POLA GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANAMUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP)FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2005/2006
SIOW SWEE LIAN
/
339 TAMAN PERINGGIT JAYA,75400 MELAKA.
DR. YAHYA BIN PUNTAT
”Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.
Tandatangan : .............................................
Nama Penyelia : Dr. Yahya Bin Buntat
Tarikh : .............................................
POLA GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA
MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP)
FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SIOW SWEE LIAN
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian
daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April 2006
ii
"Saya akui laporan ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya".
Tandatangan : ...............................................
Nama Penulis : Siow Swee Lian
Tarikh : ...............................................
iii
DEDIKASI
Suamiku yang tersayang
Teh Key Yong
Yang telah memberikan
Sokongan dan dorongan
Yang tidak terhingga
Anak-anakku
Lin Xiang, Lin Yuan dan Li Heng
Terima kasih
Di atas kesabaran kalian
iv
PENGHARGAAN
Dalam menyediakan Projek Sarjana Muda ini, penulis telah menerima
banyak bantuan dari pensyarah-pensyarah, pegawai-pegawai UTM, rakan kelas dan
kawan-kawan yang begitu murah hati dengan masa dan pengetahuan mereka. Penulis
ini ingin merakamkan penghargaan yang ikhas kepada penyelia tesis, Dr. Yahya Bin
Buntat atas bimbingan dan dorongan beliau sepanjang tempoh penyelidikan ini.
Kajian ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama pelajar-pelajar Tahun Satu
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia yang telah mengambil bahagian dalam soal selidik
yang diedarkan. Tidak dilupakan ialah Cik Lee Ming Foong yang telah memberikan
nasihat yang berfaedah.
Akhir sekali, penulis ini ingin mengucapkan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang telah memberikan
sumbangan dalam usaha menjayakan projek ini. Segala sokongan moral daripada
rakan-rakan seperjuangan amat dihargai.
v
ABSTRAK
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengkaji pola gaya
pembelajaran pelajar Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan. Ia melibatkan seramai
111 orang pelajar Tahun Satu Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Instrumen kajian yang
digunakan untuk menentukan pendekatan pembelajaran yang diamalkan ialah
Pendekatan dan Inventori Kemahiran Belajar untuk Para Pelajar (Approaches and
Study Skills Inventory for Students - ASSIST) yang berdasarkan Model Gaya
Pembelajaran Entwistle. Soal selidik ini mengandungi 52 item yang dijawab pada
skala Likert. Dalam konteks kajian ini, tiga pendekatan pembelajaran, iaitu
pendekatan mendalam, pendekatan strategik dan pendekatan permukaan telah
dikenal pasti menggunakan instrumen tersebut. Perisian SPSS telah digunakan untuk
menjalankan analisis statistik. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang
meliputi min, peratusan, ujian ANOVA sehala dan ujian Tukey HSD. Hasil kajian
menunjukkan dalam kumpulan lelaki, perempuan dan keseluruhan lelaki dan
perempuan, kebanyakan responden mengamalkan pendekatan mendalam, diikuti oleh
pendekatan strategik dan paling sedikit responden mengamalkan pendekatan
permukaan. Kajian ini juga mendapati, untuk tiga kumpulan responden mengikut
jantina ini, responden yang mengamalkan pendekatan strategik mendapat min CPA
yang paling tinggi, diikuti dengan pendekatan mendalam dan paling rendah sekali
dalam pendekatan permukaan. Untuk tiga kumpulan responden berdasarkan jantina,
tidak wujud perbezaan signifikan dalam pencapaian CPA antara responden yang
mengamalkan pendekatan mendalam dan pendekatan strategik tetapi responden yang
mengamalkan pendekatan mendalam atau pendekatan strategik mendapat CPA yang
lebih tinggi daripada responden yang mengamalkan pendekatan permukaan.
vi
ABSTRACT
This study was carried out with the purpose of studying the learning styles
of undergraduates in the Faculty of Education, majoring in Living Skills. A total of
111 Year One Bachelor Degree in Technology with Education (Living Skills),
Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia undergraduates were involved
in this study. The survey instrument used to identify the approaches to learning
adopted is the Approaches and Study Skills Inventory for Students (ASSIST) based
on Entwistle's Model Of Learning Styles. It contains 52 items, answered on a Likert
scale. In the context of this study, the three approaches to learning, i.e. deep,
strategic and surface approaches were identified using the instrument mentioned. The
SPSS software was used to perform the statistical analysis required. Descriptive
statistical methods, one-way ANOVA and the Tukey HSD tests were used to perform
the analysis required. The findings showed that for male, female and both male and
female students, majority of the respondents adopted the deep approach, followed by
the strategic approach while the minority adopted the surface approach. In addition,
for these groups of respondents based on sex, the mean CPA was highest among
those adopting the strategic approach, followed by the deep approach and the lowest
mean CPA was achieved by respondents adopting the surface approach. For the same
groupings based on sex, there was no significant difference between the mean CPA
achieved by respondents adopting the deep approach and the strategic approach;
however respondents adopting either the deep or strategic approach achieved a
higher mean CPA as compared to respondents adopting the surface approach.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA
SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Kepentingan Kajian 11
1.7 Batasan Kajian 12
1.8 Definisi Istilah 12
1.8.1 Pola 12
1.8.2 Taburan 12
1.8.3 Gaya Pembelajaran 13
1.8.4 Pendekatan Mendalam 13
1.8.5 Pendekatan Permukaan 13
viii
1.8.6 Pendekatan Strategik 13
1.8.7 CPA (Cumulative Point Average) 13
2 SOROTAN PENULISAN 14
2.1 Pengenalan 14
2.2 Model Kajian 14
2.2.1 Kepentingan Mengenal Pasti Pendekatan 15
Pembelajaran
2.2.2 Model Gaya Pembelajaran Bi-Polar 17
2.2.3 Model Pendekatan Gaya Pembelajaran 18
2.2.4 Evolusi Model Pendekatan Gaya Pembelajaran 20
Entwistle
2.3 Tiga Pendekatan Gaya Pembelajaran Dalam Model 25
Entwistle
2.3.1 Orientasi Mendalam 26
2.3.2 Orientasi Permukaan 26
2.3.3 Orientasi Strategik 27
2.4 Konsep Pembelajaran Dalam Model Pendekatan Gaya 27
Pembelajaran
2.5 Bahagian-bahagian Dalam Model Entwistle 30
2.5.1 Bahagian Pendekatan Mendalam 30
2.5.2 Bahagian Pendekatan Permukaan 31
2.5.3 Bahagian Pendekatan Strategik 31
2.6 Kebaikan Menggunakan Model Entwistle 33
2.7 Kestabilan Model Entwistle 34
2.8 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pembelajaran Dalam 35
Model Entwistle
2.9 Korelasi Antara Pendekatan Pembelajaran Dengan Pencapaian 37
3 METODOLOGI KAJIAN 39
3.1 Pengenalan 39
3.2 Rekabentuk Kajian 39
3.3 Populasi Kajian 40
3.4 Instrumen Kajian 41
ix
3.5 Kajian Rintis 43
3.6 Prosedur Kajian 45
3.7 Analisis Data 45
3.7.1 Analisis Soal Selidik ASSIST 46
3.7.2 Analisis Markah CPA 47
3.7.3 Analisis Perbezaan Pencapaian CPA Antara 47
Pendekatan Pembelajaran Berdasarkan Model
Gaya Pembelajaran Entwistle
3.8 Andaian Kajian 48
4 ANALISIS DATA 50
4.1 Pengenalan 50
4.2 Bahagian A - Analisis Persoalan Kajian 50
4.2.1 Taburan Frekuensi Dan Peratus Responden 50
Mengikut Jantina
4.2.2 Taburan Frekuensi Dan Peratus Responden 51
Mengikut Umur
4.3 Bahagian B - Analisis Persoalan Kajian 52
4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1 52
4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2 53
4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3 56
4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4 60
4.3.5 Analisis Persoalan Kajian 5 63
4.4 Rumusan Kajian 66
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 68
5.1 Pengenalan 68
5.2 Rumusan Kajian 69
5.2.1 Rumusan Analisis Latar Belakang Responden 70
Dari Segi Jantina Dan Umur
5.2.2 Rumusan Persoalan Kajian 70
5.3 Perbincangan 72
5.3.1 Pola gaya Pembelajaran di Kalangan Pelajar 73
Berdasarkan Model Gaya Pembelajaran Entwistle
x
Dari Segi Jantina.
5.3.2 Pola gaya Pembelajaran di Kalangan Pelajar 74
Berdasarkan Model Gaya Pembelajaran Entwistle
Dari Segi Pencapaian Akademik CPA
5.3.3 Perbezaan Pola Gaya Pembelajaran Berdasarkan 75
Model Gaya Pembelajaran Entwistle Dari Segi
Pencapaian CPA di Kalangan Responden (i) Lelaki
(ii) Perempuan (iii) Lelaki dan Perempuan
5.4 Cadangan 76
5.5 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 78
5.6 Penutup 79
RUJUKAN 80
Lampiran 93
xi
SENARAI JADUAL
NO. TAJUK MUKA
JADUAL SURAT
2.1 Perbezaan Antara Pendekatan Mendalam dan Pendekatan 22
Permukaan
2.2 Hierarki Konsep Pembelajaran 28
3.1 Jadual Pembolehubah Kajian 40
3.2 No. Item Dalam Soal Selidik Dan Faktor Pendekatan 42
Pembelajaran
3.3 Jadual Skala Likert 43
3.4 Statistik Yang Digunakan Dalam Analisis 46
4.1 Taburan Frekuensi Dan Peratus Responden Mengikut Jantina 51
4.2 Taburan Frekuensi Dan Peratus Responden Mengikut Umur 51
4.3 Taburan Frekuensi Dan Peratus Gaya Pembelajaran Responden 52
Dari Segi Jantina
4.4 Taburan Frekuensi Dan Peratus Gaya Pembelajaran Responden 53
Dari Segi Pencapaian Akademik CPA
4.5 Taburan Pendekatan Pembelajaran Responden Lelaki 54
Dari Segi Pencapaian Min CPA dan Sisihan Piawai CPA
4.6 Taburan Pendekatan Pembelajaran Responden Perempuan 55
Dari Segi Pencapaian Min CPA dan Sisihan Piawai CPA
4.7 Taburan Pendekatan Pembelajaran Responden Lelaki Dan 55
Perempuan Dari Segi Pencapaian Min CPA dan Sisihan
Piawai CPA
4.8 Ujian Kenormalan Kolmogorov-Smirnov Untuk Responden 57
Lelaki Yang Mengamalkan Pendekatan Pembelajaran Yang
Berlainan
4.9 Ujian Kesamaan Varian Levene Untuk Kumpulan Responden 57
Lelaki Yang Mengamalkan Pendekatan Pembelajaran Yang
xii
Berlainan
4.10 Ujian ANOVA Ke Atas Kumpulan Responden Lelaki Yang 58
Mengamalkan Pendekatan Pembelajaran Yang Berlainan
4.11 Ujian Tukey HSD Ke Atas Kumpulan Responden Lelaki 59
Berdasarkan Pendekatan Pembelajaran
4.12 Ujian Kenormalan Kolmogorov-Smirnov Untuk Responden 60
Perempuan Yang Mengamalkan Pendekatan Pembelajaran Yang
Berlainan
4.13 Ujian Kesamaan Varian Levene Untuk Kumpulan Responden 61
Perempuan Yang Mengamalkan Pendekatan Pembelajaran Yang
Berlainan
4.14 Ujian ANOVA Ke Atas Kumpulan Responden Perempuan Yang 61
Mengamalkan Pendekatan Pembelajaran Yang Berlainan
4.15 Ujian Tukey HSD Ke Atas Kumpulan Responden Perempuan 62
Berdasarkan Pendekatan Pembelajaran
4.16 Ujian Kenormalan Kolmogorov-Smirnov Untuk Responden 63
Keseluruhan Lelaki Dan Perempuan Yang Mengamalkan
Pendekatan Pembelajaran Yang Berlainan
4.17 Ujian Kesamaan Varian Levene Untuk Kumpulan Responden 64
Keseluruhan Lelaki Dan Perempuan Yang Mengamalkan
Pendekatan Pembelajaran Yang Berlainan
4.18 Ujian ANOVA Ke Atas Kumpulan Responden Keseluruhan 64
Lelaki Dan Perempuan Yang Mengamalkan Pendekatan
Pembelajaran Yang Berlainan
4.19 Ujian Tukey HSD Ke Atas Kumpulan Responden Keseluruhan 65
Lelaki Dan Perempuan Berdasarkan Pendekatan Pembelajaran
xiii
SENARAI RAJAH
NO. TAJUK MUKA
RAJAH SURAT
1.1 Gaya Pembelajaran Disusun Kepada 5 Famili Pada 7
Suatu Kontinuum
2.1 Presage-Proses-Produk Bagi Pembelajaran Pelajar 29
2.2 Pemetaan Konsep Bagi Komponen-komponen Pembelajaran 32
Yang Efektif Dari ASSIST
2.3 Faktor-faktor Pengaruh Terhadap Pembelajaran Pelajar 36
xiv
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL
ASSIST - Approaches and Study Skills Inventory for Students
ANOVA - Analysis Of Variance
CPA - Cumulative Point Average
df - Degree Of Freedom
Ho - Hipotesis Nol
Ha - Hipotesis Alternatif
HSD - Honestly Significant Difference
KH - Kemahiran Hidup
SPSS - Statistical Package for Social Science
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
μCPAmendalam - Min CPA untuk Responden Yang Mengamalkan Pendekatan
Mendalam
μCPAstrategik - Min CPA untuk Responden Yang Mengamalkan Pendekatan
Strategik
μCPApermukaan - Min CPA untuk Responden Yang Mengamalkan Pendekatan
Permukaan
α - Pekali Alpha-Cronbach, Aras Signifikan
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA
SURAT
A Soal Selidik ASSIST 93
B Surat Pengesahan Penterjemahan Soal Selidik 101
C Surat Sokongan Fakulti Pendidikan, UTM 102
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kajian terdahulu menunjukkan bahawa pembelajaran ialah satu tema yang
dikaitkan rapat dengan tamadun manusia. Mengikut Horton dan Turnage (1967),
apa-apa sahaja yang dilakukan oleh manusia yang matang, atau sesuatu yang mampu
dilakukannya boleh dianggap sebagai hasil daripada sesuatu pembelajaran. Justeru,
tidak hairanlah pembelajaran telah dikaji sejak seratus tahun yang lalu (Saljo, 1982).
Tujuan asas kajian mengenai pembelajaran adalah untuk meningkatkan pembelajaran
menerusi pemahaman yang mendalam mengenai bagaimana proses ini berlaku
(Entwistle, 1987).
Para pendidik memainkan peranan yang penting dalam pencapaian para
pelajar tidak dapat dinafikan. Langkah pertama dalam mewujudkan satu sistem
pendidikan yang efektif ialah penyedaran mengenai apakah matlamat pendidikan.
Semasa memberi komen mengenai pendidikan kanak-kanak, Piaget (1972)
mengingatkan para pendidik bahawa matlamat terutama dan terakhir dalam
pendidikan bukanlah cuma memastikan bahawa para pelajar dapat mengingati,
memahami dan mengulangi apa yang telah dilakukan oleh generasi-generasi yang
lepas, tetapi ialah bagi mewujudkan suatu generasi para pelajar yang berupaya
melakukan perkara yang baru, sama ada dari segi fizikal, emosi atau intelektual.
2
Dalam kajian yang lepas, misalnya oleh Saljo (1979), Van Rossum et al.,
(1985) dan Marton et al., (1993), konsep matlamat pembelajaran para pelajar boleh
diklasifikasikan sebagai satu urutan pencapaian iaitu, menghafaz, mendapatkan
pengetahuan, mengaplikasi pengetahuan, membuat perkaitan antara bahagian-
bahagian dalam sesuatu subjek atau antara subjek-subjek, menginterpretasi dan
memahami realiti, dan membawa perubahan kepada seseorang individu. Pendek
kata, pendidikan haruslah membawa kepada suatu perubahan yang positif, mahupun
kepada para pelajar itu sendiri atau kepada mereka yang berada di sekeliling para
pelajar itu.
Menurut Fullan dan Hargreaves (1992) pula, sekolah-sekolah dan institusi-
institusi pengajian mesti mengkaji dengan lebih mendalam mengenai amalan-amalan
mereka sendiri dan mengkaji kaedah-kaedah baru bagi memotivasikan para pelajar,
mengaplikasikan gaya-gaya pembelajaran dan pengajaran, mengajar cara berfikir,
dan dalam proses ini mengenali semula keberahian dan tujuan moral yang
menjadikan pengajaran suatu profesion yang meransangkan dan efektif.
Bolehlah dikatakan sehingga sekarang, walaupun selepas begitu banyak
kajian, kes-kes kajian yang dilakukan, teori-teori pembelajaran dan pengajaran yang
diwujudkan atau diubahsuaikan serta eksperimen-ekperimen sistem pendidikan oleh
badan-badan kerajaan atau swasta, kita masih jauh daripada mencapai matlamat yang
dinyatakan oleh Piaget, Fullan dan Hargreaves.
Kombinasi faktor-faktor politik, sosial dan ekonomi telah memberikan
impak yang besar kepada pengajian tinggi. Kebanyakan perubahan ini adalah
berpusatkan kepada bertambah luasnya latar belakang para pelajar yang memasuki
pusat-pusat pengajian tinggi dan para akademik yang menyedari bahawa mereka
perlu mengubah kaedah pengajaran mereka untuk menyesuaikan dengan para pelajar
ini. Para pensyarah dan para perancang tidak boleh lagi membuat rumusan bahawa
semua pelajar akan mencapai sesuatu tahap minimum yang telah ditetapkan dengan
hanya mengajar kesemua pelajar ini dengan menggunakan kaedah yang sama. Ini
membawa kepada realisasi bahawa amalan pengajaran yang baru harus
dipertimbangkan.
3
Mengikut Marton dan Tsui (2004), adalah agak mustahil bahawa hanya
terdapat satu cara mengaturkan pembelajaran yang berkesan atau kondusif bagi
semua jenis pembelajaran. Dalam mencari cara-cara pembelajaran yang paling
efektif, para penyelidik haruslah terlebih dahulu mengemukakan apakah yang
sepatutnya dipelajari dalam setiap kes, dan mencari keadaan berlainan yang sesuai
bagi jenis-jenis pembelajaran yang berlainan.
Pembelajaran biasanya dianggap sebagai perolehan maklumat dan
pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan
kepercayaan. Pembelajaran bukan sahaja berlaku dalam kelas, malah ia boleh
berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa.
Berikutan kesedaran ini, pelbagai kajian tentang gaya pembelajaran telah
dihasilkan, misalnya Kolb (1976), Keefe (1979), Gregorc (1979), Fischer dan Fischer
(1979), Child (1986), Dunn dan Dunn (1992), Shell (1992), Jonassen dan Grabowski
(1993), Riding dan Rayner (1998), Garber (1998) dan Dunn dan Griggs (2003) .
Secara am, mereka merujuk gaya pembelajaran kepada persepsi dan cara
pemprosesan maklumat yang konsisten pada seseorang pelajar semasa ia
mempelajari sesuatu konsep atau prinsip baru.
Kajian Gremli (2003) dan Gilbert dan Han (1999) menyokong bahawa
setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Berbanding dengan
pelajar yang tidak mengikuti sebarang gaya pembelajaran, para pelajar yang
menggunakan gaya pembelajaran yang bersesuaian akan mendapat keputusan yang
lebih baik (McCaulley dan Natter, 1980; Miller, 1991; Dunn et al. 1989). Perbezaan
dalam gaya pembelajaran ini berlaku kerana setiap individu mempunyai keupayaan
yang berbeza dalam pemerhatian dan mengorganisasi (Jung, 1968). Oleh itu, para
pendidik perlu peka kepada gaya pembelajaran yang ditonjolkan oleh para pelajar
kerana setiap individu mempunyai pelbagai keperluan dan minat (Boon dan Kaur,
1998).
Para pendidik harus menganggap kebolehan yang berbeza bagi setiap
pelajar sebagai kekuatan yang boleh dipergunakan untuk mengoptimumkan
4
pembelajaran (D'Arcangelo, 2000). Mereka perlu menggunakan masa secara
fleksibel, berbagai-bagai strategi pengajaran dan pembelajaran serta menjadi rakan
kongsi pembelajaran bersama pelajar bagi memastikan perkara yang dipelajari dan
suasana pembelajaran dapat dibentukkan mengikut keperluan pelajar (Meyer dan
Land, 2002).
Strategi pengajaran seorang pendidik perlulah mengambilkira jenis
personaliti dan pola pembelajaran pelajar (Borg dan Shapiro, 1996). Banyak model
gaya pembelajaran boleh digunakan sebagai asas bagi merancang aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan pelajar (Gall et al., 1990).
Ringkasnya, gaya pengajaran guru perlu disesuaikan dengan gaya
pembelajaran pelajar supaya wujud proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berkesan. Untuk menjadi seorang pendidik yang efektif, dia perlu sedar akan sasaran
mereka. Strategi pengajaran perlu dirancang agar sesuai dengan keperluan khas dan
keinginan para pelajar. Tahap pemikiran boleh dijadikan suatu piawaian bagi
kejayaan dalam semua peringkat pembelajaran. Justeru, adalah hasrat para pendidik
untuk meningkatkan kemahiran berfikir di kalangan pelajar (Adams dan Hamm,
1996). Ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengatakan
bahawa "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara". Mengikut Mok Soon Sang (2005), unsur
intelek yang dimaksudkan di sini merangkumi unsur hikmah, daya pemikiran yang
inovatif, logik, analitis dan ilmu yang bermanfaat.
5
1.2 Latar Belakang Masalah
Bagaimanakah guru dapat meningkatkan prestasi pelajar jika guru tidak tahu
bagaimana pelajar mereka mempelajari dan bagaimanakah guru boleh
merangsangkan pembelajaran pelajar mereka? Adakah masalah pembelajaran yang
dihadapi oleh para pelajar lebih sesuai difahamkan sebagai satu masalah pengajaran
atau pembelajaran? Apakah model pembelajaran yang harus diamalkan oleh
pelajar? Inilah antara isu-isu yang dihadapi oleh para pendidik dan penyelidik dalam
kajian tentang gaya pembelajaran.
Adalah logikal bagi para pendidik dan perancang pendidikan memberi
perhatian kepada gaya pembelajaran pelajar dengan membuat diagnosis dan
menggalakkan para pelajar menimbangkan gaya pembelajaran mereka dan mereka
bentuk aktiviti penglibatan seharusnya. Bukti selanjutnya melalui pemerhatian para
pendidik mengenai kepantasan dan sikap yang berbeza antara para pelajar dalam
mempelajari idea dan maklumat baru serta berapa yakin mereka mengaplikasikan
pengetahuan baru itu.
Logik pembelajaran berterusan mencadangkan bahawa pelajar akan lebih
bermotivasi untuk belajar jika mereka tahu tentang kekuatan dan kelemahan
pembelajaran mereka. Tambahan pula, jika para pendidik boleh merespon kepada
kekuatan dan kelemahan individu, maka kadar peringatan dan pencapaian dalam
program formal akan bertambah dan kemahiran ini menjadi satu asas bagi
pembelajaran sepanjang hayat.
Kajian pada peringkat pendidikan tinggi telah mengenal pasti pendekatan
kepada pembelajaran sebagai satu faktor yang signifikan yang mempengaruhi kualiti
pembelajaran pelajar (Marton dan Saljo, 1976a, 1976b; Biggs, 1979; Entwistle dan
Ramsden, 1983; Ramsden, 1992). Oleh itu tidaklah mengejutkan bahawa bidang
kajian gaya pembelajaran adalah begitu ekstensif dan mengelirukan dalam pelbagai
konsep yang diperkenalkan. Coffield et al. (2004) mengkategorikan 71 model
pembelajaran yang utama dan antara ini didapati hanya 13 model sahaja yang
mempunyai sokongan daripada kajian yang meluas.
6
Antara 13 model yang dikatakan ini, Teori Pembelajaran Pengalaman
(Experiential Learning Theory) dan Inventori Gaya Pembelajaran yang
diperkenalkan oleh Kolb dan Kolb (1984) sahaja mempunyai 1,004 artikel yang
berkaitan dengannya. Laman web Dunn dan Dunn yang memperkenalkan Soal
Selidik Gaya Pembelajaran menunjukkan satu bibliografi dengan 1,140 manakala
didapati 2,000 artikel telah pun ditulis mengenai Penunjuk Jenis Myers-Briggs
(Myers-Briggs Type Indicator) antara tahun 1985 dan 1995.
Coffield (2004) memperkenalkan satu klasifikasi model-model gaya
pembelajaran sebagai satu kontinuum (lihat Rajah 1.1). Pada sebelah kiri kontinuum
ini dimasukkan teori-teori yang menekankan pengaruh genetik, iaitu genetik yang
tetap dengan sifat yang diwarisi dengan interaksi personaliti dan kognitif. Walaupun
model seperti Dunn dan Dunn (1992) mengakui adanya pengaruh dari faktor-faktor
luaran, terutamanya persekitaran berdekatan, tetapi pada dasarnya model ini
menganggap gaya pembelajaran haruslah diterima sebagai tetap. Dunn dan Griggs
(1998) pernah mengatakan bahawa gaya pembelajaran ialah satu set sikap yang
berlaku secara biologikal. 60% daripada gaya pembelajaran adalah biologikal (Dunn,
1990).
Model Inventori Gaya Pembelajaran (Kolb, 1984, 1999; Kolb et. al., 2001)
dan Penunjuk Jenis Myers-Briggs (Myers dan McCaulley, 1985) adalah antara
model-model yang berada di tengah kontinuum ini.
7
Rajah 1.1 : Gaya Pembelajaran Disusun Kepada 5 Famili Pada Suatu Kontinuum.
(Coffield, 1994)
Pada sebelah kanan kontinuum ini, gaya pembelajaran adalah berdasarkan
interaksi dinamik antara diri dan pengalaman. Di sini, faktor-faktor seperti motivasi
dan persekitaran, misalnya pembelajaran individu atau koperatif, reka bentuk
kurikulum, kebudayaan institusi dan kursus, kaedah-kaedah penilaian dan pengajaran
memberikan pengaruh yang besar kepada keputusan para pelajar dalam strategi
pembelajaran yang dipilih. Satu contoh model dalam zon kontinuum ini ialah model
Pendekatan dan Inventori Kemahiran Belajar Untuk Para Pelajar (Approaches and
Gayapembelajaranberdasarkan 4modal VAKT
(Visual,Auditori,
Kinaesthetik,Tactile).
Gayapembelajaran
menggambarkanciri-ciri
mendalampada struktur
kognitif,termasuk
kebolehan.
Gayapembelajaran
ialah satukomponenpersonalitiyang stabil.
Gayapembelajaranadalah stabil
tetapi fleksibel.
Bergerak darigaya
pembelajarankepada
pendekatanatau strategi
pembelajaran.
Dunn &Dunn
GregorcBartlettBettsGordonMarksPaivioRichardsonSheehanTorrance
RidingBrovermanCooperGardner et
al.GuilfordHolzman andKlein
HudsonHuntKaganKoganMessickPettigrewWitkin
ApterJacksonMyers-BriggsEpstein &
MeierHarrison-
BransonMiller
Allinson &Hayes
HerrmannHoney &
MumfordKolbFelder &
SilvermanHermanussen
, Wierstra,de Jong &
ThijssenKaufmannKirtonMcCarthy
EntwistleSternbergVermuntBiggsConti &
KolodyGrasha-
RiechmannHillMarton&
SäljöMcKenney &
KeenPaskPintrich,
Smith,Garcia &
McCeachieSchmeckWeinstein,Zimmerman
& PalmerWhetton &
Cameron
KONTINUUM 5 FAMILI GAYA PEMBELAJARAN
8
Study Skills Inventory for Students - ASSIST) oleh Entwistle (1997). Dalam model
ini, Entwistle menekankan pada proses, iaitu tindak balas pelajar itu terhadap situasi
pengajaran di mana pelajar itu berada, dan bukanlah ciri perseorangan pelajar
tersebut (Entwistle, 1990, 1983, 1997). Gaya pembelajaran diklasifikasikan kepada
Pendekatan Mendalam, Pendekatan Permukaan dan Pendekatan Strategik.
Di Malaysia, banyak kajian telah dijalankan menggunakan model-model
yang lebih lama tertubuh seperti model Dunn dan Dunn (Mohd. Bukhari, 2005;
Asiah Haji Pariekutty, 1999), Kolb (Mohd Nazari, 2005), Felder dan Silverman (Abd.
Hadi, 2005) dan Myer-Briggs (Lee, 2001), terutamanya di institusi-institusi
pengajian tinggi. Antara kajian-kajian yang menggunakan model gaya pembelajaran
yang lebih baru ialah kajian oleh Wan Zah Wan Ali (2000) yang melibatkan temu
bual dengan 30 orang pelajar tahun dua, Sarjana Sains dengan Pendidikan dari
Universiti Malaya selepas mereka telah diberikan peluang untuk membaca sebuah
artikel yang mengandungi lebih kurang 2600 perkataan tanpa had masa. Hasil temu
bual itu, para pelajar tersebut dikategorikan sebagai menggunakan Pendekatan
Mendalam atau Pendekatan Permukaan berdasarkan apakah yang difahami oleh
subjek tentang kandungan teks dan pendekatan yang diambil. Klasifikasi ini adalah
berdasarkan model gaya pembelajaran yang dikemukakan oleh Marton (1975) dan
Marton dan Saljo (1976b, 1984). Model ini dianggapkan sebagai satu asas
permulaan bagi Model Entwistle yang digunakan dalam kajian ini.
Dalam kajian ini, penyelidik akan menggunakan instrumen Model Gaya
Pembelajaran Entwistle untuk mengkaji pola gaya pembelajaran sekumpulan para
pelajar Tahun Satu (2005/2006), Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia yang
mengikuti program sepenuh masa. Perbezaan antara Model Entwistle dengan kajian
Wan Zah Wan Ali (2000) ialah dalam Model Entwistle, selain dari pendekatan
mendalam dan pendekatan permukaan, Entwistle telah memperkenalkan satu lagi
pendekatan, iaitu pendekatan strategik.
9
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dibincangkan, didapati
bahawa gaya pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam pencapaian
akademik pelajar. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti
pola gaya pembelajaran di kalangan pelajar Tahun Satu (2005/2006), Sarjana Muda
Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia yang mengikuti program sepenuh masa, berdasarkan Model
Pendekatan dan Inventori Kemahiran Belajar Untuk Para Pelajar (Approaches and
Study Skills Inventory for Students - ASSIST) yang dicadangkan oleh Entwistle
(1997).
Model ini mengkategorikan gaya pembelajaran kepada 3 pendekatan, iatu
pendekatan mendalam, pendekatan strategik dan pendekatan permukaan. Kajian ini
ingin melihat pola gaya pembelajaran dari segi jantina dan juga pencapaian CPA. Di
samping itu, kajian ini juga ingin melihat dari aspek perbezaan pola gaya
pembelajaran dari segi jantina dan keseluruhan pelajar lelaki dan perempuan
berdasarkan Model Gaya Pembelajaran Entwistle dari segi pencapaian akademik
CPA.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti perkara-perkara berikut di
kalangan pelajar Tahun Satu (2005/2006), Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia yang
mengikuti program sepenuh masa :
(i) Mengenal pasti pola gaya pembelajaran di kalangan pelajar
berdasarkan Model Gaya Pembelajaran Entwistle dari segi jantina.
10
(ii) Mengenal pasti pola gaya pembelajaran di kalangan pelajar
berdasarkan Model Gaya Pembelajaran Entwistle dari segi pencapaian
akademik (CPA - Cumulative Point Average).
(iii) Mengenal pasti perbezaan pola gaya pembelajaran di kalangan
pelajar lelaki berdasarkan Model Gaya Pembelajaran Entwistle dari
segi pencapaian CPA .
(iv) Mengenal pasti perbezaan pola gaya pembelajaran di kalangan
pelajar perempuan berdasarkan Model Gaya Pembelajaran
Entwistle dari segi pencapaian CPA.
(v) Mengenal pasti perbezaan pola gaya pembelajaran di kalangan
keseluruhan pelajar lelaki dan perempuan berdasarkan Model Gaya
Pembelajaran Entwistle dari segi pencapaian CPA.
1.5 Persoalan Kajian
Berhubung dengan objektif kajian yang telah dibicarakan, berikut adalah
persoalan-persoalan kajian.
(i) Apakah pola gaya pembelajaran di kalangan pelajar berdasarkan
Model Gaya Pembelajaran Entwistle dari segi jantina?
(ii) Apakah pola gaya pembelajaran di kalangan pelajar berdasarkan
Model Gaya Pembelajaran Entwistle dari segi pencapaian akademik
(CPA - Cumulative Point Average) ?
11
(iii) Adakah terdapat perbezaan pola gaya pembelajaran di kalangan
pelajar lelaki berdasarkan Model Gaya Pembelajaran Entwistle dari
segi pencapaian CPA ?
(iv) Adakah terdapat perbezaan pola gaya pembelajaran di kalangan
pelajar perempuan berdasarkan Model Gaya Pembelajaran Entwistle
dari segi pencapaian CPA ?
(v) Adakah terdapat perbezaan pola gaya pembelajaran di kalangan
keseluruhan pelajar lelaki dan perempuan berdasarkan Model Gaya
Pembelajaran Entwistle dari segi pencapaian CPA ?