pertanian

53
Malaysia wajar beralih kepada industry pertanian Bersempena dengan sambutan Hari Pertanian Negara, anda telah dipilih mewakili pasukan debat sekolah anda dalam suatu pertandingan perbahasan. Usul yang dibahaskan ialah “Malaysia wajar Beralih kepada Industri Pertanian”. Tulis teks perbahasan anda itu sebagai pihak pencadang. Lebih dahulu, sambutlah salam pendebatan daripada saya selaku ketua pencadang bagi membahaskan tajuk, “Malaysia Wajar Beralih kepada Industri Pertanian”. Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana dalam menegakkan keadilan, barisan pembangkang yang kami muliakan, dan seterusnya hadirin sekalian. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Para alim ulama sentiasa memberikan nasihat, “Sekiranya anda berhasrat untuk menguasai bumi ini sentiasalah beramal dengan amalan Nabi Daud. Sebaliknya pula, sekiranya anda mahu menguasai setiap mergastua, beramallah dengan amalan Nabi Sulaiman”. Kenyataan tersebut menunjukkan bahawa kedua-dua bidang sama ada pertanian dan penternakan telah lama menjadi teras kepada peradaban manusia. Oleh hal yang demikian, tidak syak lagi, usul yang diketengahkan pada hari ini menepati matlamat dan selaku pemimpin kepada barisan pencadang, saya mohon mencadangkan usul “Malaysia Wajar Beralih kepada Industri Pertanian”. Sebelum hujah bertatah bicara, sebelum fakta melancar kata, sebelum bidasan menebat kelancaran pembangkang, sebagai ketua pencadang saya mohon untuk membuat kupasan maksud tersurat dan tersirat usul perdebatan kita pada hari ini. Pembangkang yang disegani, Setelah meneliti dengan intuisi dan mata hati, saya definisikan usul perdebatan kita seperti yang berikut. “Malaysia Wajar Beralih” membawa pengertian negara Malaysia di bawah kepimpinan sekarang wajar mengubah dasar ekonomi negara daripada hanya bergantung pada sektor industri pembuatan kepada industri domestik khususnya dalam sektor pertanian.

Upload: ibu-mueeza

Post on 18-Jan-2016

82 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

bahas

TRANSCRIPT

Page 1: pertanian

Malaysia wajar beralih kepada industry pertanian

Bersempena dengan sambutan Hari Pertanian Negara, anda telah dipilih mewakili pasukan debat sekolah anda dalam suatu pertandingan perbahasan. Usul yang dibahaskan ialah “Malaysia wajar Beralih kepada Industri Pertanian”.Tulis teks perbahasan anda itu sebagai pihak pencadang.

Lebih dahulu, sambutlah salam pendebatan daripada saya selaku ketua pencadang bagi membahaskan tajuk, “Malaysia Wajar Beralih kepada Industri Pertanian”. Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana dalam menegakkan keadilan, barisan pembangkang yang kami muliakan, dan seterusnya hadirin sekalian.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,Para alim ulama sentiasa memberikan nasihat, “Sekiranya anda berhasrat untuk menguasai bumi ini sentiasalah beramal dengan amalan Nabi Daud. Sebaliknya pula, sekiranya anda mahu menguasai setiap mergastua, beramallah dengan amalan Nabi Sulaiman”. Kenyataan tersebut menunjukkan bahawa kedua-dua bidang sama ada pertanian dan penternakan telah lama menjadi teras kepada peradaban manusia. Oleh hal yang demikian, tidak syak lagi, usul yang diketengahkan pada hari ini menepati matlamat dan selaku pemimpin kepada barisan pencadang, saya mohon mencadangkan usul “Malaysia Wajar Beralih kepada Industri Pertanian”.

Sebelum hujah bertatah bicara, sebelum fakta melancar kata, sebelum bidasan menebat kelancaran pembangkang, sebagai ketua pencadang saya mohon untuk membuat kupasan maksud tersurat dan tersirat usul perdebatan kita pada hari ini.

Pembangkang yang disegani,Setelah meneliti dengan intuisi dan mata hati, saya definisikan usul perdebatan kita seperti yang berikut. “Malaysia Wajar Beralih” membawa pengertian negara Malaysia di bawah kepimpinan sekarang wajar mengubah dasar ekonomi negara daripada hanya bergantung pada sektor industri pembuatan kepada industri domestik khususnya dalam sektor pertanian. “Industri Pertanian” merujuk kepada memperkasakan sektor pertanian dalam bentuk skala besar agar menatijahkan potensi ekonomi dagang dalam bentuk eksport dan import. Kesimpulannya, sudah tiba masa Malaysia memberikan perhatian yang serius untuk memanfaatkan potensi hasil-hasil bumi. Potensi tersebut dapat dikomersialkan agar dapat menjanakan ekonomi negara sebagai sinergi kepada sektor lain.

Saudara dan saudari, Sesi berkenalan telah berlalu, sidang pentakrifan sudah diperjelas, kini bertandanglah ke medan berhujah. Saya ketengahkan hujah pertama saya dengan fakta, memperkasakan bidang pertanian merupakan langkah kembali kepada akar umbi.

Page 2: pertanian

Bumi Malaysia yang cukup subur dengan tanah-tanihnya dan begitu kaya dengan pelbagai spesies botaninya amat berpotensi untuk dimajukan. Daripada suratan sejarah, kedatangan penjajah ke rantau Asia Tenggara pun mempunyai kaitan dengan perdagangan rempah dan seterusnya mereka memanfaatkan kekayaan bumi kita dengan tanaman ladang seperti getah, tebu, lada hitam, dan kelapa sawit. Konglomerat penjajah seperti Harrison and Crossifield, Sime Darby, Dublin, Boustead, dan lain-lain lagi telah berjaya mencipta empayar ekonomi melalui kegiatan pertanian di negara ini. Amat jelas sekali, industri pertanian pernah menjadi penjana ekonomi kerajaan penjajah di negara ini terutama sekali Inggeris. Oleh hal yang demikian, amatlah bertentangan dengan fitrah alam dan manusiawinya jika industri tani dibiarkan sepi, sesepi belantara yang tidak berpenghuni. 

Hujah pertama sudah saya tebarkan seluas lautan yang tidak bertepi untuk memandu hemat pembangkang membuka minda, kini menyusul hujah kedua bahawa memperkasakan industri pertanian mampu menyelamatkan wang negara. Sedarkah pihak pembangkang, bahawa setiap tahun negara berbelanja tidak kurang daripada RM15 bilion semata-mata untuk mengimport bahan-bahan makanan? Tanpa disedari, kita telah mengabaikan potensi yang ada dan sekali gus menambakkan dana negara kepada pengeksport hasil-hasil pertanian seperti Indonesia, Thailand, Vietnam, India dan China. Apakah kita sudah benar-benar bijak mencaturkan untung dan rugi apabila mengabaikan kemampuan sendiri? Inikah maksud bajet berimbang yang sering kita uar-uarkan?

Perjuangan kami pada kali ini bukanlah kosong. Malah usul yang kami bawa senada dan seirama dengan pimpinan sekarang yang mahukan industri pertanian menjadi enjin kedua kepada pertumbuhan ekonomi negara. Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pernah menyarankan supaya sektor pertanian disinonimkan dengan perniagaan. Justeru, Kementerian Pertanian telah memohon peruntukan yang cukup besar sehingga RM100 juta semata-mata untuk membangunkan infrastuktur pertanian sahaja. Hal ini membuktikan bahawa sektor pertanian memainkan peranan besar dalam merubah senario ekonomi sesebuah negara.

Tuntutan memperkasakan industri pertanian menjadi sebahagian daripada usaha membela nasib golongan terabai dan miskin di kawasan pedalaman. Setelah tiga dekad negara beralih kepada sektor industri pembuatan, masyarakat tani seolah-olah dianaktirikan. Mereka gagal bergerak seiring dalam arus perdana pembangunan negara memandangkan sektor industri pembuatan berpusat di zon-zon industri eksklusif di bandar-bandar utama. Fenomena tersebut menyebabkan mereka terabai dan terpaksa mewarisi putaran ganas gejala kemiskinan. Tanah menjadi terbiar dan tanah terbengkalai tanpa diusahakan. Inilah perjuangan suci kami demi mengangkat kembali martabat masyarakat petani yang telah berdekad-dekad kempunan untuk menikmati kehidupan yang lebih baik.

Sebelum berundur untuk memberikan laluan kepada pencadang ketiga, saya usulkan satu lagi rasionalisasi kepentingan memperkasakan industri pertanian. Dengan tegas

Page 3: pertanian

saya katakan bahawa Malaysia wajib memberikan tumpuan kepada sektor pertanian sebagai strategi jangka panjang untuk keluar daripada pergantungan berterusan kepada sumber mineral. Sumber mineral seperti minyak dan logam galian pasti akan sampai tempoh pupus sedangkan selagi wujud bulan dan matahari, bidang pertanian tetap berpotensi, tetap wujud, dan pasti diperlukan. Justeru, kita tidak boleh terlalu pesimis terhadap sektor pertanian dengan terlalu bercita-cita besar menjadi negara industri sehingga mengabaikan kepentingan sektor yang begitu penting, ibarat “yang dikejar tidak dapat dan yang dikendong berciciran”. Sekian sahaja, pencadang kedua mohon mencadangkan usul, “Malaysia Wajar Beralih Kepada Industri Pertanian” diterima. Sekian, terima kasih

Sektor pertanian merupakan nadi terpenting dalam membangunkan ekonomi negara. Berikan saranan anda tentang usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak untuk merancakkan industri pertanian negara ini.

Apabila direnungkan kembali kepada sejarah silam, negara bangsa yang bangun di wilayah Nusantara secara keseluruhannya berasaskan komuniti pertanian. Oleh hal yang demikian, sektor pertanian menjadi nadi dan jantung kepada masyarakat awal bukan sahaja di wilayah Nusantara malah di mana-mana peradaban manusia terbentuk. Antara masyarakat maritim dengan agraria, masing-masing saling memerlukan. Walau bagaimanapun setelah berlaku revolusi dan penjanaan mental, manusia mula mengembangkan sayap kegiatan ekonomi dengan memasuki sektor industri. Kerencaman pelbagai strata hidup akhirnya membentuk suatu pola baru, iaitu masyarakat multiekonomi. Akhirnya, bidang pertanian telah ditinggalkan dan menjadi aktiviti sara diri terutama di wilayah yang tidak menerima pengaruh Revolusi Industri dari Barat sahaja.

Kini, setelah memasuki abad ke-21, Malaysia yang suatu ketika dahulu dikenal sebagai negara ekonomi tani konservatif mula mengorak langkah untuk menjadikan sektor pertanian sebagai sinergi atau enjin kedua untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi negara. Usaha tersebut selaras dengan dasar kepemimpinan baru yang ditunjangi oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Sesungguhnya, gagasan dan wawasan kerajaan itu amatlah relevan pada masanya setelah negara terpaksa berbelanja melebihi RM15 bilion setahun untuk mengimport barangan makanan. Walau bagaimanapun, sebelum sektor ekonomi tradisional ini dapat dilonjakkan semula ke taraf industri, banyak kerja yang harus dilaksanakan. Tidak dinafikan sektor ini boleh mencapai kualiti industri, namun usaha bersepadu semua pihak hendaklah digemblengkan lebih dahulu.

Peranan terpenting ialah peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan sendiri. Kerajaan hendaklah mempunyai polisi yang jelas dengan menggubal dasar pertanian negara. Dasar tersebut yang memberikan tumpuan khusus terhadap usaha membangunkan potensi pertanian hendaklah mendapat suntikan daripada dasar Tanah Negara yang lebih kondusif ke arah memajukan sektor pertanian. Langkah tersebut

Page 4: pertanian

amatlah mustahak agar tanah-tanah milik kerajaan negeri dan swasta dapat dibangunkan untuk projek-projek pertanian berskala besar. Penjenamaan semula Kementerian Pertanian dengan imej baru, iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menunjukkan bahawa kerajaan begitu komited untuk memajukan sektor pertanian. Selain penjenamaan semula, kementerian tersebut telah diletakkan di bawah jagaan menteri senior lagi berpengalaman, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kini setelah empat tahun, sektor pertanian kembali mendapat nafas baru dengan pelbagai insentif dan projek pertanian berskala besar mula beroperasi.

Setelah terperap lama di dalam kepompong budaya jumud yang meletakkan petani sebagai entiti masyarakat yang tidak berdaya saing dan tidak produktif, program motivasi dan kursus pertanian untuk petani-petani hendaklah digemblengkan. Para petani hendaklah diberitahu dan dimotivasikan bahawa rakan-rakan mereka seperti di Thailand dan di negara-negara maju telah lama menjadi kaya-raya hasil pendapatan daripada bidang pertanian. Oleh itu, kursus-kursus yang berasaskan motivasi dan teknik memodenkan pertanian dan pengurusan ladang hendaklah dijalankan dengan lebih agresif oleh agensi kerajaan dan pihak swasta. Para petani yang sudah pasif dengan cara hidup tradisional perlu didedahkan dengan suatu gaya hidup baru. Mereka hendaklah dibawa melawat ke ladang-ladang pertanian di negara-negara maju untuk membuka minda. Selain itu, barangkali kita sudah lupa dan terbawa-bawa dengan sikap berat sebelah dengan hanya mengagung-agungkan golongan birokrat, teknokrat, dan korporat dalam memberikan apa-apa anugerah bertaraf negara. Dalam hal ini, golongan tani yang telah sekian lama bergelumang dengan peluh dan lumpur hendaklah diberi pengiktirafan dan anugerah bertaraf negara juga.

Selain mengubah pandangan golongan tani, usaha positif untuk memberikan nafas baru kepada bidang ini hendaklah dilakukan dengan cara merancang program pemasaran yang lebih intensif dan efektif. Dalam dunia global kini, pemikiran bekerja secara secukup hidup hendaklah ditukar kepada kegiatan komersial yang lebih menguntungkan. Dengan cara ini, barulah paradigma mentaliti golongan tani dapat diubah kepada bertani untuk tujuan eksport. Sebelum operasi eksport dapat dijalankan, justeru usaha mempertingkatkan kualiti produk perlu diutamakan. Semua pihak terutamanya agensi pertanian hendaklah meneruskan aktiviti R&D (penyelidikan dan pembangunan) agar hasil keluaran pertanian negara mencapai kualiti yang ditetapkan oleh agensi pertanian antarabangsa. Usaha pelabelan “Malaysia Best” adalah sebahagian daripada usaha memberikan jaminan kualiti kepada hasil keluaran pertanian negara. Langkah ini sudah pasti memberikan nafas baru kepada program pemasaran petani negara agar produk mereka dapat dipasarkan ke pasaran global dan seterusnya meningkatkan hasil pendapatan mereka.

Generasi muda adalah tenaga penggerak utama industri pertanian negara. Golongan ini haruslah direvolusikan minda mereka agar dapat melihat bahawa pertanian adalah

Page 5: pertanian

sektor yang dapat mengangkat martabat mereka menjadi korporat muda. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, kurangnya minat menceburi bidang pertanian khususnya dalam kalangan golongan muda amat berkait rapat dengan trend masyarakat kini yang sudah banyak beralih daripada ekonomi agraria kepada bidang perindustrian. Sikap masyarakat yang memandang tinggi terhadap kerja-kerja pejabat dan bidang kerja yang lebih profesional telah jauh meninggalkan minat untuk berselimut dengan lumpur dan bermandi peluh. Peralihan status tersebut menyebabkan bidang pertanian dianggap sebagai aktiviti kuno dan hanya layak diusahakan oleh golongan yang tidak berilmu dan golongan daif yang tinggal di hujung-hujung kampung. Oleh itu, suatu revolusi mental untuk menganjak paradigma remaja untuk menceburi sektor pertanian hendaklah bermula dari peringkat sekolah dan di pusat-pusat pengajian tinggi.

Bak kata pujangga Aminuddin Baki, “Ayam dikepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan”. Kiasan tersebut memberikan tamparan pedas bahawa apa-apa bidang sekalipun jika tidak diusahakan dengan segala ikhtiar dan kebijaksanaan, kita tidak akan dapat mengubah corak hidup termasuklah segelintir golongan tani yang masih berfikiran jumud. Sesungguhnya, sektor pertanian menjanjikan harapan yang cerah untuk menjanakan semula ekonomi negara yang selama ini terlalu bergantung pada industri pembuatan dan petroleum.

Tuesday, April 2, 2013

Kepentingan Sektor Pertanian

I made this essay by my own.... and it was published on school's magazine.....I know its not good

enough~~

Kepentingan Sektor Pertanian

Dewasa ini, kepentingan sektor pertanian terhadap pembangunan sesebuah negara tidak dapat

dinafikan lagi. Hal ini kerana industri ini mendatangkan pelbagai manfaat. Di Malaysia, industri

pertanian ini mula dibangunkan secara lebih proaktif pada era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad

Badawi menerusi Rancangan Malaysia (ke-5). Pada ketika ini sahaja, Malaysia telah dapat

membangun dengan pesat seiring dengan kemajuan dalam industri pertanian. Kebanyakan Negara-

negara maju dunia telah menyedari akan kepentingan industri pertanian. Sebagai contoh, negara

China kini gah sebagai antara pengeluar utama produk pertanian di dunia. Jika ditelusuri dengan

lebih mendalam, undustri pertanian ini mampu mengubah taraf sesebuah negara. Jelaslah bahawa

industri pertanian ini mendatangkan ribuan manfaat kepada mereka yang gigih memajukannya.

            Antara faedah industri adalah dapat meningkatkan pendapatan negara. Pada tahun 2006

sahaja, Malaysia telah mengeksport produk pertanian bernilai (RM 71024 billion) dan (RM 108.102

Page 6: pertanian

billion) pada tahun 2008. Pulangan yang diperolehi negara melalui industri pertanian meningkat

saban tahun. Hal ini kerana kebanyakan Negara-negara yang lain hanya mementingkan kemajuan

dalam aspek infrastruktur tanpa menyedari bahawa Negara mereka telah kekurangan tanah untuk

bercucuk tanam. Suatu ketika dahulu, Malaysia pernah bergelar pengeksport utama getah di rantau

Asia. Usaha memajukan sektor pertanian ini perlulah dijalankan secara istiqamah dan janganlah

hanya seperti melepaskan batuk di tangga. Salah satu produk pertanian yang popular di Malaysia

adalah teh. Kerancakan penanaman teh di kawasan-kawasan tanah tinggi seperti di Cameron

Highland telah mengangkat nama Malaysia sebagai salah satu Negara pengeluar teh berkualiti

tinngi di asia. Tegasnya, industry pertanian ini sememangnya mampu meningkatkan pendapatan

sesebuah Negara.

            Seterusnya, industri pertanian ini mampu menambah peluang pekerjaan. Industri pertanian

ini sebenarnya mampu menyelesaikan masalah pengangguran yang menghantui rakyat Malaysia

ketika ini. Menteri Pertanian dan Asas Hani, Dato’ Seri Noh Omar berkata, kementriannya telah

menjalankan projek permulaan (EPP) yang memberi penekanan kepada tiga sebab utama iaitu

rumpai laut, ikan hiasan dan burung walit. Projek tersebut mampu menyediakan sebanyak 75000

peluang pekerjaan. Pada masa yang sama, rakyat Malaysia telah berjaya dalam indusri ini dengan

bantuan daripada kerajaan. Tuntasnya, industri pertanian ini mampu mengatasi masalah

pengangguran dengan menawarkan ribuan pelung pekerjaan.

            Industri pertanian juga mampu mengembangkan industri desa. Hal ini jelas terbukti melalui

penubuhan industri kecil sederhana (IKS) yang membentuk penduduk di luar Bandar untuk

meningkatkan pendapatan mereka. Baru-baru ini juga, kerajaan telah melancarkan program ‘Satu

Daerah Satu Industri’ yang memberi fokus kepada sektor pertanian. Pada ketika ini sahaja, lebih

daripada enam ribu rakyat Malaysia menceburi bidang pertanian dengan bantuan Kemenriaan

Pertanian. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk membantu golongan luar

bandar meningkatkan pendapatan mereka melalui sektor pertanian. Sememangnya, berbudi kepada

bumi pasti tidak akan menyesal. Jelaslah bahawa industri pertanian ini dapat mengembangkan

industri desa dan menaikkan taraf hidup rakyat.

            Sistem perhubungan juga mampu dimajukan dengan sektor  pertanian. Sebagai contoh,

semasa era penjajahan British, jalan raya telah dibina untuk memudahkan mengangkut hasil

pertanian ke pelabuhan. Negara-negara maju di dunia juga terkenal dengan kemajuan sistem

perhubungan mereka menerusi kegiatan pertanian. Jika di Sabah dan Serawak, bentuk muka bumi

yang berbukit bukau menjadi rintangan untuk memajukan sektor pertanian mereka. Oleh sebab

negeri-negeri tersebut kaya dengan hasil hutan, pesawat ringan telah digunakan untuk mengangkut

Page 7: pertanian

hasil pertanian. Maka jelaslah bahawa industri pertanian ini mampu memajukan sistem

perhubungan di sesebuah kawasan.

            Konklusinya, kepesatan industri pertanian di sesebuah Negara akan membawa keuntungan

yang besar kepada negara itu sendiri. Tidak dapat dinafikan juga bahawa berkecimpung dalam

sektor pertanian ini memerlukan penjagaan yang rapi. Hal ini bertepatan dengan peribahasa,

berakit-rakit ke hulu, bersenang-senang kemudian. Ingatlah bahawa tiada apa-apa dapat dicapai

tanpa pengorbanan. Usaha kerajaan memajukan sektor pertanian adalah selaras dengan wawasan

2020 iaitu menjadikan Malaysiasebagai negara maju menjelang tahun 2020.

KEPENTINGAN SEKTOR PERTANIAN

1. Memastikan bekalan makanan mencukupi

2. Menyediakan peluang pekerjaan

3. Menjana pendapatan negara dan masyarakat

...........Sektor pertanian pernah menjana pendapatan penting kepada negara sebelum kebangkitan era kegemilangan perindustrian yang dibawa oleh arus pemerintahan Tun Dr Mahadhir Mohamed melalui Dasar Perindustrian. Sebelum tampuk pemerintahan bertukar tangan, Malaysia mengerjakan pelbagai tanaman komersial seperti padi sawah, kelapa sawit, lada hitam dan nanas. Walaupun begitu, kepentingannya tidaklah diabaikan sepenuhnya kerana beliau telah melancarkan Dasar Pertanian Negara yang sebenarnya menjadi garis panduan kepada pembangunan sektor ini. Persoalannya, apakah kepentingan sektor pertanian kepada negara sehingga mendesak kerajaan memajukannya?

...........Kepentingan perdana sektor ini adalah untuk menjadi sekuriti bekalan makanan yang cukup kepada masyarakat. Malaysia antara negara yang menjadikan beras sebagai makanan ruji. Oleh hal yang demikian, kerajaan berusaha menghasilkan padi dua kali setahun untuk menampung permintaan masyarakat, selain berusaha mengurangkan import beras dari Thailand. Realitinya, kerajaan mahu

Page 8: pertanian

mengurangkan kebergantungan kepada negara luar, memandangkan padi sawah boleh ditanam di negara ini. Maka, tidak menghairankan apabila kerajaan telah berusaha bagai air mencari jenisnya supaya padi dapat ditanam lima kali setahun sejak tahun ini. Tambahan pula, kadar pertumbuhan penduduk negara kita yang semakin pesat mendesak sektor ini tidak boleh dipandang enteng.

...........Selain itu, sektor ini mampu menyediakan peluang pekerjaan yang cukup besar kepada rakyat di negara kita. Sejak zaman nenek moyang kita, pertanian merupakan pekerjaan warisan yang menjana ekonomi keluarga, khususnya. Di negara membangun seperti Malaysia, sektor pertanian menyumbang 50 peratus peluang pekerjaan. Perlu diingat bahawa definisi pekerjaan dalam sektor pertanian bukan sahaja bekerja di ladang, malahan meliputi pemprosesan dan pemasaran. Realitinya, masyarakat desa sememangnya bergantung harap kepada sektor ini memandangkan mereka mempunyai tanah yang luas untuk dikerjakan dan tenaga buruh yang mudah didapati. Lagi pula, pekerjaan ini tidak memerlukan kelulusan yang tinggi berbanding kerja profesional dan separuh profesional. Tegasnya, sektor ini boleh diibaratkan bulan jatuh ke riba kepada golongan kurang terpelajar untuk tidak bergelar penganggur.

...........Bukan itu sahaja, yang lebih penting lagi ialah sektor ini mampu menjana pendapatan yang besar kepada negara dan petani. Seperti yang kita sedia maklum, iklim dan tanih yang sesuai mampu memberikan pulangan yang lumayan. Hasil tani yang dituai oleh petani kecil-kecilan dapatlah dijual kepada pemborong dengan harga yang berpatutan untuk dijadikan penyambung rezeki. Bagi tanaman komersial pula, negara akan menambahkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melalui pengeskportan tanaman seperti kelapa sawit dan lada hitam. Secara tidak langsung, pengaliran wang ke luar negara dapat dikurangkan, di samping menimbangi imbangan pembayaran negara melalui hasil eskport yang semakin bertambah. Ringkasnya, dengan adanya sinergi yang hebat, industri ini mampu menjadi penyumbang terbesar seperti suatu ketika dahulu.

...........Konklusinya, sektor pertanian perlulah digerakkan kembali dengan menaruh beberapa strategi yang mampan supaya segala kemaslahatannya dapat dinikmati masyarakat Malaysia keseluruhannya. Saya begitu optimistik dengan segala kelebihan yang kita ada, industri pertanian pasti mampu memberi sumbangan yang besar terhadap pembangunan negara. Realitinya, dijangkan pada tahun 2050 sekiranya telaga minyak yang baharu tidak dijumpai, maka hasil petroleum akan kehabisan seterusnya menganggu pengeluaran dalam sektor perindustrian. Akhir kata, slogan ‘Pertanian Satu Perniagaan’ perlulah diselami maknanya dengan lebih mendalam.

Page 9: pertanian

KEPENTINGAN SEKTOR PERTANIAN KEPADA NEGARA

Sektor pertanian yang merupakan sektor ekonomi primer amatlah penting dari segi kepentingan sosial, ekonomi dan ekologi. Menuju Wawasan 2020 yang merupakan impian dan visi semua rakyat Malaysia untuk menjadi sebuah negara perindustrian yang maju, kepentingan sektor pertanian tidak harus dikesampingkan malah perlu dibangunkan agar seiring dengan sektor perindustrian.

Kepentingan sektor pertanian yang mampu keadilan sosial dapat dilihat melalui sumbangannya dalam meluaskan lagi peluang pekerjaan dan sebagai sumber pendapatan utama kepada penduduk desa. Jurang kemiskinan juga dapat dirapatkan melalui pembangunan sektor ini. Majoriti masyarakat desa masih miskin dan ketinggalan malah kehidupan mereka diumpamakan ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Masalah ini dapat diatasi melalui pembangunan sektor pertanian dengan bantuan kerajaan dari segi pemodalan, kewangan, khidmat nasihat, teknologi, penyelidikan juga pembangunan. Hasil pertanian dapat dilipatgandakan melalui pembangunan sektor ini dan secara langsung menambahkan lagi peluang pekerjaan masyrakat desa dan meningkatkan pendapatan. Justeru, keadilan sosial dan pengagihan kekayaan yang seimbang dapat dicapai. Salah satu usaha kerajaan yang efektif ialah skim FELDA. Melalui skim ini, tanah pertanian yang luas diagihkan mengikut nisbah yang sama rata kepada penduduk desa untuk dimajukan.

Selain itu, sektor pertanian merupakan bekalan bahan mentah yang amat penting kepada sektor ekonomi sekunder dalam pemprosesan makanan. Hasil pertanian merupakan input yang digunakan dalam proses pengeluaran bahan makanan yang boleh dijadikan sebagai produk eksport. Eksport makanan menggunakan hasil pertanian adalah seperti mentega, serbuk koko, serbuk lada hitam, berus dan sebagainya. Kos pengeluaran dapat diminimumkan untuk pengeluaran optimum kerana harga bahan mentah yang dibekalkam oleh sektor pertanian adalah murah berbanding dengan pasaran antarabangsa. Selain itu, hasil pertanian dapat disumbangkan oleh sektor utama adalah untuk kegunaan domestik rakyat sesebuah negara. Sebagai contoh, beras merupakan makanan asas penduduk Asia. Kita dapat menikmati harga makanan yang rendah, hasil sumbangan sektor ekonomi utama negara kita. Contoh yang lain kegunaan domestik hasil pertanian ialah minyak masak kelapa sawit berkualiti tinggi diperoleh dengan murah kerana didapati dalam pasaran tempatan.

Indeks imbangan perdagangan iaitu indeks harga hasil eksport dan belanja import dapat diseimbangkan untuk mengukuhkan lagi kedudukan kewangan negara kita melalui pembangunan sektor pertanian. Hal ini disebabkan hasil sektor pertanian dijadikan sebagai bahan eksport utama negara yang mendatangkan hasil yang lumayan seperti getah dan minyak kelapa sawit. Negara kita dengan bangganya pengeluar

Page 10: pertanian

kedua terbesar di dunia bagi kedua-dua bahan tersebut kerana kecekapan kerajaan Malaysia dalam memajukan sektor ini. Kepentingan dari segi ini juga dapat dilihat melalui sumbangan sektor pertanian untuk menggantikan import negara. Dasar penggantian import diperkenalkan pada awal rancangan pembangunan Malaysia untuk mengurangkan import dari negara asing bagi bahan mentah sektor pertanian melalui pembangunan sektor ini. Sebagai contoh, buah-buahan merupakan bahan import utama negara kita. Untuk menggantikan import bahan-bahan ini, kerajaan telah mengambil langkah mempelbagaikan lagi tanaman buah-buahan melalui pembangunan yang dilakukan dalam sektor utama. Justeru, kedudukan kewangan negara dan struktur ekonomi yang kukuh dapat diwujudkan melalui kepelbagaian sektor ekonomi negara yang seimbang.

Kepentingan ekologi terutama dengan menjaga kepentingan alam sekitar melalui pembangunan sektor pertanian yang mesra alam dapat dilaksanakan. Tekanan ekonomi dan pasaran untuk bersaing dengan negara lain melalui peningkatan hasil negara atau tujuan pembangunan dan kemajuan dapat dicapai tanpa mengabaikan amanat Tuhan kepada manusia untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Pembangunan sektor pertanian dapat menjamin hasil yang lumayan dan punca pendapatan yang stabil tanpa mengakibatkan pencemaran alam yang teruk seperti pengaruh luar yang negatif daripada pembangunan perindustrian yang pesat. Sektor perindustrian yang dibangunkan menjejaskan keseimbangan ekologi melalui pencemaran perkilangan seperti pembebasan asap beracun, pembuangan sisa-sisa toksik ke sungai, kumbahan sisa kilang yang tidak bersistematik dan banyak lagi. Pembangunan sektor pertanian dapat menjaga kepentingan keseimbangan ekologi. Sektor pertanian melibatkan aktiviti-aktiviti seperti penanaman, penyuburan tanah, pembaikan struktur tanah dan sebagainya dapat menjamin hasil ekonomi yang lumayan di samping mengekalkan keseimbangan alam sekitar.

Untuk kepentingan hubungan yang harmonis dengan negara jiran terutamanya negara yang dilanda keelesetan ekonomi dapat dijaga jika sektor ekonomi utama dimajukan denga pesat. Hal ini disebabkan peluang pekerjaan yang begitu luas diwujudkan setelah berupaya menampung keperluan masyarakat desa dan masih mengalami kekurangan sumber tenaga manusia, buruh asing dari negara jiran yang susah boleh mencari nafkah di negara kita yang kaya ini. Selain dapat menjalin hubungan yang erat dengan negara jiran yang memerlukan bantuan, peperangan dapat dielakkan dan rantau yang aman dapat diwujudkan. Keadaan ini bukan sahaja dapat menjaga kepentingan diri malah kepentingan negara-negara yang berdekatan kerana rantau yang aman damai dapat menimbulkan keyakinan dan kepercayaan pelabur dan pelancong asing. Secara langsungnya, dapat meningkatkan lagi pendapatan negara malah mampu meningkatkan status negara kita. Sikap saling membantu ini dan tidak mementingkan diri bak pepatah ‘adat kampung, memagar kampung, adat negeri, memagar negeri’ merupakan visi kerajaan Malaysia yang bijak dan mulia.

Page 11: pertanian

Kesimpulannya, kepentingan pembangunan sektor pertanian tidak harus dikesampingkan dan fokus kepada pembangunan perindustrian untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dari segi kewangan, ekonomi dan politik. Pembangunan yang seimbang inilah yang merupakan langkah yang besar oleh negara kita dalam menuju ke Wawasan 2020.

KEPENTINGAN PERTANIAN KEPADA NEGARA

Rangka

1. Menyumbang kepada KDNK pertanian negara

---Sumbangan sektor kecil makanan kepada KDNK pertanian dijangka meningkat daripada RM4.3 bilion dalam tahun 1995 kepada RM7.4 bilion dalam tahun 2010.

---Nilai ditambah sektor kecil ini dijangka meningkat daripada RM6.8 bilion kepada RM10.3 bilion bagi tempoh tersebut, sementara sumbangannya kepada KDNK pertanian dijangka meningkat daripada 42.1% kepada 44.6%.

2. Mengurangkan kadar import makanan negara

---Pada tahun 1996, import makanan (termasuk makanan ternakan) dan input pertanian adalah RM10.5 bilion berbanding dengan RM4.6 bilion pada 1990. Pada tahun 1997 (Januari-Oktober) importnya adalah RM9.1 bilion.

---Pada 1996, kenaikan harga makanan menyumbangkan 57% daripada kenaikan Indeks Harga Pengguna.

---Kejatuhan ringgit sejak Julai 1997 sebanyak 40% (RM2.6 kepada RM3.6 sedolar) telah meningkatkan kos import makanan dan input pertanian.

3. Mengurangkan defisit negara dalam imbangan perdagangan makanan

---Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani----- Pada masa ini, defisit negara dalam imbangan perdagangan makanan ialah sebanyak RM4.3 bilion. Jika dibiarkan dan tiada tindakan diambil, dijangkakan defisit ini akan terus meningkat ke tahap lebih tinggi lagi.

---Mencapai lebihan (surplus) dalam imbangan perdagangan makanan menjelang tahun 2010 melalui Plan Tindakan BOT (Balance Of Trade).

4. Mengurangkan masalah kekurangan benih di sektor-sektor kecil tertentu

Page 12: pertanian

--- Sektor sayur-sayuran, 95% benih yang diperlukan adalah diimport dari Thailand, Taiwan, China, Australia

--- Benih buah-buahan seperti benih hybrid tembikai yang berhasil tinggi pula perlu djimport dari luar negeri seperti Taiwan. Harga benih hybrid ini agak tinggi dan mengakibatkan peningkatan kos pengeluaran.

--- Negara juga perlu mengimport 25% benih ikan untuk menampung keperluan semasa.

5. Merealisasikan kegiatan ekopelancongan

---Serampang 2 mata—kepuasan individu, keuntungan kepada industri pelancongan

---Mengharumkan nama Malaysia---psikologi pelancongan(pelancong akan menguar-uarkan pengalaman diperoleh)

Sektor pertanian sememangnya merupakan sektor yang terpenting bagi negara-negara membangun seperti Malaysia. Malah ia merupakan antara ciri terpenting yang membezakan status antara negara-negara membangun dan negara-negara maju. Sektor ini jugalah yang telah menyumbang kepada asas pembentukan ekonomi Malaysia di dalam era selepas merdeka yang mana pada masa tersebut, majoriti penduduk tertumpu kepada aktiviti ekonomi berasaskan pertanian dan perlombongan.

Namun, dengan kepesatan pembangunan dan kemajuan negara, sektor pertanian beransur-ansur dipandang sayu. Para petani juga tidak lagi berminat menjalankan kerja-kerja tani yang dahulunya pernah menjadi pekerjaan turun-temurun. Lebih parah, generasi pelapis yang diharapkan akan meneruskan pekerjaan turun-temurun itu lebih berminat berhijrah ke bandar-bandar besar mencari pekerjaan yang lebih ´bermaruah´ dan menawarkan pendapatan yang lebih tinggi dan terjamin dalam sektor perindustrian.

Hal ini kerana imej pekerjaan di sektor perindustrian dilihat lebih tinggi dan memiliki kemudahan sosial yang lebih baik. Peluang membaiki taraf ekonomi melalui pendapatan di sektor perkilangan dan perkhidmatan lebih terjamin. Sebaliknya, pendapatan di sektor pertanian tidak stabil.

Penghijrahan tenaga buruh dari sektor pertanian ke sektor bukan pertanian ini mengakibatkan kekurangan tenaga buruh di sektor pertanian. Malah, bilangan ladang di Semenanjung Malaysia yang mengalami masalah tenaga buruh turut meningkat tahun demi tahun.

Kekurangan tenaga buruh yang mendesak menyebabkan ramai pekerja asing dibawa masuk. Di antara tahun 2001-2003 sahaja, seramai 19,343 buruh asing tambahan telah diambil bekerja dalam sektor pertanian (termasuk sektor peladangan). Lebih parah, petani asal yang tinggal adalah terdiri daripada petani yang sudah tua dan uzur. Berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan oleh Kementerian pada tahun 2002/2003, 39% daripada petani yang ditemubual berumur lebih dari 55 tahun.

Page 13: pertanian

Selain daripada faktor penghijrahan ini, antara masalah yang dihadapi oleh sektor pertanian kini ialah saiz ladang yang berskala kecil dan tidak ekonomik. Saiz tanah yang tidak ekonomik menyebabkan produktiviti dan kos pengeluaran yang tinggi.

Kajian yang dijalankan mendapati 65% pesawah padi mengusahakan sawah yang bersaiz kurang dari satu hektar. Sub-sektor pengeluaran makanan pertanian juga terpaksa bersaing dengan sektor perladangan untuk mendapatkan tanah yang baik. Umpamanya, sektor perladangan sahaja menguasai 83% daripada 6.36 juta hektar tanah yang bertanam.

Di samping saiz tanah yang kecil dan tidak ekonomik, terdapat beberapa faktor lain yang mempengaruhi daya pengeluaran yang rendah dan kos purata yang tinggi di sub-sektor pekebun kecil. Pertama ialah kekurangan tenaga buruh yang berpelajaran, produktif dan cekap.

Kekurangan ini akan menyebabkan perancangan yang baik dan pengurusan yang cekap tidak dapat dilaksanakan. Juga, petani yang kurang pendidikan akan menghadapi masalah kekurangan modal kerana mereka sukar memperolehi kredit daripada institusi kewangan. Untuk mendapatkan kredit, mereka terpaksa memenuhi syarat dan keperluan yang kompleks yang ditetapkan oleh institusi berkenaan.

Kekurangan modal pula merupakan penghalang untuk mereka menyerap teknologi moden, terutamanya menanam semula tanaman getah yang telah tua dengan baka benih atau klon yang tinggi daya pengeluarannya dan lumayan hasilnya. Sebabnya untuk menanam semula, petani terpaksa menunggu sekurang-kurangnya empat tahun untuk mendapatkan hasil. Dalam tempoh tersebut, mereka tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan semasa lagi. Dengan itu, walaupun teknologi moden berpotensi memberikan manfaat yang besar, mereka tidak berkemampuan untuk menerimanya.

Disebabkan kekurangan pengetahuan tentang teknologi moden, kebanyakan petani tidak mengguna baka benih atau klon yang berdaya pengeluaran tinggi yang terkini, tidak menggunakan baja dan bahan kimia secara optimum dan betul, tidak melaksanakan pembaik pulih tanah dan mengamalkan adat dan budaya tradisi yang tidak mendorong ke arah memperoleh daya pengeluaran yang tinggi.

Selain daripada itu, negara juga menghadapi masalah kekurangan benih di sektor-sektor kecil tertentu. Bagi sektor sayur-sayuran umpamanya, 95% benih yang diperlukan adalah diimport dari Thailand, Taiwan, China, Australia dan lain-lain lagi. Benih buah-buahan seperti benih hybrid tembikai yang berhasil tinggi pula perlu djimport dari luar negeri seperti Taiwan. Harga benih hybrid ini agak tinggi dan mengakibatkan peningkatan kos pengeluaran. Negara juga perlu mengimport 25% benih ikan untuk menampung keperluan semasa.

Dari segi pelaburan swasta dalam sektor makanan, ianya lebih rendah jika dibandingkan dengan pelaburan di dalam sektor pembuatan atau sektor perladangan. Ini kerana masih wujudnya persepsi bahawa sektor pertanian mundur dan memberi pulangan yang kurang berbanding sektor lain.

Selain daripada itu, sektor pengeluaran makanan juga memerlukan usaha lebih intensif berbanding dengan sektor-sektor lain. Sebagai usaha untuk memodenkan sektor pertanian dan meningkatkan

Page 14: pertanian

ladang sedia ada kepada ladang berskala komersil, Kerajaan perlu menggalakkan lebih banyak syarikat swasta yang besar untuk menceburi sektor pengeluaran makanan.

Liberalisasi perdagangan di bawah WTO dan AFTA juga akan menyebabkan hasil pertanian negara menghadapi persaingan lebih sengit daripada negara-negara pengeluar yang lain yang mempunyai kelebihan kos pengeluaran yang rendah. Lambakan hasil pertanian dijangka akan berlaku apabila sekatan bukan tarif di negara-negara ahli yang mempunyai kos pengeluaran lebih tinggi dihapuskan.

Import makanan negara turut meningkat setiap tahun kesan dari pertambahan bilangan dan taraf hidup penduduk. Pada tahun 1996, import makanan (termasuk makanan ternakan) dan input pertanian adalah RM10.5 bilion berbanding dengan RM4.6 bilion pada 1990. Pada tahun 1997 (Januari-Oktober) importnya adalah RM9.1 bilion.

Kenaikan permintaan makanan membawa kepada kenaikan harga makanan. Pada 1996, kenaikan harga makanan menyumbangkan 57% daripada kenaikan Indeks Harga Pengguna. Kejatuhan ringgit sejak Julai 1997 sebanyak 40% (RM2.6 kepada RM3.6 sedolar) telah meningkatkan kos import makanan dan input pertanian.

Malaysia mengalami defisit dalam perdagangan makanan (termasuk makanan binatang) dan input pertanian. Ini bermakna terdapat lebihan aliran keluar wang negara bagi membiayai import. Pada tahun 1996 eksportnya adalah sebanyak RM4.2 bilion, dan pada 1997 (Januari-Oktober 1997) adalah RM4.5 bilion. Ini bermakna defisit dalam perdagangan makanan dan input pertanian ialah RM6.3 bilion pada 1996, dan RM4.6 bilion pada 1997.

Krisis kewangan telah menyedarkan Malaysia akan perlunya peningkatan dalam aspek keselamatan makanan negara melalui pengeluaran makanan sendiri dan menyusun strategi bagi mengurangkan pergantungan makanan dari negara lain. Juteru, di sinilah sektor pertanian memainkan peranan pentingnya.

TRANSFORMASI SEKTOR PERTANIAN

Sektor pertanian dan industri asas tani perlu mengalami transformasi untuk menjadikan sektor ini lebih moden, dinamik dan berdaya saing. Justeru, kerajaan di bawah kementerian yang berkaitan melihat usaha-usaha berikut sebagai jalan penyelesaiannya:

(i) Transformasi Ladang

Saiz tanah yang tidak ekonomik menyebabkan produktiviti dan kos pengeluaran yang tinggi. Program untuk memperolehi faedah berskala seperti projek kelompok, pemuliharaan tanah terbiar secara estet/kelompok, Taman Kekal Pengeluaran Makanan dan Projek 10 Tan Padi telah pun dilaksanakan. Dalam skim-skim ini, Amalan Pertanian Baik (Good Agriculture Practices) digalakkan supaya keluaran pertanian yang dihasilkan adalah berkualiti dan selamat dimakan. Program Plantation Integration Areas (TAC) juga dilaksanakan bagi mengoptimumkan penggunaan kawasan perladangan bagi menjanakan hasil sampingan dengan ternakan lembu.

Page 15: pertanian

(ii) Transformasi Tenaga Buruh Kepada Penggunaan Mekanisasi, Otomasi dan Teknologi

Negara perlu meningkatkan tahap dan proses pengeluaran daripada yang bergantung berat kepada tenaga buruh kepada berintensifkan modal, teknologi dan berasaskan ilmu pengetahuan. Program pemindahan teknologi dan cara tanaman yang baru bagi meningkat produktiviti telah dilaksanakan. Ini termasuk program inkubator dan belia tani bagi melahirkan usahawan tani, program fertigasi tanaman pertanian, dan sistem ternakan ayam secara tertutup (closed house system). Di dalam pembangunan perikanan pula, usaha bagi meningkatkan tahap teknologi dilaksanakan melalui program pen culture, akuakultur secara nukleus, open sea cage culture dan mengurangkan kehilangan hasil akibat ´post harvest´.

(iii) Pengurusan Ladang Yang Moden

Program latihan dan kemudahan akan dipertingkatkan bagi memastikan peladang dibekalkan dengan kemahiran teknikal dan teknologi bagi meningkatkan produktiviti manakala pakar-pakar dan pekerja yang terlibat dalam aktiviti bimbingan dan latihan dilengkapkan dengan pengetahuan dan kepakaran bagi membantu masyarakat tani. Untuk mencapai tujuan ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang berusaha meningkatkan khidmat pengembangan dan khidmat nasihat teknikal.

Inkubator-inkubator bagi memberi latihan tambahan juga telah dibina untuk memberi latihan kepada golongan sasar di ladang sebenar.

(iv) Daya saing Lebih Tinggi

Kualiti produk yang rendah dan tidak seragam menyebabkan hasil pertanian negara tidak dapat bersaing di pasaran global. Dengan harga yang tinggi di pasaran domestik dan jangkaan lambakan hasil pertanian dari luar negara yang lebih murah berikutan pembukaan pasaran di bawah pelaksanaan WTO dan AFTA, hasil pertanian negara akan menghadapi persaingan yang tinggi. Sehubungan itu, hasil pertanian negara perlu berkualiti dan mematuhi piawaian keselamatan makanan antarabangsa bagi membolehkan hasil pertanian dieksport mahupun dipasarkan di dalam negara. Konsep jaminan kualiti daripada ladang ke meja hidang akan diamalkan secara meluas melalui skim akreditasi serta kawalselia dan pemeriksaan veterinar yang ketat di ladang ternakan, kilang makanan haiwan, rumah penyembelihan, kilang pemprosesan, stesen kuarantin dan setiap pintu masuk ke dalam negara.

(v) Mempelbagaikan Pulangan Pelaburan

Masalah pulangan terhadap pelaburan yang rendah dan lambat dapat diatasi dengan memberi tumpuan kepada aktiviti integrasi tanaman-ternakan, intercropping, mixed farming dan juga marinovasi. Aktiviti pemprosean hiliran juga merupakan satu usaha untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi masyarakat tani dan menambahkan pendapatan mereka dalam mengeluarkan produk yang diproses yang mempunyai nilai tambah yang tinggi.

(vi) Pengezonan (zoning)

Page 16: pertanian

Selaras dengan pendekatan pembangunan pertanian berasaskan produk, pembangunan secara sektoral melalui pengezonan kawasan pengeluaran pertanian akan dilaksanakan. Ini bertujuan bagi membolehkan pembangunan pertanian secara kelompok dapat dihasilkan supaya faedah perbandingan (comparative advantage) diperolehi. Zon-zon pengeluaran ini termasuklah zon perindustrian akuakultur (ZIA), zon-zon tanaman, zon-zon pengeluaran ternakan dan kawasan integrasi ladang (TAC). Perlaksanaan zon-zon ini akan membolehkan para pengusaha meningkatkan hasil mereka kerana keadaan agro-klimatik yang sesuai untuk aktiviti tertentu. Selain daripada itu, ia juga membolehkan kerajaan menumpukan khidmat sokongan mengikut jenis aktiviti pertanian yang dilaksanakan di kawasan tertentu.

(vii) Insentif Untuk Projek Pengeluaran Makanan

Kerajaan juga menyediakan insentif istimewa bagi projek pengeluaran makanan seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Di bawah insentif ini, syarikat-syarikat yang mengusaha atau melabur dalam projek pengeluaran makanan layak mendapatkan insentif khas selain daripada insentif-insentif lain seperti taraf perintis, insentif untuk menggalakkan eksport dan sebagainya.

(viii) Latihan

Pusat Latihan Pertanian Negara dipertanggungjawabkan bagi merancang, menyelaras dan menilai program latihan kemahiran selaras dengan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) bagi melahirkan pekerja dan usahawan tani yang berpengetahuan dan berkemahiran. Selain daripada itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga sedang membina Kolej Pertanian di Kedah di samping meningkatkan taraf 40 institusi sedia ada supaya dapat memberikan latihan yang lebih baik kepada golongan sasar.

(ix) Kemudahan Infrastruktur

Sebagai usaha untuk meningkatkan khidmat sokongan kepada sektor pertanian, kerajaan juga sedang berusaha meningkatkan kemudahan infrastruktur serta khidmat sokongan di sektor pertanian. Dalam hal ini, kemudahan-kemudahan seperti saliran dan pengairan serta jalan ladang akan diperbaiki dan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Selain daripada itu, kemudahan pemasaran seperti pusat pengumpulan dan pengedaran produk pertanian juga disediakan. Tujuannya ialah untuk meningkatkan keberkesanan rangkaian pemasaran produk pertanian dari ladang ke pasaran.

Walaupun peruntukan yang besar diperlukan oleh sektor pertanian, kedudukan dan sumbangannya terhadap ekonomi negara tidak dapat disangkal. Justeru, mengekal dan memeliharanya merupakan langkah yang sangat bijak oleh kerajaan disamping dapat memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi bagi umat warganegara khasnya dan warga dunia amnya yang semakin bertambah.

PERKEMBANGAN SEMASA SEKTOR PERTANIAN DI MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

Pertanian merujuk kepada perihal pengeluaran makanan dan barangan

Page 17: pertanian

melalui perkebunan, penanaman, penternakan dan perhutanan. Pertanian merupakan pembangunan penting kepada kebangkitan tamadun apabila penanaman dan penternakan membawa kepada lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan dalam masyarakat yang semakin ramai dan berkelas. Sektor pertanian, merupakan antara aktiviti ekonomi yang dikategorikan sebagai sektor utama (primer sektor) selain daripada perlombongan dan kuari. Walaupun proses urbanisasi semakin pesat dan tumpuan banyak diberikan kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan, namun majoriti populasi di Asia Tenggara masih mendiami kawasan luar bandar dan bergantung kepada kegiatan pertanian sebagai sumber ekonomi utama.

Sektor pertanian sememangnya merupakan sektor yang terpenting bagi negara-negara membangun seperti Malaysia. Malah ia merupakan antara ciri terpenting yang membezakan status antara negara-negara membangun dan negara-negara maju. Sektor ini jugalah yang telah menyumbang kepada asas pembentukan ekonomi Malaysia di dalam era selepas merdeka yang mana pada masa tersebut, majoriti penduduk tertumpu kepada aktiviti ekonomi berasaskan pertanian dan perlombongan. Namun, dengan kepesatan pembangunan dan kemajuan negara, sektor pertanian beransur-ansur dipandang sayu. Para petani juga tidak lagi berminat menjalankan kerja-kerja tani yang dahulunya pernah menjadi pekerjaan turun-temurun. Lebih parah, generasi pelapis yang diharapkan akan meneruskan pekerjaan turun-temurun itu lebih berminat berhijrah ke bandar-bandar besar mencari pekerjaan yang lebih ´bermaruah´ dan menawarkan pendapatan yang lebih tinggi dan terjamin dalam sektor perindustrian. Hal ini kerana imej pekerjaan di sektor perindustrian dilihat lebih tinggi dan memiliki kemudahan sosial yang lebih baik. Peluang membaiki taraf ekonomi melalui pendapatan di sektor perkilangan dan perkhidmatan lebih terjamin. Sebaliknya, pendapatan di sektor pertanian tidak stabil.

2.0 PERKEMBANGAN PERTANIAN MALAYSIA PADA MASA KINI

Sektor pertanian telah memainkan peranan penting di dalam pembangunan sosial dan ekonomi Malaysia. Kegiatan pertanian pada masa itu adalah pertanian sara diri dan tradisional. Tanaman industri iaitu getah mula diperkenalkan pada tahun 1887 apabila benih getah ditanam di Kuala Kangsar, Perak. Penubuhan Institut Penyelidikan Getah pada tahun 1926 telah mengorak langkah menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama getah asli di dunia untuk beberapa abad sehinggalah akhir tahun 1980an. Sumbangan terhadap Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK) telah meningkat kepada RM6.8 bilion pada tahun 1995, berbanding RM3.6 bilion pada tahun 1985 iaitu peningkatan sebanyak 5.6 peratus. Jumlah kawasan tanaman sawit telah meningkat daripada 1.5 juta hektar pada tahun 1985 kepada 2.5 juta hektar pada tahun 1995.

Penubuhan institusi-institusi pembangunan kawasan, penyatuan dan pemulihan tanah seperti FELDA, FELCRA, RISDA dan agensi-agensi pembangunan wilayah telah mempergiatkan lagi pembukaan tanah baru untuk tanaman industri di samping mencapai matlamat membasmi kemiskinan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sementara itu, penubuhan agensi-agensi khusus seperti FAMA(1965), Bank Pertanian Malaysia (BPM) (1969), MARDI (1969), Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) (1971), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) (1971), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) (1970), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) (1972), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) (1973) dan beberapa agensi yang lain telah menyediakan kemudahan pemasaran, penyelidikan, kredit dan khidmat sokongan kepada kumpulan sasar dan mempergiatkan lagi pembangunan sektor pertanian.

Sejak pelaksanaan DPN1 mulai 1984 dan DPN2 mulai 1992, sektor pertanian telah

Page 18: pertanian

mencatat kadar pertumbuhan purata tahunan sebanyak 3.2%. Jumlah nilai-ditambah pertanian telah meningkat dari RM11.9 bilion pada tahun 1985 kepada RM16.2 bilion pada tahun 1995. Nilai eksport barangan pertanian pula telah meningkat daripada RM 13.9 bilion tahun 1985 kepada RM 35.4 bilion pada tahun 1995 yang merupakan pertumbuhan purata tahunan sebanyak 9.8%.

2.1 Polisi Dalam Pertanian Malaysia

2.1.1 Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), pertanian menjadi satu sektor utama yang diberi tumpuan. Sejumlah RM11.4 bilion diperuntukkan bagi meningkatkan sektor pertanian menjadi lebih moden, dinamik dan kompetitif. Sejumlah RM4.4 bilion diperuntukkan untuk permodenan sektor pertanian, terutama pembangunan wilayah dan penanaman semula serta program baik pulih tanah. Sementara itu RM2.6 bilion untuk menyokong perkhidmatan pertanian dan RM1.5 bilion lagi untuk program pengairan pertanian. Pertambahan peruntukan dan kadar pertumbuhan ini juga menandakan sektor pertanian akan meningkat dari segi guna tenaga dan pelaburan sektor swasta. RMK-9 turut menyediakan insentif dan peluang yang lebih luas kepada sektor swasta dan komuniti petani untuk mengusahakan pertanian secara komersial berskala besar bagi meningkatkan produk berkualiti dan tambah nilai. Peningkatan ini boleh dilakukan dengan penggunaan kaedah moden, terutama bioteknologi dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Dengan adanya dasar dan pelbagai insentif yang menyokong sektor pertanian dijangka dapat mengubah imej dan citra sektor pertanian, seterusnya menarik minat lebih ramai usahawan tani dan petani mahir

Dari segi perkembangan pada peringkat global, sektor pertanian sebenarnya mengalami pelbagai perubahan dan permodenan drastik. Dengan menggunakan pengetahuan bioteknologi, produk pertanian boleh dipertingkatkan dari segi kualiti dan ketahanan. Sebagai contoh, manipulasi genetik boleh dilakukan untuk mengelakkan tanaman dimusnahkan serangga perosak. Selain itu, produk pertanian juga boleh direka bentuk secara biologi agar tahan lama dan tidak mudah busuk. Biarpun penggunaan bioteknologi sering dikritik terutama di Eropah, khususnya terhadap produk makanan (makanan diolah secara genetik (GMF), permintaan terhadap produk berkenaan terus meningkat. Hal ini begitu ketara di jaringan pasar raya utama di seluruh dunia. Antara strategi dalam perlaksanaan rancangan RMK-9 ialah menambahkan kawasan pengeluaran agro-makanan, memajukan sumber pertumbuhan baru seperti tangkapan ikan laut dalam dan tuna, rumpai laut, ikan hiasan dan bunga-bungaan,meningkatkan industri asas tani, pematuhan Piawaian dan Kualiti Antarabangsa dan Penyediaan Pinjaman dan Insentif.

2.1.2 Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3), 1998-2010

Objektif utama DPN3 adalah untuk memaksimakan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optima dalam sektor ini. Ia meliputi usaha memaksimakan sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pendapatan eksport serta pendapatan petani, penternak dan nelayan. Secara spesifik, objektif DPN3 adalah untuk meningkatkan sekuriti makanan (food security), meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian, mengukuhkan pertalian dengan sektor-sektor lain, mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru untuk sektor pertanian dan memulihara dan menggunakan sumber-sumber asli secara mampam. Justeru itu, DPN3 memperkenalkan dua pendekatan strategik yang baru iaitu pendekatan perhutani (agroforestry approach) dan pendekatan berasaskan produk (product-based approach).

Pendekatan perhutani bertujuan untuk memberi perhatian kepada masalah kekurangan

Page 19: pertanian

sumber-sumber termasuk tanah, buruh dan bahan mentah. Di bawah pendekatan ini, kegiatan pertanian dan perhutanan dilihat sebagai dua kegiatan yang serasi dan saling melengkapi. Pendekatan strategik baru yang kedua ialah pendekatan berasaskan produk. Melalui pendekatan ini, produk-produk dan pasaran-pasaran utama dikenalpasti berdasarkan permintaan, potensi pasaran dan cita rasa pengguna. Dengan menggunakan pendekatan berasaskan produk, ia akan memberi penekanan kepada keperluan dan cita rasa pengguna serta pasaran khusus di seluruh dunia. Ini akan mewujudkan peluang untuk menambah pengeluaran dan meningkatkan keupayaan pemasaran hasil-hasil pertanian.

Di dalam tempoh DPN3, pertumbuhan pertanian dijangka akan terus meningkat melalui penggunaan tanah yang lebih intensif. Tanaman getah, padi, kelapa dan koko masing-masing dijangka akan berkurangan iaitu seluas 494,000 hektar, 302,600 hektar, 73,400 hektar dan 30,700 hektar. Kebanyakan kawasan ini akan ditanam semula dengan perhutani, kelapa sawit, buah-buahan dan sayur-sayuran. Pembukaan tanah baru pula akan hanya dilaksanakan di Sabah dan Sarawak di mana masih terdapat kawasan tanah yang luas. Dengan itu, peningkatan keluasan guna tanah dijangka meningkat hanya pada tahap 0.5% setahun iaitu daripada 5.7 juta hektar kepada 6.2 juta hektar.

2.2 Data Dan Stastistik Perkembangan Pertanian Malaysia

Jadual 1.0: Sumbangan Sektor Pertanian 2000, 2005 dan 2010

No Butiran 2000 2005 2010

1.0 Sumbangan kepada KDNK

1.1 Pertanian (RM juta)

1.2 Pertanian (%)

1.3 Industri Berasaskan Pertanian (RM juta)

1.4 Industri Berasaskan Pertanian (%)

18662

8.9

13584

6.5

21585

8.2

16928

6.5

27518

7.8

22221

6.3

2.0 KDNK (%)

Pertanian

1.2% 3.0% 5%

3.0 Sumbangan Kepada Eksport

3.1 Pertanian (RM juta)

3.2 Pertanian (%)

3.3 Industri Berasaskan Pertanian (RM juta)

3.4 Industri Berasaskan Pertanian (%)

22892

6.1

24686

6.6

37421

7.0

37442

7.0

54992

6.8

60660

7.6

4.0 Sumbangan kepada guna tenaga

4.1 Pertanian (bil‘000)

4.2 Pertanian (%)

4.3 Industri Berasaskan Pertanian (bil‘000)

4.4 Industri Berasaskan Pertanian (%)

1423.0

15.3

844.0

9.1

1405.7

13.3

981.9

9.3

1323.8

10.9

1110.2

9.1

(Sumber : Buku Perangkaan Pertanian Malaysia )

Sektor pertanian, hanya menyumbang 8.9% (RM18,662 juta) pada tahun 2000, menyusut 8.2% (RM21,585 juta) pada tahun 2005 dan disasarkan menguncup 7.8% (RM27,518

Page 20: pertanian

juta) pada tahun 2010. Sektor pertanian hanya mencatatkan purata kadar pertumbuhan sebanyak 1.2%, paling rendah dalam tempoh RMKe-7; menokok kepada 3.0% bagi tempoh RMKe-8 dan dalam tempoh RMKe-9 dianggarkan mengukuh pada 5.0%. Sektor pertanian pula hanya menyumbang 6.1% (RM22,892 juta) kepada eksport pada tahun 2000 dan 7.0% (RM37,421 juta) pada tahun 2005. Peratus sumbangannya diunjurkan menguncup kepada 6.8% (RM54,992 juta) pada tahun 2010 Guna tenaga dalam sektor pertanian pula adalah yang terendah iaitu hanya menyumbang sebanyak 15.3% (1.423 juta) pada tahun 2000 dan mengalami penguncupan pula kepada 1.406 juta (13.3%) pada tahun 2005. Sumbanganya dianggarkan terus merosot kepada 1.323 juta (10.9%) pada tahun 2010.

Jadual 2.0 : Pengeluaran Bagi Hasil Tananaman Terpilih 2002 hingga 2008.

Hasil Pertanian (tan metrik ‘000)

2002 2004 2006 2008

Getah Asli 889.8 1168.7 1283.6 1072.4

Minyak Sawit Mentah 11909.3 13 976.2 1580.8 17734.4

Isirong Sawit 3268.6 3661.4 4125.1 4577.4

Biji Koko 47.7 33.4 31.9 28.1

Minyak Kelapa 39.1 42.4 27.8 42.3

Dedak Kopra 13.6 11.4 8.7 8.3

Teh 20.6 15.6 11.1 11.6

Nenas 70.1 774 843 66.3

Beras 1415.1 1467.1 1385.3 -

Tembakau 11.3 12.9 6.1 6.3

(Sumber : Laman web Kementerian Asas Tani)

Antara hasil pertanian terpilih ialah minyak sawit mentah, getah asli, biji koko, beras , teh nenas, isirong sawit, dedak kopra, biji koko dan tembakau. Bagi tanaman getah, berlaku peningkatan hasil pertanian sepanjang tahun sehingga 2006. Manakala bagi tahunn 2008, berlaku penurunan kepada 1072.4 tan metrik, berbanding dengan tahun 2006 iaitu sebanyak 1283.6 tan metrik. Berlainan dengan tanaman tembakau yang mengalami peningkatan pada tahun 2008 menjadi 6.3 tan metrik. Namun begitu, hasil pertanian ini adalah lebih baik pada tahun 2002 dan 2004 iaitu masing-masing sebanyak 11.3 tan metrik dan 12.9 tan metrik.

Jadual 3.0 : Jadual Guna Tanah Bagi Sektor Pertanian.

Jenis Tanaman 2000

(hektar ‘000)

2005

(hektar ‘000)

2010

(hektar ‘000)

Target Guna tanah bagi RMK-

8 (%)

Pencapaian

Guna tanah bagi RMK-8

(%)

Target Guna tanah bagi RMK-

9 (%)

Kelapa Sawit 3317 4049 4555 3.2 3.7 2.4

Getah 1431 1250 1179 -2.7 -2.7 -1.2

Page 21: pertanian

Padi 478 452 450 -0.5 -1.1 -0.1

Buah-Buahan 304 330 375 5.1 1.7 2.6

Kelapa 159 180 150 -0.6 2.5 0.0

Koko 76 33 455 -2.4 -15.2 6.2

Sayur-sayuran 40 64 86 4.2 9.9 6.1

Tembakau 15 11 7 2.5 -6.0 -7.4

Lada Hitam 13 13 14 2.1 0.0 0.6

Jumlah 5893 6383 6891 1.5 1.6 1.5

(Sumber : Laman web Kementerian Asas Tani)

JADUAL 4.0 : RINGKASAN PERDAGANGAN LUAR NEGERI BAHAN MAKANAN

PERKARA 2003

(RM Juta)

2004

(RM Juta)

2005

(RM Juta)

2006

(RM Juta)

2007

(RM Juta)

2008

(Jan-Jun)

(RM Juta)

Jumlah Eksport Sektor Pertanian

Jumlah Import Sektor Pertanian

Imbangan Perdagangan Sektor Pertanian

53,143

25,808

27,335

61,797

35,412

26,385

62,596

36,250

26,346

71,197

40,312

30,885

84,936

47,194

37,742

53,841

28,837

25,004

Jumlah Eksport Bahan Makanan

8,348 9,942 10,669 11,392 13760 8,241

Peratus Eksport Bahan Makanan

15.7 16.1 17.04 16.0 16.2 15.3

Jumlah Import  Bahan Makanan

12,687 16,440 17,733 19,950 23,374 13,731

Peratus Import Bahan Makanan

49.2 46.4 48.9 49.5 49.5 46.3

Imbangan Perdagangan Bahan Makanan

-4,339 ‐6,498 ‐7,065 ‐8,559 ‐9,614 ‐5,491

( Sumber : Buku Perangkaan Pertanian Malaysia)

Jumlah keseluruhan eksport pertanian Malaysia sepanjang tahun 2003 ialah RM 53,143 juta. Manakala pada tahun 2008, jumlah eksport adalah sebanyak RM53,841juta. Ini bermakna

Page 22: pertanian

terdapat peningkatan eksport yang agak kecil dari tahun 2003 hingga tahun 2008 iaitu sebanyak RM698 juta. Bagi jumlah eksport bahan makanan pada tahun 2003 ialah RM8,348 juta yang mewakili 15.7%. Jumlah eksport bahan makanan meningkat dari tahun ke tahun, walaupun peningkatan hanya kecil sehingga tahun 2007. Manakala pada tahun 2008 jumlah eksport bahan makanan berkurangan kepada RM8241 juta yang mewakili 15.3%. Jumlah imbangan sektor pertanian ialah pada tahun 2003 ialah RM2,733 juta, dan pada tahun 2008 pula RM25,004 juta.

Manakala jumlah import sektor pertanian pula pada tahun 2003 ialah sebanyak RM25,808 juta. Jumlah import ini meningkat sepanjang tahun sehingga tahun 2007. Manakala pada tahun 2008, jumlah import menurun kepada RM2,8237 juta. Jumlah import bahan makanan bagi tahun 2003 ialah RM 1,2687 juta yang mewakili 49.2%, manakala bagi tahun 2008 pula ialah RM13,371 juta yang mewakili 46.3% dari jumlah keseluruhan import bahan makanan.

3.0 PROGRAM PENINGKATAN PENGELUARAN DAN PRODUKTIVITI BAGI SEKTOR PERTANIAN

3.1 Pemberian Insentif Kepada Pengusaha-Pengusaha Pertanian

Kos pengeluaran telah meningkat dengan ketara mulai tahun 2007. Komponen utama yang mengalami kenaikan ialah baja dan racun, sebagai contoh, dalam tempoh 2003 hingga 2007 sahaja, kos baja sebatian untuk pengeluaran sehektar telah naik sebanyak 85.5%, iaitu daripada RM868/t.m. kepada RM1,610/t.m. Racun perosak untuk pengeluaran buah-buahan pula meningkat daripada RM96 kepada RM156. Bermula pada bulan Jun 2008, Kerajaan telah bersetuju untuk memberi insentif pengeluaran kepada yang menghasilkan bahan-bahan pertanian bagi menampung sebahagian peningkatan kos. Pelaksanaan pembayaran insentif ini adalah melalui pendaftaran pengusaha-pengusaha dengan pihak Kementerian sahaja. Oleh yang sedemikian, sebanyak RM513 juta telah diluluskan bagi tahun 2008.

3.2 Mengukuhkan FAMA Bagi Memastikan Pasaran Dan Pengagihan Hasil-Hasil Pertanian

FAMA akan meningkatkan keupayaan pemasaran hasil-hasil pertanian melalui pembangunan pusat pengedaran, pusat pengumpulan dan peningkatan bilangan pasar tani sebanyak 50 buah di seluruh negara sebagai tambahan kepada 230 yang sedia ada. Bagi tujuan ini, sebanyak RM39 juta telah diluluskan bagi tahun 2008. Tambahan lagi, daripada jumlah ini, wang pusingan urus niaga sebanyak RM25 juta disediakan untuk membolehkan pembelian hasil pertanian.

3.3 Pelaksanaan Program Bumi Hijau

RM25.9 juta diluluskan bagi program ini bagi tahun 2008. Ia meliputi kawasan bandar dan desa bagi menggalakkan penduduk bercucuk tanam dan menternak ayam serta ikan, atau dengan kombinasi yang sesuai untuk menampung keperluan keluarga dan selebihnya dijual. Ia dilaksanakan di halaman rumah dengan mengambil kira konsep “kitchen garden” dan “edible landscape”. Pihak Kementerian akan mengedarkan biji benih sayuran terpilih, baja serta manual pelaksanaan kepada seluruh lapisan masyarakat.

3.4 Pengurusan Kawasan Terbiar Untuk Meningkatkan Pengeluaran Komoditi Sekuriti

Bagi meningkatkan pengeluaran hasil-hasil pertanian, tanah terbiar boleh dibangunkan dalam masa yang singkat. Tumpuan diberikan terhadap tanah hak milik perseorangan yang terletak berhampiran di antara satu sama lain melalui kaedah “profitsharing” dengan pihak swasta yang dikenal pasti. Sebanyak RM25 juta diluluskan bagi tahun 2008 untuk membangunkan kawasan pertanian dan kolam terbiar. Jumlah peruntukan yang disediakan bagi tahun 2008 sebanyak

Page 23: pertanian

RM2,500 juta. Oleh yang sedemikian, pelan tindakan pelaksanaan bagi setiap program secara menyeluruh dan terperinci telah digubal agar peruntukan sejumlah RM2,500 juta kepada Kementerian dapat dibelanjakan kesemuanya dalam tempoh lapan bulan dalam tahun ini.

3.5 Konsep Ladang Merdeka

Konsep Ladang Merdeka menumpukan kepada usaha perladangan padi secara komersial berteraskan teknologi menerusi proses penyatuan lot-lot tanah sawah kecil menjadi lot-lot besar. Sehingga kini sebanyak 16 projek sedang beroperasi melibatkan sawah seluas 708 hektar dengan penyertaan 2,609 petani. Mini Estet Padi dan perladangan kelompok pula menumpukan kepada pemuafakatan sekumpulan petani mengusahakan sawah di sesuatu kawasan bendang dengan bimbingan intensif daripada KADA dan kemudahan kredit input pertanian daripada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang dibayar balik setelah selesai musim penuaian. Sebilangan petani maju diberikan bimbingan intensif di bawah projek 10 tan/hektar bagi meningkatkan kadar pengeluaran padi ke arah 10 tan/hektar.

Antaranya program yang dijalankan oleh KADA ialah permodenan sistem pengairan rumah-rumah pam dan peningkatan kecekapan dan keberkesanan bekalan air dan penekanan kepada penggunaan teknologi moden dan amalan pertanian baik. Program lain termasuklah pengurusan rumpai, perosak dan penyakit tanaman secara bersepadu. KADA mensasarkan pada akhir RMKe-9, kadar pengeluaran padi dari seluruh kawasan KADA akan ditingkatkan daripada 4.28 tan/hektar kepada 5.30 tan/hektar bagi membolehkan sumbangan KADA kepada pengeluaran padi negara ditingkatkan 225,000 tan setahun kepada 307,000 tan setahun.

3.6 Memperluaskan Fungsi Kementerian Pertanian dan Asas Tani

Tujuan memperluaskan Kementerian Pertanian dan Asas Tani ialah supaya sektor pertanian dan industri asas tani dimajukan berdasarkan semua aspek pengurusan rantaian bekalan. Selain itu, bagi meningkatkan pengeluaran dan kecekapan pengeluaran, kerajaan telah merancang pembangunan kawasan-kawasan pengeluaran berteraskan ‘Cluster’ seperti Zon Pengeluaran Buah-buahan, ‘Target Area Concentration’, Zon Industri Akuakultur dan beberapa pendekatan seperti Projek Pertanian Moden dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan. Ini bertujuan bertujuan untuk membangunkan komoditi dan produknya yang berteraskan ‘Industrial Districts. Kerajaan, menerusi Kementerian Petanian dan Asas Tani juga memperkenalkan sebuah jenama iaitu ‘Malaysia Best’.

4.0 ISU DAN CABARAN SEKTOR PERTANIAN

4.1 Masalah Tenaga Buruh

Masalah utama dalam pertanian ialah maalah tenaga buruh. Penghijrahan tenaga buruh dari sektor pertanian ke sektor bukan pertanian ini mengakibatkan kekurangan tenaga buruh di sektor pertanian. Mengikut kajian Persatuan Peladang Bersatu Malaysia (UPAM), bilangan ladang di Semenanjung Malaysia yang mengalami masalah tenaga buruh telah meningkat tahun demi tahun. Sektor ini kini masih menghadapi pelbagai cabaran, antaranya ialah tenaga kerja yang semakin tua, iaitu 21.4% adalah berumur 55 tahun ke atas. Saiz tanah yang diusahakan adalah kecil dan kurang ekonomik, iaitu 65% darlpada pesawah padi mempunyai saiz sawah kurang daripada satu hektar.

4.2 Tanah Terbiar

Pada tahun 1996, kekurangan tenaga buruh adalah salah satu faktor pengurangan keluasan tanaman getah. Keluasan tanaman getah dijangka berkurang sebanyak 10 ribu hektar, iaitu 6

Page 24: pertanian

ribu hektar di kebun kecil dan 4 ribu hektar bagi estet. Sektor pertanian menghadapi masalah tanah terbiar yang serius. Pada 1981, di Semenanjung Malaysia, tanah terbiar adalah seluas 890 000 hektar, iaitu terdiri daripada tanah sawah seluas 160 863 hektar dan tanah bukan sawah seluas 728 127 hektar. Keadaan ini telah berkurang pada tahun 1986, iaitu kepada 553 372 hektar yang terdiri daripada 125 256 hektar tanah sawah dan 428 117 hektar tanah bukan sawah. Pada 1987, tanah terbiar meningkat semula, iaitu kepada 654 413 hektar yang terdiri daripada 89 399 hektar tanah sawah dan 565 014 hektar tanah bukan sawah (Abd. Malik dan Mohaini, 1992). Pada 1990, tanah terbiar telah merosot kepada 57 597 hektar (Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia 1994).

4.3 Cabaran di peringkat Luar Negara

Pada peringkat antarabangsa kedudukan sektor pertanian negara menjadi semakin mencabar dengan terbentuknya WTO di mana liberalisasi perdagangan antarabangsa menyebabkan persaingan semakin sengit. Sektor pertanian negara terancam sekiranya tidak bersedia meningkatkan daya pengeluaran untuk memperolehi daya saing yang lebih tinggi. Semenjak krisis kewangan Asia pada tahun 1997, imbangan dagangan makanan telah mengalami defisit sebanyak RM4.7 bilion pada tahun 1997 berbanding dengan defisit RM2.2 bilion pada tahun 1994. Defisit imbangan dagangan ini terus meningkat dari tahun ke tahun, terutamanya pada tahun 2001 yang mencatatkan defisit RM5.7 billon. Penurunan nilai ringgit juga menyebabkan peningkatan harga import bagi input pertanian dan makanan dari setahun ke setahun. Keadaan ini telah menimbulkan kesan yang negatif terhadap perkembangan sektor pertanian negara.

Liberalisasi perdagangan di bawah WTO dan AFTA juga akan menyebabkan hasil pertanian negara menghadapi persaingan lebih sengit daripada negara-negara pengeluar yang lain yang mempunyai kelebihan kos pengeluaran yang. Import makanan negara turut meningkat setiap tahun kesan dari pertambahan bilangan dan taraf hidup penduduk. Pada tahun 1996, import makanan (termasuk makanan ternakan) dan input pertanian adalah RM10.5 bilion berbanding dengan RM4.6 bilion pada 1990. Pada tahun 1997 (Januari-Oktober) importnya adalah RM9.1 bilion. Malaysia mengalami defisit dalam perdagangan makanan (termasuk makanan binatang) dan input pertanian. Ini bermakna terdapat lebihan aliran keluar wang negara bagi membiayai import. Pada tahun 1996 eksportnya adalah sebanyak RM4.2 bilion, dan pada 1997 (Januari-Oktober 1997) adalah RM4.5 bilion. Ini bermakna defisit dalam perdagangan makanan dan input pertanian ialah RM6.3 bilion pada 1996, dan RM4.6 bilion pada 1997.

5.0 KESIMPULAN

Secara tuntasnya di sini, pertanian Malaysia sebenarnya semakin merundum sejak akhir-akhir ini. Dengan isu peningkatan harga makanan dan krisis makanan yang melanda ini, sektor pertanian menghadapi cabaran yang lebih besar lagi dalam mencapai keseimbangan dari segi menjamin belakan makanan mencukupi yang memerlukan pertambahan kawasan tanaman dan pada masa yang sama memastikan aktiviti ini tidak memburukkan lagi keadaan iklim dunia. Oleh yang demikian, pemahaman terhadap impak positif dan negatif amalan-amalan pertanian adalah amat penting.

Dalam menjana pertumbuhan baru di bidang pertanian, kita juga perlu mewujudkan persekitaran yang sihat. Faktor ini merupakan perkara asas bagi pembangunan sesebuah negara untuk terus maju dalam meningkatkan produktiviti dan hasil pertanian dalam memenuhi keperluan rakyatnya. Persekitaran pembangunan yang sihat melalui pengurusan sumber alam yang efisyen, terjaga, berterusan dan di lengkapi pula dengan sumber manusia yang terlatih

Page 25: pertanian

adalah asas kepada pembangunan pertanian yang produktif dan ini sudah tentu menjadi pemangkin dalam menjana pertumbuhan pelbagai industri lain yang diperlukan oleh negara.

Dalam dunia yang serba bersaing, kepentingan membangunkan modal insan telah menjadi kemestian. Baik di bidang apa pun yang kita terokai, daya pemikiran, kreativiti dan inovasi rakyat sesebuah negara itulah menjadi penentu untuk kejayaan. Dari pemikiran dan idea maka lahirlah penemuan yang boleh merubah sesuatu keadaan kepada sesuatu yang lebih baik dan sempurna. Dalam bidang pertanian, inovasi yang menambahbaik sesuatu teknologi akan membawa perubahan kepada peningkatan produktiviti dan kualiti hidup tanpa mencemar alam semula jadi. Faktor ini menjadi penentu kepada kelangsungan sesebuah ekonomi dan dapat meletakkannya ke tahap yang stabil dan selamat dalam jangka panjang. Bagi negara yang mementingkan pembangunan pertanian mampan dan kualiti kehidupan yang harmoni akan sentiasa memupuk rakyatnya untuk meningkatkan tahap penguasaan dan penghayatan ilmu demi kebaikan manusia sejagat.

Kenyataan media oleh V. Sivakumar di Ipoh pada hari Isnin, 26hb Mac 2012:

Transformasi sektor pertanian tergendala kerana amalan kronisme dan korupsi

Petani-petani dan penternak-penternak sering kali menghadapi masalah gangguan daripada kerajaan ataupun agensi-agensi kerajaan. Sebilangan besar golongan petani dan penternak ini mengusahakan tanah kerajaan secara haram. Mereka mengusahakan tanah secara haram kerana kerajaan tidak mahu memberi hak milik tanah mahupun TOL kepada mereka. Jika kerajaan serius untuk menjaga kebajikan golongan petani dan penternak ini sudah tentu mereka akan diberi hak milik tanah ataupun sekurang-kurangnya TOL. Tetapi, kerajaan gagal untuk berbuat demikian atas sebab-sebab tertentu.

Ini menyebabkan petani-petani dan penternak-penternak terpaksa menjalankan kegiatan mereka secara haram di atas tanah kerajaan. Kita tidak boleh mempersalahkan golongan petani dan penternak ini. Mereka mengusahakan tanah dan sumbangan mereka dalam sektor pertanian negara tidak boleh dinafikan. Mereka membantu mengurangkan masalah kekurangan makanan di dalam negara. Keluaran hasil pertanian petani-petani dan penternak-penternak secara haram ini memasuki pasaran makanan negara kita tiap-tiap hari.

Apa akan berlaku jika sekirannya semua petani dan penternak ini memberhentikan aktiviti pertanian mereka dengan serta-merta? Sudah tentu kita akan menghadapi masalah kekurangan makanan di dalam negara. Ini akan mengakibatkan pengantungan negara kita kepada negara lain untuk makanan akan bertambah. Dalam kata lain, pengimportan barang makanan

Page 26: pertanian

akan tambah berlipat ganda. Ini akan meningkatkan lagi pengaliran dana kita ke negara asing.

Kerajaan harus sedar kepentingan golongan petani-petani dan penternak-penternak ini. Mereka seharusnya diberi peluang pemilikan tanah atau diberi TOL untuk mengusahakan kegiatan pertanian di tanah itu. Apa yang pelik di negara kita ialah kaum petani dan penternak ini sentiasa ditindas oleh kerajaan dan pihak ketiga. Mereka ini sentiasa terdedah kepada ancaman pihak-pihak tertentu. Setelah mereka mengusahakan tanah berpuluh-puluh tahun, tiba-tiba tanah itu diberikan kepada pihak ketiga oleh kerajaan.

Kenapa tawaran tanah itu tidak diberikan kepada petani-petani yang mengusahakan tanah itu? Kenapa tapak tanah yang diusahakan oleh petani dan penternak itu diberikan kepada pihak ketiga yang langsung tidak ada kena mengena dengan tanah itu? Ini menbuktikan kewujudan amalan-amalan kronisme dan korupsi dalam sektor pertanian negara kita. Orang yang layak tidak diberikan tapak tanah untuk bertani, manakala pihak ketiga yang mempunyai hubungan politik pula boleh mendapat tanah itu dengan mudah.

Saya tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh Dato' Mohd Hashim Bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di dalam portal rasmi kementerian itu. Berikut adalah ungkapan beliau:

"Sektor Pertanian merupakan salah satu sektor penting yang mendapat tumpuan dalam perdagangan dunia kerana ia merupakan pembekal makanan dan sumber bahan mentah kepada penduduk dunia. Kebolehan sesebuah negara memajukan sektor pertanian di negaranya menunjukkan keupayaan negara tersebut membekalkan makanan yang mencukupi kepada rakyatnya. Oleh yang demikian, negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia dan juga Belanda tidak meminggirkan pembangunan sektor pertanian di negara mereka, malahan ia dimajukan sebagai satu entiti perniagaan yang berdaya saing dan menguntungkan.

Malaysia merupakan negara pengimport makanan, bil imbangan dagangan makanan negara tidak pernah mencatatkan nilai lebihan, walaupun negara kita dirahmati dengan tanah yang subur, taburan hujan yang mencukupi serta iklim yang sesuai. Menyedari peluang dan potensi untuk membangunkan sektor ini, Kementerian ini telah diamanahkan untuk membangunkan sektor pengeluaran makanan atau sektor Agro-Makanan agar ia berdaya saing dan boleh menyumbang kepada pendapatan negara. Usaha untuk mentransformasikan sektor ini merupakan satu cabaran yang amat besar..."

Page 27: pertanian

Memang manis untuk mendengar matlamat kerajaan itu. Tetapi, indah khabar dari rupa, kerajaan tidak mengambil inisiatif untuk membantu petani-petani dan penternak-penternak yang mengusahakan tanah kerajaan secara haram. Malah, mereka ini sentiasa terdedah kepada ugutan dan desakan daripada pelbagai pihak. Matlamat kerajaan tidak akan tercapai jika golongan ini tidak dibantu. Transformasi tidak dapat dilaksanakan selagi terdapat unsur-unsur kronisme dan korupsi dalam sektor ini.

Kerajaan harus prihatin menyelesaikan masalah kaum petani dan penternak ini. Ramai diantara mereka tidak mengharapkan dorongan dan sokongan kerajaan. Mereka hanya mahu supaya dibiarkan mengusahakan tanah tanpa sebarang gangguan daripada mana-mana pihak.

SUMBANGAN SEKTOR PERTANIAN KEPADA NEGARA - BANYAK YANG TIDAK TAHUDipetik daripada : http://bobex.wordpress.com/2007/01/17/masa-depan-ekonomi-negara-menerusi-sektor-pertanian/

Masa Depan Ekonomi Negara Menerusi Sektor PertanianPosted: Januari 17, 2007 in Artikel 

82Sektor pertanian telah memainkan peranan yang besar pada awal tahun 1920-an menerusi industri getah yang mengangkat nama Malaysia sebagai pengeluar getah asli utama dunia sehingga tahun 1980-an. Ekonomi negara selepas merdeka dimonopoli oleh aktiviti-aktiviti pertanian dan perlombongan sehinggakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada ketika itu menunjukkan sumbangan sektor petanian dan perlombongan mencecah angka 46 peratus.Inisiatif penubuhan institusi-institusi pembangunan kawasan, penyatuan dan pemulihan tanah seperti FELDA, FELCRA, RISDA dan agensi-agensi pembangunan wilayah pula telah mempergiatkan lagi pembukaan tanah baru untuk tanaman industri di samping mendokong matlamat membasmi kemiskinan yang termaktub di dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).Sementara itu, penubuhan agensi-agensi khusus seperti FAMA (1965), Bank Malaysia (BPM) (1969), MARDI (1969), Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) (1971), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) (1971), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) (1970), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) (1972), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) (1973) dan beberapa agensi yang lain telah membantu dari segi kemudahan pemasaran, penyelidikan, kredit, dan khidmat sokongan kepada kumpulan sasar dan mempergiatkan lagi pembangunan sektor pertanian pada ketika itu.Tiga dasar telah digubal dalam usaha memastikan sektor pertanian dapat bertindak sebagai ‘enjin ketiga’ pertumbuhan ekonomi negara di samping sektor perkhidmatan dan pembuatan. Dasar-dasar tersebut adalah merangkumi Dasar Pertanian Negara Pertama (1984-1991) yang memberi penekanan untuk membangunkan sektor pertanian yang berorientasikan ekspot; Dasar Pertanian Negara Kedua (1992-1997) yang memberi penekanan kepada peningkatan produktiviti, kecekapan dan persaingan; dan Dasar Pertanian Negara Ketiga (1998-2010) untuk meningkatkan dayasaing sektor pertanian berikutan liberalisasi perdagangan antarabangsa.Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan keyakinan tinggi bahawa sektor pertanian dan asas tani ini mampu menjana bukan sahaja pendapatan petani-petani luar bandar malahan juga ekonomi negara. Kesungguhan beliau dalam memajukan sektor pertanian terbukti dalam pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan

Page 28: pertanian

belanjawan 2006 yang telah memperuntukkan sejumlah wang yang besar kepada sektor ini.Transformasi sektor pertanian ke arah yang lebih dinamik dan berdaya saing dalam RMK-9 dan Belanjawan 2006 ini bertujuan untuk meningkatkan sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi para petani dan negara selain bertujuan untuk mengurangkan pergantungan terhadap barangan import bahan makanan dalam jangka masa panjang yang mana pada masa ini imbangan import bahan makanan masih lagi melebihi kemampuan mengeksport.Sebagai suatu langkah jangka panjang, kerajaan telah mempertanggungjawab dan memperluaskan fungsi Kementerian Pertanian dan Asas Tani bukan sahaja merangkumi bidang pertanian, malah turut merangkumi bidang industri asas tani. Tujuannya ialah supaya sektor pertanian dan industri asas tani dimajukan berdasarkan semua aspek pengurusan rantaian bekalan, iaitu dari peringkat pengeluaran benih, pengeluaran, pengendalian lepas tuai, penyimpanan, logistik, penggredan, pelabelan, pembungkusan, pengangkutan, peruncitan, pemborongan, pemasaran, penjenamaan, pemerosesan sehingga dijual kepada pengguna (from farm to table). Selain daripada pengeluaran pertanian, fokus masa hadapan akan diberi kepada industri asas tani yang boleh disertai oleh industri kecil dan sederhana, terutamanya dalam bidang-bidang tambah nilai yang baru.Selain itu, bagi meningkatkan pengeluaran dan kecekapan pengeluaran, kerajaan telah merancang pembangunan kawasan-kawasan pengeluaran berteraskan ‘Cluster’ seperti Zon Pengeluaran Buah-buahan, ‘Target Area Concentration’, Zon Industri Akuakultur dan beberapa pendekatan seperti Projek Pertanian Moden dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan. Kesemua ini pada akhirnya bertujuan untuk membangunkan komoditi dan produknya yang berteraskan ‘Industrial Districts’ di mana pemasaran, pengeluaran, innovasi dapat dirancang dan diperlengkapkan dengan infrastruktur sokongannya.Kerajaan, menerusi Kementerian Petanian dan Asas Tani juga memperkenalkan sebuah jenama yang akan dapat membezakan hasil-hasil pertanian negara dengan hasil-hasil pertanian negara lain dengan menitikberatkan kualiti dan keselamatan makanan iaitu ‘Malaysia Best’. Penjenamaan ini akan menekankan aspek pemantauan dan penelitian rapi menepati standard antarabangsa melibatkan semua aktiviti bermula daripada penjagaan ladang sehingga ke meja pengguna. Program penjenamaan ini akan memberi manfaat bukan sahaja kepada pengguna tetapi juga dalam jangka masa panjang kepada pengeluar dan negara. Pengeluar hasil-hasil pertanian akan menikmati permintaan yang tinggi di pasaran domestik dan antarabangsa memandangkan produk mereka telah memenuhi citarasa pengguna dan telah melepasi tahap kualiti pasaran.Kerajaan melihat bahawa bagi memajukan sektor pertanian, pertanian komersial, iaitu melalui amalan kaedah terkini seperti aplikasi teknologi dan penemuan penyelidikan dan pembangunan (R&D), termasuk penggunaan bioteknologi perlu diaplikasikan. Bagi merealisasikan hasrat ini, kerajaan turut mengenal pasti beberapa bidang dan produk baru yang berpotensi untuk dimajukan bagi mempelbagaikan sumber pertumbuhan ekonomi. Salah satu sumber pertumbuhan baru yang dikenalpasti ialah pembangunan pusat makanan halal, ekuin dan haiwan eksotik, ‘minimally processed food’ dan produk-produk bioteknologi seperti kultur sel, ‘pharmaceutical’, ‘nutraceutical’, produk-produk herba dan makanan ternakan atau bahan tambahan makanan ternakan.Selain itu, pengeluaran dan penggunaan biofuel berasaskan minyak sawit atau biofuel minyak sawit turut dilihat mampu untuk menjadi sumber pertumbuhan baru ekonomi negara. Kaedah ini telah digunakan di beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) sebagai bahan api untuk pengangkutan dan industri. Di negara Jerman, biofuel digunakan bagi keretapi komersil dengan prestasi yang baik. Di samping itu, hasilan minyak sawit, seperti stearin, juga digunakan sebagai bahan api untuk loji janakuasa dan dandang.Permintaan pasaran bagi biofuel minyak sawit ini adalah amat menggalakkan. Pada tahun 2004, permintaan bagi biofuel dunia ialah sebanyak 2.5 juta tan dan dijangka meningkat pada kadar 25 peratus setahun.Bagaimanapun, di sebalik keyakinan kerajaan terhadap sektor pertanian, bank-bank di negara ini pula melihat dari sudut yang berbeza. Keyakinan lebih tertumpu kepada sektor

Page 29: pertanian

perindustrian dan perumahan bagi diberikan kemudahan pinjaman kewangan. Keadaan ini sedikit sebanyak akan memberikan impak terutamanya bagi petani meningkatkan kualiti dan taraf mereka dari taraf petani tradisional kepada petani moden. Oleh kerana mentaliti pihak bank yang beranggapan bahawa sektor pertanian tidak menguntungkan, mereka telah mengenakan syarat-syarat yang ketat dan menekan yang dikenakan pihak bank kepada petani. Langkah yang diambil mereka ini bukan sahaja menyulitkan, malahMampu melemahkan semangat para petani yang mempunyai perancangan menukar status mereka daripada petani tradisional kepada petani moden.Baru-baru ini, Perdana Menteri telah memberikan teguran dan berharap agar pihak bank memberikan kepercayaan mereka terhadap sektor pertanian dengan memudahkan proses pinjaman yang melibatkan para petani sejajar dengan dasar dan penumpuan kerajaan terhadap ‘enjin ketiga’ atau sektor pertanian ini.Kata-kata Perdana Menteri bukanlah omongan kosong semata. Ini dapat dibuktikan dengan kejayaan Jasmin Jasin, Penerima Anugerah Peladang Jaya Lelaki Kebangsaan yang berjaya memperoleh pendapatan sebanyak RM2.1 juta setahun dengan hanya ‘berbudi dengan tanah’. Tidak dapat disangkal, bidang pertanian ini bukan suatu kerjaya yang glamor, namun ia menjanjikan pendapatan lumayan kepada mereka yang sanggup memerah keringat di bawah terik matahari dan menempuh pelbagai cabaran pada peringkat permulaan.Kempen Buku Hijau yang dilancarkan pada bulan Mac lalu, dan penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2006) yang diadakan baru-baru ini dan kata-kata ‘Berdaya maju sendiri’ yang dilaungkan beliau terhadap pembabitan rakyat dalam menghasilkan sebahagian daripada keperluan makanan sendiri perlu diadaptasikan.Secara logiknya, segala rungutan mengenai harga barangan bahan mentah seperti sayuran, daging dan sebagainya tidak akan lagi kedengaran sekiranya laungan ini diterjemahkan dalam kehidupan. Jika setiap warga mampu menghasilkan makanan sendiri, seolah sebahagian daripada masalah negara telah dapat diselesaikan. Bukan sahaja masalah ekonomi individu, masalah ekonomi negara turut dapat diselesaikan.

Dipetik daripada :  http://datatanah.peradabanmelayu.my/index.php/data-tanah-terbiar/34-data-tanah-terbiar-malaysia/64-perkembangan-semasa-sektor-pertanian

PERKEMBANGAN SEMASA SEKTOR PERTANIAN DI MALAYSIA

PENGENALAN

Pertanian merujuk kepada perihal pengeluaran makanan dan barangan

melalui perkebunan, penanaman, penternakandan perhutanan. Pertanian merupakan

pembangunan penting kepada kebangkitan tamadun apabila penanaman dan penternakan

membawa kepada lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan dalam

masyarakat yang semakin ramai dan berkelas. Sektor pertanian, merupakan antara aktiviti

ekonomi yang dikategorikan sebagai sektor utama (primer sektor) selain daripada

perlombongan dan kuari. Walaupun proses urbanisasi semakin pesat dan tumpuan banyak

diberikan kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan, namun majoriti populasi di Asia

Tenggara masih mendiami kawasan luar bandar dan bergantung kepada kegiatan pertanian

sebagai sumber ekonomi utama.

Sektor pertanian sememangnya merupakan sektor yang terpenting bagi negara-

negara membangun seperti Malaysia. Malah ia merupakan antara ciri terpenting yang

membezakan status antara negara-negara membangun dan negara-negara maju. Sektor ini

jugalah yang telah menyumbang kepada asas pembentukan ekonomi Malaysia di dalam era

Page 30: pertanian

selepas merdeka yang mana pada masa tersebut, majoriti penduduk tertumpu kepada

aktiviti ekonomi berasaskan pertanian dan perlombongan. Namun, dengan kepesatan

pembangunan dan kemajuan negara, sektor pertanian beransur-ansur dipandang sayu. Para

petani juga tidak lagi berminat menjalankan kerja-kerja tani yang dahulunya pernah menjadi

pekerjaan turun-temurun. Lebih parah, generasi pelapis yang diharapkan akan meneruskan

pekerjaan turun-temurun itu lebih berminat berhijrah ke bandar-bandar besar mencari

pekerjaan yang lebih ´bermaruah´ dan menawarkan pendapatan yang lebih tinggi dan

terjamin dalam sektor perindustrian. Hal ini kerana imej pekerjaan di sektor perindustrian

dilihat lebih tinggi dan memiliki kemudahan sosial yang lebih baik. Peluang membaiki taraf

ekonomi melalui pendapatan di sektor perkilangan dan perkhidmatan lebih terjamin.

Sebaliknya, pendapatan di sektor pertanian tidak stabil.

PERKEMBANGAN PERTANIAN MALAYSIA PADA MASA KINI

Sektor pertanian telah memainkan peranan penting di dalam pembangunan sosial dan

ekonomi Malaysia. Kegiatan pertanian pada masa itu adalah pertanian sara diri dan

tradisional. Tanaman industri iaitu getah mula diperkenalkan pada tahun 1887 apabila benih

getah ditanam di Kuala Kangsar, Perak. Penubuhan Institut Penyelidikan Getah pada tahun

1926 telah mengorak langkah menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama getah asli di

dunia untuk beberapa abad sehinggalah akhir tahun 1980an. Sumbangan terhadap Keluaran

Kasar Dalam Negara (KDNK) telah meningkat kepada RM6.8 bilion pada tahun 1995,

berbanding RM3.6 bilion pada tahun 1985 iaitu peningkatan sebanyak 5.6 peratus. Jumlah

kawasan tanaman sawit telah meningkat daripada 1.5 juta hektar pada tahun 1985 kepada

2.5 juta hektar pada tahun 1995.

Penubuhan institusi-institusi pembangunan kawasan, penyatuan dan pemulihan tanah

seperti FELDA, FELCRA, RISDA dan agensi-agensi pembangunan wilayah telah

mempergiatkan lagi pembukaan tanah baru untuk tanaman industri di samping mencapai

matlamat membasmi kemiskinan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sementara itu, penubuhan

agensi-agensi khusus seperti FAMA(1965), Bank Pertanian Malaysia (BPM) (1969), MARDI

(1969), Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) (1971), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia

(LKIM) (1971), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) (1970), Lembaga Kemajuan

Pertanian Kemubu (KADA) (1972), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) (1973) dan beberapa

agensi yang lain telah menyediakan kemudahan pemasaran, penyelidikan, kredit dan

khidmat sokongan kepada kumpulan sasar dan mempergiatkan lagi pembangunan sektor

pertanian.

Sejak pelaksanaan DPN1 mulai 1984 dan DPN2 mulai 1992, sektor pertanian telah

mencatat kadar pertumbuhan purata tahunan sebanyak 3.2%. Jumlah nilai-ditambah

pertanian telah meningkat dari RM11.9 bilion pada tahun 1985 kepada RM16.2 bilion pada

tahun 1995. Nilai eksport barangan pertanian pula telah meningkat daripada RM 13.9 bilion

tahun 1985 kepada RM 35.4 bilion pada tahun 1995 yang merupakan pertumbuhan purata

tahunan sebanyak 9.8%.

2.1 Polisi Dalam Pertanian Malaysia

2.1.1 Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), pertanian menjadi satu sektor utama yang

diberi tumpuan. Sejumlah RM11.4 bilion diperuntukkan bagi meningkatkan sektor pertanian

menjadi lebih moden, dinamik dan kompetitif. Sejumlah RM4.4 bilion diperuntukkan untuk

Page 31: pertanian

permodenan sektor pertanian, terutama pembangunan wilayah dan penanaman semula

serta program baik pulih tanah. Sementara itu RM2.6 bilion untuk menyokong perkhidmatan

pertanian dan RM1.5 bilion lagi untuk program pengairan pertanian. Pertambahan

peruntukan dan kadar pertumbuhan ini juga menandakan sektor pertanian akan meningkat

dari segi guna tenaga dan pelaburan sektor swasta. RMK-9 turut menyediakan insentif dan

peluang yang lebih luas kepada sektor swasta dan komuniti petani untuk mengusahakan

pertanian secara komersial berskala besar bagi meningkatkan produk berkualiti dan tambah

nilai. Peningkatan ini boleh dilakukan dengan penggunaan kaedah moden, terutama

bioteknologi dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Dengan adanya dasar dan

pelbagai insentif yang menyokong sektor pertanian dijangka dapat mengubah imej dan citra

sektor pertanian, seterusnya menarik minat lebih ramai usahawan tani dan petani mahir

Dari segi perkembangan pada peringkat global, sektor pertanian sebenarnya

mengalami pelbagai perubahan dan permodenan drastik. Dengan menggunakan

pengetahuan bioteknologi, produk pertanian boleh dipertingkatkan dari segi kualiti dan

ketahanan. Sebagai contoh, manipulasi genetik boleh dilakukan untuk mengelakkan

tanaman dimusnahkan serangga perosak. Selain itu, produk pertanian juga boleh direka

bentuk secara biologi agar tahan lama dan tidak mudah busuk. Biarpun penggunaan

bioteknologi sering dikritik terutama di Eropah, khususnya terhadap produk makanan

(makanan diolah secara genetik (GMF), permintaan terhadap produk berkenaan terus

meningkat. Hal ini begitu ketara di jaringan pasar raya utama di seluruh dunia. Antara

strategi dalam perlaksanaan rancangan RMK-9 ialah menambahkan kawasan pengeluaran

agro-makanan, memajukan sumber pertumbuhan baru seperti tangkapan ikan laut dalam

dan tuna, rumpai laut, ikan hiasan dan bunga-bungaan,meningkatkan industri asas tani,

pematuhan Piawaian dan Kualiti Antarabangsa dan Penyediaan Pinjaman dan Insentif.

2.1.2 Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3), 1998-2010

Objektif utama DPN3 adalah untuk memaksimakan pendapatan melalui penggunaan sumber

secara optima dalam sektor ini. Ia meliputi usaha memaksimakan sumbangan sektor

pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pendapatan eksport serta

pendapatan petani, penternak dan nelayan. Secara spesifik, objektif DPN3 adalah untuk

meningkatkan sekuriti makanan (food security), meningkatkan produktiviti dan daya saing

sektor pertanian, mengukuhkan pertalian dengan sektor-sektor lain, mewujudkan sumber

pertumbuhan yang baru untuk sektor pertanian dan memulihara dan menggunakan sumber-

sumber asli secara mampam. Justeru itu, DPN3 memperkenalkan dua pendekatan strategik

yang baru iaitu pendekatan perhutani (agroforestry approach) dan pendekatan berasaskan

produk (product-based approach).

Pendekatan perhutani bertujuan untuk memberi perhatian kepada masalah

kekurangan sumber-sumber termasuk tanah, buruh dan bahan mentah. Di bawah

pendekatan ini, kegiatan pertanian dan perhutanan dilihat sebagai dua kegiatan yang serasi

dan saling melengkapi. Pendekatan strategik baru yang kedua ialah pendekatan berasaskan

produk. Melalui pendekatan ini, produk-produk dan pasaran-pasaran utama dikenalpasti

berdasarkan permintaan, potensi pasaran dan cita rasa pengguna. Dengan menggunakan

pendekatan berasaskan produk, ia akan memberi penekanan kepada keperluan dan cita rasa

pengguna serta pasaran khusus di seluruh dunia. Ini akan mewujudkan peluang untuk

menambah pengeluaran dan meningkatkan keupayaan pemasaran hasil-hasil pertanian.

Page 32: pertanian

Di dalam tempoh DPN3, pertumbuhan pertanian dijangka akan terus meningkat

melalui penggunaan tanah yang lebih intensif. Tanaman getah, padi, kelapa dan koko

masing-masing dijangka akan berkurangan iaitu seluas 494,000 hektar, 302,600 hektar,

73,400 hektar dan 30,700 hektar. Kebanyakan kawasan ini akan ditanam semula dengan

perhutani, kelapa sawit, buah-buahan dan sayur-sayuran. Pembukaan tanah baru pula akan

hanya dilaksanakan di Sabah dan Sarawak di mana masih terdapat kawasan tanah yang

luas. Dengan itu, peningkatan keluasan guna tanah dijangka meningkat hanya pada tahap

0.5% setahun iaitu daripada 5.7 juta hektar kepada 6.2 juta hektar.

2.2 Data Dan Stastistik Perkembangan Pertanian Malaysia

Jadual 1.0: Sumbangan Sektor Pertanian 2000, 2005 dan 2010No Butiran 2000 2005 2010

1.0 Sumbangan kepada KDNK1.1 Pertanian (RM juta)1.2 Pertanian (%)1.3 Industri Berasaskan Pertanian (RM juta)1.4 Industri Berasaskan Pertanian (%)

186628.9

135846.5

215858.2

169286.5

275187.8

222216.3

2.0 KDNK (%)Pertanian

1.2% 3.0% 5%

3.0 Sumbangan Kepada Eksport3.1 Pertanian (RM juta)3.2 Pertanian (%)3.3 Industri Berasaskan Pertanian (RM juta)3.4 Industri Berasaskan Pertanian (%)

228926.1

246866.6

374217.0

374427.0

549926.8

606607.6

4.0 Sumbangan kepada guna tenaga4.1 Pertanian (bil‘000)4.2 Pertanian (%)4.3 Industri Berasaskan Pertanian (bil‘000)4.4 Industri Berasaskan Pertanian (%)

1423.015.3844.09.1

1405.713.3981.99.3

1323.810.9

1110.29.1

(Sumber : Buku Perangkaan Pertanian Malaysia )Sektor pertanian, hanya menyumbang 8.9% (RM18,662 juta) pada tahun 2000,

menyusut 8.2% (RM21,585 juta) pada tahun 2005 dan disasarkan menguncup 7.8%

(RM27,518 juta) pada tahun 2010. Sektor pertanian hanya mencatatkan purata kadar

pertumbuhan sebanyak 1.2%, paling rendah dalam tempoh RMKe-7; menokok kepada 3.0%

bagi tempoh RMKe-8 dan dalam tempoh RMKe-9 dianggarkan mengukuh pada 5.0%. Sektor

pertanian pula hanya menyumbang 6.1% (RM22,892 juta) kepada eksport pada tahun 2000

dan 7.0% (RM37,421 juta) pada tahun 2005. Peratus sumbangannya diunjurkan menguncup

kepada 6.8% (RM54,992 juta) pada tahun 2010 Guna tenaga dalam sektor pertanian pula

adalah yang terendah iaitu hanya menyumbang sebanyak 15.3% (1.423 juta) pada tahun

2000 dan mengalami penguncupan pula kepada 1.406 juta (13.3%) pada tahun 2005.

Sumbanganya dianggarkan terus merosot kepada 1.323 juta (10.9%) pada tahun 2010.

Jadual 2.0 : Pengeluaran Bagi Hasil Tananaman Terpilih 2002 hingga 2008.Hasil Pertanian (tan metrik ‘000)

2002 2004 2006 2008

Getah Asli 889.8 1168.7 1283.6 1072.4Minyak Sawit Mentah 11909.3 13 976.2 1580.8 17734.4

Page 33: pertanian

Isirong Sawit 3268.6 3661.4 4125.1 4577.4Biji Koko 47.7 33.4 31.9 28.1Minyak Kelapa 39.1 42.4 27.8 42.3Dedak Kopra 13.6 11.4 8.7 8.3Teh 20.6 15.6 11.1 11.6Nenas 70.1 774 843 66.3Beras 1415.1 1467.1 1385.3 -Tembakau 11.3 12.9 6.1 6.3

(Sumber : Laman web Kementerian Asas Tani)Antara hasil pertanian terpilih ialah minyak sawit mentah, getah asli, biji koko, beras , teh

nenas, isirong sawit, dedak kopra, biji koko dan tembakau. Bagi tanaman getah, berlaku

peningkatan hasil pertanian sepanjang tahun sehingga 2006. Manakala bagi tahunn 2008,

berlaku penurunan kepada 1072.4 tan metrik, berbanding dengan tahun 2006 iaitu sebanyak

1283.6 tan metrik. Berlainan dengan tanaman tembakau yang mengalami peningkatan pada

tahun 2008 menjadi 6.3 tan metrik. Namun begitu, hasil pertanian ini adalah lebih baik pada

tahun 2002 dan 2004 iaitu masing-masing sebanyak 11.3 tan metrik dan 12.9 tan metrik.Jadual 3.0 : Jadual Guna Tanah Bagi Sektor Pertanian.

Jenis Tanaman 2000(hektar ‘000)

2005(hektar ‘000)

2010(hektar ‘000)

Target Guna tanah bagi RMK-

8 (%)

PencapaianGuna tanah bagi RMK-8

(%)

Target Guna tanah bagi RMK-

9 (%)

Kelapa Sawit 3317 4049 4555 3.2 3.7 2.4Getah 1431 1250 1179 -2.7 -2.7 -1.2Padi 478 452 450 -0.5 -1.1 -0.1Buah-Buahan 304 330 375 5.1 1.7 2.6Kelapa 159 180 150 -0.6 2.5 0.0Koko 76 33 455 -2.4 -15.2 6.2Sayur-sayuran 40 64 86 4.2 9.9 6.1Tembakau 15 11 7 2.5 -6.0 -7.4Lada Hitam 13 13 14 2.1 0.0 0.6Jumlah 5893 6383 6891 1.5 1.6 1.5

(Sumber : Laman web Kementerian Asas Tani)JADUAL 4.0 : RINGKASAN PERDAGANGAN LUAR NEGERI BAHAN MAKANAN

PERKARA 2003(RM Juta)

2004(RM Juta)

2005(RM Juta)

2006(RM Juta)

2007(RM Juta)

2008(Jan-Jun)

(RM Juta)

Jumlah Eksport Sektor PertanianJumlah Import Sektor PertanianImbangan Perdagangan Sektor Pertanian

53,14325,80827,335

61,79735,41226,385

62,59636,25026,346

71,19740,31230,885

84,93647,19437,742

53,84128,83725,004

Jumlah Eksport Bahan Makanan

8,348 9,942 10,669 11,392 13760 8,241

Page 34: pertanian

Peratus Eksport Bahan Makanan

15.7 16.1 17.04 16.0 16.2 15.3

Jumlah Import  Bahan Makanan

12,687 16,440 17,733 19,950 23,374 13,731

Peratus Import Bahan Makanan

49.2 46.4 48.9 49.5 49.5 46.3

Imbangan Perdagangan Bahan Makanan

-4,339 ‐6,498 ‐7,065 ‐8,559 ‐9,614 ‐5,491

( Sumber : Buku Perangkaan Pertanian Malaysia)Jumlah keseluruhan eksport pertanian Malaysia sepanjang tahun 2003 ialah RM 53,143 juta.

Manakala pada tahun 2008, jumlah eksport adalah sebanyak RM53,841juta. Ini bermakna

terdapat peningkatan eksport yang agak kecil dari tahun 2003 hingga tahun 2008 iaitu

sebanyak RM698 juta. Bagi jumlah eksport bahan makanan pada tahun 2003 ialah RM8,348

juta yang mewakili 15.7%. Jumlah eksport bahan makanan meningkat dari tahun ke tahun,

walaupun peningkatan hanya kecil sehingga tahun 2007. Manakala pada tahun 2008 jumlah

eksport bahan makanan berkurangan kepada RM8241 juta yang mewakili 15.3%. Jumlah

imbangan sektor pertanian ialah pada tahun 2003 ialah RM2,733 juta, dan pada tahun 2008

pula RM25,004 juta.

Manakala jumlah import sektor pertanian pula pada tahun 2003 ialah sebanyak RM25,808

juta. Jumlah import ini meningkat sepanjang tahun sehingga tahun 2007. Manakala pada

tahun 2008, jumlah import menurun kepada RM2,8237 juta. Jumlah import bahan makanan

bagi tahun 2003 ialah RM 1,2687 juta yang mewakili 49.2%, manakala bagi tahun 2008 pula

ialah RM13,371 juta yang mewakili 46.3% dari jumlah keseluruhan import bahan makanan.

3.0 PROGRAM PENINGKATAN PENGELUARAN DAN PRODUKTIVITI BAGI SEKTOR

PERTANIAN

3.1 Pemberian Insentif Kepada Pengusaha-Pengusaha Pertanian

Kos pengeluaran telah meningkat dengan ketara mulai tahun 2007. Komponen utama yang

mengalami kenaikan ialah baja dan racun, sebagai contoh, dalam tempoh 2003 hingga 2007

sahaja, kos baja sebatian untuk pengeluaran sehektar telah naik sebanyak 85.5%, iaitu

daripada RM868/t.m. kepada RM1,610/t.m. Racun perosak untuk pengeluaran buah-buahan

pula meningkat daripada RM96 kepada RM156. Bermula pada bulan Jun 2008, Kerajaan telah

bersetuju untuk memberi insentif pengeluaran kepada yang menghasilkan bahan-bahan

pertanian bagi menampung sebahagian peningkatan kos. Pelaksanaan pembayaran insentif

ini adalah melalui pendaftaran pengusaha-pengusaha dengan pihak Kementerian sahaja.

Oleh yang sedemikian, sebanyak RM513 juta telah diluluskan bagi tahun 2008.

3.2 Mengukuhkan FAMA Bagi Memastikan Pasaran Dan Pengagihan Hasil-Hasil Pertanian

FAMA akan meningkatkan keupayaan pemasaran hasil-hasil pertanian melalui pembangunan

pusat pengedaran, pusat pengumpulan dan peningkatan bilangan pasar tani sebanyak 50

buah di seluruh negara sebagai tambahan kepada 230 yang sedia ada. Bagi tujuan ini,

sebanyak RM39 juta telah diluluskan bagi tahun 2008. Tambahan lagi, daripada jumlah ini,

wang pusingan urus niaga sebanyak RM25 juta disediakan untuk membolehkan pembelian

hasil pertanian.

3.3 Pelaksanaan Program Bumi Hijau

Page 35: pertanian

RM25.9 juta diluluskan bagi program ini bagi tahun 2008. Ia meliputi kawasan bandar dan

desa bagi menggalakkan penduduk bercucuk tanam dan menternak ayam serta ikan, atau

dengan kombinasi yang sesuai untuk menampung keperluan keluarga dan selebihnya dijual.

Ia dilaksanakan di halaman rumah dengan mengambil kira konsep “kitchen garden” dan

“edible landscape”. Pihak Kementerian akan mengedarkan biji benih sayuran terpilih, baja

serta manual pelaksanaan kepada seluruh lapisan masyarakat.

3.4 Pengurusan Kawasan Terbiar Untuk Meningkatkan Pengeluaran Komoditi Sekuriti

Bagi meningkatkan pengeluaran hasil-hasil pertanian, tanah terbiar boleh dibangunkan

dalam masa yang singkat. Tumpuan diberikan terhadap tanah hak milik perseorangan yang

terletak berhampiran di antara satu sama lain melalui kaedah “profitsharing” dengan pihak

swasta yang dikenal pasti. Sebanyak RM25 juta diluluskan bagi tahun 2008 untuk

membangunkan kawasan pertanian dan kolam terbiar. Jumlah peruntukan yang disediakan

bagi tahun 2008 sebanyak RM2,500 juta. Oleh yang sedemikian, pelan tindakan pelaksanaan

bagi setiap program secara menyeluruh dan terperinci telah digubal agar peruntukan

sejumlah RM2,500 juta kepada Kementerian dapat dibelanjakan kesemuanya dalam tempoh

lapan bulan dalam tahun ini.

3.5 Konsep Ladang Merdeka

Konsep Ladang Merdeka menumpukan kepada usaha perladangan padi secara komersial

berteraskan teknologi menerusi proses penyatuan lot-lot tanah sawah kecil menjadi lot-lot

besar. Sehingga kini sebanyak 16 projek sedang beroperasi melibatkan sawah seluas 708

hektar dengan penyertaan 2,609 petani. Mini Estet Padi dan perladangan kelompok pula

menumpukan kepada pemuafakatan sekumpulan petani mengusahakan sawah di sesuatu

kawasan bendang dengan bimbingan intensif daripada KADA dan kemudahan kredit input

pertanian daripada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang dibayar balik setelah selesai

musim penuaian. Sebilangan petani maju diberikan bimbingan intensif di bawah projek 10

tan/hektar bagi meningkatkan kadar pengeluaran padi ke arah 10 tan/hektar.

Antaranya program yang dijalankan oleh KADA ialah permodenan sistem pengairan

rumah-rumah pam dan peningkatan kecekapan dan keberkesanan bekalan air dan

penekanan kepada penggunaan teknologi moden dan amalan pertanian baik. Program lain

termasuklah pengurusan rumpai, perosak dan penyakit tanaman secara bersepadu. KADA

mensasarkan pada akhir RMKe-9, kadar pengeluaran padi dari seluruh kawasan KADA akan

ditingkatkan daripada 4.28 tan/hektar kepada 5.30 tan/hektar bagi membolehkan

sumbangan KADA kepada pengeluaran padi negara ditingkatkan 225,000 tan setahun

kepada 307,000 tan setahun.

3.6 Memperluaskan Fungsi Kementerian Pertanian dan Asas Tani

Tujuan memperluaskan Kementerian Pertanian dan Asas Tani ialah supaya sektor pertanian

dan industri asas tani dimajukan berdasarkan semua aspek pengurusan rantaian bekalan.

Selain itu, bagi meningkatkan pengeluaran dan kecekapan pengeluaran, kerajaan telah

merancang pembangunan kawasan-kawasan pengeluaran berteraskan ‘Cluster’ seperti Zon

Pengeluaran Buah-buahan, ‘Target Area Concentration’, Zon Industri Akuakultur dan

beberapa pendekatan seperti Projek Pertanian Moden dan Taman Kekal Pengeluaran

Makanan. Ini bertujuan bertujuan untuk membangunkan komoditi dan produknya yang

berteraskan ‘Industrial Districts. Kerajaan, menerusi Kementerian Petanian dan Asas Tani

juga memperkenalkan sebuah jenama iaitu ‘Malaysia Best’.

Page 36: pertanian

4.0 ISU DAN CABARAN SEKTOR PERTANIAN

4.1 Masalah Tenaga Buruh

Masalah utama dalam pertanian ialah maalah tenaga buruh. Penghijrahan tenaga buruh dari

sektor pertanian ke sektor bukan pertanian ini mengakibatkan kekurangan tenaga buruh di

sektor pertanian. Mengikut kajian Persatuan Peladang Bersatu Malaysia (UPAM), bilangan

ladang di Semenanjung Malaysia yang mengalami masalah tenaga buruh telah meningkat

tahun demi tahun. Sektor ini kini masih menghadapi pelbagai cabaran, antaranya ialah

tenaga kerja yang semakin tua, iaitu 21.4% adalah berumur 55 tahun ke atas. Saiz tanah

yang diusahakan adalah kecil dan kurang ekonomik, iaitu 65% darlpada pesawah padi

mempunyai saiz sawah kurang daripada satu hektar.

4.2 Tanah Terbiar

Pada tahun 1996, kekurangan tenaga buruh adalah salah satu faktor pengurangan keluasan

tanaman getah. Keluasan tanaman getah dijangka berkurang sebanyak 10 ribu hektar, iaitu

6 ribu hektar di kebun kecil dan 4 ribu hektar bagi estet. Sektor pertanian menghadapi

masalah tanah terbiar yang serius. Pada 1981, di Semenanjung Malaysia, tanah terbiar

adalah seluas 890 000 hektar, iaitu terdiri daripada tanah sawah seluas 160 863 hektar dan

tanah bukan sawah seluas 728 127 hektar. Keadaan ini telah berkurang pada tahun 1986,

iaitu kepada 553 372 hektar yang terdiri daripada 125 256 hektar tanah sawah dan 428 117

hektar tanah bukan sawah. Pada 1987, tanah terbiar meningkat semula, iaitu kepada 654

413 hektar yang terdiri daripada 89 399 hektar tanah sawah dan 565 014 hektar tanah

bukan sawah (Abd. Malik dan Mohaini, 1992). Pada 1990, tanah terbiar telah merosot kepada

57 597 hektar (Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia 1994).

4.3 Cabaran di peringkat Luar Negara

Pada peringkat antarabangsa kedudukan sektor pertanian negara menjadi semakin

mencabar dengan terbentuknya WTO di mana liberalisasi perdagangan antarabangsa

menyebabkan persaingan semakin sengit. Sektor pertanian negara terancam sekiranya tidak

bersedia meningkatkan daya pengeluaran untuk memperolehi daya saing yang lebih tinggi.

Semenjak krisis kewangan Asia pada tahun 1997, imbangan dagangan makanan telah

mengalami defisit sebanyak RM4.7 bilion pada tahun 1997 berbanding dengan defisit RM2.2

bilion pada tahun 1994. Defisit imbangan dagangan ini terus meningkat dari tahun ke tahun,

terutamanya pada tahun 2001 yang mencatatkan defisit RM5.7 billon. Penurunan nilai ringgit

juga menyebabkan peningkatan harga import bagi input pertanian dan makanan dari

setahun ke setahun. Keadaan ini telah menimbulkan kesan yang negatif terhadap

perkembangan sektor pertanian negara.

Liberalisasi perdagangan di bawah WTO dan AFTA juga akan menyebabkan hasil

pertanian negara menghadapi persaingan lebih sengit daripada negara-negara pengeluar

yang lain yang mempunyai kelebihan kos pengeluaran yang. Import makanan negara turut

meningkat setiap tahun kesan dari pertambahan bilangan dan taraf hidup penduduk. Pada

tahun 1996, import makanan (termasuk makanan ternakan) dan input pertanian adalah

RM10.5 bilion berbanding dengan RM4.6 bilion pada 1990. Pada tahun 1997 (Januari-

Oktober) importnya adalah RM9.1 bilion. Malaysia mengalami defisit dalam perdagangan

makanan (termasuk makanan binatang) dan input pertanian. Ini bermakna terdapat lebihan

aliran keluar wang negara bagi membiayai import. Pada tahun 1996 eksportnya adalah

sebanyak RM4.2 bilion, dan pada 1997 (Januari-Oktober 1997) adalah RM4.5 bilion. Ini

Page 37: pertanian

bermakna defisit dalam perdagangan makanan dan input pertanian ialah RM6.3 bilion pada

1996, dan RM4.6 bilion pada 1997.

KESIMPULAN

Secara tuntasnya di sini, pertanian Malaysia sebenarnya semakin merundum sejak akhir-

akhir ini. Dengan isu peningkatan harga makanan dan krisis makanan yang melanda ini,

sektor pertanian menghadapi cabaran yang lebih besar lagi dalam mencapai keseimbangan

dari segi menjamin belakan makanan mencukupi yang memerlukan pertambahan kawasan

tanaman dan pada masa yang sama memastikan aktiviti ini tidak memburukkan lagi

keadaan iklim dunia. Oleh yang demikian, pemahaman terhadap impak positif dan negatif

amalan-amalan pertanian adalah amat penting.

Dalam menjana pertumbuhan baru di bidang pertanian, kita juga perlu mewujudkan

persekitaran yang sihat. Faktor ini merupakan perkara asas bagi pembangunan sesebuah

negara untuk terus maju dalam meningkatkan produktiviti dan hasil pertanian dalam

memenuhi keperluan rakyatnya. Persekitaran pembangunan yang sihat melalui pengurusan

sumber alam yang efisyen, terjaga, berterusan dan di lengkapi pula dengan sumber manusia

yang terlatih adalah asas kepada pembangunan pertanian yang produktif dan ini sudah tentu

menjadi pemangkin dalam menjana pertumbuhan pelbagai industri lain yang diperlukan oleh

negara.

Dalam dunia yang serba bersaing, kepentingan membangunkan modal insan telah

menjadi kemestian. Baik di bidang apa pun yang kita terokai, daya pemikiran, kreativiti dan

inovasi rakyat sesebuah negara itulah menjadi penentu untuk kejayaan. Dari pemikiran dan

idea maka lahirlah penemuan yang boleh merubah sesuatu keadaan kepada sesuatu yang

lebih baik dan sempurna. Dalam bidang pertanian, inovasi yang menambahbaik sesuatu

teknologi akan membawa perubahan kepada peningkatan produktiviti dan kualiti hidup

tanpa mencemar alam semula jadi. Faktor ini menjadi penentu kepada kelangsungan

sesebuah ekonomi dan dapat meletakkannya ke tahap yang stabil dan selamat dalam jangka

panjang. Bagi negara yang mementingkan pembangunan pertanian mampan dan kualiti

kehidupan yang harmoni akan sentiasa memupuk rakyatnya untuk meningkatkan tahap

penguasaan dan penghayatan ilmu demi kebaikan manusia sejagat.   &&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&Dipetik daripada :  http://cmslib.uum.edu.my/m2012/index.php/karya-merdeka?layout=edit&id=31

Pencapaian Malaysia : PertanianHits: 6219

Sektor Pertanian merupakan salah satu sektor penting yang mendapat tumpuan dalam perdagangan dunia kerana ia merupakan pembekal makanan dan sumber bahan mentah kepada penduduk dunia. Kebolehan sesebuah negara memajukan sektor pertanian di negaranya menunjukkan keupayaan negara tersebut membekalkan makanan yang mencukupi kepada rakyatnya. Oleh yang demikian, negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia dan juga Belanda tidak meminggirkan pembangunan sektor pertanian di negara mereka, malahan ia dimajukan sebagai satu entiti perniagaan yang berdaya saing dan menguntungkan. Malaysia merupakan negara pengimport makanan, bil imbangan

Page 38: pertanian

dagangan makanan negara tidak pernah mencatatkan nilai lebihan, walaupun negara kita dirahmati dengan tanah yang subur, taburan hujan yang mencukupi serta iklim yang sesuai.Menyedari peluang dan potensi untuk membangunkan sektor ini, Kementerian ini telah diamanahkan untuk membangunkan sektor pengeluaran makanan atau sektor agro-makanan agar ia berdaya saing dan boleh menyumbang kepada pendapatan negara. Usaha untuk mentransformasikan sektor ini merupakan satu cabaran yang amat besar memandangkan ia bukan sahaja melibatkan perubahan gaya pelaksanaan aktiviti pertanian daripada pendekatan tradisional kepada pengaplikasian teknologi terkini, malahan ia turut memerlukan anjakan minda masyarakat untuk meninggalkan stigma bahawa pertanian merupakan aktiviti yang mundur dan berkemahiran rendah.Kementerian Perusahaan Perladangan Dan KomoditiDitubuhkan pada Mac 2004 adalah bertanggungjawab terhadap pembangunan sektor komoditi utama negara.Sektor perusahaan perladangan dan komoditi merangkumi penanaman dan penghasilan minyak sawit, getah, kayu, koko lada dan tembakau. Pada tahun 2006, nilai eksport bagi komoditi dan produk berasaskan komoditi adalah RM76.50 billion, menyumbang 12.91 peratus kepada jumlah eksport Malaysia bagi tahun berkenaan. Sektor ini telah menyumbang lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Sektor perusahaan perladangan dan komoditi terus berkembang menjadi sektor yang dinamik, kukuh dan menjadi sektor asas kepada kekukuhan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Ia turut menyumbang kepada Produk Berasaskan Domestik (GDP), sektor pekerjaan dan pendapatan eksport serta meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar. Selain daripada itu, sektor ini juga memberikan banyak peluang dan telah berkembang bermula daripada proses pengeksportan bahan mentah kepada penghasilan barangan separuh siap, barang telah diproses dan barang siap, di samping menghasilkan lebih produk nilai tambah bagi meningkatkan pasaran.Kementerian Pertanian Dan Industri Asas TaniKementerian Pertanian wujud sebagai sebuah Kementerian yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pertanian (termasuk perikanan dan ternakan) pada tahun 1978. Terdahulunya semua urusan atau aktiviti pertanian dipertanggungjawabkan di bawah Jabatan Pertanian sejak tahun 1905. Selepas pembentukan kabinet pada 27 Mac 2004, Kementerian Pertanian telah bertukar kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA). Dengan struktur organisasi yang mantap, MOA bersama sebelas (11) Jabatan dan agensi di bawahnya iaitu Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Bank Pertanian Malaysia (BPM), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Lembaga kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), menggembleng seluruh pemikiran dan tenaga organisasinya secara terancang dan bersepadu untuk merealisasikan visi nya sebagai “Peneraju Transformasi Pertanian’ dan ke arah pencapaian matlamat utama Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) dan Rancangan Malaysia ke Sembilan.MardiInstitut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) telah diluluskan penubuhannya oleh Parlimen pada tahun 1969. MARDI ditubuhkan dengan matlamat memajukan dan megiatkan teknologi bersesuaian yang baru dan yang berkait dalam industri pertanian di Malaysia. Teknologi ini bertujuan meningkatkan penghasilan dan

Page 39: pertanian

keberkesanan, dengan itu memodenkan sektor pertanian selain meningkatkan pulangan petani. Akta Parliament 1969 membuka jalan untuk penubuhan MARDI pada 28 Oktober pada tahun yang sama. Akta MARDI membenarkan MARDI berfunsi secara bebas bagi menggalakkan penyelidikan produktiviti. MARDI mula beroperasi pada tahun 1971.RisdaPihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah ataupun RISDA - Rubber Industry Smallholders Development Authority, adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Malaysia yang ditubuhkan pada 1 Januari 1973. Dengan pelancaran RISDA, nyatalah bahawa Kerajaan memandang berat di atas peranan yang dijalankan oleh Sektor Pekebun Kecil sebagai satu sektor pengeluaran hasil yang penting pada ekonomi negara.FeldaLembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (bahasa Inggeris: Federal Land Development Authority (FELDA)) adalah satu agensi kerajaan Malaysia yang menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka. Skim-skim FELDA hanya dikhaskan untuk orang Melayu yang membentuk sebilangan besar penduduk Malaysia. Sehingga tahun 2000, FELDA mengusahakan tanah sebanyak 9,000 kilometer persegi, kebanyakannya ladang kelapa sawit. Walaupun objektif utama FELDA adalah untuk mengurangkan kemiskinan di luar bandar melalui petempatan semula, ia dilaporkan juga memegang kepentingan minoriti dalam sebilangan bank utama Malaysia.FelcraLembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan atau FELCRA telah ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara Malaysia dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka. Mulai 1 September 1997, semasa dikorporatkan, FELCRA telah ditukar nama kepada FELCRA Berhad dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada sebuah Syarikat milik penuh Kerajaan. FELCRA Berhad kini sedang mempelbagaikan bidang kegiatannya bagi menyertai sektor perindustrian dan perkhidmatan serta bidang perniagaan yang sedang berkembang.MAHA 2006Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2006 (MAHA 2006) merupakan pameran pertanian yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia di (MARDI) Serdang, Selangor. Lebih 100 jenis orkid dipamerkan pada pameran pertanian itu termasuk dua spesies hibrid orkid baru yang akan dilancarkan iaitu Dendrobium Abdullah Badawi dan Ascorahnis Datuk Seri Najib. Kerajaan Malaysia akan menarik lebih banyak penyertaan sektor pertanian berteknologi tinggi dari luar negara pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008 yang bakal dilengkapkan dengan tapak dan dewan ekspo yang lebih luas dan canggih.MPOBLembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) adalah sebuah agensi utama kerajaan yang dipertanggunjawabkan meneraju dan membangunkan industri sawit negara. MPOB berperanan penting dalam mewujudkan objektif, polisi dan keutamaan negara bagi memastikan perkembangan industri ini dengan sempurna dan teratur.MPOB mempunyai pelbagai kemudahan penyelidikan terdapat di ibu pejabat MPOB dan di luar kompleks penyelidikan di Bangi seperti Pusat Teknologi Minyak dan Lelemak, Pusat

Page 40: pertanian

Kemajuan Bioteknologi dan Biakbaka, Pusat Maklumat Sawit, Loji Rintis Penggorengan, Loji Rintis Biodiesel, Loji Rintis Alpha SME dan Loji Rintis ‘High Oleic’. Bahagian Penyelidikan Teknologi Oleokimia, Pusat Kejenteraan Ladang, Pusat Teknologi Biojisim, Pusat Teknologi Metharizium dan Pusat Teknologi Kilang Sawit. Pelbagai penemuan teknologi dan inovasi baru telah dikomersialkan termasuk bahan tanaman, penjenteraan ladang, integrasi tanaman dan ternakan, kawalan serangga dan penyakit, kegunaan makanan dan bukan makanan, pengilangan dan pemprosesan, penggunaan biojisim dan biodiesel.

Masa Depan Ekonomi Negara Menerusi Sektor Pertanian

Posted: Januari 17, 2007 in Artikel

91

Sektor pertanian telah memainkan peranan yang besar pada awal tahun 1920-an menerusi industri getah yang mengangkat nama Malaysia sebagai pengeluar getah asli utama dunia sehingga tahun 1980-an. Ekonomi negara selepas merdeka dimonopoli oleh aktiviti-aktiviti pertanian dan perlombongan sehinggakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada ketika itu menunjukkan sumbangan sektor petanian dan perlombongan mencecah angka 46 peratus.

Inisiatif penubuhan institusi-institusi pembangunan kawasan, penyatuan dan pemulihan tanah seperti FELDA, FELCRA, RISDA dan agensi-agensi pembangunan wilayah pula telah mempergiatkan lagi pembukaan tanah baru untuk tanaman industri di samping mendokong matlamat membasmi kemiskinan yang termaktub di dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Sementara itu, penubuhan agensi-agensi khusus seperti FAMA (1965), Bank Malaysia (BPM) (1969), MARDI (1969), Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) (1971), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) (1971), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) (1970), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) (1972), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) (1973) dan beberapa agensi yang lain telah membantu dari segi kemudahan pemasaran, penyelidikan, kredit, dan khidmat sokongan kepada kumpulan sasar dan mempergiatkan lagi pembangunan sektor pertanian pada ketika itu.

Tiga dasar telah digubal dalam usaha memastikan sektor pertanian dapat bertindak sebagai ‘enjin ketiga’ pertumbuhan ekonomi negara di samping sektor perkhidmatan dan pembuatan. Dasar-dasar tersebut adalah merangkumi Dasar Pertanian Negara Pertama (1984-1991) yang memberi penekanan untuk membangunkan sektor pertanian yang berorientasikan ekspot; Dasar Pertanian Negara Kedua (1992-1997) yang memberi penekanan kepada peningkatan produktiviti, kecekapan dan persaingan; dan Dasar Pertanian Negara Ketiga (1998-2010) untuk meningkatkan dayasaing sektor pertanian berikutan liberalisasi perdagangan antarabangsa.

Page 41: pertanian

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan keyakinan tinggi bahawa sektor pertanian dan asas tani ini mampu menjana bukan sahaja pendapatan petani-petani luar bandar malahan juga ekonomi negara. Kesungguhan beliau dalam memajukan sektor pertanian terbukti dalam pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan belanjawan 2006 yang telah memperuntukkan sejumlah wang yang besar kepada sektor ini.

Transformasi sektor pertanian ke arah yang lebih dinamik dan berdaya saing dalam RMK-9 dan Belanjawan 2006 ini bertujuan untuk meningkatkan sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi para petani dan negara selain bertujuan untuk mengurangkan pergantungan terhadap barangan import bahan makanan dalam jangka masa panjang yang mana pada masa ini imbangan import bahan makanan masih lagi melebihi kemampuan mengeksport.

Sebagai suatu langkah jangka panjang, kerajaan telah mempertanggungjawab dan memperluaskan fungsi Kementerian Pertanian dan Asas Tani bukan sahaja merangkumi bidang pertanian, malah turut merangkumi bidang industri asas tani. Tujuannya ialah supaya sektor pertanian dan industri asas tani dimajukan berdasarkan semua aspek pengurusan rantaian bekalan, iaitu dari peringkat pengeluaran benih, pengeluaran, pengendalian lepas tuai, penyimpanan, logistik, penggredan, pelabelan, pembungkusan, pengangkutan, peruncitan, pemborongan, pemasaran, penjenamaan, pemerosesan sehingga dijual kepada pengguna (from farm to table). Selain daripada pengeluaran pertanian, fokus masa hadapan akan diberi kepada industri asas tani yang boleh disertai oleh industri kecil dan sederhana, terutamanya dalam bidang-bidang tambah nilai yang baru.

Selain itu, bagi meningkatkan pengeluaran dan kecekapan pengeluaran, kerajaan telah merancang pembangunan kawasan-kawasan pengeluaran berteraskan ‘Cluster’ seperti Zon Pengeluaran Buah-buahan, ‘Target Area Concentration’, Zon Industri Akuakultur dan beberapa pendekatan seperti Projek Pertanian Moden dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan. Kesemua ini pada akhirnya bertujuan untuk membangunkan komoditi dan produknya yang berteraskan ‘Industrial Districts’ di mana pemasaran, pengeluaran, innovasi dapat dirancang dan diperlengkapkan dengan infrastruktur sokongannya.

Kerajaan, menerusi Kementerian Petanian dan Asas Tani juga memperkenalkan sebuah jenama yang akan dapat membezakan hasil-hasil pertanian negara dengan hasil-hasil pertanian negara lain dengan menitikberatkan kualiti dan keselamatan makanan iaitu ‘Malaysia Best’. Penjenamaan ini akan menekankan aspek pemantauan dan penelitian rapi menepati standard antarabangsa melibatkan semua aktiviti bermula daripada penjagaan ladang sehingga ke meja pengguna. Program penjenamaan ini akan memberi manfaat bukan sahaja kepada pengguna tetapi juga dalam jangka masa panjang kepada

Page 42: pertanian

pengeluar dan negara. Pengeluar hasil-hasil pertanian akan menikmati permintaan yang tinggi di pasaran domestik dan antarabangsa memandangkan produk mereka telah memenuhi citarasa pengguna dan telah melepasi tahap kualiti pasaran.

Kerajaan melihat bahawa bagi memajukan sektor pertanian, pertanian komersial, iaitu melalui amalan kaedah terkini seperti aplikasi teknologi dan penemuan penyelidikan dan pembangunan (R&D), termasuk penggunaan bioteknologi perlu diaplikasikan. Bagi merealisasikan hasrat ini, kerajaan turut mengenal pasti beberapa bidang dan produk baru yang berpotensi untuk dimajukan bagi mempelbagaikan sumber pertumbuhan ekonomi. Salah satu sumber pertumbuhan baru yang dikenalpasti ialah pembangunan pusat makanan halal, ekuin dan haiwan eksotik, ‘minimally processed food’ dan produk-produk bioteknologi seperti kultur sel, ‘pharmaceutical’, ‘nutraceutical’, produk-produk herba dan makanan ternakan atau bahan tambahan makanan ternakan.

Selain itu, pengeluaran dan penggunaan biofuel berasaskan minyak sawit atau biofuel minyak sawit turut dilihat mampu untuk menjadi sumber pertumbuhan baru ekonomi negara. Kaedah ini telah digunakan di beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) sebagai bahan api untuk pengangkutan dan industri. Di negara Jerman, biofuel digunakan bagi keretapi komersil dengan prestasi yang baik. Di samping itu, hasilan minyak sawit, seperti stearin, juga digunakan sebagai bahan api untuk loji janakuasa dan dandang.

Permintaan pasaran bagi biofuel minyak sawit ini adalah amat menggalakkan. Pada tahun 2004, permintaan bagi biofuel dunia ialah sebanyak 2.5 juta tan dan dijangka meningkat pada kadar 25 peratus setahun.

Bagaimanapun, di sebalik keyakinan kerajaan terhadap sektor pertanian, bank-bank di negara ini pula melihat dari sudut yang berbeza. Keyakinan lebih tertumpu kepada sektor perindustrian dan perumahan bagi diberikan kemudahan pinjaman kewangan. Keadaan ini sedikit sebanyak akan memberikan impak terutamanya bagi petani meningkatkan kualiti dan taraf mereka dari taraf petani tradisional kepada petani moden. Oleh kerana mentaliti pihak bank yang beranggapan bahawa sektor pertanian tidak menguntungkan, mereka telah mengenakan syarat-syarat yang ketat dan menekan yang dikenakan pihak bank kepada petani. Langkah yang diambil mereka ini bukan sahaja menyulitkan, malah

Mampu melemahkan semangat para petani yang mempunyai perancangan menukar status mereka daripada petani tradisional kepada petani moden.

Page 43: pertanian

Baru-baru ini, Perdana Menteri telah memberikan teguran dan berharap agar pihak bank memberikan kepercayaan mereka terhadap sektor pertanian dengan memudahkan proses pinjaman yang melibatkan para petani sejajar dengan dasar dan penumpuan kerajaan terhadap ‘enjin ketiga’ atau sektor pertanian ini.

Kata-kata Perdana Menteri bukanlah omongan kosong semata. Ini dapat dibuktikan dengan kejayaan Jasmin Jasin, Penerima Anugerah Peladang Jaya Lelaki Kebangsaan yang berjaya memperoleh pendapatan sebanyak RM2.1 juta setahun dengan hanya ‘berbudi dengan tanah’. Tidak dapat disangkal, bidang pertanian ini bukan suatu kerjaya yang glamor, namun ia menjanjikan pendapatan lumayan kepada mereka yang sanggup memerah keringat di bawah terik matahari dan menempuh pelbagai cabaran pada peringkat permulaan.

Kempen Buku Hijau yang dilancarkan pada bulan Mac lalu, dan penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2006) yang diadakan baru-baru ini dan kata-kata ‘Berdaya maju sendiri’ yang dilaungkan beliau terhadap pembabitan rakyat dalam menghasilkan sebahagian daripada keperluan makanan sendiri perlu diadaptasikan.

Secara logiknya, segala rungutan mengenai harga barangan bahan mentah seperti sayuran, daging dan sebagainya tidak akan lagi kedengaran sekiranya laungan ini diterjemahkan dalam kehidupan. Jika setiap warga mampu menghasilkan makanan sendiri, seolah sebahagian daripada masalah negara telah dapat diselesaikan. Bukan sahaja masalah ekonomi individu, masalah ekonomi negara turut dapat diselesaikan.

Dasar Pertanian Negara

Diperkenalkan untuk :

�       Perancangan dengan berkesan dan dinamis salah satu sektor yang banyak menyumbang kepada Keluaran Dalan Negara Kasar (KDNK).

�       Mempercepatkan transformasi sektor pertanian kepada yang lebih moden.

�       Meningkatkan penerokaan dan pengeluaran terutama dari sudut kualiti dan kuantiti pengeluaran.

�       Memupuk kesejahteraan dan kebahagiaan hidup masyarakat luar Bandar.

Page 44: pertanian

�       Meningkatkan pendapatan negara melalui industri berasaskan pertanian pembuatan dan makanan.