19 lagi projek di bawah etp

52
19 LAGI PROJEK DI BAWAH ETP Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 11 Januari 2011 telah mengumumkan 19 lagi projek permulaan (EPP) di bawah program Transformasi Ekonomi (ETP). Kesemua projek berkenaan menjana pelaburan hampir RM67 bilion, RM36 bilion pendapatan kasar negara dan mewujudkan 35,000 pekerjaaan baru. Sebelum ini, 18 EPP telah diumumkan sejak ETP dilancarkan pada 25 Oktober 2010. Kesan daripada Program Transformasi Ekonomi kian ketara. Keyakinan sektor perniagaan dan para pelabur terhadap ekonomi Malaysia kini semakin tinggi. Ini boleh dilihat daripada prestasi Bursa Malaysia yang telah mencecah tahap penutup tertinggi pada 7 Januari iaitu 1,572.21 mata. Sementara itu, Laporan Perniagaan Antarabangsa Grant Thornton yang terkini menunjukkan 50 peratus perusahaan sederhana hingga besar (atau medium to large enterprises) positif tentang prospek ekonomi Malaysia pada tahun ini, tahap keyakinan tertinggi untuk Malaysia sejak penyertaan Malaysia dalam laporan tersebut. Mengikut Frost & Sullivan, jumlah keluaran industri automotif (atau total industry volume, TIV) diunjurkan mencecah paras tertinggi baru sebanyak 623,000 unit tahun ini, peningkatan 4.1 peratus berbanding TIV 2010. Petanda-petanda positif ini amat menggalakkan dan kerajaan akan terus berusaha sehingga matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi tercapai. Sebahagian 19 Projek EPP Kesemua projek 19 EPP dan pembangunan itu akan dilaksanakan di bawah 10 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), yang diterajui oleh empat EPP di bawah NKEA minyak, gas dan tenaga. ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc, bersama-sama dengan rakan kongsi kontrak pengeluarannya, Petronas Carigali Sdn Bhd, merancang melabur lebih RM10 bilion dalam aset minyak dan gas bagi membantu memastikan bekalan yang andal dan mampan bagi Malaysia. Ini merupakan kesinambungan dari pengumuman insentif cukai baharu di bawah Akta Cukai Pendapatan Petroleum (PITA) pada November 2010. Komitmen perbelanjaan modal ini akan digunakan bagi memberi nafas baharu terhadap kemudahan yang matang dan melaksanakan usaha meningkat aktiviti pengeluaran minyak di medan Tapis dan projek pembangunan gas Telok. - Projek Telok, yang terletak di luar pesisir Semenanjung Malaysia, sedang dibangunkan di bawah satu kontrak perkongsian pengeluaran bagi menyediakan bekalan tambahan bagi keperluan kuasa dan perindustrian Malaysia dan akan menggalakkan pertumbuhan organik sektor gas asli. - Shell Malaysia akan turut melabur RM1.5 bilion di segi pelbagai projek bagi menaik taraf, mengembangkan dan membina kemudahan di dalam aktiviti hiliran, pertengahan dan huluan di seluruh Malaysia. Ini termasuk mengembangkan loji lilin Sintesis Penyulingan Pertengahan Shell (MDS) di Bintulu, satu unit pemprosesan diesel yang baharu di Kilang Penapisan Shell di Port Dickson dan pembangunan air dalam Gemusut di luar pesisir Sabah.

Upload: nur-atikah-binti-baharuddin

Post on 10-Jun-2015

3.081 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 19 lagi projek di bawah etp

19 LAGI PROJEK DI BAWAH ETPPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 11 Januari 2011 telah mengumumkan 19 lagi projek permulaan (EPP) di bawah program Transformasi Ekonomi (ETP). Kesemua projek berkenaan menjana pelaburan hampir RM67 bilion, RM36 bilion pendapatan kasar negara dan mewujudkan 35,000 pekerjaaan baru. Sebelum ini, 18 EPP telah diumumkan sejak ETP dilancarkan pada 25 Oktober 2010.

Kesan daripada Program Transformasi Ekonomi kian ketara. Keyakinan sektor perniagaan dan para pelabur

terhadap ekonomi Malaysia kini semakin tinggi. Ini boleh dilihat daripada prestasi Bursa Malaysia yang telah

mencecah tahap penutup tertinggi pada 7 Januari iaitu 1,572.21 mata.

Sementara itu, Laporan Perniagaan Antarabangsa Grant Thornton yang terkini menunjukkan 50 peratus

perusahaan sederhana hingga besar (atau medium to large enterprises) positif tentang prospek ekonomi

Malaysia pada tahun ini, tahap keyakinan tertinggi untuk Malaysia sejak penyertaan Malaysia dalam laporan

tersebut. Mengikut Frost & Sullivan, jumlah keluaran industri automotif (atau total industry volume, TIV)

diunjurkan mencecah paras tertinggi baru sebanyak 623,000 unit tahun ini, peningkatan 4.1 peratus

berbanding TIV 2010. Petanda-petanda positif ini amat menggalakkan dan kerajaan akan terus berusaha

sehingga matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi tercapai.

Sebahagian 19 Projek EPP

Kesemua projek 19 EPP dan pembangunan itu akan dilaksanakan di bawah 10 Bidang Ekonomi Utama

Negara (NKEA), yang diterajui oleh empat EPP di bawah NKEA minyak, gas dan tenaga.

ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc, bersama-sama dengan rakan kongsi

kontrak pengeluarannya, Petronas Carigali Sdn Bhd, merancang melabur lebih RM10 bilion

dalam aset minyak dan gas bagi membantu memastikan bekalan yang andal dan mampan bagi

Malaysia.

Ini merupakan kesinambungan dari pengumuman insentif cukai baharu di bawah Akta Cukai Pendapatan

Petroleum (PITA) pada November 2010.

Komitmen perbelanjaan modal ini akan digunakan bagi memberi nafas baharu terhadap kemudahan yang

matang dan melaksanakan usaha meningkat aktiviti pengeluaran minyak di medan Tapis dan projek

pembangunan gas Telok.

- Projek Telok, yang terletak di luar pesisir Semenanjung Malaysia, sedang dibangunkan di

bawah satu kontrak perkongsian pengeluaran bagi menyediakan bekalan tambahan bagi

keperluan kuasa dan perindustrian Malaysia dan akan menggalakkan pertumbuhan organik

sektor gas asli.

- Shell Malaysia akan turut melabur RM1.5 bilion di segi pelbagai projek bagi menaik taraf,

mengembangkan dan membina kemudahan di dalam aktiviti hiliran, pertengahan dan huluan di

seluruh Malaysia.

Ini termasuk mengembangkan loji lilin Sintesis Penyulingan Pertengahan Shell (MDS) di Bintulu, satu unit

pemprosesan diesel yang baharu di Kilang Penapisan Shell di Port Dickson dan pembangunan air dalam

Gemusut di luar pesisir Sabah.

Page 2: 19 lagi projek di bawah etp

-  Dialog Group Bhd mengetuai satu konsortium yang terdiri daripada kerajaan Johor dan Vopak

akan membangunkan satu projek terminal petroleum air dalam bebas RM5 bilion di Pengerang,

Johor.

Projek ini akan mempunyai keupayaan penyimpanan petroleum keseluruhan 5.0 juta meter padu dan

melonjakkan Malaysia sebaris dengan hab penyimpanan minyak serantau.

Datuk Seri Najib menjangka satu kesan penggandan yang signifikan dari projek Pengerang untuk

merangsang keseluruhan ekonomi. Di bawah ETP, ia dijangka menjana pendapatan negara kasar RM1.6

bilion menjelang 2020.

-  Pembentukan Perbadanan Kuasa Nuklear Malaysia di mana Dr Mohd Zamzam Jaafar telah

dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Dr Mohd Zamzam mengetuai perancangan berdasarkan tempoh jadual masa pembangunan semasa antara

11 hingga 12 tahun daripada praprojek sehingga pentaulihan.

- Di bawah NKEA Perkhidmatan Perniagaan, MyTelehaus, CSF Group dan pusat data Teliti

International telah membantu Malaysia merapatkan jurang mengenai aspirasi untuk

meningkatkan jualan ruang lantai pusat data.

Melalui pelaburan lebih RM671 juta secara kolektif, ketiga-tiga organisasi itu akan membangunkan

kemudahan baharu dan menaik taraf yang sedia ada, bagi membekalkan ruang lantai 475,000 kaki persegi

pusat data bagi menampung peningkatan permintaan.

- Mengenai NKEA Penjagaan Kesihatan, UM Holdings Sdn Bhd, satu perbadanan milik penuh

Universiti Malaya, akan mewujudkan Metropolis Kesihatan Universiti Malaya di Petaling Jaya,

Selangor.

Usaha menyepadukan penjagaan kesihatan, penyelidikan biologi dan pasca pendidikan menyasarkan untuk

meningkatkan standard dan kualiti bidang berkenaan, bagi menjadi antara yang terbaik di dunia.

Ia turut ditanda aras berbanding Pusat Perubatan Longwood Havard dan Pusat Bio-X Stanford, dua daripada

contoh terbaik dalam kelasnya di dunia.

- Satu lagi projek di bawah NKEA Penjagaan Kesihatan, Hovid Bhd, iaitu sebuah syarikat

farmaseutikal kelahiran negara ini, telah menjalin perjanjian dengan Winthrop Pharmaceuticals,

satu anak syarikat Sanofi-Aventis, satu syarikat farmaseutikal global.

Usaha sama itu akan mengeluarkan dan membekalkan ubat-ubatan generik bagi diabetik dan pengurusan

kesakitan bernilai RM50 juta bagi tempoh lima tahun akan datang.

 

Sumber: Bernama, www.pmo.gov.my

Artikel dimasukkan pada 11 Februari 2011

 6 INISIATIF PEMBAHARUAN BAGI MENINGKATKAN DAYA SAING

Page 3: 19 lagi projek di bawah etp

Bahagian kesimpulan Model Ekonomi Baru (New Economic Model, atau NEM) telah mengetengahkan

sejumlah 51 dasar polisi untuk membolehkan Malaysia untuk kekal berdaya saing dalam pasaran global.

Pada tahun 2011, PEMANDU telah ditugaskan untuk membina program yang terperinci bagi melaksanakan

langkah-langkah tersebut, yang dikelompokkan kepada enam Inisiatif Pembaharuan Strategik (Strategic

Reform Initiatives atau SRI).

Keenam-enam SRI telah dikelompokkan berdasarkan 37 dasar polisi dan sekarang merupakan komponen

kedua yang kritikal bagi Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme atau ETP). Ini

melengkapkan fokus yang telah diberikan oleh 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (National Key Economic

Areas, atau NKEA) yang dijangka akan dapat meningkatkan daya saing negara dan membolehkan

pertumbuhan yang berkekalan. Ianya adalah: • Kewangan Awam

• Peranan Kerajaan Dalam Perniagaan

• Pembangunan Modal Insan

• Penyampaian Perkhidmatan Awam

• Standard Antarabangsa Dan Liberalisasi

• Merapatkan Jurang Ketaksamaan. Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) Bumiputera

“Dengan adanya SRI yang terperinci iini, rangka transformasi ekonomi negara kini lengkap. Usaha mengejar

pembangunan ekonomi diiringi perubahan-perubahan dasar akan membolehkan kita bersaing dengan

mantap di persada antarabangsa.” -Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak .

Bagi 14 lagi langkah itu telah pun diserapkan dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan Bidang

Keberhasilan Utama Negara(NKRA).

1. Meningkatkan Pendapatan, Mengurangkan Kos

Bagi mencipta ruang kewangan sebanyak RM13 bagi negara, 20 daya usaha serta-merta dan serta jangka

panjang telah dicadangkan oleh Makmal Kewangan Awam bagi meningkatkan pendapatan, mengurangkan

kos dan memperkasakan ekonomi negara. Ini akan membolehkan Kerajaan menangani sebarang

kekurangan, melangsaikan hutangnya dan melabur bagi masa hadapan.

Cadangan-cadangan ini dikelompokkan ke dalam enam bidang utama, iaitu pelaksanaan cukai,

memperhalusi galakan percukaian syarikat, pemerolehan yang telus, pengawalan perbelanjaan serat

perakaunan berganda, termasuklah dan perkhidmatan (Goods and Services tax atau GST).

“Sejumlah enam daya usaha akan dilaksanakan bagi meningkatkan pungutan cukai. Ini termasuklah

meluaskan bidang penyiasatan serta audit, meluaskan asas percukaian dan meningkatkan keupayaan audit

dan penguatkuasaan Jabatan Kastam. Bagi meluaskan lagi asas pencukaian GST akan diperkenalkan bagi

menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada. “ kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan

Ketua Eksekutif PEMANDU Senator Dato’ Sri Idris Jala.

Tindakan juga kaan diambil bagi mengawal perbelanjaan Kerajaan di dalam empat bidang, yakni perserasian

subsidi, perolehan, perbelanjaan perjalanan dan bayaran kepada bahan-bahan berkanun.

2. Menghalusi Peranan Kerajaan Dalam Perniagaan

Page 4: 19 lagi projek di bawah etp

Di makmal SRI yang membincangkan Perangan Kerajaan dalam Perniagaan, Kerajaan digesa berusaha untuk

memastikan sempadan antara bidang perniagaan dan penguatkuasaan dipisahkan dengan jelas agar tidak

berlaku sebarang percanggahan atau perselisihan kepentingan dan menggalakkan pasaran yang lebih adil

sekali gus menarik pelaburan dari sektor swasta.

Dasar ini juga akan membolehkan Malaysia meraih manfaat dari segi penjimatan dan pasaran kewangan

yang kukuh lagi berwibawa. Ini sekali gus akan meningkatkan kedudukan kewangan negara di samping

membolehkan memacu pertumbuhan negara.

“Ini sejajar dengan NKEA di bawah ETP yang telah mengenal pasti bahawa 92% dari pelaburan di Malaysia

mestilah datang dari sektor swasta” ujar Jala. Penglibatan kerajaan dalam sektor perniagaan hanya akan

berterusan dalam empat bidang, iaitu:

• Apabila sektor swasta memerlukan pelaburan bergandingan dalam projek dijangka akan meningkatkan

Pendapatan Negara Kasar (PNK) sebagai contoh koridor pembangunan serantau.

• Di mana sesuatu bidang perniagaan itu harus dimiliki oleh badan tempatan bagi melindungi kepentingan

negara, seperti dalam perolehan teknologi pertahanan dan sebagainya.

• Apabila pelaburan yang diperlukan melibatkan pembangunan modal yang besar, pemangkin teknologi atau

teknologi baru.

• Apabila ia melibatkan projek binaan negara seprti sistem pengangkutan awam, bioteknologi dan tenaga

lestari.

Setiap pelaburan juga akan mempunyai strategi bagi kerajaan untuk meloloskan kehadirannya. Kerajaan

akan memperhalusi setiap pelaburannya, bermula dengan 33 buah syarikat yang telah dikenal pasti bagi

dilepaskan sama ada melalui penyenaraian di bursa saham, pengurangan pegangan mahupun jualan sekali

gus.

Bagi perniagaan yang lain, Kerajaan Malaysia nekad untuk membina struktur bagi meningkatkan tahap

pengendaliannya. Unit bagi memantau setiap syarikat berkaitan kerajaan (Government Linked-Company

atau GLC) akan ditubuhkan bagi memantau setia syarikat dan badan berkanun yang terbabit.

“Maklumat prestasi ini juga kan disebarkan kepada rakyat melalui lama webnya bagi memastikan ketelusan

dan pihak yang berkenaan memikul tanggungjawab yang sepenuhnya”- Menteri di Jabatan Perdana Menteri

dan Ketua Eksekutif PEMANDU Senator Dato’ Sri Idris Jala

3. Membangunkan Modal Insan Bagi Ekonomi Berpendapatan Tinggi

Malaysia juga nekad untuk membangunkan modal insan, bermula dengan usaha mengemaskini undang-

undang buruhnya. Sejumlah empat Akta akan dikaji dan dipinda secara meluas bagi diserasikan dengan

keperluan semasa pelbagai pihak yang terlibat.

Memandangkan Malaysia juga sedang bergerak menuju sistem penggajian yang berteraskan produktiviti, di

mana pekerja dibayar pampasan mengikut jumlah kerja yang dilakukan, maka kementerian Sumber Manusia

juga akan mengumumkan gaji minimum menjelang akhir tahun ini.

“Dengan lulusnya Rang undang-undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011,maka Majlis ini akan di

amanahkan untuk meneliti dan memberikan cadangan kepada Kerajaan mengenai setiap hal yang berkaitan

Page 5: 19 lagi projek di bawah etp

dengan penggajian minimum, termasuk pecahan gaji minimum mengikut sektor, kawasan dan hal-hal lain

yang berkaitan” kata Jala.

Peningkatan kemahiran tenaga pekerja adalah penting bagi membangun modal insan bagi ekonomi

berpendapatan tinggi. Sehubungan ini, Talent Corporation akan membantu membangunkan program yang

terperinci bagi bidang-bidang yang khusus sejajar dengan NKEA dan Makmal Bandar dan Koridor akan

datang.

Ini termasuk beberapa langkah bagi menjamin keselamatan tenaga pekerja untuk menggalakkan mereka

lebih banyak bergerak dan berkecimpung dalam hal-hal perniagaan, seperti insurans pengangguran, dibantu

oleh program latihan dan peningkatan kemahiran bagi pekerja dan perkhidmatan pengambilan pekerja yang

ditingkatkan.

Institut Maklumat dan Analisa Pasaran Buruh (institute of Labour Market Information and analysis, atau

(ILMIA) akan ditubuhkan untuk membekalkan analisa yang mendalam mengenai pasaran buruh bagi

membantu sektor awam meneruskan dasar serta segala keputusan yang perlu. Ia juga akan dapat

membantu sektor swasta dengan membekalkan jangkaan dan analisa terperinci mengenai permintaan dan

pembekalan buruh oleh industri dan sektor kecil.

Jala juga menambah bahawa Kerajaan akan mula mengamalkan dasar yang direka khas untuk menggunakan

bakat kaum wanita dengan sepenuhnya bagi meningkatkan produktiviti tenaga pekerja dengan sebaik

mungkin, selain daya usaha bagi meningkatkan penglibatan kaum Hawa di dalam tenaga buruh Malaysia.

Bagi membantu PKS pula, serangkaian program akan dibangunkan bagi menambah Dana Pembangunan

Sumber Manusia(Human Recourses Development Fund, atau HRDF). Ia seterusnya akan membolehkan PKS

tempatan mempelajari seterusnya mengamalkan amalan-amalan perniagaan yang terkini dalam pengurusan

sumber Manusia, sekali gus meningkatkan keupayaan mereka membina tenaga pekerja yang mahir dan

tinggi produktivitinya.

4. Ke Arah Kerajaan Yang Cekap, Mantap Dan Berkebolehan

Hakikatnya, Malaysia sering ketinggalan apabila disebut mengenai hal-hal yang berkaitan dengan

kemudahan perniagaan. Walaupun keadaan telah semakin baik kebelakangan ini, kita masih perlu berusaha

dengan lebih keras lagi bagi meningkatkan daya saing dan membangunkan ekonomi negara.

Kita perlu bergerak ke arah membina Kerajaan yang berteraskan kecekapan, kemantapan dan kebolehan

membekalkan setiap keperluan sektor perniagaan mahupun orang ramai. Antara daya usaha yang amat

penting dicadangkan oleh Makmal Penyampaian Perkhidmatan Awam termasuklah membasmi penduaan

langkah-langkah dan fungsi yang diserasikan agar mempunyai struktur pentadbiran yang jelas bagi

menjamin keutuhan dan mutu pengeluaran.

Jala berkata lagi, “Kerajaan juga sedang memperkenalkan sistem pemantauan prestasi segera, dibantu oleh

sistem penilaian maklum balas segera.”

Ini juga akan melihatkan peningkatan pembabitan rakyat di dalam sebarang kajian bertahap tinggi melalui

kumpulan kajian yang pertumpuan khusus, hari terbuka serta sidang pembincangan.

Perkhidmatan awam yang cekap ini juga akan dibina dengan mengamalkan amalan-amalan sumber manusia

yang strategik, di mana struktur organisasi akan dileperkan menggunakan amalan sumber manusia yang

terpilih. Selain itu, pengambilan tenaga pekerja terbuka di dalam perkhidmatan awam serta di antara sektor

swasta bagi mengisi jawatan-jawatan tertentu, melalui pengambilan terbuka ini sekali gus membina

Page 6: 19 lagi projek di bawah etp

persekitaran yang berdaya saing. Antara langkah-langkah bagi membolehkan dasar ini termasuklah

memperkenalkan skim penggajian berkala dan peningkatan skim pencen sedia ada.

5. Meningkatkan Daya Saing Malaysia

Malaysia telah menunjukkan Iltizamnya bagi meningkatkan daya saing negara melalui SRI Standard

Antarabangsa dan Liberalisasi (SAL) yang melibatkan tiga unsur iaitu pembebasan sektor perkhidmatan,

piawaian serta undang-undang persaingan.

Pembebasan sektor perkhidmatan di peringkat tertinggi adalah berdasarkan sumbangan mereka kepada

Pendapatan Negara Kasar (PNK)bukan sahaja buat masa kini tetapi juga di masa hadapan.Ini amat penting

dalam usaha mencapai sasaran ETP untuk meningkatkan sumbangan sektor perkhidmatan kepada

pendapatan negara kepada 65% menjelang 2020.

Makmal juga telah mengenal pasti beberapa titik permulaan yang penting, di mana Malaysia mempunyai

kelebihan dari segi daya saing dan berupaya menjadi antara pengusaha terbesar dunia.Ia bermula dengan

pembebasan sektor perubatan, pendidikan serta perkhidmatan perniagaan. Kesemua ini akan menyaksikan

had-had terhadap hak milik dan tenaga pekerja asing di Malaysia dimansuhkan secara beransur-ansur.

Ini akan melengkapkan lagi peningkatan mutu barangan keluaran Malaysia di mana tumpuannya adalah

terhad terhadap perkhidmatan dan keluaran di mana Malaysia mempunyai kelebihan daya saing dan

berkeupayaan menjadi pengeluar terbesar dunia. Tanggal Januari 2012,Akta persaingan akan mula berkuat

kuasa sekali gus menggalakkan peningkatan persaingan, pelaburan asing serta merancakkan lagi pasaran

semasa. Ia juga direka bagi melindungi para peniaga dari sebarang amalan tidak sihat dan salah guna

kuasa.

6. Merangsang Keupayaan Membina

Melalui SRI ini, daya usaha untuk membangunkan PKS Bumiputera akan dimajukan, sekali gus meningkatkan

tahap pendapatan dan merangsang isi-rumah Malaysia yang berpendapatan rendah bagi menyumbang

kepada pembangunan ekonomi. Telah ada juga rancangan dibawah NKRA bagi isi-rumah Berpendapatan

Rendah, Pendidikan dan infrastruktur Asas Luar Bandar, bagi meningkatkan isi rumah berpendapatan

rendah.

TERAJU telah dicipta bagi menerajui, menyelaras serta memacu penglibatan ekonomi Bumiputera dan

menguatkan agenda pembangunannya. Unit ini bertujuan membolehkan Kaum Bumiputera mengambil

peluang serta kesempatan meraih keuntungan dari pembangunan ekonomi.

Program PKS Berprestasi Tinggi (High performing Bumiputera SME, atau HPBS) bagi memupuk generasi baru

pengusaha Bumiputera bertaraf dunia di sepanjang 12 NKEA, akan dilancarkan oleh TERAJU tidak lama lagi.

PKS-PKS ini perlu membesar meningkatkan tahap pembangunan mereka serta bersaing di pasaran terbuka

tanpa mengharapkan belas Ehsan Kerajaan yang keterlaluan. Program ini akan mempunyai skim “tenggelam

timbul” yang lebih tegas bagi memacu prestasi dan sifat berdikari.

Sumber: PEMANDU

SATU LAGI TERAS UTAMA ETP DIPERKENALKAN

Page 7: 19 lagi projek di bawah etp

Kerajaan mengumumkan enam Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) sebagai satu lagi teras utama Program

Transformasi Ekonomi (ETP) bagi meningkatkan daya saing negara pada peringkat antarabangsa serta

memastikan kesejahteraan hidup rakyat makin terjamin.

Inisiatif berkenaan akan memacu Malaysia ke arah meningkatkan pendapatan negara, memperbanyak

peluang pelaburan swasta, mentransformasi tempat dan tenaga kerja di Malaysia untuk ekonomi

berpendapatan tinggi, menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan awam berkualiti tinggi serta

memperbaiki standard kehidupan rakyat berpendapatan rendah tanpa mengira bangsa.

Enam Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI)

1) Kewangan Awam

Datuk Seri Najib Razak sendiri menerajui SRI ini yang dibantu Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad

Husni Hanadzlah

Rasionalisasi insentif cukai korporat

Meningkatkan asa cukai

Kawalan perbelanjaan

Permerolehan telus

Perakaunan terakru

2) Peranan Kerajaan Dalam Perniagaan

Diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibantu Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni

Hanadzlah

Membentuk peranan Kerajaan

Rancangan pengurusan

Pegangan dalam GLC

Tadbir urus syarikat milik negara

3) Pembangunan Modal Insan

Diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bersama Menteri Sumber Manusia, Datuk

Dr S Subramaniam

Pemodenan undang-undang buruh

Gaji minimum

Jaringan keselamatan pekerja

Analisis pasaran tenaga kerja

Memanfaatkan tenaga kerja wanita

Mengukuhkan pengurusan sumber manusia

Naik taraf kemahiran pekerja

4) Penyampaian Perkhidmatan Awam

Diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan

Kerajaan sebagai pemudah cara

Perkhidmatan awam berprestasi tinggi

5) Standard Antarabangsa dan Liberalisasi

Page 8: 19 lagi projek di bawah etp

Diterajui Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri

Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Sains,

Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili

Liberalisasi perkhidmatan

Standard

Akta persaingan 2010

6) Merapatkan Jurang Ketidaksamaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Bumiputera

Diterajui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, bersama Unit Peneraju Agenda

Bumiputera (TERAJU).

Menaik taraf isi rumah berpendapatan rendah

PKS Bumiputera Berprestasi Tinggi (HPBS)

Menerusi enam SRI terperinci itu, Perdana Menteri berkata, rangka transformasi ekonomi negara kini

lengkap dan kerajaan akan meneruskan tumpuan kepada usaha menjana pertumbuhan ekonomi, diiringi

pembaharuan dasar yang membolehkan Malaysia bersaing lebih kukuh serta mantap dalam persada

antarabangsa.

Malah, petunjuk prestasi utama (KPI) beliau dan menteri lain berkaitan sudah diselaraskan bersesuaian SRI

berlandaskan penyampaian serta jangka masa jelas, di mana mereka komited untuk melaksanakan

pembaharuan berkenaan.

Enam SRI itu merangkumi semua 51 langkah dasar diketengahkan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC)

dalam Bahagian Akhir Model Baru Ekonomi (MBE) yang saya terima pada Disember tahun 2010.

Sumber: Berita Harian

Artikel dimasukkan pada 6 Julai 2011

 

Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Northern Corridor Economic Region) atau NCER Malaysia merupakan kawasan pembangunan ekonomi dan sosial

yang membabitkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak. Ia diperkenalkan sejak Rancangan Malaysia ke-9 (2006-2010) pada Januari

2007 bagi merujuk kepada Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). Koridor Utara dirasmikan pada 30 Julai 2007 oleh Perdana Menteri Malaysia,

Abdullah Ahmad Badawi.                                                                                             

Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) memerlukan pelaburan sebanyak RM177 bilion dalam tempoh 2007 -

2025. 1/3 pelaburan daripada kerajaan, 2/3 pelaburan swasta dan inisiatif pembiayaan swasta (PFI).

Peruntukan awal daripada kerajaan sebanyak RM5 bilion. Penduduk dijangka berjumlah 4.29 juta orang

dalam tempoh lebih 20 tahun.

Ucapan pada 30/03/10

Berikut adalah teks ucapan pembentangan Model Ekonomi Baru (MEB) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada Persidangan Invest Malaysia 2010 di Kuala Lumpur.

PENGENALAN

Page 9: 19 lagi projek di bawah etp

1. Terima kasih di atas pengenalan tersebut. Saya amat berbesar hati berada di sini pada hari ini. Pemimpin perniagaan dan pelabur adalah penting untuk menentukan kesejahteraan ekonomi Malaysia – dan juga masyarakat. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas usaha, sumbangan dan penglibatan anda dalam beberapa perbincangan penting yang akan berlangsung sepanjang beberapa hari yang akan datang.

2. ‘Menerajui Kecemerlangan Global’ tema bagi Invest Malaysia 2010, adalah berpadanan dengan persekitaran Bursa Malaysia yang berpandangan jauh serta aspirasi yang dikongsi bersama bagi negara dan perniagaan. Ia juga bertepatan dengan apa yang ingin saya katakan pada hari ini. Dalam tahun baru, konteks baru, dan dunia yang semakin pulih dari kemelesetan, kita perlu fokus terhadap:

·         Pemulihan yang mapan dan kukuh dalam jangka masa pendek dan sederhana;

·         Meningkatkan daya saing Malaysia;

·         Merancakkan pelaburan dan pertumbuhan swasta;

·         Meletakkan negara ke arah mencapai tahap berpendapatan tinggi;

·         Membina ekonomi yang inovatif; dan

·         Transformasi nekad dan perubahan ekonomi untuk memodenkan model ekonomi demi masa hadapan.

3.  Dua belas bulan yang lalu, agenda tersebut mungkin idealistik. Suasana ekonomi sangat berbeza ketika kita berhimpun di sini pada tahun lepas. Pada masa itu, dunia berada dalam kemelut kemelesetan ekonomi global yang pertama. Lebih 20 juta pekerjaan telah hilang. Sumber kekayaan bertrilion dolar terus hilang. Ekonomi di seluruh dunia mengalami penguncupan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Pengeluaran industri dan pelaburan modal jatuh mendadak.

4. Kita mengalu-alukan ketibaan tahun 2010. Namun, sementara Malaysia masih merasai kesan kemelesetan ini, saya percaya kita telah mengharungi rintangan dan mencapai kemajuan dalam menongkah arus. Kita enggan menjadi pemerhati pasif semasa kemelesetan ini melanda rantau Asia, justeru kita telah bertindak dengan tegas dan pantas.

5. Kita telah menyuntik RM67 bilion rangsangan fiskal, dan berjaya mengimbangi pelaburan negara yang dikehendaki dan perbelanjaan berhemat yang diperlukan untuk mengurangkan defisit bajet. Kita telah memperkenalkan rangkuman insentif dan inisiatif liberalisasi sektor perkhidmatan yang membuka peluang kepada pelaburan yang berkualiti tinggi dalam sektor utama ekonomi negara.

6. Kini, kita sedang menyaksikan hasil langkah-langkah tersebut. KDNK bagi suku keempat 2009 mencatatkan pertumbuhan 4.5 peratus, lebih tinggi daripada yang dijangkakan. Pakej-pakej rangsangan menjana ratusan projek infrastruktur penghasilan kerja. Eksport kembali pulih, dan pengaliran semula pelaburan asing yang berkualiti ke Malaysia. Defisit fiskal dijangka mengecil dari 7.0 peratus kepada 5.6 peratus pada tahun 2010. Indeks pengeluaran industri kembali kukuh dengan pertumbuhan 12.7 peratus pada Januari 2010. Jumlah eksport meningkat 37 peratus kepada RM52 bilion dan import bertambah 31 peratus kepada RM40 bilion.

7. Aktiviti sektor swasta yang positif juga amat menggalakkan. Coca-cola telah mengumumkan pelaburan bernilai 1 bilion ringgit yang mampu menjana 2,000 hingga 3,000 pekerjaan di Malaysia. IPO Maxis yang bernilai beberapa bilion ringgit merupakan yang terbesar di Asia Tenggara dan ini mencerminkan visi keusahawanan yang biasa saya lihat dalam setiap syarikat tempatan. JCY Berhad juga merupakan satu contoh kebanggaan aktiviti sektor swasta, di mana ia bermula sebagai syarikat yang kecil dan kini, menghasilkan 25 peratus daripada pengeluaran pemacu cakera keras dunia. Melangkah ke hadapan, pegangan Kerajaan dalam pasaran akan dikurangkan, modal akan dijana, inovasi akan dipupuk dan kekayaan akan dihasilkan bagi memberi kemudahan untuk mengembangkan lagi ekonomi Malaysia.

8. Ekonomi global masih belum pulih sepenuhnya daripada kejutan kemelesetan sejak dua tahun lepas. Negara kita juga tidak terkecuali daripada menerima impak tersebut. Sungguhpun demikian, ekonomi Malaysia kini berada dalam landasan pemulihan yang kukuh. Keputusan yang diambil oleh Kerajaan dan visi sektor swasta yang dinamik telah membantu mewujudkan asas untuk pembangunan ekonomi Malaysia ke tahap seterusnya.

Tuan-tuan dan puan-puan,

CABARAN YANG DIHADAPI

9.  Walaupun begitu, perjalanan kita masih jauh. Sebagai Kerajaan – dan Perdana Menteri – aspirasi kita untuk Malaysia dan rakyat Malaysia, adalah lebih jauh dan bukan sekadar membimbing negara ke arah pemulihan ekonomi. Justeru, segala usaha yang dilaksanakan sejak beberapa tahun lepas akan sia-sia sekiranya kita kembali ke status asal. Saya tidak boleh menerima keadaan ini. Saya berjanji: kita akan bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk membangun serta melaksanakan pembaharuan ekonomi yang diperlukan

Page 10: 19 lagi projek di bawah etp

oleh negara untuk terus berkembang, untuk perniagaan berjaya dan yang paling utama untuk kemakmuran rakyat.

10. Ekonomi dunia – sebelum dan khususnya sejak krisis kewangan, telah mengalami perubahan yang ketara. Polisi sebelum ini yang memacu pertumbuhan tinggi dan membantu mengurangkan kemiskinan tegar, tidak lagi memadai untuk meningkatkan tahap pendapatan dan mewujudkan ekonomi berpendapatan tinggi yang kita ingini. Kita tidak boleh hanya bergantung sepenuhnya kepada modal baru untuk menjana pertumbuhan. Sebaliknya, kita harus menggunakan modal ini secara lebih efektif untuk meningkatkan produktiviti, merangsang inovasi dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja. Jika kita tidak bertindak pantas untuk mengenal pasti halangan dan bertindak balas secara efektif terhadap perubahan persekitaran ekonomi, kita akan menghadapi risiko kehilangan daya saing.

11. Kita tidak boleh lagi bergantung hanya pada beberapa sektor ekonomi untuk memacu pertumbuhan. Kita perlu mempelbagai dan memberi insentif kepada industri strategik yang baru di mana negara kita mempunyai kepakaran, kekuatan dan potensi untuk lebih berjaya. Selaras dengan perkembangan ini, kita juga harus memberi pertimbangan kepada manfaat yang boleh diperoleh daripada kompetensi tenaga kerja Malaysia yang berada di dalam dan di luar negara. Mereka – dengan sokongan bakat asing yang sesuai – mampu menyumbangkan kecerdasan minda, modal intelektual dan kemahiran untuk membantu merealisasikan matlamat kita dengan lebih bermakna. Saya menjemput kesemua rakyat Malaysia yang telah meninggalkan tanah air ini untuk kembali semula dan bersama-sama mengembleng tenaga dalam proses transformasi ini untuk mencapai potensi Malaysia yang sepenuhnya.

12. Sistem pendidikan kita perlu dikaji semula secara berterusan dan ditambah baik untuk melahirkan tenaga kerja masa depan, dengan komitmen kepada program berasaskan merit. Ini akan mendorong kecemerlangan dan memupuk graduan berbakat yang cemerlang dari segi pemikiran kreatif dan strategik serta kemahiran keusahawanan dan kepimpinan yang akan memacu kejayaan pada dekad mendatang.

13. Kita memerlukan kerajaan yang dapat membantu untuk memperkukuh sektor swasta. Ini bermakna, membentuk semula dan memperkasa sektor awam untuk menjadi lebih responsif dan bertanggungjawab kepada keperluan sektor swasta dan perniagaan.

14. Kita juga telah mengenalpasti beberapa polisi yang telah berjaya mencapai tujuannya pada era sebelum ini, namun kini mungkin menjadi penghalang kepada kejayaan, merencat pasaran dan meletakkan kita dalam kedudukan yang kurang berdaya saing. Sebagai contoh, kerajaan sedang berunding untuk mengubah struktur polisi fiskal yang akan menaksir semula sistem subsidi yang wujud di Malaysia dan meluaskan punca kutipan hasil melalui cadangan pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan. Langkah ini akan membawa Malaysia sejajar dengan keadaan norma antarabangsa dan mengurangkan kebergantungan terhadap industri, perniagaan dan pembayar cukai. Ini adalah penting untuk membolehkan kita terus maju ke hadapan bersama sebagai satu negara, di samping meningkat dan mengukuh program jaringan keselamatan untuk menyokong kebajikan rakyat Malaysia yang mudah terjejas.

15. Secara keseluruhan, kekurangan ini menjelaskan keadaan pelaburan swasta Malaysia yang masih belum pulih ke paras sebelum krisis kewangan Asia. Dan sebagaimana yang anda tahu, ini boleh memberi ancaman pada usaha kita untuk menjadikan negara sebagai destinasi pelaburan asing dan tempatan.

16. Menangani isu-isu ini bukan sahaja perlu mempunyai visi yang jelas dan polisi yang betul tetapi ia juga memerlukan iltizam politik yang jitu, pelaksanaan yang efektif dan sokongan rakyat yang sepadu. Adakah kita mempunyai semangat dan keberanian untuk keluar dari perangkap ekonomi berpendapatan sederhana? Saya percaya kita perlu mencapai persetujuan bersama mengenai isu ini. Memandangkan pertumbuhan ekonomi semakin pulih, sesetengah pihak mempersoalkan keperluan untuk segera mengubah tabiat lama. Kini, terdapat seruan untuk melindungi status sedia ada. Kita jangan mudah terpedaya. Kita memerlukan cara baru untuk bertindak. Dengan pemulihan ekonomi, kita mesti bertindak segera untuk memperkukuhkan kedudukan Malaysia di masa hadapan. Dan ini merupakan pilihan yang perlu kita hadapi. Untuk keluar daripada perangkap pendapatan sederhana iaitu satu kedudukan yang merbahaya kepada mana-mana negara dalam ekonomi global baru; atau untuk terus kekal dengan apa yang kita tahu dan kita selesa serta terus berharap agar dunia beradaptasi dengan kita. Pilihan kita dan tugasan Kerajaan adalah untuk terus menerajui polisi-polisi ekonomi yang berjaya dalam industri berpengetahuan masa hadapan, dengan pekerjaan bergaji tinggi dan kemakmuran yang boleh dikongsi bersama.

Tuan-tuan dan puan-puan,

LAPORAN NEAC

17. Pada hari ini, kita akan mengambil satu langkah penting dalam perjalanan tersebut. Teras utama agenda polisi jangka-panjang merupakan model ekonomi baru – yang akan disepadukan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 dengan visi jangka masa yang lebih panjang yang akan dilaksanakan melalui Rancangan Malaysia Ke-11. Ini akan mengubah ekonomi Malaysia menjadi satu ekonomi yang berpendapatan tinggi dan mempunyai pertumbuhan berkualiti dalam abad yang mendatang.

18. Model Ekonomi Baru (MEB) merupakan tunjang penting kepada Malaysia yang sedang dibentuk, struktur yang akan berkhidmat kepada masyarakat kita pada masa akan datang. Sebagai metafora, fikirkan sebuah rumah yang disinari mentari Malaysia. Kita memerlukan bumbung – falsafah yang merangkumi kesemua bahagian binaan ini. Dalam situasi ini, 1Malaysia merupakan bumbung tempat kita sama berteduh. Program Transformasi Kerajaan (GTP) – satu program penyampaian dalam enam Bidang Keberhasilan Utama – merupakan satu tiang asas kepada rumah ini. Tiang asas kedua ialah Pelan Transformasi Ekonomi yang akan membangunkan

Page 11: 19 lagi projek di bawah etp

MEB. Dan lantainya, asas di mana kesemua rakyat Malaysia terus bergerak ke hadapan adalah Rancangan Malaysia Ke-10 dan Ke-11.

19. Selepas beberapa bulan saya menjadi Perdana Menteri, saya telah menubuhkan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) yang merupakan satu badan bebas yang ditugaskan untuk mengkaji ekonomi negara secara terperinci. Saya meminta majlis ini memberikan cadangan berani tetapi praktikal untuk melaksanakan model ekonomi baru bagi mengubah ekonomi Malaysia. Dan saya dengan ini mengumumkan bahawa saya telah menerima laporan NEAC ini.

20. Laporan ini secara telusnya menyatakan keadaan ekonomi masa kini, kekuatan dan kelemahan – serta menilai polisi semasa dan bidang berpotensi untuk dijadikan tumpuan pada masa akan datang bagi Malaysia. Ia merupakan analisis yang komprehensif dan berpandangan jauh. Saya mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada pengerusi NEAC, Senator Tan Sri Amirsham A Aziz, ahli jawatankuasa NEAC dan pasukan Sekretariat. Hasil kerja dan khidmat yang diberikan kepada negara bukan sahaja layak menerima pengiktirafan tetapi juga penghargaan kita.

21. Pada hari ini, saya dan anggota kabinet – bersama-sama ahli jawatankuasa NEAC – akan memulakan pertimbangan terperinci mengenai cara untuk kita maju ke hadapan, terutamanya dalam kita beralih dari laporan ini kepada pelan tindakan masa depan. Namun, ia bukan merupakan cara lama debat politik. MEB mempunyai implikasi yang meluas untuk semua rakyat Malaysia dan kita tidak mampu untuk mengabaikan pandangan mereka mengenai perkara ini. Seperti mana pelabur, Kerajaan juga menitikberatkan ketelusan yang tinggi. Sama ada dalam bajet mahupun GTP, di mana ribuan penduduk awam terlibat dalam proses ini, saya telah mengarahkan laporan ini diterbitkan dan mudah dicapai oleh masyarakat umum. Dengan ini kita dapat mengumpulkan input dan memberi peluang untuk mereka terlibat sama dalam proses membuat keputusan bagi bulan yang mendatang. Hanya melalui konsultasi bersama Rakyat dan semua pihak lain yang berkepentingan, maka kita akan mampu mencapai perancangan yang kukuh, meyakinkan dan efektif dalam melaksanakan MEB.

22. Saya telah menekankan dalam pelbagai majlis sebelum ini bahawa era ‘Kerajaan tahu segalanya’ telah berakhir. Rakyat – dan golongan-golongan seperti pemimpin perniagaan dan pelabur – ingin serta layak untuk melibatkan diri dalam proses pembuatan polisi. Kita perlu membangunkan pendekatan yang lebih konsultatif dalam melibatkan pihak berkepentingan paling utama. Hanya melalui proses tersebut, kita boleh meluaskan pandangan, mencabar pemikiran sedia ada dan membantu membina ketelusan dan keterbukaan semua ke arah yang betul. Inilah hala tuju yang akan kita ambil. Rakyat didahulukan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

PRINSIP MEB

23. Seterusnya, saya ingin menetapkan tiga prinsip yang saya percaya akan menjadi penunjuk kepada pemikiran negara dan pembangunan MEB. Saya mahu – seperti mana yang digariskan oleh Tan Sri Amirsham – untuk kita semua membayangkan kesan MEB pada masa akan datang dan makna MEB terhadap diri kita dari segi individu dan perniagaan.

24. Tiga prinsip yang jelas terhasil daripada laporan NEAC – pertama, berpendapatan tinggi, kedua, kemapanan dan ketiga, keterangkuman (inclusive). Ketiga-tiga prinsip ini akan memacu kemajuan ekonomi untuk kita menjadi sebuah negara yang membangun sepenuhnya; meletakkan kedudukan negara yang berdaya saing secara strategik di dalam ekonomi serantau dan global, persekitaran yang mapan dan kualiti kehidupan secara menyeluruh.

25. Kita perlu bertanya pada diri sendiri akan soalan asas ini: Adakah MEB ini menjana pekerjaan berpendapatan tinggi di mana Rakyat mendapat manfaat daripada ekonomi yang berdaya saing dan cara hidup yang lebih baik? Inilah intipati (raison d’être) bagi MEB. Kita mahu melihat Malaysia melakukan lonjakan kuantum daripada pendapatan tahunan per kapita sebanyak AS$7,000 kepada AS$15,000 dalam tempoh 10 tahun seperti yang dinyatakan dalam Laporan NEAC. MEB hendaklah dibina dari sini. Ia bukanlah suatu tugas yang mudah, tapi ia menjanjikan pulangan yang lumayan jika kita mampu melakukan transformasi ini. Cabaran kita adalah bagaimana untuk melakukannya. Ini bermaksud, membangunkan sektor sedia ada dan memaksimumkan potensi sektor baru melalui inovasi.

26. Mewujudkan negara yang berpendapatan tinggi bermakna upah pekerja yang lebih tinggi bagi keseluruhan ekonomi disebabkan pertumbuhan bukan sahaja daripada modal, tetapi juga daripada produktiviti yang tinggi melalui penggunaan kemahiran dan inovasi, koordinasi yang diperbaiki, penjenamaan yang kukuh dan mematuhi piawaian antarabangsa dan hak harta intelektual. Ekonomi yang berasaskan pengetahuan, pelaburan dalam teknologi baru, kemahiran yang pelbagai, innovasi dan kreativiti, serta peningkatan kompetensi adalah pemacu kepada prestasi sektor awam dan swasta. Kita mengharapkan pelaburan dan persaingan untuk bakat terbaik melalui pembayaran upah yang tinggi. Malah, pekerja kolar biru juga akan diberi upah berdasarkan peningkatan kompetensi yang mereka miliki, dengan prestasi mereka akan diukur berdasarkan tanda aras pesaing antarabangsa. Semakin banyak kemahiran, akan datang tanggungjawab yang lebih besar dan pekerjaan yang lebih baik serta berpendapatan tinggi.

27. Antara penemuan lain, laporan NEAC turut memberi penekanan bahawa sehingga hari ini seramai 80 peratus daripada populasi tenaga kerja mempunyai taraf pendidikan sehingga kelayakan SPM yang setaraf dengan O-levels. Perkara ini tidak sejajar dengan ekonomi berpendapatan tinggi yang kita aspirasikan. Kita perlu pendidikan yang berterusan, latihan kerja praktikal dan latihan semula kemahiran bagi memanfaatkan sepenuhnya teknologi baru. Dan dengan membangunkan tenaga kerja berkemahiran tinggi di mana

Page 12: 19 lagi projek di bawah etp

produktiviti dan daya saing memacu pertumbuhan, kos menjalankan perniagaan akan sentiasa berdaya saing berikutan penggunaan modal yang lebih efisien serta memberi penekanan terhadap pekerja yang berkualiti. Ini bermakna, pengurangan kebergantungan terhadap tenaga buruh asing yang tidak berkemahiran, dan lebih penumpuan kepada pekerja pelbagai kemahiran yang boleh meningkatkan produktiviti. Perubahan ini juga memerlukan Kerajaan untuk turut meningkatkan kualiti dan produktiviti para pekerjanya. Saya percaya kita telah memulakan usaha melalui GTP, yang mana antaranya akan meningkatkan infrastruktur negara serta memperbaiki akses kepada pendidikan yang berkualiti.

28. Kedua, MEB mesti bertunjangkan komitmen terhadap penjanaan pertumbuhan yang mapan, bukan sahaja dari sudut prestasi ekonomi negara kita, bahkan perlu mengambilkira kesan pembangunan ekonomi ke atas persekitaran dan sumber asli yang tidak ternilai. Tidak ada maknanya kita terlalu mengejar masa depan dengan kekayaan yang melimpah-ruah, sekiranya sumber alam dan nilai masyarakat terhakis yang bakal dihadapi oleh generasi akan datang. Pilihan ini adalah tidak wajar dan amat sia-sia sekali. Kita boleh memiliki pendekatan ekonomi yang mantap dan dinamik, tetapi ianya mesti berupaya memelihara negara kita yang dicintai demi generasi akan datang. Pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan mapan hendaklah selari dengan pemuliharaan alam sekitar. Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini semasa penubuhan NEAC, pencapaian berasaskan kekayaan semata-mata belum memadai dengan apa yang saya hasratkan. Bukan sahaja saya mahukan rakyat memperoleh pendapatan yang lebih tinggi, tetapi juga mereka turut menikmati kehidupan yang lebih sempurna. Meningkatkan kualiti hidup mestilah menjadi sebahagian daripada adunan MEB.

29. Akhir sekali, adakah MEB melibatkan keterangkuman? Kita perlu mengambil kira penggembelingan potensi keseluruhan rakyat Malaysia, dan sama-sama menikmati hasil kemakmuran negara yang semakin berkembang.

30. Keterangkuman atau penyertaan menyeluruh merupakan pra-syarat utama bagi memupuk semangat kekitaan dan pemuafakatan di dalam MEB. Saya mengambil kesempatan ini, untuk menyentuh isu penyertaan menyeluruh MEB di mana tidak ada seorang pun yang terpinggir dalam menyumbang dan mengecapi hasil penjanaan kekayaan seiring dengan kemajuan negara. Walaupun dari segi realitinya, adalah mustahil untuk kita mencapai kesaksamaan yang sempurna dalam ekonomi global dan terbuka, masyarakat yang berteraskan penyertaan bersama mampu memastikan yang kita boleh mengurangkan jurang ketidaksamaan, mampu membantu mereka yang paling memerlukan, dan melibatkan penyertaan semua rakyat Malaysia yang berkebolehan dalam usaha melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing.

31. Dalam mengubah pendekatan dengan mengambilkira cabaran-cabaran baru ini, ia memerlukan kita untuk mengubah pemikiran rakyat kita. Dalam jangka masa pendek, tentu akan ada tentangan yang hebat. Sebahagian sektor ekonomi mungkin terjejas. Proses pembaharuan tidaklah mudah dan tentunya akan mengalami kesukaran. Namun, bagi membina kekuatan jangka panjang negara, kita tidak boleh berterusan membelakangi isu ini. Jika kita benar-benar mahu menyelesaikan isu ketidaksamarataan dan menjadi contoh di rantau ini, kita perlu bertindak segera untuk melakukan perubahan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

TINDAKAN AFIRMATIF SEBAHAGIAN DARIPADA PENYERTAAN MENYELURUH

32. Dasar Ekonomi Baru dengan tindakan afirmatif telah berjaya dilaksanakan selama 40 tahun yang lalu, mengimbangkan strategi pertumbuhan ekonomi negara kita dengan keperluan menangani ketidaksamarataan struktur ekonomi dan memupuk keharmonian sosial. Kadar kemisikinan berjaya dikurangkan dengan ketara kepada 3.7 peratus pada masa ini. Kita seharusnya berbangga dengan pencapaian tersebut. Kejayaan ini menjadi contoh kepada negara-negara berbilang kaum lain yang ingin diikuti. Namun begitu, bilangan isirumah berpendapatan rendah masih lagi banyak di Malaysia. Kerajaan kini berhadapan dengan masalah abad ke-21 yang memerlukan pendekatan baru untuk menyelesaikannya.

33. Laporan NEAC menggariskan pendekatan untuk menangani kemiskinan dan juga memperbaharui polisi afirmatif dalam konteks ekonomi baru dan lebih berdaya saing. Ini akan menjadi sebahagian daripada proses konsultasi awam. Sungguhpun demikian, Kerajaan berpendapat ianya mempunyai kewajaran untuk pertimbangan dan saya ingin menggariskan parameter yang lebih menyeluruh.

34. Keutamaan kita adalah untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Kita tidak akan mencapai ekonomi berpendapatan tinggi, mapan dan yang melibatkan penyertaan menyeluruh tanpa menangani masalah jurang pendapatan.

35. Justeru, adalah perlu kita memperbaharui polisi afirmatif terhadap MEB yang akan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan tahap pendapatan semua golongan yang kurang bernasib baik. Ia akan memberi fokus terhadap keperluan seluruh rakyat – mereka yang tinggal di rumah panjang di Sabah dan Sarawak serta golongan miskin luar bandar di Semenanjung Malaysia yang seringkali tersisih daripada aktiviti ekonomi negara. Golongan nelayan, peniaga kecil dan petani juga tergolong dalam kategori ini. Begitu juga Orang Asli dan penduduk bandar yang berpendapatan rendah yang bekerja keras untuk menyara kehidupan dalam keadaan ekonomi yang sukar. Sehubungan ini, laporan NEAC mencadangkan supaya fokus diberikan terhadap kumpulan 40 peratus strata pendapatan terendah di Malaysia – dari segi individu dan wilayah. Merekalah merupakan golongan yang kurang bernasib baik yang masih memerlukan perhatian khusus.

36. Matlamat akhirnya, tiada rakyat Malaysia yang hidup dalam kemiskinan, semuanya mendapat peluang saksama untuk berjaya dan

Page 13: 19 lagi projek di bawah etp

berkongsi kemakmuran negara. Sementara terdapat di kalangan mereka masih bergelut dalam keadaan sukar dengan berpendapatan yang rendah, kita akan sentiasa memberikan sokongan khas untuk membantu mereka keluar daripada perangkap kemiskinan.

37. Sejak berdekad lamanya, DEB telah menjadi kayu pengukur pencapaian utama masyarakat kita, satu polisi yang saya sokong dan terima sepenuhnya. Objektif asalnya masih lagi relevan, namun, sudah tiba masanya untuk kita menilai kembali pelaksanaan DEB. Kita akan mensasarkan pencapaian matlamat yang sama tetapi dengan mengubah cara kita melaksanakannya. Oleh itu, dasar afirmatif yang diperbaharui akan dilaksana berdasarkan empat prinsip, ia perlu:

- mesra pasaran;

- berdasarkan merit;

- telus; dan

- berdasarkan keperluan.

38. Sebagai contoh, salah satu pertimbangan penting adalah mewujudkan proses tender yang kompetitif dan telus, dengan peraturan yang tetap dan jelas bagi seluruh komuniti Bumiputera yang terdiri daripada kedua-dua kaum Melayu dan pribumi lain. Ini merupakan pemantapan dasar kita bagi menghadapi keadaan ekonomi baru, di mana keterangkuman merupakan komponen penting di dalam MEB. Secara praktiknya, pendekatan ini bermakna sokongan kepada Bumiputera dipertingkatkan, di mana ia berdasarkan kepada keperluan dan bukannya bangsa. Golongan Bumiputera masih merupakan majoriti dalam kumpulan yang mudah terjejas, walaupun dalam pelbagai pendekatan, sementara pendekatan baru kita akan membantu mereka yang terdiri daripada kumpulan berpendapatan rendah. Pendekatan ini sebahagian besarnya masih lagi akan memanfaatkan komuniti Bumiputera dan pada masa yang sama, memberi manfaat kepada komuniti lain yang kurang bernasib baik.

39. Dalam menilai pencapaiannya, pengagihan yang adil hendaklah merangkumi keseluruhan spektrum pengukuran kekayaan seperti pemilikan ekuiti, aset kewangan dan bukan kewangan lain serta akses kepada peluang menjana kekayaan seperti konsesi jangka panjang dan kontrak. Malahan dari segi pengukuran pemilikan, ia perlu melangkauiaspekekuiti termasuk harta benda lain, aset perniagaan seperti peruncitan, harta tanah, bangunan komersial, harta intelek dan perkhidmatan lain serta perjawatan dalam pengurusan. Satu contoh yang baik ialah pembangunan semula Kampung Baru, yang merupakan peluang penjanaan kekayaan secara holistik yang mendalam dan melangkaui pemilikan ekuiti. Saya telah mengarahkan NEAC untuk menyediakan satu rangka kerja yang terperinci untuk melaksanakan model afirmatif baru yang berdasarkan mekanisme yang telus dan berasaskan pasaran untuk mencapai pengagihan yang saksama, manfaat daripada ekonomi berpendapatan tinggi.

40. Laporan NEAC menggariskan pandangan bahawa mekanisme sebelum ini yang menumpukan pada penetapan sasaran, kini perlu memberi fokus kepada pelaburan binaupaya yang berdedikasi dan berstruktur di mana ia membolehkan Bumiputera meraih manfaat daripada peluang-peluang baru dalam ekonomi. Selanjutnya, akses dan peluang latihan yang lebih saksama bagi meningkatkan kemahiran dan keupayaan untuk mendapat pekerjaan akan diberi keutamaan kepada semua rakyat Malaysia.

41. Pendekatan ini dibina berasaskan pengalaman kita dalam melaksanakan tindakan afirmatif selama ini. Apabila dasar ini dilaksanakan dengan telus, adil dan dengan kaedah yang lebih berwibawa, ia akan menjurus kepada pencapaian yang lebih baik. Akan tetapi, setelah sekian lama, pelaksanaan tindakan afirmatif tidak menepati golongan sasaran yang amat memerlukan. Terdapat persepsi yang menggambarkan bahawa bukan Bumiputera tidak mendapat manfaat daripadanya sehingga kini, walaupun fakta dan data menunjukkan sebaliknya. Justeru, kita perlu menukar persepsi ini dengan prinsip baru tindakan afirmatif yang telah dinyatakan sebelum ini. Kita tidak boleh lagi bertolak-ansur dengan amalan yang menyokong aktiviti rent-seeking dan patronage, yang telah sekian lama menjejaskan matlamat murni DEB. Penyertaan menyeluruh diperlukan, di mana semua rakyat Malaysia dapat menyumbang dan mengambil manfaat daripada pertumbuhan ekonomi – perlu menjadi teras utama bagi sebarang pendekatan ekonomi baru.

42. Ini adalah prinsip yang ingin saya lihat sebagai panduan dalam fasa konsultasi seterusnya. Bolehkah kita membina model baru yang berlandaskan ekonomi berpendapatan tinggi, mapan dan penyertaan menyeluruh di mana kita semua dapat menikmati kemakmuran? Saya percaya kita semakin menghampiri sasarannya. Saya percaya terdapat sokongan padu yang menyeluruh daripada rakyat Malaysia. Dan saya juga percaya – dengan kepintaran dan kreativiti rakyat Malaysia dan golongan peniaga dan usahawan Malaysia – kita boleh dan akan merealisasikan aspirasi ekonomi nasional tersebut.

Tuan-tuan dan puan-puan,

DARIPADA PRINSIP KEPADA SEBUAH PELAN

43. Persoalannya adalah bagaimana kita dapat menuju ke sana? Usaha Kerajaan dan NEAC masih belum selesai dengan pembentangan laporan awal ini. Pendekatan ini mempunyai dua peringkat. Kini, kita perlu memastikan konsultasi yang menyeluruh dan mantap dan kemudiannya, membangunkan rangka kerja (blueprint) atau pelan halatuju pelaksanaan MEB yang terperinci serta perubahan ekonomi yang akan dilaksanakan. Umpamanya, kumpulan kerja seperti lab yang menerajui pembangunan GTP di bawah NKRA akan diadakan,

Page 14: 19 lagi projek di bawah etp

yang disertai oleh sektor awam dan swasta bagi memacu strategi MEB, yang akan membawa kepada laporan kedua pelan hala tuju yang lebih terperinci. Malah, kita akan membangunkan Program Transformasi Ekonomi bagi melaksanakan MEB ini.

44. Bagi merealisasikan transformasi ini, NEAC telah menggariskan beberapa inisiatif pembaharuan yang strategik.

45. Lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik akan bertumpu kepada:

- Menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi; - Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan  kepada pekerja asing;

- Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing;

- Memperkukuhkan sektor awam;

- Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran;

- Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan;

- Meningkatkan sumber pertumbuhan ; dan

- Memastikan pertumbuhan yang mapan.

46. Kesemua lapan inisiatif ini adalah saling melengkapi dan kesannya merentasi semua sektor ekonomi. Ketiga-tiga matlamat MEB memerlukan kita mencapai pertumbuhan KDNK yang lebih tinggi untuk dekad yang seterusnya. Oleh yang demikian, dasar-dasar yang perlu kita laksanakan mesti menyentuh isu-isu asas, bagi memastikan momentum pertumbuhan dapat dipercepatkan melalui pendekatan yang holistik untuk menghapuskan semua halangan. Matlamat ini memberi penekanan kepada binaupaya dan bukanlah hanya pembangunan negara semata-mata, sebagai langkah mencapai pembangunan mapan.

47. Sebagai tambahan kepada laporan NEAC, suka saya mencadangkan supaya usaha ditumpukan secara efektif ke atas sektor utama yang spesifik, atau yang dikenali sebagai Aktiviti Utama Ekonomi Nasional (NKEAs). Ini adalah bidang di mana ekonomi negara mempunyai potensi untuk terus maju ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Pada masa lalu, Kerajaan lebih memainkan peranan paternalistic dalam mencadang dan mempromosi sumber pertumbuhan baru yang sepatutnya diterajui oleh sektor swasta. Sememangnya kita perlu memberi panduan, tetapi kita berpendapat pihak Kerajaan tidak sepatutnya membuat keputusan pelaburan untuk sektor swasta.

48. Berdasarkan pendekatan baru NEAC yang menyatakan bahawa sektor swasta perlu memacu pertumbuhan, Kerajaan mestilah meningkatkan peranannya sebagai fasilitator kepada pihak industri untuk berkembang maju. Majoriti inisiatif yang telah diwujudkan adalah berkaitan dengan semua faktor yang penting dalam memperbaiki hala tuju ekonomi – untuk menghapuskan pengherotan pasaran dan halangan yang menggugat ekonomi kita daripada terus bergerak ke arah rantaian nilai lebih tinggi serta menggalakkan persaingan sihat. Pelaksanaan dasar ini merupakan pra-syarat untuk kita memanfaatkan sumber pertumbuhan baru. Selagi halangan-halangan ini wujud, peluang pembangunan dalam semua sektor tidak akan tercapai.

49. NEAC dengan mengambil kira input daripada sektor swasta telah mengenal pasti sektor utama yang boleh menjadi peneraju dalam menjana pertumbuhan tinggi – sektor yang mana negara kita mempunyai daya saing dan berkemahiran tinggi, mempunyai peluang untuk menggunakan pengkhususan dan yang telah memperoleh kelebihan sebagai pelopor (first mover advantage) serta kelebihan berbanding tradisional (traditional comparative advantages). Banyak lagi yang perlu kita lakukan, namun bagi meraih peluang yang ada sepenuhnya, kita perlu memberi fokus ke atas sektor-sektor utama ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,

50. Selaras dengan proses GTP dan NKRAs, saya komited untuk mengadakan proses konsultasi yang menyeluruh dengan semua pihak berkepentingan, dan memastikan NKEAs akan dipilih berdasarkan kriteria kepentingan negara. NEAC akan bekerja bersama-sama dengan PEMANDU bagi membangunkan NKEAs. Mereka akan mengadakan konsultasi dengan rakyat dan semua pihak berkepentingan lain. Apabila RMKe-10 diumumkan bersama dengan NKEAs, sebuah Unit Penyampaian Ekonomi khas akan ditubuhkan untuk menerajui proses perubahan serta memuktamad dan melaksanakan NKEAs tersebut. Masih terdapat banyak lagi kerja yang perlu dilakukan untuk mengenal pasti strategi kejayaan yang perlu dilaksanakan di samping NKEAs yang perlu diberikan fokus. Namun, sebagai penunjuk awal, sukacita saya memberikan beberapa contoh mengenai kemungkinan-kemungkinan yang boleh kita jangkakan:

51. Dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E), Malaysia boleh memanfaatkan sepenuhnya kelebihan sebagai peneraju awal. Berbekalkan asas yang kukuh, masa hadapan Malaysia dalam sektor ini perlu ditekankan bukan sahaja dalam pembuatan tetapi dalam penyelidikan, pembangunan serta rekaan, di mana syarikat Malaysia memacu inovasi dan bukan hanya mengimportnya. Antara langkah yang perlu dipertimbangkan adalah pemberian insentif bagi aktiviti penyelidikan yang bernilai tinggi dan menyokong PKS yang menjadi

Page 15: 19 lagi projek di bawah etp

pembekal kepada syarikat-syarikat besar dalam skala yang besar.

52. Industri berasaskan sumber dalam sektor minyak sawit serta minyak dan gas akan terus diberi penekanan. Dalam sektor minyak sawit, inisiatif bagi pengukuhan penyelidikan akan memacu teknologi tempatan yang dapat memenuhi permintaan pasaran, seperti minyak dan lemak yang sihat, biofuel daripada biomas, kosmetik dan plastik biodegradable.

53. Dalam sektor minyak dan gas, kita mempunyai juara seperti Petronas. Ia telah membina sebuah jenama yang sangat kukuh di peringkat antarabangsa dan saya percaya, kini ia perlu membantu untuk memacu pertumbuhan negara dengan memberi sokongan yang lebih lagi kepada pembekal tempatan. Walau bagaimanapun, melangkaui sektor teras minyak dan gas, kepakaran tenaga Malaysia di peringkat antarabangsa mampu membantu syarikat-syarikat untuk berkembang di peringkat antarabangsa dengan berkongsi pengetahuan, bekerjasama dalam pembidaan antarabangsa dan memberi sokongan pada skala global. Dengan mempunyai bakat tempatan yang berkemahiran tinggi serta syarikat yang mampu bersaing di peringkat global akan memberi Malaysia satu kelebihan yang nyata.

54. Dalam sektor perkhidmatan, potensi sektor pelancongan masih belum dieksploitasi sepenuhnya. Masih banyak lagi yang boleh dilakukan untuk menarik pasaran baru dari Eropah dan Amerika untuk melengkapkan pasaran dari United Kingdom dan Asia. Kita mempunyai antara hutan yang tertua di dunia yang kaya dengan flora dan fauna serta kawasan menyelam dasar laut yang amat menarik. Malaysia mampu menerajui dalam menyediakan pengembaraan ekopelancongan yang lestari, mempunyai permintaan yang amat tinggi di kalangan negara maju. Kita perlu mensasarkan matlamat untuk menyediakan perkhidmatan yang akan menarik high-end tourists, yang ingin mendapatkan perkhidmatan eksklusif dan bernilai tinggi. Kita juga perlu kreatif dalam menyediakan bidang baru dalam industri ini. Daripada pelancongan kesihatan, iaitu sektor yang mempunyai potensi pertumbuhan yang tinggi, kepada ekopelancongan, pelancongan pasaran mewah serta pelawat yang berkaitan dengan pembangunan negara sebagai hab pendidikan serantau. Masa depan industri pelancongan Malaysia adalah cerah sekiranya kita mempunyai visi dan kreativiti bagi menyokong potensi pertumbuhannya yang luas dan pelbagai.

55. Sebagai sebuah negara yang turut mengeluarkan hasil pertanian serta bergantung kepada import makanan, terdapat keperluan strategik bagi memberi fokus kepada peluasan sektor pertanian yang bernilai tinggi. Masih terdapat potensi untuk mewujudkan nilai melalui pembangunan pertanian berskala besar, kaedah pengeluaran hasil yang tinggi, teknologi baru, rangkaian pemasaran yang lebih baik yang akan meningkatkan pengeluaran dan pendapatan. Kita mesti menggalakkan perniagaan agro melalui amalan pertanian yang bersepadu dan moden. Memandangkan masyarakat bumiputera di kawasan luar adalah besar di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, peningkatan aktiviti pertanian moden secara intensif akan menyumbang kepada pendapatan yang lebih tinggi dan mengurangkan jurang pendapatan. Seterusnya, untuk bersaing di peringkat global, kita perlu memastikan sektor pertanian Malaysia, daripada peringkat penanaman sehinggalah pemprosesan, mematuhi atau melepasi standard dan amalan terbaik antarabangsa, serta memasarkan produk pada skala antarabangsa.

56. Malaysia juga berpotensi untuk menjadi peneraju dalam bidang teknologi hijau dan membangunkan niche dalam industri dan perkhidmatan hijau bernilai tinggi. Kita mempunyai kepakaran dalam bidang pembuatan kompleks, dan merupakan peneraju dalam sektor solar dan tenaga alternatif serantau. Dengan kejayaan terkini dalam pengkomersialan produk bio-diversity, yang semakin mendapat tempat di kalangan pengguna yang peka dengan alam sekitar, Malaysia mampu menjadi hab hijau yang menyeluruh dalam bidang perniagaan – merangkumi aktiviti penyelidikan, rekaan, pembuatan dan pengkomersialan, kita mempunyai kemahiran dan sokongan sektor awam.

57. Terdapat pelbagai bidang yang boleh diterokai untuk meluaskan punca pertumbuhan. Ingin saya memberi contoh yang lain – industri perkhidmatan kewangan, yang merupakan sektor pertumbuhan serta pemudah cara kepada pertumbuhan sektor-sektor lain. Potensi pembangunannya boleh dilihat dalam perkhidmatan kewangan Islam, serta dalam derivatif pengurusan risiko oleh peserta tempatan dan serantau. Kini, Malaysia merupakan peneraju perbankan dan pasaran modal Islam serta industri takaful di dunia. Kita juga berpotensi untuk menjadi hab perkhidmatan kewangan Islam yang bersepadu. Umpamanya, Bank Negara Malaysia kini dalam proses memuktamadkan penubuhan pusat kewangan Islam dan kelulusan dua lesen bank Islam mega.

58. Persaingan kini bukan lagi di antara negara tetapi juga bandaraya. Bagi Malaysia melonjak ke arah sebuah ekonomi berpendapatan tinggi, kita mesti meraih pulangan lumayan dengan pelaksanaan strategi untuk membina densiti, pembangunan kluster dan pengkhususan dalam sektor bernilai tinggi. Menyedari peranan ini, bandaraya seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru perlu dibangunkan supaya lebih sesuai didiami dan mampu menarik bakat serta menjadi sebahagian daripada perancangan bandar-luar bandar yang lebih komprehensif dan bersepadu. Kita mesti membangunkan kluster yang lebih kukuh dan berperanan sebagai inkubator untuk syarikat baru, memastikan perkongsian perkhidmatan dan membangunkan lebih banyak perniagaan serta jalinan universiti. Bukti menunjukkan, pembangunan bandaraya membantu meningkatkan pendapatan penduduk kawasan sekitar luar bandar, terutamanya apabila mereka diintegrasikan ke dalam jaringan rantaian penawaran.

59. Terdapat banyak lagi sektor pertumbuhan strategik, di mana Malaysia berpotensi untuk berkembang. Kita mempunyai kekuatan di dalam industri IT. Industri kreatif – kepakaran kita dalam muzik, filem, kesenian dan budaya – boleh menjadi sektor yang penting untuk Malaysia pada masa hadapan. Dengan asas yang kukuh dalam kepakaran di bidang perubatan, saintifik dan pembuatan, kita boleh menjadi pusat serantau untuk sektor bioteknologi dan sains hayat yang berkembang pesat.

60. Oleh yang demikian, saya menyeru agar syarikat, pelabur dan usahawan Malaysia untuk merebut peluang yang ada serta menjadi

Page 16: 19 lagi projek di bawah etp

juara serantau malah di peringkat global. Kita perlu mewujudkan polisi intervensi bersama untuk menjadikan ini satu realiti. Syarikat yang menunjukkan inovasi dan berpandangan jauh dalam membentuk dan mencergaskan semula aktiviti mereka akan mempunyai prospek cerah untuk menjadi peneraju dunia pada masa hadapan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

KERJASAMA AWAM-SWASTA

61. Sekiranya Malaysia ingin mencapai matlamatnya, kita harus membina hubungan strategik, kuat dan teguh serta dipacu pasaran berasaskan permintaan yang menghubungkan sektor pertumbuhan kepada MEB. Saya telah menyentuh beberapa strategi yang saya percaya kita perlu, termasuk pemodenan sistem pendidikan ke arah melahirkan tenaga kerja bertaraf dunia; pembaharuan fiskal berhemat yang membawa lebih banyak keseimbangan kepada rangka kerja hasil dan perbelanjaan; serta langkah mesra pasaran yang berkesan bagi memastikan seluruh rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada pendekatan baru ini.

62. Namun begitu, asas kepada semua strategi ini ialah kefahaman yang baru dan jelas mengenai peranan perniagaan dan Kerajaan. Pada masa yang sama, Kerajaan hanya bertindak sebagai pemangkin dalam mencapai kekayaan. Kita berperanan untuk memastikan kestabilan, keterbukaan dan kesaksamaan dalam persekitaran selamat yang menggalakkan, dan tidak menggugat atau menghalang pertumbuhan. Persaingan harus digalakkan bagi mewujudkan pasaran yang dinamik serta efisien dan sekiranya perlu, sokongan daripada sektor awam akan diberikan. Dalam tempoh 18 bulan yang lalu, kita telah melihat dengan jelas keperluan, di mana Kerajaan harus berwaspada di dalam menjamin kestabilan ekonomi apabila berlaku kegagalan pasaran.

63. Saya mendapati di dalam dewan ini beberapa bakat sektor swasta adalah antara yang terbaik di dunia. Anda adalah peneraju kepada penciptaan kekayaan dan pertumbuhan. Kita akan melindungi kepentingan ekonomi dan seluruh rakyat Malaysia secara aktif, tetapi kita juga mahukan kepakaran dan pelaburan daripada sektor swasta untuk terus berkembang. Sekali lagi, untuk berjaya dalam konteks ekonomi yang berbeza, kita perlu melihat untuk melaksanakan sesuatu dengan cara berlainan.

64. Satu daripada perubahan ini ialah dengan menggunakan pendekatan baru yang meluaskan peranan pasaran modal di bawah MEB. Malaysia tidak akan berjaya, meskipun dalam sektor utama kita, sekiranya kita kekal di takuk lama. Pencetus pertumbuhan membawa maksud memupuk inovasi, berani mengambil risiko dan kreatif dalam pembangunan produk atau perkhidmatan baru.

65. Sehubungan itu, bagi memudahkan pelaksanaan MEB, menyokong inovasi sektor swasta dan merangsang pembiayaan dalam perkhidmatan yang berisiko tinggi serta sektor berasaskan pengetahuan yang penting untuk masa depan Malaysia, saya ingin melihat peluasan peranan pasaran modal, berkembang daripada model pemerolehan dana kepada model berasaskan kecairan dan kepelbagaian risiko bagi menggalakkan usahawan dan pelabur untuk menjadi sebahagian daripada masa hadapan ekonomi Malaysia yang cerah.

66. Pembangunan dalam pasaran modal akan terus diperkukuh di dalam Pelan Induk Pasaran Modal Kedua yang pada masa ini sedang dirangka oleh Suruhanjaya Sekuriti. Saya juga melihat kerancakan industri pasaran modal seperti sektor pengurusan dana, modal teroka dan ekuiti swasta sebagai penentu penting dalam usaha kita untuk mencapai ekonomi berpendapatan dan berkemahiran tinggi bagi masa hadapan.

67. Sehubungan itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada masa ini menguasai pasaran ekuiti dan bon tempatan sehingga 50 peratus daripada volum harian Bursa yang diwakili oleh perdagangan berkaitan KWSP, yang mana situasi ini tidak sihat untuk pasaran mahupun KWSP. Pada hari ini, saya mengumumkan bahawa KWSP dibenarkan untuk melabur lebih banyak aset di luar negara, dan ini membolehkan KWSP mempelbagaikan portfolio dan memberikan lebih banyak ruang domestik untuk penyertaan baru. Pada masa ini, KWSP mempunyai 6 peratus aset pelaburan luar pesisir pantai dan jumlah ini akan meningkat secara ketara. KWSP juga akan meningkatkan pelaburan langsung di dalam ekonomi benar Malaysia, sebagai alternatif kepada pasaran pelaburan seperti penglibatan dalam sektor penjagaan kesihatan, komoditi, harta tanah dan pelaburan jangka masa panjang yang lain dengan memenuhi keperluan KWSP untuk melindungi nilai pulangan benar ke atas asetnya.

68. Dari segi institusi, Lembaga Kemajuan Industri Malaysia (MIDA) merupakan agensi utama Kerajaan yang bertanggungjawab untuk mempromosi serta memudahkan pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan di Malaysia. MIDA memainkan peranan penting di dalam transformasi negara di bawah pelbagai fasa pembangunan industri sepanjang tempoh empat dekad yang lalu. MIDA juga telah muncul sebagai institusi yang diiktiraf di kalangan pelabur asing dan domestik. Walau bagaimanapun, masanya telah tiba untuk membuat perubahan drastik bagi menjadikan MIDA sebuah agensi promosi pelaburan yang lebih efektif.

69. Saya dengan ini mengumumkan bahawa MIDA akan dikorporatkan untuk memberikannya lebih fleksibiliti untuk menarik dan mengekalkan tenaga kerja serta bakat yang diperlukan untuk menjadi sebuah agensi promosi pelaburan yang berdaya saing di peringkat antarabangsa. Kerajaan juga telah bersetuju untuk memperkasa MIDA dengan kuasa yang diperlukan untuk berunding secara terus dengan pelabur untuk projek yang disasarkan. Selain itu, MIDA akan dilantik sebagai agensi pusat promosi pelaburan untuk sektor pembuatan dan perkhidmatan, kecuali perkhidmatan utiliti dan kewangan, bagi meningkatkan koordinasi dan kepaduan antara pelbagai badan promosi pelaburan di negara ini. Perubahan ini akan membolehkan MIDA untuk meluluskan insentif secara real time dan bertindak dengan lebih pantas untuk menjalin hubungan yang lebih efektif dengan pelabur. Oleh itu, MIDA akan dinamakan sebagai

Page 17: 19 lagi projek di bawah etp

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dengan mengekalkan akronim, MIDA, yang merupakan satu jenama yang telah terkenal.

70. Sebagai tambahan kepada pembaharuan penting institusi, saya percaya, kita juga hendaklah memastikan keseimbangan yang wajar antara Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs) dan sektor swasta di dalam ekonomi sebagai sebahagian daripada MEB. Sebelum krisis kewangan Asia, sumbangan sektor swasta kepada KDNK jelas mengatasi sumbangan sektor awam. Sebaliknya, dalam dekad pertama alaf baru ini, keadaan ini telah berubah. Suntikan fiskal yang bermula sebagai kitaran keperluan telah menjadi satu pergantungan dan mewujudkan keadaan yang tidak mapan.

71. Saya telah menyentuh beberapa prinsip utama yang akan menjadi asas kepada penentukuran (recalibration) hubungan sektor awam-swasta; transformasi Kerajaan untuk mengurangkan birokrasi dan memfokus kepada penciptaan persekitaran penggerak pertumbuhan; galakan dan insentif untuk merangsang inovasi dan produktiviti sektor swasta; fokus terhadap sektor berasaskan pengetahuan strategik untuk pertumbuhan jangka panjang; dan juga pengiktirafan terhadap kepentingan untuk merebut peluang di peringkat pasaran serantau dan global yang akan membantu pertumbuhan ekonomi negara.

Tuan-tuan dan puan-puan,

72. Dalam majlis yang sama tahun lalu, saya telah menggariskan strategi untuk melihat GLCs bagi melepaskan pegangan aset bukan teras; memangkin dan membangunkan ekosistem sektor teras mereka; dan bersaing secara adil dengan sektor swasta. Mengenai prinsip ketiga, saya telah mengumumkan bahawa syarikat pelaburan berkaitan Kerajaan dibenarkan untuk melepaskan pegangan aset bukan teras dan/atau aset yang tidak kompetitif.

73. Hari ini saya ingin mengumumkan beberapa langkah lanjut yang dapat meningkatkan peluang sektor swasta di samping mengeratkan perhubungan di antara sektor awam dan swasta.

74. Melangkah ke hadapan, saya ingin melihat GLCs dan agensi milik Kerajaan menjalin kerjasama strategik dengan sumber modal swasta di Malaysia dalam membantu bakal pelabur supaya lebih maklum mengenai order book Kerajaan dan membina kompetensi nasional. Kerjasama ini adalah penting, bukan sahaja ke arah meningkatkan strategi peluasan serantau (regionalisation) syarikat-syarikat Malaysia mengambil kira saiz pasaran domestik, malahan untuk memastikan sumber modal tersedia dan boleh digunakan dengan segera. Di samping itu, peluang untuk mewujudkan usaha sama dengan pelabur dari pelbagai bidang termasuklah pelabur runcit, dan dana mutual tempatan dan luar negara kekal terbuka. Sekiranya ini berjaya dilaksanakan dalam skala yang besar, kerjasama ini dapat menjadi pemangkin kepada satu bentuk kerjasama awam-swasta yang unik. Kita sudah mempunyai beberapa inisiatif menuju ke arah ini. Contohnya termasuk penswastaan Astro dan kerjasama di antara Malakoff dan Tenaga Nasional di dalam projek utiliti di Arab Saudi.

75. Kita sudah menunjukkan perkembangan di dalam bidang pelupusan aset bukan teras dan dalam masa sembilan bulan yang lepas, Khazanah telah melepaskan pegangan yang ketara dalam Tenaga Nasional, Malaysia Airports dan PLUS dengan tujuan untuk meningkatkan kecairan saham ini. Namun demikian, lebih banyak perkembangan di sektor ini perlu dilakukan.

76. Kita akan melupuskan aset bukan teras dan aset tidak kompetitif dalam bidang di mana pemegang saham strategik yang baru mempunyai potensi untuk meningkatkan pewujudan nilai, berbanding sekiranya mereka terus berada di dalam pegangan Kerajaan. Sudah tentu, kita perlu memastikan pelupusan ini melepasi penilaian yang ketat demi kepentingan awam.

77. Proses telus akan dilaksanakan bagi memastikan pembida yang berpotensi daripada sektor swasta memenuhi kriteria minimum, termasuklah dari segi kedudukan kewangan, rekod di dalam pengembangan perniagaan dan kecemerlangan pengurusan, serta tawaran mereka untuk membantu pembangunan Bumiputera dan menjayakan gagasan 1Malaysia. Pembida hendaklah menunjukkan penyampaian yang melebihi tanda aras inovasi dan penciptaan nilai, serta menyokong matlamat MEB iaitu berpendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan. Bagi membangunkan proses ini, saya mencadangkan satu panel penilai yang terdiri daripada ahli kewangan profesional, pakar industri antarabangsa dan pegawai kanan Kerajaan dilantik untuk menilai bidaan sektor swasta bagi aset-aset GLCs.

78. Memandangkan betapa pentingnya prestasi sektor awam dan swasta perlu ditingkatkan, kita perlulah berwaspada bagi memastikan pindahan aset GLCs kepada sektor swasta tidak mengabaikan matlamat pembaharuan dan penyampaian sektor awam atau pelupusan aset yang menjejaskan kepentingan awam. Dalam masa yang tertentu, ini termasuklah mengekalkan pengurusan utama dan mengelakkan pemberhentian pekerja secara tanpa rela. Pada masa yang sama, saya sedar akan kepentingan untuk mengkaji semula tarif dan insentif sedia ada yang disediakan kepada GLCs jika kita ingin menarik pelaburan swasta dan, untuk itu, saya mencadangkan sebarang kajian semula berkaitan hal ini dibawa ke Kabinet.

79. Dengan garis panduan dan prinsip strategik yang jelas, saya yakin momentum perjalanan transformasi GLCs akan dapat terus dikekalkan, dan saya mengumumkan bahawa Khazanah telah memutuskan untuk melupuskan 32 peratus pegangan dalam Pos Malaysia melalui dua peringkat proses pelupusan strategik. Di peringkat pertama yang bermula serta-merta, kaedah urus tadbir korporat dan kawal seliaan yang sesuai akan dipatuhi. Perbincangan menyeluruh dengan pelbagai pihak berkepentingan akan dilaksanakan. Pos Malaysia akan membuat persediaan untuk pelupusan strategik dengan mengambil kira pelbagai aspek persekitaran perniagaannya termasuk struktur kawal seliaan, penggunaan tanah Kerajaan dan kedudukan serta kebajikan pekerja. Isu berlanjutan mengenai pendapatan rendah

Page 18: 19 lagi projek di bawah etp

sebilangan staf termasuk posmen juga akan dikaji semula. Bagi memastikan kepentingan kedua-dua sektor awam dan komersial adalah seimbang, Kerajaan akan melaksanakan kajian terperinci dan mengemaskini rangka kawal selia sistem pos. Di peringkat kedua, Khazanah akan menggariskan proses bidaan dan penilaian untuk memilih pemegang saham baru dengan tahap keusahawanan yang tinggi bagi memodenkan Pos Malaysia. Maklumat lanjut berkaitan hal ini akan diumumkan.

80. Bagi mempromosikan pelaburan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi, beberapa lot tanah di Jalan Stonor, Jalan Ampang, Jalan Lidcol, Kuala Lumpur, telah dikenal pasti untuk ditender dan dibangunkan oleh sektor swasta. Aset ini, jika tidak dibangunkan, adalah satu pembaziran dan meningkatkan kos penyelenggaraan kepada Kerajaan. Inisiatif ini akan menjadi permulaan yang baik untuk lebih banyak penjualan dan usahasama antara sektor awam dan swasta dalam pembangunan harta tanah. Dalam hal ini, sukacita saya maklumkan Kerajaan dan KWSP akan membentuk satu kerjasama bagi membangunkan 3,000 ekar tanah di Sungai Buloh sebagai hab baru bagi Lembah Klang. Ini akan membawa kepada pelaburan baru yang melebihi RM5 bilion yang akan memberikan kesan segera kepada pertumbuhan ekonomi domestik, dengan potensi yang besar kepada sektor swasta untuk turut sama terlibat dengan lebih aktif.

81. Saya juga ingin berkongsi dengan anda sekarang, bahawa Kerajaan secara beransur-ansur akan mengurangkan peranannya dalam aktiviti-aktiviti persaingan secara langsung dengan sektor swasta. Kita telah menyemak semula beberapa buah syarikat di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan dan agensi-agensi lain, dan saya ingin memaklumkan, kita sedang mempertimbangkan langkah-langkah penswastaan untuk Percetakan Nasional Malaysia Berhad, CTRM Aero Composites Sdn Bhd, Nine Bio Sdn Bhd dan Innobio Sdn Bhd serta beberapa lagi syarikat dalam pertimbangan.

82. Selain itu, Petronas telah pun mengenal pasti dua subsidiari yang mempunyai prestasi baik akan disenaraikan pada tahun ini. Matlamat inisiatif ini adalah untuk mengurangkan penglibatan Kerajaan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti perniagaan yang akan menjadi lebih cekap sekiranya dijalankan oleh sektor swasta dan memberi isyarat jelas komitmen menggalakkan persaingan dalam ekonomi, mengambil risiko dan merangsang pertumbuhan ekonomi jangka panjang yang akan memberi manfaat kepada semua warga Malaysia.

83. Seperti yang saya tegaskan tadi, kita tidak mampu untuk berpatah balik kepada cara lama. Cabaran yang kita hadapi sekarang memerlukan kita untuk menilai semula dengan segera cara kita melakukan sesuatu. Institusi, pendekatan dan sistem yang telah berjaya sebelum ini mungkin perlu diubahsuai mengikut perubahan landskap global.

84. Pengumuman yang dibuat pada hari ini, mengenai pelupusan baru, usaha sama sektor awam dan swasta, serta pembaharuan mengenai proses Kerajaan untuk menjana pertumbuhan – mencerminkan komitmen Kerajaan untuk memperbaharui dan menempatkan negara kita, guna tenaga kita, syarikat kita dan generasi masa depan untuk berdepan cabaran ekonomi global yang kompetitif.

Tuan-tuan dan puan-puan,

PENUTUP

85. Pada hari-hari pertama sebagai Perdana Menteri, saya mengatakan bahawa Malaysia mesti bersedia untuk berubah. Kita tiada pilihan, selain daripada bergerak ke hadapan dan menjadi negara berpendapatan tinggi dengan pertumbuhan yang mapan dan menyeluruh. Perubahan ini tentunya menyakitkan dan jalan pintas pastinya menarik. Namun, kita tidak boleh hanya mencari kemenangan mudah. Ia pasti perjalanan yang membawa kesukaran masa pendek, tetapi berbaloi dalam mewujudkan masa depan Malaysia yang lebih kukuh. Kita memerlukan ‘dorongan kuat’ yang mapan dan konsisten supaya perubahan besar hari ini menghasilkan arus momentum yang semakin kuat dan membantu mencapai matlamat kita.

86. Maka, ini adalah detik penentuan bagi Malaysia. Sedang kita pulih dari kemelesetan ekonomi, adakah kita akan mempunyai kekuatan dan wawasan untuk memburu agenda perubahan yang hebat lagi mencabar, tetapi amat perlu demi masa depan negara kita? Jawapan kita ialah dengan mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi, memberikan anak-anak kita peluang pendidikan yang terbaik, serta menarik pelaburan berkualiti tinggi, yang akan menjadi tema pendorong perhimpunan penting ini.

87. Di persimpangan yang genting ini, di mana kita mengimbangkan sejarah negara dengan masa hadapannya, saya percaya kita ada kekuatan untuk mencapai cita-cita Malaysia.

88. Namun begitu, ia adalah lebih besar daripada cita-cita ekonomi negara kita. Ini adalah tentang kehidupan yang lebih besar peluangnya untuk generasi masa hadapan. Ini adalah tentang membuka mata keluarga berpendapatan rendah untuk membantu mereka keluar dari kemelut kemiskinan. Ini adalah tentang lapisan masyarakat kita di mana setiap daripada kita mempunyai peluang dan tanggungjawab. Ia mengenai meletakkan Malaysia di barisan hadapan ekonomi berpendapatan tinggi supaya kita dapat berdiri sama tinggi dengan negara maju lain. Saya yakin – dengan sokongan anda – bahawasanya kita akan memilih jalan yang betul, bergerak ke hadapan dan bukannya mundur, dan membina Malaysia yang lebih saksama, kukuh dan dinamik untuk dekad yang mendatang. Saya menyeru anda berganding bahu dengan saya dalam perjalanan bersejarah ini untuk membina kemakmuran dan masa depan baru demi 1Malaysia.

 

Page 19: 19 lagi projek di bawah etp

Sebanyak RM230 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan di bawah RMK10

Intipati Rancangan Malaysia ke-10

Rancangan Malaysia ke-10 dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan

Rakyat, pada 10 Jun 2010, yang bertemakan "Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial".

RMK10 memperuntukkan sejumlah RM290 bilion, yang dibahagikan mengikut nisbah 60/40 untuk

pembangunan fizikal dan bukan fizikal.

RMK10 (2011-2015) amat kritikal bagi meneruskan kesinambungan prakarsa nasional ke arah merialisasikan

Wawasan 2020 menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.

Fakta-fakta penting RMKe-10

- memperuntukkan RM230 bilion bagi perbelanjaan pembangunan bagi tempoh lima tahun tersebut.

- daripada jumlah itu, 55 peratus diagihkan kepada sektor ekonomi, 30 peratus kepada sektor sosial, 10

peratus kepada sektor keselamatan dan lima peratus untuk pentadbiran am.

- RMKe-10 merupakan satu daripada empat tiang utama di bawah pentadbiran Datuk Sei Najib Tun Razak.

Tiga lagi tiang tonggak itu ialah:

Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,

Program Transformasi Kerajaan (GTP)

Model Baru Ekonomi (MBE).

10 Premis Utama RMKe-10

Pertama: Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara.

Kedua: Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena

antarabangsa.

Page 20: 19 lagi projek di bawah etp

Ketiga: Mentransformasikan negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan.

Keempat: Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi.

Kelima: Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul.

Keenam: Memastikan peluang yang saksama dan melindungo golongan mudah terjejas.

Ketujuh: Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif

Kelapan: Menyokong perkongsian pintar yang efektif

Kesembilan: Menghargai khazanah alam sekitar

Kesepuluh: Kerajaan umpama syarikat berdaya saing.

5 TERAS STRATEGIK Pertama RMK10:

Pertama: Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan

metodologi NKRA.

Kedua: Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.

Ketiga: Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.

Keempat: Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.

Kelima: Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.

5 inisiatif strategik memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera:

Pertama: Meningkatkan pemilihan ekuiti Bumiputera melalui penginstitusian

Kedua: Mempertingkatkan pemilikan hartanah Bumiputera

Ketiga: Menambah baik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta pembiayaan melalui

pelbagai agensi pembangunan Bumiputera

Keempat: Membangunkan guna tenaga profesioanal Bumiputera secara lebih tuntas.

Kelima: Menubuhkan satu majlis peringkat tertinggi untuk merancang, menyelaras dan memantau

pelaksanaan agenda pembangunan Bumiputera.

Sumber : mstar.com.my, malaysiakini.com, bernama.com

 NKRA MAJUKAN LUAR BANDAR

Tiga aspek utama yang akan ditekankan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah  dalam

melaksanakan Bidang Keberhasilan Utama Kerajaan (NKRA) terutama dalam memajukan kawasan di luar

Page 21: 19 lagi projek di bawah etp

bandar.

Tiga bidang utama yang akan diberi penekanan adalah meningkatkan pendapatan pekebun kecil,

merancakkan pembangunan usahawan dan mengutamakan pembangunan Orang Asli.

Bilangan jumlah penduduk luar bandar tahun ini dijangka berkurangan berbanding pada 20 tahun lalu sekali

gus menyebabkan pergantungan tinggi kepada tenaga pekerja asing. Berlakunya pengecilan pola  penduduk

setiap tahun di negara kita dan dengan ini menyebabkan pergantungan tinggi terhadap pekerja asing.

 

Pengurangan penduduk di luar bandar disebabkan proses migrasi ke bandar terutama golongan belia. Proses

migrasi ini disebabkan oleh faktor industrialisasi pesat di negara ini. Banyak industri- industri seperti sektor

perkilangan dan perusahaan yang pesat membangun pada masa sekarang. Ekoran daripada migrasi ini,

ladang-ladang terpaksa diusahakan oleh tenaga asing.

Ini merupakan cabaran kepada ekonomi Malaysia dalam meningkatkan produktiviti. Ini kerana kerja-kerja

kampung seperti pengusahaan padi dan menoreh getah kebanyakan diusahakan oleh golongan mereka

berusia 50 tahun ke atas. 

Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan telah memvariasikan program-program terutama aspek

pembangunan dan kemajuan di luar bandar terutama bagi aspek pertumbuhan ekonomi seperti dengan cara

mewujudkan pusat latihan kepada kerja tempatan di luar bandar. Dengan cara ini, boleh membantu

mempertingkatkan ekonomi negara.

Disunting daripada Bernama

MALAYSIA FTA

 

Malaysia's FTA Involvement

International trade is an important contributor to Malaysia 's economic growth and development. Malaysia 's

trade policy is to pursue efforts towards creating a more liberalizing and fair global trading environment.

While Malaysia continues to accord high priority to the rule-based multilateral trading system under the

World Trade Organisation (WTO), Malaysia is also pursuing regional and bilateral trading arrangements to

complement the multilateral approach to trade liberalisation.

Free Trade Agreements (FTAs) are generally aimed at providing the means to achieve quicker and higher

levels of liberalisation that would create effective market access between the participants of the FTA.

Traditionally confined to trade in goods, with the establishment of the WTO, trade in services has been

included in many FTAs.

Today, FTAs currently pursued with selected countries are not confined to liberalisation and market opening

measures alone. They are comprehensive and include investment, trade facilitation, intellectual property

rights (IPR) as well as economic cooperation in areas such as:

Page 22: 19 lagi projek di bawah etp

competition policy;

standards and conformity assessment;

information and communication technology;

science and technology;

education and training;

research and development;

financial cooperation;

Small and Medium Enterprises (SMEs) development; and

paperless trading.

Malaysia 's objectives in negotiating FTAs are to:

seek better market access by addressing tariffs and non-tariff measures;

further facilitate and promote trade, investment and economic development;

enhance the competitiveness of Malaysian exporters; and

build capacity in specific targeted areas through technical cooperation and collaboration.

Malaysia has concluded,signed or implemented four bilateral FTAs with the following countries:

Japan;

Pakistan;

New Zealand; and

Chile

At the regional level, Malaysia and its ASEAN partners have established the ASEAN Free Trade Area. ASEAN

has also concluded FTAs with China, Japan, Korea and India, as well as Australia and New Zealand.

Malaysia 's Free Trade Agreements

Malaysia-Japan

Malaysia-Pakistan

Malaysia-Chile

Malaysia-New Zealand

Page 23: 19 lagi projek di bawah etp

ASEAN-China

ASEAN-Japan

ASEAN-Korea

ASEAN-India

ASEAN-Australia and New Zealand

 

Free Trade Agreements under Negotiation

Malaysia-Turkey

Malaysia-Australia

Malaysia-European Union Free Trade Agreement (MEUFTA)

Trade Prefential System-Organisation of Islamic Conference(TPS-OIC)

Developing Eight (D-8) Preferential Tariff Agreement (PTA)

Trans-Pacific Partnership Agreement (TPP )

 PROGRAM PERUMAHAN 1MALAYSIA (PR1MA) TAWAR PINJAMAN SEHINGGA 105 PERATUS

Pembeli rumah di bawah Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) ditawarkan pinjaman sehingga 105

peratus oleh institusi kewangan terpilih dengan tempoh pembayaran balik sehingga 30 tahun selain

dikecualikan pembayaran duti setem untuk mengurangkan beban mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pendekatan itu selaras dengan aspirasi kerajaan

memastikan rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan sederhana, terutama di bandar dan pinggir

bandar, membabitkan isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000 sebulan. Katanya,

pinjaman ditawarkan sehingga 105 peratus supaya lebihan lima peratus diguna bagi membiayai kos insurans

dan yuran guaman.

Pembeli juga boleh mengeluarkan simpanan akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi

menampung sebahagian bayaran balik pinjaman.

Datuk Seri Najib turut mengumumkan penubuhan Perbadanan Program PR1MA, di bawah Pejabat Perdana

Menteri, bagi merancang dan menyelaras pembinaan projek itu di seluruh negara selain menentukan

pengagihan rumah kepada pemohon yang layak.

Akta khas sedang digubal mengenai penubuhannya dan akan dibentang di Parlimen pada sidang akan

datang.

Page 24: 19 lagi projek di bawah etp

Projek PR1MA yang dibangunkan menerusi usaha sama kerajaan-swasta ini adalah khusus untuk warga

negara Malaysia yang berpendapatan sederhana tetapi tidak lebih daripada RM6,000 sebulan tanpa mengira

mereka yang bekerja dengan kerajaan, swasta atau bekerja sendiri.

Harga seunit ditetapkan antara RM150,000 hingga RM300,000 mengikut lokasi.

Untuk projek fasa pertama di Presint 11, Putrajaya harga seunit bermula daripada RM120,000.

Hingga kini sebanyak 20 tapak strategik di Lembah Klang, Selangor dan Negeri Sembilan dikenal pasti bagi

pelaksanaan projek PR1MA, termasuk lapan projek yang dijangka bermula tahun ini dan tahun depan,

membabitkan 42,000 unit rumah strata dan kediaman bertanah.

Lokasi terbabit ialah Putrajaya; Cyberjaya; Bandar Tun Razak di Cheras dan Sungai Besi (Kuala Lumpur);

Putra Heights di Subang Jaya, Ara Damansara di Petaling, Bandar Bukit Raja di Klang, Elmina East dan Elmina

West di Shah Alam, Kota Elmina Di Sungai Buloh, Lagong Mas di Rawang (Selangor) serta Bandar Ainsdale di

Seremban dan Seremban Sentral (Negeri Sembilan).

Tapak pertama projek PR1MA di Presint 11 di sini akan menyediakan 560 unit rumah dengan keluasan

antara 815 kaki persegi (kps) hingga 1,006 kps di tapak seluas 1.9 hektar, lengkap dengan kemudahan

dewan serba guna, Taska, Tadika, surau dan tapak perniagaan serta kedai. 

Sumber : Berita Harian

Artikel dimasukkan pada 5 Julai 2011

 TIP MEMBELI-BELAH SECARA LESTARI

1.    Beli barang tempatan. Ini adalah kerana penggunaan api fosil dan pencemaran yang kurang kepada

alam sekitar.

2.    Elak membeli buah-buahan yang diproses (dalam tin)-kerana barangan ini biasanya  dibungkus secara

berlebihan dan mengandungi bahan perisa tambahan seperti garam, gula, pewarna dan perasa tiruan.

3.    Beli produk yang segar dan ditanam secara organik-tanam organik kurang memberikan kesan kepada

alam sekitar.

4.    Susu dan telur. Beli yang dibungkus dengan pembungkusan yang boleh di kitar semula (karton atau

botol kaca) dan telur yang dibungkus menggunakan pembungkusan yang di kitar semula.

5.    Bijirin- Beli kotak yang dibungkus dengan bahan yang boleh di kitar semula dan bahan yang di kitar

semula. Elakkan daripada membeli barangan mini(lebih banyak sisa), beli pembungkusan yang besar dan

simpan dalam bekas dengan betul.

6.    Minuman (air dalam botol, kotak jus dan minuman lain)-ada di antara minuman ini boleh dibuat di

rumah. Ia lebih murah dan memberikan impak yang sangat kecil kepada alam sekitar berbanding industri

pemprosesan minuman ini.

7.    Pasta, bijirin, serbuk kari-belilah produk yang diperoleh daripada pertanian lestari menggunakan Amalan

Pertanian Baik. Pilihan pengguna dalam barangan ini dapat mewujudkan perubahan yang ketara kerana

ianya adalah barangan yang digunakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

8.    Daging-pengurangan penggunaan daging akan mengurangkan sisa penternakan kerana permintaan

yang rendah.

9.    Barang berasaskan kertas-belilah produk yang dibungkus dengan kertas dan juga kertas yang di kitar

semula . jangan lupa untuk menggunakan kedua-dua belah kertas sebelum di kitar semula.

10.    Stirofom- elakkan penggunaan sirofom sekali gus. Benze (bahan karsinogen-boleh menyebabkan

kanser) merupakan bahan tambahan, ianya tidak boleh di biodegrasi dan boleh berada dalam tapak

pelupusan untuk jangka sama yang panjang. 

11.    Bahan pencuci-kebanyakan bahan pencuci adalah sangat toksik dan mengandungi bahan kimia yang

Page 25: 19 lagi projek di bawah etp

berbahaya. Beli satu jenis bahan pencuci yang mempunyai pelbagai fungsi. Jika terdapat bahan pencuci

mesra alam atau refill, belilah barangan ini.

12.    Bawa beg sendiri-ini akan mengurangkan beg plastik semasa membeli-belah

Sumber:  Harian Metro

SISTEM-SISTEM EKONOMI

Sistem Kapitalis

Sistem kapitalis merupakan satu sistem ekonomi yang wujud sejak kurun ke-19. Di antara ciri-ciri terpenting

sistem ini ialah ia mengamalkan dasar pasaran bebas dan pemilikan harta persendirian. Dalam sistem ini, 

manusia bebas mentadbir dan menggunakan sumber-sumber yang ada tanpa banyak campur tangan

daripada kerajaan. Kerajaan tidak mengawal sumber dan tidak juga menetapkan upah dan harga. Ini semua

ditentukan oleh permintaan dan penawarnya. Di bawah sistem ini , individu dan pihak lain termasuk syarikat

boleh memiliki harta, menjual dan memindahkannya dengan bebas. Namun begitu, untuk menjamin bahawa

sistem ini berjalan lancar dan tidak mempunyai sebarang unsur penindasan dan penipuan di antara pihak

pembekal dan pengguna, kerajaan dalam keadaan-keadaan tertentu boleh memainkan peranan dalam

pasaran. Biasanya penglibatan ini terhad kepada pengenalan serta pelaksanaan peraturan dan undang-

undang bagi menjamin kegiatan ekonomi dapat berjalan dengan teratur. Amerika syarikat adalah di antara

contoh negara yang mengamalkan sistem ini.

Sistem Ekonomi Sosialis

Sistem ini merupakan satu sistem yang mengenakan beberapa sekatan ke atas kuasa pasaran dan

pemilikan harta persendirian. Dalam sistem ini, kerajaan mengawal dan memiliki sumber-sumber keperluan

utama seperti bekalan elektrik, air, telekomunikasi, tenaga, industri-industri berat dan sumber-sumber

pertanian. Manakala pihak swasta atau persendirian pula hanya di benar mengendalikan dan memiliki

perniagaan-perniagaan kecil dan tidak penting. Dengan itu, kerajaan menguasai pasaran dan menjadi

peserta utama yang menetapkan upah harga dalam pasaran. Negara-negara yang mengamalkan sistem ini

adalah negara-negara Eropah Timur, Myanmar, Laos dan beberapa negara di Afrika.

Sistem Ekonomi Komunis

Sistem ini tidak mengiktiraf pemilikan harta persendirian dan mengetepikan langsung dasar pasaran bebas.

Segala pentadbiran, pemindahan dan pengagihan sumber semuanya adalah diuruskan oleh kerajaan. Rakyat

dan swasta tidak dibenarkan langsung menguasai sumber-sumber negara. Sebaliknya sumber-sumber

negara diagihkan kepada rakyat mengikut kehendak kerajaan. Sistem ini telah diamalkan oleh bekas

Kesatuan Soviet, Republik Rakyat China, Cuba dan sebahagian negara-negara Afrika. Sistem ini telah pun

runtuh di beberapa buah negara asta kehendak rakyatnya sendiri.

Sistem Ekonomi Campuran

Page 26: 19 lagi projek di bawah etp

Sistem ekonomi campuran merupakan satu sistem ekonomi hasil daripada campuran dia atara sistem

kapitalis dan sistem sosialis. Melalui sistem ini, kerajaan dan pihak persendirian atau swasta bekerjasama

untuk membentuk satu pasaran yang lebih adil. Dasar-dasar kerajaan digubal secara menyeluruh dan

merangkumi semua pihak termasuk pihak swasta atau persendirian. Kerajaan sebagai pentadbir walau

bagaimanapun boleh campur tangan dalam pasaran serta urusan ekonomi dan kewangan apabila keadaan

memerlukan.

Hak milik kerajaan dan persendirian akan digembleng untuk kebaikan rakyat. Walaupun kerajaan menjadi

pemilik kepada badan-badan utiliti tertentu tertentu  namun pihak swasta atau persendirian juga dibenarkan

terlibat dalam kegiatan-kegiatan perniagaan yang besar serta menjadi pemilik kepada industri-industri

gergasi yang penting di negara ini bahkan berbagai-bagai insentif diberikan untuk menggerakkan kegiatan

sektor swasta. Malaysia adalah di antara negara yang mengamalkan sistem ekonomi campuran.

Ekonomi Islam

Kegiatan ekonomi Islam merupakan satu kewajipan yang penting di dalam Islam. Tuntutan terhadap

ekonomi di dalam Islam adalah penting kerana Islam satu cara hidup yang menyatupadukan kehendak-

kehendak kebendaan dan rohaniah manusia.

Asas-asas ekonomi Islam terkandung di dalam Al-Quran dan juga sunah Rasulullah s.a.w. Daripada sumber-

sumber ini, ulamak-ulamak dan ahli-ahli ekonomi Islam telah mengupas beberapa prinsip sistem ekonomi

Islam. Prinsip-prinsip utama dirumuskan seperti berikut:

1. Konsep Pemilik Di benar Dan Khalifah

2. Integrasi Antara Nilai-Nilai Akhlak Dan Kegiatan Ekonomi

3. Sikap Positif  Terhadap Aktiviti Dan Pembangunan Ekonomi

4. Agihan Semula Kekayaan

5. Perkongsian Untung (Dan Rugi)

Sumber Maklumat: Kefahaman Ekonomi, Mustapha Mohamed

IMPLIKASI CUKAI, SUBSIDI KEPADA NEGARA

Cukai dan subsidi sering menjadi topik utama dalam perbahasan mengenai ekonomi Malaysia. Kedua-

duanya memberi kesan kepada sumber kewangan kerajaan dan rakyat secara langsung.

Semasa pembentangan Bajet 2010, kerajaan mengumumkan bahawa semua urus niaga penjualan hartanah

dikenakan cukai lima peratus.

Namun, kerajaan sekali lagi mengambil langkah untuk menarik balik cukai tersebut bagi penjualan hartanah

yang dimiliki melebihi lima tahun. Selain itu, semua hotel yang menjalankan proses pengubahsuaian akan

mendapat potongan cukai sebanyak 60 peratus bagi tempoh lima tahun. Kedua-dua pengumuman ini bakal

mengurangkan sumber pendapatan kerajaan.

Page 27: 19 lagi projek di bawah etp

Jadi aspek manakah yang lebih penting? Merancakkan sektor hartanah dan sektor pelancongan atau

memperolehi sumber pendapatan yang lebih melalui cukai?

Inilah satu keputusan yang cukup penting bagi mana-mana kerajaan. Keputusannya mestilah tepat dan pada

masa yang sama memberi kesejahteraan kepada rakyat. Jika kerajaan tidak mempunyai sumber yang

mencukupi, bagaimana pula kerajaan ingin "memulangkan kembali" kepada rakyat?

Maka, sekali lagi, kerajaan mengumumkan untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)

pada pertengahan tahun 2011.

Tahun ini sahaja, dianggarkan kutipan cukai bagi kerajaan berkurangan sebanyak RM2.7 bilion. Apabila GST

dilaksanakan nanti, kerajaan akan memperolehi pendapatan lebih kurang RM1 bilion.

Bagi rakyat, cukai adalah satu perkara yang boleh mengurangkan sumber kewangan mereka. Tetapi rakyat

juga perlu ingat, mereka bertanggungjawab untuk membayar cukai, jika tidak sesebuah kerajaan yang gah

macam mana sekalipun tidak mampu untuk melaksanakan semua dasar dengan lancar jika "ongkosnya"

tidak mencukupi.

Bayangkan juga terdapat individu yang tidak mahu membayar cukai. Mereka inilah golongan yang

berasakan hasil yang mereka perolehi tidak perlu disumbangkan kembali kepada kerajaan untuk

kesejahteraan rakyat. Jadi, sejauh manakah jumlah cukai yang rakyat sanggup bayar?

Bagi subsidi, perkara sama juga berlaku. Kerajaan sudah memberi beberapa petanda bahawa subsidi minyak

akan diberikan kepada golongan sasaran sahaja. Perkara ini amat menarik perhatian rakyat. Pertama,

tujuannya agar hanya golongan sasaran sahaja yang memperolehi subsidi minyak.

Kedua, kerajaan tidak lagi menanggung beban kewangan yang besar termasuk untuk memberi subsidi

kepada orang kaya dan juga warganegara asing. Namun, seperti biasa dua perkara yang amat dikhuatiri

oleh rakyat. Adakah benar golongan sasaran sahaja akan memperolehi manfaatnya kerana dikhuatiri

berlakunya ketirisan?

Ketiga, tidakkah harga barang akan meningkat seperti mana yang pernah berlaku pada tahun lepas, apabila

kerajaan meningkatkan harga minyak pada tahap tertinggi dalam sejarah. Inilah satu lagi dilema yang mana

kerajaan perlu membuat keputusan dengan tepat bagi memastikan segala perancangan dan strategi yang

benar-benar berkesan dapat dilaksanakan.

Topik subsidi bukan hanya terletak pada subsidi minyak sahaja, subsidi gula juga diperbincangkan sehingga

kerajaan sekali lagi mengumumkan bahawa subsidi gula tidak akan ditarik buat masa ini.  

Bermakna, sumber kewangan kerajaan akan digunakan untuk membayar subsidi tersebut. Akibatnya,

projek-projek lain untuk rakyat akan terkena tempiasnya.

Page 28: 19 lagi projek di bawah etp

Bagi penulis, tidak kiralah cukai dikenakan dan subsidi ditarik balik, yang pasti, kerajaan perlu berusaha

dengan lebih gigih untuk merealisasikan tiga perkara ini.

Pertama, usaha kerajaan untuk meningkatkan pendapatan rakyat pada tahap berpendapatan tinggi

merupakan satu inisiatif yang mengutamakan rakyat. Jika rakyat mempunyai pendapatan per kapita cukup

tinggi, maka rakyat tidak keberatan untuk membayar cukai dan subsidi yang ditarik.

Tetapi pendapatan sahaja tidak mencukupi jika perkara kedua, iaitu harga barangan berada pada tahap

yang sentiasa meningkat. Ambil sahaja contoh mudah harga barangan sebelum harga minyak naik pada

tahap tertinggi tahun lepas berbanding dengan masa sekarang.

Ini bermaksud, harga minyak amat memainkan peranan penting dalam menentukan harga barangan dan

akhirnya boleh memberi kesan kepada sumber kewangan rakyat. Maka, keputusan kerajaan untuk

memperkenalkan Akta Anti Mengaut Keuntungan Berlebihan merupakan satu lagi usaha yang bakal

mengekang harga barangan daripada dimanipulasi oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Akta ini diperkenalkan seiring dengan GST. Namun, apa yang rakyat inginkan sudah tentu dari segi

penguatkuasaan akta ini dengan cekap dan berkesan apabila sampai masanya.

Apa-apa pun dasar dan pengumuman mengenai cukai dan subsidi mestilah dilaksanakan secara lembut dan

berperingkat-peringkat agar rakyat boleh menerimanya. Jika terlalu mengejut dan rakyat sendiri tidak diberi

peluang untuk memberi maklum balas, rakyat pastinya berasakan tindakan itu tidak wajar dilaksanakan.

Satu cara untuk mendapatkan maklum balas rakyat ialah seperti mengadakan Hari terbuka Pelan

Transformasi Kerajaan untuk Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diadakan baru-baru ini. Satu

usaha yang mengembalikan "kuasa" rakyat untuk memberi maklum balas terhadap sebarang cadangan dan

tindakan kerajaan. Perkara ini perlu diteruskan secara konsisten.

Perkara ketiga berkaitan dengan mata wang Malaysia. Bagi menjadikan Malaysia negara maju, mata wang

kita juga sewajarnya kukuh dan bernilai tinggi berbanding mata wang negara lain.

Ketiga-tiga perkara inilah yang sewajarnya diberi perhatian segera untuk memastikan taraf hidup rakyat

berada pada tahap negara maju. Ketiga-tiga ini berkait langsung dengan kuasa beli rakyat.

Jika kuasa beli rakyat Malaysia cukup tinggi, cukai dan subsidi tidaklah begitu menggusarkan kerajaan

mahupun rakyat sebagaimana yang terjadi pada masa kini.

Penulis ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan, Kolej Perniagaan (COB), Universiti Utara Malaysia

Sumber:

Page 29: 19 lagi projek di bawah etp

Oleh: Rohami Shafie

Berita disunting daripada sumber : Utusan 

CABARAN EKONOMI DEKAD BARU

MALAYSIA memasuki dekad baru bermula tahun Masihi 2010 dan tahun Hijrah 1431 dalam keadaan ekonomi

global yang mencabar ekoran tergugatnya sistem kewangan negara maju.

Keadaan ini diakibatkan oleh lemahnya sistem tadbir urus dan kawalan sektor bank pelaburan (investment

bank) atau apa yang disebut sebagai ‘shadow banking’, khususnya di Amerika Syarikat (AS). Ia juga

disebabkan oleh sifat tamak haloba (greed) dan kurang berhemah (imprudences) di kalangan pihak

pengurusan.

Akibatnya ekonomi Malaysia dan juga negara-negara lain terjerumus dalam keadaan pertumbuhan negatif

pada tahun 2009. Kewibawaan kita untuk mengurus ekonomi negara sekali lagi diduga, selepas pengalaman

pahit tahun 1997/1998.

Dalam tempoh terdekat ini, ada tiga isu utama yang perlu diberi perhatian oleh pengurusan ekonomi negara.

Pertama, keperluan memantapkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kesan daripada

kemerosotan ekonomi global dalam 2009.

Kedua, usaha memantapkan kedudukan kewangan awam atau ‘public finance’ yang mengalami defisit sejak

1998. Dan ketiga, hasrat untuk merombak beberapa dasar bagi meningkatkan daya saing negara serta

membolehkan usaha mencapai model pertumbuhan berasaskan pendapatan (nilai tambah) yang tinggi.

Dalam isu pertama, kita boleh menimba pengalaman dari usaha mengatasi krisis ekonomi bagi tahun 1986

dan kegawatan tahun 1997/1998. Pada tahun 1986, negara telah terjejas oleh kejatuhan harga komoditi dan

kedudukan kewangan awam yang lemah. Kerajaan telah mengambil tindakan liberalisasi dan deregulasi

serta mengurangkan cukai dan mengawal perbelanjaan awam bagi memperbaiki iklim pelaburan swasta.

Kesannya, ekonomi tumbuh dengan sangat pesat pada kadar 8-9 peratus setahun sepanjang tempoh 1988-

1997.

Semasa kegawatan tahun 1997/1998 pula, atau apa yang selalu disebut sebagai ‘East Asian financial crisis’,

akibat aliran modal jangka pendek tidak terkawal (unregulated) di rantau ini serta serangan ke atas mata

wang serantau dan kegiatan ‘hedge fund’, tindakan kerajaan (menerusi MTEN) untuk mengawal modal

(capital control) dan penetapan mata wang (pegging of the Ringgit) serta meningkatkan permintaan agregat

menerusi perbelanjaan awam dan dasar kewangan (monetary) telah berjaya menstabilkan ekonomi negara.

Dengan dibantu oleh kedudukan pasaran eksport yang menggalakkan pada masa itu, Malaysia telah berjaya

keluar dari kegawatan ekonomi itu berasaskan kepada ‘formula’ sendiri, tanpa menggunakan preskripsi

Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).

Namun demikian, cabaran bagi mengatasi krisis ekonomi semasa (2009) menjadi lebih ketara. Kali ini,

Page 30: 19 lagi projek di bawah etp

hampir seluruh ekonomi dunia, termasuk China dan India tergugat dan terperangkap dengan kelembapan

dan ketidaktentuan ekonomi AS dan negara-negara maju lain, seperti Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun.

Dari itu, sektor eksport kurang memainkan peranan untuk memantapkan proses pemulihan ekonomi negara.

Dengan demikian, kesan Pakej Rangsangan Ekonomi sepenuhnya hanya berputar dalam sektor domestik.

Pasaran domestik kita pula tidak sebesar pasaran dalaman China, India dan juga Indonesia. Oleh itu, ia tidak

mampu memacu pertumbuhan positif bagi tahun 2009.

Kedua, kerajaan akan berdepan dengan cabaran mengawal perbelanjaan dan meningkatkan hasil (revenue).

Kemungkinan mengawal perbelanjaan terhad kerana beberapa jenis perbelanjaan operasi adalah wajib

disediakan (locked-in expenses) seperti emolumen, gaji dan elaun, geran kepada negeri-negeri (per

capitation grant) dan kerajaan tempatan, bayaran hutang awam serta beberapa subsidi yang sukar dirungkai

akibat penyediaannya yang sebegitu lama sehingga menjadikannya seperti satu amalan fiskal biasa.

Usaha mengurangkan subsidi-subsidi ini perlu dibuat secara komprehensif dan dilaksanakan berperingkat-

peringkat kerana penghapusannya akan menyebabkan satu kerumitan. Untuk membantu masyarakat,

kerajaan telah menyediakan subsidi seperti bantuan buku sekolah, biasiswa, kos perubatan di hospital dan

klinik awam yang sangat rendah, serta subsidi untuk bahan api (minyak petrol dan diesel). Manakala bagi

bidang industri pula, kerajaan memberi subsidi tenaga untuk industri, baja untuk pengeluaran padi dan

pengecualian dan potongan cukai (sistem galakan industri) untuk sektor pembuatan.

Fikirkan bagaimana sukarnya subsidi-subsidi ini boleh dirungkai dan dikurangkan dalam masa terdekat

setelah ia menjadi elemen penting dalam perkiraan cara hidup rakyat dan sistem pengeluaran negara.

Namun demikian usaha mengurangkan subsidi perlu diteruskan.

Dari perspektif hasil kerajaan pula, kesungguhan kerajaan untuk mengadakan ‘Goods and Service Tax’ (GST)

perlu disokong. Memang sudah sampai masanya kita mengurangkan cukai berasaskan pendapatan tetapi

bergerak maju ke arah cukai berasaskan penggunaan (consumption based tax).

Sebenarnya cadangan GST ini bukan baru. Ia pernah dicadangkan oleh Tun Daim Zainuddin dalam ucapan

Belanjawan 1987 bagi pelaksanaan tahun 1989.

Cukai GST adalah lebih cekap berbanding dengan cukai jualan dan ia kurang mempunyai unsur

‘arbitrariness’ yang terdapat dalam cukai jualan. Unsur penting dalam formula GST adalah ia jangan

dikenakan kepada barangan eksport serta barangan keperluan asas seperti makanan, pendidikan, dan

kesihatan. Skim ‘zero rating ' boleh dicadangkan bagi produk-produk ini.

Kita juga perlu menerima hakikat bahawa kesan GST ke atas inflasi memang wujud tetapi ia hanya berlaku

pada tahun pelaksanaan sahaja dan tidak selepas itu. Jika kesannya berlarutan selepas itu, ia bukan

disebabkan GST tetapi kelemahan sistem pasaran sendiri akibat tiadanya undang-undang persaingan dan

perdagangan adil (fair trade) di negara ini yang boleh membendung amalan perniagaan tidak beretika.

Page 31: 19 lagi projek di bawah etp

Satu cara bagi mengurangkan perbelanjaan negara adalah meneruskan peringkat kedua dasar penswastaan

yang meliputi inisiatif pembiayaan swasta bagi kegiatan awam yang pada ketika ini sudah boleh

dilaksanakan. Bagi dasar ini, yang pentingnya segala kelemahan pelaksanaan yang lalu perlu diperbaiki.

Kawal selia yang mantap boleh menjaga kepentingan sosial, manakala pemilihan syarikat berasaskan tender

terbuka mampu menyediakan perkhidmatan terbaik kepada kerajaan dan pembayar cukai.

Isu ketiga, meningkatkan daya saing dan melaksanakan pembangunan berteraskan ‘value added’ yang

tinggi. Usaha ini memerlukan pengorbanan semua pihak untuk membantu melaksanakan proses

transformasi sosial bagi melaksanakan beberapa perubahan dasar.

Perubahan dalam sistem subsidi, sistem kawalan harga, pembaikan sistem penyampaian (delivery system),

liberalisasi, peningkatan produktiviti dan kemahiran modal insan serta memperkayakan harta intelek negara

adalah antara perkara-perkara pokok dan utama yang perlu dilaksanakan secara serentak dan terancang.

Satu pelan tindakan perlu disediakan bagi merencanakan apa yang perlu dibuat dan diukur bagi setiap

pihak.

Kita juga perlu mencari model pertumbuhan baru yang mengimbangi antara pertumbuhan pendapatan pada

kadar yang tinggi dan aspek pengagihan (distribution) yang bersesuaian dengan kedudukan semasa. Dasar

pengagihan perlu diteruskan kerana ia merupakan dasar jangka panjang negara yang termaktub dalam

Rukun Negara (bahagian pertama) dan dalam sejarah kesefahaman antara kaum utama negara ini. Yang

pentingnya pelaksanaan dasar ini perlu disesuaikan dengan keadaan semasa.

Kita juga perlu merombak struktur industri perkhidmatan kepada industri yang membawa kepakaran dan

kemahiran yang canggih dan tinggi (seperti R&D, designing) serta mempunyai value added yang lebih

banyak untuk meningkat dan mempelbagaikan sumber KDNK serta mencanggihkan struktur guna tenaga

negara dan menghasilkan pendapatan per kapita yang lebih tinggi.

Keadaan dan corak industri sedia ada kurang mewujudkan kekayaan harta intelek negara. Yang demikian

akan melemahkan asas jangka panjang negara dalam bidang persaingan dan keupayaan mencapai

Wawasan 2020. 

Cabaran-cabaran ini tidak boleh diperlekehkan. Kita perlu berfikir dan mengambil tindakan yang jitu. Kita

perlu mengurangkan ‘politicking’ dan sebaliknya membantu kerajaan merencanakan pembangunan negara

ke arah kestabilan ekonomi, pembangunan mapan dan kesejahteraan rakyat serta kepentingan generasi

akan datang yang bakal berdepan dengan persaingan ketara di persada antarabangsa. Mereka memerlukan

warisan daripada kita berbentuk infrastruktur, harta intelek, pengalaman, dan modal sosial untuk dimajukan

seterusnya.

Untuk memastikan kejayaan mereka kelak, pembangunan modal insan sedia ada dan dasar pembangunan

mapan (sustainability) serta asas-asas pertumbuhan ekonomi perlu diperkukuhkan lagi. Budaya persaingan

yang sihat serta kerangka mental yang sentiasa ingin mencapai kecemerlangan perlu dipupuk dan

disemarakkan di bangku sekolah lagi. 

Page 32: 19 lagi projek di bawah etp

Memandangkan kita telah melangkah masuk ambang dekad baru dan tahun baru, Hijrah dan Masehi,

Malaysia mungkin tiada jalan lain selain menangani isu-isu di atas dengan penuh tabah dan keyakinan.

Masyarakat kita perlu bersedia untuk ‘berhijrah’ kepada pendekatan pembangunan yang baru bagi

pembangunan sosial yang lebih makmur, berimbang dan mapan.

Oleh:TAN SRI DR. SULAIMAN MAHBOB Berita disunting daripada sumber : Utusan Malaysia

LANGKAH-LANGKAH MEMPERKUKUHKAN DAYA TAHAN EKONOMI NEGARA

Sejak pembentangan Bajet 2009 pada 29 Ogos 2009, krisis kewangan global yang tercetus di Amerika Syarikat dan Eropah kini semakin ketara dan telah memberi impak negatif kepada ekonomi benar di peringkat global, termasuk Malaysia. Perkembangan ini sudah pasti akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi global dan perdagangan antarabangsa pada tahun 2009.

Dengan mengambil kira persekitaran ekonomi global yang mencabar ini, Kerajaan telah mengambil langkah tindak balas polisi bagi menangani krisis kewangan global ini. Ke arah ini, dasar pengembangan fiskal dilakukan memandangkan Negara mempunyai fleksibiliti untuk melaksanakan projek serta program berimpak tinggi berikutan daripada penjimatan subsidi minyak akibat penurunan harga minyak di peringkat global. Melalui penjimatan yang dijangkakan ini, pelbagai inisiatif melibatkan suntikan peruntukan sebanyak RM7 billion akan dilaksanakan bagi memangkinkan aktiviti ekonomi dalam negeri serta meransang aktiviti sektor swasta dan menjamin kesejahteraan rakyat.

Projek dan program yang dilaksanakan ini adalah selari dengan lima teras Misi Nasional dan juga selaras dengan tiga strategi khusus Bajet 2009, dalam usaha mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi Negara yang mapan dan menjamin kesejahteraan rakyat.

 

 Ekonomi Malaysia berkembang bersadarkan kepada beberapa faktor peningkatan ekonomi global, pertumbuhan pesat ekonomi domestik, sektor perbankan yang kukuh dan dasar

kerajaan yang sedang diamalkan

Page 33: 19 lagi projek di bawah etp

 

Pakej Perlaksanaan RM 7 bilion

Lima Teras Misi Nasional

Strategi Khusus Bajet 2009

 

Menjamin Kesejahteraan Rakyat

 

 

Membangunkan Modal

Insan Berkualiti

 

Memperkukuhkan Daya Tahan Negara

 

Membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana (RM1,200 juta)

 

  SPNB (Rumah Mesra Rakyat 6,500 unit

  JPN, KPKT (Program Perumahan Rakyat-4,000 unit

  PPRT KKLW(Program Bantuan)-15,000 unit

   

 

Menubuhkan Dana Program Latiahn Kemahiran

(RM 300 Juta)

 

 

 

Dana Pelaburan untuk menarik pelaburan swasta(RM1,500 juta)

 

Menjamin Kesejahteraan Rakyat

 

 

Membangunkan Modal Insan Berkualiti

 

Memeprkukuhkan Daya tahan Negara

 

Page 34: 19 lagi projek di bawah etp

Perlaksanaan projek perumahan terbengkalai oleh SPNB (RM 200 juta)

Membiayai program latihan kemahiran golongan belia di institusi latihan swasta (RM 200 juta)

Menaik taraf, membaik pulih dan menyenggara kemudahan awam seperti sekolah, hospital dan jalan raya (RM 500 juta)

 

 

Meyenggara dan memantapkan sistem pengangkutan awam di bandar utama (RM 500 juta)

 

Memperkasa golongan belia melalui program baru seperti rakan muda sekolah & rakan muda sektoral (RM100 juta)

 

 

Menaik traf, membaik pulih dan menyenggara jalan luar bandar, jalan kampung dan pertanian (RM 500 juta)

 

Menambah premis pernigaan untuk usahawan kecil dan sederhana di bawah MARA (rm 100 juta)

 

Memantapkan program pendidikan awal seperti PERMATA,Tadika, KEMAS, Tadika Perpaduan dan kelas pra-sekolah (RM 200 juta)

 

 

Menaik taraf, membaik pulih dan menyenggara balai dan kuaters polis serta kem dan kuaters tentera (RM 500 juta)

 

Program Peyenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) (RM 600 juta)

 

 

Bantuan Kewangan kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, mission schools, SJK Cina dan SJK Tamil (RM 200 juta)

 

 

Menyegerakan pelaksanaan Projek JalurLebar Berkelajuan Tinggi

(RM 400 juta)

RM 2,600 juta Rm 1,000 juta RM 3,400 juta

RM 7,000 juta

Page 35: 19 lagi projek di bawah etp

 

 

Selain pakej rangsangan RM 7 billion, langkah-langkah berikut juga akan dilaksanakan:

 Untuk meningkatkan keberkesanan perbelanjaan Kerajaan:

 Projek yang mempunyai kesan pengganda tinggi dan kandungan import yang rendah akan diutamakanPelaksanaan pendaftaran serta liputan penuh penerima bantuan kebajikan masyarakat berdasarkan tahap kelayakan baru akan dipercepatkan.Pengambilan kakitangan bagi jawatan yang kritikal dalam sektor awam secara kontrak akan dipercepatkan.

 Untuk menyediakan persekitaran perniagaan dan pelaburan yang kondusif serta penjanaan peluang pekerjaan yang mapan bagi sektor swasta:

Tanah Kerajaan di lokasi strategik akan dibangunkan secara usaha sama dengan sektor swasta dan GLC, yang juga akan mempelbagaikan hasil KerajaanDuti import bagi  simen dan keluaran besi keluli panjang bagi sektor pembinaan dan pembuatan akan dihapuskan, manakalaApproved Permit (AP) bagi keluaran besi keluli panjang juga dikecualikanPembelian hartanah komersil bernilai RM 500,000 atau lebih, untuk kegunaan sendiri, dibenarkan tanpa kelulusan FICDana tambahan sebanyak RM 200 juta akan disediakan bagi skim mikro kredit di bawah seliaan Bank Negra MalaysiaPermit kerja akan terus diberi kepada knowledge workerProses pengambilan professional, pengiktirafan kelayakan asing serta pengeluaran visa di bawah program pelanconagn kesihatan dan pendidikan dipermudahkanSyarikat GLC kan melaksanakan program Graduate Employability Management Scheme (GEMS) untuk melatih 12,000 graduan dalam tempoh 2 tahunMasa perniagaan pasar raya besar dan pusat membeli-belah dilanjutkan

Untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat dan mengekalkan permintaan dalam negeri:

Potongan caruman pekerja KWSP boleh dikurangkan secara mengekalkan sebanyak 3% selama 2 tahun, mulai 1 Januari 2009Had kelayakan pinjaman kereta bagi penjawat awam dipertingkatkanPinjaman perumahan bagi penjawat awam untuk hartanah di pasaran sekunder di mana hak milik strata belum dikeluarkan boleh dibenarkanTempoh bayaran balik pinjaman perumahan Kerajaan sedia ada dilanjutkan daripada 25 tahun kepada 30 tahun

Langkah-langkah di atas merupakan pakej ransangan yang komprehensif yang bukan sahaja disasarkan untuk menangani impak krisis kewangan global pada tahun 2009, malah meletakkan asas-asas yang kukuh bagi mengekalkan momentum pertumbuhan negara yang mapan demi

Page 36: 19 lagi projek di bawah etp

mencapi objektif Misi Nasional dan Wawasan 2020.

 Sumber Maklumat: Kementerian Kewangan Malaysia         

 MANAH SAHAM NASIONAL BERHAD (ASNB)

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah sebuah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad

(PNB) yang bertanggungjawab untuk mengurus tabung tabung unit amanah ASN, ASN 2, ASN 3, ASG-

Pendidikan, ASG- Kesihatan, ASG-Persaraan, ASB, ASW 2020, ASM dan ASD.

ASNB ditubuhkan pada 22 Mei 1979 untuk mengurus tabung unit amanah yang dilancarkan oleh PNB.

Selama lebih 25 tahun bertapak dalam industri ini, ASNB terus mengekalkan kedudukannya sebagai syarikat

pengurusan unit amanah utama di negara ini dengan memegang lebih 40% daripada jumlah keseluruhan

unit dalam edaran.

PRODUK ASNB

1) Skim Amanah Saham Nasional (ASN)

Dilancarkan pada 20 April 1981. Objektifnya adalah bagi menjana

pulangan yang berpatutan dalam bentuk modal kepada pemegang-pemegang

unit melalui pelaburan dalam kepelbagaian portfolio.

2) Amanah Saham Nasional 2 (ASN2)

Dilancarkan pada 9 Jun 1999. Objektifnya untuk memberi peluang kepada pemegang-pemegang unit untuk

mendapat pulangan dalam bentuk pengagihan pendapatan dan pulangan modal pada tahap risiko yang

berpatutan melalui pelaburan dalam kepelbagaian portfolio sekuriti, terutamanya dalam ekuiti sekuriti

Malaysia selaras dengan Suratikatan, Garis Panduan dan undang-undang sekuriti.

3) Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN3)

Dilancarkan pada 16 Oktober 2001. Objektifnya adalah untuk menjana pertumbuhan modal dalam jangka

masa sederhana hingga jangka masa panjang menerusi pelaburan dalam portfolio yang seimbang dan

melalui pelaburan semula pengagihan pendapatan, sekiranya ada.

4) Amanah Saham Gemilang (ASG)

Dilancarkan pada 17 mac 2003. Terdapat 3 tabung iaitu, ASG-Amanah Saham Pendidikan, ASG-Amanah

Saham Kesihatan dan ASG-Amanah Saham Persaraan

5) Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Dilancarkan pada 2 Januari 1990. Objektifnya adalah untuk menjana pulangan jangka panjang yang

kompetitif dan konsisten kepada pemegang- pemegang unit di samping memastikan pengekalan modal

pada tahap toleransi risiko yang minimum.

6) Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020)

Dilancarkan pada 28 Ogos 1996. Objektifnya adalah untuk memberi kadar pulangan yang berpatutan kepada

Page 37: 19 lagi projek di bawah etp

pemegang-pemegang unit menerusi pelaburan dalam portfolio terpilih yang terdiri daripada pelaburan yang

dibenarkan.

7) Amanah Saham Malaysia (ASM)

Dilancarkan pada 20 April 2000. Objektifnya adalah untuk memberi peluang kepada pemegang-pemegang

unit membuat pelaburan jangka panjang yang menjana pulangan yang kompetitif dan berterusan menerusk

pelaburan dalam portfolio yang dipelbagaikan.

8) Amanah Saham Didik (ASD)

Dilancarkan pada 20 April 2001. Objektifnya adalah untuk memberi peluang pelaburan yang dapat menjana

pulangan dan pertumbuhan pelaburan jangka panjang yang berpatutan kepada pemegang-pemegang unit.

9) Amanah Saham 1Malaysia (AS 1MALAYSIA)

Dilancarkan pada 31 Julai 2009. Objektif pelaburan AS 1Malaysia adalah untuk mendapatkan peluang

pelabuan yang menjana pendapatan yang konsisten dan berterusan di samping mengekalkan modal

pelaburan para pemegang unit di dalam tempoh jangka panjang melalui portfolio pelaburan yang

dipelbagaikan.

PROGRAM RASIONALISASI SUBSIDIRasionalisasi subsidi: Langkah berani demi masa depan

 

Page 38: 19 lagi projek di bawah etp

Carta diatas menerangkan kos semasa dan anjuran bagai barang asas pengguna  da perkhidmatan berikuatn rasionalisasi. subsidi bagi bahan bakar petrol, diesel dan LPG dan gula. Carta dibawah disusun Uit Pengurusan dan Penghantaran Prestasi Jabatan Perdana Menteri. Sila ambil perhatian bahwa ia adalah unjuran-perubahan kos mungkin berbeza

bergantung faktor lain. 

BERMULA 16 Julai 2010, subsidi bahan api, terutama petrol, diesel dan LPG juga gula akan dikurangkan

sebagai sebahagian daripada pelaksanaan berkala program rasionalisasi subsidi Malaysia. Langkah ini akan

memberikan impak minimum terhadap individu keluarga, tetapi kesannya pengurangan lebih daripada

RM750 juta perbelanjaan kerajaan di antara masa ini dan sehingga hujung tahun ini.

APAKAH SUBSIDI?

Page 39: 19 lagi projek di bawah etp

Ia adalah bantuan kewangan disediakan kerajaan bagi memastikan harga bagi beberapa barangan dan

perkhidmatan berpatutan untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan barangan dan perkhidmatan

berkenaan.

 

APAKAH TAHAP CADANGAN PELAKSANAAN RASIONALISASI SUBSIDI?

Pengurangan subsidi bahan api dan gula adalah langkah pertama dalam pelaksanaan rasionalisasi berkala

yang lebih besar. Untuk masa akan datang, tambahan dan perubahan yang sepatutnya akan dilakukan

terhadap program subsidi ini.

 

APAKAH YANG AKAN BERLAKU JIKA KITA TIDAK MERASIONALISASIKAN SUBSIDI?

Jika subsidi berterusan pada tahap sekarang, kita mungkin akan menghadapi beberapa masalah:

Hutang kerajaan akan meningkat – hutang Malaysia telah berkembang sebanyak lebih 10 peratus sejak

1997. Kita mesti mengurangkan perbelanjaan bagi memastikan kita mempunyai sumber yang mencukupi

bagi pelaburan masa hadapan.

 Ia akan melambatkan aspirasi kebangsaan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi dan ekonomi maju

pada 2020.

Ia akan mengurangkan daya tarikan di kalangan pelabur asing – syarikat antarabangsa lebih tertarik kepada

negara yang menyediakan peluang perniagaan yang sama dan menggunakan sepenuhnya harga pasaran.

Pelaburan asing terhadap kilang dan perniagaan menyediakan pekerjaan dan peluang kepada rakyat

Malaysia.

Oleh kerana rasionalisasi subsidi berkaitan dengan perancangan transformasi secara keseluruhan, tidak

melakukan rasionalisasi subsidi bukanlah satu pilihan.

 

APAKAH YANG BERUBAH DAN APA TIDAK BERUBAH?

Subsidi terhadap barangan pengguna perlu seperti pendidikan dan kesihatan akan kekal – subsidi diperkenal

bagi membolehkan barangan keperluan utama dan perkhidmatan boleh didapati pada harga yang

berpatutan, selain perkhidmatan kesihatan dan masa depan rakyat Malaysia. Untuk itu, kerajaan tidak akan

mengurangkan subsidi untuk barangan pengguna yang penting, termasuk pendidikan dan kesihatan.

Kerajaan hanya melakukan rasionalisasi – dengan pengurangan ini pun, kerajaan tetap membelanjakan kira-

kira RM7.82 bilion pada 2010 terhadap subsidi.

Ini adalah langkah pertama terhadap pelaksanaan berkala terhadap usaha rasionalisasi lebih besar – untuk

masa hadapan, tambahan, berkala dan perubahan sepatutnya akan dilakukan terhadap rejim subsidi

kerajaan bagi memastikan Malaysia dapat mencapai sasaran pembangunannya dan masih menyediakan

keperluan rakyat Malaysia.

 

Page 40: 19 lagi projek di bawah etp

TERDAPAT PELBAGAI SEBAB PERUBAHAN INI

Program subsidi pada masa ini menjadi tidak lagi efektif dalam membantu mereka yang benar-benar

memerlukannya – program subsidi kerajaan menjadi tidak berkesan dalam membantu rakyat Malaysia yang

kurang bernasib baik, dengan terlalu banyak kemudahan mengalir kepada golongan kaya, warga asing dan

perniagaan besar.

 

Ini adalah perkara berkaitan ekonomi fiskal – pengurangan membolehkan Malaysia mengurangkan defisit

dan mencapai sasaran pembangunan – Malaysia perlu menguruskan dan mengurangkan defisit. Di waktu

kita mempunyai polisi yang tepat untuk memandu kepada kemajuan, polisi yang membantu kita mencapai

pertumbuhan 10.1 peratus pada suku pertama 2010, kita juga perlu mengurangkan perbelanjaan bagi

memastikan kita mempunyai sumber mencukupi untuk melabur pada masa hadapan.

 

Mengurangkan perbelanjaan membolehkan pelaburan terhadap masa hadapan Malaysia – perbelanjaan

subsidi kita menjadi penghalang bagi mencapai sasaran kita menjadi negara berpendapatan tinggi pada

2020. Pengurangan dalam perbelanjaan kerajaan ini membolehkan Malaysia melabur untuk masa

hadapannya – bagi pendidikan, kesihatan, infrastruktur, pembangunan masyarakat, latihan dan mewujudkan

pekerjaan – pelaburan yang menyediakan kemudahan berterusan untuk generasi kini dan masa depan.

 

RASIONALISASI SUBSIDI ADALAH KOMPONEN PENTING TERHADAP AGENDA PEMBAHARUAN YANG

LEBIH BESAR

Langkah ini sebahagian pelaksanaan Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia Ke-10 – rasionalisasi

subsidi adalah satu daripada beberapa langkah dalam Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia ke-10.

Dengan melaksanakan langkah ini yang mana seperti dikatakan Perdana Menteri akan “memperbaiki tahap

kompetitif dan kebolehan pasaran... dan akan memastikan penggunaan sumber yang optimum,” Malaysia

sudah mengambil langkah konkrit terhadap pelaksanaan inisiatif pembaharuan ini.

 

KEPUTUSAN INI BUKANLAH MUDAH TETAPI SELEPAS MENJALANKAN KAJIAN MENYELURUH DAN

INPUT DARIPADA ORANG AWAM, KITA PERCAYA INI ADALAH LANGKAH YANG BETUL

Ini adalah langkah bersama yang diputuskan kerajaan dan rakyat – langkah ini dipersetujui Kabinet sebulat

suara, tetapi ia tidak dilakukan kerajaan secara bersendirian. Melalui proses Makmal dan Hari Terbuka,

ribuan rakyat Malaysia memberikan input terhadap keputusan ini, selepas mereka mengikuti lain-lain

inisiatif, termasuk Program Transformasi Kerajaan dan sekarang Bidang Keberhasilan Utama yang mana

makmal sedang berlangsung.

 

BEBERAPA PERUBAHAN AKAN DILAKUKAN SERTA-MERTA

Page 41: 19 lagi projek di bawah etp

Pengurangan dalam subsidi bahan api dan gula – berkuatkuasa 16 Julai 2010, subsidi bahan api dan gula

akan diubah. RON95, subsidi dikurangkan 5 sen seliter, RON97, tidak lagi menerima subsidi. Ia akan

diapungkan yang mana harga ditentukan mekanisme harga automatik.

 

Diesel, subsidi dikurangkan sebanyak 5 sen seliter bagi sektor yang mendapat subsidi. LPG, subsidi

dikurangkan 10 sen sekilogram, gula, subsidi dikurangkan 25 sen mengikut perubahan harga.

 

KENAPA BAHAN API DAN GULA

Kami mengurangakn subsidi bagi gula dan bahan api kerana dengan mengurangkan subsidi bahan api

dijangka memberi impak besar kepada perbelanjaan negara, manakala subsidi gula pula membolehkan kita

mempromosi gaya hidup sihat.

Pengurangan subsidi bahan api (petrol, diesel dan LPG) mempunyai kesan kecil kepada rakyat tetapi

memberi impak besar kepasa kerajaan bersandarkan penggunaan perkapita negara yang berniali tinggi

seperti petrol yang dianngarkan berniali 13.4 billion liter pada 2010.

Dengan pengurangan subsidi sebanyak satu sen bagi setiap harga jualan petrol, membolahkan kerajaan

mengurangkan perbelanjaan sebanyak RM134 juta.

Faedah subsidi bahan api tidak lagi masuk dalam poket golongan yang tidak memerlukan seperti warga

asing yang memiliki kenderaan dengan enjn berkapaiti besar.

Kos gula yang rendah di Mlaysia menyebabkan terlebih penggunaan yangmenyumbang kepada peningkatan

105 peratus (dari 1996 ke 2006) rakyat Malaysia yang berat badan berlebihan dan obesiti - jumlah ini

merangkumi 40 peratus dariapad populasi penduduk. Setiap tahun kita berdepan lima peratus peningkatan

kes diabetes dan hampir 1.4 juta penduduk Malaysia sekarang menghidap penyakit itu.

TAMBAHAN PULA, SUBSIDI INI DIPILIH KERANA:

• Kita perlu meningkatkan sasaran sumber-sebahagian besar subsidi ini menguntungkan pihak yang salah

dan tidak cukup membantu mereka yang memerlukan.

Page 42: 19 lagi projek di bawah etp

• Subsidi gula menguntungkan industri dan bukannya keluarga .

• Warga asing dan golongan kaya mendapat manfaat sama rata, mereka yang memandu kereta import

menerima subsidi sama dengan orang menunggang motosikal atau memandu kancil.

• Lebih dua pertiga subsidi bahan api dipelopori golongan pertengahan, berpendapatan tinggi serta warga

asing manakala kurang daripada satu pertiga dapat dimanfaatkan golongan yang memerlukan harga lebih

murah.

• Kira-kira 70 peratus subsidi LPG disalahgunakan oleh bisness bukannya isi rumah, bermakna sebahagian

besar perbelanjaan kerajaan terhadap LPG tersalah arah.

• Penggunaan bahan api dan gula secara berlebihan membahayakan kesihatan dan keselamatan kita. Kita

menggunakan terlalu banyak gula dan bahan api yang boleh memberikan kesan negatif.

• Malaysia mencatat penggunaan bahan bakar per kapita tertinggi di wilayah ini. Berdasarkan penggunaan

sekarang, kita akan menjadi pengimport bahan bakar. Ia memberi kesan kepada tenaga, ekonomi dan

keselamatan negara kita.

• Harga gula yang rendah di Malaysia menyebabkan penggunaan berlebihan dan menyumbang peningkatan

105 peratus sejak 1996 hingga 2006 dari segi jumlah rakyat yang terlebih berat atau obesiti iaitu kini lebih

berat atau obesiti iaitu kini lebih 40 peratus.

• Kita menyaksikan peningkatan lima peratus kes diabetes setiap tahun dan kini 1.4 juta rakyat mengalami

penyakit itu.

• Penyeludupan dan penyalahgunaan barang subsidi memesongkan sumber kerajaan-di sebalik membantu

golongan memerlukan, harga murah barangan subsidi menyebabkan sebahagiannya dieksploitasi oleh

penyeludup untuk mengaut keuntungan.

• Harga bahan api dan gula di Malaysia paling murah di rantau ini (lihat cara untuk maklumat tambahan).

• Penyeludupan menjadi masalah semakin membimbangkan – di sebalik membantu golongan memerlukan,

harga murah barangan subsidi dieksploitasi penyeludup yang membawanya melepasi sempadan untuk dijual

di negara jiran.

• Penyeludupan menjadi masalah semakin membimbangkan-penguatkuasaan undang-undang menemui

lebih 200 metrik tan gula dalam 109 tangkapan berhubung penyeludupan pada 2009 dan pada 2008,

dianggarkan dan pada 2008, dianggarkan RM628 juta subsidi diesel untuk nelayan dijual kepada warga

asing. 

APAKAH KESAN PENYELARASAN SUBSIDI KE ATAS KELUARGA DAN SAYA?

Carta di bawah menjelaskan jangkaan kos semasa ke atas barangan asas pengguna dan perkhidmatan serta

diikuti penjelasan berhubung subsidi ke atas bahan api (petrol, diesel dan LPG) dan gula.

Carta ini dikira dan dikumpul oleh Pengurusan Pencapaian dan Unit Penyerahan, Jabatan Perdana Menteri.

Perlu diingatkan bahawa ini adalah sasaran saja, kos mungkin berbeza bergantung kepada keadaan dan

faktor lain.

Carta ini  – Jangkaan perubahan harga untuk barangan berikutan penyelarasan subsidi bahan api - CPI=0.3

peratus

Berikutan kenaikan harga gula sebanyak 25 sen, kos tambahan ke atas segelas teh tarik adalah 1.25 sen.

Harga baru teh tarik berikutan pengurangan subsidi bahan api dan perubahan harga adalah pada RM1.0155.

 

BAGAIMANAKAH HARGA BAHAN API DAN GULA DI MALAYSIA BERBANDING NEGARA JIRAN?

Page 43: 19 lagi projek di bawah etp

Carta dibawah menunjukkan garis panduan perbandingan kos bahan api (petrol dan diesel) dan gula,

berikutan perubahan harga efektif 16 Julai 2010 di Malaysia dan negara lain di rantau ini.

Fakta kunci dan angka:

Carta diatas menunjukkan garis panduan, fakta kunci dan angka berhubung penyelarasan ukuran subsidi.

Berdasarkan pemantauan kerajaan, subsidi yang dibelanjakan pada 2010 ke atas bahan api (petrol, diesel

dan LPG) dan gula adalah sebanyak RM8.6 bilion tanpa penyelarasan.

Dengan pelaksanaan penyelarasan subsidi bermula 16 Julai 2010, jumlah kos keseluruhan subsidi yang

dikekalkan untuk 2010 dapat dikurangkan kepada RM7.82 bilion, pengurangan perbelanjaan dijangkakan

lebih RM750 juta.

 

 

 

Nota:

1. Pengurungan subsidi berdasarkan statistik penggunaan dari Januari hingga Jun 2010 oleh Kementerian

Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengangkutan.

Page 44: 19 lagi projek di bawah etp

 

2. Petrol RON97 bergantung kepada pengurusan pengapungan, iaitu harganya akan ditentukan menerusi

mekanisme harga automatik (APM) tanpa subsidi.

 

3. Pengerusi pegurangan subsidi bagi RON97 beradsarkan subsidi purata 14.8 sen per liter dari tempoh

Januari hingga Jun 2010. Ia digunakan sebagai asas pengiraan bagi baki 5.5 bulan untuk 2010.

 

4. Pengiraan bagi harga pengurusan pengapunagn untuk RON97 bermula RM2.10 seliter berdasarkan APM

dan mengambil kira kedudukan roduk di anatara RON95 dan RON97.

 

5.Kad fleet diberikan untuk kenderaan pengangkutan seperti bas sekolah, bas henti, kargo, lori, kontena dan

bot sungai diberikan subsidi istimewa iaitu harga lebih rendah berbanding herag di pam iaitu

RM1.43 berbanding RM1.70.

Sumber: Berita Harian Dan Harian Metro, 17 Julai 2010