pengaruh pasar tunggal eropah (single european

Download PENGARUH PASAR TUNGGAL EROPAH (SINGLE EUROPEAN

Post on 16-Jan-2017

230 views

Category:

Documents

5 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • PENGARUH PASAR TUNGGAL EROPAH (SINGLE EUROPEAN MARKET)

    TERHADAP PERDAGANGAN ANTARA INDONESIA DAN POLAND

    TEGUH SANTOSO HADI WIBOWO

    MASTER OF SCIENCE (INTERNATIONAL BUSINESS) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

    AUGUST 2012

  • PENGARUH PASAR TUNGGAL EROPAH (SINGLE EUROPEAN MARKET) TERHADAP

    PERDAGANGAN ANTARA INDONESIA DAN POLAND

    By

    TEGUH SANTOSO HADI WIBOWO

    Theses Submitted to the Centre for Graduate Studies, Universiti Utara Malaysia in Fulfilment of the Requirement for

    the Degree of Master of Science (International Business)

  • ii

    PERAKUAN TERHADAP KERJA TESIS

    Dengan ini saya mengakui segala penulisan dalam tesis ini adalah hasil daripada penyelidikan yang dilakukan sendiri dan bertanggungjawab terhadapnya kecuali nukilan, petikan dan ringkasan yang tiap satunya telah dinyatakan sumber rujukan.

    Teguh Santoso Hadi Wibowo

    2012

  • iii

    KEBENARAN MENGGUNA

    Dalam membentangkan tesis ini bagi memenuhi syarat sepenuhnya untuk ijazah lanjutan Universiti Utara Malaysia, saya bersetuju bahawa perpustakaan universiti boleh secara bebas membenarkan sesiapa sahaja untuk memeriksa. Saya juga bersetuju bahawa penyelia saya atau jika ketiadaannya, Dekan Ghazali Shafie Graduate School of Government diberi kebenaran untuk membuat salinan tesis ini dalam sebarang bentuk sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya bagi tujuan kesarjanaan. Adalah dimaklumkan bahawa sebarang penyalinan atau penerbitan atau kegunaan tesis ini sama ada sepenuhnya atau sebahagian daripadanya bagi tujuan keuntungan kewangan tidak dibenarkan kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada saya. Dengan ini dimaklumkan bahawa pengiktirafan harus diberikan kepada saya dan Universiti Utara Malaysia dalam sebarang kegunaan kesarjanaan terhadap sebarang petikan daripada tesis saya. Sebarang permohonan untuk menyalin atau mengguna mana-mana bahan dalam tesis ini, sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya, hendaklah dialamatkan kepada :

    Dekan Ghazali Shafie Graduate School of Government Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa

    Universiti Utara Malaysia 06010 UUM Sintok Kedah Darul Aman

  • iv

    ABSTRAK

    Kajian ini dilaksana berdasarkan kepada fenomena perubahan orientasi dunia dari konflik politik ke persaingan ekonomi yang dimulai dengan kemunculan blok-blok ekonomi regional. Terdapat empat persoalan utama yang menjadi asas kajian, iaitu hubungan di antara Pasar Tunggal Eropah dengan Kesatuan Eropah, kaitan Pasar Tunggal Eropah dengan Poland, perkembangan perdagangan Indonesia-Poland setelah penubuhan Pasar Tunggal Eropah dan pengaruh Pasar Tunggal Eropah terhadap perdagangan Indonesia dan Poland. Objektif kajian ini adalah mengkaji, memahami dan meneliti Pasar Tunggal Eropah sebagai sebuah pasaran regional selari dengan kedudukan perdagangan Indonesia-Poland selepas penubuhan Pasar Tunggal Eropah, serta pengaruhnya terhadap perdagangan Indonesia-Poland. Kajian ini turut mengkaji aspek-aspek praktikal berdasarkan amalan pelan strategik Indonesia terhadap penubuhan Pasar Tunggal Eropah. Kajian ini menggunakan kaedah kajian deskriptif. Data diperoleh melalui sumber sekunder, yang kemudiannya dianalisis melalui pendekatan Regresi Linier. Penentuan antara pembolehubah dilakukan melalui penggunaan Koefisyen Penentu, manakala signifikan antara pembolehubah diperoleh melalui Signifikan-t. Hasil kajian mendapati bahawa dasar Pasar Tunggal Eropah memberi kesan penentu yang sangat kuat terhadap perdagangan di antara Indonesia-Poland. Kajian ini merumuskan bahawa Pasar Tunggal Eropah memberi pengaruh yang signifikan terhadap perdagangan Indonesia-Poland. Hasil kajian ini boleh menjadi asas saintifik terhadap kajian-kajian seterusnya yang berkaitan dengan perdagangan luar Indonesia dengan negara-negara Eropah dalam membantu Kerajaan Indonesia merangka pelan strategik yang lebih berkesan. Secara khusus, hasil kajian ini boleh menjadi bahan rujukan kepada Kerajaan Indonesia dalam membentuk dasar perdagangan luar, khasnya dengan negara Poland.

    Kata kunci: Pasar Tunggal Eropah, Perdagangan Indonesia-Poland, Pelan Strategik, Dasar Perdagangan

  • v

    ABSTRACT

    This study was conducted based on the fenomena of world orientation changes from political conflict to economic competition marked by the emergence of regional economic blocks. There are four main issues that this study was based, which are European Unions interest on Single European Market, the relationship between Single European Market and Poland, the improvement of Indonesia-Poland trade after the establishment of the Single European Market, and whether the Single European Market influenced Indonesia-Poland trade. The objectives of this study were to examine, understand and explore the Single European Market as a regional market in tandem with the position of Indonesia-Poland trade after its establishment, and its influence on Indonesia-Poland trade. This study also explored the practical aspects concerning the implementation of Indonesia strategic plan towards the establishment of the Single European Market. The method used was descriptive method. Data were collected through secondary resources, which were analyzed by the use of Linier Regression. The determination between variables was examined by the use of Coefficient of Determination, while the significance between variables was utilized by the use of Significance-t. This study found out that the Single European Market strongly determines the trade between Indonesia-Poland. This study had established and concluded that Single European Market significantly influences Indonesia-Poland trade. The result of this study could become a platform for future studies related to Indonesia foreign trade with European countries to support Indonesian government in formulating a more effective strategic plan. To be specific, the result of this study could become a reference for Indonesian government in formulating its foreign trade policy, especially in its trade with Poland. Keywords: Single European Market, Indonesia-Poland Trade, Strategic

    Plan, Trade Policy.

  • vi

    PENGHARGAAN

    Alhamdulillah, segala puji dan syukur penyelidik ucapkan hanya

    kepada Allah SWT atas selesainya penyelidikan tesis ini. Dalam

    kesempatan ini perkenankan penyelidik persembahkan penghargaan dan

    banyak terima kasih kepada:

    Canselor Universiti Utara Malaysia, Sultan Kedah Darul Aman,

    Yang Dipertuan Agong Duli Yang Maha Mulia Tuanku Alhaj Abdul Halim

    Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah; Naib Canselor Universiti

    Utara Malaysia, Prof. Dato Dr. Mohamed Mustafa Ishak; Timbalan Naib

    Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Datuk Dr. Ahmad Faiz Abdul

    Hamid; Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr.

    Rosna Awang Hashim; Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi,

    Prof. Dr. Abdul Razak Saleh, Dean (Ghazali Shafie Graduate School of

    Government).

    Prof. Ganjar Kurnia, Ph.D (Rektor Universitas Padjadjaran), Prof.

    Dr. H. A. Kartiwa, Drs., S.H., M.S. (Dekan Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu

    Politik Universitas Padjadjaran) di atas segala bantuan yang diberikan

    kepada penyelidik sehingga boleh menyelesaikan tesis ini.

    Assoc. Prof. Dr. Ahmad Bashawir bin H. Abdul Gani (penyelia);

    Assoc. Prof. Dr. Oemar bin H. Djuhri (Internal Examiner), Assoc. Prof. Dr.

    Noor Al-Huda Abdul Karim (External Examiner), seluruh kaki tangan

    Ghazali Shafie Graduate School of Government COLGIS yang tidak dapat

    saya sebutkan satu demi satu.

  • vii

    Ir. Sri Pudjiastuti, isteri tercinta, yang telah dengan sabar selalu

    memberi semangat kepada penyelidik, kepadamu kupersembahkan tesis

    ini. Anak-anak penyelidik, Syahrul Ramdhani Putra Wibowo, Syahfariz

    Rajwaa Putra Wibowo, dan Syahghaida Rabbani Mumtaz Putri Wibowo

    yang seringkali terpaksa rela melepaskan setiap kali pemergian

    ayahandanya ke Malaysia. Kedua orangtua dan mertua penyelidik yang

    telah mendidik dan membentuk penyelidik sehingga menjadi seperti

    sekarang ini. Adik-adik penyelidik, Yanti & Anto, Mugi & Sianti, Susi &

    Dadan, Ani & Ano, Heru, Astri yang selalu berdoa bagi kesuksesan

    penyelidik.

    R.M.T. Nurhasan Affandi selaku kakak, pembimbing, mentor

    yang tak putus berharap bagi keberhasilan penyelidik. Mohamad Nizar,

    kakak dan juga rakan seperjuangan di UUM. Rakan-rakan seperjuangan

    lain di UUM, khususnya H.Asgar Bixby, M.A., Ph.D.

    Besar harapan penyelidik bahawa tesis ini dapat memberikan

    manfaat bagi semua pihak yang membacanya.

    Sintok, Ogos 2012

    Teguh Santoso Hadi Wibowo

    Matrik 87095

  • viii

    KANDUNGAN

    PERAKUAN TERHADAP KERJA TESIS ii

    KEBENARAN MENGGUNA iii

    ABSTRAK iv

    ABSTRACT v

    PENGHARGAAN vi

    KANDUNGAN viii

    SENARAI JADUAL x

    SENARAI SINGKATAN xi

    BAB I PENDAHULUAN 1

    1.1. Latar Belakang 1 1.2. Permasalah Kajian 4 1.3. Soalan Kajian 5 1.4. Objektif Kajian 5 1.5. Signifikan Kajian 6 1.6. Skop Kajian 6 1.7. Terminologi 7 1.8. Organisasi Kajian 14

    BAB II PASAR TUNGGAL EROPAH, POLAND, DAN INDONESIA 16

    2.1. Pasar Tunggal Eropah 16 2.1.1. Proses Penubuhan PTE 16 2.1.2. Keahlian PTE 23 2.1.3. Dasar dalam PTE 24 2.1.4. PTE yang Ekslusif dan Protektif 26

    2.2. Implementasi PTE 29 2.3. Kesan PTE terhadap Perdagangan di Eropah 31 2.4. Poland 34

    2.4.1. Proses Reformasi di Poland 34 2.4.2. Stabilisasi Makroekonomi dan Liberalisasi Ekonomi 35 2.4.3. Hubungan antara Poland dan European Union 37

    2.5. Indonesia 40 2.5.1. Arah Polisi Perdagangan L