pertanian r1

38
Pertanian ialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan, dan perhutanan. Ia merupakan perkembangan utama yang membawa kepada kebangkitan tamadun, dengan penanaman dan penternakan mewujudkan lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan masyarakat yang lebih padat dan berstrata. Kajian pertanian dikenali sebagai sains pertanian. Pertanian merangkumi pelbagai bidang dan teknik, termasuk cara meluaskan tanah untuk bercucuk tanam dengan membina terusan air dan bentukpengairan yang lain. Penanaman tanaman di tanah suai tani dan penternakan haiwan di kawasan ragut merupakan asas pertanian. Pada abad yang lalu, pengenalpastian dan pengkuantitian pelbagai bentuk pertanian telah menjadi perkara yang dipentingkan. Di dunia maju, julat bentuk tersebut biasanya terbentang antara pertanian mampan (misalnya, permakultur dan pertanian organik) dan pertanian intensif (misalnya, pertanian perindustrian). Agronomi (ilmu pertanian) moden, pembiakbakaan tumbuhan, racun perosak, dan baja, serta juga peningkatan teknologi telah menambah hasil tanaman secara mendadak tetapi pada waktu yang sama, sangat menjejaskan ekologi dan kesihatan manusia. [1] Pembiakbakaan pilihan dan amalan moden penternakan seperti penternakan babi intensif (dengan amalan yang serupa juga dipergunakan untuk ayam) juga meningkatkan keluaran daging, tetapi menimbulkan rasa bimbang tentang kekejaman haiwan dan kesan kesihatan antibiotik, hormon pertumbuhan, dan bahan kimia yang lain yang umum digunakan dalam pengeluaran daging perindustrian. [2] Keluaran pertanian utama secara umum boleh digolongkan kepada makanan, gentian, bahan api, bahan mentah, bahan farmaseutik, danperangsang, serta beraneka jenis keluaran hiasan dan lepa hiasan yang eksotik. Pada 2000-an, tumbuhan telah ditanam terutamanya untuk menghasilkan: biobahan api, bahan farmaseutik, [3] bahan biofarmaseutik, dan bioplastik; [4] makanan, misalnya bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan, dan daging; gentian, misalnya kapas, bulu biri-biri, hem, sutera, dan flaks; bahan mentah, misalnya kayu gergaji, dan buluh; perangsang, misalnya tembakau, alkohol, candu, kokaina, dan digitalis; biobahan api, misalnya metana (daripada biojisim), etanol, dan biodiesel; keluaran hiasan, misalnya bunga potong, dan tumbuhan semaian, serta juga ikan dan burung tropika untuk perdagangan haiwan kesayangan; dan

Upload: zainuddin-busu

Post on 19-Jan-2016

47 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pERTANIAN

TRANSCRIPT

Page 1: Pertanian R1

Pertanian ialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan,

dan perhutanan. Ia merupakan perkembangan utama yang membawa kepada

kebangkitan tamadun, dengan penanaman dan penternakan mewujudkan lebihan makanan dan

seterusnya membolehkan pembangunan masyarakat yang lebih padat dan berstrata. Kajian

pertanian dikenali sebagai sains pertanian.

Pertanian merangkumi pelbagai bidang dan teknik, termasuk cara meluaskan tanah untuk

bercucuk tanam dengan membina terusan air dan bentukpengairan yang lain. Penanaman

tanaman di tanah suai tani dan penternakan haiwan di kawasan ragut merupakan asas pertanian.

Pada abad yang lalu, pengenalpastian dan pengkuantitian pelbagai bentuk pertanian telah

menjadi perkara yang dipentingkan. Di dunia maju, julat bentuk tersebut biasanya terbentang

antara pertanian mampan (misalnya, permakultur dan pertanian organik) dan pertanian

intensif (misalnya, pertanian perindustrian).

Agronomi (ilmu pertanian) moden, pembiakbakaan tumbuhan, racun perosak, dan baja, serta

juga peningkatan teknologi telah menambah hasil tanaman secara mendadak tetapi pada waktu

yang sama, sangat menjejaskan ekologi dan kesihatan manusia.[1] Pembiakbakaan pilihan dan

amalan moden penternakan seperti penternakan babi intensif (dengan amalan yang serupa juga

dipergunakan untuk ayam) juga meningkatkan keluaran daging, tetapi menimbulkan rasa

bimbang tentang kekejaman haiwan dan kesan kesihatan antibiotik, hormon pertumbuhan, dan

bahan kimia yang lain yang umum digunakan dalam pengeluaran daging perindustrian.[2]

Keluaran pertanian utama secara umum boleh digolongkan kepada makanan, gentian, bahan

api, bahan mentah, bahan farmaseutik, danperangsang, serta beraneka jenis keluaran hiasan

dan lepa hiasan yang eksotik. Pada 2000-an, tumbuhan telah ditanam terutamanya untuk

menghasilkan:

biobahan api, bahan farmaseutik,[3] bahan biofarmaseutik, dan bioplastik; [4]

makanan, misalnya bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan, dan daging;

gentian, misalnya kapas, bulu biri-biri, hem, sutera, dan flaks;

bahan mentah, misalnya kayu gergaji, dan buluh;

perangsang, misalnya tembakau, alkohol, candu, kokaina, dan digitalis;

biobahan api, misalnya metana (daripada biojisim), etanol, dan biodiesel;

keluaran hiasan, misalnya bunga potong, dan tumbuhan semaian, serta

juga ikan dan burung tropika untuk perdagangan haiwan kesayangan; dan

bahan lain yang berguna, misalnya damar.

Walaupun pada 2003, bilangan pekerja pertanian tidak sebegitu banyak, namun kerana

kesedaran terhadap pentingnya pertanian, jumlahnya naik dengan pesat pada 2008.

Sesungguhnya, sektor perkhidmatan melebihi pertanian sebagai sektor ekonomi yang menggaji

paling banyak orang di seluruh dunia pada tahun itu.[5] Meskipun pertanian menggaji melebihi

satu pertiga daripada jumlah penduduk dunia pada 2007, pengeluaran pertanian hanya

menyumbangkan kurang daripada 5% keluaran dunia kasar (iaitu jumlah kesemua keluaran

dalam negara kasar (KDNK).[6]

Page 2: Pertanian R1

Pertanian telah memainkan peranan yang utama dalam perkembangan tamadun, dengan

sebahagian jumlah penduduk yang amat besar mengerjakan pertanian sehingga Revolusi

Perindustrian. Pembangunan teknik pertanian telah meningkatkan daya pengeluaran pertanian

secara beransur-ansur, dengan tempoh sewaktu teknik itu tersebar secara meluas sering dikenali

sebagai revolusi pertanian. Peralihan yang luar biasa dalam amalan pertanian berlaku pada abad

yang lalu sebagai tindak balas kepada teknologi baharu. Khususnya, kaedah Haber-Bosch untuk

mensintesis ammonium nitrat mengurangkan keperluan amalan tradisional yang membabitkan

kitar semulanutrien menerusi penggiliran tanaman dan baja haiwan.

Nitrogen tiruan, bersama-sama dengan fosfat batuan lombong, racun perosak,

dan penjenteraan telah meningkatkan hasil tanaman secara ketara pada awal abad ke-20.

Bekalan bijian yang semakin bertambah juga menyebabkan ternakan yang lebih murah.

Tambahan lagi, kenaikan hasil sedunia telah dialami pada akhir abad ke-20 apabila kelainan

hasil tinggi bijian ruji yang umum seperti padi, gandum, dan jagungdiperkenalkan sebagai

sebahagian Revolusi Hijau. Revolusi Hijau mengeksport teknologi (termasuk racun perosak dan

nitrogen tiruan) dari dunia maju ke dunia membangun. Thomas Malthus terkenal kerana

meramalkan bahawa Bumi tidak berupaya menampung jumlah penduduk yang semakin

bertambah, tetapi teknologi seperti Revolusi Hijau telah membenarkan dunia menghasilkan

lebihan makanan.[7]

Banyak pemerintahan mengamalkan pertanian bersubsidi untuk memastikan bekalan makanan

yang mencukupi. Subsidi pertanian ini seringnya dikaitkan dengan pengeluaran komoditi yang

tertentu sepertigandum, agung, padi, kacang soya, dan susu. Sesungguhnya, subsidi itu,

terutamanya apabila dimulakan oleh negara maju, telah diperhatikan sebagai langkah pelindung

yang tidak cekap dan menjejaskan persekitaran.[8] Pada abad yang lalu, pertanian telah dicirikan

oleh daya pengeluaran yang tertingkat, penjenteraan, pencemaran air, dan susidi ladang.

Penyokong perladangan organik seperti Sir Albert Howardmendebatkan pada awal 1900-

an bahawa penggunaan lebihan racun perosak dan baja tiruan menjejaskan kesuburan tanih

pada jangka panjang. Sedangkan perasaan ini terpendam berdekad-dekad lamanya, terdapat

arah aliran yang menuju kepada pertanian boleh kekal oleh sesetengah petani, pengguna, dan

pembuat dasar sewaktu kesedaran persekitaran meningkat pada 2000-an. Dalam tahun-tahun

kebelakangan ini, terdapat tindak balas yang hebat terhadap kesan persekitaran luaran yang

diakibatkan oleh pertanian aliran utama, khususnya pencemaran air,[9] yang membawa kepada

pembentukan gerakan organik. Salah satu pengaruh yang utama di belakang gerakan ini

ialah Kesatuan Eropah yang mula-mulanya mengesahkanmakanan organik pada 1991.

Seterusnya pada 2005, ia membuat pembaharuan pada Dasar Pertanian Umum (CAP) yang

dikenali sebagai penyahgandingan untuk menghentikan sebarang subsidi ladang berkait komoditi

secara berperingkat-peringkat.[10] Pertumbuhan perladangan organik telah membaharui

penyelidikan teknologi alternatif sepertipengurusan perosak sepadu dan pembiakbakaan pilihan,

dengan pembangunan teknologi aliran utama yang terkini termasuklah makanan terubah suai

genetik.

Selewat 2007, sebilangan faktor menyebabkan kenaikan harga bijian yang digunakan sebagai

makanan untuk ayam itik, serta juga lembu tenusu dan lembu yang lain. Ini menyebabkan

kenaikan harga gandum (naik 58%), kacang soya (naik 32%), dan jagung (naik 11%) pada

sepanjang tahun tersebut.[11][12] Rusuhan makanan baru-baru ini telah berlaku di banyak negara di

Page 3: Pertanian R1

seluruh dunia.[13][14][15] Juga pada 2007, satu epidemik karat batang gandum yang diakibatkan

oleh ras Ug99 merebak ke seluruh Afrika lalu masuk keAsia dan menimbulkan rasa bimbang

yang utama.[16][17][18] Justera, lebih kurang 40% daripada tanah pertanian di seluruh dunia

dinyahgredkan dengan teruk.[19] Jika arah aliran semasa dalam pemerosotan tanah berterusan di

Afrika, benua itu mungkin hanya berupaya menghasilkan makanan untuk 25% daripada

penduduknya menjelang 2025, menurut Institut untuk Sumber Semula Jadi yang dikendalikan

oleh United Nations University (UNU) di Ghana, Afrika.[20]

Page 4: Pertanian R1

HASIL KAJIAN

Sejarah

 Sejarah pertanian

Sebilah sabit penuai Sumeria yang diperbuat daripada tanah liat bakar (kk. 3000 SM).

Sejak permulaannya kira-kira 10,000 tahun yang lalu, pertanian telah berkembang pesat

daripada segi keluasan dan hasilnya. Pada sepanjang tempoh perluasan itu, teknologi dan

tanaman baharu disepadukan. Walaupun amalan pertanian seperti pengairan,penggiliran

tanaman, baja, dan racun perosak sudah lama diperkenalkan, namun pencapaian kemajuan

yang besar hanya berlaku pada abad yang lalu. Sejarah pertanian memainkan peranan yang

utama dalam sejarah manusia kerana kemajuan pertanian merupakan salah satu faktor yang

penting dalam perubahan sosioekonomi di seluruh dunia. Tumpuan kekayaan dan

pengkhususan ketenteraanyang jarang ditemui dalam budaya pemburu-pemungut umumnya

dilihat dalam masyarakat yang mengamalkan pertanian. Demikian juga halnya dengan seni

seperti kesusasteraan epik dan seni bina tersergam dan bersejarah, serta juga sistem

undang-undangterkanun. Apabila petani mampu menghasilkan makanan yang melebihi

keperluan keluarga masing-masing, orang lain di dalam masyarakat mereka dibebaskan

untuk mengabdikan hidup mereka dalam projek bukan pemerolehan makanan. Ahli

sejarah dan ahli antropologi telah lama berpendapat bahawa pembangunan pertanian

memungkinkan peradaban.

Page 5: Pertanian R1

Asal-usul purba 

Kawasan Sabit Subur yang terletak di Asia Barat, Mesir, dan India merupakan

tapak penyemaian dan penuaian terancang yang terawal terhadap tumbuhan yang

dahulunya dipungut dari hutan liar. Perkembangan pertanian yang berasingan berlaku di

bahagian utara serta bahagian selatan China, dan di Sahel di Afrika, serta juga di New

Guinea dan sebilangan kawasan di benua Amerika. Lapan tanaman yang dikenali

sebagai tanaman pengasas Zaman Neolitik ialah: pertamanya gandum emer dan gandum

einkorn dan kemudiannya barli tersekam, kacang pea, lentil, vec pahit, kacang kuda,

dan flaks.

Menjelang 7000 SM, pertanian skala kecil tiba di Mesir. Sejak sekurang-kurangnya seawal

7000 SM, subbenua India memperlihatkan perladangan gandum dan barli, sebagaimana

dibuktikan oleh ekskavasi arkeologi di Mehrgarh, Balochistan. Menjelang 6000 SM, pertanian

skala pertengahan berakar umbi di tebing Sungai Nil. Sekitar saat itu, pertanian dibangunkan

secara berasingan di Timur Jauh, dengan padi (bukan gandum) dijadikan tanaman utama.

Petani Cina dan Indonesia selanjutnya menjinakkan keladi dan kacang, termasuklah kacang

hijau, kacang soya, dan azuki. Untuk melengkapi sumber karbohidrat yang baharu

ini, penangkapan ikan berjala yang amat teratur di sungai, tasik,

dan pantai lautan  memperoleh banyak protein yang diperlukan. Kaedah pertanian dan

penangkapan ikan yang baharu ini bersama-sama memulakan ledakan kelahiran manusia

yang mengerdilkan semua perkembangan dahulu dan masih berterusan pada hari ini.

Menjelang 5000 SM, Sumeria telah membangunkan teknik pertanian teras yang termasuk

penanaman giat skala besar, penanaman tanaman tunggal, dan pengairan terancang, serta

juga penggunaan tenaga buruh yang khusus, terutamanya di sepanjang jalan air yang kini

dikenali sebagai Shatt al-Arab (dari delta Teluk Parsi sehingga kuala Sungai

Tigrisdengan Sungai Furat). Pembelajinakan aurok dan mouflon liar yang masing-masing

menjadi lembu dan biri-biri membawa kepada penggunaan haiwan skala besar

sebagaimakanan/gentian serta juga sebagai binatang beban. Gembala menyertai petani

sebagai pembekal utama dalam masyarakat menetap dan nomad separa. Jagung, ubi kayu,

danubi garut dijinakkan buat pertama kali di benua Amerika sejauh 5200 SM.[22] Ubi

kentang, tomato, lada, labu, dan beberapa jenis kacang, serta juga tembakau, dan berbagai-

bagai tanaman yang lain juga dimajukan di Dunia Baharu. Demikian juga halnya

dengan peneresan lereng bukit yang curam secara meluas di kebanyakan

kawasan Banjaran Gunung Andes di Amerika Selatan. Orang Yunani dan orang

Rom memajukan lagi teknik yang dipelopori oleh orang Sumeria tetapi tidak membuat

banyak kemajuan yang baharu pada asasnya. Orang Greek selatan bersusah payah

mengerjakan tanah mereka yang sangat tidak subur, tetapi berupaya menjadi sebuah

masyarakat yang paling berpengaruh buat bertahun-tahun. Orang Rom terkenal kerana

menitikberatkan penanaman tanaman untuk perdagangan.

Page 6: Pertanian R1

Zaman Pertengahan 

Si Penuai (1565). Pieter Bruegel.

Semasa Zaman Pertengahan, para petani di Afrika Utara, Timur Dekat, dan Eropah mula memanfaatkan teknologi pertanian, termasuklah sistem pengairan berdasarkan prinsip hidraulik dan hidrostatik, serta juga mesin noria (kincir air), mesin penaik air,empangan, dan takungan. Kesemua itu, bersama-sama dengan rekaan penggiliran

tanaman sistem tiga petak dan bajak sepak, mempertingkat kecekapan pertanian dengan ketara.

Zaman moden 

Maklumat terperinci: Revolusi Pertanian British dan Revolusi Hijau

Gambar foto daripada ensiklopedia 1921 yang menampilkan sebuah traktor membajak ladang alfafa.

Page 7: Pertanian R1

Selepas 1492, suatu pertukaran sejagat terhadap tanaman tempatan

dan baka ternakan berlaku. Tanaman utama yang terlibat dalam pertukaran itu termasuk:

tomato , jagung, ubi kentang, ubi kayu, koko, dan tembakau dari Dunia Baharu ke Dunia

Lama; dan

pelbagai jenis gandum, rempah, kopi, dan tebu dari Dunia Lama ke Dunia Baharu.

Pengeksportan haiwan yang paling penting dari Dunia Lama ke Dunia Baharu

ialah kuda dan anjing (anjing sudah wujud di benua Amerika pra-Columbus tetapi tidaklah

dalam bilangan dan baka yang sesuai untuk mengerjakan ladang). Walaupun biasanya tidak

digunakan sebagai haiwan makanan, kuda (termasuk keldai dan kuda padi) dan anjing

pantasnya memainkan peranan pengeluaran di ladang hemisfera Barat.

Ubi kentang kemudian menjadi satu tanaman ruji yang penting di Eropah utara.[23] Sejak jagung dan ubi kayu dibawa masuk ke Afrikaoleh orang Portugis pada abad ke-16,[24] kedua-dua tanaman itu telah menggantikan tanaman Afrika yang tradisional sebagai

tanaman ruji benua yang paling penting.[25]

Menjelang awal 1800-an, teknik dan alat pertanian, simpanan biji benih,

dan kultivar (tumbuhan tanaman yang dipilih dan diberikan nama tersendiri kerana ciri hiasan

atau kebergunaannya) telah diperbaik sehingga hasil daripada setiap unit tanah bertambah

berkali-kali, berbanding dengan daya pengeluarannya pada Zaman Pertengahan. Dengan

kebangkitan penjenteraan yang pesat pada akhir abad ke-19 dan abad ke-20, khususnya

dalam penggunaan traktor, kerja perladangan dapat dilakukan dengan lebih cepat dan pada

skala yang mustahil sebelumnya. Kemajuan ini telah menyebabkan kecekapan yang

membolehkan sesetengah ladang moden di Amerika Syarikat,Argentina, Israel, dan Jerman,

serta sebilangan negara yang lain untuk mempertingkat daya pengeluaran hasil bermutu

tinggi pada takat tertinggi yang praktikal.

Kaedah Haber-Bosch untuk mensintesis ammonium nitrat merupakan suatu pencapaian

yang cemerlang dan membenarkan hasil tanaman untuk mengatasi kekangan yang dahulu.

Pertanian pada abad yang lalu telah dicirikan oleh daya pengeluaran tertingkat, penggantian

buruh dengan baja tiruan dan racun perosak, pencemaran air, serta subsidi ladang. Pada

tahun-tahun kebelakangan ini, terdapat tindak balas yang hebat terhadap kesan

persekitaran luaran bagi pertanian konvensional yang telah melahirkan gerakan organik.

Tiga jenis bijirin, iaitu beras, jagung, dan gandum, membekalkan 60% daripada jumlah

makanan manusia.[26] Antara 1700 hingga 1980, "keluasan kawasan tanaman di seluruh

dunia naik sebanyak 466%", dengan hasilnya bertambah dengan pesat, terutamanya kerana

kelainan pembiakbakaan pilihan yang berhasil tinggi, baja, racun perosak, pengairan, dan

jentera.[26] Sebagai contoh, pengairan diColorado timur meningkatkan hasil jagungnya

sebanyak 400% hingga 500% dari 1940 hingga 1997.[26]

Bagaimanapun, kebimbangan telah diutarakan tentang kebolehkekalan pertanian intensif.

Pertanian intensif telah dikaitkan dengan kemerosotan mutu tanah di India dan Asia, dan

terdapat rasa bimbang yang semakin meningkat tentang kesan buruk baja dan racun

perosak pada alam sekitar, khususnya kerana jumlah penduduk serta permintaan makanan

Page 8: Pertanian R1

kian bertambah. Monokultur yang biasanya digunakan dalam pertanian intensif

mengakibatkan pertambahan bilangan perosak yang dikawal menerusi racun

perosak. Pengurusan perosak sepadu (IPM), yang "digalakkan selama berdekad-dekad dan

telah mencapai setakat kejayaan" tidak banyak mempengaruhi penggunaan racun perosak

kerana dasar menggalakkan penggunaannya, selain daripada fakta bahawa IPM sungguh

berpengetahuan-intensif.[26] Walaupun "Revolusi Hijau" meningkatkan hasil padi dengan

ketara di Asia, tidak terdapatnya sebarang kenaikan hasil yang dilihat pada 15-20 tahun yang

lalu.[26] "Potensi hasil" genetik untuk gandum telah meningkat tetapi potensi hasil untuk padi

tidak menunjukkan sebarang kenaikan sejak 1966, dengan potensi hasil untuk jagung

"hampir tidak naik pada sepanjang tempoh 35 tahun yang lalu".[26] Rumpai yang tahan racun

perosak mengambil masa satu atau dua dekad untuk muncul, dengan serangga mencapai

ketahanan terhadap racun perosak dalam tempoh sekitar sedekad.[26]

Ekspedisi pemeriksaan teliti pertanian sejak akhir abad ke-19 telah dilancarkan untuk

menemukan spesies dan amalan pertanian yang baharu di merata-rata kawasan di dunia.

Dua contoh ekspedisi tersebut yang awal termasuk:

lawatan ke China dan Jepun antara 1916 - 1918 untuk memungut kekeras; [27] dan

Ekspedisi Pemeriksaan Teliti Pertanian Oriental Dorsett-Morse ke China, Jepun,

dan Korea antara 1929 - 1931 untuk memungutgermplasma kacang soya bagi

menyokong peningkatan pertaniannya di Amerika Syarikat.[28]

Pada 2005, keluaran pertanian China adalah tertinggi di dunia dan terdiri daripada hampir

satu perenam daripada seluruh keluaran di dunia, diikuti oleh Kesatuan Eropah, India,

dan Amerika Syarikat, menurut Kumpulan Wang Antarabangsa. Ahli ekonomi mendapati

bahawa daya pengeluaran di Amerika Syarikat adalah lebih kurang 2.6 kali lebih tinggi

daripada daya pengeluarannya pada 1948, berdasarkan ukuran daya pengeluaran faktor

keseluruhan pertanian. [29]

Enam buah negara negara (Amerika Syarikat, Kanada, Perancis, Australia, Argentina,

dan Thailand) membekalkan 90% daripadaeksport gandum di seluruh dunia.[30] Kekurangan

air yang dihadapi oleh banyak negara yang sederhana besarnya,

termasuk Algeria,Iran, Mesir, dan Mexico, [31] telah mendorong import bijian secara besar-

besaran, dengan itu mungkin akan dilakukan juga oleh negara yang lebih besar

seperti China dan India.[32]

Page 9: Pertanian R1

Hasil pertanian

Hasil pertanian utama dunia pada 2004 

Kategori tanaman yang penting termasuk bijian dan pseudobijian, kekacang, makanan ternak, serta buah-buahan, dan sayur-sayuran. Tanaman tertentu ditanam di kawasan tumbuh yang berbeza di seluruh dunia.

Produk pertanian terutama,mengikut

tanaman (juta tan metrik)

(berdasarkan data 2004)

Bijirin2,263

Sayur-sayuran dan tembikai

866

Akar dan ubi715

Susu619

Buah-buahan

503

Daging259

Tanaman minyak

133

Produk pertanian terutama,mengikut tanaman (juta tan

metrik)(berdasarkan data 2004)

Tebu 1,324

Jagung 721

Gandum 627

Beras 605

Ubi kentang 328

Bit gula 249

Kacak soya 204

Buah kelapa sawit 162

Barli 154

Tomato 120

Sumber: Pertubuhan Makanan dan

Page 11: Pertanian R1

Seorang saintis pertanian merekodkan tumbuh-besaran pokok jagong

Jaring melindungi anggur wain daripada burung.

Antara lain, penjinakan tanaman dilakukan supaya dapat:

meningkatkan hasil;

meningkatkan ketahanan terhadap penyakit dan kemarau;

memudahkan penuaian; dan

memperbaik rasa dan nilai pemakanan.

Pemilikan dan pembiakan yang teliti selama berabad-abad telah amat mempengaruhi ciri

tumbuhan tanaman. Pembiak tumbuhan menggunakan rumah hijau dan teknik yang lain

untuk mendapatkan sehingga tiga generasi tumbuhan setiap tahun supaya mereka dapat

membuat pembaikan dengan lebih pantas.

Pemilihan dan pembiakan tumbuhan pada 1920-an dan 1930-

an memperbaik pastura (rumput dan klover) di New Zealand. Usahamutagenesis sinaran

yang gigih (iaitu kejuruteraan genetik primitif) pada 1950-an menghasilkan kelainan bijian

komersil moden sepertigandum, jagung, dan barli.

Hasil purata gandum adalah:

sekitar 2 t/ha di Amerika Selatan;

kurang daripada 1 t/ha di Afrika; dan

sehingga 3.5 - 4 t/ha di Mesir dan negeri Arab, dengan pengairan.

Sebagai perbandingan, hasil purata gandum di negara seperti Perancis melebihi 8 t/ha.

Perbezaan hasil disebabkan terutamanya oleh perbezaan iklim, genetik, dan penggunaan

(atau tidak) teknik perladangan intensif (penggunaan baja, kawalan perosak kimia, dan

kawalan pertumbuhan untuk mengelakkan rebah. (Nota pertukaran: 1 busyel gandum =

60 paun (lb) ≈ 27.215 kg. 1 busyel jagung = 56 paun ≈ 25.401 kg)

Dalam bidang pertanian perindustrian, "perbaikan" tanaman seringnya mengurangkan

mutu pemakanan dan mutu yang lain demi memanfaatkan pengeluar. Selepas jentera

penuai tomato mekanik dibangunkan pada awal 1960-an, ahli sains pertanian membiak

tomato yang lebih keras dan kurang berzat. (Friedland dan Barton 1975). Sebenarnya, satu

kajian longitud yang utama tentang aras nutrien bagi banyak sayur menunjukkan

Page 12: Pertanian R1

kemerosotan yang ketara pada 50 tahun yang lalu. Pada hari ini, Vitamin B2 dalam sayur

kebun di Amerika Syarikat merosot sebanyak 38% pada puratanya, manakala vitamin

C merosot sebanyak 15% (Davis dan Riordan 2004).

Baru-baru ini, kejuruteraan genetik telah digunakan di sesetengah kawasan di dunia untuk

mempercepat proses pemilihan dan pembiakan. Pengubahsuaian yang paling banyak

digunakan ialah gen ketahanan racun perosak yang membenarkan tumbuhan tahan

pendedahan glifosat yang digunakan untuk mengawal rumpai. Satu pengubahsuaian yang

kurang digunakan kerana lebih berkontroversi menyebabkan tumbuhan menghasilkan toksin

bagi mengurangkan kerosakan yang diakibatkan oleh serangga (lihat Starlink). Kesan yang

sama masih berlaku sehingga hari ini, dengan sebarang perubahan terhad hanya kepada

teknologi.

Terdapat pengeluar khusus yang menternakkan atau menanam jenis ternakan dan tanaman

yang kurang biasa. Akuakultur, iaitu penternakan ikan, udang, dan alga, amat berkait dengan

pertanian. Pemeliharaan lebah yang secara tradisi dilakukan untuk menghasilkan madu

lebah kini semakin dipergunakan untuk pendebungaan tanaman.

Masalah alam sekitar

Hakisan teruk di ladang gandum berdekatanWashington State University, Amerika Syarikat. (banci 2005)

Page 13: Pertanian R1

Pertanian boleh mengakibatkan masalah alam sekitar kerana ia mengubah persekitaran asal dan

mengeluarkan produk sampingan yang boleh membahayakan. Contohnya termasuk:

Perubahan pelbagai ekosistem menjadi satu ekosistem tanah pertanian;

Kehilangan biokepelbagaian: Penggunaan sebilangan spesies dalam tanaman

mengakibatkan pengurangan biojisim yang besar serta juga kehilangan haiwan feral, burung,

dan sebagainya;

Hakisan tanah ;

Pengurangan mineral di dalam tanah;

Keasidan tanah ;

Aras nitrogen dan fosforus yang tinggi di dalam sungai dan tasik;

Bahaya racun serangga, rumpai, dan kulat;

Pengeluaran habuk dan gas seperti ammonia, metana, dan karbon dioksida daripada

pembakaran dan pembuangan; dan

Pengeluaran udara yang busuk dari bahan buangan pertanian.

Pertanian telah dikatakan merupakan penjana kesan negatif yang terbesar terhadap

biokepelbagaian di kebanyakkan negara (lihatRancangan Tindakan Biopelbagaian) yang terjadi

kerana penerokaan hutan dan habitat yang lain apabila tanah baharu dimajukan untuk pertanian.

Sesetengah pengkritik memasukkan pertanian sebagai punca perubahan iklim global terkini.

Mengikut Pertubuhan Bangsa Bersatu, sektor penternakan (terutamanya lembu, ayam, dan babi)

muncul sebagai sebab utama kepada kesan dan masalah alam sekitar, dari skala tempatan

hingga ke skala global. Sektor ini menghasilkan 18% daripada "pembebasan gas rumah hijau di

seluruh dunia" daripada segi kandungan karbon dioksida. Sektor penternakan juga

menyumbangkan 64% daripada penjanaan ammonia yang mengakibatkan hujan asid dan

keasidan ekosistem

Page 14: Pertanian R1

RUMUSAN

Saya telah banyak memperoleh maklumat tentang sejarah kegiatan ekonomi tradisional di malaysia ini yang kian dilupakan oleh masyarakat.Oleh itu,kita mestilah menghargai dan memelihara warisan dahulu kala kita serta berusaha untuk mengekalkannya.Saya juga telah mempelajari tentang keistimewaan dan keunikan

sektor ini yang dapat menarik minat ramai pelancong asing.

Saya juga dapat meghayati nilai kesabaran,kejujuran dan kerjasama antara rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini denan sempurna.Nilai kerjasama telah membuktikan saya dan rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang tokoh itu.

Kerja kursus ini juga member peluang kepada saya untuk menguasai kemahiran membuat penyelidikan dengan tatacara yang betul serta dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi.Selain iu,nilai yang saya perolehi ialah,keberanian untuk berkomunikasi,memupuk sifat menghagai tradisi budaya dan bangsa Negara kita.Kini saya telah mengenali erti tidak putus asa dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

Page 15: Pertanian R1

RUJUKAN

Rujukan yang saya telah rujuk ialah:

A) Internethttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pertanian

B) Buku rujukan

-Visi tropical (Johoari Mohamad,BA (Hons)

-Buku sasbadi Fokus (Jamilah Ahmad) tingkatan 1,2,3,4 dan 5

C) Buku teks

-Tingkatan 2 (Bab 6)

-Tingkatan 1

D) Majalah

-Majalah Fokus

-Majalah Midi

E) Temubual

-Puan Siti Mazurah Binti Haji mat Rani

Page 16: Pertanian R1

OBJEKTIF KAJIAN

Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu kegiatan ekonomi tradisional di malaysia. Kegiatan yang dipilih oleh saya ialah pertanian.merangkumi objektif-objektif berikut:

A) Mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih

-Kajian dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang

sahih.Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang

betul,jelas dan tepat.

B) Menambah pengetahuan tentang bangunan bersejarah yang ada di Malaysia serta memupuk perasaan bangga terhadap tanah air

-Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang kegiatan ekonomi tradisional yang ada di Malaysia.Ia juga dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air dalam diri saya.Kajian ini juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya kegiatan ekonomi tradisional di Negara kita kerana ianya dapat menyedarkan kita untuk menjaga dan mempertahankan bangsa serta memupuk semangat kekitaan dikalangan rakyat Malaysia.

C) Menanam semangat patriotisme di dalam diri

-Saya juga dapat menanam semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga di kalangan

Page 17: Pertanian R1

jenerasi muda melaluai kajian ini.

KAEDAH KAJIAN

Dalam menjalankan kajian ini,saya telah mengunakan beberapa kaedah kajian.Antaranya ialah:

Melayari internet-Melaluai kajian ini,saya telah mencari maklumat mengenai bangunan ini dengan

melayari internet,Banyak maklumat yang saya perolehi melaluai kaedah tersebut.Salah

satu laman web yang saya layari ialah Wikipedia.Wikipedia ialah ensiklopedia di dalam

internet.Kita boleh mendapatkan banyak maklumat dan fakta-fakta melaluainya dalam

pelbagai bahasa.Selain itu saya juga merujuk buku rujukan sejarah tingkatan 1.Di

dalamnya mempunyai sedikit sebanyak sejarah tentang kegiatan ekonomi tradisional di malaysia

Page 18: Pertanian R1

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru matapelajaran Sejarah saya iaitu ……………………………………kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan beliau dalam menjalankan Kajian Kerja Kursus Sejarah ini.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada Tuan Pengetua ............................................iaitu Pengetua Sekolah Menengah Saint Michael ............................................. yang telah membenarkan kami membuat kerja kursus ini sehingga selesai.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu .............................................dan ibu saya Puan....................................,yang telah banyak membantu saya dan sentiasa memberikan dorongan ,galakan,serta bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan tugas ini.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada kawan-kawan saya yang telah banyak membantu saya dalam menjayakan kerja kursus ini.Selain itu,saya ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah banyak membantu saya secara langsung ataupun tidak langsung.

Semoga Allah S.W.T akan membalas budi baik yang telah anda berikan.Amin.

Page 19: Pertanian R1

Padi (Oryza sativa) merupakan satu daripada tanaman bijirin dan merupakan makanan ruji bagi ramai penduduk dunia termasuk di Asia,Amerika Latin dan Caribbean. Di Malaysia padi yang ditanam terbahagi kepada dua jenis iaitu padi sawah yang juga dikenali sebagai padi bendang, dan padi huma atau padi bukit. Padi sawah atau padi bendang adalah jenis padi yang paling banyak di tanam kerana dapat mengeluarkan hasil yang tinggi. Padi sawah memerlukan penggunaan air dan baja yang banyak serta perlu ditanam dengan cara yang teratur.

Ciri botani 

Anatomi beras.

Keperluan asas 

Tanaman padi memerlukan sinaran matahari, suhu dan jumlah hujan (18-40oC dan 1240 mm/tahun) yang cukup dan memerlukan keadaan air bertakung.[1] Oleh itu, tanah-tanah berstruktur halus seperti lempung, lempung berkelodak, lom lempung atau lempung berpasir adalah sesuai. Sifat kimia tanah sawah yang subur ialah pH (5.0-6.0), nitrogen (2-3%), fosforus (>40 ppm), kalium (>0.1 meq/100g), CEC (>20 meq/100g) dan karbon organik (2-3%).

Page 20: Pertanian R1

Kawasan tanaman

Padi sawah banyak di tanam di Semenanjung Malaysia iaitu di Pantai Barat terutamanya di

bahagian Utara.[2] Keadaan ini berlaku kerana terdapat kawasan berpaya yang datar dan terdapat

satu musim lembap yang ketara dengan purata hujan tahunan melebihi 3500 mm. Kesesuaian ini

di tambah lagi dengan adanya musim panas yang berpanjangan.

Bukti padi di Semenanjung Malaysia didapati di Gua Cha dan Gua Harimau dari Zaman Neolitik

antara 6,000 hingga 4,000 tahun dahulu. Bagaimanapun ia belum dapat ditentukan samaada

padi tersebut ditanam, spesies liar atau diimport. [3]

Padi huma merupakan padi asal yang ditanam di Malaysia sebelum padi sawah diperkenalkan.

Padi huma mempunyai hasil yang rendah dan kurang bermutu. Ini disebabkan padi huma di

tanam dengan cara lama dan kurang menggunakan baja serta daripada benih yang kurang baik.

Padi juga tidak di jaga dengan baik dan selalu pula dirosakkan oleh serangga. Padi jenis ini

banyak di tanam di Sabah dan Sarawak yang kebiasaannya ditanam oleh orang asli seperti

orang Iban dan Murut. Kelebihan padi huma adalah padi huma tidak memerlukan jumlah air yang

banyak dan dapat ditanam di kawasan di mana air tidak bertakung.

Pandangan sawah padi

Batas ialah pemisah antara tanah pesawah-pesawah padi . Biasanya batas ini dibuat daripada

tanah sebagai benteng penahan air agar paras air dalam sawah tidak terlalu banyak. Jika paras

air di dalam sawah lebih daripada sejengkal, padi agak susah ditanam . Anak padi akan

tenggelam, terutama jika selepas hujan lebat. Batas air di dalam sawah perlu dikawal sepanjang

Page 21: Pertanian R1

masa. Kepala batas bermaksud bahagian depan sawah padi dan juga merupakan asal nama

bandar Kepala Batas.

Tanaman moden

Padi sawah yang ditanam di Malaysia sekarang merupakan hasil kacukan dan penyelidikan yang

mengambil masa bertahun-tahun untuk menghasilkan benih padi yang bermutu. Penyelidikan

oleh pihak MARDI membantu pembangunan jenis padi yang mampu mengeluarkan hasil yang

lebih banyak, dan mempunyai daya tahan penyakit yang lebih tinggi.

Padi yang telah diproses dan dibuang kulit dikenali sebagai beras. Pada zaman dahulu, pada

akhir musim menuai padi, padi yang ditanam khas akan dijadikan emping padi sebagai hidangan

istimewa, bagi menandakan tamatnya musim emnanam padi. Pada suatu masa dahulu, di

kawasan pantai timur, upacara puja pantai akan di akan pada akhir musim menanam padi

sebagai satu cara melepaskan penat lelah sepanjang musim menanam padi yang lalu. Selain itu

para petani akan bertukar-tukar masaalah, teknik dan pengetahuan mengenai penanaman padi

yang baru dituai, sama seperti pesta pertanian di masa kini.

Kaedah Penanaman Padi terdapat dua kaedah yang digunakan iaitu kaedah menanam

(transplanting) dan tabur terus(direct seeding).

Emping beras

Umur padi 

Umur padi dikira dari mula ditabur hingga mengerat, umumnya terbahagi kepada dua peringkat.

Dua peringkat itulah peringkat umur padi yang menjadi pokok perbicaraan apabila soal itu

Page 22: Pertanian R1

diperbincangkan. Padi yang berumur kira-kira. tujuh bulan ke atas dipanggil 'padi berat' dan padi

yang berumur antara empat hingga enam bulan pula dipanggil 'padi ringan'.

Yang lebih mustahak diketahui lagi ialah bagaimana pengiraan orang-orang bendang tentang

cukup atau tidak cukup umur padi yang ditanamnya itu dan peringkat-peringkat membesarnya.

Mengikut pengiraan orang tua-tua, padi menempuh lima peringkat umur.

Peringkat pertama ialah dari mula menabur hingga menjadi semai yang cukup umur. Peringkat

yang kedua dari cukup umur hingga pokok padi yang ditaman itu beranak Peringkat yang ketiga

pula ialah dari beranak hingga bunting. Yang keempat dari bunting hingga mula berbuah.

Peringkat yang terakhirnya ialah dari mula berbuah hingga padi itu masak Tiap-tiap satu

peringkat itu mengikut perkiraan kasar memakan masa selama 44 hari.[4]

Jadual umur menggunakan teknik tabur terus Varieti MR219 dan peringkat pertumbuhan 

Bilangan hari selepas tabur biji benih Peringkat pertumbuhan

16 hari Mula beranak

35 hari Beranak aktif

50 hari Pembentukan tangkai

70 hari Pengisian susu

110 hari Tuai

Page 23: Pertanian R1

umur padi 25 hari

Varieti

Terdapat dua jenis padi iaitu padi tradisional (>140 hari peringkat matang) dan padi varieti baru

(<135 hari peringkat matang). Dalam tempoh 1972-1998 terdapat 25 varieti padi baru yang telah

diperkenalkan untuk penanaman dua kali setahun di Malaysia. Padi varieti baru mempunyai

potensi penghasilan yang tinggi tetapi bermasalah daripada segi mutu dan kurang ketahanan

terhadap perosak dan penyakit. Manakala varieti padi tradisional pula amat peka terhadap

fotokala, bertempoh matang panjang, pokok tinggi serta mudah rebah dan kurang gerakbalas

terhadap baja. Walau bagaimanapun, varieti ini mempunyai keistimewaan dari segi citarasanya

yang sedap.

Ciri-ciri utama varieti padi yang disyorkan masakini ialah MR 84, MR 167, MR 185, MR 159 dan

lain-lain varieti yang telah diisytiharkan serta masih ditanam. Varieti-varieti yang sesuai

mempunyai ciri-ciri berikut:

Tahan penyakit karah

Tahan gangguan di peringkat anak semai

Sederhana tinggi dan pokok tumbuh tegak

Tidak mudah rebah

Masak serentak

Tidak mudah relai supaya sesuai untuk penuaian menggunakan jentera.

Penggunaan biji benih yang berkualiti merupakan satu langkah penting dalam pakej penanaman

padi kerana ia dapat menjamin pengeluaran hasil yang tinggi. Disyorkan menggunakan biji benih

Page 24: Pertanian R1

berkualiti dalam kategori biji benih padi sah kerana telah menepati Malaysian Standard MS 469-

1993.[1]

Sistem Menanam

Padi dalam longkang di Perak

Sistem Mengubah 

Menanam secara manual

Page 25: Pertanian R1

Dalam sistem mengubah memerlukan penyediaan tapak semaian yang dipilih di kawasan yang

agak tinggi dari keadaan sekeliling. Lebar tapak biasanya 1-2 meter dan panjangnya pula

bergantung kepada kemudahan untuk mengurus air. Tanah dibajak 2 kali iaitu pertama untuk

mendapatkan keadaan permukaan tanah yang baik. Seterusnya tapak ditambak setinggi kira-kira

5-10 cm dari paras biasa dan diratakan.

Anak padi ditanam mengikut barisan untuk menyenangkan kerja-kerja pengurusan kelak. Tiap-

tiap lubang ditanam sebanyak 2-3 pokok. Anak padi ditanam tegak dan tidak terlalu dalam

supaya pengeluaran tunas tidak terganggu. Jarak tanaman tidak melebihi 25 cm x 25 cm untuk

hasil optimum.

Menanam menggunakan jentera penanam

Boleh diamalkan terutama di kawasan di mana tabur terus tidak boleh diamalkan serta bagi

kawasan yang mengalami masalah padi angin (klik lihat ulasan mengenai padi angin) dan juga

sesuai bagi kawasan yang kekurangan tenaga kerja. Mengubah dengan menggunakan jentera

penanam memerlukan anak semai dalam kotak khas. Kadar benih yang disyorkan ialah 50

kg/hektar.

Media semaian disediakan dengan campuran 50% sekam padi terbakar dan tebal media ialah 2-

2.5 cm dipadatkan. Benih terpilih direndam selama 24 jam dan ditoskan selama 48 jam untuk

memudahkan percambahan. Benih pracambah ditabur dalam kotak semai khas dengan kadar

200 g/kotak. Semaian dibiar bercambah 2-3 hari dan kemudian dipindah ke rak takungan untuk

direndam. Semaian dijaga sehingga 15 hari atau tinggi semaian diantara 15-20 cm sebelum

diubah dengan jentera penanam.

Sistem Tabur Terus

Sistem tabur terus iaitu serak basah dan serak kering. Tabur terus serak basah diamalkan secara

meluas sekarang. Benih yang telah bercambah ditabur terus ke kawasan sawah dalam keadaan

tepu. Bagi serak kering pula, biji benih pracambah ditabur ke kawasan sawah kering selepas

penyediaan tanah. Tanah kemudiannya akan dipadatkan selepas benih ditabur. Bagi kedua-dua

sistem ini kadar biji benih yang disyorkan ialah 60 kg/hektar.

Sistem Keamatan Padi (SRI) 

Sistem tanaman padi secara SRI mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 2009. Kaedah

sistem ini berbeza dengan amalan tanaman secara konvensional. Anak benih padi

dipindahkan dan ditanam dalam usia kurang 15 hari dan dijarakkan diantara satu sama lain.

Tanah sawah hanya dibiarkan lembab. Kadar benih yang digunakan hanya 5 kg/hektar.

Sistem ini dapat menjimatkan penggunaan air sehingga 50% dan meningkatkan hasil padi.

Pembajaan

Page 26: Pertanian R1

Diantara perkara penting yang perlu diberi perhatian di dalam pembajaan tanaman padi ialah

kadar dan masa pembajaan dilakukan. Bagi tanaman secara tabur terus, kadar baja yang

digunakan ialah 100 N:40P205:30K2O bagi semua kawasan. Bagi tanaman secara

mengubah, kadar 80 N: 30 P205:20K2O telah disyorkan bagi kawasan pantai barat dan

kadar 80 N:40P205:20K2O bagi kawasan di pantai timur. Bagi kaedah mengubah, baja urea

digunakan pada peringkat semaian iaitu sebanyak 45-50 g/meter persegi 15 hari selepas

benih ditabur. Baja yang digunakan di dalam skim baja subsidi ialah baja campuran dan baja

urea.

Pengambilan baja oleh tanaman juga bergantung kepada tahap kesuburan tanah termasuk

faktor fizikal dan kimia tanah bagi sesuatu kawasan. Masa membaja bergantung kepada

varieti padi, cara menanam dan musim penanaman. Pada kebiasaannya, pembajaan

tanaman padi dilakukan secara menabur secara manual dan jarak taburan setiap lemparan

ialah tiga meter. Pembajaan di sawah dilakukan sebanyak 3 kali untuk cara mengubah dan

tabur terus. Untuk kedua-dua kaedah tanaman ini, pembajaan pertama terdiri dari baja

campuran NPK manakala baja kedua dan ketiga ialah baja N sahaja.

Pemilihan benih tanaman 

Disyorkan menggunakan biji benih sah keluaran Jabatan Pertanian.[1] Manakala bagi biji benih

yang dikeluarkan oleh petani, ianya perlu dipilih melalui tapisan dengan menggunakan bancuhan

air garam yang boleh menimbulkan sebiji telur ayam yang nilai ketumpatan bandingannya 1.08.

Hanya biji benih yang tenggelam sahaja yang digunakan sebagai biji benih. Biji benih pracambah

hendaklah ditabur sejurus selepas selesai kerja-kerja penyediaan tapak. Penggunaan baja foliar

amatlah digalakkan sebelum padi berbunga.[5]

Pengurusan air

Sistem pengairan terkawal di kawasan jelapang padi, dimana air dibekal dari tali air, ditakung

dalam lot sawah dan disalir keluar ke dalam parit pada masa tertentu. Sistem ini memerlukan

batas ladang untuk menakung air di dalam lot sawah dan parit ladang untuk menyalirkan air

keluar aras tanah yang rata.

Bekalan air ke sawah adalah terhad. Pengurusan air yang berkesan mengambilkira keperluan air

di sawah mengikut peringkat penyediaan tanah, peringkat pertumbuhan padi dan sistem tanaman

yang diamalkan. Diantara faedah-faedah pengurusan air yang sempurna adalah seperti berikut:-

Menjamin bekalan air yang cukup mengikut jadual persawahan.

Dapat mengelakkan pembaziran air.

Page 27: Pertanian R1

Membantu pertumbuhan pokok melalui keberkesanan pembajaan, kawalan rumpai dan

kawalan perosak, iaitu meningkatkan kecekapan dan hasil.

Memudahkan mekanisasi ladang.

Bagi kebanyakan kawasan padi, keperluan pengiaran pada puratanya ialah satu cusec/30ha.

Kawalan paras air di sawah adalah kritikal bagi sistem penanaman padi. Berikut menunjukkan

paras air 10 cm adalah kritikal bagi memenuhi keperluan preingkat pertumbuhan iaitu seleaps

mengubah dan tabur terus, beranak aktif, pembentukan bulir, bunting dan terbit. Manakala

pembuangan air juga kritikal pada tempoh 20 hari sebelum menuai, tetapi bekalan air diteruskan

dari hari ke 40-115.

Teknik pengurusan air

Hari Selepas

Tabur

Peringkat Tumbesaran

Padi

Tahap Keperluan

Air

Kawasan Paras Air

(cm)

30 Selepas mengubah/tabur Amat mustahak 10

40 terus Mustahak 10

60 Beranak aktif Mustahak 10

70 Beranak tidak aktif Mustahak 10

80 Pembetukan butir Amat mustahak 10

Page 28: Pertanian R1

100 Bunting Amat mustahak 80

115 Terbit dan bersusu Tidak mustahak 0

130Membeku dan matang

Tuai

Tidak mustahak 0

Teknik pengurusan air bagi sistem mengubah]

Bagi penjimatan air, jangkamasa pratepu padi peringkat permulaan musim hendaklah

dikurangkan sehingga 3-4 hari iaitu setakat cukup untuk tanah menjadi tepu. Paras air kemudian

dibiarkan di paras minimum (3-5 cm) bagi memudahkan pergerakan jentera. Paras air semasa

mengubah adalah diantara 5-10 cm dan dibiarkan pada paras tersebut sehingga peringkat

membeku dan matang di mana semua air disalir keluar jika boleh Tanaman hendaklah

dijadualkan supaya peringkat pembiakan pokok tidak bertepatan dengan musim kemarau dan

tanah asid sulfat hendaklah sentiasa ditenggelami air sepanjang masa pertumbuhan sehingga

selepas peringkat membeku dan matang.

Pengurusan air bagi sistem tabur terus 

Pengurusan air perlu dilaksanakan dengan rapi bagi mendapatkan kesan yang baik untuk

persediaan tanah, peratus pertumbuhan padi, keseragaman pertumbuhan padi dan kawalan

rumpai. Keadaan tanah yang sesuai untuk ditabur biji benih adalah tanah yang rata, lembab dan

paras air pula boleh diturunnaikkan mengikut pertumbuhan pokok. Bekalan air yang berterusan

adalah perlu sekiranya biji benih kering ditabur di atas tanah kering untuk mendapatkan

percambahan dan seterusnya pertumbuhan pokok yang memuaskan. Air pada mulanya

dimasukkan ke sawah dan dibiarkan pada ketinggian 10 cm semasa pemutaran basah. Air disalir

keluar 1-2 hari sebelum menabur benih dan sekiranya terpaksa menabur di dalam sawah yang

sudah dimasuki air, air yang berlebihan hendaklah disalirkan keluar. Kurangkan gangguan yang

mengocak air kerana ini akan memberi kesan buruk pada percambahan dan pertumbuhan pokok.

Paras air sentiasa ditakung pada ketinggian 5-10 cm dan dibuang 15-20 hari sebelum menuai

bergantung kepada jenis tanah dan kecekapan saliran.

Page 29: Pertanian R1

Memungut hasil

Pokok padi masak

Page 30: Pertanian R1

Padi mesti dituai seelok padi masak. Kelewatan menuai boleh menyebabkan kekurangan hasil

kerana pokok-pokok padi akan rebah, biji-biji padi lerai dan juga kerosakan oleh musuh-musuh

dan penyakit-penyakit. Biasanya padi elok dituai dalam masa 35 hari selepas 50% dari pokok-

pokok mengeluarkan tangkai-tangkai padi.

Biasanya padi dituai dengan jentuai (combine harvester). Kemudian biji-biji padi dileraikan

dengan cara membanting tangkai-tangkainya ke dalam tong pembanting. Hanya di kawasan

yang menanam padi secara kecil-kecilan padi dituai dengan 'ketam' padi. Terdapat juga mesin-

mesin penuai lengkap yang kecil dan ringan iaitu 'mini combine' yang juga boleh menuai,

membanting dan membersihkan hasil padi sekaligus, tetapi ia hanya boleh menuai seluas 0.1 ha

(1/3 ekar) sejam.

Pengurusan perosak

Satu pendekatan pengurusan kawalan perosak yang menggabungkan aktiviti pertanian, kawalan

biologi dan penggunaan kimia secara bijaksana dan terhad, iaitu:

Penggunaan Varieti Rintang

Penggunaan biji benih tulen yang menepati Standard Minimum Biji Benih, di mana ia tulen dan

tidak berpenyakit akan dapat mencegah kejadian rumpai dan serangan penyakit bawaan biji

benih.

Amalan Kultura

Penyediaan tanah yang sempurna termasuk meratakan tanah dan pengurusan air yang

berkesan.

Penggunaan Musuh Semulajadi

Musuh semulajadi membantu membunuh perosak-perosak tanaman adalah labah-labah,

pepatong dan kumbang-kumbang seperti Casnoide interstitialis, Coccinella arcuta dan lain-lain.

Kumbang Coccinella arcuta makan serangga perosak khususnya anak dan ibu bena perang

sementara kumbang Pyrtorhinus lividipennis memusnahkan telur bena perang manakala labah-

labah memerangkap serangga perosak.

Page 31: Pertanian R1

Kawalan Perosak Secara Biologi

Ternakan ikan seperti ikan keli, sepat dan lampan jawa secara intergrasi di dalam sawah dapat

mengawal serangan serangga, moluska dan rumpai serta mengurangkan penggunaan racun.

Dengan mengambil faktor-faktor ekosistem sawah, satu hektar sawah boleh menampung

diantara 3000-4000 ekor anak ikan. Ikan boleh dituai selepas berumur 60 hari.

Penternakan Itik Muscovy Secara Intergrasi

Dapat mengawal masalah rumpai sawah, padi tumpah dan juga merupakan sumber protin dalam

kehidupan harian pesawah.

Penggunaan Racun Perosak Secara Betul

Penggunaan racun perosak adalah dibenarkan jika ia melebihi tahap tindakan kawalan,

sekiranya populasi perosak atau kejadian penyakit melebihi paras tersebut

Penyakit utama tanaman padi

1. Karah Padi (Pyricularia oryzae)

2. Hawar Seludang (Thanatephorus cucumeris = Rhizoctonia solani)

3. Hawar Daun Bakteria (Xanthomonas oryzae)

4. Bulir Hitam (Ustilagioide virens)

5. Penyakit Bintik Perang (Drechslera oryzae)

6. Hawar Anak Benih

7. Penyakit Merah Virus

8. Jalur Daun Bakteria (Zanthomonas oryzicola)

9. Bakanae (Gibberella fujikuroi = Fusarium moniliforme)

10. Lelompat Padi Bena Berang dan Bena Putih

Page 32: Pertanian R1

Penyakit Karah (Reput Tangkai) Disebabkan Kulat Pyricularia oryzae