kerja kursus (plkn)

22
1.0 Pengenalan Jika diselidiki dari sudut sosiologi dan politik, negara kita, Malaysia perlu melaksanakan Program Khidmat Negara disebabkan tiga faktor utama, iaitu perubahan gagasan negara etnik, modenisasi yang dibawa oleh kepesatan pembangunan, dan perubahan budaya daripada budaya agraria kepada urbanisasi. Sehubung itu, Jabatan Latihan Khidmat Negara melancarkan Program Latihan Khidmat Negara buat kali pertama pada 16 Februari 2014 (Rahmad Amin, 2011: 17). Idea tentang keperluan PLKN dicetuskan oleh Kongres Patritisme Negara Pertama yang bertemakan “Patriotisme Teras Ketahanan Nasional” yang dianjurkan oleh Universiti Utara Malaysia, bersama dengan Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri pada 24 Oktober hingga 16 Oktober 2002. Ucapan utama kongres ini disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. Selepas itu, beliau telah berdialog dengan peserta Kongres dan pada ketika itulah timbulnya cadangan daripada Tan Seri Lee Lam Thye agar “National Service” diperkenalkan oleh kerajaan (Rahmad Amin, 2011: 34). Tujuan “National Service” adalah untuk memupuk perpaduan kaum, memelihara ketahanan nasional, meningkat semangat patriotism dan sebagai wahana untuk mewujudkan Etnik Malaysia yang benar-benar bersatu dan progresif. Resolusi Kongres mencadangkan supaya kerajaan memulakan “Natinal Service” yang kemudian dikenali sebagai khidmat negara.

Upload: venus-lim

Post on 16-Nov-2015

110 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

1.0 PengenalanJika diselidiki dari sudut sosiologi dan politik, negara kita, Malaysia perlu melaksanakan Program Khidmat Negara disebabkan tiga faktor utama, iaitu perubahan gagasan negara etnik, modenisasi yang dibawa oleh kepesatan pembangunan, dan perubahan budaya daripada budaya agraria kepada urbanisasi. Sehubung itu, Jabatan Latihan Khidmat Negara melancarkan Program Latihan Khidmat Negara buat kali pertama pada 16 Februari 2014 (Rahmad Amin, 2011: 17).Idea tentang keperluan PLKN dicetuskan oleh Kongres Patritisme Negara Pertama yang bertemakan Patriotisme Teras Ketahanan Nasional yang dianjurkan oleh Universiti Utara Malaysia, bersama dengan Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri pada 24 Oktober hingga 16 Oktober 2002. Ucapan utama kongres ini disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad. Selepas itu, beliau telah berdialog dengan peserta Kongres dan pada ketika itulah timbulnya cadangan daripada Tan Seri Lee Lam Thye agar National Service diperkenalkan oleh kerajaan (Rahmad Amin, 2011: 34).Tujuan National Service adalah untuk memupuk perpaduan kaum, memelihara ketahanan nasional, meningkat semangat patriotism dan sebagai wahana untuk mewujudkan Etnik Malaysia yang benar-benar bersatu dan progresif. Resolusi Kongres mencadangkan supaya kerajaan memulakan Natinal Service yang kemudian dikenali sebagai khidmat negara.

2.0 Penulisan Ilmiah- Objektif dan Peranan Jabatan Latihan Khidmat Negara dalam Membentuk Perpaduan KaumFungsi JLKN:Menggubal dasar dan peraturan-peraturan mengenai pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara. Menguruskan perjalanan Majlis Latihan Khidmat Negara, pelantikan, kemudahan dan faedah untuk ahli Majlis sepertimana yang ditetapkan dalam Akta Khidmat Negara. Menyediakan kurikulum program yang akan dilaksanakan berdasarkan kepada komponen yang ditetapkan. Merancang kemudahan-kemudahan infrastruktur, keperluan logistik, peralatan-peralatan dan kelengkapan yang diperlukan untuk pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara. Merangka sistem maklumat yang diperlukan bagi menyimpan rekod-rekod semua warganegara yang berumur 18 tahun pada tahun program latihan dilaksanakan. Mengkaji dan mencadangkan kaedah pemilihan peserta. Memantau, mengkaji, menilai dan menyediakan Laporan Keberkesanan pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara. Membentuk remaja yang mempunyai sifat jati diri dan semangat patriotisme dan cintakan Negara. Merealisasikan hasrat Negara untuk memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional. Membentuk perwatakan positif kepada remaja menerusi nilai-nilai murni dalam Program Latihan Khidmat Negara.PELAKSANAAN Dalam melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara ini, beberapa aspek penting telah diambil kira iaitu seperti:- Jangka masa latihan selama 3 bulan. Pelaksanaan telah dimulakan pada tahun 2004. Kemudahan infrastruktur latihan dan kemudahan-kemudahan asrama seperti yang terdapat di kem-kem PLKN seluruh Negara. Implikasi kewangan. Guna tenaga dari segi kepakaran dan pengalaman. TANGGUNGJAWAB Jabatan Latihan Khidmat Negara bertanggungjawab sepenuhnya untuk melaksanakan program yang telah ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Kabinet mengenai Khidmat Negara yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan Malaysia berkenaan perkara-perkara berkaitan perundangan, kurikulum, kemudahan-kemudahan dan peruntukan kewangan yang diperlukan bagi pelaksanaan program tersebut. Moto PLKN iaitu Satu Hasrat, Satu Semangat dan Satu Tekad yang perlu disemai di kalangan wira-wirawati PLKN.Peranan . Bersedia memberi layanan yang cekap dan mesra kepada pelanggan di kaunter perkhidmatan dalam tempoh tidak melebihi 30 minit; 2. Mengeluarkan Notis Pemberitahuan Pelatih (NPP) sekurang-kurangnya empat (4) minggu sebelum pendaftaran pelatih; 3. Penyampaian kelulusan sementara bagi permohonan Pengecualian, Penangguhan dan Pembaharuan Penangguhan:- Sebaik sahaja permohonan lengkap diterima di kaunter; dan Tiga puluh (30) hari permohonan secara bertulis 4. Membayar khairat kematian dalam tempoh 24 jam setelah sijil kematian diterima dan pampasan insurans tidak melebihi 21 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima; 5. Memastikan pencapaian keberkesanan PLKN mencapai sekurang-kurangnya 80% melalui Kajian Persepsi Pelatih; 6. Memastikan Prasarana di Kem PLKN supaya mematuhi sepenuhnya garis panduan yang ditetapkan iaitu mengikut Schedule Of Compliance (SOC) atau Garis Panduan Minimum (GPM) yang ditetapkan; 7. Menjelaskan pembayaran bil yang lengkap dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan; 8. Memastikan maklum balas kepada pertanyaan dan aduan pelanggan adalah cepat, tepat dan mesra dan menepati tempoh-tempoh berikut :- Akuan penerimaan dalam masa satu (1) hari; Aduan yang tidak memerlukan siasatan diselesaikan dalam tempoh empat belas (14) hari; dan Laporan status aduan dalam tempoh dua (2) bulan.Memastikan kemudahan perkhidmatan semakan pemilihan dan penempatan pelatih secara online melalui laman web dan sms dapat dibuat satu (1) minggu selepas proses balloting/penempatan; 10. Memantau pengurusan latihan secara berterusan 24 jam dalam aspek keselamatan, kesihatan dan kebajikan pelatih bagi memastikan tindakan berikut diambil apabila berlaku kecemasan : Kecemasan Keselamatan: 45 minit Kecemasan Kesihatan: 45 minit Kecemasan Kebajikan : 2 jam 11. Menyelesaikan segala urusan tender terbuka tempatan dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh iklan sehingga tarikh Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan; 12. Pengisian sekurang-kurangnya 80% keperluan perjawatan di Kem PLKN.BENGKEL DAN PROGRAM PENAMBAHBAIKAN MODUL PLKN SEPANJANG TAHUN 2011Pelaksanaan Sub Modul Budaya Kerja di dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah diputuskan Jemaah Menteri yang bersidang pada 2 Jun 2010. Kajian semula dibuat terhadap Modul Pembinaan Karakter iaitu dengan memperkenalkan sub Modul Budaya Kerja dan dilaksanakan dalam latihan PLKN bermula pada Kumpulan 1, Siri 8/2011. Objektif sub Modul Budaya Kerja ini adalah untuk meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama di kalangan remaja di dalam usaha melahirkan warga kerja yang profesional ke arah negara maju selaras dengan Pelan Transformasi Kerajaaan.Pelaksanaan Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) di dalam PLKN ini adalah selaras dengan Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan yang diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 6 November 2009 yang bertujuan untuk melahirkan individu yang berpengetahuan dan mempunyai sikap positif dalam bidang kesihatan reproduktif dan sosial. PKRS dilaksanakan di dalam PLKN mulai Kumpulan 2 Siri 8/2011.Satu Seminar mengenai PKRS juga telah diadakan kepada semua Komandan dan Timbalan Komandan Latihan (TKL) Kem-kem PLKN di Hotel Royale Bintang, Negeri Sembilan pada 16-17 Februari 2011. Lawatan Kerja KP ke Kem PLKN Benum Hill, Pahang pada 16 Jun 2011 bagi merasmikan Pelancaran Pelaksanaan PKRS. Turut serta Ketua Pengarah LPPKN iaitu Dato Aminah Binti Abdul Rahman.Modul I-SMART dibangunkan bagi meningkatkan tahap penguasaan dan pemahaman Bahasa Malaysia bagi pelatih-pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mempunyai masalah dalam berkomunikasi, membaca dan menulis. Bagi maksud tersebut bengkel Pembangunan Modul Fasa Pertama telah diadakan pada 22 Mac hingga 25 Mac 2011, bertempat di Hotel Emperor, Melaka. Bengkel Pembangunan Modul I-SMART Fasa Kedua telah diadakan pada 18 Julai 22 Julai 2011 di Crystal Crown Hotel, Johor. Bengkel ini bertujuan untuk memurnikan draf modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) literasi 2M yang telah dihasilkan melalui fasa pertama pada 22 Mac 25 Mac 2011. Keseluruhan bengkel ini berkonsepkan percambahan fikiran (brainstorming) di dalam kumpulan dan pembentangan kertas kerja berkenaan pengisian Modul I-SMART. Hasil penilaian ke atas 482 orang pelatih PLKN yang mengikuti modul ini didapati 78% telah meningkat pencapaiannya selepas selesai menjalani Modul I-SMART.Sesi perbincangan kumpulan dalam mengenalpasti masalah menulis dan membaca serta strategi pengajaran dan pembelajaran PLKN. Kreativiti : Penyediaan Alat Bantuan Mengajar bagi menarik perhatian pelatih PLKN yang mengikuti program I-SMART.Sesi percambahan fikiran (brainstorming) di dalam kumpulan dan pembentangan cadangan berstruktur kertas kerja berkenaan Penambahbaikan Modul PLKN.Program Wacana Ilmu bersama pelatih-pelatih PLKN telah diadakan pada 14 November 2011 di Kem PLKN Cahaya Gemilang anjuran JLKN dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Program ini berkonsepkan forum bertajuk Nilai-nilai Bersama Dalam Konsep Kerohanian Sejagat. Program ini juga memberi pendedahan dan kesedaran kepada pelatih-pelatih PLKN yang terdiri daripada berlainan bangsa dan agama ke arah pembentukan modal insan dan mengukuhkan elemen kerohanian serta sahsiah diri di kalangan Pelatih PLKN.Objektif Bahagian Khidmat Pengurusan Memastikan semua pengurusan Pentadbiran Am Jabatan dijalankan dengan cekap dan berkesan mengikut kehendak Pelanggan.Fungsi dan Tanggungjawab Bahagian Khidmat Pengurusan Menyediakan khidmat sokongan kepada bahagian-bahagian di bawah JLKN dari segi pentadbiran dan logistik pejabat. Aktiviti Utama Bahagian Khidmat Pengurusan 1. Urusan Penyediaan Dan Proses Bertugas Pegawai Di Parlimen. 2. Urusan Penyediaan Jawapan Bagi Soalan Parlimen. 3. Urusan Pendaftaran Dan Pengurusan Surat Menyurat. 4. Urusan Pendaftaran Dan Pengurusan Fail. 5. Urusan Penghantaran Surat Dan Bungkusan. 6. Urusan Tempahan Bilik Mesyuarat. 7. Urusan Percetakan Dengan Menggunakan Mesin Fotostat. 8. Urusan Penyelenggaraan Mesin Fotostat/Faks. 9. Urusan Penggunaan Mesin Faks. 10. Urusan Kebersihan Dan Keselamatan Pejabat. 11. Penggunaan Dan Penyelenggaraan Kenderaan Jabatan. 12. Urusan Penyediaan Minit Mesyuarat Pengurusan JLKN. 13. Pengeluaran Alat Tulis/Keperluan Pejabat2.1 Latar Belakang Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)Sebuah Jawatankuasa Kabinet telah dibentuk dalam Mesyuarat Kabinet pada 30 Oktober 2002 untuk mengkaji keperluan pelaksanaan kerahan tenaga. Dalam mesyuarat pertama pada 12 November 2002, Jawatankuasa Kabinet telah menerima penggunaan istilah Khidmat Negara bagi menggantikan istilah Kerahan Tenaga. Jawatankuasa Kabinet Mengenai Khidmat Negara (JKMKN) telah menubuhkan 4 buah Jawatankuasa Kecil, iaitu Jawatankuasa Kecil Kewangan, Jawatankuasa Kurikulum, Jawatankuasa Kumpulan sasar yang telah dikenalpasti untuk menyertai program ini adalah terdiri daripada remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kajian menganggarkan terdapat seramai 450,000 orang remaja dalam lingkungan usia ini untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Namun, kemudahan-kemudahan infrastruktur yang sedia ada tidak mencukupi, maka pihak berkenaan membuat keputusan hanya 84,000 orang peserta yang dipilih sahaja berpeluang untuk mengikut program ini.Dalam melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara, beberapa aspek penting perlu diambil kira iaitu, jangka masa latihan selama 3 bulan, pelaksanaan telah dimulakan pada tahun 2004, kemudahan infrastruktur latihan dan kemudahan-kemudahan asrama seperti yang terdapat di kem-kem PLKN seluruh negara, implikasi kewangan dan pengguna tenaga dari segi kepakaran dan pengalaman. Jabatan Latihan Khidmat Negara bertanggungjawab sepenuhnya untuk melaksanakan program yang telah ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Kabinet mengenai Khidmat Negara yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan Malaysia berkenaan perkara-perkara berkaitan perundangan, kurikulum, kemudahan-kemudahan dan peruntukan kewangan yang diperlukan bagi pelaksanaan program tersebut. Moto PLKN ialah Satu Hasrat, Satu Semangat dan Satu Tekad yang perlu disemai dalam kalangan wira-wirawati PLKN.

1.2 Peranan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) memainkan peranan dalam menggubal dasar dan peraturan-peraturan mengenai pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara serta menguruskan perjalanan Majlis Latihan Khidmat Negara, pelantikan, kemudahan dan faedah untuk ahli Majlis sepertimana yang ditetapkan dalam Akta Khidmat Negara Jabatan ini juga perlu merancang kurikulum program yang akan dilaksanakan berdasarkan kepada komponen yang ditetapkan, kemudahan-kemudahan infrastruktur, keperluan logistik, peralatan-peralatan dan kelengkapan yang diperlukan untuk pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara. Sistem maklumat yang diperlukan bagi menyimpan rekod-rekod semua warganegara yang berumur 18 tahun perlu dirangka oleh jabatan ini. Di samping itu, jabatan ini berperanan dalam mengkaji kaedah pemilihan peserta, memantau, menilai dan menyediakan Laporan Keberkesanan pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara, membentuk remaja yang mempunyai sifat jati diri dan semangat patriotik, merealisasikan hasrat negara untuk memupuk integrasi kaum, membentuk perwatakan positif remaja menerusi nilai-nilai murni dalam Program Latihan Khidmat Negara.1.3 Pengenalan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dilaksanakan pada 16 Februari 2004.Idea untuk mengadakan Kerahan Tenaga dicetuskan di dalam KongresPatriotisme Negara pada 24 Oktober 2002 yang dihadiri Menteri-Menteri,Timbalan Menteri, Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Rakyat (dari kerajaan danpembangkang), Menteri-Menteri Besar, Setiausaha Parlimen, Ketua-KetuaJabatan Kerajaan, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan, Polis Di Raja Malaysia,Angkatan Tentera Malaysia serta pelbagai golongan masyarakat termasuk orangindividu, pelajar, pesara, ahli korporat, ahli akademik dan badan berkanun.Peserta kongres mencadangkan supaya Kerajaan melaksanakan programkerahan tenaga untuk menyediakan golongan muda bagi menghadapicabaran dari dalam dan luar negara, menangani perubahan-perubahanteknologi baru, globalisasi, desakan badan bukan kerajaan antarabangsa yangtidak demokratik dan lain-lain; menanam semangat kesukarelaan kepadagolongan muda memandangkan terdapatnya perkaitan antara ketiadaan sikapkesukarelaan menyebabkan banyak persatuan-persatuan yang terkubur;menyatupadukan golongan muda dari pelbagai kaum, maka peserta kongresmenganggap program ini dapat mempertingkatkan semangat patriotismegolongan muda yang merupakan aset negara.Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kerahan Tenaga(JKMKT) telah ditubuhkan pada 30 Oktober 2002. JKMKT telah mendapatkanmaklum balas daripada rakyat dan membuat berbagai perbincangan denganpelbagai pihak sebelum keputusan dibuat tentang pelaksanaan program ini.Di antara tindakan kerajaan ialah; Menjalankan kajian terhadap ibu bapa dan pelajar mengenai ProgramKhidmat Negara. Penemuan kajian menunjukkan 98.4% ibu bapa daripelbagai kaum bersetuju dengan program ini; 93% bersetuju program inidijalankan secara berasrama; 80.4% bersetuju supaya melibatkan kedua-dualelaki dan perempuan. Dari segi tempoh program, 50% dari kaum lain-laincadangkan tempoh enam (6) bulan; 43.1% kaum Melayu cadangkan enam(6) bulan dan 41.7% dari kaum Cina cadangkan tiga (3) bulan. Tiga objektifutama program yang dipersetujui ialah patriotisme, perpaduan dan disiplin.Mendapatkan pandangan dari badan-badan bukan kerajaan dan partipolitik. Mengkaji pelaksanaan program-program Kerahan Tenaga dan Khidmat Negaradi negara-negara lain. Menukarkan istilah Kerahan Tenaga kepada Khidmat Negara. JemaahMenteri dalam mesyuaratnya pada 30 Oktober 2002 telah bersetujuuntuk menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Khidmat Negarayang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan untuk mengkaji perkaraperkaraberkaitan perundangan, kurikulum, kemudahan-kemudahan danperuntukan kewangan yang diperlukan bagi pelaksanaan PLKN.Kumpulan sasar yang telah dikenalpasti untuk menyertai program iniadalah terdiri daripada remaja yang lahir pada tahun 1986 atau lepasan SijilPelajaran Malaysia (SPM) yang berumur 18 tahun pada tahun 2004.Sebuah Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kerahan Tenaga telah dibentukoleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 Oktober 2002 untuk mengkajikeperluan pelaksanaan Kerahan Tenaga ini. Jawatankuasa ini dipengerusikanoleh Menteri Pertahanan dan dianggotai oleh 7 Menteri, seorang PenasihatPerdana Menteri yang bertaraf Menteri dan 5 Timbalan Menteri.Di dalam mesyuarat pertama pada 12 November 2002, Jawatankuasa KabinetMengenai Kerahan Tenaga telah menerima penggunaan istilah KhidmatNegara bagi menggantikan istilah Kerahan Tenaga.Jemaah Menteri pada 28 Mei 2003 telah meluluskan cadangan pelaksanaanProgram Latihan Khidmat Negara dan Akta Latihan Khidmat Negara 2003.Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Akta Latihan KhidmatNegara pada 25 Jun 2003 manakala Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang ini pada 7 Julai 2003.Sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk melaksanakan PLKN ini, JabatanLatihan Khidmat Negara ditubuhkan di bawah Kementerian Pertahananyang berfungsi sebagai agensi pelaksana.

Kini sudah 57 tahun negara kita merdeka dan kita dapat melihat perubahan kepipinan tanpa sebarang pertelingkahan. Walaupun banyak aspek seperti politik, ekonomi, undang-undang dan sebagainya ditinggalkan penjajah masih menjadi ikutan dan amalan negara kita, namun kerajaan telah berjaya menasionalkan dan membudayakan semua aspek tersebut mengikut acuan dan corak budaya Malaysia. Walau bagaimanapun, aspek integrasi dalam kalangan rakyat masih lemah dan tidak terjalin dengan kukuh. Usaha Jabatan Latihan Perkhidmatan Negara telah menubuhkan PLKN sedikit sebanyak dapat membuktikan betapa tidak kukuhnya integrasi kaum di Malaysia sehingga memerlukan wadah latihan khusus untuk meningkatkan integrasi kaum.PLKN merupakan program yang wajib diikuti oleh semua warganegara Malaysia yang telah mencapai umur 18 tahun atau setelah tamat persekolahan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Program ini melibatkan pelbagai kaum di Malaysia tanpa mengira jantina lelaki atau perempuan, dan pemilihan akan dilakukan secara rawak (Rahmad Amin, 2011: 19). Dari segi sejarah, PLKN bukan sesuatu perkara baharu di negara kita. Kali pertama PLKN diperkenalkan adalah pada Tahun 1952 bagi mengerah tenaga pemuda di Tanah Melayu untuk memerangi pengganas komunis (Rahmad Amin, 2011: 36).PLKN melaksanakan empat modul sepanjang tempoh latihan dilaksanakan iaitu Modul Fizikal (sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina kemahiran dan ketahanan mental, emosi, spiritual dan fizikal bagi menjadikan peserta PLKN sebagai warganegara yang berkesan);Modul Kenegaraan (sebuah modul yang diaplikasikan untuk memperluaskan pengetahuan tentang kenegaraan (nation-building) dan meningkatkan perasaan cinta serta pengorbanan para peserta kepada negara);Modul Pembinaan Karakter (sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina karakter yang berkesan bagi peserta-peserta yang merangkumi diri, keluarga, komuniti dan negara); dan Modul Khidmat Komuniti (modul ini mempunyai lima komponen utama iatu kemudahan awam, kejiranan, khidmat sosial, alam sekitar dan penempatan di jabatan. Para pelatih akan melalui kelima-lima komponen tersebut dalam tempoh yang ditetapkan).Terdapat beberapa buah negara yang melaksanakan program berbentuk khidmat negara seperti Singapura, Amerika Syarikat, Isreal, dan Korea Selatan dan kesemua program di negara-negara tersebut mengaplikasikan cara pengendalian, pengisian, dan kejurulatihan berasaskan sepenuhnya kepada aspek-aspek ketenteraan. Namun, PLKN di Malaysia pula dilaksanakan mengikut acuan sendiri tanpa mengikut mana-mana modul daripada negara lain. Di negara kita, PLKN bersifat summer camp yang bertujuan membentuk personaliti, pembinaan diri positif, jati diri dan rasa cinta negara dalam kalangan remaja. Pengisian modul PLKN bukan sahaja berfokus kepada aspek-aspek fizikal tetapi juga spiritual dan pembinaan jati diri. PLKN terbuka bukan sahaja kepada remaja lelaki tetapi juga remaja perempuan, yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan latar belakang. Jawatankuasa Kabinet Mengenai Khidmat Negara (JKMKN) telah menetapkan kurikulum PLKN berdasarkan empat komponen, iaitu latihan fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti. JKMKN telah menubuhkan Jawatankuasa Kecil Kurikulum Khidmat Negara (JKKKN) yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Biro Tatanegara untuk menyediakan kurikulum berkenaan (Rahmad Amin, 2011: 20).

1.2 Obejektif dan Peranan PLKN dalam Membentuk Perpaduan KaumPLKN dapat membina generasi muda yang bersemangat patriotik dan cinta akan negara, melahirkan generasi muda yang cergas, cerdas serta penuh keyakinan diri, membentuk perwatakan positif dalam kalangan generasi muda menerusi penerapan nilai-nilai murni, mengeratkan perpaduan masyarakat Malaysia yang berbilang etnik dan memupuk keprihatinan dan kesukarelaan untuk berjasa kepada masyarakat.1.2.1 Menanam semangat patriotisme dalam kalangan generasi mudaProgram Khidmat Negara yang diikuti oleh remaja Malaysia adalah untuk memperkasakan semangat patriotisme. Penanaman nilai-nilai patriotik dan kasih sayang antara etnik melalui modul dan acuan Malaysia yang tersendiri berdasarkan kesesuaian keadaan sosial, budaya dan ekonomi negara (Rahmad Amin, 2011: 37) dapat mempercepatkan konsep Satu Malaysia.

1.2.2 Memupuk perpaduan kaum serta intergrasi nasionalMoto Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak, iaitu konsep Satu Malaysia, PLKN dilihat sebagai wadah yang terbaik untuk menjayakan matlamat tersebut (Rahmad Amin, 2011: 31). Pelbagai aktiviti yang dijalankan semasa PLKN dapat memupuk perpaduan kaum. Sesebuah negara yang majmuk seperti Malaysia amat memerlukan pelbagai konsep dan formula penyatuan rakyat ke arah pembinaan satu bangsa negara yang kukuh, muafakat, progresif dan makmur. Konsep sedemikian juga diperlukan supaya generasi merdeka Malaysia mempunyai aspirasi yang serupa, melangkah ke destinasi yang sehala, dan sentiasa megah untuk mengibarkan panji-panji perjuangan negara pada setiap masa.Pengaplikasian konsep ini memerlukan komitmen, kebijaksanaan dan ketegasan dalam kalangan pemimpin. Perkara tersebut memerlukan kematangan minda, toleransi dan pengorbanan dalam kalangan warga. Konsep 1 Malaysia adalah konsep yang mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dan agama. Dalam PLKN, Jabatan Latihan Khidmat Negara telah mewajibkan setiap khemah dihuni oleh sukurang-kurangnya enam orang peserta Melayu, tiga Cina seorang India atau lain-lain bangsa (Mohd. Syahrul Hanafi, 2005:25). Hal ini merupakan usaha JLKN untuk mewujud peluang bagi setiap peserta belajar hidup bersama serta saling memahami. Secara tidak langsungm, hasrat kerajaan untuk merealisasikan konsep Satu Malaysia turut dapat dicapai. Sesebuah negara yang majmuk seperti Malaysia amat memerlukan pelbagai konsep dan formula penyatuan rakyat ke arah pembinaan satu bangsa negara yang kukuh, muafakat, progresif dan makmur. Konsep sedemikian juga diperlukan supaya generasi merdeka Malaysia mempunyai aspirasi yang serupa, melangkah ke destinasi yang sehala, dan sentiasa megah untuk mengibarkan panji-panji perjuangan negara pada setiap masa.

1.2.3 Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murniMatlamat dan sasaran PLKN adalah untuk menerapkan satu peribadi yang terpuji, berdisiplin dan bersemangat waja dalam kelangan remaja untuk mempertahankan kedaulatan negara (Rahmad Amin, 2011: 50). PLKN memberi suntikan kepada para remaja untuk memupuk nilai perpaduan, nilai kesukarelaan, dan mempertajamkan keprihatinan. Kesemua kenyataan di atas adalah petanda yang perlu dipancang ke dalam jiwa remaja. Jika tidak, mereka akan terjerumus pada sikap individualistic dan materialistik. Melalui PLKN, hasrat kerajaan untuk membentuk perpaduan kaum dan integrasi nasional dapat dimantapkan. Perpaduan kaum amat perlu ditekankan kerana landskap sosial Malaysia adalah terbentuk daripada masyarakat berbilang kaum. Justeru, persefahaman antara kaum amat penting untuk meluncurkan negara ke arah kemajuan. Integrasi nasional pula amat penting kerana Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang dihuni oleh pelbagai etnik, budaya dan kepercayaan (Rahmad Amin, 2011: 53).Melalui model PLKN yang disediakan oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara, para peserta akan bekerjasama dengan rakan-rakan yang lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah ((Mohd. Syahrul Hanafi, 2005:29). Hasil daripada permainan tersebut, perserta dapat belajar nilai-nilai kejujuran, membuat pilihan secara rasional, bertanggungjawab memimpin, menunaikan komitmen, dan membina keyakinan diri. Dengan ini, kita dapat mencari rasa kesyukuran, rasa erti kasih sayang, erti kehidupan dan erti perpaduan kaum dengan menitikberatkan nilai-nilai kerjasama, hormat-menghormati, dan menghargai kekayaan warisan budaya kita serta toleransi antara kaum (Rahmad Amin, 2011: 34). Sebenarnya, perpaduan tidak akan datang secara bergolek jika kita hanya berada di bawah satu bumbung. Perpaduan akan muncul apabila kita berada di bawah satu sistem yang cukup efektif. Justeru, PLKN membekalkan pelbagai aktiviti menarik yang dapat memberi peluang kepada remaja berbilang kaum supaya saling berinteraksi dan bekerjasama semasa menyertainya. Gagasan tersebut bermatlamat untuk memastikan kepelbagaian sosiobudaya dan ekonomi masyarakat dapat dicanai dan digemblengkan menjadi ciri-ciri kekuatan nasional kemudian dapat diterjemahkan menjadi strategi pembinaan negara bangsa (Rahmad Amin, 2011: 32).Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak isu perkauman dan keagamaan ditimbulkan oleh kumpulan ekstream perkauman di negara kita. Kumpulan ekstream ini menggunakan isu-isu sensitif untuk mengkucar-kacirkan perpaduan yang sedia terjalin dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia (Rahmad Amin, 2011: 37). Mereka juga cuba mempengaruhi golongan remaja supaya bersama-sama memperjuangkan ideologi mereka yang pada dasarnya akan menghancurkan kemakmuran negara. Sehubung itu, remaja-remaja terutamanya bekas pelatih PLKN yang mempunyai nilai-nilai dan jati diri yang teguh tidak mudah terpengaruh oleh kegiatan ekstream. Hal ini demikian kerana mereka mempunyai semangat cinta akan negara yang kukuh serta memahami bahawa aktiviti kumpulan ekstream ini tidak mendatangkan manfaat kepada kepentingan rakyat dan negara secara langsung.

1.2.4 Menyemarakkan semangat kesukarelaanBengkel Briged Sukarelawan PLKN telah diadakan pada 20 hingga 22 November 2011 di Hotel Royale Bintang Seremban, Negeri Sembilan. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membincangkan penubuhan Briged Sukarelawan Khidmat Negara dan menyediakan Draf Kertas Cadangan. Pelaksanaan bengkel ini adalah saranan daripada YAB Perdana Menteri dalam ucapan beliau semasa Perhimpunan Kami Anak 1Malaysia yang diadakan pada 14 Oktober 2011 yang menyarankan supaya diwujudkan Briged Sukarelawan Khidmat Negara yang bertujuan memastikan kesinambungan serta relevansi pengwujudan PLKN yangBagi memastikan generasi akan datang mewarisi semangat perpaduan dan sikap sayang-menyayang daripada kepimpinan negara terdahulu, Angkasawan Negara Malaysia Dr. Faiz Khaleed telah dilantik sebagai Ikon bagi PLKN (Rahmad Amin, 2011: 51). Pelantikan Dr. Faiz sebagai Ikon PLKN ini adalah atas kegigihan beliau dan ketahanan emosinya yang luar biasa. Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan Dr. Faiz sebagai Ikon PLKN itu berkata pemilihan angkasawan itu dibuat berdasarkan kegigihan untuk merealisasikan misi nasional dan daya semangat kesukarelaan yang dapat dijadikan panduan kepada golongan remaja kini. Pelantikan Dr. Faiz sebgai Ikon PLKN bertujuan untuk menyuntik semangat pelatih PLKN agar mereka turut melakukan sesuatu yang luar biasa bagi mengangkat ketamadunan bangsa yang lebih tinggi. Semangat kesukarelaan yang luar biasa ini akan terus mengangkasakan tamadun bangsa kita. Sebagai Ikon PLKN, peranan utama Dr. Faiz adalah untuk memberikan ceramah dan motivasi kepada pelatih bagi meningkat semangat perjuangan mereka. Beliau akan berkongsi pengalamannya dengan semua pelatih di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak supaya semua pelatih mendapat manfaat maksimum. Beliau juga akan melakukan lawatan ke sekolah-sekolah di seluruh negara untuk memberi gambaran yang lebih jelas tentang PLKN kepada pelajar dan menggalakkan mereka supaya menyertainya dengan hati yang rela. Seperti yang kita sedia maklum, perpaduan ialah asas kekuatan negara kita sejak zaman kemerdekaan. Aktiviti-aktiviti PLKN yang seronok menarik perhatian peserta-peserta PLKN untuk melibatkan diri secara aktif. Misalnya, aktiviti kemasyarakatan dapat memberi kesedaran kepada remaja supaya mengambil berat terhadap golongan yang memerlukan bantuan. Dengan ini, semangat kesukarelaan akan disemai dalam hati setiap individu secara tidak langsung. Peserta-pesrta PLKN dapat menerima budaya dan agama yang berbeza antara satu sama lain dengan hati terbuka. Sikap toleransi ini membentuk sebuah masyarakat yang bersatu serta beramah mesra. Semangat perpaduan yang berjaya dipupukkan perlu dipraktikkan secara berterusan demi memastikan kemerdekaan, kemakmuran serta keamanan negara dapat terus dipertahankan untuk dinikmati oleh generasi akan datang.

1.2.5 Melahirkan generasi muda yang lebih cergas, cerdas dan penuh keyakinanLatihan fizikal yang dijalankan dalam modul latihan fizikal PLKN yang dilaksanakan pada peringkat pertama program selama sebulan. Antara aktiviti fizikal yang diadakan termasuk aktiviti berkawad, bersenam, jalan lasak, merempuh halangan, tali tinggi (repealing), abseiling, berkayak, map reading dan aktiviti survival (Rahmad Amin, 2011: 45).. Aktiviti latihan fizikal tersebut malahirkan remaja yang mempunyai ketahanan mental, cergas, penuh keyakinan, bersifat kepimpinan serta spirit decorp. Walaupun latihan fizikal tidak melatih peserta PLKN sebagai tentera, namun modus operandinya dan jurulatih adalah terdiri daripada pegawai yang pernah menerima asas latihan ketenteraan. Tambahan pula, segala kemudahan yang disediakan di PLKN tentu tidak sama atau tidak dapat dibandingkan dengan rumah kita. Lagipun, sekiranya kemudahan yang dinikmati di rumah atau hotel disediakan, sudah tentulah matlamat PLKN tidak dapat tercapai dengan sepenuhnya. Dengan rancangan yang memenuhi kehendakan latihan, semua pelatih PLKN akan menjadi lebih lasak, berjiwa kental, tahan ujian, lebih bersyukur, berdaya tahan, tabah menerima cabaran dan bersabar dalam apa-apa jua keadaan. Ketahanan metal yang tinggi akan membantu remaja menghadapi tekanan, mengawal emosi diri apabila menghadapi situasi yang tidak selesa. Konflik dan perselisihan faham antara kaum tidak mudah berlaku dan masyarakat harmoni terbentuk. Apabila seseorang peserta PLKN mematuhi arahan jurulatih lalu mencapai kejayaan dan objektif dalam situasi yang mencabar dan berisiko, secara tidak langsung remaja tersebut dapat membina keyakinan diri dan memupuk ciri-ciri karismatik dalam dirinya. Pada masa yang sama, keyakinan diri dapat meningkat motivasi, persepsi, dan personality individu. Kemahiran komunikasi pada seseorang individu juga akan ditingkatkan. Dengan itu, remaja yang berbilang kaum dapat berinteraksi dengan baik dan mesra serta menjalin hubungan yang erat antara satu sama lain. Hal ini dapat menyumbang kepada pembentukkan sebuah masyarakat yang bersatu padu. Dalam aktivti PLKN, proses kepimpinan akan dinilai berdasarkan aktiviti fizikal secara berkumpulan. Lazimnya, kumpulan dalam aktviti PLKN terdiri daripada remaja-remaja yang berbilang kaum. Individu yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan mampu mengetengahkan idea-idea yang bernas, petah bercakap dan lebih berketrampilan. Setiap keputusan yang dibuat oleh individu tersebut akan mengambil kira dan mempertimbangkan kepentingan organisasi dalam kumpulan dan bukan diri sendiri. Sifat ini dapat membina kepercayaan daripada rakan sekumpulan dan seterusnya semangat kerjasama dan rela berkorban untuk kemajuan organisasi akan terbentuk. Keadaan ini boleh dikenali sebagai spirit decrops yang bermaksud kesanggupan membantu, berkorban demi kepentingan kumpulan dan organisasi. PenutupSeperti yang kita sedia tahu, kehidupan sebenar di bumi Malaysia ialah masyarakat berbilang kaum hidup bersama bertunjangkan perpaduan. Tanpa perpaduan, kita akan hancur dan hilang segala kekuatan. Apabila kita lemah, maka akan diserang oleh musuh-musuh yang hendak menghancurkan kita. Keadaan yang tidak stabil ini mungkin akan menjejaskan segala kemewahan yang ada dan yang tinggal hanya kesusuahan, kemelaratan dan penderitaan.Sebagai sebuah negara yang maju, PLKN adalah perlu untuk menyaipkan diri remaja dengan segala jenis ilmu pengetahuan serta ketahanan mental dan fizikal. Pelatih-pelatih PLKN dapat bertolak ansur, bertoleransi serta bersatu padu sesema kaum demi memperoleh kejayaan yang hendak kita perjuangkan dan pertahankan (Rahmad Amin, 2011: 34).

BibiografiBukuKementerian Pertahanan Malaysia. (2011). Buku Laporan Tahun 2011 Jabatan Latihan Perkhidmatan Negara. Kuala Lumpur: Jabatan Latihan Perkhidmatan Negara.Rahmad Amin. Modul PLKN Pembina Jati Diri. 2011. Kuala Lumpur: Brainmax Enterprise.Rahmad Amin. Matlamat PLKN untuk Negara. 2011. Kuala Lumpur: Brainmax Enterprise.

Rahmad Amin. Kenali Program Latihan Khidmat Negara PLKN. 2011. Kuala Lumpur: Brainmax Enterprise.

Rahmad Amin. Impian dan Aspirasi PLKN. 2011. Kuala Lumpur: Brainmax Enterprise.Jurnalhttp://apjee.usm.my/APJEE_28_2013/apjee28_2013_art5_69_80.pdfAsia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 28, 6980, 2013PENILAIAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA DARI PERSPEKTIF PELATIH: SATU KAJIAN KEShttp://eprints.utm.my/35878/3/MohdNasirMarkomPFPPSM2013CHAP1.pdf

InternetKementerian Pertahanan Melaysia. (2010). Objektif PLKN. http://www.khidmatnegara.gov.my/plkn/objektif/ .Diakses pada Kementerian Pertahanan Melaysia. (2015). Akta Latihan Khidmat Negara. http://www.khidmatnegara.gov.my/mengenai-kami/akta-latihan-khidmat-negara/Kementerian Pertahanan Malaysia. (2015). http://www.khidmatnegara.gov.my/mengenai-kami/bahagian-unit/bahagian-pembangunan-latihan/http://www.khidmatnegara.gov.my/transformasi-plkn-lahirkan-generasi-seimbang-harmoni/http://www.khidmatnegara.gov.my/plkn-modul-baharu-kukuhkan-patriotisme/