pinang tunggal

9
Pendahuluan Pada tanggal 24-27 April 2014, seramai 104 orang pelatih guru dari Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 3 telah menjalani Program Bina Insan Guru (BIG). Program BIG bagi semester ini telah dijalankan di Dun Pinang Tunggal, Sebarang Perai, Pulau Pinang. Program BIG kali ini menghendaki para pelatih guru untuk melakukan aktiviti khidmat masyarakat di samping mendedahkan pelatih guru dengan alam masyarakat yang sebenar khususnya dengan masyarakat Pinang Tunggal. Di antara objektif program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk membiasakan guru dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Selain itu, BIG kali ini juga memberi peluang kepada pelatih guru untuk mengasah personaliti introvert dan extrovert mereka dengan masyarakat tempatan. Pendedahan seperti ini mampu diaplikasikan oleh para pelatih guru apabila mereka sudah berada dalam alam masyarakat kelak. Seterusnya, program ini juga bertujuan mendedahkan pelatih guru dengan aktiviti-aktiviti di luar lingkup bilik darjah. Ini bermakna produk guru dari IPG Kampus Pendidikan Islam mampu melakukan tugasan yang pelbagai dan menjadi guru serba boleh. Di samping itu, program ini juga bertujuan melatih dan mengasah kemampuan mental dan fizikal para pelatih guru dalam menyantuni dan memberikan khidmat kepada keluarga angkat dan ahli masyarakat setempat. Program ini bukan sahaja melibatkan ahli jawatankuasa dari Institut Pendidikan Guru Bangi, malah ia juga melibatkan pengurusan daripada pihak Dun Pinang Tunggal yang diketuai oleh Yang Behormat Datuk Roslan. Sememangnya kerjasama

Upload: arefiq931027

Post on 13-Sep-2015

235 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

laporan aktiviti

TRANSCRIPT

PendahuluanPada tanggal 24-27 April 2014, seramai 104 orang pelatih guru dari Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 3 telah menjalani Program Bina Insan Guru (BIG). Program BIG bagi semester ini telah dijalankan di Dun Pinang Tunggal, Sebarang Perai, Pulau Pinang. Program BIG kali ini menghendaki para pelatih guru untuk melakukan aktiviti khidmat masyarakat di samping mendedahkan pelatih guru dengan alam masyarakat yang sebenar khususnya dengan masyarakat Pinang Tunggal. Di antara objektif program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk membiasakan guru dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Selain itu, BIG kali ini juga memberi peluang kepada pelatih guru untuk mengasah personaliti introvert dan extrovert mereka dengan masyarakat tempatan. Pendedahan seperti ini mampu diaplikasikan oleh para pelatih guru apabila mereka sudah berada dalam alam masyarakat kelak. Seterusnya, program ini juga bertujuan mendedahkan pelatih guru dengan aktiviti-aktiviti di luar lingkup bilik darjah. Ini bermakna produk guru dari IPG Kampus Pendidikan Islam mampu melakukan tugasan yang pelbagai dan menjadi guru serba boleh. Di samping itu, program ini juga bertujuan melatih dan mengasah kemampuan mental dan fizikal para pelatih guru dalam menyantuni dan memberikan khidmat kepada keluarga angkat dan ahli masyarakat setempat.Program ini bukan sahaja melibatkan ahli jawatankuasa dari Institut Pendidikan Guru Bangi, malah ia juga melibatkan pengurusan daripada pihak Dun Pinang Tunggal yang diketuai oleh Yang Behormat Datuk Roslan. Sememangnya kerjasama daripada pihak Pinang Tunggal benar-benar telah melancarkan program besar ini. Selain itu, kesudian ibu dan bapa angkat menerima para pelatih guru juga benar-benar telah menyentuh hati para peserta. Akhir sekali, program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam ini diharapkan dapat memberi pengalaman serta ilmu yang berguna kepada pelatih guru agar dapat dimanfaatkan di masa hadapan.

Laporan Gotong-royongPada tanggal 26 April 2014 bersamaan hari ketiga program Big berlangsung, para peserta telah ditugaskan untuk melaksanakan aktiviti gotong-royong di Kampung Lahar Tiang. Untuk aktiviti kali ini, para peserta telah dipecahkan mengikut beberapa kumpulan utama. Antara kumpulan tersebut adalah kumpulan memasak, menghias kawasan Masjid Lahar Tiang dan mural di sekitar kawasan tadika.Sebelum aktiviti bermula, para peserta telah melakukan aktiviti regangan diikuti dengan taklimat oleh pengarah program. Setelah itu, para peserta bergerak mengikut kumpulan masing-masing. Bagi kumpulan yang menggunakan alatan turut serta membawa alatan yang akan digunakan sepanjang aktiviti berlangsung. Bagi kumpulan mural, terdapat beberapa lokasi yang telah dikenal pasti sesuai bagi melaksanakannya. Terdapat lebih 6 lukisan yang telah berjaya disiapkan oleh para peserta sebelum tempoh aktiviti berakhir. Mural yang dibuat semuanya mempunyai nilai ilmu dan peringatan yang. Selain dapat memberikan ilmu kepada hadirin yang melihatnya, ia juga dapat menambahkan lagi seri di kawasan yang dilakukan mural tersebut.Bagi kumpulan menghias kawasan masjid pula, mereka telah membersihkan kawasan semak samun dan tempat yang berpotensi untuk pembiakan nyamuk Aedes. Setelah selesai mengemas kawasan tersebut, mereka telah menanam beberapa anak pokok bagi menambahkan lagi kehijauan dan kedamaian kawasan Masjid Lahar Tiang. Sememangnya kerja berat ini memakan banyak keringat, namun dengan adanya semangat kerjasama daripada penduduk kampung maka ia telah dapat meringankan beban para peserta.Dalam kumpulan memasak, para peserta telah bersama-sama dengan masyarakat kampung bertungkus-lumus dalam menyediakan juadah tengah hari. Antara menu yang dimasak pada hari tersebut adalah gulai daging, ikan goreng dan kerabu jantung pisang. Dalam keseronokan memasak, para peserta dapat mempelajari teknik memasak dalam kuantiti yang besar di samping dapat bersua kenal dengan masyarakat Kampung Lahar Tiang. Maka, pada waktu tengah hari, semua peserta berkumpul di Masjid Lahar Tiang bagi menjamu selera bersama-sama dengan penduduk tempatan. Sememangnya hari ini merupakan hari yang memenatkan namun ia merupakan suatu keseronokan bagi para peserta.

RefleksiOleh : Muhammad Khairul Afnan B Abdul RashidAlhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya maka kami telah dapat melaksanakan Program Bina Insan Guru dengan jayanya. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan berkat perjuangan Baginda, kita dapat menikmati nikmat iman dan Islam.Pada tanggal 24-27 April 2014, seramai 104 orang pelatih guru telah menyertai Program Bina Insan Guru (BIG). Program ini telah dibahagikan kepada dua fasa. Bagi fasa ini, kami telah diamanahkan untuk melakukan program khidmat masyarakat yang bertempat di Dun Pinang Tunggal, Pulau Pinang. Program yang memakan masa selama 4 hari 3 malam ini telah dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh kami bagi memberikan khidmat bakti kami yang tidak seberapa kepada masyarakat Pinang Tunggal. Alhamdulillah, program ini telah berjalan lancar seperti yang diharapkan. Ia telah diselia oleh para pensyarah dari Unit Kokurikulum dan para naqib dan naqibah. Sememangnya program ini sangat memberikan manfaat kepada pelatih guru dalam usaha mempersiapkan diri untuk menjadi bakal guru di masa hadapan.Program ini sesungguhnya memberikan saya sebutir pengalaman yang berharga dalam usaha menempuh kehidupan sebagai seorang guru. Hal ini adalah kerana Program Bina Insan Guru kali ini menginginkan saya untuk melakukan aktiviti khidmat masyarakat dan belajar tentang cara-cara bergaul dengan masyarakat setempat. Bagi saya, program ini kiranya telah mengubah persepsi dan cara fikir saya dengan sangat berkesan. Jika sebelum ini cara fikir saya hanya sebagai seorang mahasiswa IPG biasa namun dengan hadirnya program ini saya merasakan bahawa diri saya sudah hampir untuk menjejakkan kaki ke dalam dunia masyarakat yang sebenar. Sesungguhnya sebagai seorang guru kita perlulah prihatin dengan keperluan sekeliling. Sifat ini dapat menjadikan kita sebagai guru yang sentiasa bersiap siaga untuk menyumbangkan khidmat bakti kepada sekalian manusia tanpa mengira agama, warna kulit dan bangsa. Apabila saya melakukan aktiviti ini, baharu lah saya mengetahui betapa gembiranya hati manusia apabila mereka mendapat bantuan dan santunan dari masyarakat sekeliling. Senyuman yang terukir di bibir mereka merupakan pengubat letih kepada saya. Saya merasakan bahawa program sebegini mampu memberikan impak yang besar pada diri seseorang pendidik. Pentingnya untuk kita terjun ke dunia realiti sebenar bagi mengetahui hakikat hidup insan. Oleh itu, saya telah menjadikan kata kunci Nikmat hidup ini adalah pada memberi sebagai pedoman hidup. Dengan ini saya dapat mengelakkan daripada perasaan pentingkan diri sendiri dan sombong kepada manusia lain. Selain itu, dalam program ini saya telah dilatih tentang semangat bekerjasama. Dalam program ini terdapat banyak aktiviti yang memerlukan kita mencurahkan segala daya dan keringat untuk melaksanakannya. Maka benarlah pepatah Melayu, bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Tiada kekuatan melainkan dengan berjemaah. Tanpa bantuan dan kata-kata semangat daripada rakan-rakan seperjuangan mustahil saya dapat melaksanakan aktiviti ini dengan jayanya. Program ini juga mengajar saya tentang erti nilai persahabatan. Sebagai seorang insan kita terdedah kepada pelbagai kelemahan. Maka dengan itu, pentingnya nya nilai ukhuwah yang terbina. Melalui ukhuwah ini lah kita dapat menguatkan antara satu dengan yang lain nya. Telah menjadi sunah kehidupan ini bahawa kita akan menerima ujian walaupun dalam usaha melakukan amal-amal kebajikan. Maka dengan adanya rakan-rakan di sisi, kita akan sentiasa terdorong dan bersemangat untuk terus melakukannya kerja-kerja kebaikan. Inilah pengalaman yang telah saya peroleh daripada Program Bina Insan Guru kali ini.Rasa bertanggungjawab untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara juga lahir setelah mana saya mengikuti program ini. Sabda Nabi SAW, Sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberikan manfaat kepada manusia lainnya. Di dalam program ini saya telah melakukan beberapa aktiviti seperti mengendalikan aktiviti Bijak Jawi, gotong-royong di Sk Lahar Tiang serta mural di Sekolah Agama Rakyat Lahar Tiang. Bagi saya ini lah erti bahagia yang sebenar. Kita tidak memerlukan wang ringgit yang banyak untuk merasa bahagia. Sebaliknya, perasaan ini adalah satu anugerah daripada Allah. Merasa aman dengan kehidupan dan hati sentiasa tenang dengan rahmat Allah, itulah bahagia. Maka dengan itu, orang yang mampu membuatkan orang lain gembira dan tenang jiwa mereka sudah pasti mereka ini satu golongan yang lebih hebat. Golongan ini juga adalah golongan yang dipilih oleh Allah. Oleh itu, saya merasa sangat bersyukur kerana telah dilatih untuk menjadi salah seorang daripada golongan tersebut. Menginfakkan diri di jalan Allah dalam usaha menegakkan kalimah Allah serta melakukan amal-amal kebajikan sememangnya merupakan satu pekerjaan yang sangat hebat. Maka dengan itu, sebagai bakal pendidik perasaan ini lah yang perlu kita tanam dan semaikan bagi merasai kemanisan dan keindahan dalam berkhidmat kepada anak bangsa.Sebagai seorang guru dan ustaz, membina sahsiah adalah sesuatu perkara yang penting. Hal ini kerana perlakuan mereka akan sentiasa menjadi perhatian dan rujukan masyarakat. Inilah dakwah yang paling berkesan dalam dunia ini dengan kita menunjukkan contoh teladan seperti yang diajarkan oleh Baginda Nabi. Sekiranya kita tidak mempunyai sumber kewangan yang kuat dan tidak mampu untuk berhujah dengan lancar, namun kita jangan meninggalkan sunah dengan mencontohi akhlak Baginda SAW. Sesungguhnya dakwah ini dapat diterima oleh mereka yang Muslim mahupun yang bukan Muslim. Oleh itu, saya merasakan bahawa program kali ini telah berjaya meningkatkan integriti saya sebagai seorang bakal guru. Berkhidmat dengan penuh amanah, melaksanakan tugas dengan cemerlang dan bekerja sebagai sebuah pasukan, inilah perkara yang telah saya pelajari dari program ini.Kesimpulannya, program ini sangat baik dalam usaha melahirkan lebih ramai guru yang berintegriti dan berjiwa pendidik. Saya sangat bersyukur kerana telah terpilih menyertai program BIG ini. Banyak ilmu serta pelajaran yang telah saya peroleh dari pengalaman hidup manusia lain khususnya rakan-rakan dan para pensyarah. Sesungguhnya program ini menambahkan lagi pengetahuan, keyakinan yang tinggi dan paling penting dapat membantu saya dalam membina jati diri seorang pendidik yang seimbang serta menjalinkan hubungan sosial di antara manusia dengan baik malah menyumbang dari segi tenaga dan kewangan. Sememangnya, saya mengetahui bahawa tugas saya tidak hanya terbatas dalam bilik darjah namun saya juga turut bertanggungjawab dalam menyusun sistem masyarakat yang berteraskan Islam. Saya berharap pada BIG seterusnya saya dapat menambahkan lagi ilmu dan pengalaman dalam usaha menyiapkan diri menjadi pendidik yang terbilang. Inilah perkara yang saya rasa beruntungnya belajar di IPG Kampus Pendidikan Islam.Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli jawatankuasa BIG yang terlibat dalam program ini baik dari pihak IPG-KPI mahupun dari pihak un Pinang Tunggal. Tanpa mereka yang telah diketuai oleh saudara Ilias B Zainol, maka mustahil program ini dapat dijalankan dengan lancar. Seterusnya saya juga ingin mengucapkan jutaan kepada para pensyarah Unit Kokurikulum yang telah banyak membimbing kami sebagai bakal pelatih guru. Tidak dilupakan kepada naqibah, Puan Amali Bt Ibrahim dan Puan Norliza Bt Nor Hashim serta rakan-rakan PISMP 3.02. Sememangnya terasa kemanisan ukhuwah dengan kalian semua dalam program ini. Semoga Allah menilai dan memandang usaha-usaha kecil kita ini. Diharapkan segala ilmu dan pengalaman yang ditimba mampu digunakan di hari muka.Sekian terima kasih.