persepsi pelajar-pelajar terhadap … dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen...

38
PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP TEMPOH PENGAJIAN PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH NOORZALIA BINTI ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: hakhue

Post on 18-May-2018

259 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP … dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science

PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP TEMPOH

PENGAJIAN PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

LEPASAN IJAZAH

NOORZALIA BINTI ABDULLAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP … dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science
Page 3: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP … dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science
Page 4: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP … dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science

i

PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP TEMPOH PENGAJIAN

PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH

NOORZALIA BINTI ABDULLAH

Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi

Syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEI 2011

Page 5: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP … dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science
Page 6: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP … dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science

iii

 

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat

juga akhirnya saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini sebagai memenuhi

keperluan syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup).

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan

khasnya kepada Cik Sarimah Binti Ismail selaku Penyelia Projek Sarjana Muda ini.

Jutaan terima kasih tulus saya ucapkan kerana menunjukkan kesungguhan dan sikap

prihatin yang sangat telus dalam usaha mendidik dan membimbing saya ke arah

kemantapan ilmu pengetahuan dan kecekalan hati dalam mengharungi pengalaman-

pengalaman baru yang mengujakan.

Terima kasih juga saya tujukan kepada pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan

Asas di UPM dan UPSI kerana membenarkan saya menjalankan kajian ini.

Sesungguhnya komitmen yang diberikan amat membantu dan mengajar saya erti

usaha gigih yang mendorong saya berdikari meneruskan perjuangan sehingga ke

tahap ini.

Akhir kata, saya panjatkan kesyukuran tidak terhingga kepada kedua ibu bapa

saya, adik beradik serta tunang yang tersayang kerana tidak putus-putus memberi

dorongan dan sokongan sehingga kini. Sekalung penghargaan turut saya tujukan

kepada rakan seperjuangan serta kepada semua yang terlibat kerana sudi memberikan

kerjasama sepanjang saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Sekian, terima kasih.

Page 7: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP … dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science

iv

DEDIKASI

Khas buat Ma, Puan Maimun Binti Haji Samah, Abah, Encik Abdullah Bin Hussain.

Saudara-saudara kandungku yang disayangi,

Marini (Akak), Rizalman (Abe), Noor Afzan (Ije), Zul Hafiz (Adik).

Istimewa buat tunang tercinta,

Encik Ahmad Boestaman Bin Samsudin (Abang Boes).

Sesungguhnya, Berkat doa dan restu kalian,

Sokongan dan semangat yang diberikan, Menguatkan lagi iktizam diri untuk berjaya hingga ke tahap ini.

Buat rakan-rakan seperjuangan

Terima kasih atas segala bantuan dan tunjuk ajar.

Semoga jasa kalian semua diberkati Allah S.W.T.

Page 8: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP … dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science

v

 

ABSTRAK

Isu pengajaran guru-guru yang kurang berkesan dalam kalangan guru-guru

Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) telah dibahaskan. Ini mungkin ada kaitan

dengan tempoh program yang singkat untuk mereka menguasai kursus ikhtisas

pendidikan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti persepsi pelajar

DPLI terhadap program DPLI dari aspek kesesuaian tempoh pengajian program DPLI,

penguasaan kursus pendidikan teknikal, penguasaan kursus ikhtisas pendidikan dan

tahap keyakinan pelajar untuk mengajar. Kajian tinjauan kuantitatif ini melibatkan 118

orang pelajar DPLI pengkhususan Sains Pertanian (SP) dan Ekonomi Rumah Tangga

(ERT) di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris

(UPSI). Data dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan

dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi

17.0. Darjah kebolehpercayaan bagi instrumen kajian ini ialah 0.8165. Dapatan kajian

menunjukkan kesesuaian tempoh pengajian program DPLI selama 10 bulan berada pada

tahap rendah sementara penguasaan pelajar-pelajar DPLI terhadap kursus pendidikan

teknikal, kursus ikhtisas pendidikan dan keyakinan untuk mengajar pula berada pada

tahap yang sederhana. Kajian ini mencadangkan tempoh pengajian program DPLI

ditambah bersesuaian dengan kurikulum dan silibus bidang pengkhususan untuk

pemantapan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam kursus-kursus pengkhususan dan

ikhtisas pendidikan dan meningkatkan keyakinan mereka untuk mengajar.

 

Page 9: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP … dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science

vi

 

ABSTRACT

The less effectiveness of teaching issue among teachers of the Diploma Lepasan

Ijazah (DPLI) has been debated. This might have relationship with short period of the

program for the students to mastery the professional course of education. This study was

conducted to identify DPLI students’ perception towards the program from the aspects

of the suitableness of the DPLI program period, students’ mastery in the technical

education courses, students’ mastery in the professional course of education, and

students’ confident level to teach. The survey quantitative study involved 118 DPLI

students majoring in Agriculture Science and Home Science at the Universiti Putra

Malaysia (UPM) and Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Data were collected

using questionnaire and analysed using the computer software of Statistical Package for

the Social Science (SPSS) version 17.0. Alpha value for the questionnaire was 0.8165.

Findings of the study showed that the suitableness of the 10 month period of the DPLI

program was at the low level while students’ mastery in the technical education courses,

students’ mastery in the professional course of education, and students’ confident level

to teach were at the moderate level. The study was suggested for the period of DPLI

program to be increased consistantly with curriculum and syllabus of subject major of

the program in order to establish skill and knowledge of the students in the subject major

as well as professional course of education and increase students’ confident level to

teach.

Page 10: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP … dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science

vii  

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

DEDIKASI iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN NAMA xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 6

1.3 Penyataan Masalah 16

Page 11: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP … dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science

viii  

1.4 Objektif Kajian 17

1.5 Persoalan Kajian 18

1.6 Kepentingan Kajian 18

1.6.1 Kementerian Pengajian Tinggi 19

1.6.2 Pelajar-pelajar DPLI 19

1.7 Skop Dan Batasan Kajian 20

1.7.1 Skop Kajian 20

1.7.2 Batasan Kajian 21

1.8 Definisi Operasional 22

1.8.1 Tempoh Pengajian 22

1.8.2 Kursus Ikhtisas Pendidikan 22

1.8.2.1 Kemahiran Pedagogi 23

1.8.3 Pendidikan Teknikal 23

2 SOROTAN KAJIAN 25

2.1 Pengenalan 25

2.2 Program DPLI 26

2.2.1 Tempoh Pengajian Program DPLI 27

2.3 Kursus Ikhtisas Pendidikan 29

2.3.1 Kemahiran Pedagogi 32

2.3.2 Kepentingan Pedagogi 33

2.3.3 Kemahiran Pedagogi Dalam Pendidikan 36

Teknikal

2.4 Pendidikan Teknikal 38

2.4.1 Kurikulum Pendidikan Teknikal 39

2.4.2 Pembahagian Kursus Mengikut Semester 40

2.5 Keyakinan Diri Bakal Guru 42

2.5.1 Persediaan Bagi Proses Pengajaran Dan 44

Page 12: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP … dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science

ix  

Pembelajaran

2.5.2 Pengetahuan Bakal Guru Mengajar Amali 47

2.6 Penilaian Pengajian Program DPLI Di IPTA 48

3 METODOLOGI KAJIAN 52

3.1 Pengenalan 52

3.2 Rekabentuk Kajian 52

3.3 Tempat Kajian 53

3.4 Populasi Dan Persampelan Kajian 54

3.5 Istrumen Kajian 55

3.6 Kesahan 57

3.7 Kajian Rintis 58

3.8 Kebolehpercayaan 58

3.9 Analisis Data 61

3.10 Proses Kerja 62

3.11 Prosedur Kajian 64

4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN 65

4.1 Pengenalan 65

4.2 Bahagian A: Analisis Latar Belakang Responden 66

4.2.1 Peratus Responden Mengikut Jantina 66

4.2.2 Peratus Responden Berdasarkan Taraf 67

Perkahwinan

4.2.3 Peratus Responden Berdasarkan Pengalaman 68

Mengajar

4.2.4 Peratus Responden Mengikut Jurusan 69

Pengkhususan Peringkat Sarjana Muda

Page 13: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP … dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science

x  

4.2.5 Peratus Responden Berdasarkan Pengkhususan 70

Major Program DPLI

4.2.6 Peratus Responden Berdasarkan Pengkhususan 71

Minor Program DPLI

4.3 Bahagian B: Analisis Item Soal Selidik 72

4.3.1 Tahap Kesesuaian Program DPLI Pendidikan 73

Teknikal Berdasarkan 10 Bulan Pengajian

4.3.2 Tahap Penguasaan Kemahiran Pelajar-pelajar 76

DPLI Dalam Kursus Ikhtisas Pendidikan

4.3.3 Tahap Penguasaan Kemahiran Pelajar-pelajar 78

DPLI Dalam Kursus Pendidikan Teknikal

4.3.4 Tahap Keyakinan Pelajar-pelajar DPLI Dalam 80

Kursus Pendidikan Teknikal Untuk Mengajar

4.4 Rumusan 82

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 84

5.1 Pengenalan 84

5.2 Rumusan 84

5.3 Perbincangan Hasil Kajian 85

5.3.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 85

5.3.2 Perbincangan Tahap Kesesuaian Program 87

DPLI Pendidikan Teknikal Berdasarkan

10 Bulan Tempoh Pengajian

5.3.3 Perbincangan Tahap Penguasaan Kemahiran 88

Pelajar-Pelajar DPLI Dalam Kursus Ikhtisas

Pendidikan

5.3.4 Perbincangan Tahap Penguasaan Kemahiran 90

Pelajar-Pelajar DPLI Dalam Kursus Pendidikan

Teknikal

Page 14: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP … dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science

xi  

5.3.5 Perbincangan Tahap Keyakinan Pelajar-Pelajar 92

DPLI Program Teknikal Untuk Mengajar

5.4 Cadangan Kepada Pihak Yang Berkenaan 94

5.5 Cadangan Kajian Akan Datang 97

5.6 Kesimpulan 98

RUJUKAN 100

LAMPIRAN 105

Page 15: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP … dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science

xii  

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

1.1 Pecahan Tempoh Pengajian Program KPLI Dan DPLI 4

1.2 Kursus-kursus Program DPLI Yang Ditawarkan Oleh IPTA 5

1.3 Statistik Pendaftaran Pelajar-pelajar DPLI Pengkhususan ERT 6

Dan SP Di UPM

1.4 Komponen Kursus Bagi Kurikulum Program DPLI 7

1.5 Agihan Kursus Mengikut Semester Bagi Program DPLI/ERT 8

Dan DPLI/SP

1.6 Kursus-kursus Tumpuan Kedua Bagi Program Perdana ERT 9

Dan SP

1.7 Kursus-kursus Ikhtisas Pendidikan Bagi Program Perdana 10

ERT Dan SP

1.8 Ringkasan Keputusan Peperiksaan Kursus Ikhtisas Pendidikan 12

Bagi Pelajar DPLI Program SP Dan ERT Semester Pertama

Sesi 2009/2010

1.9 Ringkasan Keputusan Peperiksaan Kursus Pendidikan Teknikal 13

(Tumpuan Kedua) Bagi Pelajar DPLI Program SP Dan ERT

Semester Pertama Sesi 2009/2010

1.10 Ringkasan Keputusan Peperiksaan Kursus Ikhtisas Pendidikan 13

Page 16: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP … dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science

xiii  

Bagi Pelajar DPLI Program SP Dan ERT Semester Kedua

Sesi 2009/2010

1.11 Ringkasan Keputusan Peperiksaan Akhir Bagi Pelajar-pelajar 14

DPLI Program SP Sesi 2009/2010 Mengikut Jurusan Peringkat

Sarjana Muda

1.12 Ringkasan Keputusan Peperiksaan Akhir Bagi Pelajar-pelajar 15

DPLI Program ERT Sesi 2009/2010 Mengikut Jurusan Peringkat

Sarjana Muda

2.1 Agihan Kredit Mengikut Komponen Kursus Ikhtisas Pendidikan 30

2.2 Agihan Tempoh Pengajian Program DPLI 40

2.3 Agihan Kursus Mengikut Semester Bagi Program DPLI/ERT 41

Dan DPLI/SP

3.1 IPTA Yang Menawarkan Kursus-Kursus PTV Dalam 54

Program DPLI

3.2 IPTA Yang Dipilih Sebagai Sampel Kajian 55

3.3 Maklum Balas Dan Skor Skala Likert Terhadap Item 56

3.4 Pekali Alpha Cronbach 59

3.5 Nilai Alpha Bagi Item Dalam Borang Soal Selidik 60

3.6 Penambahbaikan Item Soal Selidik Dalam Pembolehubah 61

Kajian Ke-Dua

4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Mengikut Jantina 66

4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Berdasarkan Taraf 67

Perkahwinan

4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Berdasarkan 68

Pengalaman Mengajar

4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Mengikut Jurusan 69

Pengkhususan Peringkat Sarjana Muda

4.5 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Berdasarkan 70

Pengkhususan Major Program DPLI

Page 17: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP … dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science

xiv  

4.6 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Berdasarkan 71

Pengkhususan Minor Program DPLI

4.7 Maklum Balas Dan Skor Skala Likert Terhadap Item 72

4.8 Maklum Balas Peratusan Dan Tahap Skor Skala Likert 73

Terhadap Item

4.9 Tahap Kesesuaian Program DPLI Pendidikan Teknikal 73

Berdasarkan 10 Bulan Tempoh Pengajian

4.10 Tahap Penguasaan Kemahiran Pelajar-pelajar DPLI Dalam 76

Kursus Ikhtisas Pendidikan

4.11 Tahap Penguasaan Kemahiran Pelajar-pelajar DPLI Dalam 78

Kursus Pendidikan Teknikal (ERT/SP)

4.12 Tahap Keyakinan Pelajar-pelajar DPLI Dalam Kursus Pendidikan 80

Teknikal Untuk Mengajar

4.13 Keputusan Keseluruhan Bagi Setiap Aspek Kajian Dalam Purata 83

Peratusan

Page 18: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP … dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science

xv  

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Faktor Pengajaran Dan Pembelajaran 46

2.2 Model Penilaian Donald Kirkpatrick 48

3.1 Proses Kerja Keseluruhan Kajian 62

3.2 Prosedur Keseluruhan Kajian 64

4.1 Peratus Responden Mengikut Jantina 66

4.2 Peratus Responden Berdasarkan Taraf Perkahwianan 67

4.3 Peratus Responden Berdasarkan Pengalaman Mengajar 68

4.4 Peratus Responden Berdasarkan Pengkhususan Major 70

Program DPLI

Page 19: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP … dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science

xvi  

SENARAI SINGKATAN NAMA

DPLI - Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah

ERT - Ekonomi Rumah Tangga

IPG - Institut Pendidikan Guru

KPLI - Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

KPTM - Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

PTV - Pendidikan Teknik Dan Vokasional

SP - Sains Pertanian

UPM - Universiti Putra Malaysia

UPSI - Universiti Pendidikan Sultan Idris

Page 20: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP … dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science

xvii  

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Set Borang Soal Selidik 105

B Surat Permohonan Mendapatkan Maklumat Pelajar-pelajar 111

DPLI Yang Mengikuti Kursus ERT Dan SP Di UPM

C Surat Pemohonan Pengesahan Isi Kandungan Instrumen 114

Kajian (Jabatan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan)

D Surat Pengesahan Isi Kandungan Instrumen Kajian 115

(Jabatan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan)

E Surat Pemohonan Pengesahan Isi Kandungan Instrumen 116

Kajian (Jabatan Pendidikan Asas)

F Surat Pengesahan Isi Kandungan Instrumen Kajian 117

(Jabatan Pendidikan Asas)

Page 21: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP … dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science

1  

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bilangan penduduk Malaysia semakin bertambah dari setahun ke setahun. Pada

tahun 2007 terdapat 27.17 juta penduduk negara, meningkat kepada 27.73 juta orang

pada tahun 2008. Angka ini meningkat kepada 28.31 juta orang pada tahun 2009

(Laporan Jabatan Perangkaan Negara, 2009). Keadaan ini menyebabkan pembukaan

sekolah-sekolah baru giat dijalankan untuk menampung pertambahan bilangan pelajar.

Pada tahun 2008 sebanyak 9,825 buah sekolah ditubuhkan dan meningkat kepada 9,922

buah sekolah pada tahun 2010 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2010). Ini bererti

bilangan guru terlatih juga perlu ditambah untuk menampung kebanjiran pelajar-pelajar

ini.

Seramai 1,473 daripada 60,000 jumlah pemohon bergraduan di seluruh negara,

terpilih untuk memasuki program Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI) ambilan

Januari 2010 bagi memenuhi 17 bidang pengajian di 27 Institut Pendidikan Guru (IPG).

Page 22: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP … dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science

2  

Manakala seramai 1,136 calon guru lepasan program Diploma Pendidikan Lepasan

Ijazah (DPLI) yang telah menamatkan pengajian mereka pada bulan

November/Disember 2009 berjaya mengurangkan jumlah kekosongan guru-guru

sekolah menengah sebanyak 11,238 orang. Sehingga Januari 2010 masih lagi terdapat

kekurangan 11,238 orang guru di sekolah menengah dan 5,211 orang guru di sekolah

rendah (Akhbar Utusan Malaysia, 29 Januari 2010). Pengambilan pelajar-pelajar DPLI

dan KPLI telah berjaya membantu mengurangkan kekosongan guru di sekolah-sekolah

yang terlibat.

Walaubagaimanapun penempatan pelajar-pelajar DPLI untuk mengisi jawatan

guru tetap di setiap sesi persekolahan telah membangkitkan satu isu ketidakpuas hatian

golongan guru perdana suatu ketika dahulu (Akhbar Utusan Malaysia, 29 Januari

2010). Di antara sebabnya ialah pelajar-pelajar DPLI diberi keistimewaan untuk diserap

mengajar terlebih dahulu berbanding pelajar-pelajar aliran perdana kerana kos

pengajian pelajar-pelajar DPLI telah ditaja oleh KPM (KPM, 2010).

Pelaksanaan program pendidikan guru adalah bertujuan menghasilkan bakal

guru yang berkesan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh yang

demikian, pelajar-pelajar DPLI hendaklah didedahkan kepada pelbagai teknik dan

strategi pengajaran yang boleh dilaksanakan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Kerjasama di antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian

Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) membantu dalam menentukan unjuran keperluan

guru bagi bekalan sekolah menengah yang mengambil kira perkara- perkara berikut:

a) Kelulusan Anggaran Belanja Mengurus Perjawatan oleh agensi Pusat (JPA)

yang diperoleh dari tahun ke setahun.

Page 23: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP … dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science

3  

b) Tambahan norma perjawatan 1.5 kepada 1.7 guru bagi setiap kelas dan 2.0

kepada 2.5 guru bagi setiap kelas dibuat secara berperingkat-peringkat. Sehingga tahun

2010, tambahan norma 1.5 kepada 1.7 guru bagi setiap kelas di peringkat menengah

telah diperoleh bagi Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5 dan norma 2.0 kepada 2.5 guru

bagi setiap kelas Tingkatan 6.

c) Perubahan dasar dari semasa ke semasa yang memberi implikasi keperluan guru

seperti perluasan pra sekolah dan memperkasa mata pelajaran teknik, vokasional dan

kemahiran (Akhbar Utusan Malaysia, 29 Januari 2010).

Pada tahun 1960-an, beberapa perubahan dalam sistem pendidikan negara telah

berlaku. Jawatan Kuasa Penyemak Pelajaran atau lebih dikenali sebagai laporan

Rahman Talib telah mencadangkan supaya satu Program Integrasi dirancang secara

menyeluruh untuk melatih guru bagi sekolah menengah rendah dan penubuhan Sekolah

Menengah Teknik dan Vokasional untuk melatih pelajar-pelajar dalam pelbagai bidang

jurusan berbentuk kemahiran. Perlaksanaan rancangan tersebut telah dibahagikan

kepada tiga tahap. Tahap pertama ialah pada tahun 1963 hingga 1965, manakala tahap

kedua ialah pada tahun 1966 hingga 1970 dan tahap ketiga ialah pada tahun 1971

hingga 1975. Maka sehingga sekarang berkembangnya pengambilan tenaga pengajar

untuk melatih guru-guru berkemahiran teknikal dan vokasional sehingga program DPLI

bagi sekolah menengah dan KPLI bagi sekolah rendah telah dibuka untuk menampung

keperluan guru berkemahiran di setiap sekolah (Mak Soon Sang, 2002).

Program KPLI telah diperkenalkan sejak Januari 2003 oleh Bahagian

Pendidikan Guru (BPG) di maktab-maktab perguruan yang kini dikenali sebagai

Institut Pendidikan Guru (IPG). Antara pengkhususan yang ditawarkan pada waktu

tersebut ialah Pengajian Bahasa Inggeris, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Bahasa

Cina, Bahasa Tamil, Matematik, Sains, Pendidikan Pra Sekolah, Bimbingan dan

Page 24: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP … dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science

4  

Kunseling, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Islam dan Kemahiran Hidup (KPM,

2002).

Tempoh pengajian bagi program DPLI dan KPLI adalah ditetapkan selama 10

bulan (KPM, 2003). Di samping mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam

bilik kuliah, pelajar-pelajar ini juga perlu menjalani aktiviti kokurikulum sebagai

sebahagian daripada kurikulum kursus. Struktur dan komponen kursus yang terkandung

dalam Sukatan Pelajaran KPLI menetapkan pelajar-pelajar wajib menjalani latihan

mengajar selama 12 minggu di sekolah rendah yang terpilih.

Jadual 1.1 : Pecahan Tempoh Pengajian Program KPLI dan DPLI

Pecahan Pengajian Program KPLI dan DPLI Tempoh Pengajian Pengajian Semester Pertama 12 Minggu Peperiksaan Akhir Semester Pertama 1 Minggu Cuti Antara Semester 1 Minggu Pengajian Semester Kedua 12 Minggu Peperiksaan Akhir Semester Kedua 1 Minggu Cuti Sebelum Latihan Mengajar 1 Minggu Latihan Mengajar 12 Minggu Jumlah 40 Minggu

Sumber : Universiti Putra Malaysia, 2010

Program DPLI pula ditawarkan kepada pelajar-pelajar lepasan ijazah yang

melanjutkan pelajaran pada peringkat diploma pendidikan. Setelah tamat pengajian,

mereka akan mengajar di sekolah-sekolah menengah harian, sekolah teknik dan

vokasional. Antara kursus-kursus DPLI yang ditawarkan oleh KPTM adalah seperti

dalam Jadual 1.2.

Page 25: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP … dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science

5  

Jadual 1.2 : Kursus-Kursus Program DPLI Yang Ditawarkan Oleh IPTA

Bidang Pengkhususan Pendidikan Sains Dan Sastera

IPTA Yang Menawarkan Program DPLI Kursus Yang Ditawar Dalam Program DPLI

Universiti Malaya (UM) Universiti Sains Malaysia (USM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Universiti Putra Malaysia (UPM) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Universiti Utara Malaysia (UUM) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Universiti Tun Hussin Onn (UTHM) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)

Pendidikan Jasmani Kaunseling ‘Teaching English as a Second Language’ (TESL) Sains Komputer Perdagangan/Perniagaan Muzik Seni Visual Sejarah Geografi Pendidikan Islam Perdagangan/Keusahawanan Pendidikan Moral Bahasa Antarabangsa Bahasa Arab Bahasa Cina Pengajian Am Kesusasteraan Cina Sivik dan Kewarganegaraan Pendidikan Khas

Bidang Pengkhususan Pendidikan Teknik Dan Vokasional (PTV)

IPTA Yang Menawarkan Program DPLI Kursus Yang Ditawar Dalam Program DPLI

UTM UTHM UPSI UPM

Elektrik dan elektronik Amalan Bengkel Mesin Kimpalan Automotif Penyejukan Penyaman Udara Binaan Bangunan Ekonomi Rumah Tangga (ERT) Sains Pertanian (SP) Kemahiran Teknikal Perdagangan dan Keusahawanan Tanaman Masakan Lukisan Kejuruteraan

Sumber : KPTM, 2010

Statistik kemasukan pelajar-pelajar DPLI program ERT dan SP ke UPM

semakin bertambah dari setahun ke setahun. Ini dibuktikan dengan senarai data

Page 26: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP … dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science

6  

kemasukan Januari 2009 iaitu seramai 27 orang pelajar ERT dan 62 orang pelajar SP.

Ambilan Julai 2009 pula seramai 45 orang pelajar ERT dan 40 orang pelajar SP. Bagi

ambilan Julai 2010 pula adalah seramai 61 orang pelajar ERT dan 43 orang pelajar SP

(Buku Panduan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM, 2010) (rujuk Jadual 1.3).

Jadual 1.3 : Statistik Pendaftaran Pelajar-Pelajar DPLI Pengkhususan ERT Dan SP Di

UPM

Tahun Pendaftaran Pelajar DPLI Pengkhususan

ERT/SP

Statistik Pendaftaran Pelajar Mengikut Kursus Jumlah

ERT SP Januari 2009 27 62 89 Julai 2009 45 40 85 Julai 2010 61 43 104

Jumlah Keseluruhan 133 145 278

Sumber : UPM, 2010

1.2 Latar Belakang Masalah

Buku Panduan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM 2009/2010, menggariskan

tiga matlamat program DPLI iaitu untuk melahirkan guru yang :

a) mempunyai pengetahuan dan kemahiran professional dalam bidang pendidikan

b) mampu mengajar dan mengurus mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah

c) mempunyai keupayaan sebagai pemimpin intruksional

Bagi mencapai matlamat di atas, kurikulum program DPLI telah dirangka

merangkumi lima komponen kursus dengan pemberatan sejumlah 40 kredit yang

diperlukan untuk bergraduat dalam tempoh pengajian selama 10 bulan (rujuk Jadual

1.4).

Page 27: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP … dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science

7  

Jadual 1.4 : Komponen Kursus Bagi Kurikulum Program DPLI

Komponen Kursus Kredit 1) Ikhtisas Pendidikan 17 2) Kaedah Mengajar 4 3) Pengajaran Mikro 2 4) Kursus Tumpuan Kedua (Berdasarkan pengkhususan PTV)

a. Pengurusan Makanan I Pengkhususan b. Pengurusan Pakaian II ERT c. Kemahiran Manipulatif I d. Pengajaran Praktik Sains Pertanian Pengkhususan e. Pengantar Pendidikan Teknik Dan Vokasional SP f. Kemahiran Manipulatif I

9

5) Latihan Mengajar 8 Jumlah 40

Sumber : UPM, 2010

Komponen kursus ikhtisas pendidikan adalah teras dalam merealisasikan

matlamat program DPLI bersama kursus-kursus kemahiran dalam PTV yang

difokuskan pada semester pertama sahaja. Sembilan kredit diperuntukkan untuk

pelajar-pelajar DPLI ini bagi menguasai kursus tumpuan kedua iaitu dalam bidang

pengkhususan masing-masing. Ini berbeza dengan penawaran kursus kepada pelajar-

pelajar program perdana ERT di mana mereka diwajibkan mengikuti 16 kursus iaitu

sebanyak 43 kredit. Manakala pelajar-pelajar program perdana SP diwajibkan

mengikuti 18 kursus iaitu sebanyak 50 kredit (Buku Panduan Fakulti Pengajian

Pendidikan UPM, 2010).

Selain mengikuti kursus yang disenaraikan dalam kurikulum, pelajar DPLI juga

diwajibkan mengikuti aktiviti Bina Insan yang akan dikendalikan selama seminggu.

Tujuan aktiviti ini ialah untuk mendedahkan pelajar-pelajar tersebut kepada pelbagai

kemahiran insaniah (KPTM, 2010).

Jadual waktu pembelajaran bagi pelajar-pelajar DPLI di setiap lokasi kajian

didapati agak padat sepanjang dua semester. Pada semester pertama, mereka mengikuti

agihan kursus mengikut pengkhususan samada ERT atau SP (rujuk Jadual 1.5).

Page 28: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP … dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science

8  

Jadual 1.5 : Agihan Kursus Mengikut Semester Bagi Program DPLI/ERT Dan DPLI/SP

Program Semester 1 Semester 2

ERT

Kursus Kredit Kursus Kredit

Ikhtisas Pendidikan

Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia.

2 (2+0)

Ikhtisas Pendidikan

Penaksiran Pembelajaran 3 (2+1)

Aplikasi Psikologi dalam Pendidikan 2 (2+0)

Sekolah dan Masyarakat 2 (2+0) Kajian

Tindakan dalam Pendidikan

3 (2+1)

Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan

3 (2+1)

Pengurusan dan Pengelolaan Kokurikulum

2 (1+1) Kaedah Mengajar 4 (4+0)

Tumpuan Kedua

Pengurusan Makanan I 3 (2+1)

Pengurusan Pakaian II 3 (2+1)

Pengajaran Mikro 2 (0+2) Kemahiran Manipulatif I 3 (2+1)

Jumlah 20 Jumlah 12

SP

Ikhtisas Pendidikan

Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia.

2 (2+0)

Ikhtisas Pendidikan

Penaksiran Pembelajaran 3 (2+1)

Aplikasi Psikologi dalam Pendidikan 2 (2+0)

Sekolah dan Masyarakat 2 (2+0) Kajian

Tindakan dalam Pendidikan

3 (2+1)

Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan

3 (2+1)

Pengurusan dan Pengelolaan Kokurikulum

2 (1+1) Kaedah Mengajar 4 (4+0)

Tumpuan Kedua

Kemahiran Manipulatif I 3 (2+1)

Pengajaran Praktik Sains Pertanian 3 (2+1)

Pengajaran Mikro 2 (0+2) Pengantar Pendidikan Teknik Dan Vokasional

3 (3+0)

Jumlah 20 Jumlah 12

Sumber : UPM, 2010

Page 29: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP … dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science

9  

Kursus-kursus tumpuan kedua merupakan subjek-subjek pengkhususan bagi

program DPLI. Jadual 1.5 membuktikan, hanya tiga kursus asas dalam kursus tumpuan

kedua iaitu Pengurusan Makanan I, Pengurusan Pakaian II dan Kemahiran Manipulatif

yang wajib dipelajari oleh pelajar-pelajar DPLI program ERT. Manakala pelajar-pelajar

DPLI program SP wajib mempelajari hanya tiga kursus tumpuan kedua iaitu

Kemahiran Manipulatif I, Pengajaran Praktik Sains Pertanian dan Pengantar Pendidikan

Teknik dan Vokasional. Kursus-kursus tumpuan kedua tersebut turut dipelajari oleh

pelajar-pelajar program perdana ERT dan SP hanya pada tahun pertama sahaja (rujuk

Jadual 1.6). Keadaan ini jelas menggambarkan penguasaan tahap kemahiran teknikal

pelajar-pelajar DPLI hanya pada pengetahuan asas bagi setiap pengkhususan mereka.

Jadual 1.6 : Kursus-Kursus Tumpuan Kedua Bagi Program Perdana ERT Dan SP

Bil. Program ERT Program SP Kursus Kredit Kursus Kredit

1 Asas Keusahawan 3 Pertanian Dan Manusia 2 2 Pertanian Dan Manusia 2 Asas Keusahawanan 2 3 Asas Anatomi Dan Fisiologi 2 Pengajaran Praktik Sains Pertanian 3

4 Pengajaran Pengurusan Keluarga 3 Pengantar Pendidikan Teknikal Dan

Vokasional 3

5 Prinsip Pemakanan Manusia 3 Prinsip Ekonomi 3

6 Pengenalan Sains Pengguna 3 Botani Dan Fisiologi Tanaman Hortikultur 4

7 Sains Dalam Penjagaan Rambut 2 Olerikultur 3 8 Kemahiran Manipulatif I 3 Mekanisasi Pertanian 3 9 Kemahiran Manipulatif II 3 Pengurusan Makmal Dan Bengkel 2 10 Pengurusan Makanan I 3 Kemahiran Manipulatif I 3 11 Kosmetologi 2 Kemahiran Manipulatif II 3

12 Kemahiran Manipulatif III 3 Biodiversiti Organisma Dan Pemuliharaan 3

13 Pengurusan Pakaian I 3 Kemahiran Manipulatif III 3 14 Pengurusan Makanan II 3 Pengenalan Perlindungan Tumbuhan 3

15 Pengurusan Makmal Sains Rumah Tangga 2 Pengajaran Pengurusan

Agrateknologi 3

16 Pengurusan Pakaian II 3 Hortikultur Hiasan 3 17 Perkhidmatan Makanan 3 Sains Tanah Asas 3

18 Kaedah Mengajar Sains Rumah Tangga 3 Prinsip-Prinsip Pengeluaran

Ternakan 3

19 Pengurusan Pakaian III 3 Kaedah Mengajar Sains Pertanian 3 Jumlah 52 Jumlah 55

Sumber : UPM, 2010

Page 30: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP … dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science

10  

Berdasarkan Jadual 1.5 didapati pelajar-pelajar DPLI pada semester kedua

memerlukan 12 kredit untuk menguasai kursus ikhtisas pendidikan dan pengajaran

mikro. Hanya 8 kursus ikhtisas pendidikan yang wajib dipelajari sepanjang semester

satu dan dua. Jumlah kursus ikhtisas pendidikan bagi pelajar-pelajar DPLI

menunjukkan perbezaan sebanyak 39 kredit berbanding 13 kursus ikhtisas pendidikan

telah diambil oleh pelajar-pelajar program perdana, (rujuk Jadual 1.7).

Jadual 1.7 : Kursus-Kursus Ikhtisas Pendidikan Bagi Program Perdana ERT Dan SP

Bil Kursus Kredit 1 Kokurikulum 3 2 Falsafah Dan Konsep Pendidikan 2 3 Psikologi Pendidikan 3 4 Kemahiran Berfikir 2 5 Sosiologi Pendidikan 2 6 Reka Bentuk Kurikulum 2 7 Teknologi Pendidikan 3 8 Pengujian Dan Penilaian 3 9 Penyelidikan Dan Pendidikan 3 10 Projek Ilmiah Tahun Akhir 6 11 Etika Dan Profesionalisme Keguruan 2 12 Latihan Mengajar Major 4 13 Latihan Mengajar Tumpuan Kedua 4

Jumlah 39

Sumber : UPM, 2010

Jadual 1.6 dan Jadual 1.7 membuktikan pelajar-pelajar program perdana

pengkhususan ERT dan SP mempunyai tempoh pengajian selama empat tahun dengan

pengagihan kursus sebanyak 52 kredit bagi pengkhususan ERT dan 55 kredit bagi

pengkhususan SP dalam kursus tumpuan kedua. Manakala kursus ikhtisas pendidikan,

kaedah mengajar, pengajaran mikro dan latihan mengajar menetapkan syarat untuk

lulus adalah sebanyak 39 kredit.

Berdasarkan syarat-syarat pengambilan pelajar-pelajar DPLI yang ingin

mengikuti pengkhususan SP dan ERT, mereka dikehendaki memiliki Ijazah Sarjana

Page 31: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP … dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science

11  

Muda dengan Kepujian dalam mana-mana satu bidang pengkhususan dari IPTA/IPT

yang diiktiraf oleh kerajaan dan diluluskan oleh Senat Universiti (KPTM, 2010). Antara

bidang-bidang pengkhususan pelajar-pelajar DPLI pada peringkat Sarjana Muda yang

kini berjaya mengikuti kursus ERT ialah Sains Makanan, Teknologi Makanan,

Perkhidmatan Makanan, Pembangunan Manusia dan Pengurusan Sumber Manusia.

Manakala pelajar-pelajar DPLI bagi kursus SP, mereka dipilih berdasarkan bidang

pengkhususan pada peringkat Sarjana Muda Sains Perhutanan, Sains Pertanian, Sains

Hortikultur, Sains Biologi dan Sains Bioindustri.

Walaubagaimanapun, bidang-bidang pengkhususan pelajar-pelajar DPLI pada

peringkat Sarjana Muda kurang mempunyai perkaitan dengan kursus-kursus teknikal

dan lazimnya langsung tidak mempelajari kursus-kursus ikhtisas pendidikan yang

ditawarkan kepada pelajar-pelajar DPLI sepertimana yang telah ditunjukkan dalam

Jadual 1.4. Berdasarkan Jadual 1.5, jelas membuktikan terdapat 10 kursus ikhtisas

pendidikan yang wajib dipelajari bagi semua pelajar-pelajar DPLI, manakala hanya

terdapat 3 kursus tumpuan kedua yang perlu dipelajari oleh pelajar-pelajar DPLI

pengkhususan SP dan ERT.

Dapat disimpulkan bahawa penekanan banyak diberikan kepada kursus-kursus

ikhtisas pendidikan untuk membolehkan pelajar-pelajar menguasai pengetahuan dan

kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran. Kursus-kursus tumpuan kedua kurang

diberi penekanan, walaupun ianya amat penting bagi melengkapkan diri mereka dengan

pengetahuan dan kemahiran kandungan kursus pendidikan teknikal yang menjadi

opsyen utama. Berdasarkan latar belakang pendidikan pelajar-pelajar DPLI yang

berlainan pengkhususan pada peringkat Ijazah Sarjana Muda, maka penguasaan mereka

terhadap kursus-kursus ikhtisas pendidikan dan kursus-kursus tumpuan kedua

memberikan kesan kepada keputusan peperiksaan akhir yang kurang membanggakan

seperti mana yang dapat dibuktikan dalam Jadual 1.8, 1.9 dan 1.10.

Page 32: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP … dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science

12  

Jadual 1.8, 1.9 dan 1.10 menunjukkan ringkasan keputusan peperiksaan akhir

semester satu dan semester dua bagi pelajar-pelajar DPLI ambilan Julai 2009. Seramai

85 orang pelajar mengambil program DPLI di mana terdapat 40 orang pelajar

mengambil pengkhususan SP sementara 45 orang pelajar lagi mengikuti pengkhususan

ERT.

Jadual 1.8 : Ringkasan Keputusan Peperiksaan Kursus Ikhtisah Pendidikan Bagi

Pelajar DPLI Program SP dan ERT semester pertama sesi 2009/2010

Gred

Kursus Ikhtisas Pendidikan

Sekolah Dan Masyarakat

Teknologi Dan Inovasi

Dalam Pendidikan

Pengurusan Dan

Pengelolaan Kokurikulum

Falsafah Dan Perkembangan

Pendidikan Malaysia

Aplikasi Psikologi

Dalam Pendidikan

A+ 0 0 0 0 0 A 6 0 39 5 3 A- 13 5 35 11 12 B+ 30 19 8 19 16 B 27 24 3 26 31 B- 6 18 0 23 11 C+ 2 13 0 1 12 C 1 5 0 0 0 C- 0 1 0 0 0 F 0 0 0 0 0

Jumlah 85 85 85 85 85

Sumber : UPM, 2010

Page 33: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP … dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science

13  

Jadual 1.9 : Ringkasan Keputusan Peperiksaan Kursus Pendidikan Teknikal (Tumpuan

Kedua) Bagi Pelajar DPLI Program SP dan ERT semester pertama sesi 2009/2010

Gred

Kursus Pendidikan Teknikal (Tumpuan Kedua) SP Dan ERT SP ERT

Kemahiran Manipulatif I

Pengajaran Praktik Sains

Pertanian

Pengantar Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Pengurusan Pakaian II

Pengurusan Makanan I

A+ 0 0 0 0 0 A 11 4 11 5 2 A- 30 18 25 11 11 B+ 27 9 4 6 13 B 14 7 0 9 10 B- 3 2 0 9 6 C+ 0 0 0 2 3 C 0 0 0 2 0 C- 0 0 0 0 0 F 0 0 0 0 0

Jumlah 85 40 40 45 45

Sumber : UPM, 2010

Jadual 1.10 : Ringkasan Keputusan Peperiksaan Kursus Ikhtisas Pendidikan Bagi

Pelajar DPLI Program SP dan ERT semester kedua 2009/2010

Gred

Kursus Ikhtisas Pendidikan Penaksiran

Pembelajaran Kajian Tindakan

Dalam Pendidikan Kaedah

MengajarPengajaran

Mikro A+ 0 0 0 0 A 2 2 14 38 A- 9 29 21 29 B+ 24 29 23 12 B 30 23 16 6 B- 17 2 11 0 C+ 2 0 0 0 C 1 0 0 0 C- 0 0 0 0 F 0 0 0 0

Jumlah 85 85 85 85

Sumber : UPM, 2010

Page 34: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP … dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science

14  

Jadual 1.8, 1.9 dan 1.10 menunjukkan pelajar-pelajar DPLI tidak berjaya

mendapatkan gred A+ dalam kursus ikhtisas pendidikan dan kursus pendidikan teknikal

(tumpuan kedua). Jadual tersebut juga jelas menunjukkan masih ada segelintir pelajar-

pelajar DPLI yang mendapat gred C dalam kursus ikhtisas pendidikan dan kursus

pendidikan teknikal (tumpuan kedua). Keadaan ini akan mendorong IPTA melahirkan

guru-guru pelatih DPLI yang kurang berkeyakinan, kurang kemahiran mengajar

(pedagogi), kurang menguasai bidang pengkhususan dan kurang mahir dalam

komunikasi (Akhbar Utusan Malaysia, 31 Oktober 2004).

Berdasarkan kepada keputusan peperiksaan daripada Jadual 1.8, 1.9 dan 1.10,

didapati pencapaian akademik pelajar-pelajar DPLI mempunyai perkaitan antara subjek

pengkhususan ERT dan SP dengan jurusan pengkhususan peringkat Sarjana Muda yang

telah diikuti oleh mereka seperti mana dalam Jadual 1.11 dan 1.12:

Jadual 1.11 : Ringkasan Keputusan Peperiksaan Akhir Bagi Pelajar DPLI Program SP

sesi 2009/2010 Mengikut Jurusan Pengkhususan Peringkat Sarjana Muda

Jurusan Pengkhususan Pelajar DPLI Pada

Peringkat Sarjana Muda

Keputusan Peperiksaan Akhir Bagi Kursus DPLI Pengkhususan SP

Pengajaran Praktik Sains Pertanian

Sains Perhutanan A B- 2 2

Sains Pertanian A- B 2 0

Sains Hortikultur A B 2 0

Sains Biologi A B+ 0 1

Sains Bioindustri A B 0 1

Sumber : UPM, 2010

Page 35: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP … dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science

15  

Jadual 1.11 menunjukkan ringkasan keputusan peperiksaan bagi kursus SP, bagi

pelajar-pelajar DPLI pengkhususan SP pada sesi 2009/2010. Keputusan peperiksaan

menunjukkan kursus pengajaran Praktik Sains Pertanian dapat dikuasai dengan baik

oleh pelajar-pelajar yang telah mengikuti jurusan Sains Perhutanan, Sains Pertanian dan

Sains Hortikultur pada peringkat Sarjana Muda. Keadaan ini adalah kerana, pelajar-

pelajar tersebut sudah mempelajari secara mendalam mengenai asas sains pertanian

sehingga membolehkan mereka menguasai kursus pengajaran praktik sains pertanian.

Jadual juga menunjukkan bahawa keputusan peperiksaan pelajar-pelajar jurusan Sains

Biologi dan Sains Bioindustri kurang memberangsangkan dalam menguasai kursus ini

kerana bidang pengkhususan yang diambil pada peringkat sarjana muda tidak berkaitan

dengan silibus pengkhususan SP.

Jadual 1.12 : Ringkasan Keputusan Peperiksaan Akhir Bagi Pelajar DPLI Program

ERT sesi 2009/2010 Mengikut Jurusan Pengkhususan Peringkat Sarjana Muda

Jurusan Pengkhususan Pelajar DPLI Pada

Peringkat Sarjana Muda

Keputusan Peperiksaan Akhir Bagi Kursus DPLI Pengkhususan ERT

Makanan I

Pembangunan Manusia A C+ 0 3

Pengurusan Sumber Manusia

A B- 0 1

Teknologi Makanan

A- B 1 0

Sains Makanan

A B 2 0

Perkhidmatan Makanan

A- B 2 0

Sumber : UPM, 2010

Jadual 1.12 menunjukkan pelajar-pelajar yang mengambil jurusan Teknologi

Makanan, Sains Makanan dan Perkhidmatan Makanan pada peringkat Sarjana Muda,

berupaya menguasai dengan baik kursus Makanan I yang diwajibkan untuk pelajar-

pelajar DPLI pengkhususan ERT. Berbeza dengan pelajar-pelajar jurusan

Page 36: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP … dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science

16  

Pembangunan Manusia dan Pengurusan Sumber Manusia, di mana mereka hampir tidak

dapat menguasai kursus Makanan I seperti mana yang ditunjukkan dalam Jadual 1.12 di

atas kerana pengkhususan yang diambil tidak berkaitan dengan jurusan peringkat

Sarjana Muda masing-masing.

Kesimpulannya, pelajar-pelajar DPLI hanya berjaya menguasai dengan baik

kursus-kursus pengkhususan DPLI yang berkaitan dengan pengkhususan mereka

semasa mengikuti Ijazah Sarjana Muda sahaja. Keadaan ini turut menggambarkan

bahawa kursus-kursus pendidikan yang lain kurang dikuasai dengan cemerlang seperti

mana dalam Jadual 1.8, 1.9 dan 1.10 yang menunjukkan masih lagi terdapat sebilangan

pelajar yang memperolehi gred B-, C+, C dan juga C-.

1.3 Penyataan Masalah

Isu pengajaran guru-guru DPLI yang kurang berkesan di sekolah akibat tempoh

pengajian yang singkat untuk mereka menguasai kursus yang diambil telah

dipertikaikan (Akhbar Utusan Malaysia, 31 Oktober 2004). Masalah ini dikaitkan

dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh IPTA terhadap silibus-silibus program DPLI,

di mana mereka hanya mengikuti 3 kursus asas kemahiran teknikal, 7 kursus ikhtisas

pendidikan, kaedah mengajar dan pengajaran mikro selama 2 semester berbanding

pelajar-pelajar perdana yang lain. Satu semester lagi, mereka akan ditempatkan di

sekolah-sekolah menengah untuk menjalani latihan mengajar. Tempoh pengajian

selama 10 bulan, telah membuktikan pelajar-pelajar DPLI pengkhususan ERT dan SP

gagal mencapai gred A+ dalam kursus pendidikan teknikal dan kursus ikhtisas

pendidikan (UPM, 2010). Keadaan ini mendorong pelajar menjadi kurang berkeyakinan

Page 37: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP … dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science

17  

untuk mengajar sekiranya mereka tidak dapat menguasai dengan baik pengetahuan teori

dan amali dalam pengkhususan yang diambil (Mohd Shukri, 1999). Kajian ini

dijalankan adalah untuk mengenalpasti kesesuaian tempoh pengajian program DPLI

terhadap penguasaan kursus pendidikan teknikal dan kursus ikhtisas pendidikan di

universiti tempatan Malaysia. Krusus-krusus PTV seperti program ERT dan SP

merupakan bidang pendidikan yang memerlukan kemahiran khusus yang diiktiraf.

Dalam kajian ini terdapat empat pembolehubah yang dikaji iaitu penguasaan kursus

pendidikan teknikal, kemahiran dalam bidang ikhtisas pendidikan, keyakinan pelajar

DPLI untuk mengajar dan tempoh pengajian program DPLI. Kajian ini dijalankan di

Fakulti Pendidikan Sains dan Teknikal, UPM dan Fakulti Seni dan Muzik di UPSI.

Sampel kajian terdiri daripada pelajar-pelajar DPLI bagi pengkhususan ERT dan SP

iaitu seramai 104 orang di UPM dan 33 orang di UPSI.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti:

a. tahap kesesuaian program DPLI pendidikan teknikal berdasarkan 10 bulan

tempoh pengajian

b. tahap penguasaan kemahiran pelajar-pelajar DPLI dalam kursus ikhtisas

pendidikan

c. tahap penguasaan kemahiran pelajar-pelajar DPLI dalam kursus pendidikan

teknikal

d. tahap keyakinan pelajar-pelajar DPLI dalam kursus pendidikan teknikal

untuk mengajar

Page 38: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP … dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science

18  

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang menjadi asas kepada penyelidikan ini boleh dibahagikan

kepada empat aspek iaitu:

a. apakah tahap kesesuaian program DPLI pendidikan teknikal berdasarkan 10

bulan tempoh pengajian?

b. apakah tahap penguasaan kemahiran pelajar-pelajar DPLI dalam kursus

ikhtisas pendidikan?

c. apakah tahap penguasaan kemahiran pelajar-pelajar DPLI dalam kursus

pendidikan teknikal?

d. apakah tahap keyakinan pelajar-pelajar DPLI dalam kursus pendidikan

teknikal untuk mengajar?