya guru mengetahui pengetahuan sedia ada murid. Daripada aktiviti sebelumnya, guru akan bertanya dengan murid-murid beberapa soalan seperti:Apakah yang menyebabkan bahan-bahan tersebut dapat berfungsi?Apakah maksud tenaga?Berikan contoh-contoh jenis tenaga yang diketahui?Berikan contoh-contoh sumber tenaga?

Seterusnya, fasa penstrukturan semula idea iaitu mewujudkan kesedaran tentang idea alternatif yang berbentuk saintifik. Dalam fasa ini, murid-murid akan menyedari bahawa idea-idea sedia ada perlu diubahsuai dan diperkembangkan lagi atau diganti dengan idea yang lebih saintifik. Di sini, guru akan menerangkan konsep tenaga dan peranan tenaga agar bahan-bahan tersebut dapat berfungsi, kemudian guru menerangkan konsep tenaga yang boleh diubah ke bentuk tenaga yang lain dengan menggunakan contoh-contoh bahan demonstrasi sebelumnya sebagai bahan bantu mengajar.

Fasa yang keempat ialah pengaplikasikan idea iaitu dengan pengukuhan kepada idea yang telah dibina dalam situasi baru dan biasa. Guru seterusnya akan membentuk kumpulan perbincangan dan memberikan lembaran kerja kepada setiap kumpulan. Murid-murid dikehendaki untuk berbincang soalan lembaran kerja iaitu menyatakan jenis tenaga dan perubahan tenaga menurut soalan, kemudian menyenaraikan 5 contoh peralatan lain dalam kehidupan seharian yang menggunakan tenaga dan mengalami perubahan tenaga. Ini boleh menguji tahap kefahaman murid-murid tentang topik ini. Contoh-contoh lain:Seterika elektrik: tenaga elektrik tenaga habaRadio menggunakan sumber tenaga: tenaga elektrik tenaga bunyiTelevisyen : tenaga elektrik tenaga bunyi + tenaga cahayaAlat pengering rambut: tenaga elektrik tenaga kinetik tenaga haba + tenaga bunyi

Fasa yang terakhir ialah refleksi. Tujuan fasa ini adalah menyedari tentang perubahan idea murid. Murid dapat membuat refleksi sejauh manakah idea asal mereka telah berubah dan cuba membetulkan pengetahuan sedia ada mereka. Dalam fasa ini, guru akan menyemak jawapan perbincangan lembaran kerja. Kemudian merumuskan semua penerangan yang telah dijelaskan kepada murid-murid pada akhir kelas menggunakan peta minda.

Apakah peranan guru dalam aktiviti-aktiviti ini?Seorang guru telah memainkan peranan yang sangat penting dalam mengendalikan aktiviti ini. Guru memainkan peranan sebagai seorang penyampai maklumat. Guru menerangkan tentang konsep tenaga dan perubahan tenaga supaya memberi satu pendedahan awal kepada murid dan memberi pengenalan tentang konsep ini sebelum menyatakan maklumat yang selanjutnya. Selain itu juga, guru juga dikenali sebagai fasilitator yang akan membimbing anak murid supaya berupaya untuk mengenalpasti bentuk-bentuk tenaga yang dalam soalan lembaran kerja. Daripada situ, guru bertugas sebagai pembimbing yang akan mendorong murid dan memberi penerangan seterusnya untuk mengukuhkan lagi pengetahuan murid.

Guru juga dikenali sebagai pemberi masalah yang memberi banyak persoalan kepada murid bagi menguji kefahaman seorang murid itu tentang topik yang diajar pada waktu itu. Guru turut berperanan sebagai pembantu penyelesaian masalah yang bertanggungjawab untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah kurang memahami akan yang telah disampaikan oleh guru dan cuba untuk menjelaskan lagi topik tersebut secara ringkas dan menjawab soalan yang dikemukakan oleh murid tentang topik ini.