plkn dlm m'bina sahsiah.ppt

19
PEMBANGUNAN SAHSIAH PEMBANGUNAN SAHSIAH ( ULP 1013 ) ( ULP 1013 )

Upload: melania-applelyea-ad

Post on 18-Nov-2015

47 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

  • PEMBANGUNAN SAHSIAH ( ULP 1013 )

    *

  • PLKN MEMBENTUK NILAI-NILAI MURNI DALAM DIRI INDIVIDU YANG TERLIBAT

    *

  • PENGENALANDilaksanakan pada 16 februari 2004Pada mulanya ia adalah Kerahan Tenaga yang mana dicetuskan di dalam Kongres Patriotisme Negara pada 24 Oktober 2002Ia bertujuan menyatupadukan golongan muda dari pelbagai kaum memandangkan usaha yang sama melalui sekolah dan institusi pengajian tinggi adalah kurang berjaya, kerana masih ada golongan yang mahu memisahkan anak muda mengikut kaum.JKMKT telah mendapatkan maklumbalas daripada rakyat dan membuat berbagai perbincangan dengan persatuan dan pertubuhan sebelum keputusan dibuat tentang pelaksanaan program ini. Maka tertubuhlah Program Khidmat Negara (PLKN) ini.

    *

  • MISI DAN VISIVISIMenjadikan sebuah organisasi yang terunggul dalam membantu remaja agar bersemangat waja, berkeyakinan diri, setia kepada negara, sentiasa bersedia menghadapi sebarang cabaran dan dugaan dalam kearah memupuk kerjasama serta perpaduan kaum di negara ini.

    MISIBerhasrat menjadi organisasi utama dalam membentuk generasi yang berdisplin, setia kepada negara, bersemangat waja, berperwatakan positif dan cintakan perpaduan.

    *

  • OBJEKTIF / TUJUANMeningkatkan semangat patriotisme serta motivasi diri untuk menambah keyakinan dan kepercayaan terhadap diri sendiri .Memupuk perpaduan kaum dan semangat kerjasama di kalangan peserta berbilang bangsa, budaya dan agama sebagai langkah ke arah integrasi nasional.Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Menyemarakkan semangat kesukarelaan di kalangan remaja. Melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri.Membina disiplin dalaman melalui unsur regimentasi ala tentera untuk membangun karakter unggul.

    *

  • FAKTOR-FAKTOR PENUBUHAN PLKNPembentukan generasi wawasan 2020. membantu membentuk anak bangsa Malaysia yang mempunyai wawasan yang dapat mendukung dan menyokong usaha-usaha kerajaan dalam merealisasikan matlamat Wawasan 2020menjadi sebuah negara maju, makmur dan dinikmati bersamaPembentukan generasi maju.dapat mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, masyarakat yang mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri, kekuatan menghadapi pelbagai masalah serta bermoral dan beretika, mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan agama masing-masing dan kesetiaan pada satu Negara.Menyatupadukan golongan muda dari pelbagai kaum.menyatupadukan golongan muda dari pelbagai kaum

    *

  • CIRI-CIRI PLKNBukan berbentuk kerahan tenaga atau military.Berteraskan rukun negara.Melibatkan semua kaum.Melibatkan pelatih lelaki dan wanita.Mempunyai modul yang mengandungi aspek-aspek keagamaan, kerohanian dan nilai-nilai murni.Mempunyai kurikulum pelbagai disiplin.Mempunyai imej tersendiri dari segi pakaian seragam, logo dan lagu.Melibatkan pelbagai sektor samada kerajaan, swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

    *

  • KESAN-KESAN

    Terhadap Individu

    Terhadap Masyarakat Terhadap Negara

    *

  • Terhadap individu

    1) Dapat menanam semangat patriotisme dalam diri individu.

    Kebanyakan individu pada zaman ini tidak tahu akan maksud apa itu patriotisme. Dengan adanya program seperti PLKN ini dapat memberi pengetahuan sedikit sebanyak makna patriotisme serta dapat menanam semangat cinta akan Negara dalam diri individu

    2) Memupuk semangat sukarelawan dalam diri individu.Sikap ini dapat dipupuk melalui aktiviti-aktiviti kerja gotong- royong, pemeliharaan alam sekitar dan kerja kebajikan yang dijalankan ketika individu dalam Program Khidmat Negara.3) Dapat menambahkan ilmu pengetahuan

    Peserta dapat mengendalikan senjata M16 di mana ini latihan seperti ini tidak di ajar oleh mana-mana sekolah yang yang terdapat di seluruh Malaysia. Hanya melalui PLKN sahaja peserta dapat mempelajari cara pengendalian senjata ini. Ini satu manfaat kepada individu bagi menghadapi sesuatu situasi pada masa akan datang.

    *

  • Terhadap masyarakat

    1) Mewujudkan masyarakat perpaduan kaum dan intergriti nasional. Sikap ini dapat di pupuk dalam kalangan peserta melalui pendedahan kepada budaya, adat resam, dan kepercayaan pelbagai agama, budaya serta etnik. Contahnya dalam program keluarga angkat.2) Dapat melahirkan individu yang megerti cara hidup bermasyarakat

    Melalui sukatan modul yang telah disediakan, para remaja diterapkan dengan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Ini bersesuaian dengan kehendak kerajaan yang mana ingin melahirkan para remaja yang mempunyai sifat kesukarelaan,berdisiplin,semangat setia kawan dan suka membantu sesiapa sahaja di dalam kesusahan.

    *

  • Terhadap Negara

    1) Pembentukan generasi baru.

    Harapan Negara dalam membentuk generasi Negara maju dalam pelbagai aspek seperti kerohanian, nilai sosial serta mempunyai perpaduan nasional dan dapat melahirkan bangsa yang bermaruah serta penuh keyakinan dalam memacu Negara pada masa akan datang. Tumpuan pembangunan yang tidak seimbang. 2) Mewujudkan Negara yang harmoni

    PLKN merupakan satu usaha yang relevan dalam mengatasi pelbagai krisis social yang melibatkan golongan muda yang boleh mengancam keharmonian Negara. Oleh itu dengan wujudnya PLKN sedikit sebanyak ia dapat menanangi masalah ini supaya keharmonian Negara dapat dikekalkan.

    *

  • MODEL MENGATASI MASALAHPeranan pihak berkuasa

    Pihak-pihak tertentu patut memperketatkan undang-undang ke atas mereka yang inginkan pengecualian program tersebut iaitu dengan cara mengenakan denda yang setimpal.Pengstrukturan semula sistem sedia ada

    Pihak-pihak tertentu juga patut mengubah atau menambah semula sistem yang telah sedia ada supaya ia menjadi lebih cekap,cepat dan bersistematik.Penerapan nilai murni atau kesedaran

    Penerapan nilai-nilai murni atau kesedaran perlu di perbanyakkan di dalam modul bagi memupuk minat mereka terutama sekali terhadap masyarakat.Kempen iklan yang efektif

    Kempen-kempen serta iklan-iklan yang efektif perlu diperbanyakkan samada di media massa ataupun di media elektronik bagi menyedarkan masyarakat tentang faedah-faedah yang akan diperolehi melalui program tersebut.

    *

  • Penerapan konsep keagamaan dan moralKonsep keagamaan dan moral juga perlu diperbanyakkan di dalam setiap modul tersebut, ini bagi menyedarkan mereka bahawa agama memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan sahsiah atau nilai murni setiap individu. Memudahkan urusan menggunakan ICTSegala urusan hendaklah dilakukan melalui internet iaitu secara online dan bukanya secara manual lagi. Ini bagi memudahkan kedua-dua belah pihak.

    Mengadakan pelbagai aktivi-aktiviti yang berfaedah dan tidak membosankanDi dalam modul tersebut juga, aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan tidak membosankan perlu diwujudkan, ini bagi menarik minat setiap individu untuk menyertai program tersebut tanpa ada paksaan.

    *

  • KESAN TERHADAP PEMBINAAN SEMULA PERSONALITI.Menanam semangat patriotisme

    PLKN begitu berkesan dalam menanamkan semangat patriotisme dalam diri masyarakat terutama remaja. Remaja merupakan golongan yang begitu berharga sekali bukan kerana bilangan mereka yang ramai tetapi peranan mereka yang bakal menjadi pemimpin pada masa depan dan bakal menentukan hala tuju negara.

    Mempertingkatkan perpaduan antara kaum

    PLKN juga begitu berkesan dalam mempertingkatkan perpaduan kaum serta integrasi nasional. Perpaduan begitu penting dalam membentuk sebuah negara yang aman. Perpaduan yang lebih kukuh di kalangan rakyat berbilang bangsa, agama dan budaya di negara ini adalah kunci kepada kemajuan serta kesejahteraan negara pada masa depan.

    *

  • Dapat mengisi masa lapang para remaja

    Program ini juga berkesan dalam mengisi masa lapang remaja daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah. PLKN mempunyi visi dan misi yang jelas serta nyata untuk membentuk masyarakat yang mantap dari segi fizikal, mental dan keharmonian pada masa akan datang bagi menempuhi cabaran-cabaran dalam mencapai matlamat Wawasan 2020.

    Menanam semangat kesukarelaan di kalangan remaja

    Menanam semangat kesukarelaan di kalangan remaja juga merupakan salah satu keberkesanan PLKN. Aktiviti sukarela begitu penting dan berguna dalam sesebuah negara. Hal ini disebabkan, melalui sukarela masyarakat terutamanya golongan muda-mudi dapat mempelajari sesuatu melalui pengalaman di kawasan kejiranan, dalam kerja perkhidmatan sosial, alam, kemudahan awam dan sebagainya.

    *

  • SOKONGAN MENJAYAKAN MODELMengadakan kempen, ceramah dan kursus. Dengan cara memperbanyakkan kempen, ceramah dan kursus di setiap agensi samada badan-badan kerajaan ataupun badan-badan swasta. Di dalam teks tersebut hendaklah di masukkan unsur-unsur yang berkaitan betapa pentingnya program tersebut

    Mengadakan pameran-pameran di setiap tempat khususnya di sekolah. Dengan cara memperbanyakkan pameran di setiap tempat samada di sekolah-sekolah ataupun di tempat-tempat awam bagi menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya program yang diadakan itu

    *

  • Memberi elaun kepada para peserta Pihak-pihak tertentu juga sepatutnya memberi ganjaran dalam bentuk elaun kepada peserta-peserta yang terlibat, ini bagi meningkatkan lagi semangat para remaja yang lain untuk mengikutinya.

    Memperbanyakkan iklan-iklan Pihak media massa ataupun media elektronik perlulah memainkan peranan penting dalam menyebarkan risalah-risalah ataupun iklan-iklan yang berkaitan. Ini kerana jiwa masyarakat lebih dekat dengan kedua-dua media tersebut.

    *

  • KESIMPULANPLKN ini memberi impak dan kesan positif kepada semua lapisan masyarakat terutamanya golongan remaja yang terlibat dalam program tersebut. Melalui modul ini juga para peserta dapat berfikir secara positif ,bijak dalam membuat keputusan dan menjadi individu yang cekap serta dapat melahirkan individu yang dapat menjadi role model kepada agama, masyarakat dan negara. Pihak kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan seharusnya berganding bahu bagi mengatasi masalah yang ada dalam program tersebut bagi memberi keberkesanan lagi kepada semua pihak.Oleh itu, program seumpama ini patut diteruskan pada masa akan datang.

    *

  • SEKIAN TERIMA KASIH

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *