pk 07 3 minit mesyuarat ke 1 panitia sain skpu

3
PK07/3 MINIT MESYUARAT SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA UTAMA MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PANITIA SAINS DAN TEKNOLOGI BIL. 1 / TAHUN 2015 Tarikh : 09 Januari 2015 Masa : 10.30 – 12.30 Tengah Hari Tempat : Bilik Mesyuarat Kecil, SK Putra Utama Pengerusi : Pn. Norazlina Binti Mohamed Kehadiran : 06/12 Orang Turut Hadir : Tiada 1 PERUTUSAN PENGERUSI Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru 2 LANTIKAN AJK PANITIA 2015 2.1 Pn. Norazlina Mohamed memberi salam pengenalan kepada AJK Panitia Sains dan memaklumkan bahawa terdapat perubahan perlantikan ahli baru dalam panitia Sains untuk tahun 2015. Tindakan: Makluman 2.2 Perlantikan AJK diketuai olah Pn. Norazlina Binti Mohamed, setiausaha ialah Cik Sahariza Binti Othman dan AJK baru bagi guru Sains yang dilantik. KP memaklumkan kepada semua guru agar melengkapkan maklumat dan data yang diperlukan dalam fail panitia dari semasa ke semasa. Tindakan: Semua guru Sains 2.3 Guru-guru perlu melaksanakan aktiviti yang dirancang sepanjang tahun. Pn. Norazlina juga menegaskan agar guru-guru perlu bekerjasama menceriakan Bilik Sains 1 dan Bilik Sains 2. Malah penggunaan Bilik Sains digalakkan mengikut jadual waktu guru. Tindakan: Semua guru Sains 3 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DAN TAHUNAN 3.1 Rancangan pengajaran harian perlu diselaraskan untuk semua guru Sains. Pn. Norazlina memaklumkan bahawa semua guru yang mengajar Sains boleh mendapatkan RPT mengikut aliran yang diajar darinya. Tindakan: Semua guru Sains 3.2 Guru diminta menulis rancangan pengajaran harian dengan menggunakan format yang di tetapkan. Objektif dan impak perlu ditulis. Guru juga perlu menulis Kemahiran Proses Sains (KPS) yang digunakan

Upload: azlina-mohamed

Post on 17-Nov-2015

252 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

sekolh

TRANSCRIPT

PK 15/3

PK07/3MINIT MESYUARATSEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA UTAMAMINIT MESYUARAT PENGURUSAN PANITIA SAINS DAN TEKNOLOGIBIL. 1 / TAHUN 2015Tarikh

: 09 Januari 2015Masa

: 10.30 12.30 Tengah HariTempat

: Bilik Mesyuarat Kecil, SK Putra UtamaPengerusi

: Pn. Norazlina Binti MohamedKehadiran

: 06/12 OrangTurut Hadir

: Tiada1PERUTUSAN PENGERUSI

Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru

2LANTIKAN AJK PANITIA 20152.1 Pn. Norazlina Mohamed memberi salam pengenalan kepada AJK Panitia Sains dan memaklumkan bahawa terdapat perubahan perlantikan ahli baru dalam panitia Sains untuk tahun 2015. Tindakan: Makluman 2.2 Perlantikan AJK diketuai olah Pn. Norazlina Binti Mohamed, setiausaha ialah Cik Sahariza Binti Othman dan AJK baru bagi guru Sains yang dilantik. KP memaklumkan kepada semua guru agar melengkapkan maklumat dan data yang diperlukan dalam fail panitia dari semasa ke semasa. Tindakan: Semua guru Sains 2.3 Guru-guru perlu melaksanakan aktiviti yang dirancang sepanjang tahun. Pn. Norazlina juga menegaskan agar guru-guru perlu bekerjasama menceriakan Bilik Sains 1 dan Bilik Sains 2. Malah penggunaan Bilik Sains digalakkan mengikut jadual waktu guru. Tindakan: Semua guru Sains

3RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DAN TAHUNAN3.1 Rancangan pengajaran harian perlu diselaraskan untuk semua guru Sains. Pn. Norazlina memaklumkan bahawa semua guru yang mengajar Sains boleh mendapatkan RPT mengikut aliran yang diajar darinya.

Tindakan: Semua guru Sains

3.2 Guru diminta menulis rancangan pengajaran harian dengan menggunakan format yang di tetapkan. Objektif dan impak perlu ditulis. Guru juga perlu menulis Kemahiran Proses Sains (KPS) yang digunakan dalam proses PDP.

3.3 RPT yang dirancang mestilah RPT yang berfokus mengikut ketetapan yang telah diberikan oleh JPN. RPT tahun 5 mestilah KSSR yang baru. Semua guru yang mengajara tahun 5 mestilah mengikut format yang telah diberikan.

Tindakan: Semua guru Sains

4BUKU LATIHAN DAN BUKU KERJA4.1 Pn. Norazlina memaklumkan bahawa buku kerja biru Sains untuk tahun ini mempunyai garisan di depan dan belakang bagi memudahkan murid-murid menulis di atasnya.

Tindakan: Semua guru Sains

4.2 Penghantaran buku latihan untuk semakan oleh pentadbir boleh di rujuk pada jadual yang di keluarkan. Di mana Panitia telah memutuskan bahawa buku BLA untuk murid tahap 1 dan buku kerja biru Sains untuk tahap 2. Buku-buku tersebut di hantar sebanyak 2 kali setahun. Manakala tarikh pemantauan PDP pula, Pn Norazlina menyatakan semua guru Sains boleh rujuk jadual yang dikeluarkan oleh pentadbir.

4.3 Semua murid dari tahun 1 hingga 6 diwajibkan membeli buku kerja . Buku kerja ini perlu digunakan untuk aktiviti di dalam kelas ataupun sebagai kerja rumah. Oleh itu semua guru sains perlulah memeriksa buku kerja murid dan digunakan seoptimumnya.

4.4 PEKA untuk tahun 4 , 5 dan 6 perlu dilaksanakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbir.

Tindakan: Semua guru Sains

5

AKTIVITI PANITIA5.1 Pn. Norazlina memaklumkan bahawa hari rabu setiap minggu, pihak sekolah menetapkan sebagai hari Sains dan Matematik, ini bermakna jadual giliran untuk guru Sains akan di buat bagi memantau aktiviti Sains untuk hari tersebut. Antara aktiviti yang dicadangkan adalah menyelitkan aktiviti kutipan Surat Khabar lama dan bahan terbuang sebagai pengisian program.

Tindakan: Semua guru Sains

5.2 Manakala untuk aktiviti tahunan pula, Pn Faridah mencadangkan agar Panitia mengadakan program Minggu Sains dan Teknologi peringkat sekolah. Antara aktiviti pengisian yang dicadangkan sepanjang seminggu adalah, Majlis pelancaran Minggu Sains dan Teknologi dan pertandingan silang kata tahap 1 dan 2 pada hari Ahad, pertandingan mewarna dan melukis poster pada hari isnin, kuiz siapa cepat dia dapat pada hari selasa, pertandingan bercerita untuk tahap 1 dan 2 pada hari rabu, manakala majlis penutup dan penyampaian hadiah pada hari khamis selepas program membudayakan Al-quran.

Tindakan: Semua guru Sains

6

PROGRAM KECEMERLANGAN

6.1 Pn Nurhidayah mencadangkan agar di adakan Klinik UPSR untuk murid-murid tahun 4 dan 5 sebagai pra persediaan menduduki peperiksaan UPSR. Antara aktiviti pengisian yang dicadangkan adalah program motivasi diri, bengkel teknik menjawab KPS dimana ketua panitia sendiri dicadangkan sebagai penceramah.

Tindakan: Semua guru Sains

6.2 Manakala untuk kecemerlangan UPSR pula, Pn. Norazlina mencadangkan agar panitia mengadakan bengkel teknik menjawab kertas Sains 018, ceramah motivasi diri, program mentor mentee yang berfokus kepada murid-murid lemah berdasarkan ujian pra UPSR.

Tindakan: Semua guru Sains6.3 Kesemua guru Sains bersetuju bahawa penetapan sasaran peratus kelulusan untuk mata pelajaran Sains untuk tahun 2015 adalah seperti di berikut:

Tahun 1 : 100%

Tahun 2 : 100%

Tahun 3 : 100%

Tahun 4 : 90%

Tahun 5 : 90%

Tahun 6 : 96%

6.4 Program mento mentee akan dijalankan untuk semua calon UPSR terutamanya bagi kelas 6A, 6B dan 6C. Program ini bertujuan supaya murid-murid dapat mencapai target yang di sasaran 40 orang A. Guru sains akan bersama dengan kumpulan murid yang akan diagihkan mengikut tahap pencapaian murid. Bagi murid yang GALUS satu program akan dilaksanakan iaitu Anakku Sayang. Guru-guru sains akan mengadakan kelas permulihan agar murid yang GALUS dapat mencapai target sekurang-kurangnya mendapat C.

Tindakan: Semua guru Sains

5HAL-HAL LAIN5.1. Pn. Norazlina memaklumkan bahawa kunci bilik Sains 1 dan bilik Sains 2 boleh didapati dari ketua panitia dan penolong ketua panitia.

5.2 Sudut sains akan dibuat berdekatan dengan tangga sebelah tandas lelaki. Jadi semua guru sains perlu bekerjasama untuk menyiapkan sudut sains ini.5.3 Bilik sains akan diupgradkan dengan kemudahan komputer dan juga penyusunan peralatan dan bahan akan dikemaskinikan supaya memudahkan pdp dijalankan di dalam bilik sains. Tindakan: Makluman

PENUTUP

a. Diharapkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan jayanya dan penuh keikhlasan.

b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.Disediakan oleh,

Disemak Oleh,

.......................................... ..............................(Cik Sahariza Binti Othman )

(Pn. Norazlina Binti Mohamed)

Setiausaha Ketua Panitia SainsTarikh : (13 Januari 2015 )

Tarikh : (14 Januari 2015 )