pertanian di malaysia: pertanian adalah perniagaan pertanian awal yang dikesan bermula pada tahun...

Download PERTANIAN DI MALAYSIA: Pertanian Adalah Perniagaan pertanian awal yang dikesan bermula pada tahun 6000 s.m yang menjalankan aktiviti pertaniannya di kawasan Asia Barat berhampiran

If you can't read please download the document

Upload: trandiep

Post on 28-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

PERTANIAN DI MALAYSIA: Pertanian Adalah Perniagaan

PERTANIAN DI MALAYSIA

Sunday, 27 November 2016

Pertanian Adalah Perniagaan

1.0PENGENALAN

Hasildaripada sumber kajian arkeologi didapati terdapat kesan penggunaan tanah sejakberibu-ribu tahun dahulu oleh sekumpulan kecil manusia pada masa itu. Jumlahsekumpulan kecil manusia itu dipercayai sebanyak 20 orang sahaja. Pada ketikaitu, manusia hanya menjalankan aktiviti pra-pertanian seperti memburu,menangkap ikan, memungut tanaman hutan dan madu. Masyarakat pada peringkat inidikenali sebagai masyarakat Pemburu dan Pengumpul (Hunting and GatheringSociety).

Bentukpertanian pada peringkat awal adalah primitif. Namun perubahan demi perubahanberlaku dengan membiak-baik tumbuhan melalui proses-proses pemilihan dansebagainya. Pertanian dan penternakan yang dahulunya di jalankan secara meliartelah diubah corak penjagaannya dengan membentuk satu komuniti pertanian yanglebih besar berbanding dengan kaedah pertanian pada peringkat awal. Pelbagai jenistanaman yang telah terhasil kesan daripada proses pemilihan dan penanaman dankemudiannya ia dipindahkan ke tempat-tempat lain di dunia ini.

Iklimadalah salah satu faktor yang mempengaruhi pertumbuhan tanaman sehinggamenyebabkan sebaran atau taburan spesis tanaman ke merata pelosok dunia.Kawasan pertanian awal yang dikesan bermula pada tahun 6000 s.m yangmenjalankan aktiviti pertaniannya di kawasan Asia Barat berhampiran denganlengkungan Lembangan Sungai Trigis. Antara tanaman yang di tanam di kawasanyang

subur ini adalah seperti tanaman barli,tanaman kurma, tanaman buah lai, tanaman buah delima, tanaman bawang dantanaman kekacang. Terdapat juga tanaman buah epal ditemui di tanam di kellilingLautan Hitam atau Kaspian.

Diantaraaktiviti ekonomi dunia yang paling penting ialah bidang pertanian. Pertanianialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan dan perhutanan.Ia merupakan perkembangan utama yang membawa kepada kebangkitan tamadun, denganpenanaman dan penternakan mewujudkan lebihan makanan dan seterusnya membolehkanpembangunan masyarakat yang lebih padat dan berstrata (Wikipedia:EnsiklopediaBebas).

Kajianpertanian dikenali sebagai Sains Pertanian. Ilmu pertanian atau agronomi modenmenerangkan mengenai pembiakbakaan tumbuhan, racun perosak dan baja. Pertanian juga menerangkantentang teknik pertanian seperti cara bagaimana meluaskan tanah untuk bercucuktanam dengan membina terusan air dan bentuk pengairan yang lain.

Sektorpertanian telah memainkan peranan yang penting di dalam pembangunan sosial danekonomi di Malaysia. Pada masa itu, kegiatan pertanian adalah pertanian saradiri dan tradisional. Sehinggalah pada tahun 1887 perkenalan tanaman industriiaitu industri getah mula di tanam di Kuala Kangsar, Perak. Ini telahmenjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama getah asli dunia untuk beberapaabad sehinggalah akhir tahun 1980an. Peningkatan teknologi telah menambahkanhasil tanaman secara mendadak. Ini dapat dilihat pada KDNK negara Malaysiasebanyak 12% terbentuk daripada pertanian. Lebih kurang sebanyak 16% daripadarakyat Malaysia melibatkan diri mereka dalam bidang pertanian.

Kerajaanpada masa sekarang memberi tumpuan yang lebih kepada sektor pertanian. Inikerana aktiviti pertanian bukanlah lagi bersifat keperluan sara hidup dirimalahan telah dapat memberi keuntungan kepada pengusahanya. Kini pertanianadalah satu perniagaan. Ia bertujuan untuk mentransformasikan negara Malaysiadaripada sebuah negara perindustrian kepada sebuah negara pertanian. Kerajaantelah melakukan banyak perubahan untuk pembangunan di dalam bidang pertanian.Keadaan in dapat dilihat sebagai salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkantaraf hidup rakyat Malaysia dan seterusnya membantu menambahkan hasilpendapatan negara. Masyarakat perlu mengubah persepsi mereka terhadap bidangpertanian yang di anggap tidak memberi keuntungan kepada mereka. Ini keranavisi Pertanian adalah perniagaan semakin diberi penekanan oleh kerajaan agarpenglibatan masyarakat di dalam bidang ini akan terus berkembang maju.Masyarakat juga perlu lebih berani untuk mengambil risiko dan cuba melakukanaktiviti pertanian serta mula berbakti kepada tanah. Pertanian tidak terhadkepada faktor umur malah perlu diceburi oleh seluruh lapisan masyarakat.

2.0 KEPENTINGAN BIDANG PERTANIAN

Bidangpertanian telah memainkan peranan yang penting awal tahun 1920 an kepada negaramenerusi industri getah yang mengangkat nama Malaysia sebagai pengeluar getahasli utama dunia sehingga tahun 1980 an. Bagi negara-negara yang sedangmembangun seperti Malaysia, bidang pertanian merupakan bidang yang terpentingbagi negara tersebut. Bidang pertanian merupakan bidang yang memberi sumbangankepada pembangunan negara dan pertumbuhan ekonomi negara dalam era selepasmerdeka.

Namunkini bidang pertanian beransur-ansur dipandang sunyi dengan kepesatanpembangunan dan kemajuan negara. Generasi muda tidak lagi berminat untukmeneruskan pekerjaan turun temurun dan mereka lebih berminat untuk berhijrah kebandar-bandar mencari peluang pekerjaan yang lebih dan menawarkan pendapatanyang lebih tinggi dan terjamin dalam sektor perindustrian. Ini kerana imejpekerjaan di sektor perindustrian dilihat lebih tinggi dan memiliki kemudahansosial yang lebih baik. Kerajaantelah melakukan pelbagai usaha untuk pembangunan bidang pertanian ini. Kerajaanmahu melihatkan bahawa bidang pertanian mempunyai masa depan yang cerah danmenguntungkan. Bidang pertanian sebenarnya dapat memberi sumbangan yang besarkepada negara. Dasar Pertanian Negara menjadi garis panduan kepada pembangunanbidang ini.

Aktivitipertanian yang produktif serta cekap adalah penting bagi penghasilan sumbermakanan yang banyak. Kepentingan bidang pertanian dapat dilihat sangat tinggiapabila meningkatnya permintaan kepada bahan asas tani seperti sayuran dansumber lain untuk kegunaan harian. Bidang pertanian membekalkan bahan mentahkepada sektor ekonomi sekunder negara dan pemprosesan makanan. Hasil daripadabidang pertanian ini merupakan input yang digunakan dalam proses pengeluaranbahan makanan yang boleh dijadikansebagai produk eksport. Diantara eksport makanan yang menggunakan hasilpertanian adalah seperti mentega, serbuk koko, serbuk lada hitam dansebagainya. Kos pengeluaran juga dapat diminimumkan memandangkan harga bahanmentah yang dibekalkan oleh bidang pertanian adalah murah berbanding denganpasaran antarabangsa. Selain itu antara kepentingan bidang pertanian kepadanegara ialah :

i)Mengelakkan krisis bekalanmakanan dan memastikan bekalan makanan mencukupi

Malaysiaadalah salah satu negara yang menjadikan beras sebagai makanan ruji. Kerajaantelah berusaha untuk membangunkan penuaian padi dua kali setahun. Secaratradisionalnya pengeluaran padi pada masa lalu hanya sekali setahun. Tetapidengan kemajuan teknologi dan infrastruktur telah membolehkan pengeluaran padisebanyak dua kali setahun. Keadaan ini dapat menampung permintaan masyarakatMalaysia selain kerajaan mahu mengurangkan import beras dari Thailand.Pengurangan kebergantungan kepada negara luar dapat mengurangkan pengaliranmatawang ke negara luar dan dapat meningkatkan ekonomi dalaman negara. Kerajaanjuga sedang melakukan penyelidikan untuk menghasilkan pengeluaran beras limakali setahun. Ini adalah kerana pertumbuhan penduduk negara yang semakinmeningkat. Disamping itu, negara Malaysia mempunyai tanah yang amat sesuaiuntuk dimajukan dalam bidang pertanian seperti tanaman kopi, bijirin dan jugakoko. Jika keperluan ini mencukupi untuk menampung keperluan rakyat Malaysia,maka bahan yang diimport dari negara luar dapat dikurangkan.

ii)Mewujudkan peluang pekerjaandan mengurangkan jumlah pengangguran

Bidangpertanian dapat menyediakan peluang pekerjaan yang luas kepada rakyat Malaysia.Ini kerana negara kita mempunyai tanah yang luas untuk diusahakan bergantungkepada kerajinan individu tersebut. Tenaga buruh dapat dibekalkan melaluipeluang pekerjaan yang terbuka apabila pengusahaan tanah untuk tujuan pertaniandilakukan. Definisi pekerjaan dalam bidang pertanian bukan sahaja bekerja diladang malahan meliputi pemprosesan dan pemasaran. Bidang ini tidak memerlukankelulusan yang tinggi. Pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan dalam bidang pertanianmembuka tawaran kursus kepada masyarakat yang berminat dalam bidang pertanianuntuk mendapatkan ilmu dan sebagainya. Bidang pertanian dapat mengurangkanjumlah pengangguran negara dan dapat menambahkan jumlah pendapatan isi rumah. Jurangkemiskinan dapat dirapatkan melalui pembangunan bidang pertanian ini. Keadilansosial dan pengagihan kekayaan yang seimbang dapat dicapai. Sebagai salah satuusaha kerajaan yang efektif ialah skim Felda dimana tanah pertanian yang luasdiagihkan mengikut nisbah yang sama rata kepada penduduk desa untuk dimajukan.

iii)Meningkatkan pendapatannegara dan sosio ekonomi masyarakat.

Bidangpertanian bukan sahaja memberi manfaat kepada pengusahanya malah ia juga dapatmeningkatkan pendapatan negara dan seterusnya sosio ekonomi masyarakat. Negaraakan menambahkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melalui pengeksportantanaman komersial seperti kelapa sawit dan lada hitam. Malaysia merupakanpengeluar kedua terbesar di dunia bagi pengeluaran getah dan minyak kelapasawit. Kerajaan melalui agensi-agensi pelaksana banyak melakukan perubahandaripada aspek proses dan keperluan jentera. Melalui Institut Penyelidikan danKemajuan Pertanian Malaysia atau MARDI, Malaysia telah banyak menghasilkanpelbagai variasi, klon dan tanaman baru dengan bantuan teknologi ICT yang terkini.Oleh yang demikian, pengusaha ladang dapat menggunakan teknologi-teknologi inidan seterusnya meningkatkan kuantiti dan kualiti pengeluaran. Dengan keadaanini hasil pendapatan negara akan bertambah dengan mengeksport pengeluarantanaman yang bermutu tinggi kepada negara luar. Pengaliran matawang Malaysiakeluar negara dapat dikurangkan dan ianya memberi kebaikan kepada pertumbuhanekonomi negara. Kedudukan kewangan negara melalui pembangunan bidang pertaniandapat dikukuhkan melalui keseimbangan Indeks Imbangan Perdagangan iaitu Indeksharga hasil eksport dan belanja import.

3.0 POTENSIBIDANG PERTANIAN SEBAGAI PERNIAGAAN YANGMENGUNTUNGKAN

Peringkatawalnya, fungsi bidang pertanian adalah untuk memenuhi keperluan asas manusiaiaitu membekalkan makanan yang mencukupi kepada masyarakat. Keadaan ini berubahapabila meningkatnya tamadun manusia maka fungsi pertanian juga turut berubah.Bermulanya hanya pertanian untuk sara diri dan kini ia bertukar menjadi pertanianuntuk perniagaan. Berbudi kepada tanah akan memberi hasil yang menguntungkankepada pengusahanya. Bidang pertanian kini menjadi satu bidang perniagaan dimana para pengusaha ladang menjadi usahawan dan hasil-hasil tanaman mereka itudijual kepada orang ramai.

Memetikkata-kata daripada mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato Seri AbdullahAhmad Badawi, beliau menyatakan bidang pertanian perlu menjadi sektor moden,dinamik dan berpendapatan lumayan melalui tranformasi yang akan dilakukankepada bidang pertanian ini. Beliau ingin mengubah tanggapan masyarakat bahawa menjadipetani perlu bertungkus lumus di bawah sinar matahari dan mendapat hasil yangtidak setimpal dengan titik peluh yang dicurahkan dan sememangnya kurangmenarik minat golongan muda dapat disangkal dengan usaha pemerkasaan bidangpertanian ini. Selama bertahun-tahunbidang pertanian ini tidak begitu popular kerana secara umumnya pertaniandianggap suatu mata pencarian yang memberi pulangan yang rendah dan hanya untukmereka yang tidak atau kurang berpelajaran.

MelaluiRancangan Malaysia Kesembilan (RM9), bidang pertanian dijadikan sebagai penjanapertumbuhan yang ketiga selepas pengilangan dan perkhidmatan. 37% rakyatMalaysia tinggal di kawasan luar bandar dan 7 daripada 13 buah negeri diMalaysia mempunyai kawasan tanah desa yang luas. Potensi untuk menjana sumberpendapatan melalui bidang pertanian dalam perniagaan terbuka luas. Penjanaansumber baru pertumbuhan ekonomi dapat membantu merapatkan jurang sosio ekonomirakyat dan dapat menghapuskan kemiskinan. Bidang pertanian dapat menghasilkankeuntungan yang tinggi jika ia diurus secara professional, pengurusan aspekkewangan yang baik, pemasaran, pembangunan sumber manusia, teknologi, logistikdan rantaian nilai. Ia juga dapat memberi keuntungan yang besar kepada pelaburserta pengusaha apabila pengusaha amat menitik beratkan beberapa aspektermasuklah kuantiti dan kualiti maka hanya pasaran bagi hasil yang akan dijualpasti akan meningkat. Penghasilan produk akan lebih bermutu apabilapenambahbaikan daripada aspek pemprosesan, penggredan, pembungkusan sertapemasaran diberi keutamaan.

Selainitu, galakkan dan insentif yang diberikan daripada kerajaan khusus kepadapeniaga, petani serta pekebun kecil dapat meningkatkan keyakinan dan semangatmereka untuk meneruskan perniagaan dalam bidang pertanian ini. Amalan agronomiyang baru, pengurusan ladang secara moden dan penggunaan jentera baru sertateknologi terkini turut menggiatkan Amalan Pertanian Baik (ABP) iaitu satupendekatan serta sistem pengembangan pertanian oleh Jabatan Pertanian Malaysia.Jabatan Pertanian Malaysia ini bertanggungjawab memastikan pengeluaran hasilpertanian lebih berkualiti serta selamat untuk dimakan.

Melaluiperkenalan konsep agro-pelancongan telah menjadikan bidang pertanian sebagaisatu bidang perniagaan yang menguntungkan. Konsep ini berkembang pesatberikutan Malaysia yang kaya dengan keindahan alam semulajadi. Pelbagaiaktivviti yang berkaitan dengan bidang pertanian serta peladangan disediakanuntuk para pelancong. Perniagaan pertanian melalui konsep agro-pelancongan inimenarik minat para pelancong luar negara untuk melihat keindahan alam flora danfauna di negara Malaysia. Berbagai-bagai aktiviti yang dijalankan melalui konsep agro-pelancongan ini. Di antaraaktiviti yang dijalankan adalah seperti lawatan ke dusun buah-buahan dan ladangternakan, penyelidikan , homestay dan sebagainya. Disamping itu tetamu jugadiajar tentang teknik pertanian moden yang digunakan.

Salahsatu produk pertanian yang popular di Malaysia ialah tanaman teh. Penanaman tehdi kawasan kawasan tanah tinggi seperti di Cameron Highland telah mengangkatnama Malaysia sebagai salah satu negara pengeluar teh berkualiti tinggi diasia. Penubuhan Industri Kecil Sederhana atau IKS adalah salah satuperkembangan yang menjadikan bidang pertanian sebagai satu perniagaan. Ia dapatmeningkatkan pendapatan penduduk di luar bandar dan menaikkan taraf hidupmereka. Kepesatan industri pertanian pada sesebuah negara sememangnya membawakepada keuntungan yang besar kepada negara itu sendiri.

4.0 CABARAN / HALANGAN BIDANG PERNIAGAANBERASASKAN PERTANIAN

Perkembanganbidang pertanian secra komersial di negara kita sejak 50 tahun yang lalumenunjukkan penglibatan yang kurang daripada golongan belia walaupun bidangpertanian in menjadi antara bidang yang menyumbang kepada Keluaran Dalam NegaraKasar (KDNK). Bidang Pertanian ini termasuklah usaha penternakan, penanaman,perikanan dan industri hiliran. Bidang pertanian secara komersial adalah kegiatanpertanian yang dijalankan dalamn bentuk perladangan dengan hasil produktivitidalam jumlah yang besar, jumlah keluasan tanah yang diusahakan, berdaya majudan dimajukan dengan tanaman yang berpotensi untuk jualan. Dengan inipendapatan akan meningkat dan nilai guna tanah bertambah untuk pulangan yangbersifat komersial.

Namunbegitu bukan mudah untuk meletakkan bidang pertanian sebagai bidang perniagaan.Ia perlu bersaing dengan bidang-bidang yang sedia ada yang lebih kukuh danlebih diberi tumpuan oleh masyarakat. Dalam menstransformasikan bidangpertanian sebagai perniagaan telah menemukan pelbagai cabaran dan halangandalam merealisasikannya. Diantara cabaran dan halangan bidang perniagaanberasaskan pertanian dilaksanakan adalah seperti berikut :

i)Keperluan Penggunaan SumberSecara Optimum

Tanah,air dan buruh merupakan sumber yang diperlukan dalam bidang pertanian.Kebanyakkan tanah-tanah yang ada di muka bumi Malaysia ini dibangunkan untuktujuan perindustrian dan perumahan. Ini telah menyebabkan penawaran tanah agakterhad dan harga tanah menjadi mahal. Penggunaan tanah untuk pertanian dipengaruhi oleh keadaan ini. Di samping itu isu pemilikan tanah juga menjadiantara cabaran dan halangan menjadikan bidang perniagaan berasaskan pertanian.Pemilikan tanah oleh petani-petani adalah di dalam lot-lot kecil danberselerak. Pembahagian tanah telah menyebabkan pengurangan keluasan kebun danini menyulitkan penggunaan teknik pengeluaran yang baik. Lot-lot tanah yangberselerak ini memerlukan lebih banyak masa, tenaga dan belanja, kelengkapandan bahan pertanian lain. Pemecahan lot ini menyukarkan penggunaaninfrastruktur baru atau teknik serta input baru.

Gunatenaga buruh di dalam bidangpertanian ini juga menjadi salah satu cabaran dan halangan bidang perniagaanberasaskan pertanian. Kebanyakkan tenaga buruh lebih tertumpu kepada bidangperindustrian. Malaysia terpaksa mengguna tenaga buruh dari Indonesia danBangladesh di dalam bidang pertanian ini. Penglibatan generasi anak muda zamansekarang kurang berminat untuk menceburi di dalam bidang pertanian ini. Merekamerasakan bidang pertanian in tidak mendatangkan pendapatan yang lumayan danlebih tertumpu kepada bidang pengilangan dan perindustrian di manabidang-bidang tersebut lebih terjamin dan stabil. Jumlah tenaga buruh yangterhad ini menyukarkan bidang pertanian ini bersaing dengan bidang-bidang yanglain di dalam perniagaan.

ii)Kekurangan Pembiayaan dariInstitusi Perbankan

Sektor perbankan lebih berminatmembiayai bidang ini sekiranya diwujudkan insurans pertanian bagi mengurangkanrisiko petani dan pemberi pinjaman. Keadaan ini menjadi satu cabaran danhalangan menjadikan pertanian sebagai bidang perniagaan. Pihak perbankan tidakbegitu berminat untuk membiayai bidang pertanian ini adalah kerana risiko yangdihadapi adalah lebih tinggi. Ianya juga sukar dikawal dan diramal. Contohnyaseperti jangkitan penyakit, banjir, tanah runtuh, kemarau dan bencana alam yanglain.

Kelemahan dalam menyediakan kertaskerja untuk tujuan pembiayaan juga menjadi salah satu cabaran dan halanganmenjadikan bidang perniagaan berasaskan pertanian. Keadaan ini menjadikaninstitusi perbankan kurang berminat untuk membiayai bidang pertanian ini.

iii)Kekurangan Modal untukPenggunaan Teknologi Moden

Kekuranganmodal untuk mendapatkan penggunaan teknologi moden juga menjadi cabaran danhalangan menjadikan bidang perniagaan berasaskan pertanian. Teknologi modenberpotensi memberikan manfaat yang besar dan boleh mendatangkan hasil yanglumayan. Akibat daripada masalah ini juga menyebabkan petani dan pengusahadalam bidang pertanian ini kekurangan benih atau klon yang berdaya pengeluarantinggi dan terkini. Disamping itu penggunaan baja dan bahan kimia secaraoptimum dan betul juga tidak dapat digunakan bagi meningkatkan jumlah pengeluaran.Modal juga diperlukan untuk menampung kos-kos pengeluaran. Pengusaha pertanianmenghadapi masalah untuk pusingan modal dalam aktiviti pertanian. Pengeluaranpertanian dapat ditingkatkan sekiranya wujud kemudahan kredit dan penggunaaninput pertanian serta penggunaan teknologi terkini pertanian dan dirancangdengan baik dari segi penghantaran dan penggunaannya.

5.0 SOKONGAN DAN BANTUAN KERAJAAN KEPADAPERNIAGAANBERASASKAN PERTANIAN

KerajaanMalaysia sentiasa prihatin dalam membantu dan memberi sokongan usahawan yangmenceburkan diri dalam perniagaan berasaskan pertanian. Kerajaan di pelbagaiperingkat memainkan peranan yang penting dalam membantu usahawan dalamperniagaan berasaskan pertanian ini. Kerajaan menekankan pengeluaran hasilpertanian secara komersial yang berorientasikan teknologi moden di dalamRancangan Malaysia Kesembilan (RMK9). Kesedaran mengenai peranan dan sumbanganIndustri Kecil dan Sederhana (IKS) mula diambil perhatian oleh pelbagai pihak.Ini selaras dengan matlamat Dasar Pertanian Negara Ketiga, (1998-2010) untukmeningkatkan jaminan bahan makanan (food security) negara melalui transformasimodus operandi pertanian yang berorientasikan komersial, meningkatkanproduktiviti dan daya saing sektor pertanian melalui pemindahan teknologi,mewujudkan rantaian antara bidang pertanian dengan bidang lain serta menjanasumber pertumbuhan secara lestari (Malaysian Business 2004).

Pelbagaiprogram dirangka dan dilaksanakan oleh agensi kerajaan dalam pembangunanIndustri Pertanian Kecil dan Sederhana. Bidang pertanian dapat memberi sumberpertumbuhan yang baru daripada hasil pelbagai inisiatif untuk menggalakkanpertumbuhan kumpulan industri baru seperti perhutani (agroforestry), produkasli istimewa, buluh dan rotan, produk bioteknologi, florikultur dan ikanhiasan. Kementerian yang bertanggungjawab didalam memberi bantuan dan sokongankepada perniagaan berasaskan pertanian ialah Kementerian Pertanian dan IndustriAsas Tani. Kementerian ini bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bidang pertaniantermasuk bidang perikanan dan bidang ternakan. Diantara bantuan dan sokonganyang dilakukan oleh kerajaan kepada perniagaan berasaskan pertanian ialah :

i)Penyelidikan dan Pembangunan(R&D)

Institut Penyelidikan dan PembangunanPertanian Malaysia (MARDI), ditubuhkan untuk memenuhi matlamat dalam memajukandan menggiatkan teknologi bersesuaian yang baru melaluipenyelidikan-penyelidikan yang dilakukan dalam bidang pertanian ini. Tujuandilakukan penyelidikan adalah untuk meningkatkan penghasilan dan keberkesanandengan memodenkan bidang pertanian selain membantu meningkatkan pulangan kepadapengusaha dan petani. Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) juga turut membantudalam bidang pertanian khususnya dalam tanaman kelapa sawit. Lembaga ini bertujuan membangunkan industrisawit negara. Industri ini merupakan bahan eksport utama ke luar negaracontohnya pemasaran ke Amerika Syarikat. Hasil daripada penyelidikan danpembangunan ini juga membawa kepada penemuan teknologi dan inovasi baru untukdikomersialkan. Contohnya penggunaan biojisim dan biodiesel, penjenteraanladang serta kawalan serangga dan penyakit.

ii)Pemasaran dan Pengedaran

Pameran pertanian, Horikultur danAgro Pelancongan Malaysia (MAHA) merupakan pameran pertanian yang diadakan olehkerajaan bagi tujuan pemasaran dan pengedaran. Dengan adanya aktiviti pameranseperti ini ia dapat menarik bidang pertanian ke luar negara untuk bersama-samamemajukan bidang pertanian. Ia juga dapat membantu menghubungkan hubungan duahala Malaysia dengan negara luar lain. Pertanian hiliran juga boleh dilakukanuntuk memasarkan sesuatu produk yang lebih lama ke pasaran antarabangsa.Contohnya seperti buah pisang yang dijadikan kerepek pisang dan dijual kepasaran antarabangsa.

iii)Bantuan Kewangan danPerundingan

Bank Pertanian khususnya dapatmemberi pembiayaan kepada petani untuk memulakan projek pertanian mereka. Disamping itu, pembiayaan juga dapat membantu untuk pembelian jentera bagimenggantikan tenaga manusia dan membelibenih yang lebih bermutu. Skim pinjaman dengan kadar yang rendah perludisediakan terutamanya kepada pekebun kecil. Contohnya Agro Bank membantumenyediakan pembiayaan kepada pengusaha IKS yang berasaskan pertanian.Pembiayaan daripada agensi kerajaan seperti TEKUN, MARA, PUNB dan TabungEkonomi Belia juga memberi kemudahan kepada para pengusaha dan petani. Agensiini banyak membantu terutama dalam memberikan pembiayaan dan modal permulaandalam sesebuah perniagaan. Dengan bantuan daripada agensi ini sedikit sebanyakdapat meringankan beban yang ditanggung oleh bakal usahawan.

6.0 KESIMPULAN

Bidangpertanian bukanlah satu bidang yang dikategorikan sebagai kelas kedua. Inikerana bidang pertanian ini adalah penting dalam membekalkan makanan kepadamasyarakat. Jika tiada usaha untuk pembangunan bidang pertanian ini maka negaraakan mengalami masalah krisis bekalan makanan akibat daripada bekalan makanantidak mencukupi untuk menampung jumlah penduduk yang semakin meningkat. Disampingitu keadaan ini turut membawa kepada permasalahan yang saling berkait contohnyaseperti pendapatan negara tidak ditingkatkan dan bidang pertanian ini akandibiarkan berkubur. Tiada keajaiban yang dapat memajukan bidang pertanianmelainkan dengan usaha gigih semua pihak. Bidang pertanian bukan sahaja dapatmeningkatkan jumlah pendapatan isi rumah dan mengurangkan jumlah kemiskinanmalah ianya berpotensi untuk mendapat keuntungan yang lumayan. Perkembanganteknologi moden dan aspek pengurusan perniagaan dalam bidang pertanian perludipandang serius. Pengeluaran pertanian akan lebih bermutu, bernilai tinggi danmeningkat sekiranya ia menggunakan sumber yang optimum. Perniagaan berasaskanpertanian perlu lebih diberi perhatian dan keutamaan kerana ianya boleh memberimanfaat dan faedah kepada masyarakat dan negara. Generasi muda perlu menghayatiilmu pertanian dan cuba mengambil risiko menceburi bidang ini. Kekuranganlapisan anak muda menceburi bidang ini amatlah berkurangan. Pengetahuan asasmengenai bidang pertanian haruslah bermula dari rumah agar dapat memupuk minatanak muda di dalam bidang ini. Selain itu pendidikan di dalam bidang pertanianini juga memainkan peranan yang penting agar inovasi dapat dilakukan danmenguntungkan negara. Kerajaan banyak memberi bantuan dan sokongan kepadapetani dan pengusaha yang ingin menjadikan bidang pertanian ini sebagai salahsatu bidang perniagaan. Pelbagai projek dan program di anjurkan oleh agensikerajaan bagi menyokong para petani dan pengusaha ladang. Kemajuan bidangpertanian ini tidak akan berjaya sekiranya dilakukan oleh sebelah pihak sahaja.Semua pihak yang terlibat yang merangkumi seluruh masyarakat, para petani danpengusaha, kerajaan dan sebagainya perlu memainkan peranan mereka bagipembangunan dan kemajuan bidang pertanian ini.

Lampiran :

http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/pertanian/petani-perlu-pelapis-1.350166

Posted by

Cik Beras

at21:59

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Home

Subscribe to:Post Comments (Atom)

Total Pageviews

Music Player

About Me

Cik Beras

Walau ape pun terjadi teruskan melangkah dengan tenang

View my complete profile

Blog Archive

2016

(1)

November

(1)Pertanian Adalah Perniagaan

Watermark theme. Theme images by enjoynz. Powered by Blogger.