persepsi masyarakat felda air tawar dua …€¦ · persepsi masyarakat felda air tawar dua...

19
PERSEPSI MASYARAKAT FELDA AIR TAWAR DUA TERHADAP PERLAKSANAAN MODUL KELUARGA SAKINAH DALAM MEMBENTUK KELUARGA BAHAGIA NORAISHAH BINTI AJMAIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: lytuyen

Post on 17-Sep-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI MASYARAKAT FELDA AIR TAWAR DUA …€¦ · persepsi masyarakat felda air tawar dua terhadap perlaksanaan modul keluarga sakinah dalam membentuk keluarga bahagia noraishah

PERSEPSI MASYARAKAT FELDA AIR TAWAR DUA TERHADAP

PERLAKSANAAN MODUL KELUARGA SAKINAH DALAM MEMBENTUK

KELUARGA BAHAGIA

NORAISHAH BINTI AJMAIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI MASYARAKAT FELDA AIR TAWAR DUA …€¦ · persepsi masyarakat felda air tawar dua terhadap perlaksanaan modul keluarga sakinah dalam membentuk keluarga bahagia noraishah

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)

PERSEPSI MASYARAKAT FELDA AIR TAWAR DUA TERHADAP PERLAKSANAAN MODUL KELUARGA SAKINAH DALAM MEMBENTUK KELUARGA BAHAGIA

JUDUL :

SESI PENGAJIAN : 2003 / 2004

Saya NORAISHAH BT AJMAIN (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan penukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (√ )

SULIT

√ TIDAK TERHAD

TERHAD

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

Disahkan oleh,

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap :

JOHOR DARUL TA'ZIM

PM DR. HUSSIN BIN SALAMON

Nama Penyelia

Tarikh : 11 MAC 2004 Tarikh : 11 MAC 2004

CATATAN : * ** ♦

Potong yang tidak berkenaan. Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

B 1096 FELDA AIR TAWAR 2

81900, KOTA TINGGI

Page 3: PERSEPSI MASYARAKAT FELDA AIR TAWAR DUA …€¦ · persepsi masyarakat felda air tawar dua terhadap perlaksanaan modul keluarga sakinah dalam membentuk keluarga bahagia noraishah

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)”

Tandatangan : ……

Nama Penyelia : PM DR HUSSIN SALAMON

Tarikh : 11 MAC 2004

Page 4: PERSEPSI MASYARAKAT FELDA AIR TAWAR DUA …€¦ · persepsi masyarakat felda air tawar dua terhadap perlaksanaan modul keluarga sakinah dalam membentuk keluarga bahagia noraishah

PERSEPSI MASYARAKAT FELDA AIR TAWAR DUA TERHADAP

PERLAKSANAAN MODUL KELUARGA SAKINAH DALAM MEMBENTUK

KELUARGA BAHAGIA

NORAISHAH BINTI AJMAIN

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2004

Page 5: PERSEPSI MASYARAKAT FELDA AIR TAWAR DUA …€¦ · persepsi masyarakat felda air tawar dua terhadap perlaksanaan modul keluarga sakinah dalam membentuk keluarga bahagia noraishah

iii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : …… …………

Nama penulis : NORAISHAH BINTI AJMAIN

Tarikh : 11 MAC 2004

Page 6: PERSEPSI MASYARAKAT FELDA AIR TAWAR DUA …€¦ · persepsi masyarakat felda air tawar dua terhadap perlaksanaan modul keluarga sakinah dalam membentuk keluarga bahagia noraishah

iv

DEDIKASI

Dalam kerendahan diri, ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada

kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada keluasan ilmu. Hidup ini indah jika

segalanya kerana Allah….

Teristimewa buat mak dan abah tercinta,

TUAN HJ AJMAIN BIN SUATAN & PUAN SANAH BINTI BUJANG

Dorongan dan doa restumu menjadi perangsang untukku meraih kejayaan. Setinggi

penghargaan untukmu atas segala jasa dan pengorbanan.

Buat Along, Angah, Edi, Erul, dan Ayin, teruskan usaha dalam perjuangan meniti

realiti kehidupan.

Untuk sahabat tersayang, Asma, kak Faiz, Lia, Huda dan Zila. Juga teman-

teman SPI lainnya. Semoga berjaya dalam menggapai kejayaan dunia dan akhirat.

Jutaan terima kasih untuk semua yang mendoakan kejayaanku.

“Setiap peristiwa yang berlaku mengajar kita erti ketabahan dan keinsafan dalam

mencari erti kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna di sisi Ilahi.”

Page 7: PERSEPSI MASYARAKAT FELDA AIR TAWAR DUA …€¦ · persepsi masyarakat felda air tawar dua terhadap perlaksanaan modul keluarga sakinah dalam membentuk keluarga bahagia noraishah

v

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T. Selawat dan salam buat junjungan mulia

tercinta pembawa obor menerangi alam. Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan

kudrah dan iradahNya sempurnalah sebuah laporan kajian penyelidikan mengenai

persepsi masyarakat Felda Air Tawar Dua terhadap perlaksanaan Modul Keluarga

Sakinah dalam membentuk keluarga bahagia sebagai memenuhi syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam).

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih dirakamkan khusus buat

P.M. Dr Hussin Salamon selaku penyelia projek yang banyak memberi bimbingan,

nasihat, teguran dan dorongan tanpa jemu bagi melaksanakan kajian yang baik

sehingga selesai.

Setinggi penghargaan juga diucapkan kepada pihak Yayasan Pembangunan

Keluarga Darul Ta’zim, Jabatan Kahakiman Syariah Johor Bahru dan masyarakat

Felda Air Tawar Dua yang sudi bekerjasama dalam usaha memperolehi maklumat

yang diperlukan. Tidak ketinggalan juga pernghargaan kepada rakan-rakan dan setiap

individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam usaha

menyiapkan kajian ini.

Semoga Allah S. W.T membalas segala jasa dan pengorbanan yang diberikan.

Mudah-mudahan usaha ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Page 8: PERSEPSI MASYARAKAT FELDA AIR TAWAR DUA …€¦ · persepsi masyarakat felda air tawar dua terhadap perlaksanaan modul keluarga sakinah dalam membentuk keluarga bahagia noraishah

vi

ABSTRAK

Sejak akhir-akhir ini, isu keruntuhan rumah tangga di kalangan umat Islam di

Malaysia semakin membimbangkan. Bagi mengatasi masalah ini, pelbagai

pendekatan telah dilaksanakan. Salah satu pendekatan yang digunakan oleh

Kerajaan Negeri Johor ialah dengan melaksanakan Modul Keluarga Sakinah melalui

Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPK Darul Ta’zim) yang bertujuan

untuk mengukuhkan institusi keluarga melalui program-program yang diadakan.

Penyelidik ingin mengkaji persepsi masyarakat Felda terhadap perlaksanaan Modul

Keluarga Sakinah dalam membentuk keluarga bahagia. Sampel kajian terdiri

daripada 217 orang penduduk Felda Air Tawar Dua. Satu set soal selidik yang

terbahagi kepada empat bahagian telah disediakan berdasarkan objektif kajian yang

telah digariskan. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian

“Statistical Package for Social Science” dan menggunakan kaedah kekerapan,

peratusan dan min. Hasil kajian mendapati majoriti penduduk berpersepsi positif

terhadap perlaksanaan Modul Keluarga Sakinah dalam membentuk keluarga bahagia.

Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi membantu perlaksanaan Modul

Keluarga Sakinah yang lebih mantap dan efisyen dalam membentuk keluarga

bahagia.

Page 9: PERSEPSI MASYARAKAT FELDA AIR TAWAR DUA …€¦ · persepsi masyarakat felda air tawar dua terhadap perlaksanaan modul keluarga sakinah dalam membentuk keluarga bahagia noraishah

vii

ABSTRACT

Lately, the issue of broken family among Muslims in Malaysia becomes more

serious. In order to overcome this problem, various approaches have been

implemented. One of the approach that had been carried out by the State

Government of Johor is by implementing Modul Keluarga Sakinah through Yayasan

Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPK Darul Ta’zim), with the purpose of

consolidating family institution through its programs. The researcher intends to

study the Felda community’s perception on the implementation of Modul Keluarga

Sakinah in developing blissful family. 217 respondents from Felda Air Tawar Dua

have been selected in this research by giving them a set of questionnaires, which

consist of four sections base on the objectives of this study. The collected data is

analyzed by using “Statistical Package for Social Science” in form of frequency,

mean and percentage. The findings of this research show that, majority of the

community corroborated on the implementation of Modul Keluarga Sakinah in

developing a blissful family. A few suggestions have been put forward to enhance

performance of Modul Keluarga Sakinah to be more viable and efficient.

Page 10: PERSEPSI MASYARAKAT FELDA AIR TAWAR DUA …€¦ · persepsi masyarakat felda air tawar dua terhadap perlaksanaan modul keluarga sakinah dalam membentuk keluarga bahagia noraishah

viii

SENARAI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

SENARAI KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI LAMPIRAN xii

SENARAI SINGKATAN xiii

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 3

1.4 Persoalan Kajian 4

1.5 Objektif Kajian 4

1.6 Batasan Kajian 5

1.7 Kepentingan Kajian 5

1.8 Definisi Konsep dan Istilah 6

1.9 Rumusan 7

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 9

2.2 Islam Menganjurkan Perkahwinan 9

Page 11: PERSEPSI MASYARAKAT FELDA AIR TAWAR DUA …€¦ · persepsi masyarakat felda air tawar dua terhadap perlaksanaan modul keluarga sakinah dalam membentuk keluarga bahagia noraishah

ix

2.3 Matlamat Perkahwinan 11

2.4 Dasar Pembentukan Sistem Kekeluargaan Islam 14

2.5 Faktor-faktor Kebahagiaan Rumah Tangga 17

2.6 Perceraian

21

2.7 Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim 27

2.8 Perlaksanaan Program Keluarga Sakinah

di Felda Air Tawar Dua 30

2.9 Kajian Lalu Mengenai Institusi Kekeluargaan 30

2.10 Rumusan 32

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 33

3.2 Reka bentuk Kajian 33

3.2.1 Kaedah Kajian Perpustakaan 34

3.2.2 Kaedah Kajian Lapangan 34

3.2.2.1 Tempat Kajian 35

3.2.2.2 Populasi dan Sampel Kajian 35

3.2.2.3 Instrumen Kajian 36

3.2.2.4 Kajian Rintis 37

3.2.2.5 Analisis Data 38

3.2.2.6 Jangkamasa Kajian 38

3.3 Rumusan 39

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan 40

4.2 Cara Penganalisisan 40

4.3 Analisis Taburan Responden Berdasarkan

Latar Belakang 42

4.3.1 Kelompok Jantina 42

4.3.2 Kelompok Umur 43

4.3.3 Status Perkahwinan 43

4.3.4 Pekerjaan 44

4.3.5 Latar Belakang Pendidikan 45

Page 12: PERSEPSI MASYARAKAT FELDA AIR TAWAR DUA …€¦ · persepsi masyarakat felda air tawar dua terhadap perlaksanaan modul keluarga sakinah dalam membentuk keluarga bahagia noraishah

x

4.4 Analisis Taburan Skor Soal Selidik

Mengikut Item Bahagian B 46

4.5 Analisis Taburan Skor Soal Selidik

Mengikut Item Bahagian C 52

4.6 Analisis Taburan Skor Soal Selidik

Mengikut Item Bahagian D 58

4.7 Rumusan 64

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 65

5.2 Perbincangan 65

5.2.1 Bahagian B: Persepsi Masyarakat Felda

Air Tawar Dua Terhadap Program

Keluarga Sakinah. 66

5.2.2 Bahagian C: Penerimaan Masyarakat

Terhadap Modul Keluarga Sakinah 68

5.2.3 Bahagian D: Persepsi Masyarakat

Felda Air Tawar Dua Terhadap Peranan

Modul Keluarga Sakinah Dalam

Membentuk Keluarga Bahagia 71

5.3 Rumusan 74

5.4 Cadangan 76

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 77

5.6 Penutup 78

SENARAI RUJUKAN 79

LAMPIRAN

Lampiran A- D 81-91

Page 13: PERSEPSI MASYARAKAT FELDA AIR TAWAR DUA …€¦ · persepsi masyarakat felda air tawar dua terhadap perlaksanaan modul keluarga sakinah dalam membentuk keluarga bahagia noraishah

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.6.3.1 Bilangan Perceraian Di Mahkamah Syariah

Negeri Johor Mengikut Daerah Pada Tahun 2002 26

2.6.3.2 Jumlah Perceraian Di Kota Tinggi Sepanjang

Tahun 2002 27

3.2.2.3 Nilai Item 37

4.3.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 42

4.3.2 Taburan Responden Berdasarkan Umur 43

4.3.3 Taburan Responden Berdasarkan Status Perkahwinan 44

4.3.4 Taburan Responden Berdasarkan Pekerjaan 45

4.3.5 Taburan Responden Berdasarkan Latar Belakang

Pendidikan 45

4.4.1 Minat Terhadap Program Keluarga Sakinah 46

4.4.2 Kesesuaian Program Yang Dijalankan 48

4.4.3 Sambutan Masyarakat Terhadap Program

Keluarga Sakinah 50

4.5.1 Isi Modul Keluarga Sakinah 52

4.5.2 Perlaksanaan Modul Keluarga Sakinah Dalam Kehidupan 54

4.5.3 Kepentingan Modul Keluarga Sakinah Dalam

Pembentukan Keluarga Bahagia 56

4.6.1 Pengukuhan Institusi Keluarga 58

4.6.2 Panduan Hidup Berkeluarga 60

4.6.3 Panduan Untuk Mengatasi Masalah Rumah Tangga 62

Page 14: PERSEPSI MASYARAKAT FELDA AIR TAWAR DUA …€¦ · persepsi masyarakat felda air tawar dua terhadap perlaksanaan modul keluarga sakinah dalam membentuk keluarga bahagia noraishah

xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 81

B Surat Kebenaran PPIPS 89

C Surat Yayasan Pembangunan

Keluarga Darul Ta’zim 90

D Bilangan Perceraian di Mahkamah

Syariah Negeri Johor 91

Page 15: PERSEPSI MASYARAKAT FELDA AIR TAWAR DUA …€¦ · persepsi masyarakat felda air tawar dua terhadap perlaksanaan modul keluarga sakinah dalam membentuk keluarga bahagia noraishah

xiii

SENARAI SINGKATAN

FELDA - Federal Land Development Authority

JAKIM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

KS - Kurang Setuju

MKS - Modul Keluarga Sakinah

S - Setuju

S.A.W - Solallahu Alaihi wa Sallam

S.W.T - Subhanahu wa Taala

SPSS - Statiscal Package for Social Science

SS - Sangat Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

YPK - Yayasan Pembangunan Keluarga

Page 16: PERSEPSI MASYARAKAT FELDA AIR TAWAR DUA …€¦ · persepsi masyarakat felda air tawar dua terhadap perlaksanaan modul keluarga sakinah dalam membentuk keluarga bahagia noraishah

1

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Perkahwinan merupakan satu perkara yang amat dituntut oleh Islam. Islam

menggalakkan umatnya supaya berkahwin kerana perkahwinan mempunyai faedah

yang besar kepada individu dan masyarakat. Antara matlamat utama perkahwinan

adalah untuk memenuhi keperluan fitrah naluri manusia yang menginginkan hidup

berpasangan, dapat disalurkan ke jalan yang tidak melanggar batasan syarak.

Bagaimanapun, banyak kes keruntuhan rumah tangga dilaporkan pada hari ini. Ia

seolah-olah telah menjadi fenomena biasa dalam kehidupan masyarakat masa kini.

Kes-kes keruntuhan rumah tangga ini, sering menjadi bahan paparan di dada akhbar

dan majalah-majalah. Kes perceraian yang dilaporkan semakin meningkat dari

setahun ke setahun. Berdasarkan statistik perceraian mengikut sumber Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dari tahun 1990 hingga 2001, kes yang dilaporkan

adalah sebanyak 144,137 kes dan ini adalah angka yang perlu diberi perhatian oleh

semua pihak. Berdasarkan statistik tersebut, tahun 2001 mencatatkan kes perceraian

yang paling tinggi. Negeri Kelantan mencatatkan jumlah yang paling tinggi iaitu

sebanyak 2,217 kes diikuti Selangor 1,878 kes (Utusan Malaysia:2002).

Fenomena sebegini mencabar kewibawaan, imej dan keperibadian

masyarakat khususnya umat Islam. Trend ini sekaligus menimbulkan kebimbangan

di kalangan banyak pihak dan ia boleh menghalang matlamat mencapai kemajuan

dan kesejahteraan bangsa dan negara. Ini kerana pembangunan masyarakat dan

negara bermula dari institusi keluarga yang kukuh. Oleh itu, suatu pendekatan

Page 17: PERSEPSI MASYARAKAT FELDA AIR TAWAR DUA …€¦ · persepsi masyarakat felda air tawar dua terhadap perlaksanaan modul keluarga sakinah dalam membentuk keluarga bahagia noraishah

2

dengan perancangan yang rapi harus dilakukan oleh semua pihak dari kalangan

masyarakat bagi membantu membendung fenomena ini dari terus merebak.

Menyedari hakikat itu, kerajaan negeri Johor telah mengambil inisiatif

menubuhkan Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Darul Ta'zim pada 1 Oktober

1997 bertujuan membangunkan keluarga yang baik secara terancang dari aspek

sosial, ekonomi dan politik (YPK Darul Ta’zim). Penubuhan YPK Darul Ta’zim

bermatlamat untuk menggalak dan membantu pembentukan masyarakat yang

harmoni, bahagia dan penyayang. Bagi mencapai matlamat itu, tumpuan utama YPK

Darul Ta’zim ialah ke arah mengukuhkan institusi keluarga dan menangani masalah

sosial. Beberapa program telah diatur secara bersepadu melibatkan agensi kerajaan,

sektor swasta dan pertubuhan sukarela bagi memenuhi matlamat tersebut. Program-

program yang dikendalikan oleh YPK Darul Ta’zim memfokuskan kepada

peningkatan pengetahuan masyarakat terutama di kalangan ibu bapa dan anak-anak

tentang cara yang berkesan membentuk institusi keluarga bahagia. Antara projek

dan program yang telah dijalankan oleh YPK Darul Ta’zim, ialah dengan

mewujudkan Modul Keluarga Sakinah.

Melalui Modul Keluarga Sakinah, suami isteri dan semua ahli keluarga akan

diberikan ilmu, kefahaman serta pengetahuan yang menjadi asas kepada institusi

kekeluargaan untuk mengecapi kehidupan yang bahagia. Program ini menyediakan

10 modul untuk dijadikan panduan bagi mewujudkan keluarga bahagia. Modul yang

disediakan ialah meliputi aspek pra-perkahwinan, persediaan keibubapaan, pra-

keibubapaan, bayi, mumayyiz, remaja, dewasa, alam matang, usia emas dan husnul

khatimah.

1.2 Latar Belakang Masalah

Setiap insan mengharapkan sebuah keluarga yang bahagia di samping hidup

bermasyarakat dalam suasana yang harmoni. Yayasan Pembangunan Keluarga

(YPK) Darul Ta’zim berperanan untuk membantu mewujudkan suasana ini.

Page 18: PERSEPSI MASYARAKAT FELDA AIR TAWAR DUA …€¦ · persepsi masyarakat felda air tawar dua terhadap perlaksanaan modul keluarga sakinah dalam membentuk keluarga bahagia noraishah

3

Sehubungan dengan itu, satu program yang dijalankan bagi mencapai objektif ini

adalah dengan mewujudkan Modul Keluarga Sakinah. Modul Keluarga Sakinah

(MKS) yang dilancarkan pada 1998 telah menjadi lambang kepada YPK Darul

Ta’zim sebagai Modul Keluarga Johor. Sejak itu, YPK Darul Ta’zim

bertanggungjawab untuk menyebarluaskan modul keluarga ini untuk digunapakai

dalam setiap keluarga di negeri ini. Pelbagai pendekatan dibuat bagi menarik

perhatian orang ramai antaranya ialah melalui ceramah, forum, tazkirah dan

sebagainya.

Mulai 2002, YPK Darul Ta’zim telah menggunakan beberapa pendekatan

baru bagi pelaksanaan Modul Keluarga Sakinah ini. Selain ceramah yang diadakan

secara konsisten, modul ini telah digerakkan dengan program-program khas dan

penglibatan yang menyeluruh dari semua pihak sama ada masyarakat, pemimpin,

agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan.

Masyarakat merupakan elemen terpenting bagi menjayakan program ini.

Namun, apakah persepsi masyarakat terhadap program Keluarga Sakinah yang

dirancang untuk mereka? Adakah masyarakat dapat menerima perlaksanaan Modul

Keluarga Sakinah dalam kehidupan seharian dan adakah Modul Keluarga Sakinah

yang dilaksanakan dapat membentuk keluarga yang bahagia.

1.3 Pernyataan Masalah

Setiap anggota masyarakat mempunyai peranan dan tanggung jawab

tersendiri bagi mewujudkan suasana yang aman dan harmoni dalam keluarga dan

masyarakat. Jika dilihat, Modul Keluarga Sakinah ini berperanan untuk

membimbing dan membentuk individu dan masyarakat ke arah tujuan tersebut.

Namun, sekiranya diperhatikan secara kasar, perlaksanaan Modul Keluarga Sakinah

di kalangan masyarakat Felda kurang mendapat sambutan yang menyeluruh dari

masyarakat tersebut.

Page 19: PERSEPSI MASYARAKAT FELDA AIR TAWAR DUA …€¦ · persepsi masyarakat felda air tawar dua terhadap perlaksanaan modul keluarga sakinah dalam membentuk keluarga bahagia noraishah

4

Berdasarkan pernyataan masalah yang dinyatakan di atas, kajian ini

dilakukan untuk mengkaji persepsi masyarakat Felda Air Tawar Dua terhadap

perlaksanaan Modul Keluarga Sakinah dalam membentuk keluarga bahagia. Hasil

dapatan dari kajian yang dilakukan akan mempertingkat perlaksanaan modul ini.

Kajian ini akan memfokuskan kepada perlaksanaan, penerimaan serta keberkesanan

Modul Keluarga Sakinah di kalangan peneroka Felda khususnya di Felda Air Tawar

Dua.

1.4 Persoalan Kajian

Bagi memenuhi matlamat kajian ini, maka persoalan yang diutarakan ialah

sebagaimana berikut:

1.4.1 Apakah persepsi masyarakat Felda Air Tawar Dua

tentang perlaksanaan program Keluarga Sakinah?

1.4.2 Adakah perlaksanaan Modul Keluarga Sakinah ini

diterima baik oleh masyarakat setempat?

1.4.3 Adakah Modul Keluarga Sakinah ini mampu

membentuk keluarga yang bahagia?