petani jagung yang beruntung

3
Terima kasih tuan pengerusi majlis, Yang arif lagi bijaksana barisan para hakim, guru-guru dan rakan sekalian. Assalamua’laikum dan salam sejahtera. Renyainya hujan sedondon berpayung, Memenuhi jemputan ke rumah jiran; Ini alkisah Petani Jagung Yang Beruntung; Moga menjadi teladan dan pengajaran. Di sebuah kampung yang sangat kering, tinggallah seorang petani jagung yang sangat sabar dalam menjalani kehidupan sehariannya. Di kampung yang sangat kering itu, amat jarang sekali hujan turun. Petani jagung itu tinggal di sebuah bukit hutan yang meranggas daun-daunnya. Oleh kerana keadaan kampung tersebut yang jarang dilimpahi hujan, hanya tinggal beberapa buah keluarga sahaja di situ manakala yang lainnya telah pun berpindah. Pada suatu hari, Si Petani hendak ke kebun jagungnya. Kebun jagung milik petani itu terletak agak jauh dari rumahnya. Semasa dalam perjalanan, Si Petani berhenti sebentar di bawah sebatang pokok untuk menghilangkan lelah kerana dia hanya berjalan kaki. Sedang dia berehat di bawah pohon tersebut, Si Petani terpandang sebuah kendi tembikar. Si Petani terus menghampiri dan mengambil kendi itu. Rupa-rupanya di dalam kendi itu ada air. Si Petani yang merasa haus itu berasa sangat teringin hendak meminum air yang ada dalam kendi tersebut. “Siapakah yang empunya kendi berisi air ini”, fikir Si Petani jagung. “Kalau aku minum sedikit, pastinya tiada siapa yang tahu”, fikirnya lagi. Namun, kerana sedar perbuatan itu salah, Si Petani akhirnya membatalkan niatnya hendak minum air tersebut dan meneruskan perjalanannya.

Upload: oleander

Post on 29-Dec-2015

83 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

skrip cerita BM tahap 1 2014

TRANSCRIPT

Page 1: Petani Jagung Yang Beruntung

Terima kasih tuan pengerusi majlis, Yang arif lagi bijaksana barisan para hakim, guru-guru dan rakan sekalian.

Assalamua’laikum dan salam sejahtera.

Renyainya hujan sedondon berpayung,Memenuhi jemputan ke rumah jiran;Ini alkisah Petani Jagung Yang Beruntung;Moga menjadi teladan dan pengajaran.

Di sebuah kampung yang sangat kering, tinggallah seorang petani jagung yang sangat sabar dalam menjalani kehidupan sehariannya. Di kampung yang sangat kering itu, amat jarang sekali hujan turun. Petani jagung itu tinggal di sebuah bukit hutan yang meranggas daun-daunnya. Oleh kerana keadaan kampung tersebut yang jarang dilimpahi hujan, hanya tinggal beberapa buah keluarga sahaja di situ manakala yang lainnya telah pun berpindah.

Pada suatu hari, Si Petani hendak ke kebun jagungnya. Kebun jagung milik petani itu terletak agak jauh dari rumahnya. Semasa dalam perjalanan, Si Petani berhenti sebentar di bawah sebatang pokok untuk menghilangkan lelah kerana dia hanya berjalan kaki. Sedang dia berehat di bawah pohon tersebut, Si Petani terpandang sebuah kendi tembikar. Si Petani terus menghampiri dan mengambil kendi itu. Rupa-rupanya di dalam kendi itu ada air. Si Petani yang merasa haus itu berasa sangat teringin hendak meminum air yang ada dalam kendi tersebut.

“Siapakah yang empunya kendi berisi air ini”, fikir Si Petani jagung. “Kalau aku minum sedikit, pastinya tiada siapa yang tahu”, fikirnya lagi.

Namun, kerana sedar perbuatan itu salah, Si Petani akhirnya membatalkan niatnya hendak minum air tersebut dan meneruskan perjalanannya.

Setelah beberapa lama berjalan, Si Petani terjumpa pula dengan sebuah bungkusan. Si Petani sangat terkejut apabila mendapati di dalam bungkusan tersebut ada sebongkah emas yang berkilau-kilauan. Si Petani berasa sangat gembira apabila menemukan bongkah emas tersebut. Si Petani segera berkira-kira akan nilai emas tersebut serta membayangkan barang-barang yang boleh dibelinya jika dia menjual bongkah emas tersebut.

Page 2: Petani Jagung Yang Beruntung

Tiba-tiba terlintas dibenaknya bahawa bongkah emas itu bukan miliknya. “Mungkin ada orang yang tercicir atau kehilangan bongkah emas ini”. Si Petani memasukkan semula bongkah emas ke dalam bungkusan lalu dia meneruskan kembali perjalanannya. Ketika hampir sampai ke kebun jagung miliknya, Si Petani melihat beberapa batang kayu menghalang jalan yang akan dilaluinya.

“Batang-batang kayu ini akan menyukarkan sesiapa sahaja yang melalui jalan ini”, Si Petani berkata sendirian.

Dengan susah payah, Si Petani berjaya memindahkan batang-batang kayu tersebut ke pinggir jalan.

Sesampainya di kebun jagung, Si Petani berehat seketika si bawah sebatang pokok yang cukup rendang daunnya. Dia bercadang untuk menghilangkan lelahnya sebelum memulakan kerja di kebun jagungnya. Sambil memerhatikan keadaan sekeliling, Si Petani tersedar bahawa pokok ini tidak pernah dilihatnya. Si Petani sangat terkejut dan bertanya di dalam hatinya, “Bagaimana mungkin sebuah kampung yang kering dan tandus begini ada sebatang pokok yang sangat rendang?”

Si Petani pun mengelilingi pokok tersebut dengan perasaan hairan dan tertanya-tanya. Tiba-tiba kedengaran satu suara, “Wahai Sang Petani, kau sangat jujur dan baik hati. Aku sangat menghargai sikap kamu yang sabar dan tidak mengambil sesuatu yang bukan milik kamu. Sebagai balasannya, kini kamu boleh menikmati semua yang ada di kebun jagung kamu ini.”

Si Petani sangat terkejut mendengar suara tersebut dan tertanya-tanya apakah dia sedang bermimpi.

Kemudian dia bergerak kе kebun jagungnya dаn mυƖа memetik jagung yang sudah boleh dituai. Alangkah terkejutnya Si Petani apabila mendapati jagung-jagungnya ѕаngat baik, keranа selama іnі tuaian jagungnya ѕаngаt mengecewakan, banyak jagung уаng kering dаn tongkolnya kecil serta banyak уаng busuk.

Si Petani pulang dengan rasa gembira kerana hasil tuaian jagungnya telah memberikan pulangan yang lumayan.

Page 3: Petani Jagung Yang Beruntung

Berakhirlah sudah kisah Petani Jagung Yang Beruntung. Kawan-kawan, pengajaran yang boleh kita dapati dari cerita ini adalah jangan mengambil sesuatu уаng bυkаn hak kita. Jіkа kita tetap bersabar dаn tеrυѕ berusaha, pasti suatu saat kita аkаn mendapat balasan уаnɡ setimpal dengan kebajikan уаng kita kerjakan.

Terima kasih.