malaysia : laporan prestasi pelaburan - mida.gov.my .aliran pelaburan global 105 ... program...

Download MALAYSIA : Laporan Prestasi Pelaburan - mida.gov.my .Aliran Pelaburan Global 105 ... Program Transformasi

Post on 15-Mar-2019

226 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

MALAYSIA : Laporan Prestasi Pelaburan 2016

MALAYSIA :Laporan Prestasi Pelaburan

Mem

perkukuhkan Mom

entum Pertum

buhanMemperkukuhkan Momentum Pertumbuhan

SERANGKAP KATA DARIPADA MIDAGambaran Keseluruhan Ekonomi Global dan Pertumbuhan Pelaburan 9Senario Pelaburan Global 10Gambaran Keseluruhan Prestasi Pelaburan Di Malaysia Bagi Tahun 2016 12

PELABURAN DALAM SEKTOR UTAMAPRESTASI DALAM SEKTOR PERKILANGAN . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 15Gambaran Keseluruhan Projek Diluluskan 15Projek Berintensif Modal 15Projek Diluluskan Mengikut Industri 15Projek Berorientasikan Eksport 16Peluang Pekerjaan 16Projek Diluluskan Berdasarkan Pemilikan 16Projek Diluluskan Mengikut Lokasi 18Projek Perkilangan Yang Dilaksanakan 18

PRESTASI MENGIKUT INDUSTRI . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 20Elektrik dan Produk Elektronik 20Peralatan Pengangkutan 23Aeroangkasa 24Pembinaan dan Pembaikan Kapal 25Industri Rel 26Jentera dan Peralatan 26Industri Fabrikasi Logam & Sokongan Kejuruteraan 30Produk Logam Asas 34Tekstil Dan Produk Tekstil 36Produk Mineral Bukan Logam 38Peralatan Perubatan 39Farmaseutikal 41Bioteknologi 44Pertanian dan Pemprosesan Makanan 45Produk Minyak Sawit 47Biojisim Sawit 48Produk Petroleum (termasuk Produk Petrokimia) 48Kimia dan Produk Kimia 50Industri Plastik 50

KANDUNGANMemperkukuhkan Momentum Pertumbuhan

Oleokimia 51Produk Getah 51Kayu dan Produk Kayu 52Kertas, Percetakan dan Penerbitan 52

PRESTASI SEKTOR PERKHIDMATAN . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 54Gambaran Keseluruhan 54Jejak Operasi Global di Malaysia 54Trend untuk Dilihat 55Prestasi Mengikut Industri: Pertubuhan Global Diluluskan 55Pusat Pengurusan Perbendaharaan (TMC) 59Perkhidmatan Sokongan 59Teknologi Hijau 61 Tenaga Boleh Diperbaharui 62Kecekapan Tenaga/Penjimatan Tenaga 63Perniagaan dan Perkhidmatan Profesional 64Huluan Minyak dan Gas 67Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan 68Perkhidmatan Pendidikan 69Pelancongan (termasuk Hotel) 70Syarikat Berstatus MSC 70Hartanah (Perumahan) 70Pengangkutan 70Telekomunikasi 71Utiliti 71Perkhidmatan Kewangan 72Perdagangan Pengedaran 72 PELABURAN DALAM SEKTOR UTAMA . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 73Prestasi Subsektor Utama 73Pertanian 73Perlombongan 73Perladangan dan Komoditi 73

KOLABORASI KE ARAH PENARIKAN PELABURAN BERKUALITI KORIDOR-KORIDOR WILAYAH . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 75Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) 75Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) 77Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) 79Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) 82Pihak Berkuasa Pembangunan dan Pelaburan Ekonomi Sabah (SEDIA) 83

MALAYSIA : LAPORAN PRESTASI PELABURAN 2016

AGENSI PELABURAN LAIN . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 86Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) 86InvestKL 88Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) 90Perbadanan Bioekonomi 91Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) 92CREST 95

MASA DEPAN PELABURAN DI MALAYSIA PERKILANGAN PINTAR . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 99Kemudahan Dan Peluang 100- FTA/Geran/Insentif/BakatIndustri Automasi / Transformasi Intensif Buruh 103

TINJAUAN PELABURANEKONOMI MALAYSIA BERDAYA TAHAN . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 104Aliran Pelaburan Global 105Produktiviti dan Daya Saing 106

PELABURAN BERJAYA . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 108

LAMPIRAN . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 122

Memperkukuhkan Momentum Pertumbuhan

Serangkap Kata daripada MIDA8

SERANGKAP KATA DARIPADA MIDA 11

MALAYSIA : LAPORAN PRESTASI PELABURAN 2016

Serangkap Kata daripada MIDASerangkap Kata daripada MIDA 9

GAMBARAN KESELURUHAN EKONOMI GLOBAL DAN PERTUMBUHAN PELABURAN Pelbagai cabaran ekonomi yang serius telah menyebabkan pertumbuhan ekonomi global kekal perlahan pada unjuran sebanyak 3.1 peratus pada tahun 2016. Harga minyak rendah yang berpanjangan, ketidaktentuan disebabkan oleh Brexit, perubahan dalam dasar ekonomi dan perdagangan yang akan digunapakai oleh Presiden baharu Amerika Syarikat (AS), harga komoditi yang rendah serta bencana alam yang berulang adalah di antara isu yang memberi impak kepada pembangunan ekonomi global. Pemulihan global yang sederhana sebanyak 3.4 peratus diunjurkan bagi tahun 2017. Sebagai peringatan, peningkatan dalam senario ekonomi global adalah lebih kepada kestabilan ekonomi berbanding kebangkitan ekonomi.

Menurut UN WorldEconomic Situation andProspects (WESP) 2017, negara-negara membangun akan terus menjadi pemacu utama pertumbuhan global, menyumbang sebanyak 60 peratus daripada pertumbuhan keluaran kasar dunia bagi tahun 2016-2018. Asia Timur dan Asia Selatan akan kekal sebagai rantau paling dinamik di dunia, hasil daripada permintaan domestik yang kukuh dan dasar makroenomi yang membantu. Pasaran-pasaran baru muncul dan ekonomi membangun dijangka mengimbangi sebahagian daripada pertumbuhan negara ekonomi maju yang perlahan. Usaha imbangan semula China ke arah pertumbuhan yang lebih mampan dalam sektor perkhidmatan dan penggunaan domestik dijangka akan menjadi pemacu utama dengan jangkaan pertumbuhan sebanyak 6.2 peratus. Sementara itu, India dijangka akan mengekalkan momentum

pertumbuhannya sebanyak 7.6 peratus dengan peningkatan perbelanjaan swasta selain daripada pertumbuhan kukuh dalam sektor perkhidmatan dan pertanian. Di samping itu, kebanyakan anggota Association of Southeast AsianNations (ASEAN) dijangka mencatatkan pertumbuhan yang lebih tinggi disebabkan oleh pelaburan dalam infrastruktur dan kadar penggunaan yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, keadaan tidak menentu yang timbul disebabkan oleh cabaran persekitaran dan situasi selain daripada ketidaktentuan dasar mungkin mengekang ekonomi global. Isu-isu yang timbul pada tahun 2016 seperti Brexit, pilihan raya presiden AS, harga minyak rendah yang berterusan, harga komoditi rendah, tekanan mata wang dan ketegangan geopolitik mungkin akan berterusan pada tahun 2017. Ketidaktentuan politik yang terhasil daripada referendum pasca Brexit dan dasar pentadbiran Trump yang masih belum diketahui.

Memperkukuhkan Momentum Pertumbuhan

Serangkap Kata daripada MIDA10

3000

Kesuluruhan DuniaEkonomi majuEkonomi membangun Ekonomi peralihan

2500

2000

1500

1000

500

02005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016

57%$1.52tn-13%

$1.52tn-13%

$872-9%

$600-20%

$52+38%

Sumber: UNCTAD.*Anggaran awal. Nota: Kecuali pusat kewangan luar pesisir Carribean.

Rajah 1: Aliran masuk FDI: global dan kumpulan ekonomi, 2005-2016 (Bilion US dollar)

Pelaburan Berkualiti di MalaysiaEkonomi Malaysia dijangka akan terus berkembang walaupun persekitaran luaran mencabar. Sebagai sebuah ekonomi terbuka, Malaysia tidak imun dari ketidaktentuan luaran, walau bagaimanapun pembaharuan ekonomi dan kewangan serta dasar-dasar sedikit sebanyak menampan impak luaran yang mencabar.

Asas ekonomi negara kekal kukuh dengan pasaran buruh yang stabil, inflasi yang terkawal, rizab antarabangsa yang kuat dan sistem kewangan mantap untuk menyokong momentum berterusan dalam pertumbuhan ekonomi.

Malaysia terus menggunapakai pendekatan yang lebih fokus dan khusus dalam menarik pelaburan berkualiti dalam teknologi tinggi, industri modal intensif dan berintensifkan pengetahuan; industri bernilai tambah tinggi; aktiviti R&D selain dari bidang pertumbuhan baru, seiring dengan usaha Kerajaan untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020.

Dalam hal ini, MIDA akan memberikan tumpuan untuk memanfaatkan pembangunan megatrend dan perkilangan pintar terhadap produk-produk sasaran dengan kemajuan teknologi dan aplikasi produk baru serta memberi tumpuan kepada aktiviti R&D bernilai tinggi dan Internet of Things (IoT). Usaha-usaha ini adalah untuk menggalakkan pelabur dan pengilang asing dan tempatan untuk mengubah landskap perkilangan Malaysia dan meningkatkan rantaian nilai dengan pelaburan berkualiti

yang menggabungkan inovasi berteknologi tinggi.

Dengan persaingan dari negara-negara jiran yang mempunyai populasi yang lebih besar, Malaysia tidak mampu untuk bergantung sepenuhnya kepada kos tenaga kerja yang rendah tetapi perlu lebih maju ke hadapan dengan pelaburan berkualiti dalam perkilangan pintar. Selaras dengan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11), MIDA akan fokus kepada menggalakkan produk khusus dan lebih kompleks bagi sektor perkilangan. Inisiatif strategik ini telah mengenalpasti tiga subsektor pemangkin iaitu E&E, Jentera dan Peralatan dan Bahan Kimia selain dari dua subsektor pertumbuhan iaitu Aeroangkasa dan Peralatan Perubatan. Subsektor pemangkin dan pertumbuhan 3+2 ini juga telah dikenalpasti untuk meningkatkan aktiviti eksport syarikat-syarikat perkilanga