pkk pre

15
KONSEP KENDIRI

Upload: jas-priya

Post on 17-Nov-2015

223 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

jkl,ljil

TRANSCRIPT

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN KONSEP KENDIRI

KONSEP KENDIRI

Kendiri ~ diri sendiri ~ pemikiran tentang diri ~ keupayaan diri sendiri dan pemikiran orang lain terhadap diri

Konsep kendiri Fahaman tentang diri sendiri / perasaan tentang diri sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri tersendiri (fizikal, jantina, emosi, kebolehan, minat, matlamat)

Cara individu menanalisis dirinya ~ kelebihan / kekurangan diri berdasarkan maklumat dari orang lain semasa bergaul, kerjasama dan interaksi.

Berkait rapat dengan kekuatan dan kelemahan diri seseorang.

Bertindak secara konsisten akan mengekalkan dan meningkatkan pembinaan kendiri seseorang menjadi padu dan mengawal berbagai-bagai tindakan susulan yang lain.

Carl Rogers (1950)~ suatu gambaran persepsi kendiri yang tersusun yang boleh dibawa ke peringkat sedar termasuk persepsi seorang tentang kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan orang lain dan persekiratannya.

Clark Stewart (1988) ~ perasaan individu tentang identitinya sebagai individu bermula daripada bayi mengenal bahagia-bahagian badannya, antara 1-2 tahun mula mengenali dirinya yang berbeza daripada yang lain.

Konsep kendiri positifJenis Konsep KendiriKonsep kendiri negatif

Konsep kendiri positifBebas membuat pilihan dan keputusan~ tidak hadapi dilema semasa membuat pilihan atau keputusan, tidak was-was dan bimbang.

Bertanggungjawab~ mengaku kesalahan yang dilakukan dan bertanggungjawab terhadap tugas, masyarakat, agama dan negara

Bertolak ansur dengan kekecewaan~ menerima kegagalan dengan hati yang terbuka / tidak putus asa / mengaggap kegagalan sebagai semagat dan cabaran baru

Kebolehan mempengaruhi orang lain~ kerana mempunyai ciri-ciri positif

Konsep kendiri negatifSelalu meminta pertolongan~ bergantung pada orang lain ~ gagal suai diri dengan masyarakat

Selalu tidak berpuas hati~ tamak dan tidak bersyukur dengan apa yang ada

Berangan-angan~ lalai dalam tugas / kurang peka terhadap tanggungjawab

Menyalahkan orang lain ~ mengaggap dirinya tidak pernah membuat salah

Mementingkan diri~ hanya fikir tentang diri sahaja / tidak fikir tentang kesan tindakanya kepada orang lain.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN KONSEP KENDIRISetiap kanak-kanak adalah berbeza antara satu sama lain. Contoh perbazaan yang dapat dikenalpasti ialah perbezaan dari segi pembentukan konsep kendiri. Perbezaan pembentukan konsep kendir kanak-kanak dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Antara faktornya ialah :

FAKTOR MODELModel ialah individu yang diikut oleh kanak- kanak tersebut seperti ibu bapa, rakan sebaya dan orang dewasa daripada pelbagai aspek dalam kehidupan mereka. Oleh itu, kanak-kanak mestilah mendapat bimbingan yang betul daripada golongan ini supaya konsep kendiri negatif dapat dielakkan dalam diri mereka. Jika model mereka bersifat negatif, maka kanak-kanak tersebut juga akan mengikut segala perbuatan negatif yang dilakukan oleh model mereka. Justeru, amat penting sekali kanak-kanak mendapat didikan yang betul dan sempurna supaya konsep kendiri positif dapat dibentuk dalam diri mereka.

FAKTOR PERSEKITARANFaktor persekitaran seperti budaya masyarakat setempat, persepsi masyarakat dan peranan media massa juga merupakan elemen yang penting dalam pembentukan sesuatu konsep kendiri. Budaya masyarakat amat penting dalam pembentukan konsep kendiri kerana kanak-kanak hidup dan dibesarkan di dalam masyarakat. Media massa juga memainkan peranan yang penting. Pada peringkat ini, media massa merupakan satu agen penyiaran yang penting kerana kanak-kanak banyak menonton televisyen. Justeru, media massa perlu bertanggungjawab dalam memastikan konsep kendiri positif dapat dibentuk dalam diri kanak-kanak dengan menyiarkan saluran-saluran yang berfaedah dan dapat menjana perkambangan minda kanak-kanak.

FAKTOR BAKABaka yang diwarisi oleh ibu bapa akan membentuk konsep kendiri kanak-kanak tersebut. Oleh itu, bukan sahaja rupa paras sahaja yang akan diwarisi oleh ibu bapa, akan tetapi perangai ataupun tabiat ibu bapa tersebut juga akan mempengaruhi oleh kanak-kanak. Oleh yang demikian, amat penting sekali ibu bapa untuk mengawal emosi dan tingkah laku mereka supaya zuriat mereka menjadi baik terutamanya ibu ketika mangandung kerana segala perbuatan, pemakanan dan tingkah laku ibu akan turun kepada janin di dalam kandungannya. Justeru, ibu bapa hendaklah menjaga segala perbuatan mereka supaya zuriat mereka apabila dilahirkan nanti boleh menjadi seorang yang berguna.

FAKTOR KEPERCAYAAN KEPADA NILAI-NILAI KEPERLUANNilai-nilai keperluan ialah seperti keselamatan, kasih sayang dan penghormatan diri. Nilai kasih sayang amat penting sekali bagi seseorang kanak-kanak dalam membentuk konsep kendiri dalam dirinya. Jika kasih sayang tidak diberikan secukupnya, kanak-kanak tersebut akan membesar di dalam suasana yang serba kekurangan. Keselamatan juga penting bagi kanak-kanak kerana mereka masih kecil dan tidak dapat membezakan perkara yang bahaya dan tidak bahaya. Oleh itu, amat penting ibu bapa serta guru untuk menjaga keselamatan kanak-kanak bagi memastikan mereka dapat membentuk konsep kendiri yang positif.

IMPLIKASI KONSEP KENDIRI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Guru memiliki personaliti yang positif berupaya membawa perubahan kepada muridnya. Guru yang berjaya membina hubungan baik dapat mengalak dan momotivasi muridnya.Guru juga boleh memupuk kemahiran kreatif dan mencari penyelesaian masalah mahupun memodifikasikan tingkah laku murid secara sistematik di dalam bilik darjah.Akhirnya, guru harus mengenali dan menangani pelbagai jenis helah bela diri yang berpunca daripada kebimbangan kendiri atau kekecewaan dalaman murid.