faktor pendorong pelajar sekolah menengah …€¦ · dari kajian lepas. kebolehpercayaan instrumen...

20

Upload: others

Post on 28-Dec-2019

34 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKTOR PENDORONG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …€¦ · dari kajian lepas. Kebolehpercayaan instrumen ini adalah 0.867. Data yang telah dikumpul dianalisis secara statistik deskriptif
Page 2: FAKTOR PENDORONG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …€¦ · dari kajian lepas. Kebolehpercayaan instrumen ini adalah 0.867. Data yang telah dikumpul dianalisis secara statistik deskriptif
Page 3: FAKTOR PENDORONG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …€¦ · dari kajian lepas. Kebolehpercayaan instrumen ini adalah 0.867. Data yang telah dikumpul dianalisis secara statistik deskriptif

i

FAKTOR PENDORONG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH MENYERTAI TUISYEN

MATEMATIK DI SEKITAR SKUDAI, JOHOR.

NOOR AZNI BINTI RANI

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

(Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

JUN, 2012

Page 4: FAKTOR PENDORONG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …€¦ · dari kajian lepas. Kebolehpercayaan instrumen ini adalah 0.867. Data yang telah dikumpul dianalisis secara statistik deskriptif
Page 5: FAKTOR PENDORONG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …€¦ · dari kajian lepas. Kebolehpercayaan instrumen ini adalah 0.867. Data yang telah dikumpul dianalisis secara statistik deskriptif

iii

DEDIKASI

Ingatan Kasih Sayang Yang Berkekalan Buat

Ayahanda

RANI BIN DOLLAH

Dan

Bonda

ROHANI BINTI ABDULLAH

Yang telah banyak bersusah payah membesarkan dan mendidikku

Serta

Suami tercinta

MOHD BAHARUDDIN BIN ARIFFIN

Yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan yang tiada jemu

Juga Buat

Pensyarah yang dihormati

EN. ABD. RAZAK BIN IDRIS

Yang tidak jemu membantu dan memberi tunjuk ajar

Page 6: FAKTOR PENDORONG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …€¦ · dari kajian lepas. Kebolehpercayaan instrumen ini adalah 0.867. Data yang telah dikumpul dianalisis secara statistik deskriptif

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala

Pujian bagi Allah S.W.T. Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan salam kepada

Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarganya.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia serta

inayah-Nya, penulis dapat menyiapkan kajian ini mengikut masa yang telah

dirancang untuk mendapatkan segulung Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer

serta Pendidikan (Matematik).Sekalung ucapan terima kasih dirakamkan kepada

penyelia kajian, En. Abd. Razak bin Idris, pensyarah kanan Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kerana tidak jemu memberi tunjuk ajar serta

dorongan kepada penulis untuk menyiapkan kajian ini.

Terima kasih juga buat semua pensyarah yang telah membimbing penulis di

sepanjang kajian ini dijalankan. Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada teman-

teman seperjuangan yang banyak memberi semangat dan nasihat. Penghargaan juga

ditujukan kepada semua pihak pusat tuisyen di kawasan Skudai, Johor yang terlibat

secara langsung yang telah memberi kerjasama yang baik sepanjang penulis

menjayakan kajian ini.

Semoga dengan terhasilnya penulisan ini, dapat dinukilkan sebagai panduan

serta bahan rujukan kepada cendiakawan dan yang terbabit dalam memajukan

seterusnya memartabatkan bidang pendidikan Negara di Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Noor Azni Binti Rani

Page 7: FAKTOR PENDORONG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …€¦ · dari kajian lepas. Kebolehpercayaan instrumen ini adalah 0.867. Data yang telah dikumpul dianalisis secara statistik deskriptif

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau faktor pendorong pelajar sekolah

menengah mengikuti tuisyen matematik di pusat-pusat tuisyen. Kajian ini melibatkan

80 responden secara rawak yang menyertai pusat tuisyen matematik di sekitar

Skudai. Kajian berbentuk deskriptif ini menggunakan instrumen soal selidik berskala

Likert 5 yang terdiri 20 soalan yang dibina oleh penyelidik dan diubah suai sedikit

dari kajian lepas. Kebolehpercayaan instrumen ini adalah 0.867. Data yang telah

dikumpul dianalisis secara statistik deskriptif menggunakan perisian Statistical

Package for Social Science (SPSS V16.0) for Windows bagi mendapatkan frekuensi,

peratusan dan min. Daripada hasil analisis data kajian, didapati faktor utama yang

menjadi pendorong pelajar sekolah menengah menyertai pusat tuisyen matematik

adalah faktor latarbelakang guru tuisyen, diikuti dengan faktor kaedah pengajaran

dan juga faktor kemudahan pembelajaran. Penyelidik telah membuat rumusan dan

beberapa cadangan telah dikemukakan sebagai rujukan pada masa hadapan.

Page 8: FAKTOR PENDORONG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …€¦ · dari kajian lepas. Kebolehpercayaan instrumen ini adalah 0.867. Data yang telah dikumpul dianalisis secara statistik deskriptif

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to investigate factor that influence secondary

school students to attend mathematics tuition at tuition center around Skudai, Johor

Bahru. This study involves 80 respondents randomly selected from students

attending mathematics tuition. The data was collected using questionnaires

consisting of 20 questions of Likert 5 scale items and slightly

modified from previous studies. The reliability of this instrument is 0.867. The data

analyzed descriptively using Statistical Package for Social Science (SPSS V16.0) For

Windows Software and it was presented in the forms of frequency, percentage and

mean. The study showed that the main factors that influence the student to attend

mathematic tuition at tuition centres are tutor background, followed by educational

facilities and methods of teaching. The researcher has concluded and come with

some suggestions for the future references.

Page 9: FAKTOR PENDORONG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …€¦ · dari kajian lepas. Kebolehpercayaan instrumen ini adalah 0.867. Data yang telah dikumpul dianalisis secara statistik deskriptif

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN PENULIS ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xi

SENARAI LAMPIRAN xii

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Skop dan Batasan Kajian 7

1.7 Rasional Kajian 7

1.8 Kepentingan Kajian 7

Page 10: FAKTOR PENDORONG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …€¦ · dari kajian lepas. Kebolehpercayaan instrumen ini adalah 0.867. Data yang telah dikumpul dianalisis secara statistik deskriptif

viii

1.9 Definisi Istilah 8

1.10 Rumusan 10

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Tuisyen Dalam Senario Pendidikan Masa Kini 13

2.3 Matematik Dalam Pendidikan 14

2.4 Kajian Yang Berkaitan 15

2.4.1 Kaedah Pengajaran Dalam Kelas 16

2.4.2 Kemudahan Pembelajaran Yang

Digunakan

17

2.4.3 Latarbelakang Guru Tuisyen 19

2.5 Rumusan 21

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 22

3.2 Rekabentuk Kajian 22

3.3 Populasi dan Persampelan Kajian 24

3.4 Instrumen Kajian 25

3.5 Prosedur Kajian 27

3.6 Kajian Rintis 28

3.7 Penganalisisan Data 29

3.8 Rumusan 30

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 31

4.2 Analisis Latarbelakang Responden (Bahagian A) 32

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 32

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 33

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Tingkatan 33

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan

Ibu Bapa / Penjaga

34

4.2.5 Taburan Responden Mengikut Jumlah 35

Page 11: FAKTOR PENDORONG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …€¦ · dari kajian lepas. Kebolehpercayaan instrumen ini adalah 0.867. Data yang telah dikumpul dianalisis secara statistik deskriptif

ix

Bayaran Tuisyen Untuk Setiap Bulan

4.3 Analisis Peratusan dan Min (Bahagian B) 35

35 Faktor Kaedah Pengajaran 36

36 Faktor Kemudahan Pembelajaran 40

40 Faktor Latarbelakang Guru Tuisyen 43

4.4 Analisis Data Keseluruhan Persoalan Kajian 47

4.5 Rumusan 49

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 50

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 50

51 Latarbelakang Responden 51

52 Persoalan Kajian Pertama 52

53 Persoalan Kajian Kedua 52

54 Persoalan Kajian Ketiga 54

5.3 Rumusan Dapatan Kajian 55

5.4 Cadangan 56

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 56

5.6 Rumusan 57

Rujukan 58

Page 12: FAKTOR PENDORONG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …€¦ · dari kajian lepas. Kebolehpercayaan instrumen ini adalah 0.867. Data yang telah dikumpul dianalisis secara statistik deskriptif

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL PERKARA MUKASURAT

3.4.2 Skala Likert 5 27

3.7 Skala Permarkahan 30

4.1 Skala Permarkahan 32

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 32

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 33

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Tingkatan 33

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu Bapa /

Penjaga

34

4.2.5 Taburan Responden Mengikut Jumlah Bayaran

Tuisyen Untuk Setiap Bulan

35

4.3.1 Kaedah Pengajaran 36

4.3.2 Kemudahan Pembelajaran 40

4.3.3 Latarbelakang Guru Tuisyen 43

4.4 Analisis Kekerapan, Peratus, Dan Min Setiap Item

Bagi Keseluruhan Persoalan Kajian

48

Page 13: FAKTOR PENDORONG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …€¦ · dari kajian lepas. Kebolehpercayaan instrumen ini adalah 0.867. Data yang telah dikumpul dianalisis secara statistik deskriptif

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH PERKARA MUKASURAT

2.1 Tiga Jenis Pengajaran Yang Boleh Dipraktikkan

Semasa Pengajaran Di Dalam Kelas

17

2.2 Pembelajaran berlaku berperingkat-peringkat 18

4.3.1 Graf bar menunjukkan peratus keseluruhan bagi

faktor kaedah pengajaran

39

4.3.2 Graf bar menunjukkan peratus keseluruhan bagi

faktor kemudahan pembelajaran

42

4.3.3 Graf bar menunjukkan peratus keseluruhan bagi

faktor latarbelakang guru tuisyen

47

4.4 Graf Menunjukkan Nilai Min Keseluruhan Bagi

Setiap Persoalan Kajian

49

Page 14: FAKTOR PENDORONG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …€¦ · dari kajian lepas. Kebolehpercayaan instrumen ini adalah 0.867. Data yang telah dikumpul dianalisis secara statistik deskriptif

xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA MUKASURAT

A Soal Selidik Kajian 61

Page 15: FAKTOR PENDORONG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …€¦ · dari kajian lepas. Kebolehpercayaan instrumen ini adalah 0.867. Data yang telah dikumpul dianalisis secara statistik deskriptif

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Sejak 50 tahun lalu, sistem pendidikan Malaysia telah pun menunjukkan

prestasi yang memberangsangkan dalam pencapaian akademik. Perkembangan pusat

tuisyen begitu pesat sejak kebelakangan ini dan semakin popular bagi pelajar-pelajar

yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Seperti yang kita sedia

maklum, pelajar-pelajar sekolah menengah menghadapi tiga peperiksaan utama

semasa mereka belajar selain peperiksaan penggal iaitu Penilaian Menengah Rendah

(PMR) di Tingkatan 3, Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) di Tingkatan 5 dan Sijil

Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Tingkatan 6.

Namun begitu, sesetengah pelajar merasakan masih ada kekurangan dengan

kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah. Oleh kerana itu, mereka pergi ke

kelas-kelas tuisyen sama ada di bangunan perniagaan atau rumah kediaman bagi

memenuhi kehendak mereka. Sehubungan dengan itu, di kebelakangan ini, pusat

tuisyen berkembang dengan begitu pesat sekali dari peringkat tadika hingga ke

peringkat universiti. Dalam menghadapi gejala pendidikan swasta, kerajaan

mengamal satu dasar yang liberal iaitu pertumbuhan institusi pendidikan swasta yang

dibenarkan dengan meluas demi menampung permintaan yang semakin meningkat

dan keterbatasan di institusi pengajian tinggi sektor awam (PEMANDU, 2010).

Page 16: FAKTOR PENDORONG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …€¦ · dari kajian lepas. Kebolehpercayaan instrumen ini adalah 0.867. Data yang telah dikumpul dianalisis secara statistik deskriptif

2

Dengan ini juga tidak ketinggalan pusat-pusat tuisyen telah bercambah

dengan banyaknya selaras dengan permintaan pelajar-pelajar yang semakin

meningkat.

Oleh kerana pengajaran secara kelas hanya boleh menggunakan satu kaedah

yang sama, maka kaedah pengajaran secara kelas tidak dapat menolong setiap pelajar

memperkembangkan potensi intelek, rohani, sosial dan jasmani secara menyeluruh

dan seimbang sepertimana yang tertulis dalam Falsafah Pendidikan. Sehubungan

dengan itu, pelajar-pelajar yang menghadiri kelas tuisyen ingin memenuhi kehendak

mereka untuk memperolehi keputusan peperiksaan yang baik selain untuk

memahirkan diri mereka dalam menguasai sesuatu mata pelajaran seperti

matapelajaran Matematik. Menurut Prof. Madya Dr. Mahzan Arshad (Jun 14, 2007)

dalam artikelnya, menghantar anak ke pusat tuisyen menjadi satu kebiasaan bagi ibu

bapa yang mahukan anaknya mendapat keputusan yang cemerlang dengan skor A

dalam mata pelajaran yang diambil dalam sesuatu peperiksaan. Sememangnya daya

penarik bagi setiap pusat tuisyen ini adalah tenaga pengajarnya yang dari kalangan

guru-guru sekolah kerajaan yang berpengalaman.

Menurut Mok Soon Sang (1996), Matematik adalah berkaitrapat dengan

kehidupan manusia. Oleh itu, perkembangan matematik menjadi asas kemajuan

Negara. Oleh itu, kemajuan Negara amat dititik berat dan menjadi tanggungjawab

pihak sekolah untuk memberi pendidikan metematik kepada setiap pelajar. Namun,

jika dilihat sekarang ini, pusat-pusat tuisyen yang menyediakan khidmat pengajaran

Matematik juga turut menggendong tanggungjawab ini.

Bab ini tertumpu kepada perbincangan mengenai latar belakang masalah,

pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, skop dan batasan kajian,

rasional kajian dan kepentingan kajian, definisi istilah.

Page 17: FAKTOR PENDORONG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …€¦ · dari kajian lepas. Kebolehpercayaan instrumen ini adalah 0.867. Data yang telah dikumpul dianalisis secara statistik deskriptif

3

1.2 Latarbelakang Masalah

Kebelakangan ini, pusat tuisyen telah menjadi salah satu nadi kepada

pembentukan pelajar cemerlang terutama dari segi akademik. Malahan pula, ia turut

menjadi satu kemestian kepada ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke pusat

tuisyen.

Menurut Prof. Madya Dr. Mahzan Arshad dalam artikelnya, perkataan

tuisyen bukanlah satu perkara yang baru di negara ini terutamanya di kalangan

penduduk di bandar utama. Perkataan tuisyen ini menjadi negatif impaknya apabila

dikaitkan dengan pusat-pusat tuisyen swasta yang berorientasikan komersial serta

berasaskan keuntungan semata-mata. Namun begitu, pusat tuisyen tetap popular di

kalangan pelajar bakal menghadapi peperiksaan penting seperti UPSR, PMR dan

SPM, walaupun ada sesetengah masyarakat yang melihat pusat ini dengan pandangan

yang agak serong seperti diterangkan.

Sesuai dengan perumpamaan, tumbuh seperti cendawan selepas hujan, bagi

menggambarkan perkembangan pusat-pusat tusiyen sekarang ini (Prof. Madya Dr.

Mahzan Arshad, 2007). Ini kerana, tenaga pengajarnya terdiri daripada guru-guru

yang telah berpengalaman mengajar sesuatu matapelajaran tertentu. Kebiasaannya,

seseorang akan mengaitkan tuisyen dengan pelajar-pelajar yang tercicir dalam

pelajaran disekolah. Cikgu Zack menjelaskan bahawa negara kita mempunyai sistem

pembelajaran yang baik, namun tidak semua pelajar mampu berada dalam suasana

sebegitu untuk belajar. Tetapi, perkara yang asas adalah diajar di sekolah. Ini

bermakna, apa yang mereka belajar di sekolah, diulangkaji di pusat tuisyen dengan

dimantapkan lagi oleh guru tuisyen yang berkualiti, dengan kaedah yang sistematik,

dan latihan yang lebih efektif maka pelajar akan mendapat hasil yang cemerlang

dalam matapelajaran tersebut. Sistem pendidikan Negara kita pada masa kini juga

merupakan punca utama wujudnya tuisyen dimana ianya lebih berorientasikan

peperiksaan. Demi menjamin anak-anak mendapat keputusan terbaik, ibu bapa akan

menghantar mereka ke pusat tuisyen.

Page 18: FAKTOR PENDORONG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …€¦ · dari kajian lepas. Kebolehpercayaan instrumen ini adalah 0.867. Data yang telah dikumpul dianalisis secara statistik deskriptif

4

Walaubagaimanapun, keghairahan ibu bapa untuk menghantar anak-anak

mereka menghadiri tuisyen mungkin di dorong oleh beberapa faktor. Menurut

Razali Arop (1991) dalam Mazliyana Binti Makhtar (2006), masyarakat semakin

memandang berat terhadap pendidikan anak-anak mereka merupakan salah satu

faktornya. Tambahan pula, sekarang ini ibu bapa mahukan anak-anak mereka

memperolehi ilmu pengetahuan dan terus mendapat pendidikan yang tinggi.

Seterusnya, prestasi pencapaian akademik anak-anak mereka sangat diberi perhatian

dan bukan hanya setakat lulus sahaja.

Di sekolah-sekolah biasa, kebiasaannya sebuah kelas dihuni 35 orang pelajar

dan sudah pastinya mereka ini terdiri dari pelbagai aras kefahaman dan kecerdasan

minda. Guru bagi matapelajaran tertentu mana mungkin akan dapat menumpukan

dan memberikan sepenuh perhatian kepada setiap pelajar. Menurut Kementerian

Pelajaran (2002) dalam Farida Baharudin (2010), pelajar berpencapaian rendah

dalam akademik akan sentiasa merasakan dirinya serba kekurangan, menganggap

pelajaran susah untuk difahami, mempunyai perasaan cemas apabila berhadapan

dengan guru dan rakan-rakan serta tidak berasa gembira apabila berada di sekolah.

Dengan itu, pusat tuisyen adalah tempat terbaik untuk pelajar dalam memahami apa

yang tidak sempat atau tidak difahami di sekolah. Di sini, guru-guru disediakan

untuk memberikan khidmat terbaik. Tambahan pula, kekuatan sesebuah pusat

tuisyen terletak kepada kualiti guru dan perkhidmatannya. Jika guru pandai

mencorak pelajar, bijak menyelesaikan masalah dan mampu membina minda pelajar

maka setiap tahun ada sahaja yang akan menghantar anak mereka ke sana.

Penyelidik ingin melihat apakah pelajar terhadap faktor-faktor yang

mendorong pelajar mengikuti tuisyen sama ada dipengaruhi oleh kaedah pengajaran

yang digunakan, kemudahan pembelajaran atau latarbelakang guru tuisyen yang

digunakan bagi matapelajaran Matematik.

Page 19: FAKTOR PENDORONG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …€¦ · dari kajian lepas. Kebolehpercayaan instrumen ini adalah 0.867. Data yang telah dikumpul dianalisis secara statistik deskriptif

5

1.3 Pernyataan Masalah

Pada zaman sekarang, semakin ramai pelajar sekolah menengah yang

mengikuti kelas tuisyen matematik di pusat-pusat tuisyen luar. Masa di luar

persekolahan mereka dipenuhi dengan jadual waktu tuisyen. Tambahan pula, sejak

kebelakangan ini, semakin banyak pusat tuisyen yang ditubuhkan. Bagaimanapun,

perkembangan pusat tuisyen ini yang secara mendadak bertujuan untuk memenuhi

keperluan pelajar yang memerlukan bimbingan dalam pelajaran samaada pelajar

yang akan menduduki peperiksaan PMR, SPM dan juga STPM.

Matapelajaran yang sering menjadi pilihan pelajar ke kelas tuisyen adalah

matapelajaran yang berbentuk latih tubi seperti Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa

Inggeris. Sebilangan pelajar yang menghadiri tuisyen adalah dikalangan pelajar yang

lemah dalam matapelajaran tertentu dan berharap untuk memperbaiki pencapaian

melalui tuisyen yang dihadirinya. Bagaimanapun, statistik menunjukkan bahawa

matapelajaran matematik merupakan tuisyen matapelajaran yang sering mendapat

sambutan oleh pelajar sekolah menengah.

Persoalan yang timbul, mengapakah tuisyen begitu popular pada masa kini?

Mengapa ibu bapa sanggup menanggung kos pembelajaran tuisyen dengan

membayar sejumlah wang kepada tenaga pengajar? Adakah wajar ibu bapa

menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen? Apakah ini kerana kaedah

pengajaran yang diajar oleh tenaga pengajar di pusat tuisyen tersebut lebih menarik

dari sekolah? Maka tidak hairanlah begitu ramai pelajar yang tertarik dan mengikuti

kelas tuisyen. Namun begitu, apakah ianya berkaitan dengan proses pengajaran dan

pembelajaran yang baik bagi mereka yang mengikuti kelas tuisyen ini? Apakah

penyertaan mereka ke kelas tuisyen juga berkaitan dengan kemudahan pembelajaran

yang sempurna? Justeru itu, penyelidik ingin mengkaji faktor pendorong pelajar

sekolah menengah mengikuti kelas tuisyen matematik yang sering mendapat

sambutan.

Page 20: FAKTOR PENDORONG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …€¦ · dari kajian lepas. Kebolehpercayaan instrumen ini adalah 0.867. Data yang telah dikumpul dianalisis secara statistik deskriptif

6

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini secara umumnya adalah untuk mengenalpasti pelajar

sekolah menengah terhadap faktor penyertaan mereka ke kelas tuisyen matematik.

Objektif yang khususnya ialah untuk:

(a) Mengenalpasti samaada faktor kaedah pengajaran sebagai pendorong

pelajar sekolah menengah menyertai tuisyen matematik

(b) Mengenalpasti samaada faktor kemudahan pembelajaran sebagai

pendorong pelajar sekolah menengah menyertai tuisyen matematik

(c) Mengenalpasti samaada faktor latarbelakang guru tuisyen sebagai

pendorong pelajar sekolah menengah menyertai tuisyen matematik

1.5 Persoalan Kajian

Penyelidik menjalankan kajian ini untuk meninjau aspek-aspek berikut:

(a) Apakah faktor kaedah pengajaran yang digunakan yang mendorong

pelajar ke pusat tuisyen?

(b) Apakah faktor kemudahan pembelajaran yang digunakan yang

mendorong pelajar ke pusat tuisyen?

(c) Apakah faktor latarbelakang guru tuisyen yang mendorong pelajar ke

pusat tuisyen?