politik dan sukan

22
Politik dan Sukan Politik dan Sukan Olimpik

Upload: gregory-jones

Post on 07-Jul-2016

265 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

politik sukan

TRANSCRIPT

Page 1: Politik Dan Sukan

Politik dan SukanPolitik dan

Sukan Olimpik

Page 2: Politik Dan Sukan

Definisi PolitikSebagai satu proses yang digunakan oleh manusia untuk menyelesaikan perbalahan di antara kepentingan persendirian dengan kepentingan awam di dalam sesebuah institusi masyarakat itu sendiri. (Smith dan Preston, 1982)-- Tetapi kini, Politik lebih dikaitkan

dengan kewujudan sesebuah kerajaan atau pihak berkuasa kerajaan.

Page 3: Politik Dan Sukan

Sukan Olimpik Mendukung Cita-cita…

Mengumpul dan membawa bersama ahli-ahli sukan dengan harapan bertanding atau mengambil bahagian secara persahabatan dan penuh semangat kesukanan.

Menggalakkan perhubungan baik antara negara-negara yang mengambil bahagian meskipun negara-negara ini berlainan ideologi dan corak pemerintahan, perbezaan sedemikian haruslah diketepikan demi untuk sukan.

Page 4: Politik Dan Sukan

Perhubungan antara sukan dengan politik

Mungkinkah berlakunya penglibatan / campur tangan POLITIK

dalam arena sukan terutamanya dalam

temasya berprestij tinggi seperti SUKAN

OLIMPIK ?Apakah pandangan

anda???

Page 5: Politik Dan Sukan

Perhubungan antara sukan dengan politik (samb.)

Ahli sosiologi sukan, Etizen dan sage (2009) berpendapat bahawa politik secara langsung TIDAK terlibat dalam arena sukan atas 2 sebab:i. Aktiviti yang diceburi oleh para ahli sukan adalah atas

sebab kebanggaan, bertanggungjawab dan kesetiaan terhadap pihak yang mereka wakili (sekolah, komuniti, negeri dan negara)

ii. Perasaan ingin bertanding dan konflik muncul secara automatik kerana kepentingan sesuatu kumpulan tidak sama dengan kepentingan kumpulan lain.

Page 6: Politik Dan Sukan

Akan tetapi, berdasarkan beberapa isu yang terbangkit serta peristiwa yang terjadi setiap kali Sukan Olimpik dianjurkan, jelas dilihat bahawa wujudnya ganguan kuasa Politik dalam Sukan Olimpik yang sering dikaitkan dengan nilai kemanusiaan, kesamarataan, semangat kesukanan dan pelbagai nilai universal lain ini.

Page 7: Politik Dan Sukan

Pengarang kepada guardians.co.uk, Anne Mellbye telah menyenaraikan antara peristiwa dimana Sukan Olimpik telah dipolitikkan dalam 100 tahun yang lepas.

Sumber:http://politics.guardian.co.uk/politicspast/page/0,9067,892902,00.html

Kuasa Politik di Sukan Olimpik

Page 8: Politik Dan Sukan

Tahun

Tempat Penganjur

an

Perisitiwa

1908

London, UK Pasukan Amerika Syarikat enggan menundukkan bendera negara di hadapan Raja Edward VII

1916

- Tiada Sukan Olimpik disebabkan Perang Dunia Pertama (WWI)

1936

Berlin, Jerman

Adolf Hitler mempergunakan sukan Olimpik sebagai alat propaganda untuk memdemonstrasikan teori keagunggan ras (racial superiority) serta membuktikan keagungan Nazi. Kerajaan Amerika Syarikat menghadapi tekanan perasaan kebangsaan untuk tidak menyertai sukan Olimpik tersebut

1940

1944

- Tiada Sukan Olimpik disebabkan Perang Dunia Kedua (WWII)

1948

London, UK Negara Jerman dan Jepun tidak diundang untuk mengambil bahagian disebabkan peranan mereka dalam Perang Dunia Kedua.

Page 9: Politik Dan Sukan

Tahun

Tempat Penganjur

an

Perisitiwa

1952

Helsinki, Finland

Menandakan pemulaan ketegangan perang dingin. Jerman Barat enggan menyertai Olimpik disebabkan negara tersebut tidak diberikan hak sebagai sebuah negara (tidak diterima sebagai sebuah negara baru)

1956

Melbourne, Australia

3 protest major: -China menarik diri selepas IOC mengiktiraf Taiwan dan tidak kembali ke persada Olimpik sehingga 1980; -Mesir, Iraq dan Lubnan memprotest terhadap pencerobohan Israel ke atas Semenajung Sinai,-Sepanyol, Switzerland dna Belanda memulaukan pencerobohan Rusia ke atas Hungary

1960

Rome, Itali

Menandakan akhirnya penyertaan Afrika Selatan dalam Sukan Olimpik sehinggalah pada 1992 disebabkan rasis Apartheid. Afrika Selatan dilarang daripada menyertai Olimpik akibat tekanan yang dikenakan oleh ahli sukan kulit hitam di AmerikaSyarikat (Dasar anti- aparteid)

Page 10: Politik Dan Sukan

Tahun

Tempat Penganjur

an

Perisitiwa

1964 Tokyo, Jepun

Negara Asia yang pertama untuk menganjurkan Sukan Olimpik. Jepun telah membelanja 3 billion dollar untuk membina semula kotanya demi menunjukkan kejayaan pemulihannya daripada kesan peperangan. Yoshinori Sakai yang lahir pada hari pemusnahan kota Hiroshima oleh bom atom telah dipilih menjadi pembawa obor terakhir

1968

Mexico City Pembunuhan Martin Luther King dan Robert Kennedy, Rusia menceroboh Czechoslovakia; Jerman Timur diberi peluang untuk bertanding berasingan secara julung kalinya.

1972

Munich, Jerman

Sukan Olimpik yang terbesar pernah dianjurkan yang sepatutunya mewakili keamanan, akan tetapi dihantui dengan penyerangan pengganas yang mengakibatkan kematian 11 atlet Israel beberapa hari sebelum kejohanan bermula, Kumpulan Black September (Palestine) yang melakukannya menjadikan Olimpik, yang ditonton oleh seluruh dunia, sebagai medan menyampaikan mesej politik mereka.

Page 11: Politik Dan Sukan

Tahun

Tempat Penganju

ran

Perisitiwa

1976

Montreal, Canada

Beberapa buah negara telah menarik diri daripada menyertai Olimpik atas sebab penafian hak Taiwan untuk bertanding dalam Sukan Olimpik akibat tekanan dikenakan kepada penganjur daripada pihak komunis negara China.

1980

Moscow, Rusia

Pemulauan Sukan Olimpik oleh 62 buah negara (termasuk Malaysia, Jepun…) yang diketuai oleh Amerika Syarikat untuk memprotes pencerobohan Rusia ke atas Afganistan. Ini menjadikan jumlah penyertaan kontijen negara tinggal 81, bilangan paling rendah sejak 1956

1984

Los Angeles,

A.S

Ekoran daripada peristiwa pemulauan Olimpik di Moscow 1980, blok Komunis yang diketuai oleh Rusia telah memulaukan Olimpik di L.A (atas alasan pihak penganjur L.A menyalahgunakan sukan Olimpik sebagai alat menjana keuntungan komersial.)

Page 12: Politik Dan Sukan

Tahun

Tempat Penganjur

an

Perisitiwa

1988

Seoul, Korea Selata

n

Kali pertama semenjak Olimpik di Munich, tiada organisasi pemulauan secara besar-besaran, melainkan Korea Utara tiada menghantar kontijen yang turut disertai oleh Ethiopia, Nicaragua and Cuba. Akan tetapi, kejayaan menganjurkan Olimpik telah menjadi batu lonjakan kepada negara korea Selatan untuk mengubah sistem pemerintahannya daripada diktator kepada demokrasi

1992

Barcelona Spanyol

Menandakan permulaan Sukan Olimpik yang pertama selepas tamatnya Perang Dingin. Latvia, Lithuania dan Estonia boleh bertanding secara berasingan, Jerman(timur dan barat) bertanding dibawah bendera yang sama, Afrika Selatan diundang semula selepas 32 tahun ditahan.

Page 13: Politik Dan Sukan

Sukan Olimpik abab ke-21…

Page 14: Politik Dan Sukan

2000 - Sydney, Australia Penyertaan yang paling besar iaitu seramai 10,651 atlet

bertanding dalam 300 acara. Meskipun saiz yang besar, kejohanan ini dianjurkan dengan berjaya dan telah mendapat semula kepercayaan orang ramai akan inti pati semangat dan nilai sebenar Sukan Olimpik. Pihak penganjur Australia telah memilih heroin negara iaitu Cathy Freeman daripada keturunan Aboriginal (peribumi) untuk menyalakan obor Olimpik. Korea Utara dan Selatan telah melakukan perbarisan secara bersama pada majlis pembukaan walaupun mereka bertanding secara berasingan.

Page 15: Politik Dan Sukan

2004- Athens, Greek Sentimen mengembalikan Olimpik ke tempat asalnya itu melibatkan kos yang sangat besar kepada negara yang pernah mencipta keagungan itu. Pihak yang berlumba mengaut keuntungan melalui pelbagai projek pembangunan yang dikaitkan dengan Olimpik mendapat peluang mereka melalui Olimpik kali ini (korupsi). Kos yang sangat besar juga ditanggung oleh mereka yang menjadi mangsa pembangunan dan warga kelas kedua negara itu, kaum Roma. Greek pada mulanya menjangkakan belanja untuk menganjurkan Olimpik kali ini sekitar 4.6 bilion euro tetapi telah mencecah 7 bilion euro, melebihi had maksima yang ditetapkan oleh European Union.Walaupun telah memakan perbelanjaan yang besar, banyak fasiliti seperti stadiium utama belum sempurna menjelang tarikh kejohanan.

Page 16: Politik Dan Sukan

2008 – Beijing, China• Isu pembebasan Tibet (gerakan memerdekan

Tibet) • China merupakan salah sebuah negara yang

lemah undang-undang pekerjanya. IOC telah mengabaikan isu penindasan hak pekerja apabila memilih China sebagai tuan rumah Olimpik 2008.

Page 17: Politik Dan Sukan

Isu baru

Page 18: Politik Dan Sukan

Pasukan wanita bola sepak Iran diharamkan bertanding untuk pemilihan Olimpik 2012kerana pakaian Islam

Page 19: Politik Dan Sukan

2012 - London

Page 20: Politik Dan Sukan

Konspirasi di sebalik Olimpik London 2012

Page 21: Politik Dan Sukan
Page 22: Politik Dan Sukan

• D. Stanley Eitzen and George H. Sage, Sociology of North American Sport, 8th edition, Boulder, CO: Paradigm Publishers, 2009