pluralisme alam melayu

3
Pluralisme Alam Melayu Konsep pluraliti alam Melayu perlu difahami sebagai asas utk memahami masyarakat plural. Kewujudan pelbagai etnik di alam Melayu telah memberi sumbangan terhadap pembentukan masyarakat plural yang dapat hidup secara bersama dalam kepelbagaian. Kewujudan pelbagai etnik di Alam Melayu telah memberi sumbangan terhadap pembentukan masyarakat plural yang dapat hidup secara bersama dalam kepelbagaian. Alam Melayu juga berfungsi sebagai tempat pertemuan pelbagai tamadun dan budaya. Interaksi antara budaya-budaya menjadikan Alam Melayu mengalami kepluralitian budaya. Sebelum kedatangan orang Eropah atau kuasa imperialisme, pola masyarakat pelbagai bangsa terbentuk melalui proses semula jadi, tanpa sebarang rancangan dan pemaksaan di sebaliknya. Hasilnya, mereka berjaya mewujudkan interaksi harmoni dengan penduduk tempatan, sistem sosial, politik dan agama yang sedia ada. Sebelum ketibaan Eropah, para pedagang datang ke Alam Melayu secara sukarela untuk mencari kehidupan dan kekayaan. Kedatangan mereka biasanya disertai bersama oleh ahli keluarga. Persetujuan sebulat suara antara ahli keluarga tercapai sekiranya mereka ingin terus menetap di Alam Melayu. Terdapat unsur-unsur akomodasi dalam kehidupan masyarakat pluralistik pada zaman tersebut. Mereka secara sukarela sanggup berkahwin dengan orang tempatan. Contohnya, masyarakat Cina Baba. Di samping mengamalkan budaya kehidupan masyarakat Melayu, amalan serta adat resam yang dibawa masuk oleh para pedagang juga diterima pakai oleh penduduk tempatan.

Upload: iswaran-krishnan

Post on 16-Feb-2016

237 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Etnik

TRANSCRIPT

Page 1: Pluralisme Alam Melayu

Pluralisme Alam Melayu

Konsep pluraliti alam Melayu perlu difahami sebagai asas utk memahami masyarakat

plural. Kewujudan pelbagai etnik di alam Melayu telah memberi sumbangan terhadap

pembentukan masyarakat plural yang dapat hidup secara bersama dalam kepelbagaian.

Kewujudan pelbagai etnik di Alam Melayu telah memberi sumbangan terhadap

pembentukan masyarakat plural yang dapat hidup secara bersama dalam kepelbagaian.

Alam Melayu juga berfungsi sebagai tempat pertemuan pelbagai tamadun dan budaya.

Interaksi antara budaya-budaya menjadikan Alam Melayu mengalami kepluralitian budaya.

Sebelum kedatangan orang Eropah atau kuasa imperialisme, pola masyarakat pelbagai

bangsa terbentuk melalui proses semula jadi, tanpa sebarang rancangan dan pemaksaan di

sebaliknya. Hasilnya, mereka berjaya mewujudkan interaksi harmoni dengan penduduk

tempatan, sistem sosial, politik dan agama yang sedia ada.

Sebelum ketibaan Eropah, para pedagang datang ke Alam Melayu secara sukarela untuk

mencari kehidupan dan kekayaan. Kedatangan mereka biasanya disertai bersama oleh ahli

keluarga. Persetujuan sebulat suara antara ahli keluarga tercapai sekiranya mereka ingin

terus menetap di Alam Melayu. Terdapat unsur-unsur akomodasi dalam kehidupan

masyarakat pluralistik pada zaman tersebut. Mereka secara sukarela sanggup berkahwin

dengan orang tempatan. Contohnya, masyarakat Cina Baba. Di samping mengamalkan

budaya kehidupan masyarakat Melayu, amalan serta adat resam yang dibawa masuk oleh

para pedagang juga diterima pakai oleh penduduk tempatan.

Kedatangan penjajah berteraskan tiga matlamat utama, iaitu Gospel, Gold dan Glory.

Fenomena ini telah memberi kesan dalam sistem kehidupan masyarakat di Alam Melayu.

Faktor pendorong kedatangan kuasa kolonial dan imperial Eropah ialah Gospel

(Pengembangan agama), Gold (Kekayaan) dan Glory (Kemegahan)

Faktor perdagangan menjadi punca wujud hubungan dua hala antara Cina dan India.

Alam Melayu telah menjadi tempat utama persinggahan bagi kedua-dua pihak. Keadaan ini

tanpa disengajakan telah mewujudkan pluraliti di Alam Melayu. Berlaku perubahan konsep

ilmu (epistemologi). Sebelum penjajahan adalah berasakan metafizik dan selepas

penjajahan British membawa konsep ilmu berterskan kaedah rasional dan saintifik. Kesan

hubungan pelbagai peradaban di Alam Melayu adalah yang pertama Indianisation iaitu

Page 2: Pluralisme Alam Melayu

Pengindiaan raja-raja dan pembesar. Kesan yang kedua adalah pengaruh astrologi Hindu.

Raja sebagai anak tuhan dan konsep raja dan kerajaan. Kesan yang ketiga adalah Seni dan

budaya Hinduisme dan Buddhisme. Ini dapat dilihat dalam watak wayang kulit yang

menggunakan nama-nama Hindu seperti Sita Dewi, Ramayana dan Hauman. Kesan yang

terakhir adalah pengaruh Islam iaitu dari segi penggunaan nama Islam pada masyarakat

Islam.

Kemuncak pluraliti Alam Melayu adalah pada zaman kesultanan Melaka. Era Melaka

adalah kemuncak keagungan kerajaan Melayu, dianggap Venice of the East. Masyarakat

plural yang wujud dapat hidup dengan aman dan damai, hasil dari sistem pemerintahan

yang adil. Pelaksanaan Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang

berteraskan Islam mampu memberi keadilan kepada masyarakat Plural Melaka pada waktu

tersebut. Dari segi perdagangan pula, Aktiviti perdagangan antarabangsa juga berjalan

dengan baik hasil dari sistem urus tadbir berteraskan Islam. Masyarakat Melaka pada waktu

tersebut terdiri dari pelbagai etnik antarabangsa yang hidup dalam suasana aman dan

damai. Penghijrahan berlaku secara semula jadi dan tiada paksaan atas keputusan yang

diambil. Berlaku akomodasi antara pedagang Cina dan India dengan penduduk tempatan.

Kedatangan pedagang antarabangsa ke Melaka telah menyumbang kepada multi budaya

yang tersendiri

Seterusnya merupakan pembentukan masyarakat Pluraliti oleh Penjajah. Kedatangan

Inggeris ke Alam Melayu membawa konsep pemikiran pemisahan negara dan agama, iaitu

negara kolonial secular. Agama dianggap penyumbang kepada perselisihan, manakala sains

dianggap penyumbang kepada kemajuan.