kesediaan kerjaya dikalangan pelajar fakulti … · kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan...

21
KESEDIAAN KERJAYA DIKALANGAN PELAJAR FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. AZMAN RIPIN Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Elektrik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 2009

Upload: dinhdieu

Post on 02-Jul-2019

239 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KESEDIAAN KERJAYA DIKALANGAN PELAJAR FAKULTI … · Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah Alpha Cronbach ... bahawa pengetahuan kerjaya sebagai himpunan maklumat

KESEDIAAN KERJAYA DIKALANGAN PELAJAR FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

AZMAN RIPIN

Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Elektrik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2009

Page 2: KESEDIAAN KERJAYA DIKALANGAN PELAJAR FAKULTI … · Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah Alpha Cronbach ... bahawa pengetahuan kerjaya sebagai himpunan maklumat

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ..........................................

Nama Penulis : AZMAN RIPIN

Tarikh : .........................................

Page 3: KESEDIAAN KERJAYA DIKALANGAN PELAJAR FAKULTI … · Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah Alpha Cronbach ... bahawa pengetahuan kerjaya sebagai himpunan maklumat

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Elektrik)”.

Tandatangan : ............................................................

Nama Penyelia : Puan Nor Fadila Mohd Amin

Tarikh : ............................................................

Page 4: KESEDIAAN KERJAYA DIKALANGAN PELAJAR FAKULTI … · Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah Alpha Cronbach ... bahawa pengetahuan kerjaya sebagai himpunan maklumat

DEDIKASI

Kepada ayahanda dan bonda tercinta

Ripin bin Deraman

Mahiyah binti Salleh

Doa dan harapanmu

Pengorbanan dan dorongan selama ini

Banyak membantu ku harungi hidup ini

Jutaan terima kasih

Page 5: KESEDIAAN KERJAYA DIKALANGAN PELAJAR FAKULTI … · Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah Alpha Cronbach ... bahawa pengetahuan kerjaya sebagai himpunan maklumat

PENGHARGAAN

Sekalung penghargaan ditujukan kepada Puan Nor Fadila Mohd Amin yang

menyelia penyelidikan ini. Segala buah fikiran dan masa yang dicurahkan untuk projek

ini amat dihargai.

Ungkapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Teknikal dan

Vokasional, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana memberikan

kesempatan dan peluang untuk saya menyediakan penulisan ilmiah ini. Terima kasih juga

kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberikan nasihat dan

tunjuk ajar selama ini.

Tidak lupa juga kepada ibu bapa, Ripin bin Deraman dan Mahiyah binti Salleh,

yang merestui perjuangan ini. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada

teman tersayang yang banyak memberikan sokongan dan dorongan yang tidak berbalas di

dunia ini.

Tidak lupa juga kepada sahabat seperjuangan, warga 4 SPE dan terima kasih juga

kepada individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam

penulisan ini.

AZMAN RIPIN

Page 6: KESEDIAAN KERJAYA DIKALANGAN PELAJAR FAKULTI … · Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah Alpha Cronbach ... bahawa pengetahuan kerjaya sebagai himpunan maklumat

SENARAI JADUAL

No. Jadual Tajuk Mukasurat

3.1 Pengkhususan di Fakulti Kejuruteraan Elektrik 31

Universiti Teknologi Malaysia

3.2 Persoalan Kajian Mengikut Setiap Pemboleh Ubah 33

3.3 Kriteria Menganalisis Idea 37

3.4 Tahap Penilaian Responden Berdasarakan Peratus 37

4.1 Taburan kekerapan dan peratusan berkaitan persepsi 42

pelajar terhadap keberkesanan kurikulum Kejuruteraan

Elektrik yang diamalkan dalam kesediaan kerjaya.

4.2 Taburan kekerapan dan peratusan berkaitan kesedaran 45

pelajar terhadap kesediaan kerjaya sebelum tamat belajar.

4.3 Taburan kekerapan dan peratusan berkaitan penglibatan 48

pihak universiti memupuk pelajar ke arah kesediaan

kerjaya sebelum tamat belajar.

4.4 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian Mengikut 50

Peratusan

Page 7: KESEDIAAN KERJAYA DIKALANGAN PELAJAR FAKULTI … · Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah Alpha Cronbach ... bahawa pengetahuan kerjaya sebagai himpunan maklumat

SENARAI SIMBOL SINGKATAN

SPSS - Statistical Package for Social Science

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

FKE - Fakulti Kejuruteraan Elektrik

N - Kekerapan

% - Peratus

SS - Sangat Setuju

S - Setuju

TP - Tidak Pasti

TS - Tidak Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

Page 8: KESEDIAAN KERJAYA DIKALANGAN PELAJAR FAKULTI … · Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah Alpha Cronbach ... bahawa pengetahuan kerjaya sebagai himpunan maklumat

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A - Borang soal-selidik pelajar-pelajar thun akhir Fakulti

Kejuruteraan Elektrik.

Page 9: KESEDIAAN KERJAYA DIKALANGAN PELAJAR FAKULTI … · Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah Alpha Cronbach ... bahawa pengetahuan kerjaya sebagai himpunan maklumat

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesediaan kerjaya pelajar tahun akhir

Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 160 pelajar tahun

akhir bagi pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik telah dipilih sebagai responden kajian.

Instrumen kajian yang digunakan ialah set soal selidik bahagian B yang mengandungi 30

item. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah Alpha Cronbach

yang menunjukkan nilai kebolehpercayaan 0.85. Data yang diperolehi dianalisis dengan

menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science, Version 10.0) untuk

mendapatkan nilai peratus dan frekuensi. Hasil kajian mendapati kurikulum Fakulti

Kejuruteraan Elektrik berkesan dalam menerapkan kesediaan kerjaya. Selain itu juga,

pelajar didapati mempunyai kesedaran dalam kesediaan kerjaya. Pihak universiti juga

memainkan peranan penting dalam memupuk kerjaya pelajar.

Page 10: KESEDIAAN KERJAYA DIKALANGAN PELAJAR FAKULTI … · Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah Alpha Cronbach ... bahawa pengetahuan kerjaya sebagai himpunan maklumat

ABSTRACT

This study was to identify the career preparation for final year student of

Electrical Engineering Faculty in University of Technology Malaysia. The study involved

160 students from Faculty of Electrical Engineering. The research was conducted with

questionnaire which consisted 30 items in section B. The validity of the questionnaire

was checked by using Alpha Cronbach with the value of 0.85. The collected data was

analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS) software for percentage and

frequency value. The study showed that the curriculum Faculty of Electrical Engineering

was effective in order to instill the career preparation among student. Students also had

awareness in their career preparation. University commitment was very important to

nurture career preparation among student.

Page 11: KESEDIAAN KERJAYA DIKALANGAN PELAJAR FAKULTI … · Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah Alpha Cronbach ... bahawa pengetahuan kerjaya sebagai himpunan maklumat

KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKASURAT

1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar belakang masalah 3

1.2 Pernyataan masalah 6

1.3 Objektif kajian 7

1.3.1 Objektif 1

1.3.2 Objektif 2

1.3.3 Objektif 3

1.4 Persoalan kajian 8

1.4.1 Soalan kajian 1

1.4.2 Soalan kajian 2

1.4.3 Soalan kajian 3

1.5 Kepentingan kajian 9

1.6 Skop kajian 11

1.7 Definasi istilah 12

1.7.1 Kesediaan kerjaya

1.7.2 Keberkesanan kurikulum

1.7.3 Kesedaran kerjaya

Page 12: KESEDIAAN KERJAYA DIKALANGAN PELAJAR FAKULTI … · Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah Alpha Cronbach ... bahawa pengetahuan kerjaya sebagai himpunan maklumat

BAB TAJUK MUKASURAT

1.7.4 Penglibatan universiti

1.8 Kesimpulan 13

2 SOROTAN PENULISAN

2.0 Pengenalan 14

2.1 Kurikulum Kejuruteraan Elektrik 15

2.1.1 Sistem kurikulum kejuruteraan elektrik

2.1.2 Keberkesanan kurikulum bidang kejuruteraan

elektrik

2.2 Kesedaran kerjaya 18

2.2.1 Personaliti pelajar

2.2.2 Sikap dan Minat terhadap kerjaya

2.3 Penglibatan pihak universiti 24

2.3.1 Pihak universiti

2.4 Dapatan kajian 26

2.5 Kesimpulan 27

Page 13: KESEDIAAN KERJAYA DIKALANGAN PELAJAR FAKULTI … · Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah Alpha Cronbach ... bahawa pengetahuan kerjaya sebagai himpunan maklumat

BAB TAJUK MUKASURAT

3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 28

3.1 Rekabentuk kajian 29

3.2 Prosedur persampelan 29

3.3 Instrumen kajian 31

3.3.1 Soal Selidik

3.4 Pengesahan instrument 33

3.5 Kajian rintis 33

3.6 Prosedur kajian 33

3.7 Kaedah analisis data 35

3.8 Batasan kajian 36

3.9 Kesimpulan 37

4 ANALISIS DAN PERBINCANGAN HASIL

4.0 Pengenalan 38

4.1 Analisis data 39

4.2 Analisis soalan kajian 1 39

4.3 Analisis soalan kajian 2 42

4.4 Analisi soalan kajian 3 45

4.5 Analisis soalan keseluruhan

kajian 47

4.6 Penutup 49

Page 14: KESEDIAAN KERJAYA DIKALANGAN PELAJAR FAKULTI … · Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah Alpha Cronbach ... bahawa pengetahuan kerjaya sebagai himpunan maklumat

BAB TAJUK MUKASURAT

5 5.0 Pengenalan 50

5.1 Rumusan 51

5.2 Perbincangan hasil 54

5.2.1 Perbincangan soalan kajian 1

5.2.2 Perbincangan soalan kajian 2

5.2.3 Perbincangan soalan kajian 3

5.3 Cadangan 60

5.3.1 Cadangan soalan kajian 1

5.3.2 Cadangan soalan kajian 2

5.3.3 Cadangan soalan kaian 3

5.4 Cadangan kajian lanjutan 63

5.5 Penutup 64

Rujukan 65

Lampiran 70

Page 15: KESEDIAAN KERJAYA DIKALANGAN PELAJAR FAKULTI … · Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah Alpha Cronbach ... bahawa pengetahuan kerjaya sebagai himpunan maklumat

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Pembangunan sumber tenaga manusia merupakan teras dalam rancangan

Malaysia ke-enam kerana pencapaian matlamat sosio-ekonomi bergantung kepada tenaga

kerja berpendidikan, berkemahiran, dan boleh dilatih (Berita harian: 1991,Jun 18). Sejajar

dengan itu, institusi pengajian tinggi khasnya di universiti merupakan tunggak utama

dalam melahirkan tenaga profesionalisme untuk menjana pembangunan negara yang

sihat.

Universiti merupakan salah satu institusi pendidikan formal di negara ini yang

menghasilkan pelajar berpengetahuan dalam pelbagai bidang. Pelbagai kursus dan bidang

yang ditawarkan pada peringkat Sarjana Muda, Sarjana serta Doktor Falsafah secara tidak

langsung membuka pelbagai peluang kerjaya yang bakal diceburi pelajar setelah tamat

belajar kelak.

Bidang kejuruteraan seperti Awam, Elektrik, Mekanikal, dan Kimia menjadi

rebutan pelajar untuk menceburkan diri dalam bidang tersebut. Program Kejuruteraan

Page 16: KESEDIAAN KERJAYA DIKALANGAN PELAJAR FAKULTI … · Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah Alpha Cronbach ... bahawa pengetahuan kerjaya sebagai himpunan maklumat

yang ditawarkan bagi peringkat Sarjana Muda adalah selama empat tahun yang

melibatkan lapan semester. Namun begitu, sebahagian besar pelajar berlumba-lumba

untuk menyelesaikan program dalam masa yang sesingkat-singkatnya tanpa mengira

tahap pencapaian dengan harapan untuk keluar cepat dan memperolehi pekerjaan.

Disebabkan kurang persediaan diri maka ramailah diantara pelajar ini yang terpaksa

menunggu berbulan-bulan sebelum memperolehi apa-apa pekerjaan. Beberapa diantara

mereka terpaksa pula mengikuti program latihan semula yang dianjurkan oleh

Kementerian Sumber Manusia untuk latihan Bahasa Inggeris, kemahiran komputer, dan

latihan industri.

Muhd Mansur Abdullah dan Siti Nurdinar Mohd Tamin (1991) menyatakan

bahawa pengetahuan kerjaya sebagai himpunan maklumat yang berkaitan kerjaya.

Maklumat yang diterokai dari pengalaman–pengalaman pembelajaran dan seterusnya

berkembang apabila seseorang itu memahami nilai-nilai sosial masyarakatnya. Justeru

itu, pengetahuan kerjaya dalam bidang kejuruteraan dalam pelbagai industri seharusnya

disampaikan dengan berkesan kerana kepentingannya yang nyata bagi memberi

pengetahuan kepada pelajar seterusnya membantu masalah kesediaan kerjaya yang

dihadapi oleh pelajar.

Jelaslah bahawa permasalahan berkaitan kesediaan kerjaya oleh pelajar wajar

dititik beratkan agar tidak menjadi isu yang lebih kronik dalam dunia pendidikan negara

dan secara tidak langsung menjaga status institusi pengajian tinggi negara sebagai sebuah

institusi yang diiktiraf dunia.

1.1 Latar belakang masalah

Page 17: KESEDIAAN KERJAYA DIKALANGAN PELAJAR FAKULTI … · Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah Alpha Cronbach ... bahawa pengetahuan kerjaya sebagai himpunan maklumat

Matlamat utama pengajian di universiti adalah menyediakan pelajar sebagai

tenaga profesional yang berkemahiran serta mempunyai budaya atau nilai kerja yang

produktif dalam memenuhi keperluan kerjaya di industri pada masa kini (Noritah

Sulaiman, 1992). Selain daripada itu, pertambahan aktiviti manusia telah mewujudkan

banyak peluang kerjaya.

Kejuruteraan Elektrik merupakan satu bidang yang menyediakan pelbagai

peluang kerjaya kepada pelajar. Program pengajian Kejuruteraan Elektrik yang

ditawarkan di universiti tempatan melibatkan kurikulum yang dirangka untuk

membentuk pelajar yang berkemahiran dalam bidang teknikal serta mampu

mengamalkan budaya kerja yang selari dengan kehendak pasaran kerjaya semasa.

Namun begitu, kurikulum di universiti masih lagi kurang efektif dalam melahirkan

pelajar yang bersedia ke arah alam kerjaya. Pandangan ini selaras dengan analisis yang

dijalankan terhadap kandungan kursus kurikulum program pengajian kejuruteraan dari

empat institusi pengajian di selatan California. Daripada analisis tersebut, didapati

bahawa pelajar tidak mempunyai masa yang kursus untuk membuat keputusan dan

mengendalikan pilihan kerjaya mereka (Lynton, 1984). Dalam konteks ini masalah utama

adalah kurangnya persediaan kerjaya yang diamalkan dalam kurikulum pengajian

kejuruteraaan elektrik yang hanya memberi tumpuan kepada teori semata-mata.

Menurut Datuk S.Subramaniam yang merupakan Menteri Sumber Manusia

berkata, antara kegagalan pelajar untuk mendapatkan pekerjaan adalah disebabkan

kurangnya kemahiran berkomunikasi dan keyakinan diri. Ini turut disokong lagi dengan

kajian yang dilakukan oleh Briggs dan Hodgson (2000), antara kelemahan graduan

kejuruteraan ialah dalam kemahiran komunikasi. Media massa tempatan turut

melaporkan bahawa graduan sekarang kurang menguasai kemahiran komunikasi (Berita

Harian:2004, September 17). Situasi tersebut merupakan fenomena yang tidak sepatutnya

berlaku kerana bertentangan dengan kehendak pasaran kerja. Antara kemahiran yang

Page 18: KESEDIAAN KERJAYA DIKALANGAN PELAJAR FAKULTI … · Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah Alpha Cronbach ... bahawa pengetahuan kerjaya sebagai himpunan maklumat

diperlukan oleh para majikan ialah kemahiran komunikasi seperti yang ditegaskan oleh

Ungku Harun Al’Rasyid Ahmad dan Hawke (2003).Oleh sebab itu, pelajar gagal

mendapatkan kerja yang bersesuaian dengan kelayakan mereka kerana pihak majikan

menjadikan kriteria budaya kerja yang cemerlang sebagai penilaian asas dalam menilai

prestasi pekerja-pekerjanya mendapatkan pekerjaan.

Kebanyakan pelajar yang mengikuti kursus pengajian di universiti dipilih

berdasarkan kelayakan akademik serta memenuhi keperluan dasar negara setelah melalui

beberapa proses pemilihan. Namun begitu, permasalahan timbul apabila terdapat

sesetengah pelajar yang mengikuti kursus pengajian di universiti yang bukan menjadi

pilihan serta minat utama mereka. Personaliti-persekitaran juga akan mempengaruhi

kejayaan sesuatu kerjaya (Bretz & Judge, 1994). Oleh itu, sekiranya pelajar menamatkan

pengajian dengan kursus yang tidak diminati, kemungkinan mereka terpaksa menceburi

bidang pekerjaan yang tidak bersesuaian dengan tret personaliti mereka lalu menjurus

kepada budaya kerja yang tidak optimis. Senario ini bukan sahaja boleh menjejaskan

perkembangan kerjaya seseorang pelajar, malah bilangan tenaga sumber manusia dalam

sesuatu pekerjaan, membazirkan kos serta produktiviti bagi pembangunan negara.

Kurikulum peringkat universiti yang lebih menekankan kepada kejayaan

akademik pelajar sahaja dan bukan terhadap pembelajaran yang menjurus ke arah kerjaya

antara punca mengapa pelajar gagal mengaplikasikan apa yang dipelajari di

universiti (Quek, 2005). Menurutnya lagi, kursus-kursus yang ditawarkan di universiti

kurang memberi penekanan terhadap aspek latihan yang dapat memenuhi keperluan

pekerjaan dan seterusnya mengakibatkan masalah pengangguran dikalangan pelajar di

Malaysia. Gush (1996) melalui kajian beliau mengenai penilaian peranan universiti di

United Kingdom pula mendapati wujud jurang diantara keperluan majikan dana output

pendidikan. Menurut beliau lagi, untuk memenuhi keperluan industri, universiti perlu

berperanan dalam menyediakan subjek-subjek khusus dan kemahiran yang dapat

memenuhi keperluan pekerjaan. Peranan lain termasuklah memberi penekanan dalam

Page 19: KESEDIAAN KERJAYA DIKALANGAN PELAJAR FAKULTI … · Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah Alpha Cronbach ... bahawa pengetahuan kerjaya sebagai himpunan maklumat

perkembangan intelektual dan nilai-nilai peribadi melalui aktiviti ko-kurikulum di

universiti dalam membina serta membentuk kesediaan kerjaya dikalangan pelajar.

Sokongan dari pelbagai pihak mengukuhkan lagi kesediaan kerjaya dikalangan

pelajar. Penglibatan pihak universiti dalam mengadakan aktiviti seperti menganjurkan

ceramah, karnival serta aktiviti berkaitan kerjaya dapat memberi pengetahuan tentang

kesediaan kerjaya yang lebih realistik. Kerjasama antara pihak tersebut, memberi

pengalaman yang berharga dalam memupuk keyakinan diri kepada pelajar seperti

program latihan industri yang perlu dilalui oleh pelajar sebelum menamatkan pengajian.

Bagi pelajar dibidang Kejuruteraan Elektrik ia sedikit-sebanyak dapat membantu mereka

supaya lebih bersedia menghadapi dunia pekerjaan. Selain itu juga, tenaga manusia yang

terlatih oleh pihak universiti dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Menurut Sharp and Marra (1971) yang melihat masalah kerjaya sebagai masalah

terbesar dikalangan pelajar. Kepelbagaian cabang kerjaya dalam bidang kejuruteraan

Elektrik menimbulkan masalah kepada segelintir pelajar yang masih samar dan kabur

dalam bidang kerjaya yang bakal dijawati. Oleh yang demikian, kajian berkaitan

kesediaan kerjaya dikalangan pelajar wajar dilakukan bagi mengatasi masalah berkaitan

kerjaya agar tidak menjadi lebih kronik.

1.2 Pernyataan Masalah

Page 20: KESEDIAAN KERJAYA DIKALANGAN PELAJAR FAKULTI … · Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah Alpha Cronbach ... bahawa pengetahuan kerjaya sebagai himpunan maklumat

Melihat kepada kajian dilakukan oleh Azmi Misani (1994) berhubung peranan

guru-guru teknikal ke arah meningkatkan pengetahuan kerjaya dikalangan pelajar aliran

latihan kemahiran ketukangan di sekolah-sekolah menengah vokasional dilakukan hanya

pada peringkat sekolah. Penyelidik ingin mengkaji dari lapangan yang berbeza berkaitan

isu kerjaya ini pada peringkat universiti. Oleh yang demikian , kajian dilakukan

berkaitan dengan kesediaan kerjaya pelajar dikalangan pelajar Fakulti Kejuruteraan

Elektrik Universiti Teknologi Malaysia. Pihak pengkaji ingin mengenalpasti

keberkesanan kurikulum pengajian kejuruteraan Elektrik yang diamalkan, kesedaran

pelajar terhadap kesediaan kerjaya, dan penglibatan pihak universiti dalam menerapkan

kesediaan kerjaya pelajar.

1.3 Objektif Kajian

Secara umumnya kajian ini melibatkan tahap kesediaan kerjaya dikalangan pelajar

tahun akhir di fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) sebelum tamat pengajian di

Universiti Teknologi Malaysia .Berikut adalah objektif kajian:

1.3.1 Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap keberkesanan kurikulum dalam

bidang kejuruteraan Elektrik dalam menerapkan nilai-nilai yang berkaitan

kesediaan kerjaya.

1.3.2 Mengenalpasti tahap kesedaran pelajar berkaitan kesediaan kerjaya

sebelum tamat belajar.

Page 21: KESEDIAAN KERJAYA DIKALANGAN PELAJAR FAKULTI … · Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah Alpha Cronbach ... bahawa pengetahuan kerjaya sebagai himpunan maklumat

1.3.3 Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap penglibatan pihak universiti

dalam memupuk pelajar ke arah kesediaan kerjaya.

1.4 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini beberapa persoalan telah dikemukakan bagi mencari jawapan

berdasarkan objektif kajian. Perkara yang menjadi fokus dalam kajian ini adalah, satu

tinjauan terhadap kesediaan kerjaya dikalangan pelajar tahun akhir Fakulti

Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia sebelum tamat belajar, melalui

objektif disyorkan. Soalan kajian adalah seperti berikut:

1.4.1 Apakah tahap persepsi pelajar terhadap keberkesanan kurikulum Kejuruteraan

Elektrik yang diamalkan dalam menerapkan kesediaan kerjaya?

1.4.2 Apakah tahap kesedaran pelajar terhadap kesediaan kerjaya sebelum tamat

belajar?

1.4.3 Apakah tahap persepsi pelajar terhadap penglibatan pihak universiti memupuk

pelajar ke arah kesediaan kerjaya sebelum tamat belajar?