kerajaan melayu awal di alam melayu

2
Kerajaan Melayu Awal di Alam Melayu Alam Melayu merangkumi gugusan kepulauan dan tanah besar di bahagian tenggara benua Asia. Sejarah awal Alam Melayu memperlihatkan beberapa kerajaan seperti Funan, Champa, Srivijaya, Mataram dan Majapahit. Kerajaan-kerajaan ini mempunyai beberapa persamaan seperti geografi, bahasa dan budaya. Kerajaan-kerajaan ini telah berkembang maju sebagai pusat perdagangan dan keagamaan yang tersohor. Kerajaan Funan berpusat di Vyadhapura dan diasaskan oleh Kaundinya pada abad pertama. Semasa pemerintahan Fan Shih-man, kerajaan ini berkembang dan menguasai jalan perdagangan utama antara timur dengan barat. Pada abad ketiga, Funan menjadi pusat perdagangan utama di Alam Melayu. Kerajaan Champa berpusat di Indrapura dan diasaskan oleh Chu-Lien pada tahun 192 M. Semasa pemerintahan Che Bong Nga, Champa telah meluaskan empayarnya ke wilayah Dai Viet hingga Lembah Sungai Merah. Kerajaan Champa ditawan semula oleh Dai Viet pada tahun 1471. Kerajaan Srivijaya diasaskan oleh Dapunta Hyang Sri Jayanasa pada tahun 683 di Palembang. Kerajaan ini menguasai jalan laut, iaitu Selat Melaka dan Selat Sunda yang menjadi pusat perdagangan utama di Alam Melayu. Kerajaan Mataram berpusat di Jawa Tengah pada abad kelapan. Kerajaan ini diasaskan oleh Raja Sanjaya. Wilayah jajahan kerajaan ini bertambah luas mencakupi seluruh Jawa Timur dan Jawa Tengah dan membina beberapa buah candi termasuk Candi Prambanan. Kerajaan Majapahit berpusat di Kota Trowulan yang diasaskan oleh Raden Vijaya. Patih Gajah Mada telah meluaskan jajahan dan menjadikan Majapahit sebagai pusat perdagangan pada abad ke-14. Tapak bandar Oc-Eo kerajaan Funan Candi Po Nagar Kerajaan Champa Candi Muara Takus Kerajaan Srivijaya Gapura Bajang Ratu Kerajaan Majapahit Candi Prambanan Kerajaan Mataram

Upload: others

Post on 28-Oct-2021

33 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kerajaan Melayu Awal di Alam Melayu

Kerajaan Melayu Awal di Alam Melayu

Alam Melayu merangkumi gugusan kepulauan dan tanah besar di bahagian tenggara benua Asia. Sejarah awal Alam Melayu memperlihatkan beberapa kerajaan seperti Funan, Champa, Srivijaya, Mataram dan Majapahit. Kerajaan-kerajaan ini mempunyai beberapa persamaan seperti geografi, bahasa dan budaya. Kerajaan-kerajaan ini telah berkembang maju sebagai pusat perdagangan dan keagamaan yang tersohor.

Kerajaan Funan berpusat di Vyadhapura dan diasaskan oleh Kaundinya pada abad pertama. Semasa pemerintahan Fan Shih-man, kerajaan ini berkembang dan menguasai jalan perdagangan utama antara timur dengan barat. Pada abad ketiga, Funan menjadi pusat perdagangan utama di Alam Melayu.

Kerajaan Champa berpusat di Indrapura dan diasaskan oleh Chu-Lien pada tahun 192 M. Semasa pemerintahan Che Bong Nga, Champa telah meluaskan empayarnya ke wilayah Dai Viet hingga Lembah Sungai Merah. Kerajaan Champa ditawan semula oleh Dai Viet pada tahun 1471.

Kerajaan Srivijaya diasaskan oleh Dapunta Hyang Sri Jayanasa pada tahun 683 di Palembang. Kerajaan ini menguasai jalan laut, iaitu Selat Melaka dan Selat Sunda yang menjadi pusat perdagangan utama di Alam Melayu.

Kerajaan Mataram berpusat di Jawa Tengah pada abad kelapan. Kerajaan ini diasaskan oleh Raja Sanjaya. Wilayah jajahan kerajaan ini bertambah luas mencakupi seluruh Jawa Timur dan Jawa Tengah dan membina beberapa buah candi termasuk Candi Prambanan.

Kerajaan Majapahit berpusat di Kota Trowulan yang diasaskan oleh Raden Vijaya. Patih Gajah Mada telah meluaskan jajahan dan menjadikan Majapahit sebagai pusat perdagangan pada abad ke-14.

Tapak bandar Oc-Eo kerajaan Funan

Candi Po Nagar Kerajaan Champa

Candi Muara Takus Kerajaan Srivijaya

Gapura Bajang Ratu Kerajaan Majapahit

Candi Prambanan Kerajaan Mataram

Page 2: Kerajaan Melayu Awal di Alam Melayu

Kerajaan Melayu Awal di Alam Melayu

Bagi Kepulauan Melayu pula terdapat kerajaan-kerajaan Melayu awal yang bertapak seawal abad kelima lagi. Kerajaan-kerajaan ini wujud sebelum Kesultanan Melayu Melaka yang bermula daripada petempatan kecil dan berkembang menjadi pelabuhan. Pelabuhan ini seterusnya berkembang menjadi kerajaan.

Kerajaan Kedah Tua berpusat di Sungai Mas dan Pangkalan Bujang. Pedagang dari timur dan barat yang datang berdagang di Lembah Bujang menjadikan tempat ini maju.

Kerajaan Chih-Tu adalah sebuah kerajaan yang diasaskan oleh Raja Gautama pada abad keenam. Kerajaan ini terletak berhampiran Sungai Kelantan. Kerajaan ini mempunyai hubungan yang erat dengan China.

Kerajaan Gangga Nagara muncul pada abad keenam. Gangga Nagara sering dikunjungi oleh pedagang luar kerana kekayaan hasil bumi sepertiemas dan bijih timah.

Kerajaan Santubong merupakan sebuah kerajaan kecil di Sungai Sarawak yang terkenal sebagai kawasan perlombongan bijih besi. Ramai pedagang singgah di Santubong sehingga berkembang menjadi pelabuhan.

Kerajaan Beruas wujud sekitar abad ke-15, iaitu selepas kemerosotan Gangga Nagara. Kerajaan Beruas terletak di Sungai Dinding yang terkenal sebagai kawasan penanaman padi.

Batu nisan yang dikaitkan dengan Kerajaan Beruas

Bukit Maras Kerajaan SantubongCandi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang, Kedah.

Gambaran Balairung Kerajaan Chih-Tu

Bekas peninggalan Kerajaan Gangga Nagara