power supply error display -...

9
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA BUKIT MERTAJAM JALAN BERAPIT,14000 BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG POWER SUPPLY ERROR DISPLAY NAMA : HAFIZ BIN AHMAD NANDARI : MOHD AMIN BIN OMAR @ ZAKARIA : MOHAMMED HAFIZUL AFIQ SHAH BIN APANDI NAMA PENASIHAT: EN.AZAHARI BIN MOHAMAD

Upload: dangkhanh

Post on 26-Mar-2018

235 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: POWER SUPPLY ERROR DISPLAY - …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1467-power-supply-error... · Mesin pemotong besi Mesin pencanai Gergaji besi Kikir Sesiku L ... daripada itu,

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA BUKIT MERTAJAM

JALAN BERAPIT,14000 BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG

POWER SUPPLY ERROR DISPLAY

NAMA : HAFIZ BIN AHMAD NANDARI

: MOHD AMIN BIN OMAR @ ZAKARIA

: MOHAMMED HAFIZUL AFIQ SHAH

BIN APANDI

NAMA PENASIHAT: EN.AZAHARI BIN MOHAMAD

Page 2: POWER SUPPLY ERROR DISPLAY - …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1467-power-supply-error... · Mesin pemotong besi Mesin pencanai Gergaji besi Kikir Sesiku L ... daripada itu,

SINOPSIS RINGKASAN PROJEK

Power Supplies Error Display dicipta dapat membantu pengguna untuk mengesan

sekiranya terdapat kerosakkan pada pendawaian elektrik.Ia bukan sahaja memaparkan

kerosakkan tetapi ia juga memaparkan sekiranya pendawaian selamat untuk digunakan.Justeru,

pengguna hanya perlu meninjau atau membuat pemantauan untuk melihat samaada ia berfungsi

dengan baik atau terdapat kerosakkan.Projek ini juga menggunakan litar kawalan PIC16F877

yang telah diprogramkan.

PENGENALAN

Dengan perkembangan teknologi pada masa kini, kesemua peralatan elektrik dan

elektronik yang canggih digunakan pada setiap hari. Oleh itu, skop utama yang ingin kami

perkenalkan adalah untuk kegunaan orang awam. Ini kerana dalam sistem elektrik merupakan

satu sistem yang mempunyai risiko yang tinggi dari segi keselamatan.

Projek ini dapat membantu pengguna untuk mengesan sekiranya terdapat kerosakkan

pada pendawaian elektrik. Projek ini bukan sahaja memaparkan kerosakkan tetapi ia juga

memaparkan sekiranya pendawaian selamat untuk digunakan. Justeru, pengguna hanya perlu

meninjau atau membuat pemantauan untuk melihat samaada ia berfungsi dengan baik atau

terdapat kerosakkan.

Projek “Supply Error Dispaly” yang dicipta ini beroperasi secara automatik. Ia akan

beroperasi selama 24 jam. Sekiranya tidak terdapat kerosakkan pada pendawaian maka “LCD”

memaparkan “No Error“. Apabila terdapat kerosakkan pula maka “LCD” akan memaparkan “Error

Alert” dan ia menunjukkan bilik atau lokasi mana yang menghadapi kerosakkan. Ia juga akan

menghantar isyarat melalui sisstem pesanan ringkas (SMS) dengan menggunakan GSM (Global

System Mobile).

Page 3: POWER SUPPLY ERROR DISPLAY - …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1467-power-supply-error... · Mesin pemotong besi Mesin pencanai Gergaji besi Kikir Sesiku L ... daripada itu,

Cara projek ia beroperasi ialah “MCB” akan memutuskan litar elektrik tetapi penguna tidak

mengetahui di mana berlakunya kerosakkan maka, terciptalah satu projek yang diberi nama

“Supply Error Display” dimana “LCD” akan memaparkan dimana lokasi yang terdapat

kerosakkan dengan mengunakan sistem PIC iaitu “PIC 16F877” yang telah diprogramkan.

Oleh itu, dengan adanya projek ini ia dapat mempelbagaikan lagi produk yang berteraskan

kejuruteraan yang berkaitan dengan elektrikal, elektronik.Sistem ini digunakan untuk proses

memaparkan kerosakkan atau tidak pada pendawaian elektrik yang beroperasi tanpa pekerja.

Ia juga dapat menjimatkan kos serta mengurangkan pembaziran dalam mengesan

kerosakkan. Ia juga dapat menjimatkan masa penguna kerana tidak perlu memeriksa satu

persatu bahagian atau lokasi yang mana terdapat kerosakkan.

OBJEKTIF PROJEK

I. Kemampuan untuk membangunkan sistem rekacipta sesuatu prjek yang baru dan

berteknologi tinggi.

II. Untuk membentuk alat pengesan kerosakan pendawaian menggunakan paparan

LCD,Buzzer amaran dan SMS sekirannya berlaku kerosakan atau tidak pada pendawaian

elektrik,dimana pengguna tidak perlu memeriksa satu persatu bahagian atau lokasi untuk

melakukan penyelenggaraan.

Page 4: POWER SUPPLY ERROR DISPLAY - …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1467-power-supply-error... · Mesin pemotong besi Mesin pencanai Gergaji besi Kikir Sesiku L ... daripada itu,

MEDOLOGI PEMBANGUNAN PROJEK (PROJEK KERJA)

Page 5: POWER SUPPLY ERROR DISPLAY - …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1467-power-supply-error... · Mesin pemotong besi Mesin pencanai Gergaji besi Kikir Sesiku L ... daripada itu,

PERLAKSANAAN PROJEK

Secara amnya projek ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian

elektrik,elektronik dan bahagian kekemasan. Diantara perkakasan dan peralatan yang

telah digunakan ialah :

Mesin gerudi

Mesin pemotong besi

Mesin pencanai

Gergaji besi

Kikir

Sesiku L

Wirecutter (pemotong wayar)

Pemutar skru

Multi Meter

Spanar

KEGUNAAN PRODUK

I. Tujuan

Sistem yang digunakan dalam projek ini amat memenuhi kehendak dan keperluaan pengguna. Ini kerana sistem ini mudah diselenggarakan dan mudah digunakan oleh pengguna untuk mengenalpasti di bahagian atau lokasi mana yang menghadapi kerosakkan tanpa mengunakan banyak tenaga manusia.

Dapat mengenalpasti di bahagian atau lokasi mana yang menghadapi kerosakkan dengan mudah dan jelas kerana ia telah memaparkan paparan LCD,buzzer,lampu kecemasan dan menyampaikan SMS kepada pengguna.

Projek ini juga dapat memudahkan pengguna seperti di rumah-rumah setinggan dan tempat-tempat bagi melaksanakan sesebuah pembaikan atau penyelenggraan dengan cepat dan menggunakan kos perbelanjaan yang rendah.

Ianya dapat mengesan sebarang kerosaan pendawaian dengan cepat dan terbukti dengan paparan LCD dan SMS untuk diberitahu kepada pengguna.

Page 6: POWER SUPPLY ERROR DISPLAY - …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1467-power-supply-error... · Mesin pemotong besi Mesin pencanai Gergaji besi Kikir Sesiku L ... daripada itu,

Ia juga dapat menjamin keselamatan terhadap pengguna sekiranya berlaku kebakaran atau punca kebakaran akibat deripada kesan kerosakkan pendawaian di dalam kawasan yang didiami oleh pengguna. Dalam sektor industri,kilang-kilang juga dapat mengambil langkah awal bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku seperti berlakunya letupan,litar pintas,beban lampau yang tinggi dan sebagainya.

KEBAIKAN

Dapat menjimatkan masa, kos dan tenaga kerja.

Memberi kemudahan pada pengguna untuk mengetahui kedudukan lokasi/kawasan yang

mengalami kerosakkan pendawaian elektrik.

Tidak memerlukan pemantuan yang terlalu kerap.

Penguna tidak perlu risau mengenai kawasan atau lokasi yang mengalami kerosakkan

pendawaian elektrik.

Penguna tidak perlu bersusah payah untuk mencari dimana lokasi kerosakkan pendawaian

elektrik secara satu persatu kerana projek yang kami cipta ini akan memaparkan dimana

lokasi yang berlaku kerosakkan.

KESIMPULAN

Projek “POWER SUPPLY ERROR DISPLAY” ini sememangnya amat sesuai dan boleh

diguna pakai oleh penguna kerana ia selamat digunakan serta berguna didalam menyelesiakan

masalah untuk mengesan dan memudahkan penyelenggaraan kerosakkan pada pendawaian

elektrik.

Pada masa yang sama, ia juga dapat menjimatkan masa dan tenaga serta ia dapat

memudahkan untuk mengesan kerosakkan atau tidak pada sistem pendawaian elektrik. Selain

daripada itu, ciri-ciri keselamatan yang terdapat di dalam “SUPPLY ERROR DISPLAY” ialah

mampu untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku contoh kejadian litar

pintas.

Page 7: POWER SUPPLY ERROR DISPLAY - …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1467-power-supply-error... · Mesin pemotong besi Mesin pencanai Gergaji besi Kikir Sesiku L ... daripada itu,

Projek ini memberikan manfaat kepada semua pengguna serta memudahkan didalam

menyelesaikan masalah yang sering berlaku pada sistem pendawaian elektrik serta memberi

kefahaman kepada pengguna yang kurang arif didalam sistem elektrikal agar tahu sedikit

sebanyak lanagkah- langkah untuk berjaga – jaga dan menyelenggaraan sekira berlakunya

masalah yang tidak diingini.

LAMPIRAN

Pembuatan litar PCB

Page 8: POWER SUPPLY ERROR DISPLAY - …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1467-power-supply-error... · Mesin pemotong besi Mesin pencanai Gergaji besi Kikir Sesiku L ... daripada itu,

PEMASANGAN KOMPONEN LITAR PADA BOARD PCB

PEMASANGAN LITAR PADA PROJEK

Page 9: POWER SUPPLY ERROR DISPLAY - …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1467-power-supply-error... · Mesin pemotong besi Mesin pencanai Gergaji besi Kikir Sesiku L ... daripada itu,