artifak alam melayu

34
ARTIFAK ALAM MELAYU DISEDIAKAN Dayang nur zawani Christie Minda Desmond Kelly

Upload: dayang-nur-zawani

Post on 14-Jul-2016

112 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

....

TRANSCRIPT

Page 1: Artifak Alam Melayu

ARTIFAK ALAM MELAYU

DISEDIAKANDayang nur zawani

Christie MindaDesmond Kelly

Page 2: Artifak Alam Melayu

PENGENALAN ARTIFAK ALAM MELAYU◦ Artifak bermaksud barang-barang buatan manusia (terutama alat perkakas dan

senjata) yang merupakan peninggalan sesuatu zaman. ◦ Tempoh prasejarah negara Malaysia bermula daripada kesan-kesan terawal

penempatan manusia yang diketahui iaitu di sekitar 40 ribu tahun dahulu dan berlanjutan sehingga terbentuknya Kesultanan Melaka di sekitar tahun 1400.

◦ Faktor cuaca banyak memberi kesan pada artifak-artifak prasejarah termasuk barangan tembikar tanah dan perkakas-perkakas yang diperbuat daripada batu dan besi.

◦ Kebanyakan artifak, termasuk kawasan perkuburan, telah ditemui di ruang yang terlindung di dalam gua-gua. Satu-satunya peninggalan binaan yang masih boleh dilihat adalah batu-batu asas bangunan yang dibina semasa era kerajaan purba di Kedah dan di Santubong, Sarawak di sekitar abad ke-5 sehingga abad ke-13.

Page 3: Artifak Alam Melayu

◦ Cara hidup berburu dan mengumpul makanan telah berubah dengan begitu dramatik sekali di sekitar 5,000 tahun dahulu berikutan dengan penemuan kaedah bagi menghasilkan perkakas batu yang digilap dan barangan tembikar tanah. Bukti-bukti penghidupan dari zaman Neolitik boleh ditemui di kawasannya sendiri, atau di kawasan-kawasan Mesolitik,

◦ Di Gua Niah di Sarawak, ◦Gua Cha di Kelantan ◦Gua Kechil di Pahang.

Page 4: Artifak Alam Melayu

◦ Kawasan-kawasan dari Zaman Logam di Semenanjung juga tertumpu di bahagian utara, melainkan penemuan sebuah loceng yang diperbuat dari gangsa di Muar, Johor.

◦ Penemuan-penemuan di bahagian pantai timur pula tertumpu di kawasan-kawasan yang mempunyai sumber emas, manakala di pantai barat pula adalah berdekatan kawasan sumber bijih timah.

◦ Kehidupan di Zaman Logam juga dapat dilihat melalui pelbagai barangan yang diperbuat daripada besi seperti sebuah alat berbentuk batang yang panjang yang dikenali dalam kalangan orang Melayu sebagai tulang mawas dan hanya ditemui di Semenanjung Malaysia.

Page 5: Artifak Alam Melayu

CONTOH ARTIFAK ALAM MELAYU

Page 6: Artifak Alam Melayu

Senjata Alam Melayu

Page 7: Artifak Alam Melayu

Kerambit / Lawi Ayamsalah satu senjata tempur jarak rapat yang kini menjadi senjata seni bela diri yang paling popular di dunia. Senjata ini dipilih oleh pelbagai agensi ‘sekuriti, pengawal peribadi dan kumpulan gerak khas ketenteraan’ di barat sebagai salah satu senjata tempur jarak rapat yang eksklusif.  Kini senjata sulit Sri kandi Melayu sudah keperingkat antarabangsa dan dinobatkan sebagai senjata seni bela diri yang tersohor alaf ini.

Page 8: Artifak Alam Melayu
Page 9: Artifak Alam Melayu

Badik

Badik mempunyai mata yang tebal di bahagian belakangnya dan meruncing dihujungnya. Hulu dan sarungnya diperbuat daripada kayu, tanduk dan gading serta dihias dengan motif awan larat. Bentuk badik, hampir sama dengan bentuk tumbuk lada tetapi lebih besar dan kurang pula daripada segi ukiran. Matanya lebih tegak, hulunya membongkok ke bawah.

Badik misalnya, cukup popular selepas Kerajaan Inggeris/Belanda mengharamkan penggunaan keris. Matanya ditempa daripada besi terpilih manakala ulunya diperbuat daripada kayu, gading, tanduk serta dihiasi dengan logam emas dan perak. Selain digunakan untuk mempertahankan diri, badik juga menjadi pisau memotong daging, bawang dan menyembelih haiwan.

Hulu dan sarungnya diperbuat daripada kayu, tanduk dan gading serta dihias dengan motif awan larat. Bentuk badik, hampir sama dengan bentuk tumbuk lada tetapi lebih besar dan kurang pula daripada segi ukiran. Matanya lebih tegak, hulunya membongkok ke bawah.

Page 10: Artifak Alam Melayu

Lembing◦Digunakan untuk memburu dan berperang semenjak zaman kuno lagi. ◦ Ia terdiri daripada hulu atau pemegang, biasanya diperbuat daripada kayu dan mempunyai hujung

yang tajam dipanggil kepala.◦ Hujung yang tajam itu mungkin juga adalah dari hujung kayu itu sendiri (contohnya lembing buluh)

atau diikatkan bersama bahan yang lain kepada hulu tersebut. ◦ Lembing yang paling biasa dibuat ialah lembing yang mempunyai kepala yang diperbuat daripada

besi, berbentuk seperti pisau pendek dan digunakan untuk tikaman.

Page 11: Artifak Alam Melayu

◦ Boleh digunakan dalam pertempuran dan memburu, dan dalam pergelutan dan sebagai senjata dibaling.

◦Di kawasan yang mempunyai sumber terhad, ini merupakan punca kenapa lembing cenderung digunakan: alat yang boleh digunakan bagi memburu, juga untuk membunuh haiwan yang mengancam ternakan dan tanaman, dan turut juga merupakan senjata yang berkesan dalam perperangan.

◦ Ia mempunyai jarak berkesan melebihi senjata tangan yang dipegang lain seperti keris, pedang, dsb. dan juga boleh dilontar bagi meningkatkan jarak keberkesanannya lagi.

Page 12: Artifak Alam Melayu
Page 13: Artifak Alam Melayu

Tumbuk Lada ◦ Tumbuk Lada ialah sejenis senjata Melayu tradisional dari daerah Sumatera, Kepulauan

Riau dan Semenanjung Tanah Melayu.◦ Bentuk bilah senjata ini seakan badik dari Sulawesi tetapi bentuk sarungnya berbeza. ◦ Pada pangkal sarung Tumbuk Lada terdapat bonjolan bundar yang selalunya dihias dengan ukiran

yang dipahat. ◦ Sarung senjata ini selalunya dilapis dengan kepingan perak yang diukir dengan pola-pola rumit.

Page 14: Artifak Alam Melayu

◦ Senjata ini tergolong dalam jenis senjata pendek dengan mata pada sebelah bilah sahaja dan boleh diguna secara tunggal ataupun berpasangan.

◦Digunakan secara menikam, menghiris dan menjajah dalam pertempuran jarak dekat. ◦ Ia boleh dipegang dengan dua jenis genggaman iaitu dengan mata keatas ataupun mata ke bawah. ◦ Seorang yang ahli dalam permainan tumbuk lada mampu menukar genggaman senjata ini ketika

bertemput bagi mengelirukan musuh.

Panjang bilah tumbuk lada sekitar 27cm hingga 29cm. Lebar bilahnya sekitar 3.5cm hingga 4cm. Dari tengah bilah sampai ke pangkalnya terdapat alur yang dalam yang kadang-kala disapu racun berbisa.Panjang bilah tumbuk lada sekitar 27cm hingga 29cm. Lebar bilahnya sekitar 3.5cm hingga 4cm. Dari tengah bilah sampai ke pangkalnya terdapat alur yang dalam yang kadang-kala disapu racun berbisa.

Page 15: Artifak Alam Melayu

Keris Sundang◦ dianggap sebagai Raja bagi segala senjata Melayu. Di percayai berasal dari pulau Sulawesi ,

digunakan olih pahlawan Bugis  dan masyarakat Moro Filipinah . ◦Mula diperkenalkan di Tanah Melayu pada abad ke 17 . Ia digunakan sebagai senjata untuk menetak,

memancung , dan melibas , jarang sekali digunakan untuk menikam. ◦Mata sundang terbahagi  kepada dua, ia itu berbentuk lurus dan berlok . ◦ Sundang amat sesuai digunakan didalam pertarungan cara berapat rapat. Mata sundang diberbuat

dari besi waja, agar ia tahan lama dan sentiasa tajam  tidak perlu diasah dan boleh memotong paku.

Page 16: Artifak Alam Melayu
Page 17: Artifak Alam Melayu

Parang◦ Parang didefinasikan sebagai Pisau Melayu yang besar.  Parang merupakan sejenis alat seakan pisau

yang berasal dari Asia Tenggara, khususnya Nusantara.

◦ Ia digunakan untuk memotong kayu yang lebih keras, dengan  mata yang lebih keras dan pusat pukulan  yang jauh ke hadapan tangkai. Matanya juga lebih cekah serong supaya tidak tersekat dalam potongan.

◦Mata yang lengkung membolehkan penggunaan daya maksimum ketika memotong kayu balak, maka mata sampai sebelum buku jari demi perlindungan pada buku jari.

◦ Parang mempunyai tiga mata, iaitu mata depan amat tajam dan digunakan untuk mengupas, mata tengah yang lebih lebar dan digunakan untuk mencantas, dan mata belakang (dekat tangkai) yang amat halus dan digunakan untuk mengukir.

Page 18: Artifak Alam Melayu
Page 19: Artifak Alam Melayu

Benda kerajaan

Page 20: Artifak Alam Melayu

Stempel Kerajaan Membentuk lambang yang memuatkan falsafahMembentuk identity

Menunjukkan kekuasaan

Kerajaan Aceh Darussalam

- Setiap sultan atau sultanah yang memerintah kerajaan aceh menggunakan sebuat cap sikureng (cap Sembilan)

- Mencantumkan 9 nama pemerintah Aceh dan di tengah-tengah adalah sultan/sultanah yang memerintah.

Page 21: Artifak Alam Melayu

Mahkota Kerajaan

Jenis : Mahkota KerajaanNama : MAHKOTA KESULTANAN

BANTENEra : Abad ke-18

Asal : Banten, Jawa Barat, IndonesiaMaterial : Emas, Batu Mulia, dan

Logam yang dilapisi sepuhan

Jenis : Mahkota KerajaanNama : MAHKOTA KERAJAAN

KUTAI KERTANEGARAAsal : Kutai, Kalimantan Timur

Material : Emas dan Batu Permata

Page 22: Artifak Alam Melayu

Mahkota NusantaraMahkota kerajaan Badung abad ke 19

Jenis : Mahkota KerajaanNama : MAHKOTA KERAJAAN

KAHURIPANAsal : Jawa Timur

Era : Perkiraan abad ke-10Material : Emas dan Batu Mulia

Page 23: Artifak Alam Melayu

Batu bersurat

Page 24: Artifak Alam Melayu

- berusia lebih kurang 700 tahun - batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia.- Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386. -Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1887,

Batu Bersurat Terangganu

Page 25: Artifak Alam Melayu

◦ 1902 : disedari oleh Saiyed Husin bin Ghulam Al Bukhari iaitu seorang ahli perniagaan. Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya diatas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, batu ini telah di persembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian batu itu diletakkan diatasBukit Puteri.

◦ 1922 : Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang jurufoto berbangsa Jepun, N.Suzuki mengambil gambar dan dihantar kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan. Batu itu telah patah sebahagian disebelah atasnya dan ditulis didalam bahasa Melayu dengan tulisan Jawi bertarikh 702 Hijrah.

◦ 1923 : batu ini dipinjamkan ke Muzium Singapura sehingga Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, batu bersurat tersebut telah dipulangkan ke Kuala Lumpur dari Muzium Raffles Singapura.

◦ Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapat kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu

Page 26: Artifak Alam Melayu

Payung Raja

Page 27: Artifak Alam Melayu

Payung Ubur-ubur Kuning ialah sebahagian

daripada alat kebesaran Diraja. Payung Ubur-

ubur Kuning sebanyak dua puluh kaki dan

diperbuat daripada kain sutera yang berwarna

kuning raja iaitu suatu warna yang dipandang

mulia oleh orang Melayu dan dikhaskan menjadi

kebesaran Raja-rajanya. Di kemuncaknya

dipasangkan anak bulan dengan bintang.

Page 28: Artifak Alam Melayu

CONTOH ARTIFAK• Gendang Dong SonGendang gangsa ini dijumpai di Batu Buruk, Terengganu pada tahun 1964. Gendang ini dipercayai digunakan sebagai alat muzik untuk hari perayaan, perkahwinan dan upacara kematian. Ia juga dijadikan sebagai alat pengkebumian oleh golongan kaya dan berstatus.

Page 29: Artifak Alam Melayu

• Loceng dong son

Loceng gangsa ini ditemui di Kampung Pencu, Muar, Johor. Ia dipercayai berasal dari Dong Son, Utara Vietnam berdasarkan reka bentuk dan coraknya yang sama dengan loceng Dong Son yang lain. Loceng ini dianggar dihasilkan sekitar 150 Tahun Masihi, iaitu bersamaan dengan perluasaan kuasa kerajaan Funan

Page 30: Artifak Alam Melayu

◦Pemukul Kulit KayuAlat batu yang mempunyai garisan silang-menyilang bagi mengetuk dan melembutkan kulit kayu untuk dijadikan pakaian.

Page 31: Artifak Alam Melayu

◦ Tulang MawasAlat besi ini dipercayai digunakan oleh pelombong atau dalam kerja pembuatan kapal

Page 32: Artifak Alam Melayu

◦Bodhisattva BersilaUkiran Batu Terakota, Bodhisattva bersila, tapak 21/22, Kampung Pengkalan Bujang, Kedah. Arca ini mempunyai langgam yang mirip dengan arca-arca Buddha Zaman Cola dari India Selatan pada abad ke-10 atau awal abad ke-11.

Page 33: Artifak Alam Melayu

◦Tengkorak HomosapiensManusia Perak merupakan tinggalan manusia moden (homo sapiens) yang terpenting pernah ditemui di Malaysia kerana usianya melebihi 10,000 tahun dan ditemui dalam keadaan lengkap dari sudut anatominya. Belia ditanam dalam keadaan merengkok dan dikebumikan dengan berbagai makanan yang terdiri daripada cengkerang siput, daging dari berbagai jenis haiwan dan juga disertai dengan alat-alat batu.