pemasangan elektrik fasa tunggal

17
NAMA KURSUS SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK TAJUK MODUL MEMBUAT PENDAWAIAN PELBAGAI SUIS DAN KAWALAN AUTOMATIK TAJUK SUB MODUL Mendawai Satu (1) Photocell, Satu (1) Suis Satu (1) Hala Dan Satu (1) Punatekan Loceng Mengawal Dua(2) Lampu Pijar, Satu (1) Lampu Kalimantang Dan Satu (1) Loceng Elektrik (Kawalan Individu) OBJEKTIF PRESTASI / Performance Objective (PO) Membuat kerja-kerja pendawaian satu (1) fasa jenis permukaan dengan menggunakan pelbagai jenis peralatan dan bahan-bahan yang sesuai seperti photocell, punatekan, suis satu hala, lampu kalimantang, lampu pijar supaya kerja-kerja pendawaian tersebut berfungsi serta mengikut standard ST, IEE dan MS IEC 60364. KOD RUJUKAN MUKA: 1 DRP: 13 NAMA NO. K/P TAJUK : Lampu Kalimantang TUJUAN : Helaian ini menerangkan kepada pelatih mengenai jenis-jenis Lampu Kalimatang mengikut kadaran watt serta komponen-komponen lampu dan kefungsian. PENERANGAN : Lampu Kalimatang juga dikenali sebagai Lampu Pendaflour, merupakan satu daripada jenis lampu yang popular digunakan untuk menghasilkan cahaya pada pengguna samada bagi domestik atau industri. Lampu kalimatang boleh didapati 10 watt, 18/20 watt dan 36/40 watt. HELAIAN PENERANGAN HELAIAN PENERANGAN (Information Sheet) (Information Sheet)

Upload: hanim-husaif

Post on 06-Aug-2015

457 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Nota 10

TRANSCRIPT

Page 1: Pemasangan Elektrik Fasa Tunggal

NAMA KURSUS SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK

TAJUK MODUL MEMBUAT PENDAWAIAN PELBAGAI SUIS DAN KAWALAN AUTOMATIK

TAJUK SUB MODUL

Mendawai Satu (1) Photocell, Satu (1) Suis Satu (1) Hala Dan Satu (1) Punatekan Loceng Mengawal Dua(2) Lampu Pijar, Satu (1) Lampu Kalimantang Dan Satu (1) Loceng Elektrik (Kawalan Individu)

OBJEKTIF PRESTASI /Performance Objective (PO)

Membuat kerja-kerja pendawaian satu (1) fasa jenis permukaan dengan menggunakan pelbagai jenis peralatan dan bahan-bahan yang sesuai seperti photocell, punatekan, suis satu hala, lampu kalimantang, lampu pijar supaya kerja-kerja pendawaian tersebut berfungsi serta mengikut standard ST, IEE dan MS IEC 60364.

KOD RUJUKAN MUKA: 1 DRP: 13

NAMA NO. K/P

TAJUK : Lampu Kalimantang

TUJUAN :

Helaian ini menerangkan kepada pelatih mengenai jenis-jenis Lampu Kalimatang mengikut kadaran watt serta komponen-komponen lampu dan kefungsian.

PENERANGAN :

Lampu Kalimatang juga dikenali sebagai Lampu Pendaflour, merupakan satu daripada jenis lampu yang popular digunakan untuk menghasilkan cahaya pada pengguna samada bagi domestik atau industri. Lampu kalimatang boleh didapati 10 watt, 18/20 watt dan 36/40 watt.

KOD RUJUKAN MUKA: 2 DRP: 13

HELAIAN PENERANGANHELAIAN PENERANGAN(Information Sheet)(Information Sheet)

Page 2: Pemasangan Elektrik Fasa Tunggal

Lampu Kalimantang /Pendarfluor.Lampu ini mengandungi tiub panjang yang diisikan dengan gas argon dan sedikit wap raksa. Terdapat dua filamen di kedua hujung tiub yang menjadi elektrod(gelung pemanas) dan menjadi panas apabila arus dialirkan. Pada dinding dalam tiub disalutkan dengan bahan pendarfluor yang bertindak menukarkan cahaya dan menghalang kepanasan pada bahagian luar tiub.

Binaan Lampu Kalimatang Binaan tiub Katod panas lampu pendaflour

Rajah 7.1: Menunjukkan Lampu Pendarflour

Komponen –komponen lampu Kalimatang/Pendafluor

a. Body/rumah lampu – Dibina dengan bahan Logam. Terdapat didalamnya semua komponen lampu kalimantang di pasang dalamnya.

b. Pemegang metol/Tiub – Pemegang tiub dipasangkan dikedua-dua hujung body lampu. Memegang tiub kalimatang dan sebagai punca penyambungan bekalan diantara litar lampu dengan punca di kedua-dua hujung tiub. Terdapat pelbagai jenis pemegang lampu, jenis tekan masuk atau berskru yang menggunakan sistem rotor-laluan udara yang boleh memberi aliran udara suhu rendah. Pemasangan braket untuk pemegang lampu tekan masuk juga dari bahan “mild steel”.

c. Metol Pendafluor / Kalimantang – Mengeluarkan cahaya semasa arus dialirkan hasil tindak balas pengaliran elektron dan gas. Ion-ion itu, atau atom bercas, kemudiannya boleh lalu menerusi wap pada laju yang kuat dengan membebaskan tenaganya dalam bentuk sinaran ultra-ungu. Sinaran ultra-ungu tidak boleh nampak oleh mata kasar, tetapi kesannya pada salut pendaflour ialah ia menyebabkan fosfor itu menyala dan nyala inilah yang menghasilkan cahaya yang boleh nampak.

Rajah 7.2 : Menunjukkan tindak balas didalam tiub/metol lampu Kalimatang

KOD RUJUKAN MUKA: 3 DRP: 13

Page 3: Pemasangan Elektrik Fasa Tunggal

Mentol Lampu Kalimatang boleh didapati dalam berbagai bentuk seperti lurus, membulat gelang dan padat “Compact”. Mentol lampu compact sangat popular kerana ia dapat menjimatkan tenaga dengan pencahayaan yang sama berbanding lampu lain.

Kebaikkan Lampu jenis compact :- Boleh menjimat tenaga sehingga 80% dibanding lampu biasa. Memberi jangka hayat ketahanan sehingga lapan kali ganda. Disahkan dari ujian gangguan elektromegnat. Boleh diganti terus dengan lampu biasa.

Contoh perbandingan keupayaan kadaran kuasa lampu kalimatang.

Kadar Kuasa Lampu “Compact” Persamaan Kadaran Lampu biasa

7 watt11 watt16 watt20 watt

40 watt60 watt75 watt100 watt

Lampu Kalimatang Lurus Lampu Compact

Lampu Kalimatang Bulat Lampu Bentuk pelbagai

Rajah 7.3 : Menunjukkan jenis-jenis Metol Kalimatang

KOD RUJUKAN MUKA: 4 DRP: 13

Page 4: Pemasangan Elektrik Fasa Tunggal

d. Pencekik / Cok – Menghasilkan voltan tinggi semasa lampu mula dihidupkan, bagi membantu tindakkan nyahcas di dalam tiub pendafluor dan mengelakkan dari berlaku litar pintas. Ia dikenali juga sebagai “ Ballast”. Pencekik adalah juga diperlukan untuk mengawal aliran arus melalui metol. Komponen ini mempunyai impedans yang tinggi dalam kaitannya dengan rintangannya dan menghalang pengaliran arus melalui litar tanpa membuang kuasa yang banyak. Tindakan pencekik dalam litar itu menghasilkan suatu kesan yang mengakibatkan lebih banyak arus dikeluarkan dari bekalan daripada yang diperlukan bagi pengendalian sistem lampu itu. Terdapat dua jenis pencekik seperti rajah 7.4.

Pencekik Coil Pencekik Electronic

Rajah 7.4 :- Menunjukkan 2 jenis Pencekik/Cok

e. Pemuat / Kapasitor - Membetulkan faktor kuasa bekalan di dalam litar lampu serta menyimpan cas elektrik. Kapasitor di sambung secara selari dengan punca bekalan.

Rajah 7.5 :- Menunjukkan Pemuat/Kapasitor

KOD RUJUKAN MUKA: 5 DRP: 13

Page 5: Pemasangan Elektrik Fasa Tunggal

f. Starter atau Suis Pemula – Lampu Kalimatang memerlukan ‘starter’ menghidupkan lampu. Starter mengandungi suis bara dua pin berkualiti tinggi, kelongsong dibuat dari bahan “polycarbonate” tahan hentakan dan kapasitor penindas gangguan isyarat radio. Terdapat juga starter jenis elektronik yang sesuai pemasangan sehingga 125 watt. Starter ini dapat memberi ketahanan tiub dengan pemanasan pada katod terlebih dahulu sebelum kendalian sepenuhnya.

Rajah 7.6 : Starter / Suis Pemula

Terdapat dua jenis suis pemula iaitu:-i. Suis pemula Jenis Nyalaanii. Suis pemula Jenis Terma/Haba

i - Suis Pemula Jenis Nyalaan / Bebara Pemula jenis ini mempunyai satu balang kecil kaca (mentol) yang diisi dengan gas helium dan hidrogen serta mempunyai dua sesentuh dan salah satu daripadanya dipasangkan pada penyentuh dwilogam. Sesentuh biasanya dalam keadaan terbuka bagi membolehkan voltan penuh dibekalkan kepada sesentuh pemula semasa ia mula dihidupkan. Proses nyahcas berbara yang memanaskan penyentuh dwilogam akan menyebabkan melengkung dan menutup sesentuh tersebut dan litar akan menjadi lengkap. Arus pemanas penuh mengalir melalui elektrod lampu dan memadamkan nyalaan atau bebara pemula.Kemasukan suatu kapasitor pembetulan faktor kuasa bertindak lawan kesan ini dan mengurangkan arus yang dikeluarkan daripada bekalan kepada suatu aras lebih kepada pelarasan dengan kadar kuasa sistem lampu. Pemula jenis bara boleh digantikan dengan suatu pencucuh elektronik. Ia boleh didapati sebagai pengganti terus pemula bara atau ia boleh digabungkan dalam sistem lampu.

Rajah 7.7 : Menunjukkan litar lampu pendarflour dengan penghidup Nyalaan berbara

KOD RUJUKAN MUKA: 6 DRP: 13

Page 6: Pemasangan Elektrik Fasa Tunggal

ii- Pemula Jenis Terma/ HabaMempunyai dua sesentuh yang dipasangkan pada penyentuh dwilogam (dalam keadaan tertutup). Satu gelung pemanas diletakkan berhampiran dengan dwilogam dan tidak bersentuhan. Semasa lampu mula di hidupkan sesentuh berkeadaan tertutup bagi mengalirkan arus pemanas melalui elektrod. Semasa proses nyahcas penuh penyentuh dwilogam menjadi panas dan melengkung dan litar akan terbuka bagi menyalakan lampu.

Rajah 7.8 : Menunjukkan litar lampu Kalimatang suis pemula terma.

Jenis Litar Lampu Kalimatang Arus Ulang Alik (a.u)

1. Litar Lampu Kalimatang hidup secara terus (mudah).

Lampu Kalimatang dapat dihidupkan dengan dua cara, iaitu jenis hidup terus dan jenis hidup secara cepat. Cara ini memerlukan Voltan tinggi, ini autopengubah diperlukan. Tiub katod panas boleh digunakan tetapi tidak sesuai kerana arus dalam litar ini tinggi. Jadi katod sejuk sesuai digunakan kerana proses nyahcas mudah berlaku, disamping itu juga lampu jenis ini dapat bertahan lama dan pemasangan mudah. Walaubagaimanapun ia merugikan bagi jangka masa yang pendek.

Rajah 7.9 : Menunjukkan Litar Lampu Kalimatang Hidup secara Terus.

KOD RUJUKAN MUKA: 7 DRP: 13

2. Litar Lampu Kalimatang Hidup Secara Cepat

Page 7: Pemasangan Elektrik Fasa Tunggal

Lampu Kalimatang hidup cepat ini terus nyala sebaik sahaja bekalan diberikan. Cara ini cok masih di perlukan dan lampu jenis tiub katod sejuk sahaja diperlukan. Cok khas mesti digunakan untuk mengawal kecerahan lampu jenis ini seperti rajah 7.11.

Rajah 7.10 : Menunjukkan Litar Lampu Kalimatang Hidup cara Mudah

Rajah 7.11 : Menunjukkan Litar Mamalapkan Litar Lampu Kalimatang.

KOD RUJUKAN MUKA: 8 DRP: 13

Jenis Litar Lampu Kalimatang Arus Terus (a.t)

Page 8: Pemasangan Elektrik Fasa Tunggal

Lampu Kalimatang katod panas dapat juga dihidupkan dengan bekalan Arus terus(a.t) dengan cok diganti dengan Perintang. Peranti elektronik dapat mengubah kekutuban bekalan arus terus menjadi aqrus ulang alik. Litar ini dinamakan suis pemula penukaran kutub(pentarbalik).

Rajah 7.12 : Menunjukkan Lampu Kalimatang menggunakan suis penukar kutub

Lampu Kalimatang Katod sejuk banyak digunakan kerana tahan lama berbanding dengan lampu pijar. Tiga tiub boleh disambung terus ke pengubah secara siri. Kebaikan ia tidak dipengaruhi dengan kekerapan kefungsian.

Rajah 7.13 : Menunjukkan lampu kalimatang bekalan a.t menggunkan komponen elektronik dan mengawal kecerahan lampu.

KOD RUJUKAN MUKA: 9 DRP: 13

Page 9: Pemasangan Elektrik Fasa Tunggal

Rajah 7.14 : Menunjukkan Lampu Kalimatang bekalan a.tMenggunakan komponen elektronik.

JADUAL PERBANDINGAN LAMPU KALIMATANG DENGAN LAMPU JENIS LAIN.

Kelebihan kelemahan

Mempunyai kecekapan yang tinggi Dapat memberi banyak warnaPenyinarannya sejukKurang silauanTahan lama penggunaannya

Kos mahalMenghasilkan kelip-padam setiap kitaran frekuensi 50HzMenyebabkan faktor rendahSuhu sekeliling mempengaruhi penghidupannya dan mengurangkan cahaya pada suhu sejukBanyak gangguan atau kerosakan

KOD RUJUKAN MUKA: 10 DRP: 13

Kendalian Lampu Kalimatang.

Page 10: Pemasangan Elektrik Fasa Tunggal

Apabila bekalan elektrik dialirkan, pencekik(cok) akan terarus dan menghasilkan voltan tinggi. Katod atau elektrod akan menjadi panas dan bertindak ke atas gas argón dan wap raksa yang akan menyebabkan pengaliran elektrod dalam tiub. Pergerakan elektron dari punca hujung tiub ke punca hujung tiub satu lagi menyebabkan proses nyahcas. Semasa proses nyahcas penuh berlaku, campuran gas argón dan wap raksa akan menghasilkan cahaya ultra ungu (tidak kelihatan). Gas yang terdapat dalam lampu kalimatang berperanan sebagai vahan pengaliran elektron dan penentu warna cahaya yang dapat dikeluarkan. Apabila cahaya ultra ungu terpantul pada lapisan pendarflour (satu lapisan dinding tiub), cahaya cerah akan terpancar keluar (cahaya sebenar lampu kalimatang). Lapisan pendarflour ini juga dikenali sebagai vahan penyerapan yang mengurangkan kepanasan lampu.Penyentuh dwilogam akan menjadi sejuk dan membuka sesentuhannya. Proses nyahcas didalam tiub akan berlaku. Sesentuh dalam keadaan terbuka semasa tiub lampu menyala. Penyerapan gangguan radio(Radio intrupted supresor) dipasangkan pada pemula bagi mengelakkan gangguan pada frequansi radio semasa permulaan lampu kalimatang dihidupkan.

Litar pemasangan Lampu Kalimatang.

1. Pemasangan Lampu Kalimatang dengan satu tiub(single Tiub)

2. Pemasangan Lampu Kalimatang dengan dua tiub(Double Tiub)

KOD RUJUKAN MUKA: 11 DRP: 13

Page 11: Pemasangan Elektrik Fasa Tunggal

Rajah 7.15 : Menunjukkan cara pemasangan lampu kalimatang.

KOD RUJUKAN MUKA: 12 DRP: 13

Page 12: Pemasangan Elektrik Fasa Tunggal

Kesan Stroboskop keatas Lampu Kalimatang

Kesan ini merupakan satu daripada kelemahan lampu kalimatang. Lampu ini akan menyala dan padam mengikut frekuensi voltan bekalan. Jika frekuensi bekalan itu 50 Hz, lampu yang menyala itu akan kelip-padam sebanyak 100 kali dalam masa sesaat.

Menyala

Padam

90º 180º

1 kitar

1/50Hz

Rajah 7.16 : Menunjukkan gelombang mendahulu dan menyusulmengikut frekuensi bekalan

Meskipun kelip-padam dan menyala lampu ini tidak begitu ketara pada mata kasar,tetapi keadaan ini amat bahaya pada penggunaan di tempat-tempat perusahaan. Mesin-mesin yang dibekalkan dengan frekuensi yang sama akan kelihatan tidak bergerak disebabkan oleh pancaran kelipan lampu-lampu pendaflour itu itu.Masalah ini akan dapat diatasi dengan dua cara iaitu:

a) Memasang dua tiub lampu supaya dapat berkendali secara mendahulu dan menyusul. Katakan lampu pertama menyala dahulu. Apabila lampu ini hampir padam disebabkan voltan bekalan menurun, lampu kedua akan menyala pula. Dengan cara ini kecerahan keseluruhan lampu itu akan menjadi malar. Untuk membolehkan lampu yang pertama menyala lebih dahulu daripada lampu yang kedua. Pemuat perlu dipasang sesiri dengan litar lampu yang pertama.Dengan berbuat demikian bermakna arus pada litar lampu yang berpemuat didahulukan.Perkara ini terjadi disebabkan oleh ciri pemuat sesiri akan menyala mendahului lampu kedua.

KOD RUJUKAN MUKA: 13 DRP: 13

Page 13: Pemasangan Elektrik Fasa Tunggal

Rajah 7.17 : Litar mendahulu dan menyusul bagi lampuKalimatangr

b) Cara yang kedua ialah dengan memasang tiub-tiub itu kedalam fasa-fasa yang berlainan kerana fasa-fasa ini memberikan kadar voltan,sifar pada sesuatu ketika,hasilnya lampu itu terus menerus menyala berselang seli,tidak ada yang padam kerana dua lampu lain akan sentiasa membantu setiap kali satu daripada lampu itu padam oleh perubahan frekuensi bekalan.

Rajah 7.18: Mengurangkan kesan stroboskop di pemasangan bekalan 3 fasa

Rajah 7.19 : menunjukakan gelombang tiga lampu

Hasil nyalaan ketiga-tiga lampu

RUJUKAN :1. ABD. SAMAD HANIF - Pemasangan dan Penyenggaraan Elektrik / Abdul Samad Hanif. –

Ed. Ke-2. Bibliografi: hlm. 749 Mengandungi indeks ISBN 983-62-4063-21. Electric power syestems. 2. Electric wiring. 3. Electric power transmission.

I. Jadual 621.312. Md. Nasir Haji Abd. Manan - Panduan pendawaian elektrik domestik/Md. Nasir Haji Abd. Manan. – I.E.E. Edisi 16BS7671:1992 pindaan 2, 1997 ISBN 967-950-181-7

1. Electric wiring,Interior—Amatuer’s manuals 2. Electric wiring—Handbook,manuals, etc. I.Judul 621.31924