petua

Upload: kailsejengkal

Post on 13-Jul-2015

474 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

TIN /POKOK ARA

Pengenalan

Pokok Ara ( ficus) merupakan genus untuk kira-kira 800 spesies pokok berkayu, pokok renek, dan pokok menjalar dalam famili moraceae. Pokok ini berasal dari seluruh kawasan tropika, dengan beberapa spesies yang bertumbuh juga di kawasan iklim sederhana yang hangat. Kebanyakan spesies adalah malar hijau, sedangkan pokok-pokok di kawasan iklim sederhana dan kawasan yang mempunyai musim kering yang panjang adalah pokok luruh daun.Genus ini termasuk satu spesies, Common fig (F. carica), yang menghasilkan buah perdagangan yang dipanggil "buah ara". Buah daripada banyak spesies yang lain juga boleh dimakan walaupun tidak beberapa popular. Contoh-contoh pokok ara yang lain termasuk Pokok Bo dan subgenus banyan. Terdapat Pokok Ara Wild Willowleaf yang luar biasa besarnya di Afrika Selatan yang dilindungi oleh Simpanan Alam Semula Jadi Wonderboom. Pokok ara boleh juga dibiakkan dengan mudah daripada keratan tunas.Khasiat dan kegunaan Jika dimakan yang kering (Tidak terlalu Banyak) terhindar dari bahan-bahan keracunan Melicinkan tekak dan dada , mencuci hati dan jantung m,embersihkan lendir-lendir yang terdapat di dalam usus-usus. Jika dimakan masih basah menghilangkan penyakit buasir.Jika dimakan bersama buah pala sekiranya sebelum terminum/termakan racun pembunuh akan terselamat Pokok Ara merupakan sumber yang baik untuk flavonoid dan polifenol. [1]. Apabila buah ara disukat untuk kandungan bahan antioksidanya, didapati bahawa 40 gram buah ara kering (dua biji buah ara yang sederhana saiznya) boleh meningkatkan keupayaan bahan antioksida plasma. [2] Pokok Ara juga mengandungi kandungan serabut yang terbanyak, berbanding buah-buahan yang lain, baik kering mahupun segar

DELIMA

Nama botani: Punica grantum

Buah Delima yang dikenali sebagai Buah dari syurga ,telah disebut dalam Al Quran sebagai salah satu buah yang boleh diperolehi di halaman syurga. Ianya turut diakui oleh pakar sains sebagai buah yang kaya dengan keunikan dan keistimewaan semulajadinya.Ianya dapat dinilai daripada kandungan anti-oksidanya yang tinggi membuatkan buah ini berbeza daripada yang lain. Kandungan anti-oksida yang didapati didalam buah ini dikenali sebagai Polyphenol . Ia mempunyai 3x ganda kebaikan anti-oksida berbanding Green Tea. Keberkesanannya telah terbukti bagi membantu dalam memelihara kulit dari pencemaran oksida(bahan kimia,virus dan bakteria). Salah satu bahan utama yang bertindak sebagai pelengkap kepada khasiat keseluruhan Buah Delima adalah dikenali sebagai Ellagic Acid. Fungsi utamanya adalah untuk memfokuskan kepada proses peneutralan radikal bebas yang berupaya membantu dalam melambatkan proses penuaan. Kandungannya yang diperkaya dengan Vitamin A, C, E dan Iron sangat baik untuk membantu merangsangkan fungsi sel kulit sihat, seterusnya membantu memberi kesegaran kepada kulit serta memastikan kulit sentiasa nampak cerah dan berseri bak delima. Nama perkebunan delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji. Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar. Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabadabad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah swt. Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam. Pasaran Timur Jauh adalah destinasi utama dagangan delima. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek. Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas pengahadhaman. (dari buku Plants Of The Quran oleh Dr M I H Farooqi)

Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan ,ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Buah delima juga boleh memperbaiki usus-usus dan menguatkannya, membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk. Walaupun begitu buah delima masam juga boleh mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing.Ini kerana buah delima mengandungi bahan pengcengkam yang mampu memegang dinding saluran perut. Namun begitu terdapat kajian yang menyatakan bahawa biji delima dapat di jadikan ubat luka-luka yang teruk dan kebenjolan, caranya dengan mengambil biji-biji delima di tumbuk dan dicampurkan dengan sedikit madu dan disapukan pada bahagian luka.

TERUNG PIPIT Nama botani: Famili: Pengenalan Pokok renek yang tumbuh tegak hingga 3 meter tinggi, banyak cabang, duri pada batang daun dan tangkai bunga. Daun ringkas bersusun selang seli.Bunga dalam jambak kecil, bercabang mempunyai 50-100 bunga.Buah jenis beri, kecil berwarna hijau dan hijau muda. Terung pipit gemarkan tanah yang lembap dan tidak terlalu basah. Pembiakan melalui biji atau diasingkan bahagian tunas berakar. Terung pipit merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya adalah Antilles. Berdasarkan kajian terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat dan mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, banyak vitamin A dan C serta sedikit vitamin BI. Terung pipit juga dikatakan mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin sebanyak 0.84%. Steroid ini penting untuk menghasilkan pil perancang keluarga. Khasiat dan kegunaan Solanum tarvum

Solanaceae

Terung pipit biasanya dimakan mentah atau dicelur untuk dibuat ulam. Seluruh bahagian ditumbuk lumat cecairnya digunakan sebagai penawar bisa ular dan gigitan serangga.Buah dimakan untuk melegakan sakit perut. Daun yang ditumbuk lumat cecirnya disapi pada kulit terbakar.Akar yang ditumbuk lumat disapu pada kulit pada kaki yang retak, tempat yang bengkak untuk hilangkan sakit dan supaya darah dapat beredar dengan baik juga demam panas,pitam dan sawan.

TENGGEK BURUNG

Nama botani: Famili:

Euodia redlevi

Rutaceae

Pengenalan Tenggek burung merupakan sejenis ulam yang biasa dimakan oleh masyarakat melayu. Daunnya mempunyai rasa yang agak kelat dan ianya rangup. Khasiat dan kegunaan Digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat darah tinggi. Ia boleh dimakan sebagai ulam dengan sambal belacan. Untuk merawat darah tinggi 5-7 helai daunnya boleh dimakan sebagai ulam setiap hari.Ia juga boleh melambatkan pengeluaran mani selain dapat menyegarkan badan.

AKAR MENGKUNYIT

Nama botani: Coscinumm Blumeanum Famili: Pengenalan Mengkunyit ialah sejenis tumbuhan liar yang biasa dijumpai di hutan dan belukar.Ia merupakan sejenis tumbuhan memanjat yang dapat tumbuh hingga mencapai ketinggian sepuluh kaki (dengan memanjat pada tumbuhan lain atau sokongan). Daunnya lebar dan panjang berukuran 7 x 20 cm. Terdapat dua jenis mengkunyit iaitu mengkunyit emas dan mengkunyit perak dibezakan oleh warna daunnya. Khasiat dan kegunaan Mengkunyit digunakan sebagai ubat resdung yang berkesan dalam perubatan tradisional melayu. Herba ini dapat menghilangkan gatalgatal di muka, kulit kepala dan hidung, sering bersin dan hidung berair, berjerawat di muka, gatal-gatal di kuku kaki dan tangan. Ia juga mengandungi kesan antibiotik terhadap beberapa jenis bakteria dan kulat. Kandungan flavanoid yang tinggi dalam tumbuhan ini menyebabkan fungsinya bertindak sebagai anti oksida yang dapat mengeluarkan histemin dan zat-zat alergi yang lain. Satu lagi kelebihan herba ini ialah membantu meningkatkan kadar vitamin C dalam tubuh yang melindungi kerosakan akibat radikal bebas dan menguatkan sendi.

TURI / GETI

Nama botani : Sesbania grandiflora Famili: Lenguminasae Pengenalan Asalnya, pokok ini adalah tumbuhan yang meliar di hutan, namun disebabkan kecantikan banyak ditanam sebagai hiasan. Bunganya berwarna merah atau putih bergantung kepada spesies dan berbentuk seperti paruh burung. Buah dalam bentuk seperti kacang panjang yang mana ia meletup apabila masak. Pokok yang berasal dari Asia Tenggara ini berbatang lurus dan banyak dahan serta boleh mencapai tahap ketinggian tiga hingga

lima meter. Khasiat dan kegunaan Dalam perubatan berasaskan herba, pucuk atau daun muda turi lebih banyak digunakan kerana dikenal pasti sebagai mempunyai khasiat. Mengikut kajian, setiap 100 gram daun muda yang dimakan, ia mengandungi 77.2g air, 8.4mg protein, 1.1g lemak, 9.7g karbohidrat, 1.8g serat dan 181mg kalsium. Selain itu, ia juga menyimpan 29mg fosforus, 0.3mg ferum, 23mg natrium, 356mg kalium, 0.6mg vitamin B1, 0.71mg vitamin B2 dan 11mg vitamin C serta 2.4mg niasin. Kandungan zat-zat tertentu yang penting untuk pertumbuhan tulang dan tumbesaran dalam daun muda turi membuktikan bahawa herba ini mempunyai banyak khasiat dan kegunaan untuk manusia. Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu, masyarakat Melayu sebelum ini menjadikan daun dan bunga turi sebagai sayur atau ramuan masak gulai. Rebusan akar pokok turi selalunya diminum untuk mengurangkan batuk dan membuang kahak. Kulit muda batang pokok turi juga mempunyai khasiat tersendiri iaitu dengan meminum rebusannya. Air rebusan kulit pokok turi boleh melegakan demam dan pening kepala.

PERIA

Nama botani: Momordica charantia L. Famili: Cucurbitaceae Pengenalan

Ia banyak terdapat di kawasan tropika. Di Semenanjung Malaysia peria ditanam di sekitar rumah atau di kebun tetapi kadang-kadang hidup liar. Pokok peria memanjang menggunakan sulur paut manakala daunnya kecil dengan lima cuping telinga yang jelas sementara bunganya berwarna kuning. Buah peria berbentuk meruncing di kedua-dua hujung dengan kulitnya berkedut-kedut dan berwarna hijau tua ketika masih muda. Selain dimasak, buah muda peria selalu dibuat jeruk manakala bunganya pula boleh digunakan sebagai perisa makanan. Bagi mengurangkan rasa pahit, biasanya buah peria yang telah dihiris direndam terlebih dahulu dengan air garam. Peria mengandungi pelbagai zat makanan yang diperlukan oleh manusia untuk kesihatan. Setiap 100 gram (g) peria mengandungi 0.8g protein untuk membina tisu-tisu badan, 2.9g karbohidrat untuk tenaga, 0.9g fiber untuk penghadaman dan 56 miligram (mg) kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang. Peria juga mengandungi 140ug karatenea beta untuk penglihatan di samping zat besi (6.1mg), fosforus (10mg) dan kalium (116mg). Ketiga-tiganya adalah garam galian untuk metabolisme yang mengekalkan fungsi badan. Khasiat dan kegunaan Buah peria muda selalunya dijadikan sebagai tonik yang berkesan untuk membersihkan darah. Amalan memakan peria bagus untuk pesakit darah tinggi dan kencing manis di samping merawat batuk serta mengubati cirit-birit. Peria juga bertindak sebagai antiradang, menurunkan panas, menyegarkan badan dan mematikan cacing. Sama ada dimakan atau disapukan, buah peria boleh mematangkan bisul, menyuburkan rambut bayi dan menghilangkan parut luka. Daun peria yang ditumbuk halus bersama-sama kunyit boleh dijadikan ubat sapu untuk menghilangkan gatal akibat campak. Air rebusan daunnya pula boleh mengatasi masalah susah membuang air besar. (Zainal Abidin, kurator muzium Negara).

KADUK/ SIRIH DUDUK

Nama botani: Piper sarmentosum Roxb. Famili: Piperraceae Pengenalan Herba jenis memanjat yang terdapat di kawasan iklim panas. Daunnya lembut berbentuk bujur bulat, nipis, berwarna hijau tua, berkilat dan berselang-seli manakala bunganya banyak, padat, sangat kecil dan tersusun rapat. Pokok herba menjalar ini banyak terdapat di China sehingga ke Borneo, Semenanjung Malaysia dan Kepulauan Jawa. Hidup meliar terutama di kawasan teduh, lembap atau di bawah sudur pokok lain manakala penanamannya menggunakan kaedah keratan batang.

Khasiat dan kegunaan Ulam jenis sayur ini mungkin sudah begitu dikenali, terutama di kalangan orang Melayu yang menjadikannya sebagai perisa atau campuran gulai masak lemak dengan ikan bilis. Menjadi pembuka selera apabila direbus atau dicelur dan dimakan bersama-sama sambal belacan. Pucuk serta daun kaduk juga selalu dimakan mentah sebagai kerabu iaitu selepas ia diracik-racik halus. Air rebusan daunnya yang diminum berkhasiat untuk mengubati lemah-lemah, lenguh dan bisa badan di samping melegakan sakit tulang. Selepas menikmati kelazatan daun kaduk direbus bersama sambal belacan, air rebusannya pula boleh terus diminum begitu saja. Untuk mendapatkan khasiat sebenarnya, pastikan anda tidak merebus terlalu lama, memadai sehingga ia menggelegak. Daunnya yang telah ditumbuk pula boleh digunakan untuk melegakan sakit kepala dan ubat panau iaitu dengan menggosokkannya ke kulit yang dijangkiti (Kurator Muzium Negara, Zainal Abidin Jamaluddin) KANTAN Nama botani: Phaeomeria speciosa Koord Famili: Zingeberaceae Pengenalan Herba hidup semusim. Pokok herba monokot yang berasal dari Malaysia ini ditanam di sekitar rumah untuk jambak bunganya dengan menggunakan rizomnya untuk pembiakan. Daun yang agak panjang dan juga rizom di dalam tanah manakala jambak bunganya besar dan mempunyai involuker braktea berwarna steril. Jambak bunganya juga mempunyai tangkai yang panjang dan terkeluar dari pangkal tunas daun menyebabkan ia kelihatan cantik dan unik. Selalunya jambak bunga kantan yang masih muda dan belum mengembang merupakan perencah utama untuk membuat kuah laksa utara. Laksa dan kantan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Khasiat dan kegunaan Bagi suku kaum Mandailing, bunga kantan menjadi ramuan terpenting untuk masakan pucuk ubi tumbuk yang digoreng bersama serai racik, ikan bilis dan terung rembang. Ramuan untuk lauk asam pedas dan tomyam. Bau bunga kantan yang harum dan unik menjadikan masakan lebih menyelerakan. Selain bunga kantan, buahnya juga boleh digunakan sebagai perasa makanan, malah di sesetengah tempat buah kantan yang telah ranum juga dimakan begitu saja. Kantan juga berkhasiat untuk mengubati sakit telinga dan membersihkan luka. Sakit telinga boleh dirawat dengan menggunakan air rebusan buah kantan. Selepas merebus buah kantan selama beberapa minit, air rebusan perlu dititikkan ke dalam telinga. Jika diamalkan selalu, ia bukan saja melegakan kesakitan akibat bengkak malah boleh mengatasi masalah telinga berair. Bagi mencuci luka di badan, air rebusan daun kantan yang masih suam digunakan dengan melumurkannya ke seluruh bahagian luka.

(Kurator Muzium Negara, Zainal Abidin Jamaluddin) TERUNG TELUNJUK

Nama botani: Solanum melongena Famili: Solanaceae Pengenalan Khasiat dan kegunaan Setiap 100 gram yang dimakan, ia mengandungi 1.75g protein yang penting untuk membina tisu-tisu badan, 5.65g karbohidrat untuk menambah dan mengekalkan tenaga. Selain itu, terdapat 18.4g vitamin C di samping 1.0g fiber atau serat yang diperlukan untuk penghadaman dan 15 miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang. Terung telunjuk mengandungi 90ug karatenea beta untuk penjagaan mata atau penglihatan di samping zat fosforus (10mg), garam galian yang diperlukan oleh badan untuk metabolisma iaitu pengekalan fungsi badan. Kandungan terung telunjuk juga mempunyai pelbagai khasiat. Selain dijadikan ulam dan ramuan masakan daun dan buah malah akarnya boleh melegakan batuk, asma atau lelah, sakit gigi dan bengkak gusi. Untuk mengubati batuk, buah terung muda perlu direbus dan air rebusannya diminum satu atau dua kali sehari sehingga menampakkan kesannya. Air rebusan akar pokok terung telunjuk pula boleh mengurangkan sakit lelah atau asma. Buahnya juga boleh dibakar dan dimakan begitu saja atau dijadikan ubat sapu untuk mengatasi masalah penyakit kulit. Air rebusan daun terung telunjuk pula boleh melegakan dan mengubati sakit gigi, bengkak gusi dan radang mulut. Rebus tiga empat helai daun terung telunjuk dalam dua gelas air selama 10 minit. Gunakan air rebusan itu untuk mencuci mulut dan berkumur. (Pegawai Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap) LEMPOYANG

Nama botani: Zingiber zerumbit. Famili: Zingeberaceae Pengenalan Khasiat dan kegunaan Ia paling popular sebagai bahan untuk dijadikan sebagai rebusan mandian wanita lepas bersalin. Rebusan daun lempoyang memang telah terbukti malah diakui ramai dapat memberi kesegaran dalaman dan luaran kepada golongan wanita. Bagaimanapun, dalam penyediaan air mandian wanita lepas bersalin, daun-daun herba lain turut dicampur dan direbus bersama untuk menambah khasiatnya. Selain popular sebagai campuran rebusan air mandian, lempoyang juga boleh membantu mengatasi masalah kurang selera makan. memberitahu, bahagian rizom atau muda dan daun lempoyang digunakan dalam perubatan tradisional. Rizom muda lempoyang dimakan sebagai ulam untuk meningkatkan selera makan. Untuk mendapatkan kesan yang baik, sekali gus menyelesaikan masalah kurang selera makan, pengambilan rizom muda perlu dilakukan berterusan. Rizom muda yang dimakan mentah baik untuk wanita yang ingin mengekalkan awet muda. Air rebusan rizom muda boleh pula membantu melegakan atau mengubati sakit perut. (Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap) GELENGGANG KECIL

Nama botani: Cassia tora Famili: Leguminosae. nama lain: Gelenggang padang

Pengenalan Khasiat dan kegunaan Selain mengubati sakit telinga juga boleh melegakan bengkak-bengkak badan, sakit gigi dan ulser atau seriawan mulut. Herba ini juga berkhasiat mengurangkan suhu badan, melegakan sakit kaki, gout dan seliuh. Sakit telinga, biji gelenggang kecil digoreng tanpa minyak atau digoreng bersama pasir terlebih dahulu. Selepas digoreng, biji gelenggang itu ditumbuk sehingga halus hingga mengeluarkan minyak sebelum ia disapu atau dititikkan ke dalam telinga. Cara yang sama juga dilakukan bagi mengubati sakit gigi. Bagi sakit ulser mulut, daun gelenggang kecil direbus dan kemudian dikumurkumurkan. Untuk mengurangkan suhu badan terutama ketika demam, air rebusan daun itu dilapkan ke seluruh badan. Bagi sakit gout, bengkak-bengkak, terseliuh dan sakit kaki, daun gelenggang kecil perlu dipanaskan atau dilayur sebelum dituam ke bahagian berkenaan. (Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap) KELADI TIKUS

Nama botani: Typhonium flagelliformae Nama lain: Birah keladi

Khasiat dan kegunaan Mempunyai khasiat tinggi yang mampu mencegah seseorang daripada dijangkiti kanser atau mengelakkan penyakit itu daripada merebak. Caranya ialah dengan merebus ubi keladi tersebut dan kemudian meminum sedikit airnya. Pengambilan berlebihan air rebusan ubi keladi tikus dikhuatiri akan menimbulkan kesan sampingan kepada pesakit. Kalau boleh minum sedikit sahaja iaitu antara dua atau tiga sudu setiap hari..

Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap

PECAH BELING / LIDAH JIN

Nama botani: Strobilanthes Crispus Famili: Acanthaceae. Pengenalan Pecah beling atau nama saintifiknya Strobilanthes crispus atau Saricocalix crispus (Acanthaceae) merupakan tumbuhan yang berasal dari Madagascar hingga ke Indonesia dan telah dikenal pasti buat pertama kalinya oleh Thomas Anderson (1832 - 1870) yang mengkelaskan tumbuhan ini di bawah Spermatophyta (tumbuhan berbunga dan gymnosperma). Daun in dikenali dengan nama pecah beling, enyoh kilo, kecibeling atau kejibeling di Indonesia. Di Malaysia, pokok ini lebih dikenali dengan nama pecah kaca, pecah beling atau jin batu. Pokok mudah ditanam dan hidup subur di Malaysia. Daunnya telah digunakan secara tradisional untuk merawat kanser, kencing manis serta batu karang dan juga sebagai agen diuretik Khasiat dan kegunaan Selepas dibersihkan, pokok itu yang dicabut keseluruhan batang dan akarnya boleh direbus selama kira-kira 10 minit. Biarkan ia mendidih sehingga air yang digunakan berkurangan satu pertiga daripada paras awal. Selepas air rebusan menjadi suam, bolehlah ia diminum. Ia mujarab jika selalu diamalkan. Selain mengurangkan komplikasi sakit darah tinggi, kencing manis dan batu karang, pecah kaca juga membantu merawat gejala kencing tidak lawas.

KELADI KEMOYANG

Nama botani: Homalomena pendula Famili: Araceae Pengenalan Khasiat dan kegunaan Membantu mempermudahkan ibu-ibu bersalin pokok keladi kemoyang selalu dijadikan selusuh oleh ibu dan bakal-bakal ibu. selalunya seluruh pokok termasuk daun dan akarnya direbus sebelum air rebusan diminum oleh wanita yang akan bersalin. Pengambilan rebusan pokok keladi kemoyang ini biasanya dilakukan beberapa minggu dari tarikh jangkaan bersalin. Air rebusan ini boleh membantu proses kelahiran bayi malah kadang-kadang ibu-ibu tidak perlu terlalu meneran ketika bersalin. Daun keladi kemoyang juga selalu dijadikan ramuan mandian lepas bersalin di samping dijadikan alas tungku. Keladi kemoyang turut digunakan untuk mengubati kembung

perut iaitu dengan melayurkan daunnya di atas api sebelum ditekapkan dan dibalutkan pada perut. Sebelum dilayur dan ditekapkan di atas perut, daunnya perlu disapukan dengan minyak terlebih dahulu. Selain itu, pokok keladi kemoyang yang dihancurkan boleh menghilangkan bau hanyir ikan. (Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap) KEEMBONG

Nama botani: Impatiens balsamina Famili: Balsaminaceae Pengenalan Keembong selalunya dijadikan pokok hiasan di halaman rumah. pokoknya mempunyai bunga berwarna merah seakan-akan bunga ros serta mengeluarkan buah yang meletup selepas masak. khasiat dan kegunaan Boleh digunakan untuk merawat luka-luka kecil. Daun dan bunga keembong boleh digunakan untuk merawat cagu atau kuku bernanah, menghentikan perdarahan luka dan melegakan bisa gigitan binatang. daun keembong ditumbuk lumat dan ditampalkan pada cagu jari kaki atau kuku jari tangan yang bernanah untuk mengurangkan sakit. Cara yang sama juga digunakan iaitu menampal dan membalut daun yang telah lumat pada luka untuk menghentikan perdarahan. Daun tersebut perlu dibiarkan sehingga kering sebelum digantikan dengan daun lumat yang baru sebagai rawatan susulan. Bagi mengurangkan sakit akibat bisa gigitan binatang, bunga keembong dikunyah sehingga hancur dan berlendir sebelum ditampal pada tempat gigitan. Sebelum menampalkan bunga yang telah dikunyah, bisa tersebut perlu dikeluarkan terlebih dahulu dengan memicit tempat gigitan sehingga darah terhenti. Bagaimanapun, proses itu cuma untuk mengurangkan kesakitan akibat bisa binatang tersebut sementara menunggu rawatan rapi. (Tajuddin abd. Manap,Pegawai laboratori fitoubatan upm)

ATI-ATI

Nama botani: Solesnostemon secutellaroides Famili: Labiate. Pengenalan Pokok ini dikategorikan sebagai herba saka yang mempunyai batang lembut sukulan dan boleh mencapai ketinggian satu meter. Dijadikan pokok hiasan kerana daunnya yang cantik berwarna merah hati keunguan. Pokok ati-ati kacukan pula mempunyai daun berwarna-warni. Khasiat dan kegunaan Selain mengubati bisul, daun ati-ati juga boleh melegakan sakit kepala, demam, batuk, lelah dan bengkak. Bagi melegakan sakit bisul, daun ati-ati dilumatkan terlebih dahulu sebelum ditampal di sekeliling tempat yang ditumbuhi bisul. Daun tersebut kemudian dibalut dengan kain dan dibiarkan sehingga kering dan mengeras. Langkah tersebut diulang sehingga bisul masak dan pecah sendiri. Selain mengurangkan sakit akibat denyutan, daun lumat yang ditampal membantu memecahkan bisul dengan sendiri apabila ia sudah kering dan keras. Langkah yang sama juga perlu dilakukan untuk mengurangkan kesakitan dan menyembuhkan bengkak. Untuk melegakan demam dan sakit kepala, daun yang telah dilumatkan dilekap dan diikat dengan kain pada dahi. Bagi sakit batuk dan lelah pula, sekeping daun ati-ati perlu dilayur di atas api dan dicampurkan kapur makan pada permukaan daun. Daun yang masih panas itu kemudian ditampal dan dibalut di leher. Langkah ini perlu diulang beberapa kali.

SIREH

Nama botani: Piper batle L. Famili: Piperaceae Pengenalan Tumbuhan atau pokok renek yang memanjat dengan daunnya berbentuk lonjong lancip ke bawah. Ia mempunyai peranan, daya tarikan dan kegunaan yang tersendiri dalam kehidupan dan

tradisi masyarakat. Khasiat dan kegunaan Sesetengah orang memakannya begitu saja bersama-sama pinang, gambir dan kapur yang mana pemakanannya turut dikaitkan dengan penjagaan gigi. Sirih juga menjadi salah satu barangan utama sebagai tanda adat ketika upacara merisik, meminang, pertunangan dan pernikahan. Di sebalik itu, sirih juga sebenarnya mempunyai khasiat tersendiri yang disedari atau tidak disedari oleh masyarakat selama ini. Khasiatnya ialah merawat sakit perut, kembung, hidung berdarah, kencing tidak lawas, mata gatal dan menghilangkan bau badan serta bau mulut. Untuk melegakan sakit perut dan menghilangkan bau badan serta bau mulut, lima atau enam helai daun sirih perlu direbus terlebih dahulu. Ambil segelas air rebusan itu dan kemudian dikumur-kumurkan. Segelas lagi diminum dua kali sehari iaitu pada pagi dan petang. Bagi masalah hidung berdarah kerana kepanasan, sehelai daun sirih digulung dan dimasukkan ke dalam hidung selama setengah jam. Pesakit perlu bernafas menggunakan mulut dan mendongakkan kepala ketika duduk. Untuk mengatasi masalah kegatalan mata, tiga atau empat helai daun sirih direbus dan kemudian air rebusan yang telah suam atau sejuk disimbahkan ke mata serta diulangi tiga kali sehari. Manakala, bagi sakit kembung perut, beberapa helai daun sirih ditumbuk halus dan dilumatkan atau dilekatkan pada perut. Dengan memakan daun sirih bersama-sama buah pinang boleh melawaskan kencing. Sementara itu, selain mengubati penyakit, sirih boleh menghalau semut jika daunnya yang diracik-racik diletakkan di laluan mereka.

JAMBU BATU / BIAWAS Nama botani: Psidium guajava L. Famili: Myrtaceae Pengenalan Khasiat dan kegunaan Daun jambu batu juga digunakan untuk mengubati kudis, ruam, seriawan mulut (ulser) dan kencing manis. Bagi masalah jerawat, satu atau dua genggam pucuk muda direbus terlebih dahulu dan kemudian dilap atau disapukan pada muka menggunakan tuala putih bersih. Biarkan muka dibasahi air rebusan dan apabila sudah kering, basahkan semula tuala tersebut dengan air rebusan itu dan ulangi langkah tersebut. Pada waktu malam, ambil tuala yang dibasahkan dengan air rebusan yang masih panas atau suam, kemudian diperah separuh airnya sebelum ia tekapkan di muka selama lima minit. Kedua-dua kaedah itu perlu diulangi dua atau tiga kali. Ia lebih berkesan jika setelah selesai bahagian muka yang ditumbuhi jerawat digosokkan pula dengan ibu kunyit yang dibelah dua. Sambil cuba menahan kepedihan, gosokkan ku-nyit itu selama 10 minit sebelum dibilas atau dibasuh dengan air bersih. Bagi penyakit kudis dan ruam terutama yang banyak dihadapi oleh bayi dan kanakkanak, air rebusan pucuk muda dan daun matang direbus sebelum dijadikan air

mandian ketika ia masih suam. Ia perlu dilakukan setiap kali mandi iaitu sekurang-kurangnya dua kali sehari dan teruskan sehingga seminggu sebelum melihat hasilnya. Penyakit seriawan mulut dirawat dengan menggunakan air rebusan pucuk muda untuk berkumur-kumur dua atau tiga kali sehari. Sementara itu, bagi merawat kencing manis dan mengurangkan kolesterol, buah jambu batu muda atau mengkal ditumbuk kasar sebelum direbus dan airnya diminum dua kali iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur. KENANGA/ YLANG-YLANG

Nama botani: Canangium adoratum Famili: Annonaceae Pengenalan. Dengan bunganya yang cantik dan wangi, kenanga menjadi pokok hiasan yang tidak asing lagi di Malaysia. CANANGA ODORATA dalam bahasa Latin dan dikatakan berasal dari Malaysia. Pokok ini boleh ditemui di negara-negara Asia Tenggara manakala spesies lain juga terdapat di Afrika. Di Malaysia, pokok ini banyak hidup meliar di hutan-hutan. Tingginya boleh mencapai 30 dan 35 meter. Batangnya lurus, berwarna kelabu asap dan terdapat dahan-dahannya yang agak melentur. Daunnya pula membujur tirus dengan tujuh hingga 23sm panjang dan empat hingga 10sm lebar. Bunganya berwarna kuning bergugus-gugus membentuk mahkota dikelilingi tiga helai daun hijau dengan jambak kembang enam kelopak. Di setiap jambak terdapat tujuh biji buah yang berbentuk bujur. Selain tarikan pada kecantikannya, bunga kenanga juga mempunyai kegunaan lain termasuk dalam perubatan berasaskan herba. Khasiat dan kegunaan Bunga kenanga berkhasiat mengubati sesak nafas, lelah dan malaria. Bagi sakit sesak nafas, segenggam bunga kenanga yang telah dibasuh bersih direbus dengan sedikit air sehingga masak. Ketika menggelegak, masukkan setengah sudu gula pasir dan tunggu sehingga tahap air berkurangan kepada satu pertiga daripada paras asal. Kemudian minum air berkenaan sedikit demi sedikit pada waktu pagi dan petang serta ulangi amalan ini terutama pada hari-hari diserang sesak nafas. Berbeza dengan kaedah terdahulu, penggunaan bunga kenanga untuk mengubati lelah dan malaria adalah lebih mudah. Ambil tiga kuntum bunga kenanga dan celurkan dalam semangkuk air panas selama kira-kira lima minit atau sehingga air menjadi suam. Buangkan kuntum-kuntum bunga tersebut dan kemudian minum air itu secara perlahanlahan. Ulangi dua kali sehari. Sementara itu, bunga kenanga turut dijadikan ramuan untuk mandi bunga dan juga ramuan air mandian ibu-ibu lepas bersalin.

LADA HITAM

Nama botani: Piper nigrum L. Famili: Piperaceae Pengenalan Orang Belanda memanggilnya peber manakala di Perancis (poivre), Jerman (pfeffer), Greek (piperi), Itali (pepe), Norway (pepper), Romania (piper), Sweden (peppar) dan Turki (biber). Dalam bahasa Thai, lada hitam dipanggil prik thai, Tamil (milagoo), Vietnam (hat-tieu), Punjabi (kali marich), Jepun (koshou), Hindi (gol mirch) dan Laos (mak phik noi). Tumbuhan itu dikatakan berasal dari Malabar di pantai barat India Selatan yang hari ini terletak dalam negeri Kerala. Di Asia Tenggara, lada hitam dikatakan telah tumbuh di Malaysia dan Indonesia sejak 2,000 tahun lalu. Selain lada hitam Malabar dan Tellicherry dari India serta Belem dari Brazil, lada hitam Sarawak ialah antara yang paling bermutu dan cukup terkenal di serata dunia. Walaupun ia lebih meluas penggunaannya dalam masakan dan makanan, namun lada hitam juga mempunyai khasiat dan kegunaan dalam perubatan berasaskan herba. Khasiat dan kegunaan Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu, buah lada hitam boleh mengubati pening kepala, cirit-birit dan melawaskan kencing manakala daunnya pula merawat demam. Buah lada hitam muda yang telah dibersihkan perlu direbus terlebih dahulu sebelum airnya diminum. Jumlah buah muda yang digunakan bergantung kepada paras air dengan perbandingan satu atau dua sudu bagi setiap satu cawan air. Selepas masak, air rebusan perlu diminum perlahan-lahan dan amalan ini tidak perlu diteruskan jika sakit kencing tidak lawas, cirit-birit dan pening kepala telah sembuh. Bagi mengubati demam, daun pokok lada hitam perlu ditumbuk hancur dan kemudian ditampalkan atau diikat pada dahi. Sementara itu, kata beliau, untuk menyegarkan dan memanaskan badan ibu-ibu lepas bersalin, sedikit buah muda yang ditumbuk dengan ikan bilis dimakan bersama-sama nasi yang masih panas. SEKENTUT

Nama botani: Paederia foetida Famili: Rubiaceae Pengenalan Mengeluarkan bau kurang menyenangkan apabila disentuh atau ditiup angin. Ia merupakan pokok menjalar dengan daun panjang melonjong. Selalunya ia memanjat dan melilit di pagar atau pokok lain. Khasiat dan kegunaan Walaupun baunya kurang menyenangkan namun ramai yang meminati daunnya untuk dijadikan ramuan dalam masakan. Bagi masyarakat Peranakan Baba Melaka, daun sekentut dijadikan ramuan untuk nasi ulam selain daun mengkudu, kaduk, pagaga dan ulam raja. Dalam perubatan tradisional, daun sekentut juga digunakan untuk menghilangkan bintik-bintik merah pada kulit bayi.

Caranya ialah dengan menumbuk halus daun sekentut lalu diperah untuk mendapatkan airnya. Air perahan itu kemudian disapukan pada tempat yang dijangkiti gatal-gatal atau bintik merah berkenaan. Selain itu, daun sekentut juga dipercayai boleh mengelakkan rambut cepat beruban walaupun pada usia muda. Selalunya daunnya dijemur sehingga kering dan kemudiannya dibakar sebelum direndam dengan air panas. Air rebusan atau air rendaman kemudian dilapkan di kepala dan dibiarkan kering. Menurut Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap, daun sekentut mujarab untuk membuang angin. Selain itu, juga boleh membantu mengubati sakit perut dan bisa-bisa sendi. Beberapa helai (sekurang-kurangnya lima helai) daun sekentut dibersihkan terlebih dahulu dan kemudiannya direbus. Apabila air rebusan sudah menggelegak selama beberapa minit, alihkan air tersebut ke bekas lain. Selepas ia menjadi suam atau sejuk, minum air rebusan berkenaan dua kali sehari atau mengikut keserasian.Untuk mereka yang kerap menghadapi masalah angin termasuk angin seluruh badan, kaedah itu boleh diamalkan. Manakala bagi sakit perut dan bisabisa sendi, ia tidak perlu diulangi selepas penyakit berkenaan sembuh.

BAWANG MERAH

Nama botani: Allium cepa L. Famili: Liliaceae Pengenalan Bawang merah kaya dengan pelbagai vitamin termasuk vitamin B1 (thiamin), B2 (riboflavin) dan C (asid askorbik). Ia digunakan dalam Ayurveda iaitu seni perubatan terkenal di kalangan masyarakat India yang percaya ia mempunyai khasiat tinggi mengubati pelbagai penyakit. Khasiat dan kegunaan Dalam buku Indigenous Drugs of India, dinyatakan bawang merah yang dimakan mentah atau diminum jusnya boleh mengurangkan asid di dalam perut, mengubati bengkak

termasuk bengkak payu dara, kegatalan dan melegakan saraf serta banyak lagi. Jus bawang merah jika diminum boleh mengatasi masalah kitaran haid yang tidak teratur dan mengubati cirit-birit. Dalam amalan tradisional, bawang digunakan untuk menghilangkan jerawat yang mencacatkan wajah. Caranya ialah menampal bawang merah yang dilumatkan terlebih dahulu ke muka setiap hari. Sudah bertahun-tahun lamanya jus bawang merah didapati berkesan untuk mengubati sengal-sengal atau sakit sendi dan sesak nafas di merata negara. Selain itu, beberapa kajian membuktikan ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mengurangkan kandungan gula yang terlalu tinggi, menurunkan kadar kolesterol dan memecah lemak dalam badan. Jus bawang ini juga terkenal kerana kegunaannya sebagai bahan antiseptik. Ini termasuklah melegakan sakit dan inflamasi atau radang seperti apabila berlaku kulit melecur akibat terbakar. Beberapa kajian menunjukkan bahawa ia dapat mengurangkan keadaan hipertensi, kandungan gula yang tinggi dalam darah, serta aras kolesterol dan kandungan lemak dalam darah. Sesetengah pakar herba mendakwa penggunaan bawang merah juga boleh menghilangkan ketuat dan juga bertindak sebagai bahan diuretik. Diuretik adalah ubat penambah air kencing dengan menggalakkan perkumuhan garam dan air daripada ginjal. Ia digunakan untuk rawatan tekanan darah tinggi dan glaukoma. Dalam pada itu, bawang merah turut boleh mengubati sakit demam, angin dalam badan, luka, bisul, telinga bernanah dan mengubati buasir. Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu, untuk demam dan angin dalam badan, bawang merah dilumatkan terlebih dahulu dan kemudian dicampurkan sedikit minyak kelapa. Selepas itu ia dilumurkan di kepala untuk melegakan demam atau disapukan di perut sebelum dibalut untuk membuang angin dalam badan. Air perahan atau jus bawang merah pula disapu pada tempat luka dan di sekeliling bisul atau dititikkan ke telinga. Manakala bagi sakit buasir, sebiji bawang merah dilayur atau dipanaskan di atas api terlebih dahulu. Kemudian ditekapkan di lubang dubur dan diulangi beberapa kali. Memakan mentah atau meminum jus bawang merah, ia boleh mengubati kencing manis, batuk dan selesema serta membuang kahak dari saluran bronkial.

RUMPUT SAMBAU

Nama botani: Eleusine indica Famili: Gramineae (Poaceae) Pengenalan Khasiat dan kegunaan Rumput sambau dipercayai amat baik untuk ibu-ibu lepas bersalin di samping dapat membantu mengatasi masalah cacing, mengubati kembung perut, demam kuning dan melawaskan kencing. Selain itu, ia juga dikatakan boleh melega dan mengubati luka dan bisul. Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu, seluruh pokok rumput sambau boleh direbus untuk dijadikan air mandian ibu-ibu yang baru bersalin. Boleh direbus begitu saja atau dicampurkan dengan herba rebusan lain seperti serai wangi, daun pandan dan lain-lain. Untuk penjagaan perut wanita lepas bersalin, rumput ini ditumbuk hingga lumat dan dicampurkan dengan beras. Setelah dilumatkan, ia kemudian dilumurkan pada perut dan selepas itu dibalut. Menurutnya, tiga rumpun akar rumput sambau pula diperlukan untuk mengurangkan kembung perut, mengubati demam kuning, mengatasi masalah cacing dan melawaskan kencing. Caranya ialah dengan merebus akar rumput berkenaan dan meminumnya setelah air rebusannya tinggal satu pertiga daripada paras asal. Untuk mengubati luka dan bisul pula, daun rumput sambau ditumbuk lumat sebelum dibalutkan pada bahagian berkenaan. Ia perlu dibiarkan dibalut seharian dan langkah ini diulangi sekurang-kurangnya satu kali sehari sehingga sakit berdenyut-denyut yang dialami berkurangan.

Nama botani: Rusiga spp. Bambo spp.

BAYAM DURI/ BAYAM HUTAN

Nama botani: Amaranthus spinosus Famili: Pengenalan Amaranthaceae.

Khasiat dan kegunaan Selain masalah kulit muka dan jerawat, ia juga dipercayai dapat mengubati asma, demam, mengatasi masalah keputihan di kalangan wanita, melawaskan kencing dan menambah susu badan. Menurut Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap, terdapat dua cara untuk melembutkan kulit muka dan mengubati jerawat. Boleh dilakukan dengan meramas-ramas sehingga hancur terlebih dahulu daun bayam duri sebelum ia digosokkan pada muka. Juga boleh diramas terus di muka dan disusuli dengan menyental secara perlahan-lahan. Perlu diingat bahawa sama ada ia diramas dahulu atau kemudian, ia tidak boleh digosok atau disental kuat kerana ia boleh mengakibatkan kecacatan kulit muka. Proses ini dilakukan antara lima dan 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih serta diulangi sekurang-kurangnya sehari sekali. Daun bayam duri juga dipercayai dapat mengubati asma termasuk mengeluarkan lendir yang berlebihan iaitu dengan meminum air rebusannya. Tiga atau lima batang bayam duri direbus sekali bersama-sama daun dan bunganya

dengan lima gelas air selama 10 minit. Minum air rebusannya sekurang-kurangnya empat kali sehari dengan sukatan satu gelas untuk orang dewasa dan setengah gelas untuk kanak-kanak. Bagi sakit demam atau menambahkan susu badan, air rebusan seluruh pokok bayam duri perlu diminum dengan sukatan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Manakala untuk melawaskan kencing dan mengatasi masalah keputihan, kata beliau, rebusan hanya menggunakan akar bayam duri. Akar bayam duri itu dibersihkan dan kemudian rebus sebelum meminumnya sekurangkurangnya sekali sehari. Untuk melihat kemujarabannya, ia perlu diulangi setiap hari sehingga menampakkan kesan. Meminum air rebusan akar bayam duri sekali-sekala juga boleh mengubati sakit tekak dan lewat datang haid. Air rebusan seluruh pokok atau akar bayam duri boleh dicampurkan gula atau madu secukup rasa.

CENGKIH

Nama botani: Syzygium aromaticum L. Famili: Myrtaceae Pengenalan Pohon cengkih banyak ditanam di kawasan berhampiran pantai dan pergunungan di India dan Indonesia. Tingginya mencapai 18 meter dan usianya boleh mencecah ratusan tahun. Daun dan bunganya mengandungi zat-zat dan minyak angin (eugenol, asetileugenol, kariofilen, furfurol, metil-amilketon, vanilin), kariofilin dan serat. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), cengkih tergolong dalam tanaman ubatan yang paling banyak digunakan di dunia sama ada dalam bentuk balsam atau minyak cengkih. Khasiat dan kegunaan Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu, selain turut digunakan secara meluas untuk produk kosmetik, antara khasiat cengkih ialah menghilangkan nafas berbau atau mengawal bau mulut. 10 hingga 15 biji cengkih direbus terlebih dahulu dengan 10 gelas air selama kira-kira 15 minit atau sehingga parasnya tinggal tiga gelas. Minum satu perempat atau separuh gelas air rebusan berkenaan sekurang-kurangnya sekali setiap sehari. Untuk lebih berkesan, air rebusan diminum tiga kali sehari terutama selepas makan. Untuk melegakan sakit gigi, bunga atau biji cengkih ditumbuk lumat sebelum disapukan pada gigi berkenaan. Air rebusan cengkih juga berkhasiat untuk mengubati kembung perut, mengeluarkan angin dalam badan dan melegakan sengal-sengal. Selain meminum air rebusannya, penggunaan cengkih dalam masakan juga memberi khasiat tersebut.

SENDUDUK

Nama lain: akar KEDUDUK HITAM, SEKENDUDUK, Nama botani: Melastoma malabathricum L. Famili: Melastomaceae Pengenalan

KENDUDUK

atau

KODOK.

Sejenis pokok renek yang bercabang. Tumbuhan ini biasanya mencapai ketinggian 3 hingga 4 inci dan sering menghasilkan bunga ketika masih kecil. Batang pokok ini berwarna kemerahan dan ditutupi oleh bulu-bulu halus. Manakala daunnya yang berukuran 1 hingga 5 inci panjang mempunyai permukaan bawah yang kasar sekiranya disentuh. Senduduk juga dikelaskan sebagai rumpai dan boleh ditemui hidup liar di kawasan terbiar. Khasiat dan kegunaan Tumbuhan `rumpai' ini telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional di dalam dan luar negara. Menurut Fellow Penyelidikan Kanan Institut Asia-Eropah, Universiti Malaya, Dr. Khadijah Muhamed, senduduk juga didapati berguna untuk merawat luka luaran dan dalaman. Digunakan secara popular oleh golongan wanita yang baru bersalin untuk mempercepatkan proses penyembuhan rahim. Selain merawat cirit birit, daun dan pucuk senduduk juga boleh digunakan untuk merawat penyakit leukorea (keputihan). Bagi merawat penyakit tersebut, anda boleh merebus segenggam daun senduduk dengan sedikit gula, halia dan bonglai. Air rebusan tersebut boleh diminum untuk merawat lendir pekat dan keputihan yang keluar dari faraj. Kepada mereka yang menghidapi buasir, air rebusan senduduk juga amat mujarab untuk mengatasi masalah tersebut. Sementara itu, daun dan akarnya yang telah digiling boleh ditaburkan di atas kudis untuk mengelakkan parut. Ia juga boleh digunakan untuk

mengubati bintik-bintik pada pesakit cacar. Akar tumbuhan ini juga tidak terkecuali menyumbangkan kebaikan kepada manusia. Air rebusan akar senduduk juga boleh digunakan untuk membasuh mulut bagi mengubati sakit gigi. Kepada wanita yang ingin melembutkan kaki atau mengurangkan angin badan, ia juga boleh digunakan sebagai mandian.

BAWANG PUTIH

Nama botani: Allium sativum Linn Famili: Liliaceae Pengenalan Khasiat dan kegunaan Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu, bawang putih digunakan untuk melegakan sakit gigi di samping mengeluarkan duri dan besi berduri yang tertusuk di jari. Di samping itu, katanya, bawang putih berkhasiat untuk mengurangkan kolesterol dan gula serta memecahkan lemak dalam badan. Untuk sakit gigi, layurkan buahnya di atas api seketika dan gigit kuat-kuat pada gigi yang sakit. Ia dipercayai membantu melegakan sakit gigi berkenaan. Manakala buah bawang putih yang telah dilayurkan boleh digunakan untuk membuang duri atau besi dengan menekapkannya pada tempat yang tercucuk. Selalunya duri atau besi berkenaan akan tertarik keluar. Untuk mengurangkan kolesterol, gula dan memecahkan lemak, kita disyorkan memakan sebiji atau dua biji bawang putih. Kandungan allicin dan aliin di dalamnya mempunyai daya antikolesterol dan ini

mencegah penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Memakan bawang putih yang telah digoreng, direbus atau dibakar terlebih dahulu dikatakan lebih baik berbanding memakan mentah. Bawang putih juga selalu digunakan dalam bidang perubatan kerana ia bersifat antibakteria dan antiseptik.

PULASARI Nama botani: Alyxia reinwardtii Blume Nama lain: Alyxia flavescens Pierre; A. forbesii King & Gamble; A. lucida Wallich var. meiantha Stapf; A. reinwardtii var. meiantha (Stapf) Markgraf. Famili: Apocynaceae Pengenalan Lianas woody, to 3 m, glabrous except for inflorescences. Juvenile branchlets triangular, later terete. Leaves opposite or in whorls of 3 or 4; petiole to 5 mm; leaf blade narrowly elliptic or oblong, 8-11 X 1.5-2.5 cm, sub-leathery to leathery, abaxially glabrous, apex narrowly long acuminate, lateral veins obscure abaxially. Cymes fascicled, axillary, pubescent, 3-5 cm; peduncle 1-1.3 cm; bracteoles very narrowly ovate. Sepals ovate or narrowly so, ca. 2 1 mm, obtuse or acute, pubescent to subglabrous. Corolla yellowish white, glabrous, tube ca. 8.5 mm; lobes ovate, ca. 4 mm. Ovary villous. Fruit oblongellipsoid, ca. 1.5 cm X 5 mm. Fl. May-Oct, fr. Aug-Dec. Forests, brushwoods; 800-1700 m. S Yunnan [Indonesia, Malaysia, Philippines, Thailand, Vietnam].

LETUP-LETUP Nama botani: Physalis minima @ Passiflora foetida

Pengenalan Tumbuhan Passiflora foetida ini sering juga ditemui sebagai tanaman penutup bumi di ladang getahatau kelapa sawit. Habitat tumbuhan letup-letup ini sememangnya mudah hidup di kawasan-kawasan tanah terbiar. Walaupun habitatnya di kawasan terbiar, tetapi ia mempunyai khasiat yang baik pada sudut perubatan herba. Ia tumbuh secara menjalar. Daun berwarna hijau serta lebar. Khasiat dan Kegunaan Tumbuhan ini sesuai untuk merawat gatal-gatal kulit, luka dan batuk. Oleh itu tumbuhan ini adalah sesuai untuk penjagaan kesihatan. Bagi merawat gatal-gatal kulit, beberapa batang pokok letup-letup diperlukan. Iaitu ambil seluruh pokoknya, termasuk dengan akar nya sekali. Buangkan segala kotoran yang ada pada pokok itu terlebih dahulu. Kemudian rebuskannya sehingga ia menididh. Tunggulah ia suam sedikit sebelum mengambil airnya untuk digunakan sebagai air basuhan.

Dalam merawat luka, caranya adalah dengan menggunakan beberapa helai daun yang dilumatkan. Daun yang telah dilumatkan itu, dipupuk pada bahagian yang luka tersebut. Manakala bagi merawat batuk pula, dengan merebuskan beberapa batang pokok letupletup ini. Air rebusan seluruh pokok tersebut hendaklah diminum airnya setelah air itu suam.

TEPUS

Nama botani: Etlingera punicea (Roxb.) R.M.Smith Famili: Zingeberaceae Nama lain: Tepus (melayu bidayuh, iban), tubuh tana (kelabit) Pengenalan Etlingera punicea: The striking flowers of this ginger grows out of the soil and contrasts sharply with the drab

colours of forest floor detritus. Sometimes you may have to sweep away the dead leaves to fully admire the blooms. Etlingera punicea is one of the most common earth gingers in Peninsular Malaysia. Khasiat dan kegunaan Dibuat ulam atau dimasak dengan sambal udang dan ayam. Serat untuk buat bakul kecil, tikar dan tali. Pucuk muda untuk sembuhkan penyakit biri-biri. Juga dahulu kala digunakan untuk buat minyak wangi.

UBI JAGA

Pengenalan Ubi jaga merupakan sejenis herba memanjat yang tumbuh liar di hutan Asia Tenggara. Mempunyai batang yang mudah lentur tetapi kuat, berwarna hijau gelap.Batangnya berbuku-buku dan tunas atau cabang baru akan muncul dari buku-buku ini. Jarak antara buku atau nod ini antara 2 hingga 15 cm.Daunnya berbentuk bujur sirih dengan bahagian pangkal daun yang besar dan akan makin menirus ke hujungnya.Kepanjangan antara 8 hingga 17sm dan lebar 2 hingga 15sm.Daunnya berwarna hijau gelap dipermukaan daun dan hijau muda dibawah daun. Urat daun yang tumpat dengan bahagian cabang urat yang tebal dengan petiol yang panjang 7 hingga 25mm. Tendrils 6-13 sm panjang, melentur, kadangkala berwarna keperangan. Bunga ( umbels and axillary together with tendrils,peduncles 1-4 cm long, pistilate umbels 8-14 flowered, staminate perianth yellow-green 3.54.2 mm long, 4-5 mm wide, connate, lobed to 2.5 from top; outer lobes oblong, 1.5 mm wide, inner lobe is half as long as the outer ones. Ia tidak memerlukan cahaya matahari yang terik dan perlu diletakkan dibawah teduhan jika hendak ditanam dirumah. Ubi jaga memerlukan tanah yang lembab, kaya dengan humus dan bersaliran baik. Khasiat dan kegunaan Bahagian tumbuhan yang digunakan adalah daun, buah dan akar.komponen aktifStigmasterol, sitosterol, campesterol. Di Malaysia kegunaan utama ubi jaga ialah sebagai afrodisiak untuk merangsang seks. Untuk tujuan ini ubi yang juga merupakan akarnya di gunakan. Daun dan buahnya boleh digunakan sebagai penawar penyakit siflis dengan cara merebus daun dan buah ubi jaga dan airnya diminum.Ia juga boleh mengubat demam dengan kaedah yang sama. Kesan ke atas wanita hamil dan menyusukan masih belum diketahui. Oleh itu penggunaan sebarang persediaan herba ini perlu dielakkan ketika hamil dan menyusukan anak kecuali mendapat nasihat pakar perubatan bertauliah.

POKOK NILAM Nama Botani: Pogostemon cablin (Blanco) Benth Nama lain: Patchouli (Inggeris) Famili: Lamiaceae

Pengenalan Tanaman nilam (Pogostemon cablin) dipercayai berasal dari Filipina dan banyak terdapat di hutan-hutan kepulauan Filipina. Nilam dibawa masuk dan ditanam di Semenanjung Malaysia pada awal tahun 1800. Walau bagaimanapun pada awal 1900 dengan kemasukan tanaman getah yang lebih menguntungkan, tanaman nilam tidak lagi diminati oleh pekebun kecil di Malaysia. Sekarang nilam diusahakan secara komersial di Indonesia (Acheh), China dan Brazil. Nilam merupakan tanaman herba renik, mempunyai banyak cabang dan tumbuh sehingga 1.0 m tinggi. Daunnya berbentuk ovate, 8-10 cm panjang dan 5-8 cm lebar, tebal dan bergerigi. Daun berwarna hijau tua keungun-unguan dan mengeluarkan aroma yang unik bila diramas. Batang dan cabangnya berwarna ungu, berbentuk empat segi dan diselaputi bulu yang halus. Nilam didapati tidak berbunga di Malaysia.

Khasiat dan Kegunaan -Dari segi perubatan tradisional, air rebusan daun nilam dilaporkan digunakan untuk mengubati sakit tekak, asma, batuk dan demam.Daun nilam yang beraroma boleh menghasilkan minyak pati yang dikenali sebagai `patchouli oil di pasaran antarabangsa. Antara bahan kimia yang terdapat dalam patchouli oil termasuklah benzaldehyde, cardinene, cinnamic aldehyde, eugenol dan patchouli alcohol. Minyak nilam banyak digunakan dalam industri wangian dan cirinya yang

boleh mengikat (fixative) minyak pati yang lain menjadikanya sangat penting dalam pembuatan minyak wangi. Minyak nilam juga digunakan dalam membuat produk seperti sabun, bahan pencuci, syampu dan ubat antiserangga. Pada kepekatan yang rendah, minyak nilam juga digunakan sebagai bahan perisa dalam produk minuman dan makanan.

CAPA

Nama Botani: Blumae Balsmifera (L) DC Nama Lain: Capa, Cepa, Sembong, Telinga Kerbau Famili: Asteraceae Pengenalan Pokok jenis renek ini boleh mencapai ketinggian sehingga 3-4 m. Pokok capa boleh dicamkan melalui baunya yang seperti kapur barus. Daunnya besar, berbentuk bujur panjang (berukuran antara 7 - 13 cm x 2.5 - 5 cm), tebal, ringkas, tersusun secara berselang, tepi daunnya bergerigi ('serrate dentate'),

pangkal daun berkeadaan sempit, hujungnya tajam dan mempunyai bulu halus dibahagian bawah daun. Tangkai daunnya panjang (2.5 cm). Jambak bunganya terbit dicelah tangkai daun. Bunganya bersaiz kecil dan berwarna kuning. Khasiat dan Kegunaan Daun capa digunakan secara meluas sebagai salah satu bahan untuk air mandian wanita selepas bersalin dan bayi bagi menghilangkan bau badan. Daunnya juga dijadikan campuran minyak urut untuk wanita selepas bersalin untuk disapu di kening dan perut. Daun capa biasanya pencernaan, dimakan bersama pinang untuk merawat masalah

gastrik atau dijadikan campuran ubat jamu. Akar pokok muda digunakan untuk merawat luka dalaman manakala akar dan daun yang ditumbuk pula digunakan untuk merawat sengal-sengal tulang, sendi dan otot. Di Filipina pula, daun sembung digunakan untuk melawaskan kencing dan untuk merawat batu karang. Pohon sembung juga menghasilkan minyak kayu kapor yang boleh digunakan bagi merawat bengkak sendi. Air rebusan daun muda diminum sebagai tonik perut atasi masalah cacing dalam perut dan usus, mengeluarkan kahak, rangsang haid dan peluh, batuk, batuk bronkitis, atritis selsema, insomnia dan senggugut.

BELIMBING TANAH

Nama Botani :Tacca Cristata Nama Lain : Belimbing Tanah, Janggut Adam, Janggut Baung, Kelemoyang Air, Sebiak

Famili: Taccaceae Pengenalan Belimbing tanah adalah sejenis pokok herba yang boleh mencapai ketinggian sehingga 1 m. Daun atau pelepahnya agak besar, panjang, berbentuk bujur telur ('ovate') dan bewarna hijau tua. Permukaan daun tidak rata (berkedut). Bunganya juga besar berwarna ungu keputihan terbit dihujung tangkai yang tumbuh tegak dan boleh mencapai ketinggian sehingga 60 cm. Tumbuhan ini tumbuh liar dikawasan lembap hutan tanah pamah dan lereng bukit. Khasiat dan Kegunaan Tumbuhan ini agak popular dikawasan Pantai Timur, Semenanjung Tanah Melayu. Air rebusan akar tumbuhan ini digunakan secara tradisi untuk merawat penyakit darah tinggi, buasir dan juga sebagai air mandian bagi perawatan wanita selepas bersalin iaitu untuk membuang angin dalam badan. Di samping ini, air rebusan ubi dan akarnya yang dicampur dengan pokok selayar hitam (Goniothalamus malayanus) dikatakan berkhasiat bagi menguatkan buah pinggang. Pelepah daunya pula boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal pada kulit akibat terkena ulat bulu.

CUCUR ATAP

Nama botani : Beackea frutescens Nama lain : Cucur Atap, Corong Atap Famili: Melastomaceae Pengenalan Cucur atap adalah sejenis pokok kecil yang boleh mencapai ketinggian sehingga 6 m. Batang dan dahannya keras serta kuat. Kulit batang berwarna kelabu, berkeadaan merekah dan berlurah. Daunnya kecil atau halus seperti jarum, tersusun secara bertentangan dan mengeluarkan aroma bila dihancurkan atau diramas. Bunga berkeadaan tunggal atau berpasangan, hijau berwarna putih dengan gelang

di bahagian tengah yang kemudian bertukar menjadi merah.

Tumbuhan ini didapati hidup secara liar di kawasan tanah bris dan juga tumbuh subur ditanah mineral.

Khasiat dan Kegunaan Secara tradisi digunakan sebagai teh herba untuk kesihatan. Daunnya dikatakan mempunyai keupayaan untuk merawat demam, antibakteria dan melancarkan peredaran haid. Ia juga digunakan bagi merawat selsema, sakit kepala, demam campak, uluran dan juandis dengan cara mengasapkan pesakit melalui pembakaran daun kering atau menghidu wap air rebusan daun segar. Minyak patinya yang diperoleh melalui ekstrasi daun, digunakan untuk mengurut bagi menghilangkan sakit urat atau sakit-sakit badan.

DUKUNG ANAK

Nama Botani:

Phyllanthus amarus, P. niruri, P. urinaria dan P. debelis

Nama Lain: Buah amin, Nipon-nipon (Malaysia), Chanca piedra (India), Meniran (Indonesia), Quebra pedra (Amerika Selatan), Zhen chu cao, ye xia zhu (China), Stone breaker, Shatter stone (Inggeris)

Famili: Pengenalan

Euphorbiaceae

Tumbuhan ubatan ini sangat popular di India dan banyak digunakan dalam perubatan Ayuvedic. lembut. Dukung anak ialah sejenis herba renek berbatang

Batang berwarna hijau atau merah bergantung kepada spesies. Daun berbentuk bulat lonjong, berwarna hijau (atau merah), bersaiz kecil tersusun di sepanjang tangkai daun. Buah terbentuk di bawah setiap pelepah daun. Tumbuhan herba ini biasa terdapat di kawasan tanah terbiar di tepi-tepi jalan atau kebun serta kawasan rumah termasuk di dalam pasu bunga. Ia dianggap sebagai rumpai kerana agak susah untuk dikawal. Khasiat dan Kegunaan Dukung anak banyak digunakan untuk merawat penyakit berkaitan buah pinggang dan hati seperti jaundis dan hepatitis B. Ia juga digunakan untuk rawatan masalah batu karang, malaria, asma, kencing manis, darah tinggi, gigitan serangga berbisa dan cirit birit.

EMAS COTEK

Nama Botani:

Ficus deltoidea

Nama Lain : Serapat, (Indonesia), Mistletoe fig (Inggeris) Famili: Pengenalan Moraceae

sempit-sempit

dan

agoluran

(Sabah),

tabat

barito

Emas cotek banyak terdapat di Semenanjung Malaysia dan kepulauan Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Kalimantan. Ia merupakan sejenis tanaman epifit yang hidup menumpang pada tumbuhan lain yang lebih besar hanya untuk mendapatkan cahaya matahari. Tumbuhan ini banyak terdapat di kawasan belukar di tepi laut atau rimba di pergunungan. Tanaman ini tidak tumbuh di kawasan hutan bakau. Tumbuhan ini boleh tumbuh setinggi 135 cm dan garis pusat kanopi berukuran lebih kurang 157 cm. Bentuk daun adalah berbeza mengikut aksesi iaitu sama ada bulat, bujur telur atau lonjong. Daun yang besar dan bulat di klasifikasikan sebagai emas cotek betina dan yang lebih kecil dan lonjong sebagai emas cotek jantan. Daunnya berwarna hijau berkilat dan mempunyai bintik yang berwarna emas di permukaannya manakala dibawah permukaan daunnya berwarna kuning keemasan dengan tompok-tompok hitam. Khasiat dan Kegunaan Emas cotek dipercayai berkhasiat untuk sistem reproduktif wanita. Air rebusan keseluruhan tanaman diminum oleh wanita selepas bersalin untuk mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim pada keadaan asal. Ia juga digunakan oleh wanita untuk merawat keputihan dan melawaskan haid. Tumbuhan herba ini dipercayai boleh mengekalkan awet muda dan digunakan sebagai ramuan dalam menyediakan tonik untuk lelaki dan perempuan. Selain daripada itu,

emas cotek berupaya mencegah dan menyembuhkan penyakit-penyakit seperti paru-paru berair, kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, cirit-birit, melancarkan peredaran darah dan rawatan sakit kulit.

HEMPEDU BUMI

Nama Botani: Andrographis paniculata Nama Lain: Hempedu tanah, akar cerita, pokok cerita (Malaysia), king of bitter, creat, green chireta (Inggeris), kalmegh (India), Kirta (Sanskrit), Chuan xin lian, Yi jian xi, Lan he lian (China), Sambiloto (Indonesia) Famili: Acanthaceae Pengenalan Hempedu bumi banyak dijumpai di China, India, Thailand dan gugusan kepulauan Melayu. Herba semusim jenis renek ini boleh tumbuh dengan ketinggian sehingga 90 cm. Daunnya berwarna hijau tua di permukaan atas dan hijau muda di bawah permukaannya. Batangnya pula berwarna hijau, berbentuk empat segi dan berbuku. Setiap buku mempunyai

dua helai daun. Bunganya pula kecil dan berwarna ungu. Buah atau lengainya bersaiz purata 25 mm panjang dan 3 mm lebar. Pada peringkat awal, lenggai berwarna hijau nmuda dan apabila matang menjadi coklat muda. Lengainya pecah apabila matang dan menyebarkan benih di sekitarnya. Khasiat dan Kegunaan Hempedu bumi boleh dijadikan ubat untuk darah tinggi, kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak. Ia juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah

HALIA

Nama Botani: Zingiber officinale Ross Nama lain: Ginger (Inggeris), Jahe, Aliah, Jae, Lia (Indonesia)Kinkh, Khing-daen (Thailand) Famili: Zingiberaceae Pengenalan Halia merupakan salah satu jenis rempah ratus yang bukan sahaja banyak digunakan dalam masakan timur dan barat malah antara rempah yang terpenting diperniagakan di dunia. Tanaman ini berasal dari Asia Tenggara dan sekarang

ditanam secara meluas mengeluarkan halia

di

seluruh

dunia.

Antara

negara

yang

banyak

ialah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand. Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas, getah dan kelapa sawit. Khasiat dan Kegunaan Halia digunakan sebagai rempah perasa dan ubatan. Tanaman ini tergolong dalam kategori ubat-ubatan tradisional Melayu yang dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, makanan, kosmetik dan ubatan. Biasanya dalam perubatan, halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia manakala dalam masakan pula dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula. Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri.

KUNYIT

Nama Botani:

Curcuma domestica (Val.)/Syn: Curcuma longa

Nama Lain: Kha min (Thailand), Manjal (India), Haldi (Hindi), Kurkum (Arab), Turmeric ( tumeric), Indian saffron, yellow ginger (Inggeris) Famili: Zingiberaceae Pengenalan Kunyit merupakan tanaman rempah yang berasal dari India. Tanaman ini kemudian diperkenalkan ke negara Asia lain seperti negara-negara Tenggara dan Selatan Asia. Kunyit hidup subur di kawasan lapang dan terdedah sepenuhnya kepada cahaya matahari. Ketinggian tumbuhan ini melebihi satu meter. Rizom kunyit berwarna kuning, sedikit bersisik, berbentuk memanjang dan berjejari. Daunnya licin, berwarna hijau, berbentuk bujur dan meruncing di hujung serta mempunyai tangkai yang panjang. Pokok ini mengeluarkan bunga yang berwarna kuning di celah-celah daun muda. Khasiat dan Kegunaan Daun kunyit biasanya digunakan untuk memberi aroma dan warna kuning kepada masakan seperti rendang, gulai dan sebagai pembalut ikan atau daging yang di bakar. Dalam perubatan, kunyit digunakan sebagai antioksidan, antibakteria, antiradang dan antikanser. Kunyit juga berupaya menyembuhkan

luka di dalam badan, mengecutkan peranakan bagi wanita yang baru bersalin, membersihkan dan menghalang pembekuan darah, melancarkan peredaran darah, membantu proses pencernaan serta menghilangkan selesema. Ia juga dikatakan dapat menyembuhkan luka, seliuh anggota dan kudis.

KECUBONG

Nama Botani: Datura fastuosa Nama Lain: Kecebung Famili: Solanaceae Pengenalan Pokok jenis renek yang boleh mencapai ketinggian sehingga 2 m. Batang bersifat tegak, licin atau berambut sedikit. Ranting dan daunnya berwarna keungguan terutama ketika muda. Berdaun ringkas, berbentuk bujur yang melebar dibahagian bawah, berukuran 9-18 cm panjang, hujung daun berkeadaan runcing ('acuminate'). Urat daun timbul dipermukaan bawah. Tangkai daunnya panjang,boleh mencapai sehingga 16 cm. Bunganya besar dan panjang berbentuk seperti trompet, bewarna putih dan mempunyai warna ungu di hujung kelopak. Buah berbentuk bulat, keras dan berduri.

Khasiat dan Kegunaan Bunga kecubung dihiris nipis dan dikeringkan sebelum ia dicampur dengan tembakau untuk dihisap sebagai rokok bagi merawat penyakit lelah. Kelopak bunga yang dikeringkan juga boleh dihisap seperti rokok bagi tujuan yang sama. Seduhan kelopak bunga boleh diminum bagi merawat sakit jiwa. Penggunaan luaran daun kecubung dikatakan dapat meransang pertumbuhan rambut, melegakan kembung pada kanak kanak dan merawat sakit tulang. Penggunaan kecubung perlu diawasi kerana kehadiran racun-racun seperti kimia hyoscyamine, scopolamine dan atropine yang boleh menyebabkan khayal.

KESUM

Nama Botani: Polygonum minus Huds Nama lain: Phak phai (Thailand), Knotweed (Inggeris) Famili: Polygonaceae Pengenalan Tanaman kesum (Polygonum minus) berasal dari kawasan Asia Tenggara, iaitu Malaysia, Thailand, Vietnam dan Indonesia. Ia didapati tumbuh liar, terutama di kawasan

lembap seperti di tepi parit atau dekat dengan sungai dan tasik. Ia juga didapati hidup dengan subur di kawasan sejuk di tanah tinggi seperti di Cameron Highlands dan Genting Highlands. Kesum merupakan tanaman herba yang renik, lampai, menjalar dan boleh tumbuh mencapai ketinggian 1.0 m di dataran rendah dan sehingga 1.5 m di tanah tinggi. berbentuk Daunnya panjang dan runcing

anak panah, 5-7 cm panjang dan 0.52.0 cm lebar. Ia tersusun secara berselang pada batang, berwarna hijau tua dan sangat aromatik. Batangnya berbentuk silinder, berwarna hijau dengan sedikit kemerah-merahan, dan mempunyai buku dan ruas yang pendek yang mudah berakar. Bunganya pula terdapat di hujung pucuk, berbentuk kecil dan berwarna putih keungu-unguan. Pada amnya terdapat dua jenis kesum, iaitu yang lebih merayap/menjalar dan yang tumbuh agak menegak. Khasiat dan Kegunaan Tanaman kesum sangat popular di kalangan penduduk Malaysia sebagai bahan perencah/perisa di dalam banyak jenis makanan, terutama untuk laksa dan asam pedas. Ia juga boleh dimakan terus sebagai ulam ataupun dibuat kerabu. Secara tradisional air rebusan daun kesum digunakan untuk mengubati masalah penghadaman, menghilangkan kelemumur di kepala dan sebagai minuman selepas bersalin. Dari segi khasiat pemakanan, kesum kaya dengan beta karotena, vitamin A, vitamin C dan juga bahan galian seperti kalium, kalsium dan fosforus.

Daun kesum yang aromatik boleh menghasilkan minyak pati yang mengandungi bahan kimia `aliphatic aldehyde yang tinggi (60%), dan komponan kimia utamanya ialah decanal dan dodecanal. Sebagai punca bahan semula jadi aliphatic aldehyde, minyak kesum pula dipercayai mempunyai potensi yang tinggi, terutama dalam industri perisa dan wangian. Ini disebabkan tidak banyak terdapat bahan semula jadi ini di pasaran.

LEMBAH

Nama Botani: Curculigo latifolia Nama Lain: Lamba, pinang puyuh Famili: Hypoxidaceae Pengenalan Sejenis tumbuhan herba yang tumbuh secara berumpun yang agak besar. Daun ringkas, berwarna hijau, keras atau kuat, berbentuk bujur. Saiz daun yang matang berukuran antara 55-57 cm panjang dan 15-17 cm lebar. Daunnya bersifat menirus pada kedua-dua bahagian hujung dan pangkalnya. Bahagian tepi daun berkeadaan licin dan daun lemba mempunyai banyak urat

daun pada permukaannya. Tangkainya panjang (30-32cm). Bunga tumbuhan ini terbit daripada dasar atau pangkal pokok. Setiap bunga mempunyai 6 kelopak dan berwarna kuning terang. Buah yang telah matang berbentuk beri, berwarna putih dan berasa manis bila dimakan. Lembah atau lebih dikenali sebagai pinang puyuh di kelantan ialah sejenis tumbuhan berumpun yang biasa ditemui dikawasan belukar yang agak redup dan terlindung dari cahaya matahari. Bunganya berwarna kuning, kecil dan berbentuk loceng dan berada dalam gugusan.Buahnya berada dalam bentuk tandan seperti buah pinang, kecil dan mempunyai rasa yang sangat manis.Buahnya boleh dijadikan campuran dalam sirap seperti biji selasih dan ia juga boleh berfungsi menyejukkan badan. Rasa manis akan melakt agak lama pada lidah sehingga jika kita minum air putih selepas makan buah lemba, kita akan merasa air putih itu mempunyai rasa yang sangat manis. Lembah membiak melalui mempunyai pengairan yang baik. khasiat dan kegunaan Buah yang masak dimakan sebagai pembuka selera. Air rebusan bunga dan akar diminum sebagai tonik untuk melawaskan buang air kecil dan atasi masalah saluran air kencing. Daun,pucuk dan akar direbus sebagai teh untuk merawat demam panas. Pangkal tumbuhan yang direbus diminum bagi wanita yang alami tumpahan haid dan sebagai losen mata bengkak dan merah. rizomnya.Ia sukakan tempat yang redup dan

LIMAU PURUT

Nama botani:

Citrus hystrix DC.

Nama Lain: Limau purut (Melayu), Jerut Purut (Indonesia), Bai makrut (Thailand), Keiffer lime; Kafir lime (Inggeris) Famili: Pengenalan Tanaman saka ini berasal dari Asia dan telah ditanam di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Habitatnya ialah di kawasan subur yang bersaliran baik dan banyak ditanam disekitar rumah sahaja. Kulit buah limau purut adalah berkedut, tebal, dan isinya tidak berapa berair. Tumbesaran pokok adalah perlahan berbanding dengan spesies limau lain. Ketinggiannya boleh mencapai sehingga 30 m. Daunnya yang bersayap memberi gambaran dua helai daun yang dicantumkan hujung ke hujung. Khasiat dan Kegunaan Daun limau purut banyak digunakan dalam masakan seperti tom yam kerana bau dan rasanya yang unik. Limau purut juga digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap. Selain berkesan sebagai penggalak antitumor atau pencegah kanser, limau purut juga boleh digunakan untuk mencuci rambut dan mulut serta boleh membunuh pacat. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromatherapi, nutraseutikal dan produk Rutaceae

penjagaan diri. Limau purut juga berupaya merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.

MISAI KUCING

Nama botani:

Orthosiphon stamineus Benth (O. aristatus Blume)

Nama Lain: Remujung, Kumis kucing (Indonesia), Java tea (Inggeris) Famili: Pengenalan Misai kucing ialah sejenis tumbuhan tropika yang berasal dari negara Asia Lamiaceae

Tenggara seperti Thailand, Indonesia, Filipina serta kepulauan Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei. Ia boleh didapati di tepi jalan dan kawasan tanah terbiar sama ada kawasan tanah rendah atau tinggi. Pokok ini mempunyai bunga yang cantik dan sering di tanam sebagai pokok hiasan. Bunganya berwarna putih atau ungu dengan filamen yang panjang menyerupai misai kucing. Batangnya pula berbentuk empat segi berbulu pendek, berwarna kemerahan, tumbuh menegak dan bercabangcabang. Daun misai kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan, licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daunnya pula bergeriji. Tangkai daunnya yang pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Ketinggiannya boleh mencecah sehingga 1.5 m. Boleh ditanam melalui keratan batang. Khasiat dan Kegunaan Daun misai kucing digunakan bersama hempedu bumi bagi melawaskan pembuangan air kecil, rawatan batu ginjal, reumatisme, sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dan demam. Untuk membantu merawat penyakit kulit, daunnya diramas dan ditampal pada bahagian kulit yang mengalami masalah. Air rebusan pokok ini digunakan untuk membantu merawat penyakit batu karang pada pundi kencing. Air rebusan daunnya bersama pokok dukung anak diminum untuk membantu merawat sakit buah pinggang. Air rebusan daunnya bersama pokok hempedu bumi diminum untuk membantu merawat kencing manis. Air rebusan daunnya bersama kulit betik diminum untuk merawat kebas-kebas

sendi. Air rebusan daunnya bersama kayu manis dan sedikit gula batu diminum untuk mengubati batuk. Air rebusan daun misai kucing diminum untuk merawat darah tinggi dan untuk melawaskan buang air kecil.

MENGKUDU

Nama botani:

Morinda citrifolia Linn. (Inggeris), Pace, Cangkudu

Nama lain: Noni, Indian mulberry, Painkiller (Indonesia), Yo ban (Thai), Nhau (Vietnameses) Famili: Pengenalan Rubiaceae

Mengkudu ialah tanaman bersifat saka berasal dari Asia, Australia dan kepulauan Pasifik. Tumbuh secara liar berabad-abad lamanya di negara kita dan kurang mendapat perhatian semasa itu. Kebanyakannya terdapat dikawasan pinggir hutan dan berdekatan dengan perparitan dan sungai. Tanaman ini mempunyai batang pokok yang lurus, berdaun lebar, bunga berwarna putih, buah berbentuk bujur dan bertukar dari hijau ke putih

kekuningan apabila matang. Buah yang masak mempunyai bau yang kurang menyenangkan. Ketinggian pokok boleh mencapai lebih kurang 10 m. Dua spesies tanaman mengkudu yang biasa terdapat di negara ini ialah Morinda citrifolia (mengkudu besar atau mengkudu laut) dan Morinda elliptica (mengkudu kecil atau mengkudu hutan). Terdapat variasi yang ketara dari segi saiz dan bentuk buah. Khasiat dan Kegunaan Mengkudu mempunyai pelbagai kegunaan. Ia telah digunakan sejak turuntemurun dalam perubatan tradisional terutama di kalangan masyarakat Melayu. Penemuan semula dan minat masyarakat umum bermula terhadap tanaman ajaib ini

pada penghujung 1998 selepas penemuan saintifik tentang bahan aktif serta fungsinya oleh seorang ahli biokimia dari Universiti Hawaii. Satu bancian yang dijalankan di Amerika Syarikat melaporkan sebanyak 22 jenis masalah kesihatan telah dapat dibantu dengan pengambilan mengkudu. Antaranya ialah kanser, kencing manis, darah tinggi, tulang, jantung, kemurungan, pernafasan, penghadaman dan buah pinggang. Mengkudu juga boleh dibangunkan ke produk kumpulan makanan seperti makanan kesihatan/tambahan, tonik, minuman dan perubatan tradisional dan barangan bukan makanan seperti kosmetik, penjagaan/kesihatan diri dan biopestisid.

PATAWALI

Nama Botani: Tinospora tuberculata Nama lain: Patawali, Putawali, Akar Seruntum Famili: Menispermaceae Pengenalan Pokok jenis memanjat yang berkayu lembut. Batang pokok berkeadaan berbintilbintil, berkulit nipis dan mudah dipisahkan. Ukuran garispusat batang ialah antara 1.01.5 sm, mengeluarkan getah putih dan berlendir, dan rasanya pahit. Daun bersifat ringkas, nipis, lembut, berbentuk hati dan tersusun secara berselang. Ukurannya ialah lebih kurang 9-10 sm panjang dan 7-8 sm lebar. Permukaan di bahagian atas dan bawah daun adalah licin. Bahagian hujung daun berkeadaan runcing. Peruratan palmat dengan 7 urat utama yang nampak jelas pada permukaan bawah daun. Tangkai daun berukuran 4-5 sm panjang. Khasiat dan Kegunaan Air seduhan batang patawali diminum bagi membunuh cacing dalam perut sementara air seduhan keseluruhan tumbuhan digunakan bagi merawat kolera, sakit kuning, darah tinggi, sakit perut dan kencing manis. Penggunaan luarannya pula adalah bagi merawat

kudis buta dan luka. Adalah dipercayai bahawa dengan meminum air rebusan patawali secara berterusan akan dapat mengelak daripada gigitan nyamuk dan menghalang jangkitan penyakit malaria.

PANDAN

Nama Botani: Pandanus odorus Nama lain: Fragrant screwpine (Inggeris) Famili: Pandanaceae Pengenalan Pandan wangi yang juga dikenali bau atau pandan rampai adalah dari jenis tanaman bersifat saka. keluarga Pandanaceae ini adalah sebagai pandan Tumbuhan dari

sekeluarga dengan pokok mengkuang. Pokok pandan wangi adalah tanaman yang mudah tumbuh dan dipelihara. Tanaman yang dipercayai berasal dari Bangka, Indonesia ini telah tersebar luas di kawasan tropika Asia Tenggara. Walaupun sudah berabad-abad lamanya tanaman ini berada di negara kita, kebanyakan tanamannya masih terdapat di kebun dapur. Kawasan tanaman secara komersial pula amat terhad. Pandan wangi tumbuh berumpun dan mempunyai daun yang panjang dan meruncing di hujung seperti pedang. Tanaman ini tidak pernah dilaporkan berbunga. Terdapat dua jenis pandan wangi iaitu Pandan wangi besar dan Pandan wangi kecil.

Kebanyakan tanaman pandan wangi di negara ini adalah dari jenis Pandan wangi kecil. Ketinggian pertumbuhannya lebih kurang 0.751.50 m. Ukuran panjang daun antara 5575 sm dan lebar di bahagian tengah antara 45 cm. Manakala ketinggian Pandan wangi besar pula adalah 3.74.3 m, panjang daun lebih kurang 2.3 m dan lebar 9.0 sm. Khasiat dan Kegunaan Pandan wangi mempunyai berbagai-bagai kegunaan dalam penyediaan makanan tradisional terutama di kalangan masyarakat Melayu di negara ini. Ia di gunakan sebagai pewarna, pewangi serta perangsang selera. Kini ekstraknya telah digunakan oleh beberapa syarikat pengeluar roti, kek, biskut dan kuih-muih sebagai pewarna dan perisa asli pandan. Di samping itu, terdapat juga produk seperti minuman kacang soya dan santan kelapa yang berperisa pandan di pasaran. Pandan wangi juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan. Bagi kegunaan perubatan pula antaranya adalah untuk merawat penyakit demam campak dan juga dikatakan berkesan bagi mengubati penyakit gonorea, sifillis, denggi dan anaemia.

PEGAGA

Nama Botani: Centella asiatica (L) Urban Nama lain: Pennywort (Inggeris), Pegaga (Melayu), Pegagan (Filipina), (Thai), Ching Chow Sui (Cina), Mandookaoarni (Sanskrit), Gotu cola (India) Famili: Umbelliferae Pengenalan Pegaga berasal dari kawasan Asia dan juga Afrika Timur iaitu India, Sri Lanka dan Madagascar. Kemudian ia tersebar ke kawasan Asia Tenggara dan kawasankawasan lain seperti Malaysia, Pakistan, China, Jepun, Afrika Timur, West Indies, Amerika Selatan Buabok

dan Australia.Tumbuh meliar di kawasan lembap yang berdekatan dengan air (di persisiran sungai dan tali air). Kebanyakan spesies boleh tumbuh di kawasan terbuka manakala terdapat juga spesies yang memerlukan keadaan lindungan yang sederhana. Pegaga tumbuh menjalar di atas tanah dan mengeluarkan akar pada setiap ruas daun. Daunnya berbentuk otak atau ginjal dengan bahagian tepi daun bersifat licin atau bergerigi mengikut jenis. Lebar daun antara 35 sm dan panjang tangkai daun boleh mencapai 15 cm mengikut kultivar, kesuburan dan kepadatan tanaman. Bunganya dalam jambak 34 kuntum dengan kelopak berwarna putih atau merah jambu. Buahnya berbentuk pipih berukuran di sekitar 3 mm dan kelihatan seperti biji cili. Terdapat 3 jenis pegaga iaitu Centella asiatica, Merremia emarginata dan Hydrocotyle spp. Spesies asiatica lebih dikenali kerana dapat mengubati berbagaibagai jenis penyakit. Khasiat dan Kegunaan Pegaga mengandungi asiatikosida, asid asiatik, quercetin), asid bahan aktif seperti triterpenoid glikosida (terutama dan

madecassik,

madikassosida),

flavenoids

(kaemferol

minyak meruap (vallerin, camphor, cineole dan sterols tumbuhan seperti campesterol, stigmasterol, sitosterol), pektin, asid amino, alkaloid hydrocotyline, myositol, asid bramik, asid centellik, asid isobrahmik dan asid betulik. Di Malaysia, pegaga amat popular di kalangan tiga kaum utama negara ini iaitu Melayu, Cina dan India. Bagi kaum Melayu, pegaga di makan secara segar sebagai ulam,

bagi kaum Cina digunakan sebagai minuman penyejuk badan, manakala bagi kaum India, digunakan sebagai tonik kecerdasan minda

ROSEL

Nama Botani:

Hibiscus sabdariffa L

Nama Lain: Asam paya, asam susur, asam kundang, roselle (Inggeris), sorrel Famili: Pengenalan Rosel banyak terdapat di kawasan yang beriklim tropika dan subtropika seperti di Afrika, India dan Asia termasuk Malaysia. Kini terdapat lebih dari 300 spesies tanaman rosel di seluruh dunia. Pokok ini boleh mencapai ketinggian lebih kurang 2 m dengan dahannya yang tumbuh menegak di peringkat awal dan melentur rebah apabila banyak buah. Batang, dahan serta tangkainya berwarna merah. Daunnya pula berwarna hijau dan berbentuk tapak tangan dengan tiga cuping yang meruncing ke hujung. Bunga rosel keluar di setiap sendi daun, berwarna kuning muda dan merah jambu manakala lengainya Malvaceae

berwarna merah gelap dan berbentuk bujur. Khasiat dan Kegunaan Kaliks atau kelopak buah rosel yang berwarna merah kaya dengan vitamin A dan C serta zat mineral.Dengan menjadikannya sebagai teh ubatan, herba ini dapat membantu mempercepatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah tinggi di samping memberi kesan awet muda. Kaliksnya boleh diproses menjadi jem, halwa, jeli, jeruk dan juga pewarna makanan. Pemprosesan biji rosel boleh dijadikan bahan kosmetik sementara kulitnya pula boleh dibuat tali.

SIAK-SIAK

Nama Botani: Daniella ensifolia Nama Lain: Siak-Siak Famili: Liliaceae Pengenalan Herba jenis renek ini tumbuh berumpun dan ketinggiannya boleh mencapai 1 m. Daunnya panjang (eliptik atau lanseolat), agak keras, berpelepah dan hujungnya

tajam (akut). Bunga terbit dihujung tangkai yang panjang melebihi helaian daun (30 -60 sm). Bunga biseksual, berwarna ungu kebiruan dan kadangkala putih atau kekuningan. Buah bentuk beri, bergarispusat 9-15 mm, berwarna biru keungguan dan lebih berkilau setelah matang. Setiap buah mempuyai 3-4 biji. Biji berbentuk ovoid, berukuran 5 mm panjang, lembut, hitam tetapi berkilau. Khasiat dan Kegunaan Akar pokok siak yang telah dikeringkan dikunyah atau pes akarnya yang segar disapu pada perut bagi merawat kecacingan. Pokok herba ini dikatakan dapat mengubati penyakit batu karang dengan meminum air rebusan akarnya. Air rebusan tumbuhan ini juga digunakan untuk perawatan selepas bersalin. Abu akar dan daun pokok siak digunakan sebagai ubat sapu untuk merawat bisul, gatal, sakit kuning, kudis herpes dan sakit urat. Rizom pokok siak ditumbuk dan digaul bersama nasi, jagung atau bahan makanan lain digunakan sebagai umpan untuk membunuh tikus. Akar dan rizom dibuat kosmetik dan minyak wangi.

SERAI MAKAN

Nama Botani: Cymbopogen citratus (DC.) Stapf. Nama lain: Sereh makan (Indonesia), Takrai (Thailand)Lemongrass (Inggeris) Famili: Graminae Pengenalan Tanaman serai makan dilaporkan berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan Guatemala Tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil,

dan China. Di Malaysia khususnya, serai makan banyak di tanam sebagai tanaman dapur. Batangnya dituai untuk kegunaan segar sebagai perisa dalam masakan. Serai makan ialah sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. daripada rizom. Pada setiap rumpun terdapat banyak batang yang tumbuh

Batangnya berwarna putih keunguan atau kemerahan. Daunnya tirus, melampai, panjangnya 60-100 cm dan lebar 1.0-1.5 cm. Daun berwarna hijau muda, kesat dengan urat yang selari. Serai makan jarang didapati berbunga di Malaysia. Khasiat dan Kegunaan Di Malaysia, serai makan terutama batangnya digunakan sebagai bahan perisa dalam masakan tradisional seperti masakan rendang, tomyam, kerabu, masak lemak cili

padi dan asam pedas. Aroma dan rasanya yang unik dapat menambahkan keenakan masakan dan meningkatkan selera. Di sesetengah negara, serai makan diusahakan khas untuk pengeluaran minyak pati. Minyak pati serai makan berwarna kuning hingga coklat kemerahan dan berbau limau atau `lemon. Minyak ini terdiri daripada beberapa sebatian dan kandungan utamanya ialah sitral iaitu sejenis aldehide. Peratusan sitral dalam minyak pati serai makan adalah antara 65% hingga 85%. sebatian Sebatian-

lain yang menpunyai lebih rendah peratusannya termasuklah linalol, geraniol, citronellal, citronellol, farnesol, farnesal, limonene dan nerol. Minyak pati serai makan diguna sebagai pewangi sabun, bahan pencuci, syampu dan produk lain. Walau bagaimanapun mendapatkan sitral sebahagian besar daripadanya digunakan untuk

(secara isolasi fizikal) dan ionones (secara tindak balas kimia terhadap sitral).

SERAI WANGI

Nama Botani: Cymbopogon nardus (L.) rendle Nama lain: Sereh Citronella (Inggeris) Famili: Graminae Pengenalan Tanaman Serai Wangi dipercayai berasal wangi (Indonesia),

sama ada dari Selatan India atau Sri Lanka. Serai Wangi juga tumbuh liar di kebanyakan negara di Asia Tropika, Amerika dan Afrika. Di Malaysia, serai wangi biasanya ditanam di halaman rumah sebagai tanaman dapur dan kebelakangan ini terdapat beberapa pengusaha yang berminat untuk menanam serai wangi bagi menghasilkan minyak patinya. Serai wangi ialah sejenis tanaman rumput yang tinggi dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Ia boleh tumbuh sehingga 1.01.5 m. Daunnya bersifat tirus, panjang sehingga 70 80 sm dan 2 5 sm lebar. Ia berwarna hijau muda, kasar dengan urat yang selari dan mempunyai aroma yang lebih kuat jika dibandingkan dengan serai makan. Serai wangi jarang berbunga dan hanya berbunga bila sudah cukup matang iaitu xx pada peringkat umur melebihi 8 bulan. Khasiat dan Kegunaan Dari segi ubatan tradisional serai wangi digunakan untuk rawatan selepas bersalin dan pening kepala. Caranya adalah dengan menggunakan air rebusannya sebagai mandian atau dibasahkan kepala dan dilapkan pada seluruh badan. Ia juga banyak digunakan dalam menghasilkan minyak urut untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut. Bagaimanapun di kebanyakan pengeluaran minyak patinya. negara serai wangi ditanam khas untuk

Serai wangi menghasilkan minyak pati yang dikenali sebagai `citronella oil di pasaran antarabangsa. Minyak sitronela mengandungi dua bahan kimia penting iaitu sitronelal dan geraniol. Sitronelal dan geraniol amnya digunakan untuk bahan

dasar pembuatan ester-ester seperti hidroksi sitronelal, genaniol asetat dan menthol sintetik yang mempunyai sifat lebih stabil dan banyak digunakan dalam industri wangi-wangian. Hidroksi sitronelal penting untuk sabun dan minyak wangi yang berharga tinggi, manakala menthol untuk bahan dasar ubat batuk, ubat gigi dan pencuci mulut.

SELASIH

Nama Botani: Ocimum basilicum Linn. Nama lain: Sweet Basil, French Basil (Inggeris), Barbar,Tulsi (Arabic),Bai horapa (Thai) Famili: Lamiaceae Pengenalan Selasih merupakan satu daripada spesies tumbahan yang secara umumnya dikenali sebagai basil. Terdapat lebih kurang 150 spesies dari genus Ocimun ini dan spesies basilicum merupakan yang terpenting. Ia telah lama diketahui mempunyai kepelbagaian sumber dan kaya dengan minyak pati. Tumbuhan ini berasal dari kawasan tropika dan separa tropika benua Asia, Afrika dan Amerika Tengah serta Selatan. Kini tersebar luas di kawasan panas di kedua-dua hemispera dari aras laut hingga lebih kurang (Hindi), Raihan

1,800 m tinggi. Walau pun tanaman selasih telah berabad-abad lamanya berada di negara kita, namun ia masih ditanam dikawasan kebun dapur iaitu bagi kegunaan sendiri. Selasih ialah sejenis tanaman semusim yang tumbuh menegak dengan ketinggian antara 3090 sm. Batangnya bersegi dan berwarna sama ada hijau, ungu atau perang. Daunnya berwarna hijau pekat, tunggal dan berbentuk bujur telur (ovate). Di negara ini pada kebiasaannya pembungaan bagi tanaman dari biji benih bermula selepas lebih kurang 75 hari selepas di tanam ke ladang. Bunganya terdapat di bahagian hujung batang dan dahan pokok. Keseluruhan bahagian tumbuhan boleh mengeluarkan bauan yang sangat beraroma. Khasiat dan Kegunaan Tanaman selasih mempunyai berbagai-bagai kegunaan. Di Malaysia tumbuhan ini digunakan dalam masakan dan dikatakan mempunyai khasiat perubatan. Di Amerika pula disebabkan kecantikan dan bau yang menarik beberapa baka terpilih telah jadikan sebagai tanaman landskap dan tanaman hiasan. Di samping itu ia dianggap sebagai salah satu herba kulinari yang terkenal dan juga dijual sebagai bunga segar dan produk kering. Minyak pati yang dihasilkan melalui pengekstrakan daun dan bunga digunakan dalam industri minyak wangi, farmasiutikal, aromaterapi dan makanan dengan manfaatkan bauan dan perisa yang asli.

SENNA MEKAH

Nama Botani: Cassia angustifolia Vahl Nama Lain: Mecca senna, Tinnevelly senna (Inggeris), Nilavarai, Nelavakai (India), Makham khaek (Thai), Fan xia ye (China) Famili: Leguminosae Pengenalan Senna mekah adalah sejenis tanaman semusim yang renek berasal dari negeri Yemen di selatan Arab. Kini ia ditanam secara komersial di India, Pakistan dan China. Ia sesuai ditanam di tanah lom berpasir dan aluvium berlom. Tanaman ini mempunyai batang berkayu lurus, bercabang dan berwarna hijau pucat. Ketinggiannya boleh mencapai 60- 100 sm. Daunnya berpasangan dan setiap tangkai mempunyai beberapa pasang daun. Kudup sena mekah akan keluar setelah 40 hari penanaman dan berkembang sepenuhnya selepas 65 hari. Bunganya berwarna kuning serta buahnya berbentuk pipih dan lembut. Buahnya ini berwarna perang kehijauan ketika muda dan perang gelap setelah matang. Khasiat dan Kegunaan

Herba ini berupaya merawat pelbagai penyakit seperti penyakit kulit, sembelit, cacing, anemia, deman panas, taun, bronkitis, batuk, gout, reumatisme dan penyakit kuning. Kini ia dipercayai dapat merawat jerawat dan kurap serta menghilangkan sembelit.

TEA TREE

Nama botani: Melaleuca alternifolia Cheel Nama Lain: Gelam wangi, Tea tree (Inggeris) Famili: Myrtaceae Pengenalan Tea tree dipercayai berasal dari benua Australia. Tanaman bersifat saka ini boleh hidup subur di kawasan beriklim tropika. Ia merupakan tanaman jenis berkayu dengan ketinggian 4-7 m. Kulitnya menyerupai kertas dan boleh disiat dalam bentuk kepingan. Daunnya kecil tersusun berlingkar di sepanjang ranting. Di akhir ranting dahan terdapat kuntum bunga yang berwarna putih. Setiap lengainya mempunyai tiga ruang, bersaiz lebih kurang 3 mm panjang. Ianya boleh menghasilkan antara 100 hingga 150 biji behih yang kecil dan

keras berwarna coklat. Minyak pati tea tree dihasilkan dengan cara menyuling daun segar selepas sahaja dituai. Khasiat dan Kegunaan Ekstrak minyak tea tree banyak digunakan dalam barangan penjagaan kesihatan terutama penjagaan kulit. Ia merupakan agen bagi antikulat dan antibakteria yang mujarabdalam penyediaan barangan untuk penjagaan kulit. Tindakan minyak ini terhadap sel epitelium manusia adalah rendah dari segi ketoksikannya. Produk farmaseutikal dari formulasi tea tree adalah bagi rawatan penyakit jerawat, kelemumur dan masalah tinea.

TONGKAT ALI

Nama botani: Eurycoma longifolia Jack Nama lain: Penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah, hempedu pahit, payung Ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi, akar jangat semang,

tongka