politik pembangunan

16

Click here to load reader

Upload: muhammad-annuar

Post on 22-Jun-2015

1.816 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: POLITIK PEMBANGUNAN

SKSJ2093 ANALISIS PILIHAN RAYA

TAJUKPOLITIK PEMBANGUNAN BERPERANAN BESAR DALAM KONTEKS

PILIHAN RAYA DI MALAYSIA. BAHASKAN.PENSYARAH

EN.JAMAIE HAMIL

Page 2: POLITIK PEMBANGUNAN

PENGENALAN• Pilihan raya sangat terkait dengan tindak populis yang dimainkan oleh

setiap parti dalam meraih undi daripada rakyat. Dalam konteks ini, ia dapat dilihat melalui manifesto-manifesto yang telah dibuat oleh parti baik kerajaan mahupun oposisi.

• Di Malaysia, aliran atau ‘trend’ pembangunan yang menjadi perhatian rakyat , kerana rakyat melihat apa yang mereka akan perolehi dan faedah yang akan mereka terima hasil daripada sesuatu pembangunan yang hendak diberikan.

• Oleh yang demikian, melihat konteks pilihan raya di Malaysia,konteks pembangunan memainkan peranan penting bagi sesebuah parti untuk menang dalam Pilihan Raya. Hal ini dibuktikan dengan kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan-pilihan raya sebelum ini.

• Seterusnya, di dalam perbincangan ini akan melihat dua era kepimpinan Tun Razak dan Tun Mahathir di dalam politik pembangunan.

Page 3: POLITIK PEMBANGUNAN

EPISTIMOLOGI POLITIK• Harold D. Lasswell (1950). Politik merupakan penglibatan hubungan

antara pengaruh dengan ‘pihak yang berpengaruh’. Pihak yang berpengaruh akan sentiasa mendapat bahagian yang terbanyak dalam apa-apa jenis pengagihan seperti kuasa dan kekayaan.

• Geoffrey Ponton & Peter Gill (1986) Politik secara asasnya merupakan sebuah konsep yang pada ideanya adalah untuk membantu kefahaman. Ia tidak bersifat objektif. Politik merupakan sebuah konsep yang terpencar dengan pelbagai sub-bidang di dalamnya. Makna mengenai politik perlu digali dengan pengkhususan terhadap sub-bidang yang dikaji.

• Politik secara umumnya boleh ditafsirkan sebagai pemahaman tentang aturan sosial dalam masyarakat serta hubungannya dengan keperluan-keperluan yang mempengaruhi struktur sosial masyarakat tersebut.

• Antaranya seperti; Politik nasional dan dasar, hubungan negara dengan masyarakat

Page 4: POLITIK PEMBANGUNAN

• Harold J. Laski (1961) Politik merupakan hubungan antara individu dengan negara yang dihuninya. Negara juga dilihat sebagai sekumpulan masyarakat(majoriti) yang menentukan aturan-aturan norma dalam masyarakat serta membentuk undang-undang yang harus dipatuhi oleh setiap warga.

• Michael Laver (1986) Politik merupakan kesalinghubungan antara manusia dalam satu-satu kelompok sosial. Interaksi-interaksi yang berlaku di dalam kumpulan manusia tersebut terkandung antaranya konflik.

• Setiap individu dalam kumpulan akan bekerjasama dalam mencari penyelesaian untuk menyelesaikan konflik yang berlaku antara mereka. Ia merupakan proses yang melibatkan perbincangan, pembuatan keputusan dan pelaksanaan dalam mencari penyelesaian yang berkesan dalam mengurus masyarakat.

Page 5: POLITIK PEMBANGUNAN

EPISTIMOLOGI PEMBANGUNAN• Menurut Laporan Suruhanjaya Selatan (1990), pembangunan boleh

didefinisikan sebagai satu proses yang mana membolehkan kehidupan manusia merealisasikan potensi, membina keyakinan serta membawa kehidupan ke arah kemuliaan dan penuh bermakna yang membebaskan manusia dari rasa takut untuk meminta dan dieksploitasi dan merupakan pergerakan yang menjauhkan dari penindasan politik, ekonomi dan juga sosial (Zaheruddin & Yusof Pon)

• Menurut Todaro (1977) berpendapat bahawa pembangunan melibatkan proses menyusun dan mengorientasi semula sistem ekonomi dan social. Ini bermakna bahawa pembangunan bukan sahaja melibatkan pertambahan kepada pendapatan dan pengeluaran, bahkan juga mengambil kira perubahan institusi social, struktur pentadbiran, pendapat umum, adat resam dan kepercayaan ( Rahimah Aziz ,1989 )

Page 6: POLITIK PEMBANGUNAN

• Tambahan lagi menurut (Rahimah Azizi ,1989) pembangunan boleh ditunjukkan dengan terhapusnya kemiskinan, kurangnya jumlah penganguran serta rapatnya jurang ketaksamaan.Kemiskinan, pengangguran dan ketaksamaan ini biasanya mencirikan negara-negara Dunia Ketiga.

• Seers (1979) berpendapat bahawa pembangunan bermaksud pengurangan pergantungan budaya kepada satu atau lebih kuasa besar dan ini dapat dilakukan misalnya,dengan meningkatkan penggunaan bahasa kebangsaan, memperuntukkan lebih banyak masa siaran televisyen untuk rancangan tempatan dan meningkatkan mutu pendidikan tempatan.

Page 7: POLITIK PEMBANGUNAN

ERA TUN ABDUL RAZAK• Perdana menteri yang kedua Tun Razak dikenali sebagai Bapa

Penggerak Pembangunan Rakyat/Negara.

• Dasar Ekonomi Baru (DEB) yangmelibatkan beberapa program melalui Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2) selama 20 tahun bermula dari 1971 sehingga 1990.

• Matlamat utama DEB ialah mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat dalam negara dengan mengurangkan jurang perbezaan ekonomi di antara kaum. Rancangan rancangan pembangunan di bawah DEB disusun menerusi dua strategi utama iaitu,membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang peker jaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan danseterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi

Page 8: POLITIK PEMBANGUNAN

• Pada era Tun Razak bagi mengelakkan ketidakseimbangan ekonomi antara etnik berulang dan dalam jangka masa panjang mengurangkan masalah ini maka, kerajaan telah membentuk DEB. Pelaksanaan dasar ini memerlukan program pe mbangunan wilayah yang lebih pesat.

• inisiatif kerajaan dalam memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur ialah melalui pembangunan tanah atau wilayah baru seperti Federal Land Develo pment Authority ( FELDA).

Page 9: POLITIK PEMBANGUNAN

• (FELDA) FELDA diasaskan pada 1 Julai 1956 apabila Akta Kemajuan Tanah

dikuatkuasakan. Menerusi Akta Kemajuan Tanah 1956, FELDA ditubuhkan

denganmodal kerja sebanyak RM10 juta. FELDA pula lebih tertumpu di SemenanjungMalaysia, manakala agensi-

agensi lain lebih bertanggungjawab kepada pembangunantanah di negeri-negeri Sabah dan Sarawak.

Penubuhan Felda ini adalah bertujuan juga kearah pengurusan Tanah yang optimum.

Saiz Tanah yang optimum adalah merujuk kepada saiz tanah yang apabila dikerjakan secara cekap akan menjamin pendapatan tani yang lumayan.

Bagi Felda, saiz tanah yang Optimum ialah dalam lingkungan 8-10 ekar ( 3.24-4.0 Hektar)

Page 10: POLITIK PEMBANGUNAN

FELDA telah membuat petempatan bandar yang terdiri daripada satu perkelompokan beberapa unit perkampungan di sekitar pusat bandar. Ini merupakanlangkah awal bagi membasmi kemiskinan yang berlaku pada waktu itu. 

Rancangan pembangunan tanah dan petempatan Jengka Tiga Segi adalah rancangan pertama seperti ini yang dilaksanakan oleh FELDA dalam tahun 1970. Rancangan tersebut terletak dinegeri Pahang di suatu tapak seluas 300,000 ekar (121,500 hektar) dan kedudukannyaa dalah di tengah-tengah di antara Bandar Kuantan, ibu negeri Pahang, dengan Kuala Lumpur.

Page 11: POLITIK PEMBANGUNAN

MARA ( MAJLIS AMANAH RAKYAT ) Merupakan sebuah badan yang mengantikan Rulal Insutrial

Development Authority (RIDA). RIDA gagal gagal dalam membantu masyarakat,khususnya

orang Melayu. Disebabkan oleh wujud pelbagai masalah. Mengariskan tiga matlamat, pertama mengeluarkan tenaga

kerja yang terlatih, menyediakan kemudahan kredit, dan memberi khidmat nasihat kepada peniaga Melayu.

MARA di dalam DEB berperanan untuk membasmi kemiskinan melalui langkah pembangunan dan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi.

Menyusun Masyrakat supaya, kegiatan ekonomi yang pelbagai ini tidak dikusai oleh etnik tertentu sahaja dan membantu orang Melayu keluar dari kepompong kemiskinan.

Page 12: POLITIK PEMBANGUNAN

PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PERNAS)

Ditubuhkan pada 29 November 1969 Peranan Pernas adalah untuk membantu Orang Melayu terlibat di dalam

perniagaan. Tun Razak telah mencadangkan kedai runcit dikendalikan sepenuhnya oleh

orang Melayu dan ditubuhkan di seluruh negara. Rentetan peristiwa 13 Mei 1969, semua peruncit Cina dan India menutup

semua operasi kedai runcit mereka, dan menyebabkan bekalan terputus. Tun Razak menyatakan bahawa Pernas perlu berkembang secara beransur-

ansur dalam membantu ekonomi masyarakat Melayu. Tun Razak menjadikan Sistem perniagaan Boots di London sebagai model

yang boleh digunakan oleh Pernas Oleh yang demikian, kerajaan pada masa itu telah menyediakan

peruntukan kepada Pernas,dengan mewujudkan Pernas Edar yang berperanan sebagai pengedar utamam barang keperluan kepada peruncit Melayu

Page 13: POLITIK PEMBANGUNAN

URBAN DEVELOPMENT AUTHORITY (UDA)

Ditubuhkan pada 12 November 1971, terdapat 3 faktor UDA ditubuhkan

i. Memajukan dan melaksanakan projek di kawasan pembangunan bandar bagi tujuan pembangunan, pembangunan semula, penempatan semula dan penempatan awam

ii. Memberi peluang dalam bidang perniagaan,perusahaan, perumahan dan perdagangan dan dibahagikan antara kaum

iii.Merupakan program Tindakan kerajaan bagi menjalankan dasar kerajaan melalui pembangunan.

Page 14: POLITIK PEMBANGUNAN

ERA TUN DR.MAHATHIRDASAR HALACARA BARU DALAM PEMBANGUNAN KAMPUNG DAN LUAR BANDAR

• Diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1984• Membangunkan kawasan luar bandar yang masih mundur. Antaranya

ialah meningkatkan pendapatan golongan petani, pesawah, peladang dan nelayan.

• Menyusun semula kampung-kampung secara teratur, menyatukan tanah dan diurus secara terancang dan membangunkan industri kampung.

• Kebanyakan tanah milik penduduk kampung adalah tidak seragam dari segi saiz, jenis tanaman dan sebagainya. Oleh itu Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan supaya tanah tersebut digabungkan dan ditanam dengan tanaman yang berpotensi.Tun Dr Mahathir Mohamad percaya selain bekerja di ladang, petani mempunyai kemahiran dalam bidang kraf, pembuatan makanan dan sebagainya. Oleh itu beliau menggalakkan perusahaan kampung dilakukan dengan lebih menyeluruh. Cara ini adalah untuk meningkatkan pendapatan mereka selain bertani.

Page 15: POLITIK PEMBANGUNAN

DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL

• Dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 17Jun 1991 di Parlimen. Dasar ini terkandung dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua(RRJP2) yang mensasarkan antara tahun 1991 hingga 2000.

• DPN juga mengandungi pelbagai aspek seperti mewujudkan keseimbangan ekonomi,mengurangkan ketidaksamaan sosial dan ekonomi, menggalakkan kekukuhan integrasi di semua kawasan , membangunkan masyarakat progresif , memajukan sumber manusia dengan kemahiran, menjadikan teknologi sebagai asas kemajuan dan memberi perlindungan alam sekitar

Page 16: POLITIK PEMBANGUNAN

KESIMPULAN• Secara kesimpulanya, di awal negara masih lagi hendak

membangun, politik pembangunan merupakan perkara yang sangat berpengaruh, untuk mempengaharui rakyat memilih sesebuah parti politik didalam pilihan raya. Hal ini terbukti dengan dasar-dasar yang dibawa oleh Tun Razak dan Tun Mahathir yang mana membangunkan negara dengan pelbagai dasar-dasar pembangunan dan pendekatan pembangunan untuk membantu rakyat. Walaupunbagaimanapun, sebahagian dasar yang dilaksanakan itu tidaklah sepenuhnya terlaksana.