mendorong pelajar kelas corot menggunakan teori konsep diri

71

Upload: mazurah-mohamad-ikhwan

Post on 15-Jan-2016

46 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

bantuan untuk para ibu bapa mendidik anak

TRANSCRIPT

Page 1: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri
Page 2: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

i

Mendorong Pelajar

Kelas Corot

Menggunakan Teori

Konsep-Diri

Ainon Mohd.

Kandungan

Dari Penulis

BAB 1 Pengenalan

BAB 2 Apa Itu Konsep-Diri

BAB 3 Bagaimana Konsep-Diri Tercipta

BAB 4 Kepercayaan adalah Batu Bata Konsep-Diri

BAB 5 Konsep-Diri Melalui Kaca Mata Orang Lain

BAB 6 Label dan Konsep-Diri

BAB 7 Cara Lama Tidak Berkesan

BAB 8 Konsep-Diri Dapat Diubah

BAB 9 Teori Konsep-Diri Sebagai Alat Mendorong Pelajar

BAB 10 Kesan Konsep-diri ke atas Nasib Masa Depan

BAB 11 Jenis-Jenis Konsep-Diri

iii

5

10

16

22

27

35

40

46

53

57

63

Page 3: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

© Ainon Mohd.

Terbitan Pertama : OKTOBER 2012

HAKCIPTA TERPELIHARA

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian buku

ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama

ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain

sebelum mendapat izin bertulis daripada Buku Pandai

Publications.

Karikatur: Razali Rashad Kelinci

Diterbitkan oleh :

Buku Pandai Publications

Pengedaran Eksklusif :

www.downloadilmu.com

ii

• Hak Cipta •

Page 4: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

Konsep-diri kita sangat mempengaruhi nasib kita pada

masa hadapan. Malah pakar psikologi mengatakan

konsep-diri kita sebenarnya berperanan mencipta masa

h a d a p a n k i t a . I n i k e r a n a k o n s e p - d i r i k i t a

mempengaruhi perkara-perkara yang berani kita

fikirkan.

Semakin positif konsep-diri kita, semakin kita berani

memikirkan banyak perkara-perkara positif. Sebagai

contoh apabila konsep-diri kita berbunyi “Saya

mempunyai bakat menjadi peguam.” nanti barulah kita

berani memasang cita-cita mahu menjadi peguam.

Kejayaan kita sangat ditentukan oleh fikiran kita. Pada

realitinya setiap orang itu diberi peluang berjaya oleh

Tuhan tetapi bagi sesetengah individu dia melihat

dirinya tidak mungkin dapat berjaya, maka itulah yang

bakal dialaminya.

Bagaimana seseorang itu melihat realiti menentukan

sikap dan tingkah lakunya, langsung nasibnya. Justeru,

apa yang difikirkan dan dirasakan oleh seseorang itu

berkenaan dirinya amat menentukan nasib dirinya.

Fikiran dan perasaannya pada hari ini dapat

meramalkan apa yang dia berani lakukan ataupun tidak

berani lakukan pada masa depan.

Individu yang menganggap dirinya orang yang berjaya

cenderung memilih aktiviti yang membawa kejayaan

kepada dirinya. Sebaliknya juga berlaku, di mana

individu yang tidak berapa menghormati dirinya sendiri

cenderung melibatkan diri dengan aktiviti yang

merugikannya sendiri.

iii

• Dari Penulis •

Page 5: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

Walau bagaimanapun, perkaitan sebab-musabab antara

kedua-dua faktor itu, iaitu kejayaan dan konsep-diri,

masih belum jelas – apakah kejayaan seseorang itu

yang menyebabkan dia mempunyai konsep-diri positif,

ataupun disebabkan individu itu mempunyai konsep-

diri positif maka dia akhirnya menjadi seorang yang

berjaya. Meskipun persoalan itu belum dapat dijawab

dengan pasti, apa yang penting adalah pakar psikologi

sependapat bahawa konsep-diri mempengaruhi

kejayaan seseorang.

Buku ini ditulis khusus untuk guru-guru yang mengajar

kelas corot, namun guru-guru kelas lain tetap dapat

memanfaatkan isi kandungan buku ini. Hanya sahaja

contoh-contoh di dalam buku ini disesuaikan dengan

situasi kelas corot.

Tujuan buku ini ditulis dalam bentuknya sekarang

adalah supaya buku ini dapat menjadi buku manual,

yakni buku pegangan guru-guru. Sesuai dengan tujuan

ini, maka contoh-contoh diberikan dengan banyak,

supaya memudahkan guru-guru terus mengaplikasi

aspek-aspek dalam teori ini yang dapat digunakan

dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Ainon Mohd.

iv

Page 6: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

• BAB 1 •

PENGENALAN

Page 7: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

BAB 1

Pengenalan

Tugas guru kelas corot yang paling utama adalah

sebagai pendorong perubahan sikap dan tingkah laku

pelajar-pelajarnya. Prestasi akademik pelajar kelas

corot hanya dapat dinaikkan apabila sikap dan tingkah

laku mereka sudah berubah.

Selagi pelajar-pelajar kelas corot masih tidak suka

datang ke sekolah dan tidak suka belajar mata pelajaran

akademik, selagi itu prestasi mereka tidak meningkat

meskipun guru-guru menggunakan kaedah pengajaran

dan pembelajaran yang terbaik.

Hanya selepas guru berjaya mengubah sikap dan

tingkah laku pelajar corot itu, barulah barulah ada

manfaatnya guru menjalankan tugas kedua, yakni

mengajar mereka subjek-subjek akademik.

Teori konsep-diri adalah teori yang sangat efektif bagi

mendorong pelajar-pelajar corot supaya mengubah

sikap dan tingkah laku mereka. Dari satu segi, istilah

konsep-diri itu macam suatu konsep ilmu psikologi

yang sukar difahami. Namun, sebagai alat mendorong

perubahan sikap dan tingkah laku, teori ini amat

mudah digunakan.

Mengikut pakar-pakar psikologi Barat, konsep-diri

seseorang itu sangat mempengaruhi sikap, cara berfikir,

emosi dan tingkah lakunya. Orang yang mempunyai

konsep-diri positif akan mempunyai sikap-sikap yang

positif. Cara berfikirnya juga positif. Emosinya juga

positif. Tingkah lakunya juga positif.

6

Page 8: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

Sikapnya yang positif itu diterjemahkan ke dalam cara

berfikir dan tingkah laku yang positif juga. Begitulah

juga sebaliknya. Jadi, dalam erti kata yang lain, sikap

dan tingkah laku seseorang itu hanya menggambarkan

konsep-dirinya.

Sumber pertama konsep-diri seseorang adalah

pendapat orang-orang lain berkenaan dirinya,

sebagaimana yang didengarnya melalui apa yang

mereka ucapkan. Sebagai contoh, apabila seseorang itu

sering mendengar individu lain memujinya sebagai

orang pintar, maka timbul keyakinan dalam dirinya

bahawa dia seorang yang pintar.

Seseorang itu mengetahui apa tanggapan orang

terhadap dirinya daripada cara bagaimana individu lain

bercakap kepadanya dan daripada cara bagaimana

mereka melayannya. Seseorang murid tahu bahawa

gurunya menganggap dia murid pintar apabila gurunya

memujinya sebagai murid pintar. Hadiah dan label

yang mengiktiraf kepintarannya juga memberi kesan

yang serupa.

Apabila individu yang penting mempunyai tanggapan

positif terhadap seseorang, anggapan itu tergambar

pada kata-kata dan cara mereka melayan individu itu.

Daripada kata-kata dan layanan orang kepadanya,

barulah seseorang itu dapat membina konsep-dirinya.

Apabila seseorang itu dilayan dengan cara positif, dia

akan membina konsep-diri yang positif, dan begitulah

sebaliknya.

Di sekeliling seseorang individu itu terdapat ramai

orang, tetapi tidak semua individu mempunyai

pengaruh yang sama kuatnya ke atas konsep-diri

individu itu. Individu yang penting sebagai sumber imej

diri adalah ibu bapa, adik beradik, guru-guru, sahabat

handai, rakan sejawat dan pasangan hidupnya.

7

Page 9: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

Pakar psikologi sudah mengenal pasti bahawa bagi

kanak-kanak dan remaja, kata-kata serta layanan

daripada ibu bapa, guru dan rakan sebaya adalah

sumber utama konsep-diri mereka.

Ibu bapa dan guru perlu menjaga kata-kata yang

mereka ucapkan kepada kanak-kanak supaya tidak

mengandungi unsur-unsur penilaian negatif seperti

yang terdapat pada perkataan jahat, nakal, degil,

bodoh, lembap, malas dan banyak lagi perkataan-

perkataan negatif lain.

Kata-kata negatif yang ditujukan kepada kanak-kanak

menyebabkan kanak-kanak itu membina konsep-diri

negatif. Apabila kanak-kanak mendengar ibunya

memarahinya dengan berkata, “Kenapa kamu nakal

sangat?” nanti anaknya akan berkata kepada dirinya

sendiri, “Aku budak nakal.”

Sumber kedua konsep-diri adalah bagaimana seseorang

itu membandingkan dirinya dengan individu lain di

sekelilingnya. Dengan cara itu individu lain berfungsi

sebagai sumber konsep-diri yang utama.

Apabila seseorang itu hendak mengetahui sejauh mana

dirinya mempunyai sesuatu bakat dan kebolehan, maka

dia dapat membandingkan dirinya dengan individu lain

di sekelilingnya. Siapakah yang lebih berbakat – dia

ataupun mereka. Seorang pemain bola dapat

membandingkan dirinya dengan pemain-pemain bola

lain, daripada situ dia dapat mengukur sejauh mana

bakatnya.

Seseorang individu itu memang dapat mengukur

bakatnya sendiri, sebagai contoh dia dapat mengukur

apakah dia mempunyai bakat melukis ataupun tidak.

Barangkali, berdasarkan penilaiannya sendiri dia

menganggap dia mempunyai bakat melukis yang baik,

tetapi sesudah dia membandingkan pencapaiannya

8

Page 10: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

dengan pencapaian individu lain, dia mungkin

mendapat gambaran baru berkenaan bakatnya,

umpamanya dia mendapati bakatnya tidak sebaik bakat

individu itu. Seseorang itu dapat membandingkan

dirinya melalui pelbagai cara, salah satu cara adalah

dengan menyertai pertandingan dan perlawanan.

Satu lagi sumber konsep-diri yang penting adalah

kumpulan yang dianggotai oleh seseorang itu. Kita

terdorong memasuki kumpulan kecil disebabkan kita

memerlukan individualiti dan identiti yang diperoleh

dengan cara membandingkan kumpulan yang kita

anggotai dengan kumpulan lain.

Dengan itu kumpulan yang kita anggotai menjadi

sebahagian daripada apa yang disebut psychological-

self. Setiap individu mempunyai keperluan-keperluan

yang saling bertentangan. Dengan menganggotai

kumpulan kecil seseorang itu dapat memenuhi dua

keperluan yang bertentangan.

Manusia ingin mengekalkan individualitinya dan

menjadi dirinya sendiri dengan menonjolkan

keistimewaan-keistimewaan yang ada pada dirinya,

yang membezakannya daripada manusia lain. Tetapi

manusia juga perlu hidup berkumpulan dan

bermasyarakat. Apabila dia menganggotai kumpulan

yang terlalu besar sahaja, seperti menjadi anggota

persatuan yang anggotanya beribu orang, dia

kehilangan individualitinya.

Dengan menganggotai kumpulan kecil yang amat

berbeza daripada kumpulan lain dia dapat memenuhi

kedua-dua keperluan itu serentak. Semakin kecil saiz

kumpulan itu semakin ia dapat menjadi sebahagian

daripada imej dirinya dan konsep-dirinya. Contoh-

contoh kumpulan kecil adalah geng motosikal, geng

lepak, kumpulan penari, pasukan bola, kumpulan

pelepak internet dan lain-lain.

9

Page 11: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

• BAB 2 •

APA ITU KONSEP-DIRI

Page 12: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

BAB 2

Apa Itu Konsep-Diri

Tugas utama guru kelas corot adalah perlahan-lahan

mendorong pelajar-pelajarnya mengubah konsep-diri

mereka daripada konsep-diri negatif kepada konsep-

diri positif.

Konsep-diri pelajar-pelajar kelas corot mempengaruhi

sikap, cara berfikir, emosi dan tingkah laku mereka.

Disebabkan konsep-diri mereka itu negatif maka

mereka melakukan banyak perkara-perkara yang

negatif.

Jadi, langkah pertama mendorong pelajar kelas corot

adalah dengan mengubah konsep-diri mereka yang

negatif itu. Kemudian dengan sendirinya sikap, cara

berfikir dan tingkah laku mereka akan berubah kepada

yang positif.

Tetapi, apakah itu yang dikatakan konsep-diri?

Teori self-concept atau istilah bahasa Melayunya teori

konsep-diri adalah salah satu teori yang sangat penting

aplikasinya dalam psikologi kejayaan. Ada kalanya

konsep-diri disebut juga dengan istilah self-image atau

imej-diri.

Setiap orang mempunyai konsep-diri. Dalam erti kata

yang mudah, setiap orang tahu siapa dirinya. Kita tahu

siapa diri kita. Sebagai pelajar yang bernama Ahmad

tahu dia seorang lelaki, seorang Melayu, seorang

remaja, seorang Islam, seorang anak, seorang abang

dan banyak lagi konsep-diri.

11

Page 13: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

Teori konsep-diri mula dibincangkan oleh pakar-pakar

psikologi Barat sejak seratus tahun dahulu. Jadi, teori

ini sudah sangat tua usianya. Namun sehingga hari ini

teori ini masih digunakan bagi pelbagai tujuan,

khususnya dalam bidang pendidikan.

Konsep-diri adalah ‘apa kita fikir tentang diri kita

sendiri.’ Konsep-diri seseorang menjawab pertanyaan,

Aku ini siapa? Seseorang mungkin menjawab

pertanyaan itu dengan berkata, Aku seorang Melayu,

seorang seniman, seorang ayah, seorang yang

pemaaf, suka bekerja bersendirian dan seterusnya.

Jawapan seperti ini menunjukkan seseorang itu

mempunyai banyak konsep-diri, yakni sebanyak mana

dia menilai dirinya.

Teori konsep-diri ini adalah teori asas bagi memahami

tingkah laku diri kita sendiri mahupun tingkah laku

orang-orang lain. Di dalam bilik darjah, teori ini sangat

berguna bagi memahami tingkah laku pelajar, yakni

mengapa pelajar melakukan apa yang mereka lakukan.

12

C o n t o h m a k l u m a t t e n t a n g d i r i s e n d i r i :

Aku perempuan

Aku remaja

Aku pelajar sekolah menengah

Aku pelajar kelas corot

Aku ketua geng kawan-kawan sekolahku

Aku rajin di rumah

Aku penyabar dengan adik-adikku

Aku suka menyanyi

Aku tidak suka membaca buku teks

Aku suka membaca novel cinta

Aku bercita-cita mahu penyanyi dan membuka kedai

muzik

Page 14: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

Pada awal teori ini dicipta oleh pakar-pakar psikologi,

apabila pakar mahu mengetahui apa konsep-diri

seseorang itu, si pakar akan meminta orang itu

menjawab soalan “Siapakah aku?” Jadi orang itu

mungkin menjawab dengan menyenaraikan pelbagai

maklumat tentang dirinya.

Dengan berkembangnya teori konsep-diri ini, soalan

“Siapakah aku?” ditukar kepada bentuk-bentuk lain

yang lebih sesuai bagi mendapatkan gambaran konsep-

diri seseorang itu. Pada masa ini soalan yang lebih

banyak digunakan adalah “Aku ini siapa?” Suatu

kaedah yang lebih baru adalah orang itu diminta

memberi 20 jawapan yang berlainan kepada soalan

“Aku ini siapa?”

Pelajar-pelajar kelas cemerlang bertingkah laku sebagai

pelajar kelas cemerlang. Sebagai contoh, mereka tidak

ponteng dan tidak tidur di dalam kelas. Pelajar-pelajar

kelas corot bertingkah laku sebagai pelajar kelas corot.

Sebagai contoh mereka ponteng dan tidur di dalam

kelas.

Cara berfikir dan tingkah laku seseorang itu amat

dipengaruhi oleh konsep-dirinya, dalam lain perkataan

seseorang itu hanya melakonkan konsep-dirinya.

Seseorang yang mempunyai konsep-diri positif

bertingkah laku positif, dan begitu juga sebaliknya.

Disebabkan pelajar kelas cemerlang mempunyai

konsep-diri positif, maka mereka berfikir dan

bersikap positif terhadap guru dan pelajaran.

Disebabkan pelajar-pelajar kelas corot mempunyai

konsep-diri negatif, maka mereka berfikir dan

bersikap negatif terhadap guru dan pelajaran

Seorang yang berkata kepada dirinya sendiri, “Aku ini

orang yang amat kreatif.” akan bertingkah laku

sebagai orang yang kreatif, manakala seorang yang

13

Page 15: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

berkata kepada dirinya sendiri, “Aku ini orang happy-

go-lucky.” akan bertingkah laku tidak serius dan kurang

bertanggungjawab, yakni selaras dengan konsep-dirinya

yang ‘happy-go-lucky’ itu.

Seseorang itu hanya mengubah tingkah lakunya

sesudah dia mengubah konsep-dirinya terlebih dahulu.

Ini bererti guru yang mahu mendorong pelajar-pelajar

kelas corot supaya mengubah tingkah lakunya perlu

terlebih dahulu mendorong mereka supaya mengubah

konsep-diri mereka yang negatif menjadi positif.

Menurut pakar-pakar psikologi, kanak-kanak yang

mempunyai konsep-diri “Aku budak pandai.”

cenderung kekal dengan konsep-dirinya itu sepanjang

usianya. Perkara ini penting diingat oleh ibu bapa dan

guru-guru. Disebabkan kata-kata yang diucapkan oleh

ibu bapa dan guru-guru sangat mempengaruhi konsep-

diri kanak-kanak, ini bermakna konsep-diri kanak-

kanak cenderung berkekalan sepanjang hayat.

Selagi konsep-diri negatif pelajar corot itu tidak

berubah, selagi itulah mereka akan terus bertingkah

laku secara negatif. Ini disebabkan konsep-diri

seseorang itu mempengaruhi tingkah laku, baik pada

masa sekarang mahupun pada masa akan datang.

Sebagai contoh, apabila konsep-diri individu itu

mengatakan dia seorang yang pintar, dia akan

bertingkah laku sebagai orang yang pintar, baik

sekarang mahupun pada masa hadapan.

14

Page 16: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

Dengan membaca apa yang dituliskan oleh pelajar-

pelajar itu guru dapat membuat penilaian sama ada

seseorang pelajar itu mempunyai konsep-diri yang

positif ataupun negatif.

15

…................. Borang Aktiviti Konsep-Diri...........

Nama saya: ….......................................

S a y a s e o r a n g :1. …...........................................................

2. …...........................................................

3. …............................................................

4. …...........................................................

5. …...........................................................

6. …...........................................................

7. …...........................................................

8. …............................................................

9. …............................................................

10. …...........................................................

11. …...........................................................

12. …............................................................

13. …............................................................

14. …...........................................................

15. …...........................................................

16. …...........................................................

17. …...........................................................

18. …............................................................

19. …...........................................................

20.…...........................................................

Page 17: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

• BAB 3 •

BAGAIMANA KONSEP-DIRI

Page 18: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

BAB 3

Bagaimana Konsep-Diri Tercipta

Konsep-diri yang positif menerbitkan sikap, cara

berfikir dan tingkah laku yang positif. Begitu juga

sebaliknya. Bagi mengubah tingkah laku negatif pelajar-

pelajar corot, caranya adalah dengan mendorong

mereka supaya mengubah konsep-diri mereka dari

yang negatif kepada yang positif.

Tetapi, dari manakah datangnya konsep-diri negatif

pelajar-pelajar corot itu? Apabila seseorang pelajar itu

mempunyai anggapan bahawa dirinya adalah seorang

pelajar yang pandai, apakah dia dengan sedar sengaja

mencipta anggapan seperti itu berkenaan dirinya?

Apakah seseorang itu secara sedar dan dengan sengaja

dia memilih-milih semua anggapannya terhadap

dirinya sendiri?

Katakanlah, kita menganggap diri kita seorang yang

tidak cantik ataupun tidak tampan, apakah tanggapan

itu kita cipta sendiri dengan melihat kepada muka dan

bentuk badan kita?

Menurut pakar-pakar psikologi, kita tidak membina

konsep-diri kita sendiri, atas kemahuan kita sendiri.

Konsep-diri kita bukan hanya apa yang kita cipta untuk

diri kita. Orang-orang lain di sekeliling kita memainkan

peranan penting ke atas konsep-diri kita. Mereka

menjadi sumber konsep-diri kita. Ini berlaku apabila

kita mendengar apa yang dikatakan oleh mereka

berkenaan diri kita.

Kita di kelilingi oleh banyak orang. Sebahagian

17

Page 19: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

daripada mereka itu adalah orang-orang yang penting

dalam hidup kita, seperti ibu bapa kita dan guru-guru

kita. Kata-kata mereka itu memainkan peranan penting

ke atas konsep-diri kita.

Sebahagian daripada orang-orang yang ada di sekeliling

kita tidak memainkan peranan penting dalam

kehidupan kita. Disebabkan mereka tidak penting, kata-

kata mereka tidak meninggalkan kesan ke atas konsep-

diri kita.

Semasa seseorang itu masih kecil, konsep-dirinya

sangat dipengaruhi oleh kata-kata dan maklum balas

daripada kedua ibu bapanya. Begitu juga dengan kata-

kata dan maklum balas anggota-anggota keluarga yang

lain seperti adik-beradik dan datuk serta nenek.

Konsep-diri kanak-kanak sangat dipengaruhi oleh kata-

kata yang diucapkan oleh:

Kanak-kanak yang selalu diberi pujian bahawa dia

seorang anak yang rajin mempunyai konsep-diri dia

adalah seorang kanak-kanak yang rajin, begitu juga

sebaliknya. Malah kajian menunjukkan terdapat kaitan

yang sangat rapat antara persepsi kanak-kanak

terhadap apa sikap ibu bapa mereka kepada dirinya

dengan persepsi kanak-kanak itu terhadap diri mereka

sendiri.

Ertinya, kanak-kanak yang percaya ibu bapanya

menganggap dirinya rajin akan mempunyai konsep-diri

18

✦Ibu bapa✦Adik beradik✦Datuk dan nenek✦Pembantu rumah✦Pengasuh di pusat jagaan✦Guru tadika✦Rakan di tadika

Page 20: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

bahawa dia adalah seorang yang rajin. Begitu juga

sebaliknya.

Banyak ibu bapa sudah mengetahui peri pentingnya

mereka mengucapkan kata-kata positif kepada anak-

anak mereka. Budaya memuji anak-anak kecil sudah

menjadi amalan lazim dalam keluarga di mana ibu

bapanya mempunyai berpelajaran.

Majoriti anak-anak dari keluarga berpelajaran sedari

kecil sudah diasuh supaya mempunyai konsep-diri yang

sangat positif. Namun konsep-diri positif kanak-kanak

itu boleh rosak apabila anak-anak mereka mula

memasuki alam tadika dan persekolahan.

Pada waktu itu tiada jaminan guru-guru tadika dan

guru-guru sekolah tidak mengucapkan kata-kata yang

19

Contoh kata-kata positif yang kerap diucapkan oleh ibu-

ibu kepada anak-anak kecil mereka:

“Baiknya anak ibu.”

“Pandainya anak emak.”

“Cerdiknya anak ayah.”

“Bagusnya!”

“Cantiknya!”

“Manisnya.”

“Ibu suka!”

Anak-anak yang selalu mendengar kata-kata seperti di atas

dari mulut ibu bapa mereka akan mempunyai konsep-diri:

Aku budak baik.

Aku budak pandai.

Aku budak cerdik.

Aku budak bagus.

Aku budak cantik.

Aku budak manis.

Ibu ku suka aku.

Page 21: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

salah, yang boleh menyebabkan kecederaan ke atas

konsep-diri positif kanak-kanak.

Apabila kanak-kanak sudah pergi ke tadika dan sekolah,

konsep-diri mereka sangat dipengaruhi oleh:

Guru-guru

Rakan sekolah

Rakan sebaya

Guru-guru tadika dan sekolah boleh merosakkan

konsep-diri positif kanak-kanak apabila mereka

mengucapkan kata-kata seperti:

“Kenapa kamu jahat?”

“Jangan nakal-nakal.”

“Jangan suka buat jahat pada kawan.”

“Tak baik jadi budak jahat.”

“Siapa ajar kamu jadi jahat?”

“Jangan malas-malas.”

“Kamu tak pandai.”

“Kamu tak tahu.”

“Kamu lemah.”

Kanak-kanak yang kerap mendengar kata-kata seperti

itu diucapkan kepadanya oleh pengasuh dan guru-

gurunya akan perlahan-lahan menukar konsep-dirinya

yang positif menjadi negatif:

Aku budak jahat.

Aku budak nakal.

Aku suka buat jahat kepada kawan.”

Aku pemalas.

Aku tidak pandai.

Aku lemah.

Apabila dewasa, konsep-diri seseorang itu sangat

20

Page 22: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

dipengaruhi oleh:

Ketua-ketua di tempat kerja

Rakan sekerja

Rakan sebidang

Jiran tetangga

Rakan dalam persatuan dan kelab

Kekasih

Pasangan dalam perkahwinan

Menurut pakar-pakar psikologi, meskipun kita

membina konsep-diri kita sendiri, tetapi proses itu

berlaku tanpa kita sedari. Ia berlaku secara bawah-

sedar. Ia adalah proses senyap yang berlaku sangat

perlahan-lahan.

21

Page 23: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

• BAB 4 •

KEPERCAYAAN ADALAH BATU

Page 24: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

BAB 4

Kepercayaan adalah Batu Bata Konsep-Diri

Konsep-diri mempunyai kaitan yang kuat dengan

kejayaan di dalam bilik darjah. Pelajar yang mendapat

markah akademik cemerlang mempunyai konsep-diri

positif. Manakala pelajar yang gagal mempunyai

konsep-diri negatif.

Istilah lain bagi konsep-diri adalah imej-diri. Setiap

individu mempunyai imej tentang dirinya. Imej itulah

yang dikatakan konsep-diri. Imej-diri seseorang itu

terbina daripada segala emosi dan fikirannya terhadap

segala bakat, keupayaan, keistimewaan, kekuatan,

kelemahan dan kekurangan-kekurangan yang ada pada

dirinya.

Konsep-diri adalah asas personaliti seseorang. Apabila

seseorang itu mengubah konsep-dirinya, personalitinya

akan berubah. Apabila personalitinya berubah,

sikapnya berubah. Apabila sikapnya berubah, tingkah

lakunya pun berubah selaras dengan konsep-dirinya

yang baru itu.

Sehingga hari ini pakar-pakar psikologi masih belum

dapat membuktikan yang mana menyebabkan yang

mana. Apakah disebabkan seseorang pelajar itu

mempunyai konsep-diri positif maka dia menjadi

cemerlang dalam pelajaran akademiknya, ataupun

apakah disebabkan dia cemerlang dalam pelajaran

akademiknya maka konsep-dirinya menjadi positif.

Pertalian antara konsep-diri positif dengan kejayaan

adalah sangat jelas. Pelajar kelas cemerlang mempunyai

23

Page 25: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

konsep-diri positif. Pelajar kelas corot mempunyai

konsep-diri negatif. Ini mempunyai pengaruh besar ke

atas bagaimana guru-guru kelas corot dapat mendorong

pelajar mengubah konsep-diri mereka yang sekarang

negatif supaya perlahan-lahan menjadi positif.

Konsep-diri seseorang itu adalah gabungan segala

macam kepercayaan berkenaan dirinya sendiri,

termasuk semua kepercayaan tentang sifat semula jadi

dirinya, ciri-ciri unik peribadinya dan tingkah lakunya.

Sebahagian daripada kepercayaan itu adalah aspek-

aspek positif, seperti:

Aku percaya aku anak yang baik

Aku percaya aku murid yang baik

Aku percaya aku pelajar yang suka belajar

Aku percaya aku budak rajin

Aku percaya aku remaja baik

Aku percaya aku baik hati

Aku percaya aku pelajar yang suka tolong cikgu

Aku percaya aku pandai menyanyi

Aku percaya aku seorang yang banyak kawan

Aku percaya kawan-kawanku menyukai diriku

24

Page 26: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

Dalam bahasa yang lebih mudah, konsep-diri seseorang

itu adalah perkara-perkara yang dia percaya berkenaan

dirinya. Sebagai contoh, dia percaya dirinya seorang

yang pandai, baik, penyabar dan lain-lain. Kepercayaan

seperti itu bukan anugerah Tuhan. Tidak ada manusia

yang lahir dengan kepercayaan dia seorang murid

pandai ataupun murid bodoh.

Kepercayaan seseorang terhadap siapa dirinya yang

sebenar adalah sesuatu yang dipelajari daripada

sumber-sumber seperti:

Peristiwa-peristiwa yang pernah dialaminya

Contoh peristiwa:

Ahmad pernah menang peraduan bersyarah. Akibatnya

dia percaya dia mempunyai bakat menjadi peguam.

Kata-kata yang pernah didengar dari mulut

ibu bapanya

25

Sebahagian daripada kepercayaan itu adalah aspek-aspek

negatif, seperti:

Aku percaya aku tidak cantik

Aku percaya aku bukan budak pandai

Aku percaya aku bodoh matematik

Aku percaya cikgu tidak suka aku

Cikgu kata aku pemalas, aku percaya aku pemalas.

Aku percaya aku seorang yang pemalu

Aku percaya aku tidak mempunyai keistimewaan

Aku percaya budak-budak lain lebih pandai daripada

aku

Aku memang tidak tahu apa bakatku

Aku rasa aku selalu menyusahkan cikgu

Aku cuma memalukan ibu bapaku

Aku percaya ibu bapaku tidak mempunyai harapan aku

akan jadi orang berjaya

Page 27: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

Contohnya:

Ayah Ahmad pernah berkata kepadanya, “Kamu

mempunyai bakat berpidato macam arwah atuk kamu.”

Kata-kata yang pernah didengar dari mulut

guru-gurunya

Contohnya:

Guru Ahmad pernah berkata kepadanya, “Kamu

memang pandai bersyarah. Satu hari nanti saya akan

pilih kamu mewakili sekolah dalam peraduan syarahan

antara sekolah-sekolah. Dsaya yakin kamu boleh

menang.”

Kata-kata yang pernah didengar dari mulut

kawan-kawannya

Contohnya:

Kawan baik Ahmad pernah berkata kepadanya, “Saya

teringin mahu jadi macam kamu. Kamu berani naik

pentas, bersyarah macam orang dewasa. Saya pun

mahu belajar bersyarah macam kamu juga, tapi saya

malu naik pentas.”

Pelajar-pelajar yang dikumpulkan di dalam kelas corot

percaya dirinya adalah pelajar bodoh, padahal dia

mungkin bukan pelajar bodoh. Memang ada kes di

mana pelajar di dalam kelas corot berjaya lulus

peperiksaan dengan mendapat markah cemerlang.

Tugas paling penting guru kelas corot adalah

mendorong pelajar-pelajar mengubah kepercayaan-

kepercayaan negatif mereka terhadap diri mereka

sendiri. Jika sekarang mereka percaya mereka pelajar

bodoh, guru perlu mendorong mereka supaya

memadamkan kepercayaan itu.

26

Page 28: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

• BAB 5 •

KONSEP-DIRI MELALUI KACA

Page 29: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

BAB 5

Konsep-Diri Melalui Kaca Mata Orang Lain

Ibu bapa, adik-beradik, guru-guru dan kawan-kawan

kita sentiasa memerhatikan semua tingkah laku kita.

Orang-orang di sekeliling kita dapat melihat diri kita

sebagaimana yang orang lain melihatnya, iaitu

sebagaimana yang mereka nampak dan mengenali diri

kita. Mereka sentiasa memerhatikan tingkah laku kita.

Apa sahaja yang kita lakukan dan katakan sentiasa

dinilai oleh orang lain. Ada kalanya mereka menyatakan

pendapat mereka berkenaan diri kita. Kadang-kadang

mereka mengatakan dengan jelas dan berterus terang,

tetapi ada kalanya mereka menyatakannya dengan cara

yang halus dan tersirat. Dengan memberi perhatian dan

bersikap terbuka terhadap segala pendapat orang lain

berkenaan diri dan segala perbuatan kita, kita dapat

mengenal diri kita sendiri dengan lebih baik lagi.

Orang-orang lain bukan hanya memerhatikan kita dari

jauh secara pasif. Mereka juga bereaksi kepada diri kita.

Ada masanya reaksi mereka itu positif. Reaksi positif

mencipta konsep-diri positif. Manakala ada masanya

reaksi mereka adalah negatif. Reaksi negatif mencipta

konsep-diri negatif.

Orang-orang di sekeliling kita juga membuat komen-

komen berkenaan diri kita dan tingkah laku kita.

Komen-komen mereka itu adalah maklum balas. Sama

ada secara langsung ataupun tidak langsung, daripada

kata-kata yang mereka ucapkan itu, mereka

memberitahu kita apa yang mereka fahami tentang diri

kita. Sebahagian maklum balas mereka adalah positif,

manakala ada antara maklum balas yang negatif.

28

Page 30: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

Melalui kata-kata yang mereka ucapkan, kita dapat

mengenali siapa diri kita. Sebagai contoh kita tahu

bahawa kita seorang yang pandai disebabkan ada

orang-orang yang berkata kepada kita, “Kamu pandai.”

Pelajar-pelajar kelas corot mempunyai konsep-diri

negatif disebabkan oleh kata-kata dan layanan negatif

yang mereka terima dari orang-orang lain, khususnya

daripada guru-guru mereka.

Contoh layanan negatif yang diberikan kepada pelajar-

pelajar kelas corot:

Tingkah laku guru-guru berbeza apabila mereka

memasuki kelas cemerlang dan kelas corot.

Bagi kesalahan yang sama, hukuman yang

dikenakan kepada pelajar kelas corot adalah lebih

keras dan lebih berat dibandingkan dengan

kesalahan yang dilakukan oleh pelajar kelas

cemerlang.

29

Contoh-contoh reaksi positif:

Memberi senyuman

Menyapa

Bertanya khabar

Memberi salam

Mengajak berbual-bual

Memuji

Memberi hadiah

Membelanja makan

Mengajak datang ke rumah

Contoh-contoh reaksi negatif:

Memberi muka masam

Memalingkan muka

Tidak menyapa

Tidak memberi salam

Pura-pura tidak nampak

Buat tidak tahu

Tidak mempedulikan

Page 31: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

Contoh kata-kata negatif yang diucapkan kepada

pelajar-pelajar kelas corot:

“Kamu jangan memalukan sekolah kita.”

“Sesiapa yang melanggar peraturan sekolah akan

dikenakan hukuman di hadapan perhimpunan.”

Baik kata-kata mahupun layanan, semua itu adalah

maklum balas yang memainkan peranan penting dalam

pembentukan konsep-diri kita.

Sesetengah maklum balas memberitahu bahawa kita

seorang yang mempunyai ciri-ciri fizikal yang cantik

dan elok:

“Sekarang kamu sudah kurus.”

“Hidung kamu mancung macam hidung Arab.”

“Merdunya suara kamu.”

“Cantiknya rambut kamu.”

“Mata kamu bulat.”

“Rupa kamu macam orang Jepun.”

“Tingginya kamu.”

“Saya sangka kamu budak sekolah.”

“Manisnya senyuman kamu.”

Maklum balas seperti itu adalah maklum balas yang

positif. Sama ada betul ataupun tidak berapa betul,

kata-kata seperti itu sentiasa kita suka mendengarnya.

Kata-kata begitu juga sangat menaikkan perasaan

yakin-diri kita.

Sebagai contoh, pada mulanya kita mungkin tidak

berapa yakin kita seorang yang macam Jepun. Selepas

mendengar orang mengatakan wajah kita iras-iras

macam Jepun, kita menjadi yakin bahawa memang

wajah kita macam Jepun.

30

Page 32: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

Disebabkan ciri-ciri Jepun adalah ciri-ciri yang

dianggap positif, maka komen yang mengatakan kita

macam Jepun membuat kita berasa suka dan seronok

dengan keadaan fizikal kita itu. Perasaan suka dan

seronok itu menaikkan self-esteem kita. Seterusnya ia

menaikkan yakin-diri kita.

Dengan self-esteem dan yakin-diri yang tinggi, kita

menjadi berani berjumpa orang, maju ke hadapan,

angkat tangan, naik ke pentas dan lain-lain aktiviti yang

menghendaki kita berinteraksi secara terbuka, ataupun

yang memerlukan kita berdiri di hadapan orang ramai.

Sesetengah kata-kata dari orang di sekeliling kita

memberitahu bahawa kita seorang yang mempunyai

ciri-ciri fizikal yang tidak cantik dan tidak elok:

“Kamu sudah gemuk!”

“Mata kamu sepet.”

“Suara kamu tidak sedap.”

“Pinggang kamu besar.”

“Kulit kamu gelap.”

Di dalam kelas corot, pelajar-pelajar sangat kurang

menerima maklum balas positif berkenaan penampilan

fizikal mereka. Bagi remaja, penampilan fizikal adalah

sumber self-esteem yang sangat penting. Mereka sangat

terkesan oleh apa yang rakan-rakan sebaya mereka fikir

tentang penampilan mereka.

Guru-guru kelas corot boleh mengucapkan kata-kata

yang positif terhadap penampilan fizikal pelajar.

Dengan memberikan maklum balas positif itu pelajar

akan berasa sangat seronok. Pelajar akan cepat

menyukai diri guru. Apabila pelajar suka kepada guru,

sikapnya kepada gurunya akan menjadi positif juga.

Dalam keadaan begitu pelajar mudah mematuhi

suruhan guru supaya belajar lebih rajin.

31

Page 33: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

Tidak semua pelajar kelas corot memiliki penampilan

yang lawar dan cantik. Mereka yang kurang dari segi

fizikal sangat memerlukan maklum balas yang positif

supaya mereka berasa selesa dengan keadaan fizikal

mereka.

Teknik memberi maklum balas positif:

Langkah 1: Pilih 1 sahaja aspek fizikal pada diri pelajar

itu.

Langkah 2: Puji aspek itu.

Contoh aspek fizikal yang mudah dilihat:

Gaya sikat rambutnya yang kemas

Matanya yang bulat

Jari-jarinya yang cantik

Giginya yang putih

Tahi lalatnya yang menarik

Bajunya yang segak

Suaranya yang terang dan jelas

Badannya yang tinggi lampai

Air mukanya yang manis

Wajahnya yang lembut

Cara dia berdiri yang kelihatan segak

Cara dia duduk yang tertib

Sesetengah kata-kata yang diucapkan oleh orang-orang

di sekeliling kita memberitahu bahawa kita seorang

yang mempunyai bakat yang bagus:

“Saya suka lukisan kamu. Sungguh cantik.”

“Kamu mempunyai suara yang sesuai untuk iklan

televisyen.”

“Kamu pandai ambil foto.”

“Kamu boleh jadi pengarang novel.”

“Kalau kamu belajar berniaga, kamu boleh buka

salun kecantikan.”

32

Page 34: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

Sesetengah kata-kata mereka memberitahu bahawa kita

seorang yang mempunyai sikap yang bagus:

“Baiknya hati kamu.”

“Kamu sungguh tekun.”

“Pandai kamu tolong ibu.”

“Bersihnya bilik kamu.”

“Kamu rajin membaca.”

“Cepatnya kamu khatam al-Quran.”

“Bagusnya, kamu sayang haiwan.”

“Kemasnya pakaian kamu.”

Sesetengah kata-kata mereka memberitahu bahawa kita

seorang yang mempunyai sikap yang tidak bagus:

“Kenapa kamu pemalu sangat?”

“Jangan jadi pemalas.”

“Kamu perlu rajin berusaha.”

“Jangan cepat putus asa.”

“Tidak baik kamu suka marah-marah.”

“Jangan jadi orang bakhil.”

“Sabar. Jangan terburu-buru.”

“Kamu perlu jadi orang yang ikhlas.”

“Jangan berdengki.”

“Kalau kamu sopan, semua orang suka.”

Jelas sekali kata-kata orang lain tentang diri kita

mencerminkan bagaimana mereka menilai dan

mentafsirkan tingkah laku kita. Penilaian orang lain

tentang siapa kita tidak semestinya betul dan tepat.

Sebahagian daripada penilaian mereka itu mungkin

betul, sebahagian lagi belum tentu betul.

Meskipun penilaian orang-orang lain itu belum tentu

betul, tetapi kita mungkin percaya kata-kata yang

mereka ucapkan itu betul. Ini berlaku baik penilaian itu

positif mahupun negatif.

Sebagai contoh, dalam realiti kita mungkin memiliki

33

Page 35: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

sedikit bakat menyanyi. Tetapi disebabkan kawan-

kawan banyak kali mengatakan kita pandai menyanyi

maka kita percaya kita mempunyai bakat menyanyi

yang tinggi, lama-kelamaan kita mula yakin kita

mempunyai peluang menjadi penyanyi. Dengan

keyakinan itu kita mula mengambil langkah mengikuti

latihan menyanyi.

Keadaan yang sebaliknya juga boleh berlaku. Kita

mungkin mempunyai bakat menyanyi yang baik. Tetapi

disebabkan kita pernah mendengar kata-kata orang lain

yang mengatakan kita tidak pandai menyanyi, lalu kita

percaya kepada kata-kata orang itu.

Ibu bapa dan guru-guru adalah orang-orang yang

sangat penting dalam kehidupan kanak-kanak dan

remaja. Mereka sangat mempercayai penilaian orang-

orang ibu bapa dan guru-gurunya mereka. Meskipun

penilaian mereka tidak berapa betul, namun mereka

percaya penilaian itu betul. Lalu mereka menjadikan

kata-kata ibu bapa dan guru-guru sebagai asas konsep-

diri mereka.

34

Page 36: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

• BAB 6 •

LABEL DAN KONSEP-DIRI

Page 37: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

BAB 6

Label dan Konsep-Diri

Dr. Denis Waitley dalam bukunya The Psychology Of

Winning (1979) menyebut suatu eksperimen yang

pernah dilakukan oleh seorang guru sekolah rendah

bagi melihat sejauh mana kesan perubahan konsep-diri

ke atas prestasi akademik murid-muridnya.

Dengan izin ibu bapa, guru itu memberitahu murid-

muridnya konon ‘kajian terbaru ahli-ahli sains

mendapati kanak-kanak bermata biru mempunyai

bakat belajar yang lebih tinggi daripada kanak-kanak

bermata perang.’ Kemudian guru itu menggantungkan

pada leher sekumpulan muridnya label ‘MATA BIRU’

manakala pada leher sekumpulan muridnya yang lain

digantungkan label ‘MATA PERANG.’

Selepas beberapa minggu prestasi pelajar yang

kononnya bermata perang merosot dengan ketara sekali

manakala prestasi mereka yang kononnya bermata biru

naik dengan mendadak. Kemudian si guru membuat

pengumuman yang mengejutkan. Dia memberitahu

murid-muridnya dia silap!

Kajian ahli-ahli sains itu sebenarnya mendapati kanak-

kanak yang bermata perang adalah yang lebih pandai.

Dengan serta-merta prestasi mereka yang kononnya

bermata perang naik mendadak manakala prestasi

mereka yang kononnya bermata biru jatuh menjunam.

Jenis label yang banyak digunakan adalah perkataan-

perkataan yang kita gunakan bagi menerangkan apa

pandangan dan penilaian kita terhadap seseorang itu.

Jadi, ada label yang positif dan ada label yang negatif.

36

Page 38: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

Dalam ayat-ayat di bawah ini ada perkataan yang

berfungsi sebagai label:

“Ahmad pelajar cemerlang.”

“Roslan pelajar pintar.”

“Farah pelajar cerdik.”

“Hassan pelajar sederhana.”

“Ramli pelajar kelas ga-lus (gagal-lulus)”

“Aini pelajar kelas harapan.”

“Fatin pelajar kumpulan kritikal.”

“Farhan pelajar bermasalah.”

“Sarah murid lembam.”

“Danial murid istimewa.”

Label mempunyai kesan serius ke atas konsep-diri

orang yang diberikan label itu. Label-label yang positif

menyebabkan pelajar mempunyai konsep-diri positif,

manakala label-label negatif mencipta konsep-diri

negatif.

Bagi kanak-kanak dan remaja mereka tidak mempunyai

keupayaan menapis yang mana label positif dan yang

mana label negatif. Mereka terima semua label. Bagi

kanak-kanak, apabila gurunya berkata kepadanya,

“Kamu budak pandai.” dia percaya kata-kata gurunya

itu betul. Apabila gurunya berkata kepadanya, “Kamu

budak degil.” dia juga percaya kata-kata gurunya itu

betul.

37

Page 39: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

Label negatif tidak semestinya menggunakan

perkataan-perkataan negatif. Banyak sekolah

menggunakan nama-nama yang baik bagi menamakan

kelas-kelas corot seperti:

Menggunakan perkataan positif, contohnya 'kelas

rajin', 'kelas usaha', 'kelas harapan' dan lain-lain.

Menggunakan nama tokoh-tokoh sejarah

contohnya Ali, Uthman, Umar, Abu Bakar dan lain-

lain.

Menggunakan ikon-ikon neutral, contohnya nama-

nama warna, bunga, burung dan lain-lain.

Nama-nama itu adalah label. Meskipun pada

permukaannya label-label itu seperti label positif,

namun di dalam kawasan sekolah semua guru, tukang

kebun dan pelajar tahu bahawa label-label positif itu

sebenarnya adalah label negatif.

Walau apa sekalipun nama-nama yang diberikan

kepada kelas corot, pelajar-pelajar kelas corot bahawa

mereka adalah pelajar kelas corot. Mereka tahu mereka

38

Label-label negatif meninggalkan kesan-kesan negatif ke atas

pelajar yang menjadi target label itu:

Dia berasa self-esteem atau maruahnya dijatuhkan

Dia berasa malu

Dia tidak seronok

Dia tidak selesa dengan keadaan dirinya

Percaya-dirinya menurun

Dia mungkin percaya bahawa label negatif itu betul

Dia mula mengambil sikap yang selaras dengan label

negatif itu

Dia mula menunjukkan tingkah laku yang sesuai dengan

label negatif itu

Page 40: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

pelajar kelas corot daripada melihat kawan-kawan

sekelas mereka dan daripada cara guru-guru melayan

mereka.

Pelajar-pelajar kelas corot banyak diberikan label-label

negatif oleh guru-guru mereka. Proses pemberian label

negatif itu berlaku secara tidak disedari oleh guru-guru.

Mereka bercakap kepada pelajar-pelajar itu dengan niat

baik, terutamanya semasa memberi nasihat kepada

mereka. Apa yang berlaku, semasa bercakap memberi

nasihat itu guru-guru mengucapkan perkataan-

perkataan yang berfungsi sebagai label negatif.

Kata-kata nasihat adalah sumber label negatif yang

paling banyak. Sebaliknya, kata-kata pujian,

pengiktirafan dan penghargaan adalah sumber label-

label positif yang paling banyak.

39

Aplikasi dalam bilik darjah:

Guru bertanya kepada pelajar-pelajar kelas corot soalan-

soalan ini:

“Ada berapa kelas tingkatan XXX di sekolah ini?”

“Tahukah kamu mengapa kamu tidak dimasukkan

dalam kelas XXX?”

“Tahukah kamu mengapa kamu semua dikumpulkan

dalam kelas ini?”

“Sukakah kamu dengan nama kelas kamu ini XXX?”

“Mengapa kamu tidak suka?”

“Apa sebab kamu tidak suka?”

Page 41: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

• BAB 7 •

CARA LAMA TIDAK BERKESAN

Page 42: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

BAB 7

Cara Lama Tidak Berkesan

Pihak guru dan pentadbiran sekolah melakukan banyak

usaha bagi menangani isu-isu yang berkaitan dengan

prestasi akademik pelajar-pelajar kelas corot yang

sangat rendah, dan juga isu akhlak mereka. Namun,

hasilnya tidak memuaskan.

Pelajar-pelajar kelas corot, terutamanya di sekolah

menengah, menampakkan banyak sikap dan tingkah

laku negatif seperti:

Ponteng

Datang lambat

Tidak menyiapkan tugasan dan latihan

Tidur dalam kelas

Tidak berminat dengan pelajaran

Tidak hormat guru

Melawan guru

Mencarut

Bising

Merosakkan harta sekolah

Merokok

Membuli guru

Membuli kawan

Bergaduh semasa pelajar

Berkonflik dengan guru

Terlibat dengan kes polis

Akhlak buruk di luar masa sekolah

41

Page 43: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

Antara langkah dan tindakan yang diambil oleh

kementerian dan pengurusan sekolah bagi menangani

isu-isu pelajar kelas corot:

Mewujudkan jawatan kaunselor sekolah

Mewujudkan jawatan guru disiplin

Melaksanakan skim mentor-mentee antara guru

dan pelajar

Menggubal peraturan dan undang-undang disiplin

Menjalankan sesi penghukuman secara terbuka

Menganjurkan kem-kem motivasi

Menganjurkan kem-kem ibadah

Mengundang motivator luar

Menjalin kerjasama dengan pihak polis

Tingkah laku negatif seperti di atas menunjukkan

mereka mempunyai konsep-diri yang negatif.

Disebabkan sikap, cara berfikir dan tingkah laku

seseorang itu datang dari konsep-dirinya, ertinya

apabila guru kelas corot mahu mengubah sikap dan

tingkah laku negatif pelajar-pelajar corotnya itu,

terlebih dahulu guru perlu mendorong pelajar-

pelajarnya supaya mengubah konsep-diri mereka.

42

Strategi yang lazim digunakan oleh guru-guru kelas

corot:

Menggunakan imej guru yang garang Bersikap keras dan tegas Tidak beri muka kepada pelajar Mendenda dan menghukum Mengugut dan mengancam Menakut-nakuti pelajar Marah-marah Menengking dan mengherdik Menyindir Memberi nasihat Berleter Menggunakan imej guru baik Menggunakan ganjaran Berkawan-kawan dengan pelajar Bergaul mesra Bergurau dan berseloroh dalam kelas Merayu-rayu Menggunakan ugutan emosi

Page 44: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

Ini kerana selagi konsep-diri mereka masih kekal

macam yang lama, sikap dan tingkah laku mereka akan

terus kekal macam yang lama. Apabila konsep-diri

mereka sudah berubah barulah sikap dan tingkah laku

mereka berubah.

Mendorong pelajar kelas corot dengan menggunakan

teori konsep-diri adalah sangat berbeza dengan cara-

cara lama mendorong perubahan tingkah laku yang

banyak digunakan sekarang.

Pakar-pakar psikologi mengatakan semua taktik di atas

tidak dapat mendorong pelajar-pelajar corot supaya

mengubah konsep-diri mereka yang negatif kepada

konsep-diri positif. Malah, nasihat-nasihat yang

diberikan dengan niat baik dan ikhlas sekalipun tidak

dapat mengubah konsep-diri negatif orang yang

dinasihati.

Nasihat boleh menyebabkan orang itu semakin

mempertahankan konsep-dirinya yang negatif itu. Ini

kerana di sebalik kata-kata nasihat itu ada maksud

tersirat di mana guru menuduh pelajar itu bukan budak

baik, itu sebabnya dia perlu dinasihati.

Contoh kata-kata nasihat yang mengandungi tuduhan

tersirat:

“Belajar rajin-rajin.”

Tuduhan: Kamu tidak rajin belajar.

“Jangan malas membaca buku.”

Tuduhan: Kamu malas membaca buku.

“Jangan lupa berdoa.”

Tuduhan: Kamu tidak berdoa.

“Dengar nasihat guru.”

Tuduhan: Kamu tidak dengar nasihat guru.

“Baca betul-betul kertas soalan.”

Tuduhan: Kamu tidak baca kertas soalan betul-betul.

43

Page 45: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

“Kamu mestilah mempunyai cita-cita yang bagus.”

Tuduhan: Kamu tidak mempunyai cita-cita yang bagus.

Di sebalik kata-kata nasihat adalah penilaian negatif ke

atas orang yang dinasihati. Tidak ada orang yang suka

dirinya dikenakan penilaian-penilaian negatif.

Tuduhan-tuduhan tersirat tidak dapat menaikkan

percaya-diri. Ia malah menjatuhkan maruah orang yang

dinasihati. Inilah yang menjadi punca mengapa nasihat

yang baik dan ikhlas sekalipun ditolak.

Penggunaan taktik guru yang garang, keras dan tegas

juga tidak dapat mengubah konsep-diri pelajar kelas

corot. Meskipun pelajar-pelajar kelihatan macam baik

di dalam kelas guru yang garang, tingkah laku mereka

yang nampak macam baik itu bukan gambaran konsep-

diri mereka yang sudah bertukar menjadi positif.

Pelajar-pelajar yang nakal berlakon menjadi baik di

hadapan guru yang garang disebabkan mereka takut

dihukum. Jadi, selagi guru garang itu ada di dalam

kelas, selagi itu mereka berlakon baik. Apabila guru

garang itu sudah tidak ada di hadapan mereka, sikap

dan tingkah laku mereka kembali kepada asal.

Guru yang garang dapat mengawal tingkah laku pelajar

dan dapat memaksa pelajar menurut arahan dengan

menyematkan perasaan gerun dan takut. Meskipun

pelajar mematuhi arahan dan cakap guru yang garang,

namun hasilnya sangat terbatas.

Kesan penggunaan strategi garang:

Dari segi kuantiti kerja, pelajar akan melakukan

setakat apa yang disuruh oleh guru sahaja, tidak

lebih, tidak kurang

Kualiti kerja yang dibuat oleh pelajar adalah

setakat cukup-cukup, asal sudah dibuat, bagi

44

Page 46: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

mengelakkan daripada dihukum, didenda,

dimarahi ataupun dileteri.

Pelajar bersikap pasif, dia buat kerja menunggu

disuruh oleh guru, jika tidak disuruh mereka tidak

akan buat.

Mereka tidak akan melakukan sesuatu atas

semangat sukarela demi kebaikan sekolah ataupun

kebaikan diri mereka sendiri.

Mereka terlalu takut sehingga tidak mahu, dan

tidak berani bertanya kepada guru apabila mereka

tidak faham.

Mereka tidak mahu melakukan sesuatu kebaikan

dengan niat mahu menyukakan hati guru yang

garang.

Penggunaan ganjaran seperti gula-gula dan bintang-

bintang juga tidak berkesan bagi mengubah konsep-

diri pelajar corot. Mereka patuh kepada arahan guru

disebabkan mereka mahukan ganjaran itu. Taktik

menggunakan ganjaran bagi memanipulasi tingkah laku

boleh menyebabkan berlakunya fenomena 'selagi ada

tebu selagi itu gajah mahu menari'.

Pakar-pakar psikologi mengatakan perubahan pada

konsep-diri menghasilkan perubahan sikap, cara

berfikir dan tingkah laku yang berpanjangan, bukan

hanya semasa berada di dalam kelas dengan guru,

malah perubahan itu akan berlaku dalam aspek-aspek

lagi juga, baik semasa berada di sekolah, di rumah

ataupun di mana sahaja.

Justeru, tugas pertama guru-guru kelas corot adalah

mendorong dan membantu pelajar-pelajar supaya

perlahan-lahan, sedikit demi sedikit, mereka mengubah

konsep-diri mereka yang lama kepada yang baru, yang

lebih positif.

45

Page 47: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

• BAB 8 •

KONSEP-DIRI DAPAT DIUBAH

Page 48: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

BAB 8

Konsep-Diri Dapat Diubah

Konsep-diri begitu berpengaruh ke atas kejayaan.

Individu-individu yang berjaya mempunyai konsep-diri

positif, manakala mereka yang gagal mempunyai

konsep-diri negatif.

Apakah konsep-diri seseorang itu bersifat stabil,

yakni tidak berubah-ubah?

Apakah seseorang itu sentiasa di bawah pengaruh

konsep-dirinya?

Apakah seseorang itu dapat mengubah konsep-

dirinya sendiri?

Apakah seseorang dapat melakukan tindakan-

tindakan bagi mengubah konsep-dirinya daripada

negatif kepada positif?

Apakah seseorang itu dapat membantu orang-

orang lain mengubah konsep-diri mereka supaya

dengan itu dia dapat meningkatkan kejayaannya?

Hubungan kita dengan orang-orang lain mempunyai

pengaruh ke atas konsep-diri kita. Kajian pernah

dijalankan bagi mengetahui persepsi-diri dan persepsi

interpersonal antara sekumpulan mahasiswa yang

tinggal sebilik di asrama.

Kajian itu dijalankan selama beberapa minggu.

Mahasiswa-mahasiswa itu diminta menilai diri mereka

sendiri dan juga menilai rakan sebilik mereka dari

sudut perkara-perkara seperti:

Kebolehan akademik

Kemahiran bercampur gaul dengan orang-orang

lain

Bakat kesukanan

47

Page 49: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

Daya tarik penampilan

Sikap tolak ansur

Hasil kajian itu mendapati persepsi-diri seseorang

mahasiswa itu mempengaruhi persepsi rakan sebiliknya

terhadapnya. Manakala persepsi rakan sebiliknya itu

mempunyai kesan ke atas persepsi-diri si mahasiswa

itu. Daripada hasil kajian itu beberapa kesimpulan

dapat dibuat:

Perhubungan kita dengan orang-orang di

sekeliling kita mempengaruhi konsep-diri

kita.

Perkara ini mempunyai implikasi penting dalam kes di

mana pengurusan sekolah mengumpulkan pelajar ke

dalam kelas cemerlang, sederhana, dan corot. Pelajar

pintar sekalipun apabila dia dimasukkan ke dalam kelas

sederhana ataupun corot maka konsep-dirinya akan

berubah daripada positif kepada negatif. Begitu juga

sebaliknya. Inilah faktor yang menjadi asas mengapa

kementerian pendidikan negara-negara maju tidak

mengizinkan amalan pengasingan pelajar cemerlang

dan pelajar corot.

Penilaian orang lain terhadap diri kita

memberi kesan ke atas bagaimana kita

menilai diri kita sendiri.

Apabila orang lain menilai diri kita dengan penilaian

positif, kita cenderung mempercayai penilaian itu, lalu

kita mempunyai konsep-diri yang positif. Perkara ini

mempunyai implikasi penting kepada pelajar-pelajar

yang dikumpulkan di dalam kelas corot kerana guru-

guru menilai mereka dengan penilaian-penilaian

negatif.

48

Page 50: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

Individu yang berjaya mempunyai konsep-diri positif

manakala mereka yang tidak berjaya mempunyai

konsep-diri negatif. Individu yang berjaya, atau disebut

pejaya, bersikap dan bertingkah laku sebagai orang

yang berjaya, manakala mereka yang gagal bersikap dan

bertingkah laku sebagai orang yang gagal.

Namun pakar-pakar psikologi mendapati konsep-diri

bukanlah sesuatu yang stabil, yang tidak berubah-ubah.

Peristiwa-peristiwa yang kita alami boleh menyebabkan

konsep-diri kita berubah. Menurut mereka, tanpa

disedari, konsep-diri boleh berubah-ubah dari waktu ke

waktu. Proses perubahan itu berlaku sebagai hasil

daripada reaksi kita kepada beberapa faktor:

Hasil bertindak balas kepada perkara-

perkara baru yang dialaminya.

Sebagai contoh:

a. Apabila pelajar kelas corot berjaya dalam

pertandingan membaca sajak, konsep-dirinya boleh

berubah daripada “Aku pelajar kelas corot." kepada

"Aku pelajar berbakat."

b. Apabila pelajar kelas corot mendapat 92% dalam

ujian subjek Bahasa Melayu, konsep-dirinya boleh

berubah daripada “Saya lemah Bahasa Melayu.”

kepada “Saya pandai Bahasa Melayu.”

c. Apabila pelajar kelas corot diberi jawatan sebagai

guru penolong bacaan, dan dia diberi murid yang dia

perlu ajar sampai pandai membaca, konsep-dirinya

boleh berubah daripada “Aku pelajar corot.” kepada

“Aku pandai.”

49

Page 51: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

Hasil bertindak balas kepada pelbagai

maklum balas yang diterimanya.

Sebagai contoh, apabila pelajar kelas corot berjaya

melaksanakan tugas yang diserahkan kepadanya,

gurunya mengucapkan kata-kata pujian, seperti:

a. “Tahniah! Tahniah! Saya suka dengan hasil kerja

kamu.”

b. “Saya kagum dengan kebolehan kamu.”

c. “Saya tidak sangka, diam-diam rupa-rupanya kamu

mempunyai bakat.”

d. “Wah! Cantiknya hasil kerja kamu ini.”

e. “Di mana kamu belajar membuat kerja ini?”

Hasil bertindak balas kepada maklumat-

maklumat baru yang relevan dengan

dirinya.

Sebagai contoh, apabila pelajar kelas corot:

a. Menghantar karangannya ke majalah lalu diterbitkan,

barulah dia menyedari bahawa dia mempunyai

kebolehan yang istimewa.

b. Masuk bertanding dalam menyanyikan lagu puisi dan

menang hadiah pertama, barulah dia tahu bakatnya

lebih tinggi daripada bakat peserta lain yang

disangkanya lebih hebat.

Menurut pakar-pakar psikologi, orang-orang yang

berjaya dapat mengawal cara bagaimana mereka

melihat dan menilai diri mereka sendiri. Mereka

mengubah konsep-diri mereka mengikut keadaan.

Dengan mempertingkatkan konsep-diri mereka, maka

mereka meluaskan dunia mereka sendiri.

50

Page 52: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

Para pejaya membayangkan dalam fikiran mereka

pelbagai peranan masa depan yang hendak mereka

mainkan. Sejak awal lagi mereka sudah merasa-rasakan

bagaimana nanti apabila peranan itu benar-benar

sudah dapat dimainkan. Mereka juga menggunakan

gaya bahasa dan perkataan-perkataan yang selaras

dengan peranan masa depan itu. Mereka seolah-olah

sudah menayangkan di depan mata mereka filem siapa

diri mereka pada masa depan nanti.

Apa yang seseorang itu bayangkan akan berlaku ke atas

dirinya, maka perkara itulah yang akan benar-benar

berlaku nanti. Apabila seseorang itu membayangkan

masa depanya adalah gelap, maka gelaplah masa

depannya nanti. Apa yang di rasai oleh seseorang, itulah

siapa dia yang sebenarnya. Apabila seseorang itu berasa

dia seorang yang tidak memiliki apa keistimewaan,

maka dia benar-benar akan menjadi orang yang tidak

punya apa keistimewaan.

Para pejaya berasa mereka adalah orang yang berjaya.

Mereka memandang dunia dengan pandangan orang

yang berjaya. Mereka mencipta konsep-diri orang

berjaya dan mereka tidak mahu melepaskan konsep-diri

itu walau apa sekalipun yang berlaku. Yang menghalang

seseorang itu daripada berjaya bukanlah siapa dirinya

yang sebenarnya, melainkan perkara tidak benar yang

difikirkannya ada pada dirinya. Apabila seseorang itu

berkata kepada diri sendiri, “Aku tak layak masuk

bertanding.” kata-kata itulah yang menghalangnya

daripada masuk bertanding meskipun pada logiknya dia

memang mempunyai kelayakan itu.

Seseorang itu bertingkah laku menurut apa yang

difikirkannya, bukan menurut realiti yang sebenarnya.

Pada realitinya seseorang itu layak bertanding, tetapi

dia fikir dia tidak layak bertanding, maka dia pun tidak

masuk pertandingan itu.

51

Page 53: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

Strategi membantu pelajar kelas corot mengubah

konsep-diri mereka:

STRATEGI 1: Pelajar cemerlang, sederhana dan lemah

diajar dalam kelas yang sama.

STRATEGI 2: Pelajar sederhana dan lemah

didedahkan kepada pengalaman-pengalaman baru

yang mencungkil bakat-bakat mereka.

STRATEGI 3: Guru-guru memberi pujian dengan

kerap.

52

Page 54: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

• BAB 9 •

TEORI KONSEP-DIRI SEBAGAI ALAT MENDORONG PELAJAR

Page 55: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

BAB 9

Teori Konsep-Diri Sebagai Alat Mendorong

Pelajar

Kajian oleh pakar-pakar psikologi mendapati:

1. Individu yang menganggap dirinya orang

yang berjaya cenderung memilih aktiviti

yang membawa kejayaan kepada dirinya.

Ini bermakna, adalah sangat penting seseorang itu

mempunyai anggapan bahawa dirinya adalah seorang

yang berjaya. Apabila dia mempunyai anggapan positif

seperti itu nanti hasilnya dia suka melakukan perkara-

perkara yang ada kaitan dengan kejayaan.

2. Individu yang tidak berapa menghormati

dirinya sendiri cenderung melibatkan diri

dengan aktiviti yang merugikannya sendiri.

Perasaan menghormati diri sendiri itu sangat penting.

Orang yang melihat dirinya sebagai orang yang berjaya

memang menghormati dirinya sendiri. Dia tidak akan

melakukan perkara-perkara yang menyebabkan dia

menjadi orang yang gagal.

Guru-guru memerlukan alat-alat motivasi yang mudah

dipelajari oleh guru-guru sendiri, dan mudah pula

digunakan dalam bilik darjah. Pada masa ini guru-guru

sudah belajar pelbagai teori psikologi semasa mengikuti

kursus persediaan menjadi guru. Namun mereka tidak

diajar bagaimana caranya yang betul menggunakan

teori-teori itu sebagai alat mendorong pelajar corot.

54

Page 56: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

Matlamat menggunakan teori konsep-diri sebagai alat

memotivasi pelajar-pelajar corot adalah supaya:

M e r e k a s u k a d a t a n g k e s e k o l a h . Ini dapat menyelesaikan isu pelajar corot suka

ponteng sekolah dan terlibat dengan aktiviti tidak

sihat semasa mereka ponteng itu seperti:

a. Melepak, merokok dan merayau di kompleks

membeli-belah.

b. Mencuri barang di pasar raya.

c. Main snuker dan berjudi di kedai permainan

komputer.

d. Menonton video lucah.

e. Terlibat dengan kumpulan pencuri dan geng jahat.

f. Melibatkan diri dengan dadah.

g. Melakukan kesalahan seksual.

Mereka suka, sayang dan hormat kepada guru.

Ini dapat menyelesaikan isu pelajar corot membenci

sesetengah guru mereka. Isu ini ada kalanya

menyebabkan pelajar corot melakukan kesalahan-

kesalahan akhlak yang serius:

a. Tidak mematuhi suruhan dan arahan guru.

b. Membenci, marah dan menyimpan dendam kepada

guru.

c. Melawan cakap guru secara terbuka

d. Biadab secara terbuka kepada guru.

e. Memukul guru.

f. Merosakkan harta guru, seperti motosikal ataupun

kereta guru.

g. Membawa isu guru yang dibenci kepada pihak

atasan, pihak politik, ataupun media, sehingga guru

itu dan pihak pengurusan sekolah mendapat susah.

55

Page 57: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

Mereka suka duduk di dalam kelas mengikuti sesi

belajar. Ini dapat menyelesaikan isu pelajar tidur,

bising ataupun berangan-angan semasa guru

sedang mengajar.

Mereka suka menyiapkan kerja latihan. Ini dapat

meningkatkan prestasi akademik mereka yang

sangat rendah itu.

56

Prosedur mengajar pelajar kelas corot

Langkah pertama: Dorong pelajar supaya

mengubah sikap dan tingkah laku mereka

m e n g g u n a k a n t e o r i k o n s e p - d i r i .Langkah kedua: Mengajar mereka subjek

akademik.

Langkah ketiga: Dorong pelajar supaya

mengekalkan konsep-diri mereka yang positif itu

dengan memuji daya usaha dan hasil kerja

mereka.

Page 58: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

• BAB 10 •

KESAN KONSEP-DIRI KE ATAS NASIB MASA DEPAN

Page 59: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

BAB 10

Kesan Konsep-diri ke atas Nasib Masa Depan

Konsep-diri seseorang itu dapat menentukan orang

yang bagaimana yang dia akhirnya akan jadi. Daripada

satu segi konsep-diri seseorang itu adalah ibarat

mekanisme yang mengawal nasib seseorang.

Dengan mengubah konsep-dirinya, seseorang dapat

mengubah-ubah apa yang akan terjadi pada dirinya

disebabkan tingkah laku, personaliti dan prestasi

seseorang itu sangat konsisten dengan konsep-dirinya.

Dalam sastera mitos Yunani Kuno terdapat seorang

watak bernama Pigmalion. Baginda adalah raja pulau

yang bernama Cyprus. Baginda juga seorang yang

pandai mengukir. Kononnya pada suatu hari, dengan

menggunakan gading, baginda mengukir seorang

perempuan yang amat jelita. Berkat usaha dan doanya

patung ukiran baginda itu mendapat nyawa dan

baginda pun berkahwin dengannya. Teladan daripada

kisah Pigmalion ini adalah, apabila kita menaruh

kepercayaan ke atas seseorang, walaupun orang itu

langsung tiada bersemangat lagi hendak bekerja, tetapi

apabila kita yakin orang itu dapat memperbaiki dirinya,

maka dia akan memperbaiki dirinya. Fenomena ini

disebut Kesan Pigmalion.

Teori Kesan Pigmalion dapat menerangkan mengapa

sesetengah pekerja mempunyai etika kerja yang rendah.

Etika kerja rendah tergambar pada tingkah laku seperti,

tidak mempunyai dedikasi yang tinggi kepada kerja-

kerja mereka, mencuri waktu, menyalah gunakan

kemudahan pejabat, cuai, tidak mematuhi jadual kerja,

tidak ambil berat, tidak mahu bertanggungjawab,

banyak melakukan kesilapan, ponteng. Etika kerja

rendah menerbitkan pelbagai sikap dan tingkah laku

seperti yang disebut tadi.

58

Page 60: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

Masalah etika kerja rendah adalah masalah motivasi.

Pekerja yang tidak mati semangat kerjanya dengan

sendiri memperlihatkan perkara itu pada sikap dan

tingkah lakunya. Cara mengatasi masalah etika kerja

rendah adalah dengan melakukan apa yang dilakukan

oleh Pigmalion, iaitu menaruh harapan tinggi.

Apabila seseorang itu yakin, berkat usaha dan doa,

gading yang diukir pun akhirnya boleh berubah

menjadi perempuan jelita yang bernyawa. Ramai

pekerja yang sudah mati semangat dapat mengubah

sikap dan tingkah laku buruknya apabila ketuanya

menaruh harapan tinggi pada mereka.

Teori Kesan Pigmalion dapat menerangkan mengapa

berlakunya fenomena pengharapan daripada-usaha-

menjadi-pencapaian. Fenomena ini dapat menerangkan

mengapa pekerja yang yakin dia dapat melaksanakan

s e s u a t u t u g a s a k h i r n y a b e n a r - b e n a r d a p a t

melakukannya.

Di sini apa yang bermula sebagai suatu keyakinan

semata-mata akhirnya terbukti dapat bertukar menjadi

realiti. Peranan yang dimainkan oleh Kesan Pigmalion

juga dapat diterangkan oleh Teori Pengharapan atau

expectancy theory. Teori ini mengatakan, pengharapan

yang tinggi daripada ketua dapat menghasilkan

pencapaian tinggi daripada pekerja. Proses ini berlaku

dalam suatu kitaran yang semakin meninggi.

Kitaran Kesan Pigmalion berlaku begini: mula-mula si

ketua yakin pekerjanya dapat menjalankan kerjanya

dengan betul, akibatnya si pekerja benar-benar dapat

melakukannya. Melihat si pekerja pandai bekerja, si

ketua bertambah yakin lagi pada masa depan

pekerjanya dapat menjalankan kerjanya dengan lebih

baik lagi, akibatnya si pekerja betul-betul semakin

pandai menjalankan kerja, dan begitulah proses ini

berjalan.

Kesan Pigmalion berlaku dengan cara yang amat halus

di tempat kerja sehingga sering kali tidak disedari.

59

Page 61: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

Apabila seseorang ketua itu yakin pekerjanya dapat

melaksanakan kerja dengan betul, dengan cara-cara

yang tidak disedarinya dia menunjukkan rasa

keyakinannya itu kepada pekerja itu. Begitulah yang

berlaku sebaliknya.

Apabila si ketua percaya pekerjanya tidak dapat

membuat sesuatu kerja, maka itulah yang benar-benar

berlaku. Apa yang diramalkan oleh si ketua sudah

bertukar menjadi kenyataan. Daripada satu segi, si

ketua itu bertanggungjawab menyebabkan orang

bawahannya gagal.

Fikiran manusia berupaya mencipta realiti. Maka itulah

sebabnya teori-teori motivasi menekankan peri

pentingnya seseorang itu memikirkan perkara-perkara

yang bertemakan kejayaan dan tidak membayangkan

kegagalan. Apabila seseorang itu meramalkan kejayaan

maka akhirnya dia berjaya, dan demikian pula

sebaliknya.

Ketua-ketua jangan sekali-kali terlepas kata-kata yang

mengandungi ramalan-ramalan negatif ke atas prestasi

pekerja disebabkan orang-orang bawahan amat percaya

apa yang dikatakan oleh ketua-ketua mereka itu betul.

Perkara yang diramalkan oleh si ketua mungkin tidak

ada asasnya sama sekali, tetapi disebabkan si ketua

meramalkan perkara itu akan terjadi, akibatnya

ramalan itu benar-benar terjadi, di mana ramalan itu

kemudian benar-benar menjadi kenyataan.

R a m a l a n s i k e t u a i t u h a n y a l a h a p a y a n g

dibayangkannya semata-mata. Mungkin si ketua

meramalkan pekerjanya takkan menjadi apa-apa

kerana si pekerja macam malas hendak membuat kerja-

kerjanya selepas tutup pejabat, oleh itu penilaian

prestasinya lemah. Si ketua tidak pula mengambil kira

pekerja itu mempunyai bakat penting seperti berniaga,

kreativiti dan lain-lain lagi yang membolehkannya

berjaya dalam bidang yang memerlukan bakatnya itu.

60

Page 62: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

Salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya Kesan

Pigmalion adalah penggunaan label-label ke atas

seseorang individu, sama ada label-label itu positif

mahupun negatif. Label-label positif mencipta kesan

positif manakala label-label negatif mencipta kesan

negatif ke atas individu yang dilabel.

Di dalam suatu uji kaji yang terkenal, beberapa orang

guru diberi senarai nama murid-murid yang kononnya

adalah kanak-kanak “pintar.” Guru-guru itu diberitahu

kanak-kanak itu kononnya jenis yang lambat

berkembang, oleh itu murid-murid itu akan hanya

menunjukkan pencapaian cemerlang pada masa depan.

Sebenarnya nama murid-murid itu dipilih secara

rambang atau rawak semata-mata, tetapi guru-guru itu

tidak tahu akan hal itu. Selepas beberapa lama, hasil uji

kaji itu mendapati prestasi murid-murid itu mengatasi

prestasi pelajar-pelajar lain. Bukan itu sahaja, malah

hasil ujian IQ menunjukkan IQ mereka juga naik, di

mana kenaikan itu lebih tinggi daripada kenaikan IQ

pelajar-pelajar lain.

Menurut dua orang pakar psikologi yang menjalankan

uji kaji itu, Rosenthal dan Jacobson, disebabkan guru-

guru itu menyangka murid-murid itu adalah murid-

murid yang pintar dan akan mencapai prestasi

cemerlang, maka tanpa disedari guru-guru itu pun

memberi layanan yang berbeza kepada murid-murid

itu, di mana akibatnya mereka mencipta kesan positif

ke atas IQ dan prestasi ujian murid-murid itu. Uji kaji

ini membuktikan betapa baiknya kesan label-label

positif apabila ia digunakan.

Nabi Muhammad SAW tidak membenarkan perbuatan

memanggil seseorang menggunakan gelaran-gelaran

buruk. Berdasarkan kebenaran teori kesan pigmalion,

pakar-pakar psikologi mengatakan, ramalan tidak

meramalkan masa depan, sebaliknya ia mencipta masa

depan. Akibatnya si murid mendapati ramalannya

memang tepat!

61

Page 63: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

Ramalan menyebabkan pemikirannya seseorang itu

tidak objektif lagi kerana dia akan melakukan

perbuatan-perbuatan yang menyebabkan orang lain

berperilaku seperti yang diramalkannya. Ia juga

menyebabkan seseorang itu cuma melihat apa yang

diramalkannya, bukan apa yang sebenarnya adalah

realiti.

62

Page 64: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

• BAB 11 •

JENIS-JENIS KONSEP-DIRI

Page 65: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

Bab 11

Jenis-Jenis Konsep-diri

Ramai individu tidak mengetahui banyak perkara

berkenaan pelbagai keistimewaan yang ada pada diri

mereka. Ini disebabkan mereka itu tidak mendapat

banyak maklumat positif berkenaan diri mereka. Inilah

situasi yang menimbulkan fenomena ‘bakat terpendam.’

Bagi ramai individu, mereka membesar tanpa

menerima banyak maklumat positif daripada ibu bapa

dan guru berkenaan ciri-ciri positif yang ada pada diri

mereka. Malah ramai guru tidak menganggap menjadi

tugas mereka memberitahu para pelajar akan

kebolehan dan keupayaan masing-masing sebagai cara

meningkatkan keyakinan diri para pelajar itu.

Situasi ini menyebabkan ramai pelajar mempunyai

keyakinan diri yang rendah. Malah sering kali berlaku,

guru-guru menggunakan kata-kata yang menyebabkan

konsep-diri pelajar menjadi negatif dan keyakinan diri

mereka merosot.

Menurut pakar psikologi, seseorang itu mempunyai

lebih daripada satu konsep-diri. Konsep-diri kita dapat

d i g o l o n g k a n k e d a l a m e m p a t j e n i s :1. Konsep-diri berkenaan ciri-ciri fizikal tubuh

b a d a nApakah seseorang individu itu berasa dirinya seorang

yang tampan, gagah, sihat, tinggi, ataupun berbakat

kesukanan? Apakah dia menganggap dirinya tidak

cantik, sudah tua, gemuk, pendek, hitam, terlalu kurus,

ataupun tidak mempunyai daya tarikan? Jawapan

kepada soalan itu adalah konsep-diri fizikal seseorang.

64

Page 66: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

Contoh konsep-diri fizikal yang negatif:

“Saya tidak cantik.”

“Saya gemuk.”

“Saya pendek.”

“Kulit saya hitam.”

“Mata saya sepet.”

Contoh konsep-diri fizikal yang positif:

“Saya tidak cantik tetapi saya manis.”

“Saya berisi, tidak terlalu gemuk, sedang-sedang

sahaja.”

“Saya tidak berapa tinggi, tetapi tidak terlalu

rendah, sedang elok.”

“Saya hitam manis.”

“Mata saya macam mata Jepun.”

Seandainya seseorang itu mempunyai konsep-diri

fizikal yang positif, dia berasa dirinya seorang yang

memiliki ciri-ciri tubuh badan yang menarik pada mata

individu lain. Apabila individu seperti itu dinasihati

supaya rajin menjaga badan dan penampilannya,

nasihat itu bertentangan dengan konsep-dirinya, dan

dia menganggap nasihat begitu mengancam konsep-

dirinya. Akibatnya, dia menolak nasihat itu, malah dia

tidak menyukai orang yang memberikan nasihat itu.

Seseorang individu itu mungkin mempunyai kurang

maklumat berkenaan bakat fizikalnya, oleh itu dia

berasa kurang yakin tentang keupayaan fizikalnya.

Walaupun dia mungkin memiliki bakat fizikal tetapi dia

tidak mengetahuinya, oleh itu dia tidak yakin hendak

melakukan aktiviti fizikal. Keadaan ini menjadi salah

satu faktor yang menyebabkan ada kanak-kanak yang

berprestasi bagus dalam peperiksaan tetapi tidak berani

menceburkan diri dalam pekerjaan yang melibatkan

persaingan.

65

Page 67: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

2. Konsep-diri berkenaan kehidupan sosial

Apabila seseorang individu itu berasa dirinya seorang

yang disukai oleh kawan-kawannya, popular,

mempunyai bakat kepimpinan, pandai menyesuaikan

diri dalam kumpulan, pandai mengambil hati orang

lain, maka dia dikatakan mempunyai konsep-diri sosial

yang positif. Apabila individu itu berasa dia seorang

yang tidak pandai bergaul, terlalu pemalu, tidak

popular, tidak disukai orang, tidak pandai mengambil

hati orang lain, maka dia mempunyai konsep-diri sosial

yang negatif.

Contoh konsep-diri sosial yang negatif:

“Saya tidak popular.”

“Saya tidak banyak kawan.”

“Saya tidak dikenali orang.”

“Kawan-kawan tidak suka saya.”

“Cikgu-cikgu tidak suka saya.”

Contoh konsep-diri sosial yang positif:

“Saya popular.”

“Saya banyak kawan.”

“Banyak orang kenal saya.”

“Kawan-kawan suka saya.”

“Cikgu-cikgu suka saya.”

Bagi seseorang yang mempunyai konsep-diri sosial

positif, dia berasa dirinya disukai oleh individu lain

walau di mana sekalipun dia berada. Bagi individu

seperti itu, sebagai contoh, apabila dia dinasihati

supaya belajar bercampur gaul dengan orang-orang tua

tua, nasihat seperti itu tidak selari dengan konsep-diri

sosialnya, dan dia tidak mahu menerima nasihat itu,

serta menolak orang yang menasihatinya.

66

Page 68: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

3. Konsep-diri berkenaan emosi

Apabila seseorang individu itu menganggap dirinya

seorang yang periang, beremosi stabil, pandai

mengawal perasaan, pandai mengawal rasa marah,

cemburu, sedih dan dendam, serta tahu menghiburkan

hatinya sendiri, pandai menaikkan semangat sendiri

dan pandai merawat emosi sendiri, maka individu

seperti itu dikatakan seorang yang mempunyai konsep-

diri emosi positif.

Jikalau pada suatu hari dia dinasihati supaya banyak

bersabar, bawa bertenang, jangan gopoh, jangan cepat

naik darah, nasihat itu mengancam konsep-diri

emosinya, oleh itu dia akan menolak nasihat itu.

Contoh konsep-diri emosional yang negatif:

“Saya seorang yang cepat marah.”

“Saya benci cikgu-cikgu saya.”

“Saya sangat pemalu.”

“Saya cepat sedih.”

“Saya tidak berani bercakap di hadapan kelas.”

Contoh konsep-diri emosional yang positif:

“Saya seorang yang penyabar.”

“Saya suka cikgu-cikgu saya.”

“Saya tidak pemalu.”

“Saya boleh kawal perasaan saya.”

“Saya berani bercakap di hadapan kelas.”

4. Konsep-diri berkenaan daya intelek

Konsep-diri intelektual adalah faktor yang amat penting

dalam kejayaan akademik. Apabila seseorang individu

itu menganggap dirinya pintar, bijaksana, cerdas,

bodoh ataupun dungu, itu adalah konsep-diri

intelektualnya.

67

Page 69: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

Sekiranya seseorang itu memiliki pelbagai sijil, diploma

dan ijazah, sepatutnya dia memiliki konsep-diri

intelektual yang positif. Apatah lagi jikalau dia selalu

dijadikan tempat bertanya dan mencari pandangan oleh

rakan-rakan apabila mereka menghadapi masalah.

Contoh konsep-diri intelektual yang negatif:

“Saya budak bodoh.”

“Saya budak tidak pandai.”

“Saya bodoh matematik.”

“Saya budak Kelas Ali. Kelas Ali kelas corot.”

“Saya budak kumpulan kritikal.”

“Saya bukan budak pintar.”

“Saya tidak ada bakat.”

“Saya lemah akademik.”

Contoh konsep-diri intelektual yang positif:

“Saya budak pandai.”

“Saya boleh belajar matematik.”

“Saya budak Kelas Omar. Kelas Omar kelas pintar.”

“Saya budak kumpulan cemerlang.”

“Saya bukan budak bodoh.”

“Saya ada bakat.”

“Saya pandai akademik.”

Bagi individu yang memiliki konsep-diri intelektual

positif, sekiranya dia dinasihati supaya berfikir

panjang-panjang sebelum berbuat apa , padahal orang

yang menasihatinya itu setakat lulus sekolah menengah,

dia tidak dapat menerima nasihat itu.

Keyakinan diri seseorang individu itu bergantung pada

sebanyak mana dia mempunyai maklumat berkenaan

dirinya. Di sinilah pentingnya kita memberi maklum

balas yang secukupnya kepada orang lain berkenaan

pelbagai kebolehan dan keupayaan mereka. Dengan

demikian kita dapat meninggikan perasaan yakin diri

68

Page 70: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

mereka.

Setiap satu konsep-diri, baik konsep-diri fizikal, sosial,

emosi mahupun intelektual, mempunyai ciri pemikiran

dan perasaannya yang tersendiri. Perasaan dan

pemikiran yang berkaitan dengan konsep-diri fizikal

berbeza daripada pemikiran dan perasaan yang

berkaitan dengan konsep-diri lain.

Seseorang individu itu mungkin mempunyai lebih

banyak maklumat berkenaan kemahiran sosial yang

dimilikinya, oleh itu dia berasa yakin tentang

keupayaannya dalam perkara itu.

Pada bila-bila waktu, apabila mana-mana satu konsep-

diri seseorang itu sedang beroperasi, pemikiran dan

perasaan yang berkaitan dengan konsep-diri itu

memberi pengaruh kuat ke atas cara bagaimana dia

memproses maklumat-maklumat berkaitan dirinya.

Sebagai contoh, apabila seseorang itu sedang berada

dalam majlis rasmi, konsep-diri sosialnya beroperasi.

Jikalau dia memikirkan dirinya tidak pandai bergaul,

maka dia akan berasa tidak yakin pada diri sendiri

sepanjang majlis itu.

Begitu pula apabila seseorang sedang berada dalam

bilik darjah, konsep-diri intelektualnya akan beroperasi.

Dia mengalami pelbagai pemikiran dan perasaan yang

mengiringi konsep-diri intelektualnya.

Apabila dia berada di padang sukan, konsep-diri

fizikalnya pula yang beroperasi. Apabila dia sedang

berkonflik dengan individu lain, konsep-diri emosinya

pula yang beroperasi.

Di dalam bilik darjah, murid-murid perlu berasa yakin

terhadap keupayaan intelektual mereka, barulah

dengan itu mereka berasa yakin dapat belajar dengan

69

Page 71: Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teori Konsep Diri

baik. Prestasi pelajar amat dipengaruhi oleh perasaan

yakin dirinya.

Keyakinan diri seseorang itu datang daripada sejauh

mana dia mengetahui kebolehan dan keupayaan

intelektualnya. Individu yang memiliki IQ matematik

normal, tetapi berasa dirinya tidak pandai matematik,

dia menjadi tidak yakin pada kebolehan matematiknya,

oleh itu tidak yakin dapat mengikuti kursus yang

melibatkan kemahiran matematik, akhirnya dia betul-

betul tidak dapat mengikuti kursus itu.

Apabila konsep-dirinya mengatakan, “Aku seorang

yang pandai matematik.” dia berasa yakin mendengar

apa yang diajarkan, dan sebaliknya, apabila dia ragu

dan sangsi terhadap keupayaan matematiknya, maka

dia akan gagal, meskipun dia sebenarnya mempunyai

IQ matematik yang normal.

TAMAT.

70