impak program transformasi ekonomi (etp) terhadap …nuradli.com/2013p02.pdf · di malaysia takrif...

19
1 Impak Program Transformasi Ekonomi (ETP) Terhadap Belia Malaysia Nooh, Mohammad Noorizzuddin; Khairi, Khairil Faizal; Mohd Dali, Nuradli Ridzwan Shah; Abdul Shukor, Syadiyah Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia Abstrak 1 Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang telah dilancarkan pada tahun 2010 adalah sebahagian daripada subset kepada Model Ekonomi Baru. Bersama-sama dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP), ia membentuk pelan yang merintis ke arah menggerakkan Malaysia ke arah mencapai status negara maju. Generasi Belia di Malaysia melebihi 11.9 juta mewakili pelbagai peringkat umur di antara 15 hingga 40 tahun iaitu lebih daripada 50 peratus di negara ini maka perananan belia amat penting demi transformasi negara ke arah yang lebih maju. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang mempunyai impak langsung terhadap golongan belia. Kaedah kualitatif dan kuantitatif telah digunakan bagi tujuan pengumpulan data. Hasil kajian mendapati bahawa NKEA yang memberi impak terhadap belia adalah Greater Kuala Lumpur/Klang Valley, Pemborongan dan Peruncitan, Pelancongan, Perkhidmatan Perniagaan, Kandungan dan Infrastruktur Komunikasi, Pendidikan, dan Penjagaan Kesihatan. Projek-projek yang diberikan keutamaan oleh belia bagi setiap NKEA juga telah diperincikan di dalam kajian ini. 1 Paper presented at the 17th National Macfea Conference, Puri Pujangga, UKM, 29-30 August 2013

Upload: nguyenhanh

Post on 07-Feb-2018

257 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Impak Program Transformasi Ekonomi (ETP) Terhadap …nuradli.com/2013p02.pdf · Di Malaysia takrif belia menurut Kementerian Belia dan Sukan, ... melihat banyak program pembangunan

1

Impak Program Transformasi Ekonomi (ETP) Terhadap Belia

Malaysia

Nooh, Mohammad Noorizzuddin; Khairi, Khairil Faizal; Mohd Dali, Nuradli

Ridzwan Shah; Abdul Shukor, Syadiyah

Fakulti Ekonomi dan Muamalat

Universiti Sains Islam Malaysia

Abstrak1

Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang telah dilancarkan pada tahun 2010 adalah sebahagian

daripada subset kepada Model Ekonomi Baru. Bersama-sama dengan Program Transformasi

Kerajaan (GTP), ia membentuk pelan yang merintis ke arah menggerakkan Malaysia ke arah

mencapai status negara maju. Generasi Belia di Malaysia melebihi 11.9 juta mewakili pelbagai

peringkat umur di antara 15 hingga 40 tahun iaitu lebih daripada 50 peratus di negara ini maka

perananan belia amat penting demi transformasi negara ke arah yang lebih maju. Kajian ini

dijalankan bagi mengenalpasti Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang mempunyai impak

langsung terhadap golongan belia. Kaedah kualitatif dan kuantitatif telah digunakan bagi tujuan

pengumpulan data. Hasil kajian mendapati bahawa NKEA yang memberi impak terhadap belia

adalah Greater Kuala Lumpur/Klang Valley, Pemborongan dan Peruncitan, Pelancongan,

Perkhidmatan Perniagaan, Kandungan dan Infrastruktur Komunikasi, Pendidikan, dan Penjagaan

Kesihatan. Projek-projek yang diberikan keutamaan oleh belia bagi setiap NKEA juga telah

diperincikan di dalam kajian ini.

1 Paper presented at the 17th National Macfea Conference, Puri Pujangga, UKM, 29-30 August 2013

Page 2: Impak Program Transformasi Ekonomi (ETP) Terhadap …nuradli.com/2013p02.pdf · Di Malaysia takrif belia menurut Kementerian Belia dan Sukan, ... melihat banyak program pembangunan

2

Pendahuluan

Fasa pembangunan ekonomi Malaysia sejak dari merdeka menyaksikan pelan rancangan jangka

panjang Malaysia dijalankan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan untuk merapatkan

jurang ekonomi negara dan membasmi kemiskinan hingga kepada model ekonomi negara (MEB)

yang diperkenalkan pada tahun 2010. Program Transformasi Negara di rancang untuk

meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia melalui pertumbuhan mapan (Mohamed, 2013). MEB

mensasarkan Malaysia yang berada pada peringkat pendapatan sederhana dapat meningkatkan

produktiviti pekerja dan inovasi dan menjadikan ekonomi negara kepada negara berpendapatan

tinggi (Economic_Policy_Outlook, 2011; Mohamed, 2013; Pemandu, 2013). Dalam mencapai ke

arah negara berpendapatan tinggi, Program Transformasi Negara (NTP) dilancarkan oleh Perdana

Menteri Dato’ Seri Najib Abdul Razak yang didukung oleh Program Transformasi Ekonomi (ETP)

dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) telah di perkenalkan pada tahun 2010. Program GTP

berobjektif untuk menangani gejala rasuah, meningkatkan pendidikan dan meningkatkan

keperluan asas infrastruktur kawasan pendalaman (Economic_Policy_Outlook, 2011). GTP

disasarkan untuk menerajui inisiatif transformasi sosial yang penting sementara ETP

membolehkan Malaysia merealisasikan potensi ekonominya yang sebenar yang akan merintis ke

arah menggerakkan Malaysia ke arah mencapai status negara maju (Pemandu, 2013). Perdana

Menteri Malaysia mengunjur bahawa ETP dapat meningkat peluang pekerjaan dan meningkatkan

pendapatan negara kasar (Economic Policy, 2011). ETP memfokus kepada kerjasama strategik

sektor awam dan swasta (Shmavonian and Hershman, 2012) dan penumpuan terhadap 12 Bidang

Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan enam Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI)

(Economic_Policy_Outlook, 2011; Pemandu, 2013).

Pendapatan pendapatan kasar negara per kapita dijangka dapat ditingkatkan dari USD 6,700 pada

2009 kepada USD 15,000 pada 2020 (Economic Policy, 2011). Disamping itu, ETP juga dijangka

dapat menarik pelaburan asing sebanyak USD444 billion (Shmavonian and Hershman, 2012).

Pada 2012, kedua-dua inisiatif ini merekodkan hasil yang memberangsangkan dalam mencapai

matlamat Petunjuk Utama Prestasi (KPI) (Pemandu, 2013). Cabaran yang di hadapi oleh program

ini adalah untuk mendapatkan sumbangan kewangan dari pihak swasta untuk membantu

sebahagian projek-projek ETP. Tidak terhad kepada pihak swasta, pihak bank komersial dan

Page 3: Impak Program Transformasi Ekonomi (ETP) Terhadap …nuradli.com/2013p02.pdf · Di Malaysia takrif belia menurut Kementerian Belia dan Sukan, ... melihat banyak program pembangunan

3

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga agak keberatan untuk melabur di dalam projek

korporat yang berisko tinggi di dalam ETP (Asia Monitor, 2011). Malah penganalisa ekonomi

Singapura ada yang berpendapat bahawa unjuran yang ingin dicapai menerusi program ETP adalah

tidak realistik berdasarkan kepada keadaan pasaran semasa (Miller, 2011).

Definisi Belia

Belia biasanya dikategorikan di antara kanak-kanak dan dewasa. Golongan ini merupakan tunggak

penting yang tidak boleh dinafikan kepentingannya kerana mereka ini menggambarkan kewujudan

negara pada masa akan datang. Golongan belia juga merupakan golongan yang bakal menjadi

pemimpin, golongan profesional, teknokrat dan tenaga kerja mahir pada masa hadapan negara.

Usia di mana seseorang itu dianggap belia tidak sama mengikut dunia. Menurut Perhimpunan

Agung PBB2, belia adalah mereka di antara umur 15 dan 24 tahun. Bagi Bank Dunia3 pula, belia

secara umumnya merujuk kepada mereka yang berumur di antara 15 hingga 25 tahun.

Di Malaysia takrif belia menurut Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia dalam kertas kertas

“Cadangan Dasar Pembangunan Belia Negara” (1995) menyatakan golongan belia adalah merujuk

kepada individu yang berumur antara 15 hingga 40 tahun4. Ini adalah berasaskan kepada alasan-

alasan berikut:

1. Ia adalah takrif Majlis Belia Malaysia 1985.

2. Ia dianggap golongan yang sudah mencapai taraf matang yang memuaskan dan dapat

menerima manfaat maksimum daripada rancangan-rancangan yang disusun

3. Ia adalah sebahagian besar daripada jumlah rakyat negara ini

Walau bagaimanapun, Kementerian Belia dan Sukan dalam “Draf Kajian Semula Dasar Belia

Negara” mentakrifkan semula umur belia iaitu belia sebagai mereka yang berumur antara 15

2 (n.d.) Frequently Asked Questions Belia di tapak web PBB. 3 (n.d.) Glossary Tapak web Bank Dunia. 4 Belia, Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia, KBS Malaysia (1995)

Page 4: Impak Program Transformasi Ekonomi (ETP) Terhadap …nuradli.com/2013p02.pdf · Di Malaysia takrif belia menurut Kementerian Belia dan Sukan, ... melihat banyak program pembangunan

4

hingga 25 tahun dengan alasan ianya diselaraskan mengikut takrif yang diberikan oleh Pertubuhan

Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan diguna pakai di banyak negara.

Menurut Azizan Bahari (1995) belia didefinisikan sebagai golongan yang berumur di antara 15-

35 tahun. Ianya dipercayai bahawa populasi belia dijangkakan merupakan kumpulan paling

dominan pada tahun 2020. Golongan belia merupakan golongan yang paling ramai bilangannya

menduduki negara kita. Berdasarkan kepada unjuran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan

Negara5, pada tahun 2011 jumlah tenaga kerja buruh pada golongan belia adalah seramai 8,171.2

juta orang (64.5%) daripada keseluruhan tenaga kerja seramai 12,675.8 juta. Angka ini jelas

menunjukkan bahawa golongan ini boleh menjadi penjana kepada kemajuan dan pembangunan

negara sekiranya mereka terlibat sama semasa memainkan peranan dalam memajukan diri mereka

sendiri.

Dasar Pembangunan Belia Negara mentakrifkan belia sebagai mereka yang berumur antara 15-40

tahun (Norizan, 2003), manakala klasifikasi belia oleh Azimi Hamzah dll (2007), adalah di antara

umur 15-35 tahun sahaja dengan pembahagian tiga kumpulan umur iaitu awal belia (15-20),

pertengahan belia (21-24) dan akhir belia (25-35). Dari segi perkembangan manusia pula ialah di

peringkat 15 tahun hingga 24 tahun di mana golongan ini mengalami perkembangan psikososial

yang sangat kompleks, cenderung meneroka alam kehidupan dan suka menguji batasan peraturan

masyarakat (Abdullah Al-Hadi, Rozumah dan Siti Nor, 1998). Belia sering menjadi fokus kerana

kaitannya dengan gambaran potensi politik dan idealisme. Apatah lagi, gaya hidup dan pemikiran

yang acapkali menentang ketetapan masyarakat sebelumnya. Berdasarkan kedominannya dalam

populasi negara sememangnya tidak dapat disangkal bahawa belia merupakan aset yang bernilai

sebagai pewaris yang akan meneruskan kesinambungan negara dan peranannya sebagai rakan

kongsi dalam pembangunan (Azizan, 2004).

Selain itu, belia juga merupakan warisan negara yang bakal menerajui masa depan bukan sahaja

untuk diri sendiri, malah keluarga, masyarakat dan negara. Belia akan menentukan hala tuju masa

depan negara kerana mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap keadilan sosial, politik dan

5http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=1251&Itemid=109&lang=bm

Page 5: Impak Program Transformasi Ekonomi (ETP) Terhadap …nuradli.com/2013p02.pdf · Di Malaysia takrif belia menurut Kementerian Belia dan Sukan, ... melihat banyak program pembangunan

5

ekonomi serta pembangunan yang akan mendukung cabaran perdana negara di masa hadapan.

Menurut Azimi dan Turiman (1998) belia hari ini yang akan mencorakkan maju atau mundur

negara pada masa hadapan. Ianya signifikan kerana negara berada dalam fasa kedua Wawasan

2020 untuk menjadi sebuah negara maju dengan acuan kita sendiri.

Galakan daripada pihak kerajaan dari segi pembangunan belia dan penglibatan belia dalam

menentukan dasar dan hala tuju negara adalah suatu pengiktirafan besar kepada golongan ini yang

tidak perlu disangkal. Atas dasar itulah kepesatan pembangunan negara sememangnya

memerlukan kepada modal insan yang berilmu dan berkemahiran tinggi dalam proses perancangan

dan pelaksanaan agenda pembangunan negara (Yahaya dan Hair, 2008).

Program Pembangunan Negara Yang Melibatkan Belia.

Program pembangunan belia rancak direncanakan di negara terutamanya apabila pucuk pimpinan

negara membentangkan belanjawan negara. Setiap tahun peruntukan yang disalurkan kepada

golongan belia adalah jumlah yang agak tinggi yang mana program yang dirancangkan adalah

merangkumi segenap aspek kehidupan belia. Ini adalah amat penting kerana pelaburan dalam

modal insan perlu dimulakan dari awal dengan meningkatkan pengetahun, keperibadian dan

peningkatan kemahiran. Dasar dan perancangan yang melibatkan kepada peningkatan kualiti

modal insan ini dimanifestasikan sejak awal lagi di dalam sistem pendidikan kebangsaan yang

bertujuan melahirkan modal insan yang mampu menghadapi saingan global (Mohd Yusof dan

Dullah Mulok, 2008).

Hakikatnya golongan belia hari ini mahukan suara, pandangan dan aspirasi mereka diambil kira di

dalam pembentukan dasar negara, program pembangunan, partisipasi di peringkat antarabangsa

dan kepercayaan terhadap tanggungjawab yang diberikan kepada mereka. Atas dasar inilah kita

melihat banyak program pembangunan belia dilihat lebih bersifat praktis yang mana

pendekatannya adalah dengan mendekati golongan belia dan bersama-sama melibatkan mereka.

Program-program yang melibatkan belia perlu kepada paradigm baru yang lebih bersifat global

sebagai salah satu elemen di dalam latihan dan pembinaan kepimpinan belia. Penglibatan belia

dalam isu-isu bersifat global dan universal seperti keamanan, demokrasi, pendidikan, alam sekitar

dan sebagainya mampu menganjak paradigm golongan belia setaraf dengan belia-belia di seluruh

Page 6: Impak Program Transformasi Ekonomi (ETP) Terhadap …nuradli.com/2013p02.pdf · Di Malaysia takrif belia menurut Kementerian Belia dan Sukan, ... melihat banyak program pembangunan

6

dunia. Mahathir (1999) menekankan bahawa sebagai satu proses perubahan, pembangunan hanya

tercapai apabila majoriti rakyat menikmati kekayaan negara dan apabila terdapat kemajuan dari

segi kualiti hidup.

Program-program yang dirancangkan untuk golongan belia perlulah melihat kepada pembahagian

umur seperti yang dijelaskan sebelum ini. Keperluan golongan awal belia dan golongan akhir belia

perlulah berlainan. Ini boleh dirumuskan seperti berikut:

1. Golongan belia remaja. Rata-rata kumpulan ini masih di bangku sekolah. Antara

beberapa perkara yang perlu ditekankan pada kumpulan ini adalah mendidik nilai,

memupuk jati diri, di sampaing mendedahkan mereka dengan scenario yang berubah

dan impaknya ke atas mereka. Remaja yang mengalami krisis dan konflik identity perlu

dibimbing dengan Program Rakan Sebaya atau menjinakkan mereka dengan

kaunseling remaja.

2. Golongan belia institusi pengajian tinggi atau penuntut (18 hingga 25 tahun). Golongan

ini terdiri daripada penuntut yang berada di institusi pengajian tinggi dan lepasan

sekolah menengah. Mereka mula memasuki alam lebih bebas daripada kawalan ibu

bapa mahupun peraturan sekolah. Pada peringkat ini, mereka perlu ditekankan dengan

moral yang tinggi dan memupuk hubungan sihat apabila bergaul.

3. Golongan belia awal pekerjaan (18 hingga 23 tahun). Golongn ini perlu didedahkan

dengan pelbagai peluang memajukan diri dalam bidang yang mereka ceburi. Galakan

belajar dan menimba pengalaman perlu diutamakan. Di samping itu, program yang

dapat meningkatkan kesedaran social yang sihat perlu dilaksankan.

4. Golongan belia industri (20 hingga 30 tahun). Sektor industri kini menyediakan

peluang kerja yang tinggi di dalam negara. Belia perlu diberi peluang meningkatkan

diri dalam hal yang berkait dengan keperluan kemahiran bekerja dan membangunkan

insan. Gerakan dan usaha memulihkan imej pekerja industri perlu diutamakan dengan

meletakkan mereka pada posisi yang lebih baik daripada segi nama dan kehidupan

sosial mereka.

5. Golongan belia veteran (30 hingga 40 tahun). Biasanya golongan ini sudah berumah

tangga dan lebih menumpukan pada usaha mengukuhkan pendapatan keluarga serta

mendidik anak-anak. Mereka ini lebih matang da nada tanggungjawab yang lebh tinggi

Page 7: Impak Program Transformasi Ekonomi (ETP) Terhadap …nuradli.com/2013p02.pdf · Di Malaysia takrif belia menurut Kementerian Belia dan Sukan, ... melihat banyak program pembangunan

7

pada keluarga.

Kaedah Penyelidikan

Beberapa kaedah penyelidikan telah digunakan dalam kajian ini. Ianya terbahagi kepada beberapa

seksyen. Seksyen pertama akan menerangkan pengumpulan data di peringkat pertama. Kemudian

seksyen kedua akan memperincikan pengumpulan data di peringkat kedua dan seksyen terakhir

akan menerangkan pengumpulan data di peringkat ketiga.

Pengumpulan data bagi kajian ini melibatkan tiga peringkat iaitu peringkat pertama melibatkan

sesi sumbangsaran dengan kumpulan pakar, peringkat kedua melalui kaji selidik atas talian, dan

peringkat ketiga melibatkan kumpulan fokus. Pengumpulan data pada peringkat kedua dan ketiga

melibatkan kumpulan sasaran bagi kajian ini iaitu golongan belia. Setiap peringkat pengumpulan

data melibatkan kumpulan yang berbeza-beza bagi memastikan kesahihan data yang diperolehi

pada setiap peringkat. Namun khusus untuk kertas kerja ini, penyelidik ingin memfokuskan

perhatian hanya kepada peringkat pertama dan kedia daripada keseluruhan kajian ini. Rajah 1

menunjukkan tiga peringkat pengumpulan data bagi kajian ini dan kumpulan yang terlibat.

Rajah 1: Pengumpulan data bagi kajian ini

Sesi sumbangsaran

Pakar dari bidang sains politik, pemasaran, kewangan, keusahawanan dan ekonomi

Peringkat Pertama

Kaji selidik atas talian

Golongan belia

Peringkat

Kedua

Kumpulan fokus

Golongan belia

Peringkat

Ketiga

Page 8: Impak Program Transformasi Ekonomi (ETP) Terhadap …nuradli.com/2013p02.pdf · Di Malaysia takrif belia menurut Kementerian Belia dan Sukan, ... melihat banyak program pembangunan

8

Pengumpulan Data Peringkat Pertama Melalui Sesi Sumbangsaran dengan Pakar

Peringkat pertama pengumpulan data dalam kajian ini melibatkan sesi sumbangsaran dengan

kumpulan pakar. Empat orang pakar telah terlibat pada peringkat ini. Pakar-pakar tersebut adalah

di dalam bidang sains politik, pemasaran, kewangan, keusahawanan dan ekonomi. Kesemua pakar

yang dipilih adalah bersesuaian dengan kajian ini memandangkan projek-projek di bawah Program

Transformasi Ekonomi (ETP) adalah berkait rapat dengan bidang-bidang tersebut.

Pengendalian Sesi Sumbangsaran Dengan Pakar

Sebelum sesi sumbangsaran diadakan, kesemua pakar yang dipilih telah diberikan maklumat

terperinci tentang latar belakang ETP, 12 Bidang Ekonomi Utama Negara, dan projek-projek di

bawah Bidang Ekonomi Utama Negara. Kesemua pakar telah diminta untuk menganalisa dan

mengkaji dokumen-dokumen tersebut dan mencadangkan Bidang Ekonomi Utama Negara dan

projek-projek berkaitan yang paling memberi impak terhadap belia. Setelah dua minggu dokumen

tersebut diserahkan kepada pakar-pakar, kesemua pakar telah berkumpul untuk berbincang tentang

Bidang Ekonomi Utama Negara dan projek-projek berkaitan yang memberi impak terhadap belia.

Penemuan Hasil Dari Sesi Sumbangsaran

Hasil dari sesi sumbangsaran, enam Bidang Ekonomi Utama Negara dan projek-perojek berkaitan

telah dikenalpasti sebagai agenda ETP yang paling memberi impak kepada belia. Enam bidang

tersebut adalah Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur, Pelancongan, Greater Kuala Lumpur,

Penjagaan Kesihatan, Pemborongan dan Peruncitan dan Pendidikan. Manakala enam lagi bidang

iaitu Kelapa Sawit dan Getah, Minyak, Gas & Tenaga, Perkhidmatan Perniagaan, Perkhidmatan

Kewangan, Elektrikal dan Elektronik dan Pertanian telah dipersetujui sebagai bidang yang paling

kurang memberi impak kepada golongan belia. Rajah 2 menyenaraikan 12 Bidang Ekonomi

Utama Negara dan bidang-bidang yang paling memberi impak kepada golongan belia.

Page 9: Impak Program Transformasi Ekonomi (ETP) Terhadap …nuradli.com/2013p02.pdf · Di Malaysia takrif belia menurut Kementerian Belia dan Sukan, ... melihat banyak program pembangunan

9

Petunjuk: Bidang Ekonomi Utama

Negara yang memberi impak

kepada belia

Bidang Ekonomi Utama

Negara yang tidak atau

kurang memberi impak

kepada belia

Rajah 2: Bidang Ekonomi Utama Negara

Pengumpulan Data Peringkat Kedua Melalui Kaji Selidik Atas Talian

Peringkat kedua pengumpulan data dalam kajian ini melibatkan kaji selidik atas talian. Satu set

soalan kaji selidik atas talian telah dibangunkan menggunakan perisian Survey Monkey. Perisian

tersebut telah digunakan kerana ianya adalah mesra pengguna dan membenarkan penyelidik untuk

mebuat kajian berasaskan web mengikut keperluan yang ditentukan oleh penyelidik. Kaji selidik

atas talian ini bertujuan untuk responden mengenalpasti projek-projek di bawah Bidang Ekonomi

Utama Negara yang memberi impak atau kurang memberi impak ke atas golongan belia. Bidang

Ekonomi Utama Negara yang dipilih adalah berdasarkan hasil sesi sumbangsaran pada peringkat

pertama.

Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur

Pelancongan Greater Kuala Lumpur

Penjagaan KesihatanPemborongan dan Peruncitan

Pendidikan

Kelapa Sawit dan Getah Minyak, Gas & Tenaga Perkhidmatan Kewangan

Perkhidmatan Perniagaan Elektrikal & Elektronik Pertanian

Page 10: Impak Program Transformasi Ekonomi (ETP) Terhadap …nuradli.com/2013p02.pdf · Di Malaysia takrif belia menurut Kementerian Belia dan Sukan, ... melihat banyak program pembangunan

10

Profil Demografi Responden

Di dalam kajian ini, seramai 50 orang responden telah dipilih untuk menyertai kajian ini.

Reponden yang dipilih adalah di kalangan pelajar kolej / universiti yang sedang mengikuti

pengajian diploma atau sarjana muda di sekitar Negeri Sembilan. Seramai 47 orang responden

telah hadir untuk menyertai penyelidikan ini. Profil responden tersebut adalah seperti di Jadual 3

dan Rajah 4.

Berdasarkan Jadual 3, dari jumlah 47 orang tersebut, 44.7% adalah lelaki manakala 55.3% adalah

perempuan. 34.1% peserta berasal dari selatan (Johor, Melaka, Negeri Sembilan), 23.5% dari barat

(Kuala Lumpur, Selangor), 23.5% dari timur (Kelantan, Terengganu, Pahang), 12.8% dari utara

(Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis) dan 6.4% dari Sabah dan Sarawak. 61.7% daripada

responden sedang mengikuti pengajian tahap diploma dan 38.3% di tahap sarjana muda. Majoriti

dari responden sedang berada di dalam pengajian tahun tiga dan empat iaitu sebanyak 70%.

Profil Demografi Kategori Sampel (N=46)

Jumlah (%)

Jantina Lelaki 21 43.5

Perempuan 26 56.5

Asal Utara (Perak, Kedah,

Pulau Pinang, Perlis)

6 12.8

Selatan (Negeri

Sembilan, Melaka,

Johor)

16 34.1

Timur (Pahang,

Kelantan,

Terengganu)

11 23.5

Barat (Kuala Lumpur,

Selangor)

11

Sabah dan Sarawak 3

Tempat

Pengajian

IKTBN 10 21.7

KPJ University

College

9 19.6

Murni Nursing

College

10 21.7

Page 11: Impak Program Transformasi Ekonomi (ETP) Terhadap …nuradli.com/2013p02.pdf · Di Malaysia takrif belia menurut Kementerian Belia dan Sukan, ... melihat banyak program pembangunan

11

Profil Demografi Kategori Sampel (N=46)

Jumlah (%)

UPM 7 15.2

USIM 7 15.2

UiTM 3 6.5

Tahap Pengajian Diploma 29 63

Sarjana Muda 17 37

Tahun Pengajian Pertama 12 26.1

Kedua 2 4.3

Ketiga 20 43.5

Akhir 12 26.5

Agama Islam 43 93.5

Buddha 0 4.3

Hindhu 2 0

Lain-lain 1 2.2

Jadual 3: Profil Demografi Responden

Rajah 4 : Carta profil dempografi responden

43%

57%

Jantina

Lelaki Perempuan

18%

49%

33%

0%0%

Negeri Asal

Utara (Perak, Kedah,Pulau Pinang, Perlis)

Selatan (NegeriSembilan, Melaka,Johor)

Timur (Pahang,Kelantan, Terengganu)

Barat (Kuala Lumpur,Selangor)

Sabah dan Sarawak

22%

20%

22%

15%

15%6%

Tempat Pengajian

IKTBN KPJ University College

Murni Nursing College UPM

USIM UiTM

63%

37%

Tahap Pengajian

Diploma Sarjana Muda

Page 12: Impak Program Transformasi Ekonomi (ETP) Terhadap …nuradli.com/2013p02.pdf · Di Malaysia takrif belia menurut Kementerian Belia dan Sukan, ... melihat banyak program pembangunan

12

Pengendalian Kaji Selidik Atas Talian

Setelah kaji selidik atas talian dibangunkan dan pemilihan responden dijalankan, responden yang

terpilih telah dipanggil untuk mengambil bahagian. Responden-responden telah dimaklumkan

bahawa mereka akan terlibat secara langsung dengan kajian ini sebanyak dua kali. Pertama

melibatkan kaji selidik atas talian manakala kali kedua melibatkan kumpulan fokus.

Di peringkat kedua pengumpulan data ini, responden telah diminta untuk menyusun keutamaan

projek-projek yang dilaksanakan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara yang paling memberi

impak langsung terhadap golongan belia. Responden menyusun keutamaan projek mengikut

projek yang paling memberi impak kepada golongan belia iaitu nombor satu (1) menunjukkan

projek tersebut memberi impak terhadap belia manakala nombor yang lebih besar menunjukkan

projek-projek yang kurang memberi impak terhadap belia.

Bagi tujuan penyelidikan ini, responden-responden menyusun keutamaan projek bagi lima Bidang

Ekonomi Utama Negara hasil sesi sumbangsaran pada peringkat pertama. Lima Bidang Ekonomi

Utama Negara yang berkait rapat dengan belia adalah Greater Kuala Lumpur / Klang Valley,

Pemborongan dan Peruncitan, Pelancongan, Kandungan dan Infrastruktur Komunikasi, dan

Pendidikan. Satu lagi Bidang Ekonomi Utama Negara yang berkait rapat dengan belia iaitu

Penjagaan Kesihatan tidak dimasukkan di dalam kaji selidik atas talian tetapi impak bidang

tersebut terhadap belia diajukan kepada responden di dalam pengumpulan data melalui

perbincangan kumpulan fokus. Rujuk Jadual 1 untuk maklumat terperinci bagi pojek-projek yang

dijalankan di bawah setiap Bidang Ekonomi Utama Negara.

Bidang

Ekonomi

Utama Negara

Projek-projek

Pelancongan Memartabatkan Malaysia Sebagai Destinasi Pelancongan

Perniagaan yang Utama

Memartabatkan Malaysia sebagai Hab Biodiversiti Global

Membangunkan Kepakaran Tempatan dan Pengawalseliaan

Industri Spa yang Lebih Baik

Page 13: Impak Program Transformasi Ekonomi (ETP) Terhadap …nuradli.com/2013p02.pdf · Di Malaysia takrif belia menurut Kementerian Belia dan Sukan, ... melihat banyak program pembangunan

13

Bidang

Ekonomi

Utama Negara

Projek-projek

Membangunkan Resort Eko-Semula Jadi Bersepadu (Eco-

Nature Integrated Resort)

Menambah Baik Kadar, Jenis dan Kualiti Hotel

Menempatkan Malaysia seagai Destinasi Beli Belah BEbas

Cukai

Meningkatkan Kesalinghubungan dengan Pasaran Jarak

Sedarhana Keutamaan

Menjadikan Kawasan Bukit Bintang-Kuala Lumpur City

Centre sebagai Presint Beli Belah yang Meriah

Menyasarkan Lebih Banyak Acara Antarabangsa

Mewuujudkan Ruang Perniagaan Premium di Malayia

Pelancongan Gold

Pelancongan Pelayaran Persiaran: Mewujudkan Straits

Riviera

Zon Hiburan Khas (DEZ)

Pendidikan Penskalaan ke atas Pusat Penjagaan Awal Kanak-Kanak

dan Pusat Pendidikan Awal (ECCE)

Penubuhan Institusi Pendidikan Bukan untuk Keuntungan

Penambahbaikan Penjagaan Awal Kanak-Kanak (ECCE)

dan Latihan Pendidikan

Penskalaan ke atas Sekolah Antarabangsa

Mengembangkan Latihan Guru Swasta

Penskalaan ke atas Penyediaan Latihan Kemahiran Swasta

Mengembangkan Pengajian Jarak Jauh Antarabangsa

Membangunkan Pusat Pendidikan Kewangan dan

Perniagaan Islam

Membangunkan Kluster Disiplin Sains Kesihatan

Membangunkan Kluster Disiplin Hospitaliti dan

Pelancongan

Melancarkan EduCity@Iskandar

Menjuarai Pendidikan Malaysia sebagai Jenama

Antarabangsa

Memperkenalkan Perkongsian Awam-Swasta bagi

Pendidikan Asas

Membangunkan Pusat Pembangunan Permainan

Penubuhan Kampus Cawangan Universiti Luar Negara

Page 14: Impak Program Transformasi Ekonomi (ETP) Terhadap …nuradli.com/2013p02.pdf · Di Malaysia takrif belia menurut Kementerian Belia dan Sukan, ... melihat banyak program pembangunan

14

Bidang

Ekonomi

Utama Negara

Projek-projek

Kandungan

dan

Infrastruktur

Informasi

Memupuk Kandungan Kreatif Malaysia

Menhubungkan 1Malaysia (Connecting 1Malaysia)

Mewujudkan e-Pembelajaran untuk Pelajar dan Pekerja

Melancarkan e-Penjagaan Kesihatan

Memperdalamkan e-Kerajaan

Memastikan Jalur Lebar untuk Semua

Memperluas Jangkauan

Menawarkan Rangkaian Pintar

Memperluas Rangkaian Serantau

Jejak dan Kesan (Track and Trace)

Pemborongan

dan

Peruncitan

Meningkatkan Bilangan Kedai Format Besar

Pemodenan melalui Program Transformasi Kedai Runcit

(TUKAR)

Transformasi Bengkel Automotif

Membangunkan Makan Bazaar

Membangunkan Gedung 1Malaysia

Menubuhkan Gedung Maya

Memudahcara Peniaga Tempatan untuk Memperoleh

Pegangan dalam Perniagaan Runcit Asing

Menjadikan Malaysia Negara Bebas Cukai

Membangunkan Pusat Peranginan Kesihatan

Menganjurkan Jualan Bersepadu 1Malaysia

Mentransformasikan KLIA menjadi Hab Peruncitan

Membangunkan Kedai Runcit Bersepadu Berskala Besar

Greater Kuala

Lumpur Menarik 100 Firma Paling Dinamik Dunia dalam Sektor

Keutamaan

Menarik Kumpulan Tenaga Mahir Tempatan dan Luar

Negara

Pengangutan Keretapi Bekelajuan Tinggi ke Singapura

Membina Sistem Transit Aliran Berkapasiti Tinggi Bandar

yang Bersepadu

Memulihara Sungai Klang untuk Dijadikan Pusat Warisan

dan Komersial

Penghijauan Kuala Lumpur

Membentuk Tempat dan Tarikan Ikonik

Mewujudkan Rangkaian Laluan Pejalan Kaki Komprehensif

Membangunkan Sistem Pengurusan Sisa Pepejal yang

Cekap

Kesihatan Mewujudkan Metropolis Kesihatan: Kampus Bertaraf Dunia

untuk Penjagaan Kesihatan dan Biosains

Jadual 1: Projek-projek di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara

Page 15: Impak Program Transformasi Ekonomi (ETP) Terhadap …nuradli.com/2013p02.pdf · Di Malaysia takrif belia menurut Kementerian Belia dan Sukan, ... melihat banyak program pembangunan

15

Penemuan hasil kaji selidik atas talian

Setelah semua responden memberi maklum balas, jawapan yang telah diperoleh digunakan sebagai

input untuk pengumpulan data peringkat ketiga iaitu kumpulan fokus. Bagi projek-projek di

bawah NKEA Greater Kuala Lumpur / Klang Valley, responden telah meletakkan menarik 100

firma paling dinamik dunia dalam sektor keutamaan sebagai projek yang paling memberi impak

langsung terhadap belia manakala membangunkan sistem pengurusan sisa pepejal yang cekap

adalah projek yang kurang memberi impak langsung terhadap belia.

Bagi projek di bawah NKEA Pemborongan dan Peruncitan, responden telah meletakkan

meningkatkan bilangan kedai format besar sebagai projek yang paling memberi impak langsung

terhadap belia manakala mentransformasikan KLIA sebagai hab peruncitan sebagai projek yang

kurang memberi impak langsung terhadap belia.

Bagi projek di bawah NKEA Pelancongan, responden telah meletakkan memartabatkan Malaysia

sebagai destinasi pelancongan perniagaan yang utama sebagai projek yang paling memberi impak

langsung terhadap belia manakala pelancongan golf dan zon hiburan khas (DEZ) sebagai projek

yang kurang memberi impak langsung terhadap belia.

Bagi projek di bawah NKEA Kandungan dan Infrastuktur Komunikasi, responden telah

meletakkan menghubungkan 1Malaysia sebagai projek yang paling memberi impak langsung

terhadap belia manakala jejak dan kesan (track and trace) sebagai projek yang kurang memberi

impak langsung terhadap belia.

Bagi Pendidikan, responden telah meletakkan penskalaan ke atas pusat penjagaan awal kanak-

kanak dan pusat pendidikan awal (ECCE) sebagai projek yang paling memberi impak langsung

terhadap belia manakala penubuhan institusi pendidikan bukan untuk keuntungan adalah projek

yang kurang memberi impak langsung terhadap belia. Ringkasan bagi projek yang paling dan

kurang memberi impak terhadap belia adalah seperti di Jadual 2.

Page 16: Impak Program Transformasi Ekonomi (ETP) Terhadap …nuradli.com/2013p02.pdf · Di Malaysia takrif belia menurut Kementerian Belia dan Sukan, ... melihat banyak program pembangunan

16

Bidang Ekonomi

Utama Negara

Paling Memberi Impak Kurang Memberi

Impak

Pelancongan

memartabatkan Malaysia

sebagai destinasi pelancongan

perniagaan yang utama

pelancongan golf dan zon

hiburan khas (DEZ)

Pemborongan dan

Peruncitan

meningkatkan bilangan kedai

format besar

mentransformasikan

KLIA sebagai hab

peruncitan

Pendidikan

penskalaan ke atas pusat

penjagaan awal kanak-kanak

dan pusat pendidikan awal

(ECCE)

penubuhan institusi

pendidikan bukan untuk

keuntungan

Kandungan dan

Infrastruktur

Informasi

menghubungkan 1Malaysia jejak dan kesan (track

and trace)

Greater Kuala

Lumpur/Klang

Valley

menarik 100 firma paling

dinamik dunia dalam sektor

keutamaan

membangunkan sistem

pengurusan sisa pepejal

yang cekap

Jadual 2: Ringkasan projek di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara yang paling dan

kurang memberi impak

Page 17: Impak Program Transformasi Ekonomi (ETP) Terhadap …nuradli.com/2013p02.pdf · Di Malaysia takrif belia menurut Kementerian Belia dan Sukan, ... melihat banyak program pembangunan

17

Rajah 3 : Ringkasan projek di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara yang paling dan

kurang memberi impak kepada golongan belia

Kesimpulan

Hasil daripada kajian ini adalah diharapkan dapat membantu pihak kerajaan melaksanakan

pembangunaan ekonomi negara dengan mengambilkira pandangan belia yang akan pada satu hari

nanti mengambil alih pemerintahan negara ini. Adalah diharapkan agar pihak kerajaan dapat

menumpukan kepada projek-projek yang dapat memberikan impak yang siginifikan dan

mengurangkan penumpuan terhadap projek-projek yang kurang memberi impak kepada generasi

belia. Penyelidik ingin mengucapkan terima kasih kepada Biro Tatanegara atas pemberian geran

penyelidikan untuk membiayai kajian ini.

Pelancongan

memartabatkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan perniagaan yang utama

Pemborongan dan Peruncitan

meningkatkan bilangan kedai format besar

Pendidikan

penskalaan ke atas pusat penjagaan awal kanak-kanak dan pusat pendidikan awal (ECCE)

Kandungan dan Infrastruktur Informasi

menghubungkan 1Malaysia

Greater Kuala Lumpur/Klang Valley

menarik 100 firma paling dinamik dunia dalam

Pelancongan

pelancongan golf dan zon hiburan khas (DEZ)

Pemborongan dan Peruncitan

mentransformasikan KLIA sebagai hab peruncitan

Pendidikan

penubuhan institusi pendidikan bukan untuk keuntungan

Kandungan dan Infrastruktur Informasi

jejak dan kesan (track and trace)

Greater Kuala Lumpur/Klang Valley

membangunkan sistem pengurusan sisa pepejal yang cekap

Page 18: Impak Program Transformasi Ekonomi (ETP) Terhadap …nuradli.com/2013p02.pdf · Di Malaysia takrif belia menurut Kementerian Belia dan Sukan, ... melihat banyak program pembangunan

18

Rujukan

Agen Pembangunan Pewaris Negara. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Asia Monitor (2011) ETP Funding Remains Biggest Challenge. Asia Monitor: South East Asia Monitor

Volume 2 22: 1-2.

Azimi Hamzah dan Turiman Suandi. (1998). Pengukuhan Sinergi Belia dan Negara: Agenda Agen

Pembangunan Pewaris Negara. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Azimi Hamzah & Zanariah Mohd Nor (2007), Kesediaan Belia Sebagai Tunggak Negara Maju, Laporan

Penyelidikan, Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional, Universiti Putra Malaysia.

Azimi Hamzah dll (2007), Muslim Religiosity & Personality Assessment: Prototype for Nation Building,

Serdang: Institute for Social Science Studies (IPSAS), Universiti Putra Malaysia.

Economic_Policy_Outlook (2011) Economic policy outlook. Country Report. Malaysia. EIU: Economist

Intelligence Unit. pp. 5-7.

Economic Policy (2011) Economic policy. Country Report. Malaysia. EIU: Economist Intelligence Unit.

pp. 13-14.

Laporan Penyelidikan, Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional, Universiti Putra

Malaysia.

Mahathir Mohamad, (1999), Jalan ke Puncak. Petaling Jaya: Pelanduk Publications.

Miller G (2011) Getting re-elected. FinanceAsia: 120-124.

Mohamed D S M b (2013) 20/20 VISION ON GROWTH. Foreign Affairs 92: 104-104.

Mohd Yusof Kasim dan Dullah Mulok, (2002), Kerjasama Sub-Wilayah ASEAN : Isu dan Cabaran

Pembangunan Sumber Manusia di BIMP-EAGA. Simposium Kebudayaan Indonesia-Malaysia Kelapan

(SKIM 8) anjuran UKM dan Universitas Padjadjaran, Bandung Indonesia, Bangi selangor Darul Ehsan.:

UKM, Bangi Selangor.: UKM.

Norizan Sharif (2003), “Perpaduan Belia Pelbagai Agama di Malaysia”, Dalam Agama dan Perpaduan

Page 19: Impak Program Transformasi Ekonomi (ETP) Terhadap …nuradli.com/2013p02.pdf · Di Malaysia takrif belia menurut Kementerian Belia dan Sukan, ... melihat banyak program pembangunan

19

Kaum di Malaysia, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pemandu (2013) Program Transformasi Negara: Laporan Tahunan ETP 2012. In:

Jabatan_Perdana_Menteri [ed.] Putrajaya.

Shmavonian K, and Hershman M (2012) The Malaysian Third Way: A Public-Private Partnership.

Forbes.com: 49-49.

Yahaya Ibrahim dan Abd. Hair Awang. (2008). Pembangunan Modal Insan, Isu dan Cabaran. Penerbit

Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.